DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD7013 : Sejarah Dan Tamadun Islam I MINGGU 5 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD- Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam (Asas-asas Ekonomi Islam & Prinsip Asas Ekonomi Islam) INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL) (Zakat & Kharaj dan Jizyah) PERKEMBANGAN MATA WANG (Sejarah dan Penggunaannya sehingga Abad ke 18M)
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Sistem Ekonomi Islam Asas-Asas Ekonomi Islam & Prinsip Asas Ekonomi Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
DEFINISI EKONOMI ISLAM
Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr “Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah perekonomian.”
Menurut Muhamad Al-Mubarak “Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal, pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.”
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
DEFINISI EKONOMI ISLAM Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi
“Ekonomi Islam merupakan dasar -dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa”. Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai :“ sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. “kajian tentang manusia-bukan sebagai individu yang hidup terasing tetapi sebagai individu sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam.”
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM
Ciri-Ciri Umum
Ciri-Ciri Khusus
Rabbani
Berasaskan Al-Quran & Al Sunnah
Berakhlak
Sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap
Insaniah
Kepentingan individu & masyarakat dalam ekonomi sentiasa diseimbangkan
Seimbang
Kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi bercorak kerohanian Ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM
Hak Milik Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas sesuatu kerana Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk ciptaan-Nya. Seperti firman Allah : “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari langit,lalu Dia menghasilakn dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutusekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.” (al-Baqarah:22) Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang amanah terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati dan membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi keperluan peribadi dan keperluan. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM Keadilan Sosial Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang mestilah berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalanjalan yang haram. Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan kaya menggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan menindas golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam aspek penggunaan umat Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau membazir yang dianggap seperti suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti firman Allah; “Sesungguhnya pemboros -pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya,” (Al- Isra’:27) Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM Integrasi Nilai-Nilai Akhlak Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah daripada aktiviti-aktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam bentuk pelaburan dan dan lain-lain. Seperti firman Allah : “Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis) pemberian yang melimpahlimpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi mereka menolak (kebenaran), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan” (Surah al- A’raaf:96)
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM
Penghapusan Riba’ Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam sistem kewangan Islam dan dijelaskan di dalam beberapa surah dalam al-Quran. Seperti firman Allah: “Wahai oranng yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda; tetapi hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu benar-benar dapat kejayaan. ”(Surah Ali: 130) Pinjaman wang, ialah pemindahan hak-hak ini daripada pemiutang kepada si pehutang,dan sepatutnya inilah sahaja yang harus dituntut. Dari perspektif Islam, faedah yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamkan tidak boleh dijustifikasikan kerana faedah ialah hak harta yang dituntut di luar kerangka hak-hak harta individu yang diiktiraf oleh Islam Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM Al-adl Wal Ihsan Dalam konteks kewangan Islam, al-adl menghendaki sistem kewangan tersebut memberi sumbangan positif kepada kebajikan ekonomi seluruh rakyat melalui memenuhi keperluan asasi manusia , membasmi punca-punca kesulitan dan meningkatakan kualiti hidup dalam bidang moral, akhlak dan material. Al- Ihsan menghendaki tumpuan khas diberikan kepada golongan miskin. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL) Zakat, Kharaj & Jizyah
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)
Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam pemerintahan sejarah Islam di zaman dahulu. Ia juga bertindak sebagai perbendaharaan negara yang mengumpul pelbagai sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya. Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang berfungsi sebagai pengamanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yng bertujuan untuk maslahat umum. SUMBER BAITUL MAL Zakat Fitrah dikenali sebagai sadaqah al-fitr, diwajibkan setahun sekali ke atas orang Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)
SUMBER BAITUL MAL Zakat Harta Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan, pendapatan, simpanan dan saham. Fai’ dan Ghanimah Fai’ adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang. Hartabenda yang diperolehi dari orang-orang kafir semasa zaman kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah menghadkan hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang dan 1/5 untuk faedah masayarakat. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL) SUMBER BAITUL MAL Ma’adin Merujuk kepada harta yang bernilai yang terpendam dalam perut bumi seperti emas, perak, tembaga, dan besi. Harta ini pada dasarnya terletak di bawah kuasa pemerintah dan menjadi hak milik negara untuk dimanfaatkan bagi menampung keperluan masyarakat dan negara. Rikaz dan Luqatah Rikaz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahiliah yang terpendam dalam perut bumi. Harta rikaz yang dijumpai di tanah yang dimiliki aknan menjadi milik tuan tanah dan akan dikenakan cukai ke atasnya. Luqatah pula ialah harta bernilai yang dijumpai dan dipercayai menjadi milik orang Islam. Harta tersebut hendaklah dipulangkan kepada tuannya. Jika selama setahun tiada siapa yang mununtutnya, maka harta tersebut menjadi milik tanggungannya Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)
SUMBER BAITUL MAL
Kharaj - Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh Negara Islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah setiap lelaki.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN MATA WANG (Sejarah dan Penggunaannya sehingga Abad ke 18M)
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
KONSEP MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakat sebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan. Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpa mengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyai mutu atau nilai yang sama. Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukan nilai setiap mata wang yang digunakan. Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahun yang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti tidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
KONSEP MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM Perkembangan mata wang dan sistem kewangan dalam kalangan orang Arab berlaku setelah kedatangan Islam.Sebelumnya, orang-orang Mekah menerima semua jenis mata wang emas dan perak sebagai tukaran. Pada zaman Rasulullah s.a.w. khalifah Abu Bakar, hanya mata wang Rom dan Parsi sahaja diterima. Pada tahun 18H (639 Masehi) khalifah Umar al-Khattab telah mencipta mata wang Islam iaitu dinar (mata wang emas) dan dirham (mata wang perak), yang mana nilai satu dinar bersamma dengan sepuluh dirham. Disamping itu, dikeluarkan juga jenis wang tembaga yang menggunakan 3 jenis lambang berlainan iaitu “Lailahaillah”.”Muhammadun”,Rasulullah” dan “Alhamdulillah”. Kewujudan ini adalah untuk menunjukkan identiti Islam disamping untuk membezakan nilai setiap mata wang tersebut. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
1. Permulaan penggunaan mata wang Islam. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, sistem mata wang Islam mula digunakan dengan melihat contoh daripada mata wang Rom dan Parsi. Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam. Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang masih berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3 gram perak.
Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis pusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm. Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
3. Pembaharuan dalam mata wang Islam. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah. Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M. Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq). Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figura haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur dan dirham Parsi.Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz bin Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah. Pada zaman Khalifah al-Ma’mun (813 M – 833 M), percetakan mata wang Islam telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini mata wang dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak. Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah yang memerintah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM
6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan. Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan. Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wang emas.
Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan perniagaan dibuat menerusi mata wang emas. Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari segi penggunaan mata wang emas di seluruh pemerintahan Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
KESIMPULAN 1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembangan ekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secara berkesan. 2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermula dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya. 3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaran barangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, dan pembayaran gaji.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERBINCANGAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD