DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 1) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – PendidikanAgama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
FIQH MUAMALAT Sinopsis: Matlamat modul ini menjelaskan kepada pelajar konsep muamalat dalam Islam, prinsipprinsip, tatatertib dan pertaturan, dan pelbagai jenis-jenis kontrak jual beli yang terdapat dalam perundangan Islam disamping penjelasan tentang jenis-jenis yang dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Di akhir modul ini diharapkan pelajar lebih peka dan mampu membuat penilaian dari perspektif Islam pelbagai jenis urusan perniagaan dan kontrak jual beli yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FIQH MUAMALAT Menurut Abdul Sattar Fathullah Sa'id "Fiqh muamalat ialah hukum syari'ah yang berkatian dengan transaksi manusia mengenai jual beli, gadai, perdagangan, pertanian, sewa, menyewa, perkongsian" Al Muamalah Fil Islam, Makkah, Rabithhah alam Al-Islami, lm 12
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ASAS FIQH MUAMALAT Jual Beli Jual Beli Saham
Pinjaman
AFM Riba
Hutang
Sewaan
Gadaian
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Definasi dari sudut Bahasa: Buyu’ بيوعadalah kata jama’ daripada bai’ بيعyaitu mengambil sesuatu dan memberi sesuatu. Kalimah ini digunakan dengan 2 makna samada \ pembelian atau juga penjualan sebagaimana perkataan Syira’ di gunakan menggunakan kedua makna. Definasi dari sudut syara’ adalah pertukaran sesuatu harta dengan harta dengan tujuan pemilikan dengan apa yang menandakan keatasnya sighah / bentuk akad perkataan dan apa yang menunjukkan keatasnya dengan perbuatan. Ijab dan qabul Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD Ustazah Dr Nek Mah Batri
Al Kitab: Al Sunnah Al Qiyas
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JUAL BELI Akad dalam tukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan.
Hukum – harus Rukun jual beli 1. Penjual & pembeli 2. Barang Jualan 3. Harga 4. Ijab & Qabul
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
JUAL BELI TIDAK SAH Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau keburukan. Mempunyai unsur perjudian / penipuan Jual beli yang mempunyai 2 akad dalam 1 Jual beli dengan hutang Barangan yang tidak sempurna hak milik Jual beli barangan yang belum wujud Jual beli barangan dengan bersyarat. Ustazah Dr Nek Mah Batri
Ijaab ialah kata yang dikeluarkan oleh penjual seperti aku jual kepadamu Qabul ialah kata yang dikeluarkan oleh pembeli seperti aku beli daripadamu Hanabilah membenarkan agar akadnya dalam bentuk sighah perbuatan ini dinamakan sebagai bai’u mu’athoh yaitu hanya dengan meletakkan harga dan diambil barangnya atau hanya salah seorang sahaja yang berkata.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM JUAL BELI
Kaedah al aslu fi asya’I Jual beli yang diharamkan kembali kepada 3 sebab asas : 1. 2. 3.
Kaedah riba Kaedah al gharar dan jahalah Kaedah al khidaa’ dan taghrir
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KAEDAH RIBA Tambahan wang atas modal yang diperolehi dengan cara yang dilarang oleh syara, sama ada dengan jumlah tambahan yang sediri ataupun dengan jumlah tambahan banyak.
Riba menurut syariat ialah setiap pinjaman wang yang menghasilkan bunga berlipat-ganda, Makan riba juga ialah memungut bunga wang yang berlebihan. Dalam istilah sayak, riba mengandungi 3 bentuk takrif: i) Hutang iaitu bayaran lebih daripada pokok mengikut perjanjian yang telah disyaratkan. ii) Jual beli riba iaitu akad keatas pertukaran yang t tidak diketahui persamaan pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak. iii) Pertukaran mata wang dan bahan-bahan hasil jenis ruba seperti menangguhkan penyerahan salah satu bahan yg ditukarkan atu dijual beli. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM GHARAR & JAHALA Dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unsur memakan harta orang lain dengan cara batil. Padahal Allah melarang memakan harta orang lain dengan cara batil sebagaimana tersebut dalam firmanNya. “Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” [Al-Baqarah / 2 : 188] Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Dalam syari’at Islam, jual beli gharar ini terlarang. Dengan dasar sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Abu Hurairah: “Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam melarang jual beli al-hashah dan jual beli gharar” Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KAEDAH AL KHIDAA’ & TAGHRIR Merupakan satu tipu daya (al-Khidaa’) dan Taghrir iaitu situasi di mana terjadi incomplete information kerana adanya ketidakpastian dari kedua belah pihak yang bertransaksi. Taghrir terjadi bila pihak yang bertransaksi merubah sesuatu yang seharusnya bersifat pasti menjadi tidak pasti. Dalam hal ini ada beberapa hal yang bersifat tidak pasti, iaitu quantiti dan kualiti, harga (price), ataupun waktu penyerahan (time of delivery) atas barang/objek yang ditransaksikan. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
1. 2. 3. 4. 5.
6.
Ridha diantara kedua pihak Keahliaan yang menjalankan akad Adanya yang diaqadkan Hendaklah yang menjalankan akad itu memiliki apa yang hendak diakadkan. Hendaklah yang diakadkan dalam kemampuan untuk diberikan. Hendaklah yang dijual beli dimaklumi dan bukan dijahili.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
Khiyar Aib
Khiyar Majlis
Khiyar Syarat Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KHIYAR MAJLIS
Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya, mereka belum berpisah. Jika mereka telah berpisah daripada majis jual beli, khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL BELI Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar, sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap berpisah.
Jika mereka berada di dalam rumah yang kecil, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL BELI
Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah beberapa tapak.
Sekiranya mereka berdua keluar bersama-sama atau berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL KHIYAR MAJLIS
Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim) Ibnu Umar telah menafsirkan hadis ini melalui perbuatannya kerana beliau adalah periwayat hadis ini. Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ rh.a katanya : “Jika Ibnu Umar membeli sesuatu yang disukainya, dia akan meninggalkan penjualnya” (Riwayat alBukhari) Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
DALIL KHIYAR MAJLIS
Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a katanya : “Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi dengan sejumlah harta miliknya di Khaibar. Setelah selesai kami berjual beli, saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan meminta semula jualannya. Menurut sunnah, dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah” (Riwayat al-Bukhari) Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
KHIYAR SYARAT
Berlaku apabila salah satu atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu.
Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau pun selepas daripada itu, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SYARAT-SYARAT KHIYAR SYARAT 1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu. 2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut. 3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
TEMPOH TAMAT KHIYAR SYARAT 1. 2. 3.
4.
Tamat tempoh yang disyaratkan Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik. .
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BAGAIMANA DENGAN BARANGAN YANG DIBELI DALAM TEMPOH KHIYAR
Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar maka hak milik barangan dibekukan sehingga ada keputusan sama ada kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual. Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan tersebut menjadi hak milik pembeli bermula daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran kepada barangan tersebut menjadi milik penjual. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BAGAIMANA DENGAN BARANGAN YANG DIBELI DALAM TEMPOH KHIYAR
Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual. Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan tersebut menjadi hak milik pembeli bermula daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran kepada barangan tersebut menjadi milik penjual. Jika pemegang khiyar hanya dimiliki oleh satu pihak sahaja maka barangan tersebut menjadi hak miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai hak menggunakan barangan tersebut. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN PADA BARANGAN YANG DIBELI Jual beli tersebut terbatal dan hak khiyar dilucutkan kerana barang tersebut di dapat diserahkan oleh penjual kepada pembeli. Penjual terpaksa menanggung kerugiannya. Jika kerosakan berlaku selepas barangan diterima oleh pembeli maka jual beli tersebut tidak terbatal. Hal ini kerana kerosakan barangan di bawah tanggungan pembeli disebabkan barangan di bawah tangannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN PADA BARANGAN YANG DIBELI
Khiyar masih diteruskan, tidak kira sama ada pemegang hak khiyar adalah pembeli ataupun penjual kerana keperluan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak daripada penipuan masih wujud. Pihak yang memegang hak khiyar masih berhak meneruskan atau membatalkan jual beli tersebut. Apabila kontrak tersebut dimeterai, pihak pembeli perlu membuat bayaran kepada penjual kerana barangan itu kini sah miliknya. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BILA BERLAKU KEROSAKAN/KECACATAN PADA BARANGAN YANG DIBELI Jika jual beli dibatalkan, pihak pembeli perlu menggantikan barangan yang sama atau membayar nilai barangan pada waktu kerosakan berlaku. Sementara bayaran yang telah dibayar oleh pembeli perlu dikembalikan. Ini kerana jelas barangan tersebut belum lagi menjadi milik pembeli.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
KHIYAR AIB Apabila kontrak jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa dinyatakan kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari wujudnya kecacatan pada barangan tersebut, jual beli tersebut masih sah. Walau bagaimanapun pembeli diberikan pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika kontrak dimeterai mahupun ketika penerimaan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
KHIYAR AIB Jika barangan yang dijual tidak dapat digunakan kerana kecacatan yang ada, ini bermakna tujuan pembelian tersebut tidak tercapai dan tidak bertepatan dengan persetujuannya. Dengan ini, pembeli berhak membatalkan kontrak tersebut dan memulangkan semua barangan yang dibeli dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
DALIL KHIYAR AIB 1.
Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah membeli seorang hamba. Ketika menggunakan khidmat hamba ini, didapatinya hamba ini cacat. Lantas dia mengembalikan hamba ini kerana kecacatannya. Namun penjual berkata : Dimana keuntungan hamba saya ini ? Nabi s.a.w bersabda : “Keuntungan menurut tanggungan” (Riwayat Ahmad)
2.
Berpandukan kepada rasional ; Pada dasarnya, jual beli mestilah melibatkan barangan yang sempurna. Pihak pembeli akan membuat bayaran penuh bagi memperolehi barangan yang sempurna. Dengan ini barulah wujud timbal balik antara bayaran yang dibuat dengan barangan yang dijual. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SYARAT DIBENARKAN KHIYAR AIB 1. 2.
3.
Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BILA TERDAPAT KECACATAN/KEROSAKAN PADA BARANGAN
Hak memulangkan semula barangan kerana khiyar aib diberikan sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti, namun ia perlu menurut amalan setempat (uruf) yang diguna pakai. Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau solat, pemulangan boleh dilewatkan sehingga dia selesai. Jika disedari pada waktu malam, dia boleh memulangkannya pada waktu pagi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
BILA TERDAPAT KECACATAN/KEROSAKAN PADA BARANGAN Jika dia lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukannya lebih awal, hak khiyarnya digugurkan. Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah menyedari kecacatannya dan sebelum menggunakannya, dia mampu memulangkannya.
Ini kerana kelewatan memulangkan barangan tersebut menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari wujudnya kecacatan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA Jika berlaku kecacatan baru selain daripada kecacatan sedia ada, hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual secara paksa digugurkan. Namun pembeli hanya boleh memulangkannya sekiranay penjual bersetuju untuk menerimanya. Jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut pembeli boleh menggunakan terus.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju pilihan yang ada sama ada pembeli membayara ganti rugi bagi kecacatan baru dan memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual atau penjual pula perlu membayar gantirugi bagi kecacatan sedia ada kepada pembeli. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan salah satu penyelesaian ini, mereka boleh menggunakannya. Ini kerana masing-masing mempunyai hak dan persetujuan kedua-dua pihak adalah perlu
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA Jika mereka masih tidak mencapai persetujuan; Penjual menuntut supaya barangan itu dipulangkan kepadanya dan meminta pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan yang baru terjadi, Sementara pembeli pula mahu terus memiliki barangan tersebut dan meminta penjual membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada. Atau pun pembeli mahu memulangkan semula barangan tersebut dan bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan baru, sementara penjual pula mahu pembeli terus mengambil barangan tersebut dan dia juga bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
JIKA TERDAPAT KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang menuntut supaya kontrak tersebut dikekalkan akan diberikan hak. Dalam kes pertama pembeli akan diberikan hak. Manakala dalam kes kedua, penjual diberikan hak.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB Jika barangan tersebut tidak bernyawa: Syarat tersebut tidak terpakai. Jadi pembeli masih berhak memulangkan semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang wujud pada barangan tersebut. Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa : Penjual boleh melepaskan sebarang tanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan tersebut pada masa kontrak dan di luar pengetahuannya. Sebabnya, pada kebiasaannya benda yang bernyawa mepunyai kecacatan tidak nyata. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB Jika kecacatan itu kelihatan dengan jelas, penjual tidak berhak melepaskan tanggungjawabnya kerana kecacatan tersebut mudah dilihat. Demikian juga jika kecacatan itu diketahui oleh penjual, penjual bertanggungjawab memberitahu mengenainya. Jika tidak, dia dianggap telah menipu. Demikian juga jika pembeli tidak tahu tetapi kecacatan tersebut kelihatan dengan jelas.
Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
SEKIRANYA PENJUAL MELETAKKAN SYARAT KETIKA KONTRAK TIDAK BERTANGGUNG JAWAB Penjual juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya jika kecacatan tersebut berlaku selepas kontrak dimeterai dan barangan tersebut belum diterima oleh pembeli. Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada kecacatan yang ada ketika kontrak. Jika penjual meminta pelepasan tanggungjawab daripada kecacatan yang akan berlaku, permintaannya tidak dibenarkan kerana permintaan tersebut dianggap menggugurkan sesuatu yang belum berlaku. Ustazah Dr Nek Mah Batri -PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK
TERIMA KASIH