DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD8023 Sejarah Pendidikan Islam II (Minggu 1) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Silibus Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam Tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam - Ibn Thufail - Ibn Khaldun - Al-Ghazali Tokoh-tokoh zaman moden/kini - Dr. Ismail Al-Farouqi - Dr Yusuf Qardawi - Prof Syed Naquib Al-Attas
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM II Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap wujudnya sistem pendidikan Islam yang dianggap penting oleh masyarakat kita hari ini.
Ini ditinjau dari segi perkembangan sejarah pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga ke zaman penjajahan Inggeris, sumbangan tokoh-tokoh pendidikan Islam pada zaman kegemilangan Islam dan pada zaman ini dan cabarancabaran yang dihadapi masa kini.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FALSAFAH ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FALSAFAH ISLAM
Boleh di lihat dari tiga sudut - Etimologi (Bahasa) - Terminologi (Istilah) - Praktikal
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIMOLOGI (Bahasa)
Falsafah berasal dari bahasa Yunani Kuno. Ia adalah „kalimah mu‟arrabah.‟ (Al-Syaibani)
Asal perkataan „Philosophia‟; Philein: Cinta dan Shopia: Kebijaksanaan (hikmah atau wisdom). Pengertian bebas ia bermaksud „Cintakan Hikmah‟. Dari segi sejarah, Phytagoras ialah orang pertama menggunakan perkataan falsafah dan menggelarkan dirinya sebagai Pencinta Kebijaksanaan (Lover of Wisdom). Kemudiannya dipopularkan oleh Plato dan Aristotle. (Ahmad Sunawari) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIMOLOGI (Bahasa)
Cinta bermaksud menghargai sesuatu dan mempunyai perasaan berkobar-kobar untuk memiliki sesuatu. Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang jauh, matang dan mendalam serta pengamatan yang tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Ia juga bererti kebenaran sejati. Dengan demikian, falsafah bermaksud hasrat atau keinginan yang sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran yang sejati (seeking the truth) serta menghayati kebenaran tersebut. Umumnya, falsafah adalah berfikir. Berfikir secara falsafah adalah secara kritikal dan integral.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIMOLOGI (Bahasa)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ETIMOLOGI (Bahasa)
Maksud: Falsafah yang berteraskan ajaran Islam, iaitu bersumberkan wahyu sama ada al-Quran atau al-Sunnah atau kedua-duanya. Justeru, semua perbincangan tentang falsafah tidak lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Jika diertikan sebagai „cintakan hikmah‟ maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berteraskan wahyu, sumber ajaran Islam. --------------HIKMAH mempunyai maksud berbeza. Disebut beberapa kali dalam al-Quran dengan maksud berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TERMINOLOGI (ISTILAH)
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza beza. Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PRAKTIKAL Falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguhsungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”. Berfikir secara sistematik – “ Berfikir secara logic dan berurutan”. Berfikir secara radikal –berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab. Berfikir secara sejagat- tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUMUSAN
Falsafah Islam adalah satu perbincangan mendalam untuk: Mengetahui dan mengenal Allah sebagai Zat yang Maha Berkuasa. Dialah yang menghidup dan mematikan makhluk.
Mengetahui dan mengenal alam sebagai tempat ujian دار االبتالء. Alam adalah untuk kegunaan manusia dan diuruskan mengikut kehendak Penciptanya. Mengenal manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Semua tanggungjawab akan dipersoalkan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educare yang membawa maksud “Memelihara dan Mengasuh”. Menurut Kamus Pendiddikan (1979) - Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembang kebolehan dan tingkah laku manusia. Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memproleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Ibnu Khaldun Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (alTaqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun manusia. Ibn Khaldun menjelaskan : Manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan al-qiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuantujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya Ibn Khaldun meletakkan pendidikan dalam kerangka tamadun (al-„Umran). Pendidikan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan. Tamadun merupakan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang melahirkan upaya pendidikan dan tamadun.Daya olah fikiran manusia dibentuk oleh persekitaran, lama kelamaan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem itulah membentuk kebudayaan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Al-Ghazali
Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukkan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Yusuf al-Qardawi (1980)
Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Tujuan: Menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapai kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Syed Naquib Al-Attas (1979:119) Pendidikan, menurut Syed Naquib Al-Attas Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut dengan ta‟dib., Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang meliputi ilmu, dan pengakuan yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah), dan keadilan („adil) realiti dan kebenaran („adil). Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui bahawa dirinya terdiri daripada dua unsur. Yang pertama unsur akli dan yang kedua unsur haiwani. Ketika akal seseorang menguasai dan mengawal sifat kehaiwananya, ia sudah meletakkan kedua-duanya pada tempat yang betul dan membuktikan bahawa dirinya itu benar. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Hassan Langgulung (1979)
Merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden”. Hassan Langgulung (1979 ) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Bermaksud falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam atau falsafah Islam untuk pendidikan (al-Syaibani) Matlamat: Menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Inilah acuan insan soleh/kamil.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Menurut al-Syaibani dan Mohd Yusuf Ahmad: Prinsip dan ideologi mestilah selari dengan akidah dan hukum Islam. Mestilah berkaitan dengan budaya masyarakat Islam.
Bersifat terbuka kepada semua pengalaman manusia, selagi tidak bertentangan dengan prinsip agama. Pembinaan kurikulum berdasarkan percubaan. Mesti menyeluruh dari segi sumber dan mengambil kira faktor ekonomi, sosial, spirtual, psikologi dan lain-lain Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Islam haruslah dibina berdasarkan roh alQuran (Abd. Ghani Shamsudin)
Ciri penggubal yang dianggap rukun falsafah Ahli falsafah seorang yang teguh iman kepada Allah dan RasulNya. Akhlak yang mulia dan berilmu, merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Melakukan amal soleh sama ada untuk dunia mahupun akhirat. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Menentukan tujuan, arah dan matlamat pelajaran. Merangka tindakan dan proses. Menggubal kurikulum dan bahan. Meracangkan kaedah P&P. Menggariskan cara penilaian. Merancang pengeluaran dan penghargaan.
Merancang satu sistem yang menyeluruh.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DASAR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUMUSAN Falsafah Pendidikan Islam pula adalah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan alQuran dan al-Sunnah, supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, dan dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan betul. Ini termasuklah kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya. Matlamatnya ialah melahirkan insan soleh/kamil serta bertamadun yang boleh membawa kebahagiaan kepada diri, keluarga dan masyarakat, di dunia dan di akhirat. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
AKTIVITI KUMPULAN
Secara berkumpulan ( 5 orang setiap kumpulan) Bincangkan bagaimana falsafah pendidikan dapat melahirkan insan soleh/kamil serta bertamadun yang boleh membawa kebahagiaan kepada diri, keluarga dan masyarakat, di dunia dan di akhirat. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Buku-Buku Rujukan : Hassan Langgulung, Pendidikan Islam Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam Charles Issawi, (tran, Ali Munawar, Filsafat Ibn Khaldun) MM Syarif, Para Filosof Islam Yusuf Qardawi, Sistem Pendidikan Ikhwan al-Muslimin Wan Mohd Noor Wan Daud, The Educational Philosophy and Practise of Syed Muhammad Naquib Al-Attas Md Hamid Al-Afendi & Ahmed Nabi Baloch (edits), Kurikulum dan Pendidikan SS Hussain & SA Ashraf, Crisis in Muslim Education
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD