DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD7023 Sejarah Tamadun Islam II (Minggu 5) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Silibus
-Kebudayaan Dan Kesenian - Konsep Kebudayaan Menurut Islam - Konsep Kesenian Menurut Islam - Sumbangan/ TanggungjawabTokoh Seni & Pencinta Seni
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KEBUDAYAAN DALAM ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI KEBUDAYAAN Kebudayaan merupakan suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh faktor daya akal dan rasa manusia. Kebudayaan Islam adalah satu cara hidup yang lahir dan menjelma daripada keimanan Merangakumi segala aspek sosial, politik, ekonomi dan kesenian Islam Merupakan manifestasi daripada keiman dan ketkawan dan diluar daripada ini bukanlah kebudayaan Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM Tidak bertentangan dengan ajaran Islam –tidak terhad kepada sistem agama dalam bentuk ibadat yang khusus tetapi merupakan cara hidup yang menyeluruh termasuk aspek kebudayaan. Tidak melalaikan manusia. Manusia sebagai khalifah – memakmurkan bumi dan perlu mengislamkan budaya tersebut meliputi segala aspek kehidupan. Melahirkan hubungan baik antara manusia dengan Allah s.w.t. dan manusia sesama manusia serta mengangungkan Pencipta. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM Jika budaya itu bercanggah dengan hukum Islam, ia tidak diterima sebagai budaya Islam. Kebudayaan diterima oleh Islam jika tidak melalaikan manusia.
Contohnya mencari rezeki halal-aktiviti kebudayaan dan disuruh oleh agama Islam, tetapi jika manusia mencari rezeki sehingga melupakan ibadat, ia adalah disisi Islam
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BUDAYA YANG BERCORAK ISLAM BUDAYA AKIDAH Akidah – menyakini hidup kita adalah milik Allah s.w.t. dan bukan milik kita sendiri. Jika melanggar perintah Allah s.w.t, ini bermakna merampas hak Allah s.w.t. Cara menghidupkan ialah menanam kepercayaan terhadap Allah s.w.t. Dapat mencorak kehidupan Islam dan menjauhkan diri daripada sesuatu yang bertentagnan dengan syariat Islam. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BUDAYA YANG BERCORAK ISLAM Budaya Ibadat Dua unsur penting dalam ibadat 1. Tunduk- taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan Rasulnya. 2. Kasih- melakukan perintah tersebut dengan ikhlas dan penuh kesyukuran.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BUDAYA YANG BERCORAK ISLAM Budaya Akhlak Akhlak- satu tingkah laku daripada dorongan jiwa yang dipamerkan tanpa difikirkan. Cara menghidupkan – berakhlak dengan Allah s.w.t. iaitu mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangannya Berakhlak dengan manusia dan diri sendiri
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESENIAN DALAM ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI KESENIAN Kesenian berasal dari perkataan latin yang bermaksud kemahiran, cara atau kaedah. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstak, ia dapat dipandang, didengari dan disentuh tetapai ia tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Kesenian ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu seni ukir, seni muzik, kesasteraan, seni bina dan pelbagai lagi aygn terdapat di dunia ini.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESENIAN DALAM ISLAM Islam adalah agama yang nyata (waq’ie) dan sesuai fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia.
Dalam diri manusia terutamannya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESENIAN DALAM ISLAM Al-Farabi: menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk ibadah. Al-Ghazali: seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah. Seni ada dua tujuan: 1. Seni untuk seni: Bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujaun sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. 2. Seni untuk masyarakat: Seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KONSEP SENI MENURUT ISLAM Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam Perbezaan seni Islam dan bukan Islam dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam seni Islam.Tujuan seni Islam adalah kerana Allah s.w.t. Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak,iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah bersifat amar makruf dan nahi mungkar. Semua aktiviti kesenian manusia mestilah ditundukkan kepada tujuan kerehaan Allah dan ketakwaan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESENIAN
Kesenian dalam Islam adalah kesinambungan daripada zaman dahulu kala yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. Prinsip kesenian Islam adalah mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusian dan nilainilai persekitaran dan sejagat. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek agama, intelek, etika, estetika, sosial dan diri. Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah dan menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM SENI DALAM ISLAM Secara umumnya hukum seni terbahagi kepada lima: Wajib: Jika kesenian itu sangat diperlukan oleh Muslim seperti untuk menyeru manusia kepada solat dan lain-lain. Sunat: Untuk menyatukan atau menaikkan semangat umat Islam seperti melalui qasidah, nasyid dan lain-lain.
Harus: Apa sahaja bentuk seni yang mana tidak ada nash yang mengharamkan. Firman Allah: ق ِ هللا التى أَ ْخر َج ِل ِع َبا ِد ِه وال َط ِيّبَا ِ َقُ ْل َم ْن َح َّر َم ِزينَة ِ ت ِمن ِ الر ْز “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula yang mengharankam) rezeki yang baik”) Al-A’raaf,7:32
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM SENI DALAM ISLAM Makruh: Jika kesenian itu membawa kepada unsur lagha (sia-sia). Seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia. Haram. Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang: Menjadikan manusia mengabaikan tanggungjawab yang fardu. Membawa khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan mana yang hak dan batil. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti syirik, arak, judi, dadah dan lain-lain.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM SENI DALAM ISLAM Haram- Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang Ada percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batas. Objek atau ukiran dalam bentuk patung. Seni dalam bentuk yang tidak bermoral. Seni yang boleh merosakkan akhlak dan memudharatkan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ciri-ciri Kesenian Islam Keindahan Sabda Rasulullah bermaksud:
إن هللا جميل يحب الجمال “Sesungguhnnya Allah itu Maha indah dan sukakan kepada keindahan”
Berunsur Moral Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. Allah memerintahkan supaya manusia melakukan perkara yang baik dan malarang daripada yang mungkar. Islam menghendaki supaya seni dicipta menurut acuan akidah, syariat dan akhlak. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ciri-ciri Kesenian Islam Kepelbagaian Dalam Kesatuan Islam adalah agama yang universal dan dianuti oleh semua bangsa.
Perbezaan bangsa dan budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. Islam datang dengan prinsip-prinsip asas dan umum sifatnya. Seniman Muslim dituntut untuk menghasilkan seni yang tidak terkeluar daripada prinsip umum tersebut meskipun berbeza dari segi bentuk.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Peranan Seni
Meninggikan tamadun manusia. Sarjana Islam dan Barat dalam bidang tamadun seperti Jurji Zaidan, Husni Abd al-Wahab, Muhammad al-Bahi, Will Durant dan lain-lain meletakkan seni sebagai salah satu daripada ciri tamadun. Tingginya nilai seni sesuatu bangsa membuktikan tingginya nilai tamadun bangsa tersebut.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Peranan Seni Memberikan nilai al-falah (kemenangan) dan al-Sa’adah (kebahagian) dalam kehidupan.
Contohnya: Melalui seni suara: ketenangan yang tidak melalaikan. Melalui karya sastera: boleh membangunkan minda ummah untuk menghargai kebaikan, keamanan, perpaduan dan lainlain nilai murni. Seni sastera yang tinggi nilainya ialah yang boleh mendorong manusia untuk mencapai tingkat ketaqwaan, kemakrufan, kesalihan, dan tinggi budi pekerti.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Peranan Seni Melalui seni bina memenuhi skop keperluan alDaruriyyah, al-haajiah dan al-tahsiniyyah. Ciri-cirinya ialah: Ruang masuk udara seluas-luasnya. Menerapkan tulisan khat/kaligrafi yang menenangkan. Ruang bilik yang memisahkan lelaki dan perempuan. Reka bentuk sesuai dengan iklim. Memanifestasikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan. Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Peranan Seni Menjadi media penghubung antara pelbagai budaya manusia. Menjadi salah satu media dakwah. Contoh: Seni suara boleh dilihat melalui…. Azan untuk menyeru manusia kepada solat. Bacaan al-Quran bertaranum: melembutkan hati manusia yang keras. Nasyid dan Qasidah menjadi bahan pengajaran dan renungan selain sebagai hiburan alternatif.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SUMBANGAN/TANGGUNGJAWAB TOKOH SENI & PENCINTA SENI
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SUMBANGAN/TANGGUNGJAWAB TOKOH SENI & PENCINTA SENI
Seniman dan pencinta seni perlu mendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak agar tidak berlaku pertembungan antara tuntutan agama dan tuntutan fitrah insani.
Memahami konsep seni yang sebenar menurut kacamata Islam agar tidak terperangkap dengan falsafah seni Barat.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SUMBANGAN/TANGGUNGJAWAB TOKOH SENI & PENCINTA SENI
Memahami konsep dan falsafah asas ajaran Islam agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kesenian yang dihasilkan. Sentiasa membuat kajian dan penyelidikan dari semasa ke semasa mengenai keperluan umat Islam supaya ia dapat dipenuhi mengikut keperluan semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai yang tetap dan sebati (thabat) dalam Islam.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Buku-Buku Rujukan : Ismail Bakar. 1999. Sejarah Tamadun Islam. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahayudin Hj. Yahaya. 1998. Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Khursyid Ahmad (ED.) 1991. Kajian dalam Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Zizi Press Sdn Bhd.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD