TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA
TOPIK PERBINCANGAN….
3.1 Pengenalan
3.2 Konsep Melayu
3.3 Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu
3.6 Pencapaian Dalam Pelbagai Bidang
3.5 Pandangan Semesta Tamadun Melayu
3.4 Asas-asas Tamadun Melayu
Kata Kunci : Alam Melayu, Orang Melayu, Kebudayaan Melayu, Tamadun Melayu, Agama Islam, Kesultanan Melayu.
Hasil Pembelajaran: Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu; Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia; dan Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia.
1.
2.
3.
4
5
PENGENALAN
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi.
Dua perkara penting yang mewarnai tamadun Melayu : 1) Bahasa Melayu, 2) Agama Islam
KONSEP MELAYU Ras
Kebudayaan
MELAYU
Bahasa
7
MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1. 2. 3.
Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai: secara lazimnya berbahasa Melayu, secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam. Takrif tersebut berkaitan kaedah menentukan warganegara Persekutuan Tanah Melayu semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kemerdekaan. Manakala Kaum Bumiputera pula merangkumi kumpulan pelbagai etnik asal yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Penguasaan Laluan Perdagangan
Penguasaan Teknologi Pertanian Kemunculan Pusat-pusat Kerajaan Melayu
SEJARAH TAMADUN MELAYU
Sejarah kemunculan Tamadun Melayu Pembentukan Empayar Melayu 2 Empayar Melayu yang berpengaruh: Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya Pembentukan kerajaan dan empayar bercirikan pengaruh
Pembentukan Tamadun Melayu Era sebelum kedatangan Islam Pengaruh Hinddu-Buddha Persaingan dan penguasaan laluan perdagangan. Kesenian dan binaan Monumen keagamaan seperti Candi Lembah Bujang Angkor Wat Candi Borobodur
Candi Lembah Bujang
Angkor Wat
TEORI KEDATANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
TANAH ARAB
ISLAM DI ALAM MELAYU
CHINA
INDIA
Pembentukan Tamadun Melayu Era selepas kedatangan Islam Pengaruh Islam Kerajaan Islam - Kesultanan Melayu Melaka Achah,Pasai,Patani, Johor-Riau-Lingga Pusat Keintelaktualan dan Persuratan Istana dan Masjid – pusat pengembangan ilmu dan agama. Pembentuk sistem Perundangan – Hukum kanun Melaka dan Undang2 Laut Melaka
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG • Organisasi Ketenteraan • Perubatan • Persuratan Melayu • Kesenian • Sains dan Teknologi Melayu
15
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN MELAYU
6 Dasar Pandangan Semesta Tamadun Melayu: Allah sebagai Pencipta Islam sebagai al-Din
Ganjaran kebaikan dan balasan kejahatan Niat dan matlamat Kesempurnaan Iman Bersederhana dalam kehidupan
11 Nilai Asas Pandangan Semesta Tamadun Melayu
Akidah Islam
Ketaatan kepada Sultan dan menghormati pemimpin
Berpegang teguh kepada adat resam
Memuliakan ibubapa dan orangorang yang lebih tua
Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim
Saling menghormati
Meraikan tetamu
Bertimbang rasa
Bersopan santun dan berbudi bahasa
Bermesyuarah atau bermaufakat
Bergotong-royong
KESINAMBUNGAN DALAM.. TAMADUN MALAYSIA…
ASPIRASI RUKUN NEGARA
BUDAYA ILMU DAN GAGASAN 1MALAYSIA
KESIMPULAN
Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, Malaysia diharapkan terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan sendiri menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban Tamadun Melayu yang mampu berasimilasi dengan kepelbagaian unsur dipersekitarannya. Namun tidak dapat dinafikan, usaha yang berterusan untuk memupuk dan mengekalkan persefahaman dan perpaduan melalui sikap positif dan terbuka dalam kalangan seluruh warga Malaysia perlu menjadi misi kebangsaan. Adalah menjadi keutamaan setiap rakyat Malaysia untuk mengenali budaya bangsa dan sejarah ketamadunan mereka.