TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
DIPLOMA minggu ke 5
PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI
Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah
2
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
Kota Madinah bukanlah bandar asing bagi Rasulullah: Menziarahi pusara bapanya. Ibu Baginda meninggal di Abwa’; kota diantara Makkah dan Madinah Ketika dalam perjalanan untuk berniaga di Syam bersama pakciknya, Baginda akan singgah di Madinah untuk bekalan makanan dan istirehat.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
Ketika Isra’, baginda dibawa ke situ sebelum ke Masjid al-Aqsa. Antara tokoh yang sering ditemui Rasulullah di Makkah ialah Suwayd bin Samit dan Iyas bin Mu’adh lalu menyeru mereka kepada Islam. Kedua-duanya memeluk Islam. Apabila kaum Khazraj menunaikan haji, Rasulullah telah meyampaikan seruan Islam kepada mereka di Aqabah.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
Mereka mengharapkan Rasulullah dapat menyatukan kaum mereka yang berpecah belah di Madinah. Musim haji seterusnya, 12 (10 Khazraj, 2 Aus) orang telah menemui Nabi dekat Bukit Aqabah dan telah membuat bai’at Perjanjian Aqabah 1.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
Tidak menyekutukan Allah Tidak mencuri Tidak berzina Tidak membunuh anak-anak perempuan Tidak berbohong Tidak derhaka pada perkara yang baik. Nabi mengutuskan Mus’ab bin Umayr ke Madinah untuk menyebarkan Islam dan mengajar mereka ayat-ayat al-Qur’an
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
Tahun ke-13 keRasulan tiba pula 73 orang yg terdiri dari kaum Aus dan Khazraj di Bukit Aqabah Perjanjian Aqabah 2, banyak menyentuh tentang peperangan. Nabi melantik 12 naqib untuk menyebarkan agama Islam di Madinah
HIJRAH KE MADINAH
-
-
Hijrah ertinya perpindahan. Hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah (Yathrib). 1 Muharram 1H Tujuan penghijrahan: Bukan kerana takut atau melarikan diri, tetapi kecewa dengan sikap musyrikin terhadap Islam. Matlamat jangka panjang; mewujudkan sebuah masyarakat islam yang kuat dan bersatu padu.
HIJRAH KE MADINAH
Madinah terpilih sebagai kota Hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosioekonomi. Rancangan Hijrah telah mendapat sokongan sebahagian penduduk Madinah. Rombongan pertama Hijrah: 70 orang.
HIJRAH KE MADINAH
Rasulullah telah ke rumah Abu Bakar pada 1 Rabiul Awal 1H dan sebelum terbit fajar, mereka keluar menuju ke Gua Thur. Mengambil jalan yang tidak biasa digunakan untuk elak daripada dikesan. Bermalam di Gua thur selama 3 malam. Setelah 8 hari berjalan mereka sampai di Quba‘.
HIJRAH KE MADINAH 1. 2.
3.
4.
Kepentingan peristiwa Hijrah: Menggiatkan penyebaran ajaran Islam. Suatu proses jangka panjang yang terancang dan teratur. (mengupah seorang kafir sbg pemandu jalan, menyiapkan keperluan berhijrah..) Mendapat teman dan sahabat yang seti, jujur dan ikhlas untuk mengharungi perjuangan. (Saidina Ali & Abu Bakar. R.a.) Keredhaan Allah perlu dipohon di setiap waktu apatah lagi dlm keadaan susah.
KEPENTINGAN HIJRAH 1) Tahun Hijrah Melahirkan Takwim Islam. Penentuan dibuat pada zaman Khalifah Umar r.a. (utk mengingati peristiwa Hijrah, memudahkan urusan pentadbiran, berjalan lebih licin, dicatatkan peristiwa-peristiwa menjadi bahan sejarah) Mengikut peredaran bulan; 12 bulan 354 hari.
KEPENTINGAN HIJRAH 2) Agama Hijrah menurut arahan Allah menerusi Wahyu. Untuk mendapar keredhaan Allah. Madina merupakan kota yang paling sesuai ketika itu untuk penyebaran Islam (penduduknya, khususnya Yahudi memahami selok belok agama). Mukjizat sepanjang peristiwa Hijrah. Mempertingkatkan keimanan dan orang Islam semakin merasa selesa untuk beribadah dengan terdirinya Madjid Quba’ dan Masjid Madinah.
KEPENTINGAN HIJRAH 3) Politik Kejayaan dalam agama membawa kepada kejayaan dalam politik. Di Makkah umat Islam dilarang melakukan ibadah secara berjamaah. Maka kegiatan politik tidak dapat dijalankan. Keadaannya berbeza di Madinah; mereka berjaya membentuk ‘Piagam Madinah’ dan membangunkan Negara Islam. Kegiatan ketenteraan dibenarkan di Madinah bagi mempertahankan maruah masyarakat dan kedaulatan Negara Islam yang baru ditubuhkan itu. (berjaya menundukkan empayar Rom dan Parsi)
KEPENTINGAN HIJRAH 4) Ekonomi Ekonomi umat Islam di Madinah semakin kukuh. Madinah kawasan yang sesuai untuk bercucuk tanam, kawasan yang strategik untuk perdagangan kerana terletak diantara Syam dan Makkah. Riba, penipuan dan rasuah diharamkan. Ekonomi stabil, masyarakat menjadi lebih maju.
KEPENTINGAN HIJRAH 5) Sosial Di Makkah, orang Islam hidup secara berkelompok. Ini melahirkan sikap individualistik dikalangan para peniaga. Wujud kelas-kelas didalam masyarakat; bangsawan dan hamba. Nilai-nilai masyaralat Jahiliyah dihapuskan dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Diberi kebebasan.
PEMBENTUKAN UMMAH
Ummah = Masyarakat atau Umat manusia.
Disebut 40 kali dalam al-Quran.
Termasuk masyarakat jin dan makhluk-makhluk lain.
Secara umumnya ianya merujuk pada masyarakat
manusia.
Ahli Kitab yang sebenar juga dipanggil Ummah.
Ummah pada zaman Rasulullah di Madinah tidak terhad pada umat Islam sahaja, bahkan kaum Yahudi ketika itu.
PEMBENTUKAN UMMAH
Apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah, mereka telah dikeluarkan dari Madinah sekali gus terkeluar dari lingkaran Umat Rasulullah s.aw.
Ummah Rasulullah s.a.w = mereka yang mematuhi undang-undang Negara Islam walau bukan beragama Islam.
Agama Islam sudah tersebar di Madinah sebelum ketibaan Rasulullah s.a.w lagi.
PEMBENTUKAN UMMAH
Orang-orang di Madinah lebih mudah menerima dakwah Islam.
Masyarakat Islam dapat mendirikan masjid di tengahtengah kota dan dapat beribadah secara terbuka.
Langkah seterusnya yang diambil Baginda ialah menyatupadukan umat Islam Madinah.
KAUM MUHAJIRIN
Muhajirin = Pengikut Rasulullah yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Ansar = Penduduk asal Madinah yang menyokong Rasulullah.
Kaum Muhajirin banyak mendapat bantuan Kaum Ansar dari sudut fizikal dan moral.
Mempersaudarakan antara kedua kaum tersebut.
KAUM ANSAR
Ansar = Penduduk Madinahdari suku Aus dan Khazraj yang memeluk Islam.
Kedatangan Baginda dan kaum Muhajirin disambut dengan penuh meriah.
Mereka telah banyak mengorbankan harta benda, jiwa dan tenaga untuk mengembangkan agama Islam.
As-Sabiquun al-Awwaluun
PENYATUAN UMMAH
Baginda mengambil inisiatif bagi mempersaudarakan kedua
kaum
Muhajirin
dan
Ansar
setelah
bermesyuarat dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Semangat persaudaraan Islam yang ditanamkan amat mendalam sehingga mereka tidak merasa adanya perbezaan di antara dua gologan tersebut.
Mereka mewarisi antara satu sama lain yang mana kemudiannya dimansuhkan.
PENYATUAN UMMAH
Bukan ikatan persaudaraan darah tetapi ikatan Akidah.
Saling membantu antara satu dan yang lain.
Ada juga golongan munafik di Madinah.
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Haji terakhir Rasulullah s.a.w / حجة الوداع Perhimpunan terbesar umat Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w, 100,000 jemaah. Zulhijjah 10H Rasulullah telah menyampaikan ucapan terakhirnya di Arafah.
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Antara isi ucapan Baginda: Semua berasal dari satu keturunan iaitu Nabi Adam a.s Semulia-mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Tiada perbezaan diantara orang Arab dan yang bukan Arab melainkan takwa.
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
2 perkara yang ditinggalkan Baginda yang mana selagi manusia berpegang teguh pada keduanya, maka dia tidak akan sesat; alQuran dan sunnah Baginda. Menyentuh tentang akidah dan sumber syariat Islam Turunnya ayat al-Quran yang terakhir: ِ الْي وم أَ ْكم ْلت لَ ُكم ِدينَ ُكم وأَْْتَمت علَي ُكم نِعم ِِت ور ِْ يت لَ ُكم ال ْلْس َما َم ِدين ض ْ ُ َ ََْ ُ ُ ََ َ ْ ْ ْ َ ُ ْ َ ْ
“ Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku sempurnakan kepada kamu nikmat-Ku. Aku redhai bahawa Islam itu adalah agama kamu”
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Selang tiga bulan selepas itu, Rasulullah s.a.w jatuh sakit sehingga tidak boleh ke masjid untuk menunaikan solat. Rasulullah wafat pada usia 63 tahun, 12 Rabiul Awwal 11H.