DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 1) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
SINOPSIS
Matlamat modul ini menjelaskan kepada pelajar konsep Munakahat di dalam Islam. Ianya menerangkan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan ehwal kehidupan berumah tangga, bermula dengan pertunangan, pernikahan dan penceraian..
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Silibus Munakahat: Pernikahan dalam Islam Poligami dalam Islam Nusyuz Fasakh, talak, khuluk dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak Ila’, zihar dan li’an
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERNIKAHAN DALAM ISLAM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PENGERTIAN NIKAH Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul. Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Dalil Pensyariatan Nikah Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ :3,
Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21.
Hadiths tentang pernikahan: “Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku”(HR.Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.). “Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas”. (HR. At-Tirmidzi)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH NIKAH Menyahut seruan fitrah manusia Melahirkan keturunan yang sholeh
Mewujudkan ketenangan jiwa Memelihara akhlak dari keruntuhan Memelihara kewujudan manusia Meluaskan ikatan persaudaraan Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab Melaksanakan tuntutan syariat
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM PERNIKAHAN WAJIB
Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina. Pendapat imam Al-Qurtubi: Orang bujang yang sudah mampu kawin dan takut dirinya dan agamanya jadi rusak, sedang tidak ada jalan untuk menyelamatkan diri kecuali dengan menikah, maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia menikah. Allah berfirman: ” Hendaklah orang-orang yang tidak mampu kawin menjaga dirinya sehingga nanti Allah mencukupkan mereka dengan karunia-Nya,” (QS. An-Nuur: 33). Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM PERNIKAHAN SUNAT Adapun hukum pernikahan akan menjadi sunnah hukumnya bagi orang-orang yang nafsunya telah mendesak lagi mampu menikah, tetapi masih dapat menahan dirinya dari berbuat zina, maka sunnah lah ia menikah.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqash bahwa Rasulullah bersabda: ” Sesungguhnya Allah menggantikan cara kependetaan dengan cara yang lurus lagi ramah (kawin) kepada kita”. (Sayyid Sabiq 6, 1996: 23).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM PERNIKAHAN HARAM Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya. Imam Qurthubi berkata: “Bila seorang laki-laki sadar tidak mampu membelanjai isterinya atau membayar maharnya atau memenuhi hak-hak istreinya, maka tidaklah boleh ia menikah, sebelum ia berterus terang menjelaskan semua keadaannya kepada istreinya atau sampai datang saatnya ia mampu memenuhi hak-hak isterinya. Allah berfirman: “…Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan dengan tanganmu sendiri…” (QS. Al Baqarah: 195). (Al Quran dan terjemahan, Departemen Agama RI, 2002: 36) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM PERNIKAHAN MAKRUH Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan. Pernikahan akan menjadi makruh hukumnya bagi seorang yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan, walaupun tidak merugikan isteri kerana kekayaan yang ada dan keinginan batin yang rendah. MUBAH Hukum pernikahan akan menjadi mubah bagi yang mampu tetapi tiada keinginan dan oleh alasan-alasan yang mewajibkan segera menikah. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN Memilih
Jodoh Yang Baik
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “ Seorang wanita itu dinikahi kerana empat: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia” (Bukhari & Imam Muslim)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERSEDIAAN SEBELUM PERNIKAHAN Memilih
Jodoh Yang Baik
Bagi golongan wanita pula Rasulullah s.a.w. telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah sa.w. pernah bersabda “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang, meminang, maka kawinkahlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar” . ( HR Tarmidzi dan Ahmad )
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FAKTOR PEMILIHAN LELAKI YANG BAIK Yang berkemampuan Boleh dijadikan sebagai ganti ayah ibu Pandai menjaga diri –senantiasa mengajak kepada kebaikan Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga –sering bertolak ansur Percaya kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan (ciri-ciri lelaki tidak pemalas) Mudah memaafkan Datang dari keturuan orang yang baik-baik (akhlak dan budi bahasa yang mulia Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FAKTOR PEMILIHANPEREMPUAN YANG BAIK Yang beragama dan berakhlak mulia (memahami prinsip-
prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak & perlakuan yang mulia) Bersifat pengasih dan penyayang (mampu memberikan kasih sayang kpd suami & mendidik anak-anak dg kasih sayang Boleh melahirkan zuriat Masih perawan (kecuali pada keadaan tertentu-janda) Keturunan yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yg mulia Tiada jurang perbezaan yang benar (seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Bukan keluarga yang terdekat dan sekufu’ (hak perempuan & walinya Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TUJUAN PEMILIHAN CALON
Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni
Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 1; "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PEMINANGAN DAN PERTUNANGAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PEMINANGAN DAN HUKUM PERTUNANGAN KHITBAH
Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga. Hukum pertunangan menurut ulama’ adalah disyari’atkan bagi orang yang hendak menikah. Allah SWT. berfirman dalam surat al-Baqarah ayat 235: "Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati." Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JENIS-JENIS PINANGAN
Pinangan terus terang (Tasrih) Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya, sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau meninggalkan perempuan yang dipinang” (Riwayat Ahmad & Muslim)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JENIS-JENIS PINANGAN
Pinangan sindiran/kiasan (Ta'rid) Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.” Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh) Firman Allah dalam surat Al-Baqarah : 235
ْ ضتُم بِ ِة ِم ْن ِخ اء ْ ع َّر ِ س َ علَي ُكم فِي َما َ َو ََل ُجنَا َح َ ّطبَ ِة ال ِن
Tidak ada halangan bagimu menggunakan kata sindiran dalam meminang perempuan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PINANGAN YG DIHARAMKAN
Kepada wanita yang bersuami Kepada wanita yang mahram Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
ُ َلَ يَ ْخ يترك ب الّرجل على خطبة أخيهه حتى ينكح أَو َ ُ ط “Seorang lelaki tidak boleh melamar wanita yang telah dilamar saudaranya, sampai dia menikahi ataumeninggalkanya.” (H.R.Bukhari dan Muslim)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MINTA PANDANGAN MENGENAI PASANGAN
Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu. Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya. Fatimah binti Qais berkata : “Maka ketika aku telah menjanda aku dilamar oleh Abdur Rahman bin Auf dihantar oleh serombongan sahabat Rasulullah s.a.w.” (H.R. Muslim Juz VIII hal 203) Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
APA ITU MASKAWIN? Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah
Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4 سا فَ ُكلُوهُ َهنِيئ ًا َم ِريئ ًا َ صدُقَاتِ ِه َّن نِحْ لَةً ۚ فَ ِإ ْن ِط ْب َن لَ ُك ْم ع َْن َ سا َء َ ّ َوآتُوا ال ِن ً ش ْي ٍء ِم ْنهُ نَ ْف
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MASKAWIN Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.
Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MASKAWIN Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan
Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya. Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT MASKAWIN
Mestilah benda yang suci dan bersih daripada sebarang penipuan seperti sesuatu yang tidak ada atau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya. Memberi faedah dan mempunyai nilai seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran Ia adalah milik suami
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HANTARAN Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Kebiasaannya ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.Tiada kadar tertentu. Hukumnya harus bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH HANTARAN
Mengeratkan hubungan kekeluargaan Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan Memuliakan keluarga kedua pihak Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
WANITA YANG HARAM DINIKAHI
Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan. Wanita seumpama ini digelar mahram. Mereka terbahagi kepad dua golongan: i) Mahram muabbad - adalah golongan mahram yang tidak boleh dinikahi selamanya. ii) Mahram muaqqat -adalah golongan mahram tidak boleh dinikahi pada keadaan tertentu saja dan jika keadaan ini hilang maka menjadi halal. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Mahram muabbad Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu Anak perempuan, cucu cicit ke bawah Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa) Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Mahram muabbad
Pengharaman kerana susuan.Golongan wanita
ini adalah sama seperti mahram keturunan Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh: - Ibu mertua susuan - Anak tiri susuan - Isteri bapa susuan - Isteri menantu susuan
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Mahram muabbad Pengharaman kerana pernikahan Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri) Isteri anak,cucu ke bawah (menantu) Ibu mertua dan anak tiri Firman Allah s.w.t "Di haramkan atas kamu (mengawini) Ibu-ibumu, Anak-anakmu yg perempuan, saudara mu yg perempuan, saudara-saudara bapakmu yg perempuan, saudara-saudara ibumu yg perempuan, Anak-anak perempuan dari saudara-saudara yg laki-laki, Anak-anak perempuan dari saudarasaudaramu yg perempuan. Dan di haramkan (atas kalian) ibu-ibu kalian yg menyusukan kalian dan saudara-saudara perempuan kalian dari persusuan." (Qs. Al-Nisa/23) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Mahram muaqqat Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan
Adik-beradik isteri (ipar) Emak saudara dan anak saudara isteri Isteri yang kelima Wanita kafir penyembah berhala Isteri orang lain Isteri dalam iddah Isteri talak tiga Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUKUN-RUKUN NIKAH
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUKUN-RUKUN NIKAH
Ijab dan kabul Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT IJAB KABUL
Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Ijab kabul bersambung ucapannya
Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah Tidak bersyarat dan Tidak bertempoh
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Rukun kedua nikah
Pengantin wanita, syarat-syaratnya: - Beragama Islam atau ahli Kitab - Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Rukun ketiga nikah
Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: - Beragama Islam
- Bukan mahram Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak mempunyai empat orang isteri
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Rukun keempat nikah
Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir
Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hikmah adanya wali
Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita Memelihara sifat malu wanita
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Keistimewaan wali mujbir
Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam Ada tiga syarat wali mujbir: - Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu - Pernikahan hendaklah sekufu - Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hukum nikah tanpa wali Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Susunan Wali Nikah Bapa Bapa kepada bapa (datuk) Adik-beradik lelaki kandung Adik-beradik lelaki sebapa Anak saudara lelaki kandung Anak saudara lelaki sebapa Bapa saudara kandung sebelah bapa Bapa saudara sebapa sebelah bapa Sepupu lelaki kandung dan Sepupu lelaki sebapa
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Syarat-syarat wali Islam
Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil Baligh
Berakal Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hukum wali enggan kahwinkan wanita Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hukum jika wali dekat tiada Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Dua wali yang sama taraf
Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: - Orang yang paling faham hal pernikahan - Orang yang lebih warak - Orang yang lebih tua
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Jika Tiada Wali Langsung
Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Rukun kelima nikah Dua orang saksi,syarat-syaratnya: - Islam - Lelaki - Berakal dan baligh - Adil - Mendengar dan melihat
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Hak dan tanggungjawab Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik Suami wajib menyerahkan maskahwin Suami wajib memberi nafkah Suami wajib berlaku adil jika poligami Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya Mewarisi harta pusaka pasangan
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Sunat-sunat akad nikah Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan Mendoakan kebaikan untuk pengantin Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang Membaca doa ketika ingin bersatu Mengadakan walimah (kenduri kahwin) Hukumnya adalah sunat muakkad Kadarnya menurut kemampuan Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perbincangan Minggu Depan
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD