DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam Talak Nusyuz, Fasakh, Khuluk, Iddah dan Rujuk Ila‟, zihar dan li‟an Nafkah dan penjagaan anak
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ILA’
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ILA’ Iaitu apabila seseorang suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, diberikan tempoh untuk empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talaq (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 226-227)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM ILA’ Dalam hal ini hakim akan memberi peluang selama 4 bulan kepada suami bermula dari hari ia bersumpah. Ini akan memberi peluang kepada suami untuk menarik balik sumpahnya dan membayar kafarah sumpah atau menceraikan isterinya. Jika dia tidak mahu rujuk dan tidak mahu membayar kafarah sumpah, hingga tempoh 4 bulan tadi tamat, dan suami tetap dengan sumpahnya, maka ketika itu, hakim berhak mengambil salah satu tindakan berikut :
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TINDAKAN HAKIM –ILA’ Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan kembali menyetubuhi isterinya serta membayar kafarah sumpah, jika dia bersumpah dengan nama Allah atau bersumpah dengan salah satu sifat Allah. Jika dia bersumpah untuk melakukan sesuatu atau bersedekah dengan sesuatu, dia hendaklah melakukannya.
Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TINDAKAN HAKIM –ILA’ Sekiranya suami enggan melakukan salah satu daripada perkara di atas, maka hakim berhak menjatuhkan talaq satu bagi pihaknya. Itu adalah hak hakim untuk mengelakkan kemudaratan berlaku kepada orang lain dan tidak ada cara lain melainkan dengan hakim menjatuhkan menjatuhkan talak bagi pihaknya. Ketika itu hakim menggantikan tempat suami dalam menjatuhkan talak. Masalah ini sama dengan masalah membayar hutang dan menjelaskan hak-hak yang berbentuk harta. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KIFARAH SUMPAH –ILA’
Merdekakan seorang hamba yang mukmin, atau Memberi makan kepada 10 orang fakirmiskin sehingga kenyang, atau Memberi pakaian kepada 10 orang fakirmiskin, jika tidak mampu
Berpuasa tiga hari.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL KIFARAH SUMPAH –ILA’ Surah al Maaidah : 89 yang bermaksud : ...maka kafaratnya ialah Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, Atau memberi pakaian untuk mereka, Atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu...
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ZIHAR
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ZIHAR Iaitu apabila seseorang suami itu menyamakan belakang isterinya dengan belakang ibunya (atau orang yang diharamkan berkahwin dengannya). Maksudnya menyamakan isteri dengan emaknya sendiri tentang haram disetubuhi (macam sudah cerai). Maka jika selepas dia berkata demikian tiba-tiba dia diam tidak diringi dengan talaq atau cerai dalam masa kira-kira sempat berbuat demikian, nescaya dinamakan Zihar.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL ZIHAR Hal ini dijelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orangorang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah) Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (alMujadalah: 2)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUKUN ZIHAR
1. Suami 2. Isteri 3. Perkara yang diserupakan 4. Lafaz zihar Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami. Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama :-
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar Kifarah. Jika dia bersetubuh sebelum melakukan kaffarah, maka dia berdosa dan kaffarah tetap wajib dikeluarkan. Kaffarah zihar mesti mengikut tertib dan perlu disegerakan. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah alMujadalah ayat 58.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
LI’AN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI LI’AN Bahasa
: laknat
Istilah
: sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan t tuduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEBAB BERLAKU LI’AN Tuduhan suami terhadap isterinya bahawa dia telah berzina tanpa saksi. Hukumnya harus jika suami yakin telah terjadinya perbuatan zina isterinya untuk memelihara maruah suami dan keturunannya Cara li‟an dilakukan ialah di hadapan hakim dengan disaksikan oleh beberapa orang lalu suami memulakan dakwaannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL LI’AN Firman Allah s.w.t: “Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.” (Surah An-Nur, 24:6-9)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PROSES LI’AN Hakim memerintahkan dilaksanakan proses Li’an Suami berkata “Aku bersaksi demi Allah bahawa isteriku fulanah bte fulan telah berzina” ( diulangi sebanyak empat kali ) Pada kali yang kelima, selepas dia dinasihati dan diberi peringatan agar tidak berbohong, suami berkata “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong”. Cara isterinya menolak dakwaan itu ialah dengan berkata “Aku bersaksi demi Allah bahawa suaminya fulan bin fulan telah berbohong dalam dakwaan bahawa aku berzina” Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESAN LI’AN TERHADAP SUAMI ISTERI Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf Isteri akan dikenakan hukuman rejam melainkan dia juga melakukan li‟an. Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah. Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH DI SYARIATKAN LI’AN
Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah. Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai. Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
NAFKAH
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI NAFKAH
Dari segi bahasa : mengeluarkan atau menghabiskan Dari segi istilah : Nafkah merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri, iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya . Termasuk dalam nafkah ialah makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan yang bersesuaian dengannya pada masa kini.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JENIS-JENIS NAFKAH
Kepada Diri Sendiri
Suami kepada Isteri Bapa kepada Anak
Anak kepada Bapa Lain-lain Nafkah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT SUAMI WAJIB MEMBERIKAN NAFKAH
Akad nikah dilakukan dengan sah Isteri menyerahkan dirinya kepada suami Isteri mengikut suaminya tinggal di rumah yang dipilihnya Kadar nafkah isteri diberi menurut kemampuan suami, bukan kedudukan isteri sama ada dia kaya atau miskin Dalilnya ialah Surah At-Talaq:7 “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu), Allah tidak membertai seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan padanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan” .
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI
Apabila suami yang kaya mengalami kesempitan
hidup hingga ke tahap sederhana atau fakir, maka isteri wajib bersabar bersama suami. Jika keadaannya bertambah buruk sehingga menjadi fakir, maka isteri berhak menuntut fasakh
Namun sebaliknya, jika isteri redha untuk terus hidup bersama-sama suami yang telah kurang kemampuan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENGASUHAN DAN PENJAGAAN ANAK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENGASUHAN ANAK
Pengasuhan diberikan tempoh sehingga anak mencapai usia mumayyiz. Maksud mumayyiz ialah keupayaan anak menguruskan urusan hidupnya yang khusus seperti mengambil makanan, minuman, membuang air, bersuci mengambil wudhuk dan seumpamanya. Biasanya usia mumayyiz ialah 7 tahun Hukumnya wajib Setelah tempoh ini, berakhirlah pengasuhan dan beralih kepada tempoh penjagaan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENJAGAAN ANAK Menjaga dan mendidik anak yang telah mencapai usia mumayyiz yang diberi peluang memilih antara kedua ibubapanya. Sesiapa yang dipilih oleh anak itu, maka dialah yang berhak menjaganya Hikmah diberi pilihan ialah kerana anak itu sudah dapat berfikir dan menguruskan dirinya sendiri dan sebaiknya dia memilih siapa yang disukainya. Untuk memelihara perkembangan hidup anak dengan baik selepas berlaku perceraian. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HAK PENJAGAAN ANAK
Pasangan suami isterti yang telah bercerai dan mempunyai anak yang masih kecil dan belum muamyyiz, Ibu adalah orang yang paling berhak mengasuh anaknya yang kecil. Sebab Ibu lebih berhak: i. Kasih dan kesabaran ibu menanggung beban menjaga dan mendidik anak kecil. ii. Ibu lebih berlemah lembut dalam menjaga dan mendidik anak-anak di samping mampu memberi belaian yang diperlukan oleh anak kecil. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL HAK PENJAGAAN ANAK
Berdasarkan hadis Rasulullah daripada Abdullah b „ Amru berkata yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. telah ditemui oleh seorang wanita dan berkata: “ Wahai Rasulullah! Sesungguhnya akulah yang mengandungkan anakku ini, susukulah yang menjadi minumannya, dan akulah penjaganya. Bapanya telah menceraikan aku dan sekarang dia ingin mengambil anakku”. Rasulullah bersabda: “ Kamulah lebih berhak daripadanya, selagi kamu tidak berkahwin lain”.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK
Beragama Islam Berakal Bukan fasiq dan amanah Bermukim ( tidak bermusafir ) Ibu tidak berkahwin dengan lelaki lain Tidak mengidap penyakit yang berat
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HAK PENJAGAAN ANAK
Bagaimana jika ibu hilang kelayakkan di bawah hukum syarak hak penjagaan diberi kepada siapa?
Ibu kepada ibu dan ke atas Bapa Ibu kepada bapa dan ke atas Saudara perempuan(kakak kandung, sebapa, seibu) Makcik (sebelah bapa kemudian sebelah bapa) Anak perempuan dari saudara perempuan Anak perempuan dari saudara lelaki Saudara perempuan sebelah bapa
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
GUGUR HAK MENJAGA ANAK
Bagaimana dikenalpasti seseorang tidak layak sebagai penjaga/pengasuh? Pengakuan penjaganya Dakwaan pihak lain Ketetapan kadi
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENYUSUAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI PENYUSUAN Perbuatan mendapatkan susu badan seorang wanita yang susunya menjadi darah daging kepada anak itu. Asalnya seorang wanita akan menyusukan anaknya sendiri tetapi Islam mengharuskan wanita menyusukan anak orang lain kerana mungkin ibu sebenar telah meninggal dunia atau mengidap penyakit yang berat .
Menyusukan anak sendiri adalah hak ibu bukan suatu kewajiban Ini bermakna si ibu boleh memilih untuk menyusukan anaknya atau tidak. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL PENYUSUAN Dalilnya pengharusan penyusuan Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta katahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan (al-Baqarah: 233).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HAK IBU TERHADAP PENYUSUAN Suami tidak boleh memaksa isterinya menyusukan anaknya. Suami wajib memberi upah penyusuan kepada isterinya jika isterinya meminta Sekiranya penyusuan anak orang lain maka wanita yang menysusukan di anggap ibu susuan dan suaminya adalah bapa susuan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM ANAK SUSUAN Terdapat dua hukum berkaitan anak susuan iaitu: Hukum yang berkaitan dengan perkara yang diharamkan iaitu tentang perkahwinan. i. Anak susuan haram berkahwin dengan ibu susuan dan anak-anak ibu susuannya. ii. Ibu susuan dan keturunannya haram berkahwin dengan anak sususan dan keturunannya. Namun Ibu susuan dan keturunannya boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuan yang lain seperti adik-beradik, ibu bapanya dan makcik pakciknya Hukum yang berkaitan dengan perkara yang dihalakan iaitu tentang bercampur gaul dan melihat mahram Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MENENTUKAN KETURUNAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENENTUKAN KETURUNAN?
Keturunan bererti pertalian atau perhubungan darah yang menentukan asal-usul seseorang. Kepentingan menentukan keturuanan ialah untuk memastikan kelayakan menerima harta pusaka, kemahraman, kewalian, wasiat dan sebagainya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BAGAIMANA MENENTUKAN KETURUNAN? Penyaksian – dua lelaki muslim, baligh dan berakal. Pengakuan dengan dipenuhi syarat-syarat. Keadaan fisikal membenarkan pengakuan. Orang yang mengaku itu tidak melakukannya untuk kepentingan diri sendiri atau mengelakkan mudarat Penerimaan orang ramai dalam tempoh yang panjang Untuk penentuan ibu susuan penyaksian wanita dibenarkan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENENTUAN HUKUM Bila telah sabit keturunan, maka berlaku hukumhukum berikut: -
Kemahraman Kewajiban nafkah Kewalian Pembahagian harta pusaka Wasiat
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK