PIMKU 36
RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Syed Najihuddin bin Syed Hassan1 Mohd Yusuf bin Ismail2 Nidzamuddin bin Zakaria3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia 1
[email protected], 06-7986717 2
[email protected], 06-7986745 3
[email protected], 06-7986703
RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Syed Najihuddin bin Syed Hassan Mohd Yusuf bin Ismail Nidzamuddin bin Zakaria
ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknologi akan meningkatkan kadar pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Kemajuan aplikasi teknologi dalam bidang pendidikan juga telah meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pelajar. Islam sebagai sebuah agama universal yang menjadi pegangan hidup setiap Muslim tidak melarang sama sekali pengaplikasian kaedah serta pendekatan baru yang digunakan, bahkan Islam amat menggalakkan umatnya supaya menggunakan apa jua cara yang termampu bagi membantu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat. Justeru, kertas kerja ini akan menyingkap aspek hidup Rasulullah S.A.W sebagai model pendidik yang ulung dan contoh teladan. Di samping itu, kajian ini juga meneliti bagaimana Baginda memanfaatkan teknologi semasa yang wujud pada zaman Baginda dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi sahabat. Seterusnya, kertas kerja ini juga akan menyenaraikan beberapa teknologi semasa yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Adalah dijangkakan agar kajian ini mampu menjadi pemangkin kepada para pendidik Muslim dalam memanfaatkan lagi teknologi dan aplikasi semasa dalam penyampaian mereka serta membuka ruang kepada mereka untuk mengenali aplikasi semasa yang berfaedah dalam pengajaran al-Quran dan al-Sunnah.
Kata kunci: Rasulullah dan teknologi, pengajaran al-Quran, pengajaran al-Sunnah, aplikasi teknologi, inovasi pengajaran.
1.0 Pendahuluan Sejak dahulu, manusia mencipta berbagai-bagai alat teknologi untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam hal ini, teknologi wujud dengan kewujudan manusia. Pelbagai cara digunakan untuk mendapat hasil yang diingini. Tiada siapa dapat menafikan kepentingan teknologi terhadap manusia sejagat. Begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran yang telah melalui evolusi seiring dengan kemajuan manusiawi. Pendekatan demi pendekatan telah diaplikasikan untuk memaksimakan hasil pembelajaran. Teori dan teknik diperbaiki untuk mendapat hasil yang dimahukan oleh pengajar atau pendidik sehingga membawa kepada penemuan terkini. Siapa sangka pada satu masa dahulu, penggunaan papan kalam dapat diinovasikan menjadi mini komputer riba pada masa sekarang.
2.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah Secara Umum Sebelum kita melanjutkan perbicaraan kita dalam arena kupasan topik; Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran dan Sunnah dengan lebih lanjut, maka lebih sesuai untuk kita
mendasari isu ini dari pokok pangkalnya dengan merujuk terlebih dahulu kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) al-Quran dan Sunnah secara umum terlebih dahulu.
2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran 2.1.1 Kaedah-kaedah P & P al-Quran Terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya tilawah al-Quran. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut: 2.1.1.1 Talaqqi dan Musyafahah: Pelajar mengambil bacaan daripada guru iaitu mendengarnya dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru, kemudian mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati. Murid yang berjaya membaca dengan baik, betul dan sebutannya tepat akan beralih ke muka surat yang lain, manakala murid yang kurang mampu akan tetap di muka surat sama. 2.1.1.2 Tadarrus: Murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang kurang daripada lima orang, manakala yang lain akan memerhati serta mendengar bacaan tersebut. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan, maka guru akan menegur agar dimanfaatkan oleh pemerhati (murid-murid) yang lain. 2.1.1.3 Tasmi‘: Guru mendengar dan meneliti bacaan muridnya seorang demi seorang.
Sekiranya
terdapat
kesalahan
dalam
bacaan.
Guru
serta
merta
memperbetulkan kesalahan tersebut dan meminta murid membacanya semula dengan betul.
Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dalam pengajaran al-Quran. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira‟. Rasulullah mengambil al-Quran daripada malaikat Jibril a.s secara talaqqi dan musyafahah; iaitu Jibril membacanya dahulu dan didengar oleh Nabi . Kemudian Nabi membacanya dengan didengari oleh Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril . Allah berfirman menjelaskan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini melalui ayat-Nya berbunyi1:-
ِ َ َالَ تُح ِّر ْك بِ ِو لِسان ُ ثُ َّم إِ َّن َعلَْي نَا بَيَانَو.ُ فَِإذَا قَ َرأْنَاهُ فَاتَّبِ ْع قُ ْرآنَو.ُ إِ َّن َعلَْي نَا َج ْم َعوُ َوقُ ْرآنَو.ك لتَ ْع َج َل بِ ِو َ َ Bermaksud:-
1
Surah al-Qiyamah (75:16-19).
Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
2.1.2
Jenis-jenis Bacaan Dalam P n P Tilawah al-Quran
Terdapat jenis-jenis bacaan yang perlu anda ketahui iaitu: 2.1.2.1 Tartil: Bacaan perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan bertajwid yang sempurna dan merenungi makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. 2.1.2.2 Tahqiq: Bacaannya seperti Tartil, cuma ia lebih lambat dan perlahan seperti memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi sebutan huruf dan sifatnya secara betul. 2.1.2.3 Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Tingkatan bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal al-Quran supaya dapat mengulanginya dalam masa yang singkat. 2.1.2.4 Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Sunnah 2.2.1
Kaedah P & P Sunnah
Unit Kurikulum Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur (t.th.:17-18), telah menggariskan beberapa kaedah P & P bagi pelaksanaan kurikulum Sunnah/Sirah Rasul bagi program Kelas al-Quran dan Fardu „Ain (KAFA) di Malaysia amnya termasuk pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah-sekolah rendah seperti berikut:a. Cerita-cerita di sebalik fakta-fakta sirah ditonjolkan bagi menguatkan fakta tersebut. b. Contoh-contoh positif setiap watak dalam sirah, dikaitkan dengan sifat pelajar dan juga orang yang hampir dengan pelajar (ibu, ayah, adik beradik dan lain-lain). c. Contoh-contoh penentangan terhadap Rasulullah dan sahabatnya disebutkan supaya pelajar berasa benci atau marah dan di masa yang sama perkara-perkara tersebut,
akan menambahkan lagi perasaan kasih para pelajar terhadap Rasulullah dan para sahabatnya. d. Peristiwa-peristiwa dalam sirah, dikait atau dibandingkan dengan situasi semasa pelajar dan masyarakat. e. Pelajar-pelajar dilatih agar mampu menceritakan peristiwa-peristiwa, nilai-nilai positif,
contoh-contoh Rasulullah
dan
sahabatnya
dalam
melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.
2.2.2
Prosedur-prosedur Utama Pengajaran Sunnah Rasul
Terdapat beberapa prosedur asas bagi pengajaran Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 157-158, „Abd al-Rahman Salih „Abd Allah,1991:211-212) antaranya:Pertama: Penyediaan Rancangan Mengajar Guru-guru perlu menyediakan Rancangan Mengajar bagi mata pelajaran Sunnah Rasul ini agar ia berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Rancangan Mengajar yang baik mengambil kira aspek-aspek berikut:a. Penentuan Matlamat ii. Pemilihan Kaedah dan Media Pengajaran iii. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kedua: Penentuan Objektif-objektif Mata Pelajaran Menentukan objektif-objektif mata pelajaran Sunnah Rasul yang hendak disasarkan bagi setiap pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan tajuk-tajuknya. Ketiga: Pengenalan Ringkas Mata Pelajaran Guru-guru juga perlu memulakan pengajaran Sunnah Rasul dengan pengenalan ringkas bagi setiap tajuk mata pelajaran tersebut yang bakal diajar kepada murid-murid. Hal ini memberi kesan yang efektif dalam pemahaman dan penguasaan sesebuah tajuk yang diajar. Keempat: Penyampaian dan Penerangan Penyampaian dan penerangan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah Rasul secara terperinci mengikut R.P.H yang disediakan. Pengajaran Sunnah Rasul harus berpandukan kepada metod pensejarahan yang sebenar dan berasaskan kronologi peristiwa yang berlaku mengikut peritiwa-peristiwa dan tarikh-tarikh tertentu. Penyampaiannya adalah dalam bentuk yang mudah dan ringkas agar senang difahami oleh murid-murid.
Kelima: Penilaian dan Menjalankan Aktiviti-aktiviti Ia merupakan prosedur penutup dan terakhir dengan menjalankan penilaian terhadap muridmurid dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran di dalam kelas. Perkara yang perlu diperhatikan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut adalah objektif yang disasarkan dan sebaik-baiknya ia berbentuk realiti dan bukan hanya lakonan.
2.2.3
Teknik-teknik Efektif Dalam Pengajaran Sunnah/Sirah Rasul
Teknik-teknik pengajaran mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah bergantung kepada tajuk-tajuk yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud 2005: 165-170). Oleh itu, seseorang guru yang ingin menjalankan pengajaran Sunnah/Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut:1. Teknik Mengajukan Soalan Berserta Ulasan 2. Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil 3. Penghuraian Dalam Bentuk Cerita Teknik Pertama: Mengajukan Soalan Berserta Ulasan Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-soalan berkaitan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah berkesan untuk menarik perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu: a. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah bermula dengan soalan-soalan bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak sukar bagi melihat tahap pemahaman murid dan kepintaran mereka. b. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan ulasan yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat dan sempurna. Guru juga boleh menambahkan ulasannya berpandukan kepada kisah-kisah dalam Sunnah Rasul yang menyokong huraian tersebut. c. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambarajah atau senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi nama-nama dan peristiwa-peristiwa atau kisahkisah tertentu. Setelah selesai kelas tersebut, maka gambarajah atau senarai tajuk-tajuk itu telah pun lengkap dengan fakta-fakta yang tersusun dan mengikuti kronologi sejarah yang sempurna (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).
Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil Teknik ini adalah teknik membahagikan Sunnah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:a.
Isi kandungan Sunnah Rasul itu dibahagikan kepada unit atau tajuk yang kecil di mana guru tersebut akan menghuraikan unit-unit tersebut. Di samping itu, ia perlu juga mendengar reaksi murid terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
b.
Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan hitam/putih dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit tajuk itu di samping mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting bagi setiap peristiwa Sunnah Rasul yang dinyatakan itu.
c.
Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam Sunnah Rasul itu (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).
Teknik Ketiga: Penghuraian Dalam Bentuk Cerita Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sunnah Rasul dalam bentuk penceritaan yang berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:a.
Mengambil kira kronologi Sunnah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu berlaku dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.
b.
Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-murid agar respon yang baik diperolehi dan keberkesannya tercapai dalam kelas.
c.
Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dengan menyatakan sebab-sebab atau faktor-faktor ia terjadi dengan mengaitkannya atau mengaplikasikan pelajaranpelajaran yang terkandung dalamnya dengan isu-isu semasa.
d.
Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian muridmurid untuk mengetahui cerita selanjutnya.
e.
Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau dikenali sebagai Media Pengajaran untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dalam bentuk yang menarik dan memberansangkan. Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium pengajaran yang baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran khususnya Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165170).
Teknik-teknik dalam P & P Sunnah/Sirah Rasul ini adalah penting dan amat baik akan dapat memastikan keberkesanan mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul di kalangan murid-murid yang mengikutinya. Selanjutnya, barulah kita berpindah kepada topik aplikasi teknologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai topik utama dalam kertas kerja ini. 3.0 Rasulullah dan Aplikasi Teknologi di Zamannya Rasulullah juga turut mengaplikasikan pelbagai pendekatan yang wujud pada zaman tersebut sebagai wahana bagi memudahkan penyampaian ilmu kepada para sahabat. Baginda berkomunikasi dengan umatnya berdasarkan kemampuan akal fikiran mereka. Baginda
juga berinteraksi dengan mereka berdasarkan keadaan serta mengikut kesesuaian. Dalam hal ini, Baginda pernah melakar garisan di atas tanah dan membuat isyarat tertentu bagi menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa contoh yang dapat digali daripada sunnah Baginda sebagaimana berikut.
3.1
Lakaran Atau Lukisan di Atas Tanah
Baginda pernah membuat lakaran gambar rajah di atas tanah bagi memberikan gambaran yang bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Ini diterangkan dalam hadis berikut:
خط لنا رسول اهلل صلى اهلل عليو و سلم خطا ث قال ىذا:عن عبد اهلل بن مسعود رضي اهلل عنو قال سبيل اهلل ث خط خطوطا عن يينو وعن شالو ث قال ىذه سبل قال يزيد مت فرقة على كل سبيل من ها ﴾شيطان يدعو إليو ث ق رأ ﴿إن ىذا صراطي مستقيما فاتبعوه ول ت تبعوا السبل ف ت فرق بكم عن سبيلو إسناده حسن: تعليق شعيب األرنؤوط،أخرجو اإلمام أمحد Yang bermaksud: Dari Abdullah ibn Mas„ud berkata: Rasulullah membuat untuk kami satu garisan kemudian bersabda “Ini jalan (sabil) Allah ” kemudian Baginda membuat beberapa garisan di kiri dan di kanan garisan tadi seraya bersabda “Ini jalan-jalan, dan lebih bercabangcabang, pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru ke arahnya” kemudian Baginda membaca ayat berikut (dalam menafsirkan ayat tersebut)
﴾﴿إن ىذا صراطي مستقيما فاتبعوه ول تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيلو. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (isnadnya hasan: Syua„ib al-Arna‟ut) Hadis ini merupakan tafsiran kepada ayat yang diterangkan sendiri oleh Baginda . Huraian sebegini membantu menambahkan pemahaman terhadap ayat al-Quran. Tafsiran ini yang berbentuk lukisan gambar rajah menunjukkan kepekaan Baginda terhadap tahap
kefahaman berhubung huraian ayat. Hadis ini juga menunjukkan bagaimana Baginda menitikberatkan pengajaran berbantukan alat yang bersesuaian.
3.2
Menggunakan Isyarat Jari, Tangan dan Tongkat
Dalam penyampaian pengajaran Baginda , turut digunakan isyarat-isyarat yang memberi maksud tertentu. Isyarat yang dibuat membawa maksud yang difahami. Baginda menggunakan isyarat jari, tangan dan tongkat sebagai jawapan kepada soalan tertentu. Antara contoh pengajaran Baginda yang menggunakan isyarat ialah sebagaimana hadis-hadis berikut.
عن ابن عباس رضي اهلل عنهما أن النب صلى اهلل عليو و سلم سئل ف حجتو ف قال ذبت ق بل أن أخرجو .) قال حلقت ق بل أن أذبح ؟ فأومأ بيده (ول حرج.)أرمي؟ فأومأ بيده قال (ول حرج . من أجاب الفتيا باإلشارة: باب،البخاري Dari Ibn „Abbas bahawa Nabi ditanya semasa Baginda dalam haji, “Saya menyembelih (dam terlebih dahulu) sebelum melontar (Jamrah „Aqabah pada hari ke-10)?” maka Baginda memberi isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. Berkata (bagi soalan yang lain): “Saya bercukur (terlebih dahulu) sebelum menyembelih (dam)?” maka Baginda memberi isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. [al-Bukhari, Bab Man Ajab al-Futya bi al-Isyarah]
3.3 Membandingkan Objek di Sekeliling Baginda Baginda pernah membandingkan orang Islam dengan sebatang pokok yang tidak berguguran daunnya iaitu pohon tamar.
عن عبد اللو بن عمررضي اهلل عنهما ي قول قال رسول اللو صلى اللو عليو وسلم إن من الشجر شجرة ل يسقط ورق ها وإن ها مثل المسلم فحدثون ما ىي ف وقع الناس ف شجر الب وادي قال عبد اللو ووقع ف ن فسي أن ها النخلة فاستحي يت ث قالوا حدث نا ما ىي يا رسول اللو قال ف قال ىي النخلة قال فذكرت .ذلك لعمر قال ألن تكون ق لت ىي النخلة أحب إل من كذا وكذا Maksudnya: Dari Abdullah bin „Umar berkata, Rasulullah bersabda “Sesungguhnya terdapat dari kalangan pokok ada sebatang pokok yang tidak berguguran daunnya, dan sesungguhnya pokok itu seumpama muslim, maka beritahu padaku pokok apa?,” Maka setiap sahabat meneka dengan menyebut semua jenis pokok (yang mereka tahu). Abdullah (ibn „Umar) “Terlintas dalam fikiranku bahawa ia adalah pokok tamar, akan tetapi aku agak malu
menyebutnya”. Kemudian mereka berkata, “Beritahu pada kami wahai Rasulullah apa (jawapannya)”, Baginda bersabda “Ia pokok tamar”. Ibn „Umar berkata, “Aku menyatakan perkara tersebut kepada „Umar (bapanya), beliau berkata, kalau kamu sebutkannya, ia pokok tamar, lebih baik bagiku dari sekian dan sekian”. 4.0 Aplikasi dan Perisian Terkini Untuk Pengajaran al-Quran dan al-Sunnah Setelah kita melihat bagaimana Rasulullah memanfaatkan teknologi yang wujud di zaman baginda dalam menyebarkan dan mengajar al-Quran dan al-Sunnah, maka sewajarnya kita juga memanfaatkan teknologi yang ada pada zaman ini untuk menyampaikan kedua-dua sumber ilmu yang agung ini dengan metod yang lebih praktikal dan berkesan. Maka teknologi terkini yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah dapat dilihat antaranya dari pembangunan perisian computer yang menjadikan sumber al-Quran dan al-Sunnah sebagai kandungan utama. Setelah tinjauan dibuat, didapati beberapa perisian computer terkini boleh dijadikan sebagai alat yang berkesan dalam pengajaran al-Quran dan al-Sunnah. Berikut pengenalan terhadap perisian QuranHafs 2003 sebagai salah satu contoh perisian berkaitan al-Quran yang merangkumi pengenalan umum terhadap perisian dan ciri-ciri khusus perisian.
4.1
Pengenalan Perisian Quran Hafs 2003
Perisian QuranHafs 2003 merupakan satu perisian al-Quran yang menyediakan pelbagai fungsi yang memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya untuk mempelajari, memahami serta mendalami kitab suci al-Quran. Skrin utama QuranHafs 2003 memaparkan 12 menu dengan menu utamanya iaitu carian ayat-ayat al-Quran2 berserta dengan 11 menu lain berkaitan dengan cabang-cabang ilmu al-Quran seperti Tafsir, Tajwid, Qiraat dan fatwafatwa berkaitan al-Quran. Pada skrin utama juga terdapat skrin paparan ayat-ayat al-Quran hasil daripada carian pengguna melalui menu ) (بحثdengan menggunakan Mashaf Rasm Uthmaniah, pengguna boleh mendengar bacaan ayat al-Quran melalui klik butang “Tilawah”, Kemudian pengguna di beri pilihan bacaan Qari terkenal antaranya ialah al-Sudais, al-Ghamidi, al-Syuraim dan lain-lain dan bacaan semua Qurra’ mengikut riwayat Hafs daripada „Asim al-Kufi. Keistimewaan yang terdapat pada skrin ini ialah pengguna boleh mendengar bacaan ayat alQuran beserta dengan paparan gambar. Pada skrin utama ini juga terdapat paparan tafsir bersamaan dengan ayat al-Quran yang terpapar di skrin paparan ayat tetapi ianya berhubung
2
Lihat gambarajah 1: Nombor 1.
dengan laman web lain. Antara pilihan tafsir yang disediakan ialah Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Syaukani dan lain-lain.
7
1
8
2
9
3
10
4
11
5
12
6
Gambarajah 1: Menu Utama Perisian QuranHafs 2003 4.2 Ciri Khusus Perisian 4.2.1
Menu (1): Pautan Carian )(بحث Pautan ) (بحثadalah menu utama bagi perisian Quranhafs 2003 kerana daripada menu
ini pengguna akan membuat carian ayat-ayat al-Quran dan boleh dipaparkan di skrin utama perisian. Terdapat empat perincian pada pautan ini iaitu: Carian kalimah ()كلوت, perpindahan ayat, ) (انتقال إليdan carian berdasarkan tajuk-tajuk dalam al-Quran ) (هوضوعاث. Carian daripada keempat-empat menu ini akan terpapar di menu ) (بحثterlebih dahulu sebelum dua kali klik untuk dipaparkan di skrin utama perisian. Di menu ini juga ayat-ayat al-Quran boleh dicari dengan menaip kalimah awal daripada mana-mana ayat kemudian, akan terpapar ayat yang bermula dengan kalimah tersebut di menu ) (بحثdisertakan dengan nama surah dan nombor ayat. Bagi capaian cepat untuk mendapatkan ayat, pengguna boleh menaip nama surah kemudian letakkan “ - ” dan nombor ayat, contoh {٣-} ص. Seterusnya, masuk ke menu ()كلوت, pengguna boleh menggunakan menu ini dengan menulis kalimah yang dicari sama ada dalam bentuk kalimah yang sempurna atau huruf sahaja, kemudian pilih sama ada kalimah yang dikehendaki daripada ayat yang terkandung
kalimah tersebut, ayat yang bermula dengan kalimah ataupun ayat yang berakhir dengan kalimah tersebut. Menu kedua menyediakan kepada pengguna untuk mencari ayat al-Quran melalui kaedah carian ()هفرداث, pengguna di beri pilihan untuk mencari dengan kalimah yang sempurna ataupun huruf sahaja. Di samping itu juga, pengguna boleh memilih sama ada hasil carian untuk dua kalimah yang dikehendaki berturutan atau berasingan dalam ayat tersebut. Menu yang ketiga ) (انتقال إليialah capaian kepada ayat melalui nama surah, nombor ayat, muka surat dan juzuk. Pengguna boleh mencari ayat yang dikehendaki dengan menaip kaedah tersebut. Tetapi melalui kaedah muka surat, ianya mestilah berpandukan Mushaf alMadinah al-Munawwarah tulisan „Uthmaniah yang mengandungi 604 muka surat. Melalui menu ini juga, pengguna boleh mencari semua ayat-ayat sajadah yang terkandung dalam alQuran dengan mudah dengan hanya meng‟klik‟ menu sajadah, pengguna boleh mengetahui surah dan nombor ayat tersebut. Pada akhirnya, menu )(هوضوعاث, yang membolehkan pengguna boleh mencari ayatayat al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu kisah, tajuk ataupun hukum-hakam, dengan menaip ataupun mencari di menu sahaja. Contoh berkaitan dengan rukun-rukun Islam di bawahnya terdapat lagi tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti solat. Ayat-ayat yang berkaitan dengan tajuk tersebut akan terpapar di menu ) (بحثsetelah di‟klik‟ . 4.2.2
Menu (2): Maktabah al-Tafasir Menu yang kedua bagi perisian ini ialah ()هكتبت التفاسير, menu ini dihubungkan dengan
internet untuk mendapatkan maklumat. Pengguna diberi pilihan kitab tafsir yang dikehendaki seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Baidawi dan sebagainya, dan disertakan juga sebab turunnya semua ayat-ayat al-Quran. Di sini, pengguna boleh membezakan dengan cepat bagaimana penulis kitab-kitab ini mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut kaedah masing-masing.
4.2.3
Menu (3): al-Maktabah al-Islamiyyah Dalam menu ini terdapat 10 buah kitab yang berkaitan dengan al-Quran seperti
berikut: I„jaz al-Quran, Fada‟il al-Quran, Manahil al-„Irfan, Kitab al-Sab„ah fi al-Qira‟at, Hirz al-Amani, Usul al-Qira‟at, Jawahir al-Quran, al-„Itqan, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, untuk mendapat maklumat melalui menu ini, pengguna perlu mempunyai sambungan dengan internet. Jika tiada internet, maka pengguna tidak boleh melihat maklumat yang di sediakan di dalam menu ini dengan lebih terperinci lagi.
4.2.4
Menu (4): al-Fatawa al-Qur’aniyyah Menu ( )الفتاوى القرآنيتberkaitan dengan al-Quran di mana terdapat 37 soalan berserta
jawapan tentang kemusykilan mengenai al-Quran dari sudut maksud perkataan dalam surahsurah tertentu, hukum membaca al-Quran, pelbagai keadaan dan situasi serta masalahnya dan lain-lain lagi. 4.2.5
Menu (5): Maktabah al-Ma’ajim wa al-Mustalahat Menu ( )الوعاجنmenyediakan sumber kamus-kamus untuk dijadikan bahan rujukan di
mana pengguna boleh mencari sebanyak 21187 perkataan, sebagai contoh maksud ( ) آdan akan diterangkan dengan lebih terperinci lagi. Terdapat lima jenis kamus dalam menu ini iaitu : Lisan al-„Arab, al-Qamus al-Muhit, Mukhtar al-Sihah, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, dan al-Ta„rifat. 4.2.6
Menu (6): Ahkam al-Tilawah Menu ( )أحكام تالوةdalam perisian ini mengandungi 10 hukum berkaitan Tilawah al-
Quran berserta dengan keterangannya. Hukum yang dibincangkan dalam menu ini ialah: makharij huruf, hukum nun sakinah, hukum ra‟, hukum mad, dan sebagainya. Menu ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mempelajari hukum-hukum tilawah dengan menggunakan skrin komputer. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dan mendalami ilmu tajwid dengan sempurna selain mengetahui cara membaca al-Quran dengan betul.
4.2.7
Menu (7): Maklumat Quraniyyah Menu ) (هعلوهاث قرآنيتini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan
maklumat tentang al-Quran. Antara maklumat yang boleh didapati dalam menu ini ialah maklumat berkenaan surah-surah al-Quran, individu-individu penting dalam perkembangan dan pengkajian al-Quran, dan penulisan penting dalam Ilmu al-Quran. 4.2.8
Menu (8): Masyahir al-Qurra’ Menu ( )هشاهير القراءbertujuan untuk memperdengarkan contoh bacaan al-Quran
daripada Qura‟ yang mahsyur. Dalam menu ini terdapat 9 orang Qura‟ antaranya Abu Bakar al-Syatiri, Muhammad Abdul Karim, Hani al-Rifa„i, Masyari al-Afasi dan sebagainya. 4.2.9
Menu (9): Ad‘iyyah (Doa-doa) Menu ( )أدعيتmenyediakan pilihan doa-doa khatam Quran kepada pengguna, disini
pengguna boleh mendengar bacaan doa khatam Quran dari 7 sheikh yang berbeza. Hanya
dengan klik pada nama sheikh dan butang ()قراءة, pengguna akan diperdengarkan dengan bacaan doa ini. 4.2.10 Menu (10): Qiraat Menu ) (قراءاثmemberi peluang kepada pengguna untuk mendengar perbezaan bacaan Imam Qiraat Tujuh bersama muridnya. Menu ini hanya mendatangkan satu surah sahaja iaitu surah al-Humazah dan untuk mendengar bacaan Qura‟, pengguna hanya klik pada nama Imam Qiraat Tujuh dan klik butang )(تالوة 4.2.11 Menu (11): Hadha al-Mushaf Menu ( )هذا الوصحفmemberi maklumat kepada pengguna berkaitan dengan simbol warna untuk hukum tajwid dan tanda waqaf yang digunakan dalam ayat al-Quran. Contohnya bagi alamat waqaf ( )صليditandakan dengan warna merah menunjukkan lebih baik meneruskan bacaan. 4.2.12 Menu (12): al-Mausu‘ah al-Qur’aniyyah Menu ( )التعليواثmemberikan maklumat kepada pengguna berkaitan dengan cara untuk menggunakan perisian QuranHafs 2003 dengan lengkap beserta sejarah perisian ini dicipta. Setiap menu yang ada dalam perisian ini diterangkan fungsinya satu persatu di dalam menu ini. 5.0 Rumusan dan Kesimpulan Kertas kerja ini telah membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi al-Quran dan al-Sunnah dengan memberikan situasi yang telah dilalui selama ini. Dalam hal ini, Rasulullah sebagai rasul pembimbing seluruh alam tidak melarang penggunaan teknologi dalam
penyampaian ilmu, malah Baginda turut mengaplikasikan apa yang terdapat pada zaman tersebut. Penggunaan teknologi masa kini yang berbentuk digital telah memudahkan lagi proses itu. Kemunculan perisian seperti Perisian QuranHafs 2003 yang berkaitan al-Quran dan al-Sunnah mempunyai banyak kelebihan dan faedah terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Bahkan, dengan menggunakan perisian yang sebegini dapat mewujudkan suasana kelas yang lebih menarik dan interaktif. Oleh yang demikian, diharapkan agar para pendidik dalam lapangan ini mengambil faedah daripada kemudahan teknologi seumpama ini sebagaimana Rasulullah berusaha sedaya upaya menggunakan apa yang terdaya oleh Baginda dalam mendidik ummah ini.
6.0 Rujukan al-Qur’an dan Terjemahannya. 1412H. al-Madinah al-Munawwarah: Mujamma„ Khadim alHaramayn al-Sharifayn al-Malik Fahd li Tiba„at al-Mushaf al-Sharif. Abdul Qadir Leong al-Azhari. 1997. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: JAPIM. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM. al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. 2000. Sahih al-Bukhari, Syarh Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar. al-Riyad: Dar al-Salam. Jamaluddin Abdul Jabbar. 2001. Metodologi Pendidikan Tilawah al-Quran al-Karim. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sd. Bhd. Hassan Mahmud al-Hafiz. 1986. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala Lumpur: Dinie Publisher. Huda „Ali Jawwad al-Shamriyy dan Sa„dun Mahmud al-Samuk. 2004. al-Turuq al-‘Ilmiyyah li Tadris al-Hadith wa al-Sirah wa al-Fiqh min al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. „Amman: Dar Wa‟il li al-Nashr. Surur Shihabuddin. 2005. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq alSyatibiyyah. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd. Mohd Yusof Ahmad. 2004. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Yusof al-Hamadi. 1987. Asalib Tadris al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Riyadh: Dar al-Marikh.