CTU551
ACIS, UiTM
Maruwiah Ahmat
CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1
PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan konsep asas dan matlamat tamadun Islam • Menganalisis sifat-sifat tamadun Islam • Menjelaskan faktor kelahiran, perkembangan dan kecemerlangan tamadun Islam.
Maruwiah Ahmat
KANDUNGAN 2 TAMADUN ISLAM 2.1 Konsep Tamadun Islam 2.1 Asas dan Matlamat Tamadun Islam 2.3 Ciri-ciri Tamadun Islam 2.4 Sumber Tamadun Islam 2.5 Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam 2.6 Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia 2.7 Isu-isu dan cabaran semasa Tamadun Islam 2
1
CTU551
ACIS, UiTM
PENGENALAN KONSEP TAMADUN ISLAM
Profesor Syed Naquib Al-Attas Syed Qutb
Said Hawa Abu Bakar Hamzah 3
PENGENALAN • “Satu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”
Profesor Syed Naquib Al-Attas
• “Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam seluruh dimensi kehidupan mereka seperti dalam sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam.”
Syed Qutb 4
Maruwiah Ahmat
2
CTU551
ACIS, UiTM
TERMINOLOGI TAMADUN • “Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.”
Said Hawa
• “Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang bersifat bukan kebendaan ataupun sebaliknya.”
Abu Bakar Hamzah 5
ASAS TAMADUN ISLAM
6
Maruwiah Ahmat
3
CTU551
ACIS, UiTM
ASAS TAMADUN ISLAM Akidah • Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan/keimanan kepada Allah dan segala rukun iman, secara tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. Pegangan akidah yg kukuh akan dapat membebaskan diri manusia drp tunduk dan patuh kepada selain daripada Allah Taala. Ia merupakan falsafah sistem kehidupan dalam Islam dan menjadi asas kepada kelahiran tamadunnya . Akhlak • Akhlak dalam Islam bukan hanya teori, dan tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak ialah sikap rohaniah yg memuliakan tingkahlaku manusia terhadap Allah Taala, diri sendiri dan makhluk yang lain. Merupakan mekanisme yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang benar-benar bertamadun 7
ASAS TAMADUN ISLAM Ilmu • Menghayati budaya ilmu. Surah yang pertama juga adalah mengenai ilmu. Rasullah Saw amat menitikberatkan ilmu dalam kehidupan. Baginda pernah bersabda: Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang Islam. Syariah • Secara umum bermaksud undang-undang, aturan dan ketetapan Allah Taala. Ia diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dgn Penciptanya, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat nanti. Sebagai penunjuk jalan, penentu kaedah dan perlaksanaan tamadun Islam. 8
Maruwiah Ahmat
4
CTU551
ACIS, UiTM
(Proses)
(Output)
• Memantapkan akidah berasaskan tauhid & rukun iman- sebagai paksi utama yang membentuk pandangan alam(world view) hidup-sistem nilai dan sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan yang baik.
• Pemantapan akidah disusuli dengan amalan yang ritual dalam rukun Islam. Diamalkan secara bersepadu dan konsisten . Keyakinan yang utuh daripada rukun iman dijelmakan kepada amalan dalam rukun Islam.
• Akhirnya akhlak akan terhasil yang mana perlakuan baik secara mudah, istiqamah dan ikhlas kerana merasakan diri di bawah pengawasan Allah Taala.
Akhlak
(Input)
Syariah
Akidah
ASAS TAMADUN ISLAM
9
ASAS TAMADUN ISLAM Maksud ayat :
AKHLAK
SYARIAH
ILMU
AKIDAH
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad ) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan iaitu: kalimah yang baik sebagai sebatang pohon yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang kelangit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dgn izin Tuhannya… Surah Ibrahim : 24-26 10
Maruwiah Ahmat
5
CTU551
ACIS, UiTM
MATLAMAT TAMADUN ISLAM Menjaga hubungan manusia dengan al-Khaliq. • Melalui keimanan yang terkandung dalam konsep tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah. • Pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata. Menjaga hubungan baik sesama manusia. • Peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela. Menjaga hubungan antara makhluk dan alam. • Meliputi hubungan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan alam seluruhnya.
11
TUJUAN SYARIAH TAMADUN ISLAM Memilihara agama/akidah • Syariat Islam sangat tegas dalam mempertahankan akidah. • Mati syahid bagi yang mati mempertahankan agama. Menjaga nyawa. • Jiwa dan nyawa adalah milik mutlak Allah dan manusia hanyalah pemilik nisbi sahaja. • Mengharamkan kemajuan yang bertujuan membawa kemusnahan diri dan nyawa orang lain. Menjaga kewarasan akal. • Akal dapat menentukan hidup sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. • Diharamkan segala perbuatan yang merosakkan kewarasan akal. 12
Maruwiah Ahmat
6
CTU551
ACIS, UiTM
TUJUAN SYARIAH TAMADUN ISLAM Menjaga zuriat dan keturunan.
• Islam mengambil berat soal keturunan supaya taraf manusia tidak jatuh ke tahap haiwan. • Menjaga keturunan melalui institusi perkahwinan. • Mengharamkan pergaulan bebas dan perbuatan zina. Melindungi harta benda • Menjaga hak individu termasuk soal pemilikan harta benda. • Tidak boleh mengambil hak orang lain tanpa hak. • Umat Islam diwajibkan zakat untuk saling membantu. 28/2/2014
13
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Rabbani Wasatiah Universel
Ideal dan Realistik CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Syumul Tetap dan Anjal
14
Maruwiah Ahmat
7
CTU551
ACIS, UiTM
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Rabbani Berlandaskan
nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT .
15
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Keseimbangan • Keseimbangan
– Kesimbangan antara kerohanian dan kebendaan serta antara kepentingan individu dan masyarakat.
16
Maruwiah Ahmat
8
CTU551
ACIS, UiTM
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Universal
– Tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu. – Milik seluruh manusia yang berpegang kepada din alIslam.
17
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Ideal dan Realistik – Meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat dicapai. – Semua manusia sama taraf di sisi Allah kecuali tahap taqwa. – Semua ajaran Islam boleh dilaksanakan dalam kehidupan. Syumul - Ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan, agama yang diturunkan untuk seluruh manusia dan merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat. Tetap dan anjal – Tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
Maruwiah Ahmat
18
9
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBER TAMADUN ISLAM
Al-Qur’an
Sumber Sekunder/ Ijtihad
Al-Hadith
Tamadun Lain
19
SUMBER TAMADUN ISLAM • Mukjizat yg diturunkan Allah Taala melalui Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhamad SAW serta membacanya menjadi ibadah. Sumber utama ajaran Islam. Kandungannya merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, pengetahuan tentang alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Menurut kajian terdapat > 330 ayat drp 6600 ayat yg terdapat dalam alQuran yang menyentuh perundangan.
Al-Quran
• Segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi rasul. Firman Allah SWT bermaksud: Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang ditegahnya, maka tinggalkan ia… (al-Hasyr:7)
Al-Sunnah 20
Maruwiah Ahmat
10
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBER TAMADUN ISLAM • Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan tidak menolak segala kebaikan yang dihasilkan oleh tamaduntamadun lain. Kesan interaksi tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam. Contoh hasil interaksi dengan tamadun Parsi dan Byzantium masyarakat Islam telah mengubah suai berbagai bentuk organisasi kenegaraan dan ketenteraan.
Tamadun Lain
• Al-Ijtihad: Ijtihad (bahasa Arab )اجتهادialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau alSunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.
Sumber Sekunder 21
FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN ISLAM
22
Maruwiah Ahmat
11
CTU551
ACIS, UiTM
FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN ISLAM
Kemantapan iman.
Pemerintah yang bertakwa.
Keterbukaan kepada tamaduntamadun lain.
Kegiatan keilmuan yang meluas.
23
FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN ISLAM Pemerintahan yang lemah
Kegiatan keilmuan yang tidak berkembang
Penyelewengan dan keruntuhan akhlak
Bencana alam Peperangan
Ancaman unsur luar 24
Maruwiah Ahmat
12
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Zaman Awal Islam dan Kerajaan-kerajaan Selepasnya
Zaman Rasulullah SAW
•Mekah •Madinah
Zaman Khulafa’ alRasyidin
Zaman Kerajaan Bani Umayyah
Zaman Kerajaan Bani Abasiyyah
Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
•(661-750 M) •(750-950 M) •(1281-1924 M)
25
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Period Mekah (13 tahun) • Menekankan pembinaan akidah dan sahsiah • Kegiatan dakwah berlaku secara terhad • Hijrah ke madinah pada tahun 622m-peristiwa hijrah memberi kesan besar dalam dakwah dan peradaban islam.
Period Madinah (10 tahun) Pembinaan Negara • Membina institusi masjid • Persaudaraan kaum muhajirin dan ansar • Penggubalan sahifah madinah (47 fasal) • Pengembangan sektor ekonomi ummah • Pengembangan pendidikan: masjid dan suffah • Penyebaran dakwah secara intensif • Mewujudkan hubungan luar
26
Maruwiah Ahmat
13
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Khulafa al-Rasyidin
Abu Bakar alSiddiq RA (632 – 634 M)
Umar al-Khattab RA (634M – 644M)
Uthman al-Affan RA (644M – 656M)
Ali Abu Talib KW (656M – 661M)
Menjaga dan meneruskan warisan Rasulullah SAW (sunnah)- dari segi akidah, syariah, akhlak, undangundang, politik, ekonomi dan sosial. 27
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Zaman Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H/632M – 634M)
Zaman Umar al-Khattab (13H -23H/634M -644M)
• Mengasaskan institusi khilafah • Memerangi golongan murtad dan enggan membayar zakat • Mula mengumpulkan mashaf al-Quran • Meneruskan polisi pentadbiran zaman Rasulullah SAW: penghantaran tentera Islam ke Syria dipimpin oleh Usamah bin Zaid
• Transformasi dalam pentadbiran negara • Sistem pentadbiran – pengasingan kuasa: diwujudkan Diwan dan Wizarah • Sistem ekonomi – penubuhan Baitul Mal • Pentadbiran tanah – menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru • Penetapan taqwim Islam-berasaskan tahun hijrah • Menjadikan pengurusan Baitul Mal semakin lancar • Mewujudkan institusi ketenteraan • Memperluaskan kekuasaan politik Islam 28
Maruwiah Ahmat
14
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Zaman Uthman al-Affan RA (23H-35H/644M-656M)
• Membukukan kitab al-Quran dikenali Mashaf Uthmani disalin dan dikirimkan ke beberapa wilayah Islam • Menubuhkan armada laut • Memperluaskan wilayah Islam hingga ke Cyprus melampaui Sungai Jaihun (Amu Daria) dan wilayahwilayah Balkan • Menumpaskan gerakan pemberontakan wilayah yang telah ditakluki oleh Umar al-Khattab: Khurasan, Iskandariah dan Azerbaijan
Zaman Ali Abu Talib KW (35H-40H/656M-661M)
• Perluasan wilayah Islam • Memindahkan pusat pentadbiran dari Madinah ke Kufah • Bermulanya perang saudara dalam Islam - Peperangan Jamal dan Peperangan Siffin • Lahir banyak aliran teologi dan politik seperti Sunni, Syiah, Muktazilah dan Khawarij • Terjadinya Peperangan Jamal dan peristiwa Tahkim
29
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Kesimpulan Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin • Sistem pemerintahan Khulafa al-Rasyidin menitikberatkan: kesejahteraan agama, rakyat dan negara. • Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat. • Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah. • Berjuang mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata. • Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. • Pada akhir pemerintahan Khulafa al-Rasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki. 30
Maruwiah Ahmat
15
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 41H/661M hingga tahun 132H/750M Pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman 1) tahun 756M hingga 1031M dan berpusat di Cordova
Perkembangan tamadun Islam di zaman ini dibahagikan kepada tiga peringkat : Zaman Pengasasan dan Pengukuhan Kuasa • Dari Muawiyah bin Abu Sufian hingga Abdul Malik bin Marwan
Zaman Kemunduran dan Keruntuhan
Zaman Kegemilangan • Dari zaman al-Walid bin Abdul Malik hingga Yazid bin Abdul Malik
• Dari zaman Hisyam bin Abdul Malik hingga Marwan bin Muhammad
31
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Setiap wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor (amir) yang dilantik oleh khalifah. Melatih para pegawai menguasai Bahasa Arab. Orang bukan Arab mula mahir berbahasa Arab Pembangunan bandar- membina masjid, pasar, kemudahan jalan raya, perkuburan dan hammam (bilik mandi) Memperkenalkan pergunaan matawang dinar dan dirham Kecemerlangan tamadun Islam kerajaan Bani Umayyah:
Politik dan Pentadbiran
Kegiatan Intelektual
Perkembangan Seni bina
Penubuhan Tentera Laut
32
Maruwiah Ahmat
16
CTU551
ACIS, UiTM
Politik dan Pentadbiran
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
• Dibahagikan kepada lima wilayah (Iraq, Hijaz, al-Jazirah, Mesir dan Ifriqiyah) • Setiap wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor (amir) yang dilantik oleh khalifah. • Melatih para pegawai menguasai Bahasa Arab. Orang bukan Arab mula mahir berbahasa Arab • Pembangunan bandar- membina masjid, pasar, kemudahan jalan raya, perkuburan dan hammam (bilik mandi) • Sistem Kewangan - Mencipta mata wang khusus iaitu dinar dan dirham. 33
Kegiatan Intektual
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
• Bahasa Arab bahasa pemerintahan - muncul Sibawaih menyusun kitab tatabahasa Arab • Lahirnya ilmu hadis, fekah dan ilmu tauhid. Cth: Hasan al-Basri, al-Zuhri dll • Ilmu falsafah mula diperkenalkan dan berkembang di Damaskus, Kufah dan Basrah. • Menubuhkan institusi pendidikan dan kolej perubatan. 34
Maruwiah Ahmat
17
CTU551
ACIS, UiTM
• Pembinaan masjid yang cantik dan menarik contoh: Jami’ Umawi di Damsyik • Pembinaan istana yang cantik contoh: Istana alKhadra’ • Memperbesar dan memperindahkan masjid sedia ada contoh: Masjid al-Nabawi, Masjid alHaram dan lain-lain.
Penubuhan Tentera Laut
Perkembangan senibina
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
• Zaman Muawiyah bin Abu Sufian untuk mengimbangi tentera Rom • Menggerakkan projek pembinaan kapal tentera laut • Membaikpulih kapal yang rosak
35
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Diasaskan pada tahun 132H bersamaan 750M oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin al-Abbas Tempoh pemerintahan selama 524 tahun –seramai 37 orang khalifah, pusat pemerintahan di Baghdad.
Kerajaan Bani Umaiyah menekankan perluasan wilayah , sebaliknya Kerajaan Abbasiyah menekankan kepada perkembangan kebudayaan dan peradaban Islam. Zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun Berakhir pada tahun 1258 M dengan serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulagu Khan Kecemerlangan Tamadun Islam di Zaman Abbasiyah: Kemajuan Ilmu Pengetahuan
Politik & Pentadbiran
Pembinaan Bandar
Pembangunan Ekonomi 36
Maruwiah Ahmat
18
CTU551
ACIS, UiTM
Kemajuan Ilmu Pengetahuan
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
• Penubuhan Bait al-Hikmah –berfungsi sebagai perpustakaan, akedemi pendidikan, pusat penterjemahan, pusat penyelidikan. • Lahir ramai ulama dan cendekiawan Islam terkemuka . Contoh: Imam mazhab - Abu Hanifah, al-Kindi, alKhwarizmi dan lain-lain. • Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi • Contoh: Madrasatul Quran, Madrasatul Hadith, Institusi Nizamiyah dan lain-lain. • Lahirnya pelbagai bidang ilmu- perubatan, astronomi, matematik, fizik dan lain-lain 37
• Baghdad • Samarra’ • Al-Rusafah
Pembangunan Ekonomi
• Khilafah Islamiyyah • Penghapusan diskriminasi etnik • Penubuhan institusi alwizarah (kementerian)
Pembinaan Bandar
Politik dan pentadbiran
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
• Sektor perdagangan • Sektor pertanian • Sektor perindustrian
38
Maruwiah Ahmat
19
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Keadaan Politik Islam berkembang semula sekitar tahun 1500-1800 M. Tiga kerajaan terbesar iaitu: •Kerajaan Safawi di Parsi •Kerajaan Uthmaniah di Turki
Kerajaan Mughal di India
Antara ketiga-tiga di atas, Kerajaan Uthmaniyah adalah yang terbesar dan lama tempoh pemerintahannya. Diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah Memerintah selama 600 tahun bermula awal abad 14 dan berakhir awal pada 1924M Pusat pemerintahan di kota Istanbul, Turki Antara khalifah yang terkenal ialah Muhammad II al-Fatih yang berjaya menawan Constantinople - benteng terakhir Empayar Rom. 39
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Pentadbiran
Perundangan
• Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. • Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar • Pelindung Dua Bandar Suci. • Aspek ketenteraan lebih menonjol di zaman ini, antaranya pasukan Jundisary
• Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. • Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undangundang. • Mufti menjadi sumber rujukan terutama pada zaman kegemilangan Kerajaan Uthmaniyah. • Contoh: Kanun Sulaiman. 40
Maruwiah Ahmat
20
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Pendidikan
Bidang Sosial
• Rakyat diwajibkan mengikuti pendidikan & ketenteraan. • Perkembangan Ilmu pengetahuan, pendidikan, budaya, penerbitan, penterjemahan. • Pendidikan Sistem madrasah, sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan. • Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis seperti Mehmed alFanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi • Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.
• Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. • Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.
41
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Bidang Ekonomi • Jalinan Perdagangan Timur dan Barat/Dunia Islam dan bukan Islam. • Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan Mediterranean. • Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul. • Meluaskan Jaringan perdagangan
Bidang Senibina • Didirikan masjid, sekolah, hospital, gedung, makam, jambatan dan lain-lain. • Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru). • Senibina terkenal antaranya: Masjid Agung Sulaiman, Masjid Jamek Muhammad al-Fatih dan lain-lain
42
Maruwiah Ahmat
21
CTU551
ACIS, UiTM
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Masjid Sultan Sulaiman
Masjid Sultan Ahmad
Masjid al-Fatih 28/2/2014
43
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Rangsangan dari al-Quran dan al-Sunnah Penyerapan dan penyaringan tamadun ilmu dan falsafah asing ke dalam khazanah ilmu Islam Peranan dan naungan politik para khalifah, amir dan gabenor Polemik berkaitan agama dan falsafah yang mencetuskan budaya berfikir dan intelektual Pertembungan dan percampuran bangsa Arab dengan bangsa-bangsa lain yang melahirkan masyarakat bersifat majmuk dan antarabangsa. 44
Maruwiah Ahmat
22
CTU551
ACIS, UiTM
INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN BARAT
Interaksi tamadun Islam dan Barat berlaku melalui: • • • •
Perdagangan dan perniagaan Hubungan diplomatik Penaklukan dan ketenteraan Pertembungan kebudayaan & intelektual
Kesannya: • • • • • •
Perluasan wilayah Islam Penguasaan ekonomi Pengaruh cara hidup Pengaruh sistem pendidikan Dialog intelektual Peningkatan kegiatan penterjemahan
45
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Spiritual
Ekonomi
Intelektual
Senibina 46
Maruwiah Ahmat
23
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM SPIRITUAL
• Islam telah dapat mengubah masyarakat Jahiliyah kepada kehidupan bertamadun berlandaskan prinsipprinsip kemanusiaan yang digariskan dalam Islam. • Islam menolak perhambaan dan sistem kasta. • Islam telah mengubah masyarakat yang pagan, gasar dan aninisme kepada satu sistem peradaban yang teratur. • Islam telah diterima baik oleh masyarakat dunia disebabkan nilai-nilai universal, fleksibel, realistik dan sebagainya yang terkandung dalam ajaran Islam.
28/2/2014
47
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Pertumbuhan Penduduk Islam mencapai 2.9% setahun, dibandingkan pertumbuhan penduduk dunia hanya 2.3% setahun. • Ini menjadikan Islam sebagai agama dengan pertambahan pemeluk paling cepat di dunia. • Angka kelahiran tertinggi di dunia adalah negara yang majoriti penduduknya Muslim. • Pertambahan penduduk Muslim semakin berkembang ke Barat. • Islam kini menjadi agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian. 48
Maruwiah Ahmat
24
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Jumlah peratusan penduduk Islam pada 2012. 2.7%
Jumlah 0.5% Asia Pasifik
15.5%
Timur Tengah dan Afrika U Afrika Tengah
19.8%
61.7% Eropah Amerika
49
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
• Kegiatan intelektual berlaku dengan cemerlang pada abad pertengahan ketika Barat berada dalam Zaman Gelap. • Penterjemahan buku Arab ke bahasa latin dijalankan dengan giatnya. • Ilmu-ilmu yang disumbangkan oleh Islam ialah falsafah, astronomi, matematik, kimia, perubatan, geografi dan lain-lain lagi. • Islam juga mengadaptasi ilmu falsafah Greek untuk pembangunan intelek Islam. • Ilmu-ilmu sains Islam kini banyak diaplikasikan di seluruh dunia dalam pelbagai displin. 50
Maruwiah Ahmat
25
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM PERANAN ANDALUS PEMBUKAAN SICILY
KEGIATAN EKONOMI PENGALIRAN ILMU KE EROPAH
HUBUNGAN DIPLOMATIK
KEGIATAN PENTERJEMAHAN
PERANG SALIB 51
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun (711-1492M). Dalam tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau itu.
52
Maruwiah Ahmat
26
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknikteknik pertanian dan bahan produk-produk Islam.
53
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmuilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan pusat-pusat kegiatan terjemahan. • Antara tokoh terkenal dalam penterjemahan ialah Gerard dari Cremona, Michael Scotus, Alfonso X, Robert dari Chester, Stephen dari Sarragosa, Adelard dari Bath. 54
Maruwiah Ahmat
27
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Perang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara tidak lansung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Sekalipun dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam bidang-bidang keilmuannya. 55
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di Andalus. 56
Maruwiah Ahmat
28
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Pulau Sicily (Saqliyah) dibuka oleh orang Islam pada tahun 212M dari kekuasaan Rom. • Pemerintahan umat Islam berkuasa selama 220 tahun di Pulau Sicily. • Sebagai contoh di kota Parlemo terdapat sekolah perubatan pertama di Eropah dan dari sinilah ilmu perubatan berkembang ke Itali dan seterusnya ke seluruh Eropah.
ITALI
Laut Meditteranean
Sicily
57
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
Belgrade, kawasan Eropah ketika menjadi sebahagian daripada wilayah Uthmaniyah pada 1865.
Maruwiah Ahmat
58
29
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Masyarakat Medieval Bulgaria terutamanya di bandar Sofia, yang menjadi pusat pentadbiran Uthmaniyyah di Balkan juga dikenali sebagai Rumelia. 59
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Keadaan yang aman di wilayah islam Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam
Peranan yang dimainkan oleh pemerintah FAKTOR PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Peranan masyarakat umum
Pertembungan dengan budaya luar Peranan para sarjana 60
Maruwiah Ahmat
30
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Keadaan yang aman di wilayah Islam – Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan kebudayaan.
28/2/2014
61
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Cabaran intelektual dari mereka yang baharu memeluk Islam – Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmuilmu tersebut yang secara tidak langsung, perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan. 62
Maruwiah Ahmat
31
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Pertembungan dengan budaya luar: – Budaya luar yang wujud dalam lingkungan umat Islam merupakan satu cabaran bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan.
63
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Peranan Para Sarjana: – Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95 buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab. 64
Maruwiah Ahmat
32
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Peranan Masyarakat Umum: – Minat yang ditunjukkan oleh masyarakat umum juga telah menyemarakkan lagi kegiatan ilmu di Andalus. Bukti yang jelas ialah masyarakat umum telah menjadikan rumahrumah mereka sebagai tempat belajar bagi kanakkanak. 65
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Peranan yang dimainkan oleh pemerintah – Zaman kegemilangan ilmu Islam terutama ketika pemerintahan kerajaan Abbasiyah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu, antaranya pembangunan masjid yang disertai dengan sekolah dan perpustakaan. 66
Maruwiah Ahmat
33
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM EKONOMI Ekonomi • Mengasaskan satu bentuk ekonomi baharu yang dikenali sebagai ekonomi Mediterranean - sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan. • Islam mula menggunakan mata wang sejak zaman Bani Umayyah. • Mengeskploitasi sumber-sumber galian seperti perak dari wilayah-wilayah timur, emas dari Nubia dan Sudan, tembaga dari Isfahan, besi dari Parsi, Asia Tengah dan Sicilly. • Menggiatkan perdagangan antarabangsa dengan dibantu oleh pembinaan kapal. • Perkembangan institusi-institusi kewangan seperti bank, sistem cek dan surat-surat kredit. Pada kurun ke – 10 Masihi, terdapat bank-bank kerajaan di Baghdad yang diuruskan oleh orang Yahudi dan Kristian. 28/2/2014
67
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM SENI BINA • Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. • Seni bina Islam tidak khusus kepada satu-satu ciri sahaja, bahkan ia fleksibel dan terbuka. • Seni bina Islam menerima pengaruh Rom, Mesir, Parsi dan India. • Ciri-ciri seni bina Islam yang asli ialah adanya ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, dan menghubungkan dengan arah kiblat untuk menetapkan tempat. • Selain monumen diukir cantik, peralatan seperti pinggan mangkuk, kotak barang, cincin, jubah dan sebagainya turut dihias indah. Pengaruh corak /gaya timor (Moorish) dan memiliki ciri-ciri tersendiri dikenali sebagai Hispano-Mauresque. 28/2/2014
Maruwiah Ahmat
68
34
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
•
28/2/2014
Antara binaan konsep Islam di Nusantara.
69
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
•
Maruwiah Ahmat
Masjid Badshahi di Lahore dibina oleh Aurangzeb (Mongol) pada 1671. Ia menerima 70 pengaruh Rom dan India.
35
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan
• •
Jama Masjid, New Delhi merupakan masjid terbesar di Asia Pasifik (dari segi binaan). Meneriba pengaruh Rom yang diadaptasi oleh Mongol. Ia dibina oleh Shah Jahan 71 (Mongol) pada 1650M.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM •
Masjid di Mali dibina pada abad ke-13 (reka bentuk terkini dibina pada 1907)
72
Maruwiah Ahmat
36
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA • Meskipun Islam pernah mengalami zaman kegemilangannya sehingga abad ke-17 di Timur Tengah, Turki dan India, namun akhirnya kerajaan-kerjaan Islam mula lemah dan akhirnya berkubur. • Selepas mengalami era penjajahan seawal abad ke-15 hingga ke-20, kebanyakan negara-negara Islam terutama yang pernah dijajah tidak dapat bangun dengan pesat, masih ketinggalan di bidang ekonomi.
• Walau bagaimanapun pertambahan penduduk Islam di seluruh dunia terus meningkat meskipun mendapat tekanan daripada anti-Islam dengan melancarkan Islamphobia atau menggelar orang Islam sebagai terrorist. 28/2/2014
73
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Masalah Umat Islam Seluruh Dunia
Kesatuan Politik yang Rapuh
Kurang Peka terhadap Kehendak Semasa
Keadaan Ekonomi yang Lemah
Sejarah Penjajahan Barat
Agenda Musuh Islam
Musuh dalam Selimut
Hegemoni Barat
74
Maruwiah Ahmat
37
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA POLITIK
• Dikuasai oleh Barat
EKONOMI
• Ketinggalan/miskin
PENDIDIKAN • Kadar celik huruf rendah 75
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Politik • Selepas pembubaran Uthmaniyah, negara-negara umat Islam berpecah menjadi negara bangsa. • Banyak negara umat Islam dijajah dalam usaha imperialisme Barat yang telahpun bermula pada abad ke-15 M. • Umat Islam tiada suara dalam PBB meskipun mempunyai pakatan OIC. • Kuasa veto dalam PBB ialah AS, Perancis, Rusia, China dan UK. • Contoh: Umat Islam gagal mengawal tingkah laku Israel terhadap Palestin. 76
Maruwiah Ahmat
38
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA • Umat Islam menubuhkan OIC pada 25 Sept 1969 ketika Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi ketika serangan Zionis terhadap Masjid al-Aqsa memuncak. • Tujuan OIC untuk mempertahankan nasib umat Islam sedunia. • Fungsi lain OIC memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar bantuan perubatan ke Lubnan, Bosnia, Palestine, Afghanistan dlln. • OIC juga memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang miskin seperti Sudan, Nigeria dan Chad. • OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB). • OIC berpusat di Jeddah dengan 57 anggota dan 3 pemerhati. 77
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA
• Negara-negara OIC
Maruwiah Ahmat
Negara anggota Negara pemerhati Negara dihalang Negara digantung
78
39
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Ekonomi • Ekonomi umat Islam keseluruhan hanya mewakini 8.3% daripada KDNK dunia. • Umat Islam masih ketinggalan jauh dari segi ekonomi. Hanya lima buah negara Islam mempunyai KDNK perkapita melebihi RM35,000 (Qatar, UAE, Brunei, Kuwait dan Bahrain). • Negara2 Islam adalah dunia ketiga yang miskin dan mundur meskipun mempunyai sumber alam yang banyak. • Tiada negara-negara Islam yang diiktiraf oleh IMF sebagai negara maju meskipun UAE dan Qatar mempunyai kadar GDP yang tinggi. 79
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA • Sektor perbankan dunia dikuasai oleh Barat. • Sektor perbankan komersil lebih popular dari perbankan Islam. • Malah bank konvensional pula menubuhkan sistem-sistem yang digelar ‘Islamic’ untuk menarik umat Islam. • Bank-bank Islam masih lagi konservatif dan produk/perkhidmatan yang terhad berbanding bank konvensional. • Umat Islam tiada rangkaian perniagaan yang besar yang merangkumi seluruh dunia seperti AS dan Jepun. • Mekipun mempunyai kesatuan ekonomi seperti OIC, kebanyakan negara kaya tidak membantu negara miskin secara bersungguh-sungguh atau bersifat pentingkan kepentingan diri. 80
Maruwiah Ahmat
40
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Masalah yang Menimpa Negara Islam Gempa bumi, kemarau, banjir yang melampau • Indonesia, Pakistan, Bangladesh, dan negara2 Afrika – kemelut ekonomi; kebuluran, penyakit dan kemiskinan Penindasan, peperangan, perang saudara • Mesir, Iraq, Libya, Bosnia-Herzegovina, Afghanistan, Palestine dan Chechya – memerlukan perbelanjaan yg tinggi
Politik yang tidak stabil • Negara-negara di Afrika seperti Somalia, Sudan, Mali 81
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Pendidikan • Kadar buta huruf di negara-negara Islam masih lagi tinggi. • Berdasarkan kajian UNESCO 2008, kadar celik huruf di Asia Selatan dan Barat ialah 58.6%. • Negara-negara Afrika Tengah- 59.7%. • Negara-negara Arab – 62.7% • Paling rendah (di dunia)- Burkina Faso (12.8%), Niger (14.4%), dan Mali (19%). 82
Maruwiah Ahmat
41
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Kadar celik huruf negara Islam dan bukan Islam
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
Column1 celik huruf Buta huruf
negara negara Islam bukan Islam 83
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Kadar ilmuan bagi penduduk Islam di dunia dan dua negara bagi sejuta.
80 negara Islam
60
Amerika 40
Jepun
20
Jepun negara Islam
0 saintis juruteknik tamat u
84
Maruwiah Ahmat
42
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Kadar celik huruf negara-negara di dunia.
85
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Pertembungan Tamadun Islam dan Barat Positif – Perkongsian ilmu dan pendidikan – Penggunaan teknologi – Kegiatan perdagangan – Kesatuan politik (PBB dan badan-badan lain) – Pertukaran budaya dan pelancongan – Perkongsian kemahiran 28/2/2014
Maruwiah Ahmat
86
43
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Pertembungan Tamadun Islam dan Barat Negatif – Melahirkan kegiatan penjajahan dan peperangan. – Hegemoni Barat (bahasa, undang-undang, sistem politik, budaya dan pendidikan) – Pengamalan budaya yang bertentangan dengan Islam. – Mengangkat budaya Barat sebagai keutamaan. – Mewujudkan pelbagai fahaman negatif, antaranya ialah liberalisme. 28/2/2014
87
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA • Liberalisme merupakan fahaman kebebasan dengan mengutamanakan hak individu dalam segala keadaan dengan bebas tanpa tanggungjawab. • Sebaliknya ajaran Islam mengajarkan tentang semangat bertimbang rasa, mempunyai batasbatas tertentu. • Para pendukung liberalisme sering mengetengahkan isu hak peribadi seperti kebebasan bersuara, beragama, memilih cara hidup dan sebagainya walaupun bertentangan dengan Islam. • Liberalisme sebagai contoh telah mewujudkan perkahwinan sejenis, penukaran agama sewenang-wenangnya, tidak beretika dalam 28/2/2014 pakaian dsb.
Maruwiah Ahmat
88
44
CTU551
ACIS, UiTM
ISU-ISU DAN CABARAN SEMASA Fahaman-fahaman lain yang tidak selari dengan Islam Hedonisme
Kapitalisme
Komunisme
Marxisme
Sosialisme
Modenisme
Sekularisme 28/2/2014
89
KESIMPULAN • Tamadun Islam berkembang berasaskan keilmuan. • Kemajuan yang dicapai tamadun Islam membuktikan bahawa aspek politik, ekonomi dan sosial boleh dibangunkan serentak dengan perkembangan ilmu pengetahuan. • Tamadun Islam berada di kemuncak kecemerlangan dari abad ke 8 hingga abad ke 13M hasil penguasaan ilmu yang tinggi dan mendalam. • Kegemilangan tamadun Islam di Andalus boleh dijadikan pendorong kepada proses pembinan tamadun umat Islam kini. • Walau bagaimanapun disebabkan kelemahan umat Islam sendiri, tamadun Islam makin tercabar dan umat Islam dilanda kemiskinan dan kemunduran dalam pelbagai aspek. 90
Maruwiah Ahmat
45