DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 3) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam Talak Nusyuz, Fasakh, Khuluk, Iddah dan Rujuk Nafkah dan penjagaan anak Ila’, zihar dan li’an
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
NUSYUZ
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI NUSYUZ Kata nusyuz dalam bahasa Arab merupakan bentuk mashdar (akar kata) dari kata ” ” ﻧﺸﻮزا-ﯾﻨﺸﺰ- ﻧﺸ ﺰyang bererti: ”duduk kemudian berdiri, berdiri dari, menonjol, menentang atau durhaka. Sudut Bahasa bermaksud ngkar Istilah bererti sesuatu tindaka isteri yang dianggap menentang kehendak suami dan tidak ada alasan yang munasabah. Dalam konteks pernikahan, makna nusyuz yang tepat untuk digunakan adalah ”menentang atau durhaka”. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI NUSYUZ Menurut istilah, dalam kitab Al-Bajuri dikatakan bahwa Nusyuz adalah: أﻟﻨﺸﻮز ھﻮ اﻟﺨ ﺮوج ﻋﻦ اﻟﻄﺎ ﻋﺔ ﻣﻄﻠﻘﺎ أو ﻣﻦ اﻟﺰوﺟﺔ أو ﻣﻦ اﻟﺰوج أو ﻣﻦ ھﻤﺎ ”Nusyuz adalah keluar dari ketaatan (secara umum) dari isteri atau suami atau keduanya”.
Menurut Al-Qurtubi, nusyuz adalah:
ﺗﺨﺎ ﻓﻮن ﻋﺼ ﺒﯿﺎﻧﮭﻦ وﺗﻌﺎ ﻟﺒﯿﮭﻦ ﻋﻤﺎ اوﺟﺐ ﷲ ﻋﻠﯿﮭﻦ ﻣﻦ طﺎ ﻋﺔاﻟﺰ “Mengetahui dan meyakini bahwa isteri itu melanggar apa yang sudah menjadi ketentuan Allah dari pada taat kepada suami.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL NUSYUZ ض َوبِ َما أَنفَقُوا َّ َاء ِب َما ف َّ ض َل ِ س ٍ علَ ٰى بَ ْع ِّ َ ض ُه ْم َ اَّللُ بَ ْع َ َالر َجا ُل قَ َّوا ُمون َ ّعلَى ال ِن َّ اَّللُ ۚ َو َ ب بِ َما َح ِف َ ِات َحاف ٌ ظ ٌ َ صا ِل َحاتُ قَانِت الَّلتِي َّ ظ َّ ِم ْن أ َ ْم َوا ِل ِه ْم ۚ فَال ِ ات ِلّ ْلغَ ْي ُ شوزَ ُھ َّن فَ ِع ُ ُتَخَافُونَ ن اج ِع َواض ِْربُو ُھ َّن ۖ فَإِ ْن ِ ض َ ظو ُھ َّن َوا ْھ ُج ُرو ُھ َّن فِي ْال َم َ َأ س ِب ا - يرا ع ِليًّا َك ِب ا َ َاَّلل َكان َ ط ْعنَ ُك ْم فَ ََّل ت َ ْبغُوا َ علَ ْي ِه َّن َ َّ يَّل ۗ ِإ َّن “ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh ialah yang taat kepada Allah lagi memliara diri ketika suaminya tidak ada. Oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuwatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Nisa:34) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DALIL NUSYUZ
ش ا ُ ُت ِمن بَ ْع ِل َها ن ْ ََو ِإ ِن ْام َرأَة ٌ خَاف علَ ْي ِه َما وزا أ َ ْو ِإع َْرا ا َ ضا فَ ََّل ُجنَا َح س ِ ض َر ْ ُأَن ي ُّ ص ْل احا ۚ َوال ُ ص ِل َحا بَ ْينَ ُه َما ُ ُت ْاْلَنف ِ ص ْل ُح َخي ٌْر ۗ َوأ ُ ْح ُّ ال - يرا َ ُان ِب َما ت َ ْع َمل َ اَّلل َك ون َخ ِب ا َ َّ ش َّح ۚ َو ِإن ت ُ ْح ِسنُوا َوتَتَّقُوا فَإِ َّن “Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan“ . (Al-Nisa’128)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PEMBAHAGIAN DAN KESAN NUSYUZ Keluar rumah dengan tujuan yang tidak penting tanpa izin suami Tidak melayan suami tanpa suatu keuzuran.
Musafir tanpa keizinan suami Bantah dan ingkar perintah suami yang tidak bertentangan dengan syarak. Melakukan reaksi yang tidak baik terhadap suami.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
BAHAGIAN NUSYUZ Nusyuz Yang Menggugurkan Nafkah
Nusyuz Yang Tidak Menggugurkan nafkah
Keluar rumah tanpa izin suami tanpa darurat dan keperluan syara’.
Isteri memaki dan menyakiti hati suami dengan lidah dan lainnya.
Contohnya: Isteri keluar untuk menemui Kadi untuk menuntut hak yang suaminya tidak dapat memberinya.
Perbuatan seperti ini tidaklah menggugurkan nafkah dan pembahagian gilirian (poligami) tetapi berdosa. Suami berkewajipan memberi nasihat kepadanya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
IMPLIKASI NUSYUZ
Isteri akan kehilangan hak sebagai seorang isteri sepeti tidak mendapat perbelanjaan harian dan pakaian. Isteri yang terbukti nusyuz tidak berhak menuntut sebarang tanggungan suami terhadapnya. Isteri mendapat kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat Rumahtangga akan berlaku krisis yang berpanjangan yang boleh membawa penceraian Boleh membawa kerenggangan perhubungan antara keluarga kedua pihak suami-isteri.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
LANGKAH DAN CARA MENGATASI NUSYUZ MENURUT ISLAM
Pihak suami wajib memberi didikan agama dan tunjuk ajar supaya isteri menjadi wanita yang solehah.
Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masingmasing terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan amanah. Suami isteri perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab masimg-masing dan mengelakkan perasaan kurang puas hati di antara satu sama lain dan ada kelemahannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
LANGKAH DAN CARA MENGATASI NUSYUZ MENURUT ISLAM
Pihak suami perlu memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri dalam rumah tangga. Suami isteri perlu peka terhadap keperluan bersama supaya tidak timbul rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Pasangan yang igin mendirikan rumah tangga, perlu memastikan memilih jodoh daripada lelaki atau wanita yang beriman. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CARA SUAMI BERTINDAK TERHADAP ISTERI NUSYUZ Nasihat
Beri nasihat dengan lemah lembut Memberitahu keluarga isteri mencari jalan damai Dapatkan khidmat nasihat kaunselor Muslim untuk menyelesaikan masalah
Mengasing dari tempat tidur
Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga hari
Memukul
Memukul isteri tanpa mencederakan
Bertahkim
Melantik jururunding untuk selesaikan perselisihan rumah tangga, seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak perempuan Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
FASAKH
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI FASAKH
Bahasa : Batal
Istilah
: Membatalkan akad perkahwinan dengan sebab yang tertentu melalui kuasa hakim atas permintaan isteri/suami
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEBAB FASAKH
Suami adalah Mahram Suami/Isteri Murtad Suami/Isteri peluk Islam Suami tidak mampu/ cuai beri nafkah Suami/isteri berpenyakit yang merbahaya sprt gila, penyakit kusta, penyakit sopak, AIDS dan penyakit yg menghalang persetubuhan.
Lian dan tidak sekufu/setaraf
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KESAN FASAKH
Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Tidak mengurangi jumlah talak Talak suami tidak boleh berlaku ketika isteri dalam edah fasakh. Isteri tidak berhak mendapat mutah jika dia yang memohon fasakh. Isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal (walaupun hamil)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH FASAKH Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan
pembatalan perkahwinan Mengelakkan kemudaratan yg ditanggung isteri jika ikatan diteruskan. Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab menunaikan hak isteri Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak.
Menyelamatkan aqidah isteri dan anak apabila suami murtad. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KHULUK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI KHULUK Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil tebus talak. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUKUN KHULUK
1. Suami 2. Isteri 3. Bayaran yg dipersetujui 4. Lafaz
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CARA KHULUK (TEBUS TALAK) Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah. Contoh lafaz khuluk suami: ”Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak $2000, isteri terus menjawab, ”Saya terima”. Contoh lafaz khuluk isteri: ”Ceraikan aku dengan bayaran $2000,” jawab suami, ”Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”. Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barangbarang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
CARA KHULUK (TEBUS TALAK) Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak. Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu. Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH KHULUK Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
IDDAH
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
DEFINISI IDDAH Menurut istilah Iddah ialah masa menunggu bagi seorang wanita yang sudah dicerai suaminya sebelum ia menikah dengan laki-laki lain. Iddah dimaksudkan untuk memberi kesempatan kepada bekas suaminya apaka dia akan rujuk atau tidak.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
MASA IDDAH Wanita yg sedang hamil masa idahnya sampai melahirkan anakny (lihat QS, Al-Talak:4) Wanita yang tidak hamil, sedang ia ditinggal mati suaminya maka masa iddahnya 4 bulan 10 hari (lihat QS.Al Baqarah ayat 234) Wanita yang dicerai suaminya sedang ia dalam keadaan haid maka iddahnya 3 kali quru’ (tiga kali suci). (lihat QS.Al-Baqarah:228) Wanita yang tidak haid atau belum haid masa iddahnya selama tiga bulan (lihat QSLAl-Talaq:4) Wanita yg dicerai sebelum dicampuri suaminya maka baginya tidak ada masa iddah (lihat QS. Al-Ahzab:49) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HIKMAH IDDAH Untuk memastikan apakah wanita tersebut sedang hamil atau tidak. Syariat Islam telah mensyariatkan masa Iddah untuk menghindari ketidakjelasan garis keturunan yang muncul jika seorang wanita ditekan untuk segera menikah. Masa Iddah disyariatkan untuk menunjukkan betapa agung dan mulianya sebuah adak pernikahan.
Masa Iddah diyariatkan agar kaum pria dan wanita berfikir ulang jika hendak memutuskan tali kekeluargaan, terutamanya dalam kes penceraian. Masa Iddah disyariatkan untuk menjaga hak batin berupa nafkah dan lainnya apabila wanita yang dicerai sedang hamil. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUK
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUK Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu. Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekasi steri terlebih dahulu. Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untukr ujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami,bukan hak isteri. Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah: “Dan suami-suami berhak merujuk isteri-isteri mereka dalam tempoh tersebut (iddah) sekiranya mereka mahu berdamai´. Al-Baqarah : 228 Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
HUKUM RUJUK 1.Wajib- Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteriisterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu. 2.Haram-Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut. 3.Makruh-Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk. 4.Harus-Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.
5.Sunat- Sekiranya mendatangkan kebaikan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SYARAT-SYARAT RUJUK Syarat-syarat bagi suami yang boleh merujuk : Berakal, Baligh, Dengan kemauan sendiri, Tidak murtad. Syarat-syarat isteri yang harus dirujuk: Sudah pernah bercampur Di talak tanpa bayaran (khulu’) Bukan talak tiga Bukan fasakh (bukan disebabkan pembatalan nikah)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK