DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 2) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – PendidikanAgama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
SILIBUS Jenis-Jenis Jual Beli: Bai‟ Salam/Salaf, Bai‟ „Urbun, Bai‟ al-Amanah : Tauliyah, Isyrak, Murabahah, Wadyi‟ah, Mustarsil. Bai‟ Muzayadah, Bai‟ A‟raya & Bai‟ Tasyriah Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bai’ Salam/Salaf Bai’Salam/Salaf Perjanjian jual beli, dengan cara pemesanan barang dengan spesifikasi tertentu yang dibayar di muka dan penjual harus menyediakan barang tersebut dan diantarkan kepada sipembeli dengan tempat dan waktu penyerahan barang yang sudah ditentukan dimuka. Dalam akad Salam,/Salaf barang yang diperjualbelikan harus dapat dihitung atau ditimbang beratnya, jenis, klasifikasi dan spesifikasinya juga harus jelas. Apabila barang pesanan yang diantarkan lebih baik spesifikasinya sipembeli harus mau menerima dan sipenjual tidak berhak untuk memperoleh tambahan pembayaran, namun sebaliknya jika barang yang diantarkan lebih buaruk spesifikasinya, maka sipembeli berhak menolak barang tersebut dan sipenjual harus mau mengembalikan uangnya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENSYARIATAN BAI’SALAM Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya” (QS Al-Baqarah [2]: 282).
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w datang ke Madinah dimana penduduknya melakukan salaf dalm buah (utk jangka waktu), 1,2 dan 3 tahun. Baginda berkata: “Barangsiapa yang melakukan salaf hendaklah lakukan dengan tukaran yang jelas untuk jangka waktu yang diketahui.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESAN HUKUM BAI’SALAM Pembeli – sabit hak milik barang yang dibeli secara salam yang akan diterima kemudian dengan sabitnya hak harga salam yang diserahkan kepada penjual salam. Harus hukum pemilikan kerana keperluan manusia. Hak pembeli (barangan rosak selepas diterima) – menerima seadanya. Memulangkan dengan menaplikasikan – khiyar „aib sahaja dan bukan khiyar‟ yang lain.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bai’ Al-’Urbun Dari Amru bin Syu‟aib, dari ayahnya dari pak cik nya, ia berkata bahwa Nabi SAW melarang jual beli Urban.” (HR. Ahmad, Nasa‟i, Abu Daud dan Hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha‟) Secara bahasa, urbun atau urban dalam bererti meminjamkan dan memajukan Secara Istilah, jual beli suatu barangan dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual. Bayaran ini akan menjadi hadiah kepada penjual jika jual beli tersebut dibatalkan.Dan dikira sebagai sebahagian daripada harga barangan jika diteruskan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bai’ Al-Úrbun Memiliki 2 bentuk contohnya: 1. Seorang beli jam lalu penjual memberi kepada pembeli sebahagian daripada harga barang sekiranya sempurna jual beli dikira nilainya sekiranya tidak jadi jual beli dia harus pulangkan apa yang dia dapat dari pembeli. 2.
Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi tidak dipulangkan kepada pembeli.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bai’ al-Amanah Secara bahasa, amanah ertinya tenang dan tidak takut. Terkadang kata amanah juga digunakan untuk menamakan wadi`ah (barang titipan) Secara istilah, jual beli amanah digunakan untuk menamakan transaksi yang menuntut kepercayaan bagi penjual, kerana informasi yang telah dia sampaikan kepada pembeli merupakan amanahnya. Kerana itu, jual beli amanah adalah jual beli yang dibangun atas prinsip saling percaya dan amanah antara kedua belah pihak
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bai’ al-Amanah Bai‟ al-Amanah ada 5 bentuk: 1. Jual beli Tauliyah 2. Jual beli Isyrak 3. Jual beli Murabahah 4. Jual beli Wadhi‟ah/Muhatatah 5. Jual beli Mustarsil
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Tauliyah
Tauliyah secara bahasa berasal dari kata: “walla”, yang ertinya memberi kuasa. Tauliyah bererti memberi kuasa kepada orang lain untuk memiliki atau mengunakan sesuatu barang.
Secara istilah, jual beli Tauliyah adalah apabila penjual menjual dengan harga yang sama seperti harga belinya pada awalnya tanpa sembarang untunge, dan penjual menyampaikan harga belinya kepada pembeli. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Tauliyah Contoh: A membeli kereta dengan harga $36,000. A memberi tahu B bahwa dia membeli motor tersebut berharga $36,000. Dia tawarkan motornya kepada B dengan harga yang sama, tanpa mengambil keuntungan sedikitpun. Transaksi ini dimasukkan dalam bai` amanah kerana dalam transaksi ini, penjual menyampaikan harga belinya. Hal ini menuntut adanya amanah dari penjual tentang kebenaran informasi yang dia sampaikan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Isyrak (berkongsi) Jual beli ini hampir sama seperti tauliyah tetapi hanya membabitkan sebahagian yang dijual sahaja, bukan seluruhnya. Contoh: Saya serahkan separuh dari kontrak kereta ini kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga asal. Bahagian yang ingin dikongsi perlu dinyatakan dengan jelas.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Murabahah Murabahah adalah satu bentuk jual-beli yang bersifat amanah. Definisi secara fiqh: Bai al-Murabahah adalah akad jual beli atas barangan tertentu, dimana transaksi jual beli tersebut menyebutkan dengan jelas barang yang diperjual belikan termasuk harga pokok pembelian dan keuntungan yang diambil.
Bai‟ al-Murabahah dapat di lakukan untuk pembelian secara pemesanan dan biasa disebut sebagai murabahan kepada pemesan pembelian. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Dalil Murabahah Firman Allah s.w.t. “….Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al Baqarah: 275) Dari Suhaib ar-Rumi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. “Tiga hal yang di dalamnya terdapat keberkahan: jual beli secara tangguh, muqradhah (mudharabah) dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk di jual (HR Ibnu Majah)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Syarat Bai’ al- Murabahah 1. Penjualan memberitahu biaya modal kepada pembeli. 2. Kontrak pertama harus syah sesuai dengan rukun yang ditetapkan 3. Kontrak harus bebas dari riba 4. Penjual harus menjelaskan kepada pembeli bila terjadi cacat atas barang sesudah pembelian. 5. Penjualan harus menyampaikan semua hal yang berkaitan degnan pembelian misalnya jika pembelian dilakukan secara hutang. Secara prinsip, jika syarat (1), (4) atau (5) tidak dipenuhi, pembeli memiliki pilihan; melanjutkan pembelian , kembali kepada penjual dan menyatakan ketidak setujuan atas barang yang di jual. Membatalkan kontrak dan bila produk tidak dimiliki penjual, sistem yang digunakan adalah murabahah kepada pemesan pembelian. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Wadhi’ah
Wadhi`ah secara bahasa ertinya kerugian. Bisa juga digunakan untuk menamakan pajak yang diambil oleh pemerintah.
Secara istilah, wadhi`ah bererti menjual barang dengan harga yang lebih rendah dari pada harga beli dan pembeli diberi tahu tentang harga belinya. Sehingga sistem jual beli ini merupakan berlawanan dari jual beli murabahah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
al-Mustarsil, adalah pembeli yang tidak tahu harga pasaran, tetapi menyerahkan sepenuhnya atas dasar kepercayaan kepada penjual. Kata kuncinya di sini, "harga pasaran". Ghabn al-Mustarsil pula ialah situasi penjual mempergunakan sepenuhnya kejahilan dan kenaifan pengguna dengan menjual sesuatu melebihi harga pasaran, sedangkan pengguna memberi kepercayaan kepadanya. Lebih-lebih lagi penjual yang bermulut manis. Contoh syarikat pemasaran emas meletakkan yuran yang mahal dengan mendakwa jika yuran ini dibayar, pelanggan akan mendapat harga ahli dan dikatakan harga itu harga kilang. Sedangkan harga ahli pun lebih mahal daripada emas-emas lain di pasaran. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hukum Ghabn al-Mustarsil غبن المسترسل Para sarjana bersepakat bahawa hukumnya adalah tidak elok dan berdosa jika memang ada unsur penipuan, atau sekurangkurangnya, penyembunyian maklumat dengan sengaja (tadlis). Ada juga sarjana menggunakan hadis: "Ghabnu al-mustarsil, riba" namun hadis ini sangat daif, tidak boleh dijadikan sandaran hukum. Namun sarjana berbeza pendapat tentang sah atau jual beli ini, juga berbeza pandangan sama ada pengguna ada hak untuk khiyar (membatalkan semula akad). Majoriti sarjana terutama daripada mazhab Hanbali dan Maliki menganggapnya sebagai al-ghubn (menipu dan eksploitasi harga) yang haram, dan memberi hak khiyar (pilihan untuk membatalkan urus niaga selepas berlaku jual beli) kepada pembeli. Ustazah Dr Nek Mah Batri
Hukum Ghabn al-Mustarsil غبن المسترسل Manakala mazhab Syafi'i dan Hanafi, tidak menganggap alghubn ini membatalkan akad, dan tidak memberikan hak khiyar kepada pelanggan. Ini kerana mereka berpendapat, pembeli itu sendiri yang cuai kerana tidak menggunakan haknya untuk menyelidik harga pasaran sebelum membuat pembelian. Namun seperti hukum al-ghabn (keuntungan yang berlebihan) yang lain, para sarjana tidak mennggap haram jika ia tidak keterlaluan. Jika pelanggan sudah dijelaskan tentang harga pasaran, tentang kenapa harga dijual mahal, dan penjelasan itu benar-benar memberi pengetahuan dan bukan berunsur cubaan mempengaruhi, maka jual beli itu tidak lagi tertakluk kepada hukum ini. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Muzayadah (Lelong) Muzayadah adalah dimana pembeli bersaing dalam menambah harga barang dagangan yang ditawar untuk dijual.Contoh: Seorang penjual menwarkan barang dagangannya di pasar (di hadapan para calon pembeli), kemudian para calon pembeli saling bersaing dalam menambah harga, kemudian barang dagangan itu diberi kepada orang yang tertinggi dalam memberikan harga. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Muzayadah (Lelong) Jual beli muzayadah dibenarkan Dilarang, apabila tawaran berlaku semasa waktu khiyar pembeli atau penjual. Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah seseorang lelaki berjual beli atas jual beli saudaranya” “Janganlah seseorang muslim bertawar-menawar atas tawarmenawar saudaranya
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jual beli Muzayadah (Lelong) Contoh larangan: A sedang bersepakat bersama B untuk menjual kepadanya jam yang berharga $150.
Datang C kepada mereka dan menawar A untuk membelinya dengan harga lebih tinggi X Datang C kepada mereka dan menawar B dengan harga lebih rendah bagi jam yang serupa X Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BAI’ ARAYA Menurut bahasa : Pokok yang dibiarkan oleh pemiliknya untuk makanan sendiri. Menurut syarak : Menjual kurma basah (rutob) yang masih di atas pokok secara andaian dengan kurma (tamar), atau pun menjual anggur secara andaian dengan kismis, dan kadarnya adalah kurang daripada 5 wasaq iaitu bersamaan dengan lebih kurang 700 kg.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL BAI’ ARAYA Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Abu Hathmah r.a : “Rasulullah s.a.w melarang jual beli buah-buahan dengan kurma (tamar) tetapi Baginda memberi pengecualian untuk jual beli araya yang dijual secara andaian, supaya pembelinya boleh makan kurma yang basah (rutob)” Hukum ini boleh diqiaskan dengan anggur dan kismis. Ini kerana kedua-dua buah-buahan ini adalah harta yang dikenakan zakat dan boleh di andai serta boleh disimpan apabila kering. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BAI’ TASRIYAH Jual beli “tasyriah” atau “Musorrah”, adalah jual beli unta atau kambing atau lembu yang dimana secara sengaja tidak diperah susunya selama beberapa hari degan tujuan untuk mengumpul susu di dalam pundi susu haiwan tersebut. Kotrak jual beli ini sah tetapi diharamkan keran wujud unsur penipuan dan pemalsuan
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BAI’ TASRIYAH Jika pembeli megetahui keduduakn sebenar, dia berhak memulangkan semula belian tersebut serta merta kerana belian tersebut termasuk dalam hukum khiyar dan boleh dipulangkan kerana kecatatan tertentu. Jika pembeli memulangkannya, dan dia telah memerah susunya, dia hendaklah memulangkanya bersama dengan segantang kurma sebgai ganti kepada susu atau memulangkan susu yang telah diperahnya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK
TERIMA KASIH