ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN ALQURAN DAN AL-SUNNAH 2014 MINGGU KE-3
SAMBUNGAN MINGGU LEPAS • Faktor kemasyhuran Qiraat 7
MINGGU INI • Pengenalan ringkas Imam Asy-Syatibi dan Imam Al-Jazari • Latihan surah al-Fatihah (Kaedah Idgham kabir & Isymam)
PENGENALAN RINGKAS IMAM ASY-SYATIBI & IMAM AL-JAZARI • • • • •
Pengenalan Matan Hirzul Amani Biodata Imam Asy-Syatibi Pengenalan Matan Ad-Durrah Pengenalan Matan Toyyibah An-Nashr Biodata Imam Al-Jazari
Matan Hirzul Amani • Matan ini ditulis oleh Imam asy-Syatibi dengan menjadikan kitab at-Taisir karya Imam ad-Dani sebagai sandaran utama. • Keistemewaan: -memperkenalkan sistem kod (rumuz) yang diambil dari susunan abjad Bahasa Arab. -sistem kod terbahagi kepada dua, kod individu & kod jama’ie.
-Kod individu: iaitu satu abjad mewakili seorang Qari/perawi -Kod jama’ie: iaitu satu abjad atau satu perkataan mewakili sekumpulan Qari/perawi -Keindahan Bahasa dan ketinggian aspek kesusasteraan. • Imam asy-Syatibi berusaha menulis seringkas yang mungkin, dengan menyebut satu cara bacaan tanpa mendetailkan bacaan untuk setiap qari/perawi
• Metodologi Imam asy-Syatibi diterangkan secara terperinci dalam bab pendahuluan. • Walaupun matan ini bukan yang pertama ditulis, namun ia dianggap yang utama dan paling masyhur dalam bidang ini. • Matan ini mengandungi 1173 bait • Turut dikenali sebagai Matan asy-Syatibiyah
BIODATA IMAM ASY-SYATIBI Nama: Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad Digelar: Abu Qasim atau Abu Muhammad asySyatibi al-Andalusi Tempat lahir: Di Syatibah, sebuah kota ditimur Andalus (Sepanyol) Tarikh lahir: tahun 538H Tarikh wafat: 28 Jamadilakhir 590H, ketika berumur 52tahun
• Disifatkan sebagai seorang yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang luar biasa. • Bergiat aktif dalam menuntut ilmu sejak kecil lagi. • Turut merantau semata-mata untuk mencari Ilmu.
• Imam al-Qufati menceritakan bahawa masyarakat di Syatibah telah menjadikannya guru dan tempat rujukan berkaitan bacaan al-Quran sebelum usianya meningkat remaja.
Antara guru-gurunya: Ilmu Qiraat: 1) Abu Abdullah Muhammad Bin Abu al-’Ash 2) Ibnu Huzail (murid Imam ad-Dani) • Turut mempelajari kitab-kitab lain seperti Hadith dan Nahu karangan ulama’ yang terkenal antaranya Sibawaih, al-Mubarrad dan Ibn Qutaibah
Makam Imam Asy-Syatibi
MATAN AD-DURRAH • Ditulis oleh Imam Ibn Jazari • Menerangkan kaedah 3 imam (Abu Ja’afar, Ya’aqub dan Kholaf ‘Asyir) • 3 imam ini tidak disebut dalam Matan asySyatibi • Ia merupakan pelengkap kepada 10 Qiraat yang penerimaannya disepakati • Matan ini mengandungi 240 bait
MATAN TOYYIBAH AN-NASHR • Ditulis oleh Imam Ibn Jazari • Mengandungi 1015 bait • Persamaanya dengan Matan Hirzul Amani -dari segi penggunaan istilah -susunan bab -penggunaan sistem kod(rumuz) • Metadologi Imam Ibn Jazari: -syarat penerimaan sesuatu bacaan -aspek-aspek tajwid seperti makhraj huruf, sifat huruf dan waqaf
BIODATA IMAM IBN JAZARI
Nama: Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf al-’Umari ad-Dimasyqi Gelaran: Ibn al-Jazari Lahir: Pada malam 25 Ramadhan 751H di Damsyiq Wafat: tahun 833H
Catatan • Ayahnya merupakan seorang peniaga dan sangat mengambil berat terhadap pendidikan anaknya • Seawal usia 13 tahun Imam Ibn al-Jazari telah dididik menghafal al-Qur’an • Ibn Jazari diiktiraf sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang melaut dalam beberapa disiplin ilmu seperti qiraat, hadis, fiqh, bahasa dan lain-lain. • Beliau gemar mengembara demi menuntut ilmu sejak kecil lagi
Guru-gurunya • Antara gurunya ialah Imam Ibn Kathir, tokoh Tafsir terkenal yang telah memberi ijazah kepadanya untuk berfatwa iaitu pada tahun 774H • Beliau juga memperoleh ijazah daripada gurunya Sheikh Islam al-Bulqini pada tahun 785H • Bertalaqqi dengan ulama’ di Mesir yang mempunyai sanad tertinggi ketika itu Abi Abdillah Muhammad Ibn al-Saigh. Qiraat Tujuh mengikut kitab Unwan, at-Taisir dan asy-Syatibiyyah
• Turut bertalaqqi qiraat daripada gurunya Ibn al-Baghdadi • Di Madinah al-Munawarah, beliau bertalaqqi qiraat daripada Imam Masjid Nabawi yang bernama Abi Abdillah Muhammad Ibn Salih al-Khatib
Catatan: Rumusan Tokoh mengikut Matan
Nafi’
Ibn Kathir
Abu Amru
Ibn ‘Amir
‘Asim
Hamzah
AlKisaie
Abu Ja’afar
Ya’aqub
Kholaf ‘Asyir
Matan Hirzul Amani / asy-Syatibiyyah Matan ad-Durrah Matan Toyyibah an-Nashr
واهلل تعالى أعلم 6 NOVEMBER 2014H / 13 Muharram 1436