TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Bahagian A Arahan: Jawab SEMUA soalan. Bulatkan jawapan yang betul. Pulangkan kertas soalan. (60 markah – setiap jawapan betul 2 markah).
1. Manakah kenyataan yang tidak tepat? a. Di kalangan masyarakat tradisional Asia Tenggara, tamadun India lebih jelas kelihatan dibandingkan dengan tamadun Asia Timur. b. Proses perkembangan tamadun di Asia Tenggara berlaku secara dua hala. c. Srivijaya adalah pusat perkembangan agama Islam pada abad ke 7, 8 dan 9. d. Sinkritisme merupakan penyatuan pengaruh agama-agama luar dengan kepercayaan tempatan.
2. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi membuktikan a. pengamalan agama Buddha aliran Therauada di Nusantara pada abad ke 7. b. penggunaan bahasa Melayu secara meluas sebagai bahasa pentadbiran dan komunikasi di Srivijaya. c. serangan besar-besaran dinasti Chola ke atas negeri di Sumatra dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1025. d. perpindahan pusat kerajaan Srivijaya dari Palembang ke Jambi.
3. Siapakah raja paling agung dalam sejarah kerajaan Funan? a. Bhagadatta b. Fan Hsun c. Ramadhipati 1 d. Jayavarman
1/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 4. Zaman penaklukan Majapahit diakhiri dengan penaklukan a. ke atas Sunda pada tahun 1351. b. ke atas Badander pada tahun 1309. c. ke atas Pulau-Pulau Maluku pada tahun 1364. d. ke atas Singosari pada tahun 1364.
5. Semangat nasionalisme Melayu berkembang secara nyata pada awal 1900. Puncak semangat ini ialah penyatuan dan penentangan mereka ialah terhadap gagasan ________________. a. Sistem Residen b. Malayan Union c. Negeri-Negeri Selat d. Persekutuan Tanah Melayu
6. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemakmuran dan kekuatan Empayar Melaka ialah I. Lokasinya yang sesuai terletak di antara pertemuan jalan laut antara India dan China. II. hakikat bahawa rajanya berasal dari keturunan Bukit Si Guntang dan Raja Iskandar Zulkarnain. III. pelabuhannya yang terlindung, bebas dari paya bakau dan cukup dalam untuk kapal-kapal berlabuh. IV. hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China di bawah dinasti Ming.
a. I, II dan III b. I, III dan IV c. II, III dan IV d. I, II dan IV
2/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 7. Temenggung adalah salah satu jawatan utama dalam kerajaan Melaka tradisional. Apakah tugasnya? a. Bertanggungjawab mengurus pedagang-pedagang asing. b. Bertanggungjawab mengawal hasil-hasil negeri. c. Bertanggungjawab mengetuai pentadbiran ketenteraan. d. Bertanggungjawab di atas keselamatan Melaka.
8. Semua negeri-negeri berikut merupakan jajahan takluk Kesultanan Melaka kecuali a. Kelantan b. Riau-Lingga c. Selangor d. Inderagiri
9. Pendapat ramai menyatakan bahawa penyebaran agama Islam di Melaka dilakukan oleh a. pengembang ajaran Sufisme b. pendakwah dari Acheh dan Sulawesi Selatan c. pedagang dari India melalui perdagangan d. ulama dari Turki dan Mogul India.
10. P’o-ni merupakan panggilan orang _________ bagi kerajaan Brunei abad ke 16. a. Yunan b. Belanda c. Cina d. Portugis
3/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 11. Manakah kenyataan yang benar tentang kerajaan Sulu? a. penguasaan Sepanyol di Sulu menandakan permulaan perselisihan rebutan kuasa di utara Kepulauan Filipina. b. Sejarah Brunei dan Borneo Utara abad ke 17 tidak bersangkutan dengan Sulu. c. Sulu pernah mengambil peluang memerdekakan diri dari kawalan Majapahit. d. Sulu pernah menjadi sebuah negeri naungan Brunei.
12. Ciri-ciri Imperialisme merangkumi perkara-perkara berikut I. perluasan empayar II. penguasaan rumpun bangsa ke atas bangsa yang lemah III. penguasaan politik kaum penjajah terhadap tanah jajahannya IV. perhubungan antara dua buah negara atas dasar keadilan dan kesama rataan. V. pertembungan dua kuasa besar di meja perundingan
a. I, II dan III b. III, IV dan V c. I dan IV d. II dan V
13. Urusan agama tidak patut dicampurkan adukkan dengan tugas-tugas kerajaan dan kehidupan seharian. Kenyataan ini merujuk kepada fahaman a. Kolonialisme b. Kapitalisme c. Facisme d. Sekularisme
4/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 14. Sistem ekonomi penjajah telah meninggalkan beberapa kesan. Salah satu kesannya ialah a. mendorong masyarakat Melayu mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain. b. mengubah dan menganggu sistem ekonomi tradisional. c. memperkuatkan kedudukan ekonomi pembesar-pembesar Melayu. d. memperkenalkan sistem barter bagi menggantikan sistem ekonomi wang.
15. Pengaruh tamadun Barat tidak seluruhnya menguasai kehidupan masyarakat Melayu tetapi a. terbatas kepada golongan cerdik pandai sahaja. b. terjadi dalam bidang politik sahaja. c. berlaku seiring dengan tamadun Islam. d. menguasai hanya golongan muda-mudi.
16. Isu-isu yang mencabar dalam negara berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia termasuklah I. proses globalisasi dan pemodenan dalam pembangunan negara. II. tuntutan-tuntutan kumpulan etnik yang berbeza. III. usaha pemodenan melalui sistem pendidikan dan sistem ekonomi. IV. sikap kurang mempercayai antara satu sama lain. V. masalah mewujudkan jati diri kebangsaan.
a. II, IV dan V b. III, IV dan V c. I, II dan III d. I dan V
5/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 17. Kebudayaan kebangsaan merangkumi ciri-ciri berikut kecuali a. berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini. b. Islam dijadikan terasnya. c. gabungan unsur-unsur budaya Melayu, Cina dan India secara seimbang. d. ciri kebangsaan mestilah ciri kemelayuan, tetapi tidak melarang penerimaan budaya-budaya lain.
18. Apakah yang dijadikan dasar utama bagi Rangka Jangka Panjang Pembangunan II (RJPP II) negara Malaysia? a. Wawasan 2020 b. Dasar Ekonomi Baru c. Dasar Pembangunan Nasional d. Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan
19. Pilih kenyataan yang tidak tepat. a. FELDA merupakan usaha memodenkan masyarakat Melayu luar bandar melalui pembangunan tanah. b. Institut Teknologi Mara (ITM) diwujudkan untuk membuka peluang pendidikan kepada semua kaum di Malaysia. c. Cabaran pertama Wawasan 2020 ialah mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. d. Di Malaysia sebahagian besar orang Melayu khususnya di luar bandar berada dalam putaran kemiskinan.
20. Siapakah yang mendefinisikan tamadun sebagai ’pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat’ ? a. D.G.E. Hall b. Aristotle c. Yusuf Qardawi d. Syed Naguib al-Attas
6/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 21. ......................... adalah salah satu peninggalan dari Tamadun Mesir (3100 SM – 1075 SM) di mana ia merupakan patung batu yang berbadan seperti singa dan berkepala seperti perempuan. a. Hammurabi b. Mahabrata c. Sphinx d. Gladiator
22. Apakah yang dilakukan oleh Buddha dalam usahanya untuk mencari sebab-sebab manusia menderita dan cara untuk hidup bahagia? a. Pergi ke gua untuk belajar ilmu kebatinan. b. Merantau ke seluruh benua Asia untuk bertemu dengan seluruh golongan manusia. c. Meninggalkan istana untuk menjadi seorang Sami. d. Menahan diri dari memakan benda-benda hidup kecuali sayur-sayuran sahaja.
23. Pernyataan-pernyataan berikut menggambarkan perkembangan Buddhisme di Malaysia
I. Sami-sami Buddha mempelajari ajaran Buddha dalam bahasa yang sama iaitu bahasa Pali. II. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina. III. Buddhisme mempunyai satu mazhab sahaja. IV. Orang
Singhala
merupakan
kumpulan
yang
paling
berjaya
memperkembangkan ajaran Buddha kepada orang Budhis berbilang kaum. V. Dua badan kebangsaan yang ditubuhkan dalam beberapa dekad yang lepas ialah Persatuan Budhis Malaysia dan Persatuan Belia Budhis Malaysia.
7/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA a. II, IV dan V b. II, III dan IV c. I, II dan III d. I, III dan V
24. Dalam adat istiadat pertabalan raja di Malaysia, penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai menunjukkan wujudnya pengaruh agama a. Islam b. Hindu c. Buddha d. Kristian
25. Dalam sistem perkahwinan dan kekeluargaan, Konfucianisme mengutamakan a. anak perempuan berbanding anak lelaki. b. keturunan klan bapa. c. amalan poligami. d. perkahwinan pasangan dari puak-puak asing.
26. Wayang kulit Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan cerita-ceritanya banyak bersumberkan a. sastera zaman Sangam. b. karya Bharata-Muni. c. drama Bhagavad Gita dan Pancatantra. d. epik Ramayana dan Mahabrata.
27. Lapan nilai-nilai murni – Ren, Shu, Chung, Li, Yi, Ming, Xiao dan Zhi merupakan etika Konfucius dalam buku a. Lun Yu b. Jen c. Lu d. Shih Ching
8/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
28. Bagaimanakah ilmu pengetahuan tentang agama Islam disebarkan dalam konteks perkembangan tamadun Malaysia? a. melalui madrasah sahaja. b. melalui istana dan pondok. c. melalui pondok masjid dan istana. d. melalui istana, madrasah, pondok dan masjid.
29. Tulisan Jawi ialah tulisan yang menerima pengaruh dari tulisan a. Parsi b. Arab c. Pali d. Sanskrit
30. Akidah dan syariah Islam berteraskan Konsep Tauhid. Tauhid bermaksud a. mengamalkan amalan yang baik. b. membantu golongan yang lemah. c. melaksanakan keadilan sesama manusia. d. mengesakan Allah S.W.T.
___________________________________000__________________________________
9/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Bahagian B Arahan: Jawab LIMA daripada lapan soalan. Gunakan ruangan kosong yang disediakan bagi menulis jawapan anda. (40 markah).
Soalan 1 Selain daripada raja/sultan, Kesultanan Melaka ditadbirkan oleh beberapa orang pembesar. Nyatakan pembesar-pembesar tersebut dengan tugas-tugasnya sekali. ( 8 markah ).
Soalan 2 Huraikan bagaimana penerimaan Islam membantu meningkatkan martabat Melaka pada abad ke 15 dan 16. ( 8 markah ).
Soalan 3 Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme? Jelaskan bagaimana fahaman ini melanda negara kita selepas kedatangan golongan penjajah. ( 8 markah ).
Soalan 4 Dua cabaran utama dalam pembinaan tamadun Malaysia ialah isu kewarganegaraan dan jati diri. Bagaimana kedua-dua isu ini cuba diatasi oleh pihak kerajaan Malaysia? ( 8 markah ).
Soalan 5 Huraikan empat cabaran Wawasan 2020. ( 8 markah ).
Soalan 6 Jelaskan Konfucius seperti yang terkandung dalam buku-buku Lima Klasik dan Empat Buku. ( 8 markah ).
Soalan 7
10/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Dalam ajaran Buddha terdapat Tiga Permata yang juga dikenali sebagai Triratana. Bincangkan. ( 8 markah ).
Soalan 8 Menurut Andaya, tidak mustahil pada satu masa nanti akan lahir apa yang dinamakan satu bangsa Malaysia yang baru. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada bangsa tersebut. ( 8 markah ).
__________________________________000___________________________________
11/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kelas:___________________ No.ID:__________________ No. Soalan:__________
12/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kelas:___________________ No.ID:__________________ No. Soalan:__________
13/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kelas:___________________ No.ID:__________________ No. Soalan:__________
14/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kelas:___________________ No.ID:__________________ No. Soalan:__________
15/16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Kelas:___________________ No.ID:__________________ No. Soalan:__________
16/16