DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
SINOPSIS Matlamat modul ini ialah mendedahkan para pelajar kepada kaedah-kaedah penting untuk mengetahui hal-ehwal perawi dan nas-nas hadith yang diriwayatkan. Ia juga bertujuan agar pelajar tidak terpengaruh kepada ajaran aliran sesat iaitu golongan anti hadith disebabkan kejahilan mereka terhadap ilmu mustholah al-Hadith. Modul ini akan menjelaskan bagaimana ulama mengkatogerikan pelbagai jenis hadith dan martabatnya. Di akhir modul ini diharapkan pelajar dapat mengenal pelbagai jenis hadith dan peranannya sebagai sumber kedua pengambilan hukum, dan menghargai kesungguhan serta jasa ulama hadith dalam memelihara sunnah Rasulullah s.a.w. daripada penyelewengan dan pemalsuan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SILIBUS Pengenalan Kitab-Kitab Hadith. a. Musnad Imam Ahmad & Muwattho’ Imam Malik. b.
Al-Kutubus Sittah: Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan An- Nasai, Sunan At-Tirmidzi & Sunan Ibn Majah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Pengenalan Kitab-Kitab Hadith Abad ke-3 hijrah kemuncaknya perkembangan ilmu hadith dan pembukuannya, lahir banyak tokoh muhaddithin sehingga mereka berjaya membuat kompilasi terhadap hadis-hadis yang dihafal serta dinukilkan dalam bentuk kitab supaya dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam. Nama-nama ulama' yang tidak asing lagi pada kita antaranya ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Daud. Perkembangan Islam dalam bentuk penulisan adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Hal ini kerana ajaran Islam berkembang melalui ilmu yang ditulis dan dibaca sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' Istilah yang biasa digunakan oleh para muhaddithin bagi memperkenalkan kitab-kitab mereka ialah al-Jami’, Sahih, Sunan, Musnad, Mustadrak, Mustakhraj, Muwatta’ dan Musannaf. Kepelbagaian istilah yang digunakan sudah pasti menunjukkan perbezaan dalam penyusunannya. Sebagai contoh, Sahih Bukhari juga diberikan nama sebagai Al-Jami' al-Sahih al-Musnad, al-Muhkhtasar min Umur Rasulillah Wa Sunanihi wa Ayyamihi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' Umumnya, setiap istilah tersebut dapat dihuraikan sebagaimana berikut:
1. Al-Jami': Penulisan hadith di dalam kitab yang dinamakan al-Jami' atau jamaknya al-Jawami' merangkumi tajuk-tajuk terpenting dalam agama. Antara bab yang penting dalam ajaran Islam ialah akidah, hukum, raqaq (perbuatan yg dilakukan tanpa menghiraukan orang lain, jujur & ikhlas), adab, tafsir, syama'il (sifat-sifat akhlak) fitan (fitnah) dan manaqib (sejarah).Kitab ini termasuklah kitab kitab Sahih sebagaimana diterangkan nanti. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' 2. Musnad:
Ia juga disebutkan sebagai al-Musanid. Karya-karya yang bersangkutan dengan al Musnad disusun hadithnya secara khusus dan lengkap meliputi sanad dan matan hadith. Ia disusun mengikut nama-nama sahabat sama ada berdasarkan susunan abjad atau mengikut keturunan atau berpandukan kepada keutamaan dan ketinggian sahabat. Sanad setiap hadis yang dikumpul bersifat muttasil dari perawi sampai kepada Rasulullah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' Tokoh yang mula menyusun musnad ialah Abu Daud Sulaiman ibn al-Jarud al-Tayalisi (m204H). Selepas itu ialah Asad ibn Musa al-Amawiy (m122H), Musaddad al-Bashriy (m228H); Yahya ibn Abd al-Hamid al-Hamaniy alKufiy (m228H); yang pertama di Kufah sebagimana dinyatakan oleh Ibn Addiy, Nu'aim ibn Hammad al-Khaza'iy al-Mishriy (m228H) dan Ahmad ibn Hambal (164241H).
Antara tujuan metodologi penulisan dalam susunan sahabat dilaksanakan adalah untuk membezakan antara hadis dengan athar sahabat dan tabi'in. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' 3. Al-Sahih: Ia juga disebutkan sebagai kitab al-Sihhah. Hadith yang
dikumpulkan merupakan hadith-hadith yang mencapai tahap hadith sahih sahaja iaitu berhubung sanad dari perawi yang terakhir hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan diriwayatkan oleh perawi yang 'adil, sempurna ingatan, tiada illat dan tidak janggal. Kitab ini diyakini tidak mempunyai hadis Dhaif dan Maudu' sebagaimana yang diteliti oleh pengarangnya
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' 4. Al-Sunan: Kitab hadis yang disusun berdasarkan ilmu fiqh iaitu hadithhadith yang berkaitan soal hukum. Ia juga berteraskan subjek yang umum seperti perkara berkaitan taharah, solat, zakat dan sebagainya. Perkara yang berkaitan dengan petunjuk dan amalan nabi atau sifat nabi tidak dimasukkan di dalam sunan tersebut. Hadith yang dimasukkan di dalam kitab Sunan termasuk hadith Sahih, Hasan dan Dhaif Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' 5. Al-Muwatta': Penyusunan hadis di dalam kitab ini berdasarkan ilmu fiqh. Ia merangkumi hadith hadith Marfu', Mawquf, dan Maqtu'. Antara kitab al-Muwatta' yang masyhur ialah Muwatta' Imam Malik, Muwatta' Ibn Abi Dhi'b al-Madani (m.158H) dan kitab Muwatta' Abi Muhammad 'Abd Allah alMawarzi (m.293H). 6. Al-Musannaf: Penyusunan hadith di dalam kitab ini juga berdasarkan ilmu Fiqh. Ia juga merangkumi hadis Marfu' Mawquf dan Maqtu'. Hanya nama yang membezakan antara al-Musannaf dan alMuwatta'. Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf 'Abd al-Razzaq a-San'ani (m.211H), Musannaf Ibn Abi Syaibah (m.235H) dan Musannaf Baqi ibn Makhlad (m.276H).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbezaan Istilah yang digunakan oleh para ulama' 7. Al-Mu'jam: Penyusunan hadith di dalam kitab al-Mu'jam mengikut nama-nama sahabat atau guru dalam bidang hadith atau negeri. Kemudia ianya disusun mengikut abjad. Antara kitab al-Mu'jam yang masyhur ialah Al-Mu'jam al-Kabir li Abu al-Qasim Sulayman ibn Abi Ahmad al-Tabrani (m.360H), AlMu'jam al-Awsat dan Almu'jam a lSaghir juga oleh al-Tabrani, alMu'jam Ibn 'Arabi (m.340H) dan al-Mu'jam a-Buldan li Abi Ya'la alMawsili (m.307H) Terdapat banyak lagi istilah yang digunakan di dalam penulisan ilmu hadith oleh para ulama'. Istilah-istilah tersebut digunakan sebagai judul penulisan bagi membezakan isi kandungan kitab masing-masing. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Imam Bukhari tidak menyatakan metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab beliau. Namun begitu, para ulama' yang mengkaji kitab kitab beliau dapat mengeluarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Imam Bukhari dengan mudah dan tepat.
Berdasarkan penelitian terhadap nama kitab tersebut, dapat disimpulkan bahawa Imam Bukhari menekankan beberapa ciri tersebut iaitu dari aspek penjenamaan:
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Imam Bukhari 1. Kalimah al-Jami' menegaskan bahawa hadith yang dikumpulkannya meliputi keseluruhan perkaraperkara yang terdapat dalam ajaran Islam meliputi hukum, perkara yang lalu dan akan datang, akhlak dan lain-lain lagi. 2. Kalimah al-Sahih menjelaskan bahawa beliau hanya memilih hadith-hadith yang sahih sahaja dan menghindari hadith yang tdak mencapai tahap tersebut. 3. Kalimah al-Musnad menjelaskan bahawa beliau hanya mengumpulkan hadith-hadith yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sahaja. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sahih Muslim Nama sebenar Imam Muslim ialah Abu al-Husain Muslim Abu alHajjaj ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn al-Qusyairi alNaisaburi. Beliau lahir pada tahun 204H/206H dan wafat pada 25 Rejab 261H di Nasr Abad, Naisabur. Nama kitab beliau ialah al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min alSunan bi Naqal al-A'dil 'an Rasulullah, namun ia lebih dikenali sebagai al-Jami' al-Sahih dan Sahih Muslim. Keseluruhan isi kandungan kitab Sahih Muslim mengandungi 7275 hadith yang mana terdapat 4000 hadith tidak berulang.
Ia telah dibahagikan kepada 54 tajuk yang dikategorikan sebagai kitab-kitab. Para ulama' bersepakat bahawa tarafnya adalah kedua selepas Sahih Bukhari . Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sahih Muslim 1. Memasukkan hadith Sahih yang telah disepakati para ulama' manakala hadith yang baginya Sahih tetapi tidak disepakati oleh para ulama' tidak dimasukkannya. 2. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya. 3. Hadith mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus periwayatnya.
4.
Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada sahabat atau tabi'in Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sahih Muslim 6. Dari segi matan, beliau mengumpulkan matan yang berbeza dalam satu riwayat tanpa dipecahkan kepada bab berasingan 7. Penulisan kitab a. Mempunyai pendahuluan b. Menerangkan tabaqat perawi-perawi c. Menerangkan pengkelasan taraf hadith
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sunan Abu Daud
Nama sebenar beliau ialah Sulaiman ibn al-Asy'ath ibn Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. Beliau lahir pada tahun 202H dan wafat pada 16 Syawal 275H di Basrah. Nama kitab beliau ialah Sunan Abu Daud. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 40 kitab yang meliputi 1871 bab. Beliau telah memasukkan 4800 hadith yang terdiri daripada 600 hadith sahih manakala hadith yang lain menyamai taraf hadith sahih. Hadith yang dikumpulkan di dalam kitab tersebut adalah hadith yang berkaitan dengan hukum-hukum sahaja.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan 1.
Penyusunan bab berdasarkan permasalahan Fiqh dan penulisannya dimulakan dengan bab bersuci dan bersolat.
2.
Di dalam sunannya, terdapat hadith Sahih, hasan dan dhaif. Beliau tidak memasukkan hadith yang telah disepakati muhaddithin untuk ditinggalkan.
3.
Menjelaskan taraf sesuatu hadith seperti hadith dhaif, munkar dan mudallas. Namun demikian hadith yang sahih tidak dinyatakan tarafnya.
4.
Menerangkan kredibiliti perawi sama ada thiqah (perawi yang baginya sifat ‘adil serta dhabit secara bersama) wahm (mengetahui sesuatu dengan kemungkinan yang lemah), majhul (orang yang tidak diketahui jati dirinya dirinya atau sifat-sifatnya) dan lain-lain lagi. Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang matruk (salah satu perwai tertuduh) tidak dimasukkan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sunan Al-Tirmizi Nama sebenar Imam Tarmizi ialah Imam al-Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Surah ibn Musa ibn al-Dahhak alSilmu al-Tirmizi. Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Isa. Beliau lahir pada tahun 200H di Tirmiz dan wafat pada 13 Rejab 279H juga di Tirmiz. Nama kitab beliau ialah Jami' al-Tirmizi atau juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 46 bab. Jumlah keseluruhan hadith yang terdapat di dalamnya pula ialah sebanyak 3956 buah hadith.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan 1. Menerangkan taraf sesuatu hadith daripada hadith sahih, hasan, dhaif, gharib dan mu'allal serta menjelaskan illatnya 2. Mempelopori satu klasifikasi baru dalam pentarafan hadith iaitu seperti hadith hasan, hadith gharib, hasan sahih, hasan sahih gharib, hasan li ghairihi. 3. Menerangkan Rijal al-Hadith iaitu tentang perawi hadith.
4. Menyusun hadith berdasarkan permasalahan fiqh. Memasukkan hadith yang menjadi sandaran dan pegangan fuqaha' bagi mazhab yang rajih dan tidak rajih sama ada sahih ataupun tidak untuk dibuat penilaian serta menerangkan sebab-sebab kecacatannya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sunan al-Nasa'i Nama sebenar beliau ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Ali ibn Syu'ib ibn Ali ibn Sinan ibn Bahr ibn Dinar al-Khurasani al-Nasa'i. Beliau juga dikenali sebagai al-Nasa'i Abu Abd al-Rahman. Beliau lebih dekenali dengan nama al-Nasa'i sempena nama tempat kelahiran beliau di Nasa' iaitu sebuah perkampungan kecil di pinggir bandar Khurasan. Beliau lahir pada tahun 215H dan wafat pada 13 Safar 303H di Palestin. Nama sebenar kitabnya ialah al-Mujtaba min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripada Sunan al-Kubra. Ia juga dikenali sebagai Sunan al-Sughra, Sunan al-Nasa'i atau al-Mujtaba. Di dalamnya terdapat 5270 buah hadith yang dipecahkan kepada 51 bab. Hadith di dalamnya adalah dipilih dan dikeluarkan daripada Sunan al-Kubra miliknya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan 1. Menyusun hadith berdasarkan ilmu Fiqh. 2. Menulis hadith daripada perawi yang diterima Ijma' para fuqaha' sahaja. 3. Syarat perawi: pemilihan beliau dikatakan lebih ketat daripada alBukhari dan Muslim, namun masih terdapat pendapat yang menyatakan beliau masih tidak terlepas dari melakukan penilaian yang tidak tepat. Seperti Ibn Kathir yang berpandangan bahawa beliau telah melakukan kajian yang mendalam terhadap para perawi namun di dalam kitabnya masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh dan terdapat hadith dhaif, muallal serta mungkar. 4. Terdapat hadith sahih, hasan dan dhaif di dalamnya dengan diterangkan secara tuntas. 5. Mencatatkan pelbagai isnad dalam suatu perkara kemudian dijelaskan tentang kebenaran dan kesalahan yang terdapat pada sanad hadith tersebut. 6. Menjelaskan sanad dan matan serta disertai dengan takhrij hadith. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sunan Ibn Majah Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid ibn Abdullah ibn Majah al-Quzwani al-Rabi'. Beliau juga dikenali dengan nama Abu Abdullah dan Majah Maula Rab'at. Beliau lahir pada tahun 209H di Quzwain dan wafat pada tahun 273H. Nama kitab beliau ialah Sunan Ibn Majah. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut dibahagikan kepada 1500 bab daripada 37 kitab. Terdapat juga ulama' yang merumuskan bahawa hadith hadithnya dipecahkan kepada 32 bab sebagaimana menurut alZahabi. Keseluruhan hadith di dalamnya ialah sebanyak 4000 buah hadith Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan 1. Membahagikan hadith berdasarkan ilmu Fiqh 2. Di dalamnya terdapat hadith sahih, hasan dan dhaif dan mungkar tetapi tidak dinyatakan oleh beliau taraf setiap hadith yang ada kerana mengambil pendekatan tidak menilainya. Berdasarkan penyelidikan, 428 hadith sahih kerana sanadnya thiqah, 199 hadith hasan kerana sanadnya hasan, 613 hadith dhaif kerana sanadnya lemah atau dhaif, 99 lagi hadith mungkar dan mahzub kerana sanadnya terlalu lemah, mungkar dan dusta. Kitab ini dimasukkan dalam kumpulan Kutub alSittah kerana terdapat tambahan hadith yang dikemukakan oleh Ibn Majah jika dibandingkan dengan kitab hadith sahih yang lain Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Metodologi Penulisan Sunan Ibn Majah Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid ibn Abdullah ibn Majah al-Quzwani al-Rabi'. Beliau juga dikenali dengan nama Abu Abdullah dan Majah Maula Rab'at. Beliau lahir pada tahun 209H di Quzwain dan wafat pada tahun 273H. Nama kitab beliau ialah Sunan Ibn Majah. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut dibahagikan kepada 1500 bab daripada 37 kitab. Terdapat juga ulama' yang merumuskan bahawa hadithhadithnya dipecahkan kepada 32 bab sebagaimana menurut alZahabi. Keseluruhan hadith di dalamnya ialah sebanyak 4000 buah hadith. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUKAN Muhammad 'Ajjaj al-Khatib (1998). Ushul al-Hadits: Pokok-pokok Ilmu Hadits (terj.). Jakarta: Gaya Media Pratama. Mohd. Muhiden Abd Rahman (2010). 'Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD