CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 151: PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM
PENGENALAN 2
HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan Konsep Tamadun Islam dan Sumbangannya Kepada Tamadun Dunia • Menjelaskan Perkembangan dan Pengaruh Islam di Alam Melayu • Menghuraikan Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam Serta Cabaran yang Dihadapi oleh Umat Islam Kini
Maruwiah Ahmat
ISI KANDUNGAN: • 1. Persamaan nilai antara tamadun • 2. Interaksi antara tamadun • 3. Faktor interaksi antara tamadun
1
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PENDAHULUAN 3
DEFINISI NILAI:
PEMBAHAGIAN NILAI
Nilai universal = nilai yang sesuai dipraktikkan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja demi kesejahteraan ummah
Kebendaan
Nilai = darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.
Kerohanian
[email protected]
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 4
Nilai
Kepercayaan
Peranan
agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun.
Maruwiah Ahmat
2
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 5
Nilai Ekonomi dan Kebendaan Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 6
Maruwiah Ahmat
Nilai Kerja Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ia tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia. Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t. Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut: Dilakukan dengan niat kerana Allah Kerja yang menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
3
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 7
Nilai
Kemanusiaan
Nilai
kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbang rasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 8
Nilai
Keilmuan
Semua
tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan membina sesebuah tamadun. Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5). Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ‘ummah wasatan’ iaitu umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.
Maruwiah Ahmat
4
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 9
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 10
[email protected]
Maruwiah Ahmat
5
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 11
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 12
[email protected]
Maruwiah Ahmat
6
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 13
Nilai Akhlak Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain termasuk alam persekitaran.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 14
Nilai
Keadilan
Nilai
keadilan - mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat - menghadkan monopoli golongan kaya - meningkatkan pendapatan golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang perbezaan. Sejarah telah membuktikan antara sebab keruntuhan sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat.
Maruwiah Ahmat
7
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 15
Nilai Kekeluargaan Malik bin Nabi - membina sebuah tamadun, ia bermula dengan membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki. Menurut Konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masingmasing.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 16
Maruwiah Ahmat
Nilai Alam Sekitar Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarang kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power.
8
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN 17
Negara Maju
Negara Tidak Maju
Bandingkan dua keadaan.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN 18
INTERAKSI
Wujud Perkongsian semangat nilai, pemikiran Sifat sebenar toleransi yang institusi tinggi contoh sesebuah keinsanan dalam aspek tamadun yang adalah tidak fizikal, agama, melahirkan sains & tertutup kesan positif teknologi serta dan negatif budaya.
Alam Melayu – Wujud interaksi perdagangan, percambahan pakaian, pemikiran & makanan, seni, mengelakkan kebekuan bahasa dll cth Baba Nyonya,
[email protected]
Maruwiah Ahmat
9
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
INTERAKSI ANTARA TAMADUN 19
Interaksi fizikal.
Interaksi teologi atau agama.
Interaksi sains dan teknologi.
Interaksi budaya.
[email protected]
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 20
Maruwiah Ahmat
Terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu: Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan dsb.
10
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 21
Faktor Geografi Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk keperluan hidup. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di Lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris, tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran Selat Melaka.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 22
Kebiasaannya
kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.
[email protected]
Maruwiah Ahmat
11
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 23
Laluan perdagangan antara Benua Asia.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 24
Faktor
Perdagangan
Interaksi
antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan. Misalnya, hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.
Maruwiah Ahmat
12
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 25
Pelabuhan Canton yang dahulunya menjadi Masjid Huasishen adalah masjid pertama di
[email protected] persinggahan orang Arab di China. Guongzhou.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 26
Maruwiah Ahmat
Faktor Keagamaan Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama mendorong manusia - menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.
13
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 27
Ilustrasi Parsi menunjukkan orang Arab berguru dengan Socrates.
Gambar kulit buku menggambarkan saintis Islam mempelajari ilmu astronomi Ptolemy.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 28
Faktor
Pemerintah
Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Cina.
Namakan tamadun-tamadun asal yang diadaptasi oleh Islam untuk barang/perkara di atas.
Maruwiah Ahmat
14
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 29
Contohnya orang Arab mempelajari membuat kertas daripada orang Cina. Teknik pembuatan kertas tersebut jatuh ke tangan orang Arab pada masa Abbasiyah terutama setelah kalahnya pasukan Dinasti Tang dalam Pertempuran Sungai Talas pada tahun 751 M di mana para tawanan-tawanan perang mengajarkan cara pembuatan kertas kepada orang Arab sehingga pada zaman Abbasiyah, muncullah pusat-pusat industri kertas baik di Baghdad mahupun Samarkand dan kota-kota industri lainnya.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI 30
Faktor
Maruwiah Ahmat
Penghalang Interaksi
Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah: Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan tamadun lain. Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain. Tiada sikap toleransi atau tolak ansur dalam kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini menyebabkan masingmasing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama. Penggunaan bahasa yang berbeza. Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun-menurun.
15
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
KESAN INTERAKSI 31
Pengiktirafan hak untuk beragama & hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka Sumbangan masyarakat bukan Islam dalam bidang ilmu seperti tokoh Yahudi & Nasrani Perkembangan teknologi Perkahwinan campur Muncul tokoh-tokoh & cendekiawan Islam Muncul kerajaan Islam Memperkayakan
[email protected]
K E S A N P O S I T I F
kebudayaan & perbendaharaan Islam
KESAN INTERAKSI 32
Berlaku pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai di Eropah
Zaman pertengahan pemerintahan Kristian Eropah melancarkan peperangan ke atas orang Islam kerana faktor teknologi, ekonomi & sosial
Kemasukan Buddha, mendapat tentangan Konfusianisme semasa Dinasti Han Timur
Wujud iri hati kepada tamadun Islam semasa Dinasti Han di China, atas kemajuan ekonomi umat Islam di China tahun 876M
K E S A N N E G A T I F
[email protected]
Maruwiah Ahmat
16
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
23/06/2013
KESIMPULAN 33
Maruwiah Ahmat
Tamadun sepatutnya saling lengkap melengkapi dengan terbinanya interaksi positif kerana hidup ini merupakan perkongsian antara sesama manusia. Walau bagaimanapun tamadun yang benar-benar syumul ialah tamadun Islam yang menitikberatkan kemajuan duniawi dan ukhrawi. Tamadun Islam merangkumi semua bidang kehidupan dan merupakan tamadun yang praktikal dan universal.
17