DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 1) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
SINOPSIS Matlamat modul ini ialah mendedahkan para pelajar kepada kaedah-kaedah penting untuk mengetahui hal-ehwal perawi dan nas-nas hadith yang diriwayatkan. Ia juga bertujuan agar pelajar tidak terpengaruh kepada ajaran aliran sesat iaitu golongan anti hadith disebabkan kejahilan mereka terhadap ilmu mustholah al-Hadith. Modul ini akan menjelaskan bagaimana ulama mengkatogerikan pelbagai jenis hadith dan martabatnya. Di akhir modul ini diharapkan pelajar dapat mengenal pelbagai jenis hadith dan peranannya sebagai sumber kedua pengambilan hukum, dan menghargai kesungguhan serta jasa ulama hadith dalam memelihara sunnah Rasulullah s.a.w. daripada penyelewengan dan pemalsuan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SILIBUS Kepentingan Mustalah Hadith & Sejarah Perkembangannya. a. Kedudukan As-Sunnah & Peranannya. b. Pemeliharaan As-Sunnah, Tokoh-Tokohnya & Cabarannya. c. Sejarah Perkembangan Mustalah Hadith.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Kedudukan As-Sunnah & Peranannya
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI MUSTHOLAH AL-HADITH Sebilangan kaedah dan garispanduan yang melaluinya dapat dikenalpasti keadaan perawi hadith (sanad) dan teks hadith (matan) sama ada ia boleh diterima pakai atau ditolak.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI HADITH Al--Hadith Merupakan Al Merupakan:: Sabda / Ucapan Rasulullah s.a.w. Perbuatan Rasulullah s.a.w. Taqrir (persetujuan) Rasulullah s.a.w. Wasf (sifat) Khilqiy (bentuk rupa) Rasulullah s.a.w. Wasf (sifat) Khuluqiy (akhlaq) Rasulullah s.a.w.
Al--Hadith juga dinamakan As Al As--Sunnah Sunnah.. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI SUNNAH Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul s.a.w bersabda: "Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI SUNNAH Sunnah menurut istilah ahli hadith ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan, perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI SUNNAH Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini: "Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CONTOH-CONTOH HADITH 1. Contoh sunnah (hadith) perkataan (qauliyyah) "Segala 'amal itu dengan niat." (Riwayat Bukhari, Muslim )
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan (fi'iliyyah) "Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CONTOH-CONTOH HADITH 3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi s.a.w membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang
sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) Menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya: "Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari] Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CONTOH-CONTOH HADITH Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah. Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CONTOH-CONTOH HADITH 4. Hadith Wasf Khilqiy (Bentuk Rupa) Sahabat Nabi s.a.w. menjelaskan bentuk rupa Nabi sambil berkata: “Nabi s.a.w. luas bidangnya, rambutnya panjang hingga ke paras kedua telinganya dan kadangkala sampai ke paras kedua bahunya. Janggut baginda juga lebat. Wajah baginda s.a.w. ialah seelok-elok wajah. Nabi s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah”. (Hadith riwayat Muslim) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CONTOH-CONTOH HADITH 5. Hadith Wasf Khuluqy (Akhlaq) Sahabat r.a. berkata: “Nabi s.a.w. adalah orang yg paling mulia / pemurah dan paling berani. (Hadith riwayat Muslim). “Nabi s.a.w. tidak berkata atau melakukan sesuatu yg keji, kesat, jahat atau lucah”. (Hadith riwayat al-Bukhari). “Ketawa Nabi s.a.w. hanya sekadar senyuman sahaja”. (Hadith riwayat at-Tirmidzi).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM MUSTHOLAH AL-HADITH Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith. Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata." Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM MUSTHOLAH AL-HADITH Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya. Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.
Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM MUSTHOLAH AL-HADITH Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN AL-HADITH Tahaqquq (Minta Kepastian) Firman Allah S.W.T. “Wahai orang yg beriman jika datang kpd kamu seorang „fasiq‟ dgn berita (palsu) maka hendaklah kamu menyiasat / memastikan (terlebih dahulu), krn mungkin kamu akan menzalimi sesuatu kaum tanpa kamu sedari, dgn itu kamu akan menyesali tindakan kamu (yg tergesa-gesa)” (Al-Hujurat: 6)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN Al-HADITH Sebagai penyokong dan penguat kepada al-Qur'an. Peranan ini berlaku sekiranya kandungan al-Hadith sama dengan al-Qur'an, seperti Hadith yang bermaksud: "Islam dibina di atas lima asas; mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadan dan menunai haji bagi siapa yang mampu “ (Riwayat Muslim & Ibn Hajjaj)
Sesungguhnya hadith ini bertepatan dengan firmanfirman Allah yang mengandungi perintah supaya mengerjakan solat, puasa, haji dan zakat. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN Al-HADITH Al-Hadith sebagai penghurai dan penjelas kepada kandungan al-Qur'an sama ada dengan mendetailkan yang umum, menjelaskan yang kesamaran, mengkhususkan yang am dan menghadkan yang tiada hadnya. Contoh mendetail yang umum ialah Rasulullah s.a.w telah menerang bagaimana cara-cara sembahyang, zakat, puasa dan Iain-Iain yang hukumnya datang secara umum tanpa menghurainya dengan lebih jelas. Contoh mengkhususkan yang am pula seperti penjelasan Rasulullah s.a.w maksud kalimah zalim dalam ayat 82, Surah al-An'am: Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERANAN Al-HADITH Al-Hadith yang menunjukkan kepada sesuatu hukum yang tidak dinaskan oleh al-Qur'an: Contohnya Hadith Rasulullah s.a.w mengenai laut: Maksudnya: "Suci airnya dan halal bangkainya". Begitu juga Hadith yang mengharamkan dari memakan daging binatang-binatang liar yang bertaring. Kesimpulan bahawa al-Hadith juga merupakan sumber hukum yang mempunyai kuasa autoritinya yang tersendiri dan boleh menjadi hujah yang mewajibkan kita beramal dengannya. (Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Dar al-Hadith. al-Qahirah, t.t, J. 1, h. 136. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Pemeliharaan As-Sunnah, Tokoh-Tokohnya & Cabarannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KARYA-KARYA TERKENAL Qatadah bin di‟Amah al Sudusi (61-118H) Judul Al Nasikh Wa al Mansukh
Ilmu Mukhtaliff al-Hadith i. Antara satu dengan lain ii. Al-Quran iii. Haidith iv. Sains Muskihlah al-Hadith (Hakikat yang sama) i. Ilmu yang sama kerana tiada ulama yang mengasingkan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KEPENTINGAN AS SUNNAH/HADITH Al--Hadith ialah wahyu Allah s.w.t. Al Lebih daripada dua pertiga ajaran dan hukum-hakam Islam, sama ada dari sudut Fiqh, Aqidah, Tafsir, Sirah, Akhlaq, Perubatan Islam dll., terhimpun di dalam Al Al--Hadith Hadith. Al-Hadith mengatasi peranan akal. Menolak kekeliruan Alterhadap hadith Nabi s.a.w. Memastikan makna yang sebenar untuk mengelakkan tiada percanggahan bagi dalil-dalil yang sahih Kesemua empat imam mazhab mendahulukan & mengutamakan Al Al--Hadith melebihi pandangan peribadi atau fatwa mereka Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CABARAN-CABARAN Segelintir masyarakat masih memandang pengajian ilmu hadith sebagai satu pengajian yang tidak penting. Ini disebabkan kurangnya penerangan yang tepat berkenaan kedudukan sebenar hadith dalam Islam. Kefahaman masyarakat yang rendah dalam memahami isi kandungan hadith sehingga menyebabkan kefahaman yang salah terhadap sesuatu hadith. Terdapat percanggahan dengan ilmu Sains. Contohnya “ Dalam air yang ada lalat (ada penawar dan racun). Sains tidak mempercayainya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Sejarah Perkembangan Mustalah Hadith.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ILMU HADITH RIWAYAH DAN DIRAYAH
Hadis riwayah adalah suatu pengetahuan yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara khusus sama ada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku. Hadis Dirayah adala suatu ilmu untuk mengetahui keadaa sanad dan matan sama ada diterima atau ditolak serta perkara yang berhubung kait dengannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH Zaman Rasulullah s.a.w
Segala perkataan, perbuatan dan taqrir Rasulullah s.a.w. merupakan pengakuan pengajaran. Apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah adalah benar kerana Rasulullah ma‟ sum. Para sahabat menghafal hadis-hadis Rasulullah kerana masyarakat Arab pada masa itu buta huruf dan mempunyai daya ingatan yang kuat.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH Zaman Sahabat Selepas Rasulullah s.a.w. wafat kebanyakkan para sahabat yang masih tidak melaksanakan penulisan dan pembukuan secara forma. Namun ada dikalangan para sahabat yang pandai menulis. Bermula kegiatan para sahabat dalam penulisan cara mengajar serta mempelajari.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH Zaman Tabi’en Kemunculan hadis palsu disebabkan pengikut-pengikut mazhab seperti Syiah, Mu‟tazilah dan Khawarij. Kekurangan penghafaz hadis yang berpindah ke negeri negeri lain atau mati syahid
Timbul inisiatif hadis untuk menyelidik hadis.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH Zaman Tabi’en Khalifah Umar b Abdul Aziz mengarahkan Muhammad b Hazam (Gabenor Madinah) untuk mengumpul dan mencatat hadis daripada Huffaz Seperti „ Amrah bt Abd Rahman. Usaha diteruskan oleh Ahmad b Muslin b Syibab Az Zuhri mengumpul, membukukan dan mengedar ke seluruh pelusuk negara-negara Islam Usaha berterusan hingga zaman Bani Abbasiyyah – Abu Jaafar al-Mansur Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS RIWAYAH Usaha diteruskan oleh Ahmad b Muslim b Syibab Az Zuhri – mengumpul, membukukan dan mengedar ke seluruh pelusuk negara-negara Islam. Beliau mengarahkan Imam Malik b Anas menyusun buku hadis-hadis. Hasilnya :Kitab Äl-Muwatta” Awal kurun ketiga berlaku desakan pembukuan hadis. Kitab-kitab tersebut dikenali sebagai “Sunan As-Sittah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS DIRAYAH Berkembang seiring dengan perkembangan hadis riwayah
Sekitar 40 tahun selepas Hijrah telah timbul fitnah dipelopori golongan syiah dan golognan Assabiyah Perselisihan pendapat antara mereka dan ASWJ mendorong mereka mencari hujah berdasarkan syarak menyokong pendapat mereka tetapi gagal. Ini menyebabkan mereka cuba memalsukan hadis sehingga keperingkat kritikal. Ulama hadis yang menyedari hal itu berusaha untuk membendungnya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS DIRAYAH Usaha yang dijalankan oleh ulama hadis menyebabkan berlakunya pembukuan buku hadis yang menggunakan prinsip, kaedh serta istilah ilmu hadis seperti istilah hadis marfuk, maukuf, maktul, mursal mankoto‟dan syaz. Antara ulama hadis yang dianggap sebagai orang pertama memperkenalkan ilmu hadis ialah imam Azzhura‟(124J). Dalam kitab Arrisalah dan Alam yang dikarang oleh imam Syafie (204H) Gelombang penulisan ilmu hadis terus berkembang dari masa ke semasa dan terhasilah kitab-kitab. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FAEDAH ILMU HADIS DIRAYAH Mengetahui pertumbuhan dan perkembangan hadis dan ilmu hadis dari masa ke semasa sejak Rasulullah s.a.w. sampai masa sekaran. Mengetahui tokoh-tokoh dan usaha-usaha yang telah dilakukan dalam mengumpulkan, memelihara dan meeiwayatkan hadis. Mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam mengklasifikasikan hadis Mengetahui Istilah-istilah, nilai dan kriteria-kriteria hadis sebagai pedoman dalam menetapkan suatu hukum syara‟. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbincangan Minggu Depan
Pengenalan Istilah-Istilah Asas & Pembahagian Umum AlHadith.
a. Maksud Pengajian Hadith Riwayah & Dirayah, Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith. b. Maksud Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, Perbezaan Antara Al-Hadith & Al-Athar. c. Pembahagian Hadith Secara Umum
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD