10/15/2012
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA’ RASHIDIN DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
PENGENALAN RINGKAS
Pada zaman baginda (Rasulullah s.a.w), negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulafa' al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat di Mesir. (Mahayudin 1993).
1
10/15/2012
OBJEKTIF PENDIDIKAN Menurut Zawawi (1984), objektif pendidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulen yang dapat bangun berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t.
OBJEKTIF PENDIDIKAN Keseimbangan antara ketiga-tiga aspek itu (roh, akal dan jasmani) merupakan sifat insan saleh. Keseimbangan itu akan melahirkan insan yang sempurna sifat kemanusiaannya, melahirkan keseimbangan dari segi keimanan kepada alam yang wujud dan alam yang ghaib. Keseimbangan itu juga akan melahirkan keseimbangan dalam kehidupan sama ada dari segi politik, ekonomi, kemasyarakatan dan semua kegiatan hidupnya
KURIKULUM / INTIPATI Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (Al-Quran) Selain ilmu Al-Quran dan Sunnah (hadith), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir Al-Quran, Tauhid, Fiqh, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.
2
10/15/2012
SUMBER PENDIDIKAN Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.
SUMBER PENDIDIKAN Khalifah Abu Bakar menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf Al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan Al-Quran. Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.
INSTITUSI PENDIDIKAN
Institusi masjid Institusi suffah Institusi kuttab
3
10/15/2012
INSTITUSI PENDIDIKAN Pendidikan melalui sistem halaqah Al Quran dan Hadith Melantik para Murabbi mengajar alQur’an, Ahadith dan Syariah di masjidmasjid di kota Basrah & Damsyik. Menghantar para Guru ke setiap wilayah Islam untuk mengajar di Masjid pada setiap hari Juma’ah. Menguatkuasakan Pendidikan Wajib
KESIMPULAN Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu. Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan Sunnah serta Ijtihad para sahabat
KESIMPULAN Pendidikan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri.. Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam .
4
10/15/2012
KESIMPULAN Walaupun masih banyak lagi kekurangan seperti peralatan menulis, kertas dan sebagainya, tetapi pada zaman masing-masing dapat memberikan sumbangan yang besar dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam dan melahirkan ramai cerdik pandai.
Walaupun menghadapi berbagai-bagai cabaran dalaman dan luaran,para khulafaa’ tetap pada Syari’ah. Berazam untuk dengan keaslian Islam
terus
kekal
hidup
PERBINCANGAN Bincangkan pendidikan berkesan yang pernah anda alami Apakah hasil dari pendidikan tersebut Bagaimana ia dapat memberi kesan yang mendalam pada diri anda, dan apakah faktor utama dalam keberkesanannya
•Kerana sesungguhnya, barangsiapa yang hidup panjang usianya di antara kamu semua itu, ia akan melihat berbagai perselisihan yang banyak sekali. Maka itu hendaklah engkau semua berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khalifah ArRasyidin yang memperolehi petunjuk –Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, r.anhum, dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi taringmu” (geraham) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud & At-Tirmidzi
5
10/15/2012
SEJARAH PENDIDIKAN ZAMAN SAIYIDINA ABU BAKAR R.A Selaku seorang sahabat kaan Nabi s.a.w Abu Bakar calon utama pilihan rakyat buat meneruskan misi perjuangan Rasulullah saw. Menghadapi tiga golongan Pemberontak. Tetap menumpukan perhatian dan perkembangan ilmu Pengetahuan. Pembukuan Al-Qur’an sebagai Manhaj Pendidikan yang abadi.
SEJARAH PENDIDIKAN ZAMAN SAIYIDINA UMAR R.A Pelopor sebuah Tamadun yang Moden Khalifah sebagai ketua wilayah beragama Dasar Pentadbiran – majlis Syura Dasar Pentadbiran Wilayah –disentralisasi Prinsip Perasingan kuasa –seperation of power –Independence of Judiciary Menubuhkan sistem baitul Mal
6
10/15/2012
TINDAKAN DISIPLIN SAYIDINA UMAR R.A Perlaksanaan Undang-undang Peranan Hisbah dan Fungsi Department Polis. Abu Hurairah r.a. telah dilantik oleh Umar r.a menjadi ketua Polis di Bahrain, untuk memastikan disiplin rakyat. Tidak ada orang yang dibenarkan beli atau menjual arak. Tidak ada orang yang boleh memuatkan barang yang lebih keatas binatang kenderaan.
JASA SYIDINA UMAR R.A DALAM PENDIDIKAN ISLAM Pusat pendidikan tersebar di kota besar
Di Madinah dan Makkah (Hijjaz) Di Basrah dan Kufah (Iraq) Di Damsyik (Syam) Di Madrasah Fustat (Mesir)
SEJARAH PENDIDIKAN ZAMAN SAIYIDINA UTHMAN R.A Meneruskan gerakan penaklukan dan perkembangan Islam. Menyalin semula Al-Quran dan memperbanyakan mushaf kemudian mengirimkanya ke segenap daerah dan kota sebagai manhaj Tarbiyah yang unggul dan dasar perlembagaan Hidup dan Negara Melaksanakan azan Jumaat dua kali. (Sejarah dan Tamadun Islam – Dr. Abdul Rahman Hj.Abdullah)
7
10/15/2012
SEJARAH PENDIDIKAN ZAMAN SAIYIDINA ALI R.A Pada hakikatnya Sayidina Ali r.a telah mewarisi satu pemerintahan yang kucar-kacir dan tidak berdaya memperbaikinya sehingga di tangannya tamatlah rangkaian Khulafa’ Rasyidin. Sebaik saja Sayidina Ali r.a. dilantik, beliau telah melakukan beberapa perubahan baru: Memecat gabenor-gabenor lantikan Usman. Mengubah pusat pentadbiran negara dari Madinah ke Kufah.
8