ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4
PERBINCANGAN MINGGU INI • • • •
Biodata Imam Hafs Faktor-faktor penyebaran bacaannya Keistimewaan bacaannya Pembagian Qiraat
BIODATA IMAM HAFS Nama: Hafs Bin Sulaiman Bin al-Mughirah Bin Abi Daud Gelaran: al-Asadi al-Kufi al-Bazzaz Turut dikenali dengan Abu ‘Amr / Hufais Tarikh Lahir: 90H Tarikh Wafat: 180H Merupakan perawi, rakan dan anak tiri kepada Imam ‘Asim
Catatan: Beliau dianggap murid yang paling alim tentang Qiraat ‘Asim. Keperibadiannya amat dipercayai (thiqah). Beliau mempunyai ingatan yang kuat dan mantap. Setelah kematian Imam ‘Asim, beliau menjadi tempat rujukkan masyarakat dalam menimba Ilmu bacaan alQuran. Ramai para imam menerima bacaanya secara talaqqi termasuk sahabat-sahabatnya.
Antara pujian ulama’ terhadapnya ialah: Abu Yahya bin Mu’ayyin: “Riwayat yang sahih yang pernah diriwayatkan daripada imam ‘Asim ialah riwayat Hafs bin Sulaiman”. Abu Hisyam al-Rifa’i: “Beliau adalah murid ‘Asim yang paling berpengetahuan dan sebutan hurufnya lebih tepat berbanding Syu’bah”. Imam adz-Dzahabi: “Bacaannya dipercayai, terbukti dan tepat”, “Beliau merupakan Imam yang menguasai bacaan al-Quran”.
Al-Khatib al-Baghdadi: “Beliau merupakan rakan ‘Asim dalam membaca alQuran. Beliau ialah anak kepada isteri ‘Asim dan tinggal serumah dengannya. Oleh itu beliau berkalikali membacakan al-Quran kepada ‘Asim secara talaqqi. Ulama’ salaf biasa menyebut bahawa hafalannya lebih kuat daripada Abu Bakar Ayyash (Syu’bah). Mereka mengiktiraf kesempurnaan sebutan huruf yang dibaca olehnya bertepatan dengan bacaan ‘Asim”.
• Saad al-’Awfi(antara murid Hafs): “Beliau kerap mengunjungi kawasan ‘Suwaqat-Nasr’. Kalau kamu bertemu dengannya pasti kamu akan mendapat ilmu darinya”. • Ibn Mujahid menyebutkan bahawa: Perbezaan bacaan Hafs dan Syu’bah terdapat 520 tempat.
FAKTOR PENYEBARAN BACAAN IMAM HAFS • Peranan Khalifah Uthmaniyah • Syeikh Aiman Baqlah: Khalifah Uthmaniyah bermazhab Hanafi, dan bacaan Hafs merupakan bacaan pilihan Imam Abu Hanifah. • Imam Abu Hanifah menetap di Kuffah dan sezaman dengan Imam ‘Asim • Mushaf-mushaf yang diterbitkan pada zaman ini kesemuanya menepati bacaan Hafs, dan dihantar ke seantero Dunia Islam pada masa itu.
8 Faktor bacaan Hafs menjadi popular Menurut Syeikh Muhammad al-’Arifi 1) Tiada kewajipan di dalam Islam untuk membaca dengan kesemua Qiraat atau dengan Qiraat tertentu. Firman Allah: “Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al-Quran” al-Muzammil:20
Hadith riwayat Imam Bukhari: “Sesungguhnya alQuran diturunkan dengan 7 huruf, maka bacalah daripadanya mana yang mudah untuk kamu”.
2) Bacaan Hafs pada awalnya terkenal di Kufah pusat pemerintahan Khilafah sejak zaman Saiyidina Ali r.a dan sepanjang zaman pemerintahan Khilafah Bani Umayyah. Kemudian ia tersebar ke Baghdad apabila pusat pemerintahan Khilafah dipindahkan ke sana dan ia dibangunkan menjadi pusat keilmuan dan peradaban. Tersebar ke kawasan Timur Dunia Islam (bahagian Barat pada masa itu banyak membaca bacaan Warsy atau Abu ‘Amr).
Beliau turut mengajarkan al-Qur’an di Mekah, tempat berhimpunnya umat Islam dari pelbagai negara. • Ulama’ turut mencatatkan bahawa Imam Hafs menghabiskan lebih banyak masa mengajarkan alQur’an berbanding teman-temannya. 3) Ketelitian Hafs dalam meriwayatkan bacaan dari Imam ‘Asim dan sanadnya yang kuat serta tinggi.
4)Bacaan Hafs mudah untuk dibaca dan disebutkan, lalu ia menjadi pilihan ramai kerana sememangnya manusia cenderung kepada yang mudah. Contohnya bacaan Hafs tidak mempunyai bacaan Imalah yang banyak, kadar madnya sederhana, tidak berlaku bacaan khusus ketika memberhentikan bacaan pada perkataan yang mengandungi huruf Hamzah dan tiada bacaan khusus untuk perkataan yang mempunyai dua hamzah yang bertemu.
5) Antara faktor asas ialah lebih banyak mushaf yang diterbitkan menepati bacaan Hafs berbanding bacaan lain. 6) Rakaman audio dan video bacaan al-Qur’an dari awal kewujudannya sehingga zaman kini kebanyakannya mengikut bacaan Hafs. Rakaman pertama bacaan al-Qur’an ialah rakaman suara Syeikh Mahmud Khalil al-Husari dengan bacaan Hafs.
7) Kebanyakan sekolah, institusi, universiti dan kolej di serata dunia mengajarkan al-Qur’an dengan bacaan Hafs. 8) Termasuk faktor utama ialah kehendak Allah yang mentakdirkan tersebar luasnya bacaan ini, untuk sebab-sebab yng mungkin tidak kita ketahui. Namun ini tidak sedikit pun mengurangi keutamaan atau nilai Qiraat yang lain, kerana setiap Qiraat –yang diterima bersumberkan wahyu dan merupakan Kalamullah. Wallahu a’lam.
KEISTIMEWAAN BACAANNYA 1) Mempunyai Idgham yang paling sedikit di antara semua bacaan 2) Tidak mempunyai Imalah kecuali pada satu tempat sahaja 3) Tidak berlaku hukum-hukum berkait huruf-huruf hamzah yang bertemu kecuali pada satu tempat sahaja 4) Tiada hukum Silah Mim Jama’ sama ada selepas huruf mim terdapat huruf hamzah ataupun tidak
5) Tidak berlaku hukum Ya Zawa’id (huruf Ya yang merupakan tambahan) kecuali pada satu tempat sahaja 6) Tidak terdapat Ikhtilas atau Isymam kecuali pada satu tempat sahaja 7) Bacaannya dekat dengan bacaan ahli Hijaz
Penutup Riwayat Hafs telah menjadi femomena tersendiri dalam penyebaran satu riwayat dalam Qira’at. Riwayat Hafs akan terus melebar dan menyebar ke seantero dunia, bahkan ke negeri-negeri yang menggunakan riwayat lain seperti Warsy, Qalun, adDuri dan lain-lainnya, sesuai dengan hukum kemasyarakatan. Dengan semakin menyebarnya riwayat ini, kedudukan Al-Qur’an menjadi semakin kukoh, dan mushaf Al-Qur’an menjadi semakin meyakinkan.
Popularnya riwayat Hafs bukan bererti riwayat lain tidak mutawatir. Bacaan-bacaan tersebut masih tetap mutawatir karena telah diakui oleh para imamimam Qira’at terdahulu. Nabi sendiri tidak mewajibkan membaca Al-Qur’an dengan seluruh macam bacaan yang pernah diajarkannya kepada para sahabat. Tetapi Nabi hanya menyuruh para sahabatnya untuk membaca bacaan yang mudah baginya. Dengan demikian Al-Qur’an akan tetap terjaga kemurniannya sehingga akhir zaman. Itu bukti bahwa Al-Qur’an adalah Kalamullah
PEMBAGIAN QIRAAT • Para ulama pakar qiraat telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ilmu Qiraat daripada hilang atau dipalsukan. • Mereka benar-benar meneliti kesahihan sanad qiraat tersebut daripada hal-hal yang lain untuk menerima suatu bacaan. • Jika sanadnya betul-betul bersambung kepada Nabi, tidak meragukan dan dibawa oleh orang yang dipercayai pula mereka terima qiraat tersebut sebagai qiraat yang sahih.
• Apabila terjadi percanggahan antara qiraat yang sahih dengan kaedah ilmu Nahu, maka ilmu Nahu yang mesti disesuaikan dengan Al-Quran bukan sebaliknya. • Sekiranya seorang periwayat qiraat telah menerima riwayatnya dengan jelas dan tanpa cacat, maka qiyas bahasa Arab mahupun kemasyhuran Nahu suatu bahasa tidak boleh menolak atau mengingkari, sebab qiraat Al-Quran sunnah yang mesti diikuti dan wajib di terima.
Ibn al-Jazari, sebagaimana dinukil oleh al-Suyuti, menyatakan bahwa qira’at dari segi sanad dapat dibagi kepada 6 iaitu : 1) Qira’at Mutawatir :Bacaan yang menepati ketiga-tiga syarat dan sanadnya mencapai tahap Tawatur 2) Qiraat Masyhur: Bacaan yang menepati ketiga-tiga syarat namun sanadnya tidak mencapai tahap tawatur 3) Qiraat Ahad: Qira’at Ahad adalah qiraat yang sanadnya bersih dari cacat tetapi menyalahi rasam Utsamani dan tidak sesuai dengan kaedah bahasa Arab. Juga tidak terkenal di kalangan imam qiraat.
4) Qiraat Syadz: Qira’at Syazah adalah qira’at yang cacat sanadnya dan tidak bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. 5) Qiraat Mudraj: Qira’at yang ditambah dengan kalimat lain yang merupakan tafsirnya. 6) Qiraat Maudu’ : Qira’at yang dinisbahkan kepada orang yang mengatakannya (mengajarkannya) tanpa mempunyai asal usul riwayat qiraat sama sekali.
Qiraat juga boleh dibahagikan kepada 3 kategori: • Qiraat Sab’ah • Qiraat ‘Asyarah • Qiraat Arba’a ‘Asyarah : adalah qira’at ‘Asyarah lalu ditambah dengan empat qiraat lagi yang disandarkan kepada Muhammad bin Mahaishiz AlMakki, Al-A’masy Al-Kufi, Hasan Al-Basri dan Yahya Al-Yazidi
واهلل تعالى أعلم 13 NOVEMBER 2014 / 20 Muharram 1436