Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Diploma Pengajian Islam (Separuh Masa) Sejarah Pendidikan Islam II Pensyarah: Ustazah Dr. Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam
Calon Doktor - Fiqh Sains & Teknologi Masters in Islamic Education
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM II
Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap wujudnya sistem pendidikan Islam yang dianggap penting oleh masyarakat kita hari ini. Ini ditinjau dari segi perkembangan sejarah pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga ke zaman penjajahan Inggeris, sumbangan tokoh-tokoh pendidikan Islam pada zaman kegemilangan Islam dan pada zaman ini dan cabaran-cabaran yang dihadapi masa kini. Adalah diharapkan agar peserta akan mendapat gambaran yang syumul dan Islami tentang pendidikan dan dapat meletakkan sistem pendidikan sekular pada tempatnya berbanding dengan pendidikan Islam.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir modul pelajar dapat: Menjelaskan sejarah dan falsafah pendidikan Islam. Menghuraikan nilai-nilai falsafah pendidikan Islam yang mempengaruhi masyarakat. Menganalisis sejarah pendidikan dari zaman Nabi Muhammad hingga kini. Mengenalpasti fungsi dan ciri-ciri pendidikan Islam. Mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan halatuju yang jelas.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
SILIBUS PENGAJIAN Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam Tokoh-tokoh pada zaman kegemilangan Islam - Ibn Thufail - Ibn Khaldun - Al-Ghazali Tokoh-tokoh zaman moden/kini - Dr. Ismail Al-Farouqi - Dr Yusuf Qardawi - Prof Syed Naquib Al-Attas
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH ISLAM
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH
• Boleh di lihat dari tiga sudut - Etimologi (Bahasa)
- Terminologi (Istilah) - Praktikal
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
ETIMOLOGI (Bahasa)
• • • •
•
Falsafah berasal dari bahasa Yunani Kuno. Ia adalah ‘kalimah mu’arrabah.’ (Al-Syaibani) Asal perkataan ‘Philosophia’; Philein: Cinta dan Shopia: Kebijaksanaan (hikmah atau wisdom). Pengertian bebas ia bermaksud ‘Cintakan Hikmah’. Dari segi sejarah, Phytagoras ialah orang pertama menggunakan perkataan falsafah dan menggelarkan dirinya sebagai Pencinta Kebijaksanaan. (Lover of Wisdom) Kemudiannya dipopularkan oleh Plato dan Aristotle. (Ahmad Sunawari)
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH •
• • •
Cinta bermaksud menghargai sesuatu dan mempunyai perasaan berkobar-kobar untuk memiliki sesuatu. Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang jauh, matang dan mendalam serta pengamatan yang tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Ia juga bererti kebenaran sejati. Dengan demikian, falsafah bermaksud hasrat atau keinginan yang sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran yang sejati (seeking the truth) serta menghayati kebenaran tersebut. Umumnya, falsafah adalah berfikir. Berfikir secara falsafah adalah secara kritikal dan integral.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH
‘Barang siapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak’ Surah Al-Baqarah:269
"cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Ajaran Islam yang bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH ISLAM •
Maksud: Falsafah yang berteraskan ajaran Islam, iaitu bersumberkan wahyu sama ada al-Quran atau al-Sunnah atau kedua-duanya. • Justeru, semua perbincangan tentang falsafah tidak lari daripada prinsip dan matlamat Islam. • Jika diertikan sebagai ‘cintakan hikmah’ maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berteraskan wahyu, sumber ajaran Islam. ---------------• •
HIKMAH mempunyai maksud berbeza. Disebut beberapa kali dalam al-Quran dengan maksud berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
TERMINOLOGI (ISTILAH)
• Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falasafah adalah berbezabeza. • Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemenelemen seperti manusia, Tuhan dan alam.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
PRAKTIKAL
• Falsafah membawa maksud “berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”. • Berfikir secara sistematik – “ Berfikir secara logic dan berurutan”. • Berfikir secara radikal –berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab. • Berfikir secara sejagat- tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
TEOLOGI
FALSAFAH
SAINS
• Teologi – falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum nyata. • Sains- falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH ISLAM •
Persoalan failasuf; Siapa anda? Dari mana anda datang? Apa tujuan anda hidup? Ke mana anda akan pergi? Siapa tuhan anda? (Yaljin) • Persoalan itu perlu dirujuk kepada wahyu, dan jawapan wahyu itulah yang sebenarnya. Inilah falsafah Islam.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
RUMUSAN
•
Falsafah Islam adalah satu perbincangan mendalam untuk:• Mengetahui dan mengenal Allah sebagai Zat yang Maha Berkuasa. Dialah yang menghidup dan mematikan makhluk. • Mengetahui dan mengenal alam sebagai tempat ujian ()دار االبتالء. Alam adalah untuk kegunaan manusia dan diuruskan mengikut kehendak Penciptanya. • Mengenal manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Semua tanggungjawab akan dipersoalkan.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
Falsafah Pendidikan Islam
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
• Pendidikan berasal dari perkataan Latin, educare yang membawa maksud “Memelihara dan Mengasuh). • Menurut Kamus Pendiddikan (1979)- Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembang kebolehan dan tingkah laku manusia. Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memproleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Ibnu Khaldun Ibn Khaldun mengatakan, bahawa pendidikan merupakan upaya perubahan potensi (al-Taqat al-Quswa) manusia. Jadi pendidikan memegang peranan penting dalam tamadun manusia. Ibn Khaldun menjelaskan : Manusia sebagaimana makhluk hewani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan al-qiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya Ibn Khaldun meletakkan pendidikan dalam kerangka tamadun (al-‘Umran). Pendidikan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan. Tamadun merupakan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang melahirkan upaya pendidikan dan tamadun.Daya olah fikiran manusia dibentuk oleh persekitaran, lama kelamaan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem itulah membentuk kebudayaan.
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Al-Ghazali
• Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukkan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Yusuf al-Qardawi (1980)
• Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. • Tujuan: Menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapai kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Syed Naquib Al-Attas (1979:119)
Pendidikan, menurut Syed Naquib Al-Attas Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut dengan ta’dib., Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang meliputi ilmu, dan pengakuan yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah), dan keadilan (‘adil) realiti dan kebenaran (‘adil). Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui bahawa dirinya terdiri daripada dua unsur. Yang pertama unsur akli dan yang kedua unsur haiwani. Ketika akal seseorang menguasai dan mengawal sifat kehaiwananya, ia sudah meletakkan kedua-duanya pada tempat yang betul dan membuktikan bahawa dirinya itu benar. Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
Definisi Pendidikan Islam “Merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan
dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses
indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden”. Hassan Langgulung (1979 )
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
•
•
•
Bermaksud falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam atau falsafah Islam untuk pendidikan (al-Syaibani) Matlamat: Menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Inilah acuan insan soleh/kamil.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM •
Syarat-syarat Falsafah Pendidikan Islam: (al-Syaibani dan Mohd Yusuf Ahmad) • • •
• •
Prinsip dan ideologi mestilah selari dengan akidah dan hukum Islam. Mestilah berkaitan dengan budaya masyarakat Islam. Bersifat terbuka kepada semua pengalaman manusia, selagi tidak bertentangan dengan prinsip agama. Pembinaan kurikulum berdasarkan percubaan. Mesti menyeluruh dari segi sumber dan mengambil kira faktor ekonomi, sosial, spirtual, psikologi dan lain-lain.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH ISLAM •
•
Falsafah Pendidikan Islam haruslah dibina berdasarkan roh alQuran. (Abd. Ghani Shamsudin) Ciri penggubal yang dianggap rukun falsafah; • Ahli falsafah seorang yang teguh iman kepada Allah dan RasulNya. • Akhlak yang mulia. • Berilmu, merangkumi ilmu dunia dan akhirat. • Melakukan amal soleh sama ada untuk dunia mahupun akhirat.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
FALSAFAH ISLAM •
Kepentingan Falsafah Pendidikan • Menentukan tujuan, arah dan matlamat pelajaran. • Merangka tindakan dan proses. • Menggubal kurikulum dan bahan. • Mencadangkan kaedah P&P. • Menggariskan cara penilaian. • Merancang pengeluaran dan penghargaan. • Merancang satu sistem yang menyeluruh.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
STRUKTUR PENDIDIKAN YANG DI SUSUN OLEH RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASSALAM
Pendidikan Institusi
Pendidikan Khusus Pendidikan Umum
Dilaksanakan pada peringkat kanak2 hingga dewasa (ahli suffah)
Pengajaran secara khusus tanpa mengira tempat
Menyampaikan pidato selepas solat
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
Kuatnya visi pendidikan agama dan moral Menempatkan ilmu-ilmu syariyah dan ilmu-ilmu non syariyah yang bermanafaat dalam komponen kurikulum pendidikan Islam Keteladanan CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
Prinsip-prinsip pendidikan seperti Keteladanan Menjunjung tinggi asas dialog dalam proses belajarmengajar dalam hubungan antara guru dan pelajar Tidak ada perbezaan antara lelaki & perempuan dalam hal memperolehi pendidikan
Kompetitif Professional Relevan
Dinamik
Keteladanan Tidak membatasi perbezaan pendapat dan aliran Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR FILOSOFIS: Dasar teologi dan ideologi umat terutama pandangan hidup (worldview) umat mengenai
Manusia
TUHAN
& Hidupnya
Alam
VISI-MISI & TUJUAN PENDIDIKAN Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM DASAR PSIKOLOGIS:Hal ini yang berkaitan situasi dan perkembangan pelajar juga perkembangan usia dan kesiapan mereka termasuk realitas lingkungan psikologi masyarakat
0-3 tahun Perkembangan Fisik
15-18 tahun (Transisi Anak Menjadi Dewasa) Dialog & Tukar Fikiran Ekistensinya sudah harus diakui & dihormati
3 – 6 tahun Perkembangan Bahasa)
12-15 tahun Social Adjustment/Penyesuaian diri secara sosial, merasa mempunyai peranan mengenai lawan jenis, tumbuh sikap2 Humanistik
6-9 tahun (social imitation/masa meniru
9-12 tahun (second Star of Individualization/Masa mempunyai Sikap,Ide, Membantah & Meminta Konfirmasi)
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM DASAR SOSIOLOGIS
Sistem Nilai
Millieu (bi’ah)
Sistem Budaya
Teknologi
Dasar Sosilogis
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
EMPAT DASAR PENDIDIKAN ISLAM
DASAR ILMIAH Kajian Matang Para Ahli
DASAR ILMIAH Pengalaman Empirik Praktis Pendidikan
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DASAR PENDIDIKAN ISLAM MENURUT HASSAN LANGGUNG (1979) 1. Keesan Tuhan (Tauhid)
7. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam
6. Khidupan keduniaan dan akhirat
2. Kepercayaan pada pesuruhpesuruhnya
3. Kepercayaan kepada wahyu tuhan kepada Nabi
4.Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian 5. Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
DISPLIN UTAMA BAGI ILMU ISLAM MENURUT SYED MUHAMMAD AL-NAQUIB
Displin Agama
Displin Kognitif
• Ajaran Quran • Teologi • Metafizik • Bahasa Arab • Sastera
• Kemanusaian • Alam sekitar • Sains Gunaan • Teknologi
TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Tauhid (Luqman: 13-16)
Pendidikan Ketaatan Beribadah (luqman:17
MENYELAMATKAN & MELINDUNGI FITRAH MANUSIA
Pendidikan Moral (Luqman: 18-19)
(al-Baqarah:133)
Pendidikan Karakter & Kepribadian (Luqman:13-16)
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
MENGEMBANGKAN PTENSI-POTENSI FITRAH MANUSIA (al An’am:163-(al Jatsiyah:13)-(alNahl:78 (al-Isra’:36)
TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
AS SAM’U
Menangkap dan melestarikan ilmu-ilmu pengetahuan yang telah di gali dan ditemukan oleh orang-orang lain
AL BASHARU Mengamati dan mengkaji ulang lagi untuk mengembangkan ilmu-ilmu tersebut sebagai proses pengayaan dan pengembangan
AL FUADU Penjernihan dan pemilihan ilmu-ilmu tersebut dari indikasi yang tidak valid kemudian mengambil kesimpulan baru yang lebih valid dan lebih tepat
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
TUJUAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Al Baqarah :151 dan al Jum’ah : 2 menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus untuk mendidik dan membimbing umat manusia agar kembali ke jalan yang benar melalui trilogi program pendidikan Islam YATLU Menyelaraskan langkah Fithrah Mukhallaqah(Fitrah Manusia dengan rambu-rambu fithrah Munazzalah (Agama Islam) dalam semua aspek kehidupan
Membacakan ayat-ayat Allah tentang prinsip ketauhidan, keimanan, peribadatan YUZAKI Membina sikap dan perilaku akhlaq mulia, membersihkan hati nurani
YU’ALLIM Mencerdaskan akal dan fikiran umat manusia agar menguasai ilmu pengetahuan secarah utuh
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
Apakah Matlamat Falsafah Pendidikan Islam?
• Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajararan al-Quran • Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam: 1) 2) 3) 4)
Keesaan Tuhan Kepercayaan kepada wahyu-wahuyu Tuhan kepada Nabi-Nabi Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan morah dan kerohanian Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
RUMUSAN •
•
Falsafah Pendidikan Islam pula adalah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, dan dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan betul. Ini termasuklah kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya. Matlamatnya ialah melahirkan insan soleh/kamil serta bertamadun yang boleh membawa kebahagiaan kepada diri, keluarga dan masyarakat, di dunia dan di akhirat.
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD
Ustazah Dr. Nek Mah Batri -PhD