CTU551
ACIS, UiTM
Maruwiah Ahmat
CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
1
PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN • Mampu menghuraikan sumbangan Tamadun India kepada peradaban dunia. • Mampu mengenal pasti aspek Tamadun India dalam tamadun Melayu. • Mengenal pasti aspek-aspek persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam pelbagai tamadun terutama India.
Maruwiah Ahmat
KANDUNGAN BAB 4 TAMADUN INDIA 4.1 Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun India 4.1 Masyarakat dan Budaya dalam Tamadun India 4.3 Kepercayaan dan Nilainilai Murni dalam Tamadun India 4.4 Pencapaian dalam Pelbagai Bidang 4.5 Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevensinya di Malaysia
2
1
CTU551
ACIS, UiTM
PENGENALAN • Tamadun India atau dikenali sebagai Tamadun Indus berlaku di benua kecil India yang kini dikenali sebagai India dan Pakistan. • Zaman tamadun India kuno banyak berlaku di sekitar Sungai Indus yang sebahagian besar adalah kawasan Pakistan moden. • Pada zaman pertengahan, kemuncak tamadun India berlaku di kawasan utara dan tengah India terutama sekali zaman pemerintahan kesultanan Mongol. • Tamadun India telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun dunia. 3
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA
4
Maruwiah Ahmat
2
CTU551
ACIS, UiTM
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA
Zaman Moden Zaman Pertengahan Zaman Awal
5
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA ZAMAN AWAL Zaman Pra-sejarah (100 000 S.M-1000S.M)
Zaman Proto-Sejarah (3000 S.M-1500 S.M) Tamadun Lembah Indus (penemuan di kawasan Mohenjodaro dan Harappa)
Zaman Sejarah Awal (1500 S.M) Zaman Vedik
Empayar Maurya
Empayar Gupta (Utara India) - keemasan
Zaman Sangam (Selatan India) - sastera 6
Maruwiah Ahmat
3
CTU551
ACIS, UiTM
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA TAMADUN LEMBAH INDUS (3000 SM-1500 SM) • Pencapaian Tamadun Lembah Indus : • Mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. • Mahir dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. • Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama. • Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 SM yang dengan itu muncul peradaban baru di barat laut India.
7
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA ZAMAN VEDIK (1500-500 SM) • Sejarah Zaman Vedik : • Penghijrahan masuk bangsa Aryan. • Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan budaya Indo-Aryan. • Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda. • Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual.
8
Maruwiah Ahmat
4
CTU551
ACIS, UiTM
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA ZAMAN MAURYA(321-185 SM) • Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar. • Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan (Buddha dan Jainism). • Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha. • Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi. 9
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA
ZAMAN GUPTA (300-600 SM) • Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan. • Chandragupta I, Samudragupta, dan Chandragupta II merupakan raja-raja yang terkenal dalam dinasti Gupta. • Banyak rekaan dan temuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, logik, matematik, astronomi. • Perkembangan dalam kesenian, kesusasteraan Hindu, dialektik dan agama serta falsafah. • Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.
10
Maruwiah Ahmat
5
CTU551
ACIS, UiTM
Shakuntala • Dalam agama Hindu Shakuntala adalah isteri Dushyanta dan ibu kepada Maharaja Bharata. • Ceritanya diceritakan dalam Mahabharata dan dibesarkan oleh Kalidasa dalam dramanya Abhijñānaśākuntala (Sign of Shakuntala).
11
Kama Sutra • Kama Sutra adalah teks India Hindu purba secara meluas dianggap sebagai tingkah laku seksual manusia dalam kesusasteraan Sanskrit yang ditulis oleh Vātsyāyana. • Ia adalah sebahagian besarnya dalam bentuk prosa, dengan banyak dimasukkan ayat-ayat puisi. • ‘Kama’ merupakan salah satu daripada empat matlamat hidup Hindu, bermakna dan ‘Sutra’ bermaksud benang atau talian yang memegang sesuatu bersama-sama. 12
Maruwiah Ahmat
6
CTU551
ACIS, UiTM
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA ZAMAN PERTENGAHAN ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M) • Sejarah Zaman Muslim bermula bila Islam meletakkan batu asasnya yang pertama pada abad ke 8 melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya menguasai wilayah Sind pada 706 Masihi/ 87 Hijrah. • Peringkat awal kedatangan Islam adalah dalam bentuk hubungan perdagangan yang turut membabitkan penyebaran Islam secara tidak langsung. • Pada peringkat kedua, kedatangan Islam adalah dalam bentuk penaklukan yang dilakukan oleh orang Islam yang berbangsa Turki, Afghan dan Mongol. 13
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA ZAMAN MODEN Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis (1498-1510), Belanda (1602), Perancis (1664).
Penaklukan British bermula 1750.
British bahagikan India kepada 3:
Bengal (timur)
Bombay (barat)
Madras (selatan). 14
Maruwiah Ahmat
7
CTU551
ACIS, UiTM
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA Perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial & agama, amalan & adat yang tidak sesuai ditentang & memperbaiki kedudukan wanita.
Membentuk pentadbiran moden dan dasar perdagangan yang menguntungkan Inggeris.
British takluk kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya, berlaku pemberontakan sosial pada 1857.
MERDEKA: 15 Ogos 1947- India dibahagi dua: India untuk Hindu dan Pakistan (14 Ogos) untuk Muslim. 15
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA Senario wilayah Islam di India selepas kemerdekaan: Pakistan dibahagikan kepada dua wilayah iaitu: • Pakistan Timur • Pakistan Barat
Tahun 1971 – berlaku peperangan antara Pakistan Timur & Barat
Terbentuklah dua buah negara yang merdeka & terpisah: Pakistan Timur - ditukar nama kepada Bangladesh
Pakistan Barat – menjadi Pakistan 16
Maruwiah Ahmat
8
CTU551
ACIS, UiTM
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA MASYARAKAT INDIA • Masyarakat Aryan telah berpindah ke India setelah kejatuhan Tamadun Lembah Indus. • Masyarakat Aryan berasal dari Asia Tengah (seperti Iraq & Iran – Tamadun Mesopotamia). • Tamadun awal dari Asia Tengah mempunyai hubungan dengan ajaran nabi-nabi. • Penghijrahan ini menyebabkan terbentuknya peradaban baru iaitu Indo-Aryan • Pembahagian masyarakat mengikut wilayah : • Indo-Aryan – India utara • Dravida – India selatan • Gurkha, Buthiya & Khasi – Gunung Himalaya • Mundas, Bhil & Khol – merupakan masyarakat asli
17
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA Budaya Hidup
Sistem Kasta
Peringkat Kehidupan
Objektif Kehidupan
Kedudukan Wanita
18
Maruwiah Ahmat
9
CTU551
ACIS, UiTM
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEHIDUPAN BERKASTA
• Terdapat empat kasta utama : • Brahmin : golongan intelek, ahli agama (mengendalikan kuil) • Ksatriya : pemerintah, pentadbir, tentera (pertahankan negara) • Vaisya : Pedagang, peniaga (menjana kekayaan) • Sudra : buruh, petani • Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra merupakan masyarakat tempatan. • Sekatan: • Sudra dilarang belajar Veda. • Tidak boleh tukar kasta (tiada mobiliti sosial). • Tidak digalakkan kahwin campur. 19
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA
KEHIDUPAN BERKASTA • Falsafah : • Menjana kebahagiaan masyarakat, • Setiap golongan masyarakat memainkan peranan masing-masing. • Kegagalan mana-mana golongan menggambarkan kelemahan masyarakat dan negara. 20
Maruwiah Ahmat
10
CTU551
ACIS, UiTM
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA ASHRAMA DHARMA (EMPAT PERINGKAT KEHIDUPAN) Brahmacarya
Grhastra
Vanaprahasta
Sannayasa
Zaman kanakkanak, remaja dan belia. Peringkat mempelajari ilmu pengetahuan.
Berumah tangga dan bekerja.
Bertapa & bebaskan diri dari duniawi.
Sebar ilmu kepada masyarakat.
21
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA PURUSHARTA (EMPAT OBJEKTIF KEHIDUPAN) Dharma / Aram
Porul / Artha
Inbam / Kama
Kepatuhan kepada moral dan kerohanian Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual.
Bekerja untuk kekayaan dan berasaskan dharma. Biayai golongan memerlukan seperti sannayasa.
Cinta dan kasih sayang serta kepuasan nikmati harta benda. Gunakan untuk kebaikan.
Vidu / Mokhsa Kesempurnaa n rohani hasil bebas diri dari duniawi.
22
Maruwiah Ahmat
11
CTU551
ACIS, UiTM
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA KEDUDUKAN WANITA • Masyarakat Indo-Aryan : • Zaman Veda Awal (1500 – 1000SM) - memberi kedudukan yang sama seperti lelaki • Zaman Veda Akhir (1000-500SM) – wanita dihadkan kepada aktiviti rumahtangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan • Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami – adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami • Masyarakat Dravida : • Mengamalkan perkara yang sama dengan dengan masyarakat IndoAryan • Zaman Islam • Islam mengangkat martabat wanita 23
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA AGAMA DAN KEPERCAYAAN Hinduisme
Jainisme
Buddhisme
Sikhisme
Maruwiah Ahmat
24
12
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Sejarah awal kemunculan agama ini sukar ditentukan kerana dianggap kepercayaan turun temurun serta tiada pengasas. Bukti awal pengamalan agama ini ditemui dalam masyarakat Tamadun Lembah Indus - penemuan patung-patung dewi. Asalnya dipanggil Sanata Dharma (prinsip kerohanian yang kekal abadi). Perkataan Hindu – digunakan orang Parsi. Konsep ketuhanannya TRIMUTRI: • Dewa Brahman - Dewa Pencipta • Dewa Vishnu - Dewa Pelindung • Dewa Shiva - Dewa Pemusnah.
25
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA HINDU Omkara. Aksara suci bagi umat Hindu yang melambangkan “Brahman" atau "Tuhan Sang Pencipta". Kitab-kitab suci veda: • Rig Veda • Sama Veda • Yajur Veda • Atharva Veda
Kitab-kitab tambahan : • Brahmanas • Upanishad • Upa Purana • Bhagavad Gita
26
Maruwiah Ahmat
13
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA KONSEP UTAMA
Brahman
Atman
Karma
Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segalagalanya (roh duniawi).
Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserapkan ke dalam roh duniawi.
Perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang.
Samsara
Mokhsha
Lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman.
Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai mokhsha. 27
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA BUDDHA Pengasasnya Siddharta Gautama Buddha.
Buddha lahir di Lumbini, India. Beliau adalah anak pemerintah suku Sakya di Kapilavastu (di kawasan Nepal pada masa kini). Buddha: menandakan seseorang manusia itu telah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna. Tidak mengajar hal-hal ketuhanan /metafizik. Ajarannya berbentuk psikologi & etika yang berhubung rapat dengan kehidupan. KITAB : TRIPITAKA : Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, Abidhamma Pittaka. 28
Maruwiah Ahmat
14
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA 4 Kebenaran Mulia dalam ajaraan Buddha: • • • •
DUKKA : Penderitaan & kesengsaraan. SAMUDAYA : Punca/sebab penderitaan . NIRADHA : Memadam api keinginan seperti cinta, nafsu, gila kekayaan dll. MARGA : Jalan/cara memadamkan api keinginan iaitu melalui 8 jalan betul.
AHIMSA : Menolak penyeksaan serta pembunuhan. Walaupun untuk mengisi perut, seseorang itu tidak boleh membunuh binatang dan segala makhluk yang bernyawa. Ia melahirkan golongan vegetarian.
Buddha turut menerima Konsep Karma.
29
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Kefahaman Benar Kesedaran Benar
Jalan 8 Lapis Fikiran Benar
Konsentrasi Benar
Ucapan Benar
Samandhi: Latihan Mental Usaha Benar
Tindakan Benar Hidup Benar
Panna: Kebijaksanaan Sila: Moral 30
Maruwiah Ahmat
15
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA JAINISME Pengasasnya : Mahavira, nama sebenarnya Vardhamana Kitab: Ganipitaka Tidak mengakui kewujudan tuhan tapi terima konsep karma dan samsara Sebab dan akibat menentukan kelahiran semula rohroh individu. 31
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Ajarannya terbentuk daripada 9 prinsip (nava tattva): • Jiwa/Jiva : roh terdapat dalam semua benda yang bernyawa. • Ajiva: benda yang tidak bernyawa seperti air,kayu, batu dll. • Punya karma: pahala/hasil perbuatan baik. • Pava : dosa, hasil perbuatan, fikiran, pertuturan jahat. • Asrava: daya penarik/jalan dari mana jiwa dikotorkan dgn dosa. • Bandha: ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan. • Samvara: mengelak diri/daya tahan diri dpd aliran masuk dosa. • Nirjava: penghapusan karma. • Siddhi: pelepasan dari kelahiran semula.
32
Maruwiah Ahmat
16
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA SIKHISME Muncul lewat abad ke 15 dan tertumpu di wilayah Punjab. Diasaskan oleh Kabir, usahanya diteruskan oleh Guru Nanak. Tuhan dipanggil dengan pelbagai nama seperti Rama dan Hari. Kitab : Granth Sahib (Kitab Tuhan) Mengambil elemen Islam dan Hindu. Antara elemen Islam: Penggunaan patung diharamkan, Menekankan penyembahan tuhan dan penghapusan kasta
Antara elemen Hindu: Menerima idea kelahiran semula 33
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Terdapat 10 Guru yang berperanan dalam perkembangan agama ini. Guru Govind Singh asaskan Khalsa/kumpulan pahlawan yang amalkan 5k: • Kos - rambut panjang • Kangha – sikat • Krpan/khanda – pedang • Kachcha - seluar pendek • Kara - gelang)
34
Maruwiah Ahmat
17
CTU551
ACIS, UiTM
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Nilai dan etika utama Sikhisme: • Karma • Kesempurnaan rohani
Karma • Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang. • Roh adalah elemen yang kekal abadi tapi terikat dengan perbuatan terdahulu yang akan menentukan kelahiran semula roh. • Kepercayaan kepada doktrin ini akan menggalakkan seseorang melakukan amalan baik. 35
KEPERCAYAAN DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA Kesempurnaan Rohani • Jalan untuk capai kesempurnaan rohani ialah melalui yoga. Yoga ialah penyatuan dengan tuhan melalui latihan rohani & jasmani: • Karma Yoga : Asingkan diri atau buat kebajikan kepada masyarakat, tidak pentingkan diri sendiri & hidup sederhana. • Bhakti Yoga : Buat kebaikan & kebajikan sebanyak mungkin untuk dekatkan diri kepada tuhan. • Jnana Yoga : Gunakan ilmu pengetahuan & kebijaksanaan dengan cara amalkan tatatertib keagamaan yang sangat ketat di samping tanamkan sifat mulia seperti sabar & menahan nafsu. 36
Maruwiah Ahmat
18
CTU551
ACIS, UiTM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
Bidang Sains •Matematik •Astronomi Bidang •Kalendar Pendidikan •Fizik •Kimia •Logam •Perubatan
Bidang Kesenian •Muzik •Tarian •Drama •Lukisan
Bidang Bahasa dan Kesusasteraan
Bidang Seni Bina
37
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA BIDANG PENDIDIKAN Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab Veda Penubuhan universiti Zaman Islam: berkembang pesat – semua golongan • Bertambah pusat pendidikan Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang 38
Maruwiah Ahmat
19
CTU551
ACIS, UiTM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
Matematik • Sistem angka sifar (dikenali juga sebagai sunya) • Algebra • Sistem perpuluhan • Trigonometri • Geometri (menjadi asas dalam senibina
Kalendar • Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kelendar matahari 39
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Astronomi • Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. • Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Fizik • Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. • Dunia mempunyai 5 elemen asas: • Bumi • Api • Udara • Air • Gelombang 40
Maruwiah Ahmat
20
CTU551
ACIS, UiTM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Kimia • Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. • Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah.
Logam • Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. 41
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Perubatan • Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. • Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang, telah wujud sebelum tahun Masihi. • Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen
42
Maruwiah Ahmat
21
CTU551
ACIS, UiTM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA BIDANG KESENIAN Muzik • 4 kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan • India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka
Tarian • Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.
Drama • Antara yang terkenal drama Sakuntala
Lukisan • Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil • Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata 43
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA Bahasa • Lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan • Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dll • Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dll. • Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dll • Bahasa Urdu • Bahasa Inggeris
Kesusasteraan • Kesusasteraan Indo-Arya • Kesusasteraan Vedik • Kesusasteraan Epik, dll 44
Maruwiah Ahmat
22
CTU551
ACIS, UiTM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA BIDANG SENI BINA Merangkup binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju.
Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang 45
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
Senibina Taj Mahal di Agra Dibina zaman Shah Jahan
Agra Fort, India
46
Maruwiah Ahmat
23
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Keagamaan
Politik & pemerintahan Sosial Ekonomi
Sumbangan Intelektual Senibina Bahasa & kesusasteraan Kesenian
47
SUMBANGAN TAMADUN INDIA KEAGAMAAN Kedatangan • 650M; Penaklukan Balucistan, 712M; Penaklukan Sind • Abad 16 Masihi penaklukan hampir seluruh India oleh kerajaan Mughal Keagamaan • Ajaran akidah keimanan - 150 juta penduduk India menganut agama Islam • Ajaran tentang kebersihan - penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian daripada ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana. 48
Maruwiah Ahmat
24
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA BIDANG POLITIK Dinasti Subaktigin (1004-1186M)
Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175-1290M) Dinasti Khilji (1290M-1320M)
Dinasti Tughluq (1320M-1412M) Dinasti Sayid (1412M-1450M
Dinasti Lodi (1451M-1526M) Dinasti Babur/Mughal (1526M-1858M) Sultan Bahadur Shah II 49
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Subaktigin (1004-1186M) • Kerajaan Islam Pertama di India • Zaman kemuncak di bawah Sultan Mahmud al-Ghaznawi • Pemerintah Abbasiyah telah menggelarkannya ‘Yaminud Daulah’ • Sumbangannya: • Menguasai sebuah wilayah yang luas di India. • Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya di bahagian utara India 50
Maruwiah Ahmat
25
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Kerajaan Ghuri (1168-1206M) • Diasaskan oleh Alaudin Hussien al-Ghuri. • Sumbangannya: • Menyatukan masyarakat India di bawah kekuasaan Islam. • Memberi kebebasan beragama kepada rakyat. • Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. • Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan. 51
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Kerajaan Khilji (1290-1316M) • Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan. • Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol. • Sumbangannya: • Menetapkan harga barang, reformasi kutipan cukai, gandum dihantar dan disimpan di Delhi. • Membangunkan tanah terbiar. • Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki serta meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka. 52
Maruwiah Ahmat
26
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Kerajaan Tughluq (1316-1398M) • Diasaskan oleh Ghiyatuddin Tughluq • Sumbangannya: • Mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah. • Mengadakan perubahan dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Parsi namun gagal kerana wujudnya wang palsu. • Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327M
Sultan Muhammad Tughluq menerima mengadap Ibn Battutah 53
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Kerajaan Mughal/Mongol (1526-1858M) • Pimpinan bangsa Mongol • Diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur, keturunan Mongol (1482-1530M) • Disebut juga dengan nama kerajaan Babur (nama pengasas) dan Mughal atau Mogul’ • Mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. • Agama rakyat Mughal ialah Islam
54
Maruwiah Ahmat
27
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA
Pemerintah Mughal
Zahiruddin Muhammad Babur (1526-1530M) Humayun (1530-1556M) Akbar (1556-1605M) Jahangir (1605-1627M)
Shah Jahan (1628-1658M) Aurangzeb (1659-1707) 55
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Zahiruddin Babur (1494-1530M) • Sejarah kedatangan Mughal di India bermula dengan kejatuhan Tughluq. • Sumbangannya: • Menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah. • Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526M serta mengalahkan orang-orang Rajput dan Afghan.
56
Maruwiah Ahmat
28
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Humayun (1530-1556M) • Mewarisi pemerintahan ayahnya Babur. Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi. • Sumbangannya: • Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi. • Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi. • Sikap toleransi terhadap mazhab lain. 57
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Akbar (1556-1605) • Tokoh yang kontroversi, mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun. • Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik. • Sumbangannya: • Penaklukan: Dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu. • Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India. • Sistem Pentadbiran: Bercorak autokrasi – dibantu oleh pentadbir-pentadbir yang cekap dari berbilang kaum.
58
Maruwiah Ahmat
29
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA • Asas agama baru : – Din ilahi – hancurkan ajaran Islam asal – Penganut disebut Chela – Ajaran halalkan yang haram dan haramkan yang halal – Asas ajaran din ilahi: • Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah. • Semua agama mempunyai prinsip yang baik & menghormati penyembahan api (Zoroaster). • Menterjemahkan kitab Injil dan menghormati konsep trinity serta melarang penyembelihan lembu (Hindu). • Judi dan arak dihalalkan, poligami diharamkan serta ulama diperlekehkan. 59
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Jahangir (1605-1627M) • Mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas • Sumbangannya: • Menghapuskan pemberontakan anaknya Khusrav. • Menghapuskan pemberontakan Sher Afghan. • Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan. 60
Maruwiah Ahmat
30
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Shah Jahan (1628-1658M) • Zaman keemasan bagi kerajaan Mughal di India. • Sumbangannya: • Tiada ancaman luar yang serius & dapat menyusun tentera yang setia. • Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah. • Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Taj Mahal & Masjid Mutiara. • Menggalakkan kegiatan kesusasteraan. 61
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Aurangzeb (1659-1707) • Putera kepada Shah Jahan, seorang pemerintah yang soleh. • Sumbangannya: • Berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah & mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India. • Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dll. • Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid. 62
Maruwiah Ahmat
31
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA KESIMPULAN Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam menjalankan pemerintahan Islam di India ialah: • Dinasti Subaktigin (1004-1186M) • Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175-1290M) • Dinasti Babur/Mughal (1526M-1858M) Wujudkan jabatan khas untuk mengawal & membangunkan masjid seperti yang dilakukan oleh Aurangzeb.
63
SUMBANGAN TAMADUN INDIA • Dasar terbuka dalam pelantikan pegawai kerajaan – Islam telah dianuti oleh lebih kurang 150 juta penduduk India selama hampir 800 tahun sehingga jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1857. – Selepas kejatuhan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh. – Kemasukan Islam telah membangunkan negara India ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan teratur.
64
Maruwiah Ahmat
32
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA BIDANG SOSIAL Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah (sudra) - Islam telah mengangkat harga diri. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam diberi hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya, wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee) Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain. Islam mengiktiraf perkahwinan merentas kasta. Islam memberikan hak kaum Hindu dalam beragama. Islam menghapuskan sistem perhambaan (tahrir al-raqabah). 65
SUMBANGAN TAMADUN INDIA BIDANG EKONOMI Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera.
Mendirikan tempat tumpuan eknomi seperti kilang-kilang Hubungan dagang berkembang – eksport & import dengan Asia Barat, Eropah, Asia Tenggara dan China terutamanya semasa Mughal Eskport hasil tenun ke Eropah, Afrika, Arab dan Asia Tenggara – di zaman Mughal Memajukan pertanian dengan membina empangan yang besar seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan, pemerintah Mughal 66
Maruwiah Ahmat
33
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Jalaluddin Khilji, pemerintah kerajaan Khilji dan Ghiyatuddin dari kerajaan Tughluq telah melakukan beberapa perkara iaitu: • Menetapkan harga barang • Reformasi kutipan cukai • Gandum dihantar dan disimpan di Delhi • Membangunkan tanah terbiar / reformasi tanah • Mengadakan dasar kewangan – mengambil sistem kewangan China & Parsi
Memperkenalkan sistem zakat, jizyah, kharaj . 67
SUMBANGAN TAMADUN INDIA BIDANG INTELEKTUAL Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India yang sebelum ini jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur. Lahir ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa contohnya: • Imam Ahmad bin Abdul Rahim / Syah Waliyullah al-Dahlawi - bidang ilmu hadis
Pembinaan institusi intelektual: • Madrasah /Sekolah • Kolej / Universiti • Hospital • Masjid
Pendidikan dijalankan secara formal dan informal .Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah 68
Maruwiah Ahmat
34
CTU551
ACIS, UiTM
Universiri Nalanda dibina pada abad ke-5 M.
69
SUMBANGAN TAMADUN INDIA Perkembangan bidang astronomi • Peminjaman terma astronomi Parsi • Pengiraan longitud & latitud bumi • Pengiraan kalendar
Aktiviti penterjemahan
Muncul gerakan Islam
• Penterjemahan karya Hindu ke bahasa Parsi seperti Mahabrata dan Ramayana • Terjemah karya Parsi ke bahasa Hindi • Pesat di zaman Akbar
• Dua gerakan Islam yang sangat ketara di peringkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘Jamaah Islamiah’ dan ‘Gerakan Tabligh’. • Gerakan yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini
70
Maruwiah Ahmat
35
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Muncul satu bahasa baharu iaitu bahasa Urdu yang merupakan campuran beberapa bahasa iaitu: • Arab • Parsi • Turki
Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah, kesusasteraan (seperti zaman Shah Jahan, Moghul) Kesusasteraan Parsi dan India berkembang semasa pemerintahan Moghul 71
SUMBANGAN TAMADUN INDIA SENI BINA Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi Parsi Islam – di zaman Moghul Senibina yang mempunyai mutu yang tinggi seperti : • Binaan masjid • Masjid Mutiara – binaan berlapis mutiara dibina semasa Shah Jahan • Masjid Raya Delhi – oleh Shah Jahan • Binaan makam • Taj Mahal di Agra – binaan makam – oleh Shah Jahan • Binaan istana • Istana Fatehpur Sikri – dibina semasa Akbar • Istana di Lahore – semasa Shah Jahan 72
Maruwiah Ahmat
36
CTU551
ACIS, UiTM
SUMBANGAN TAMADUN INDIA KESENIAN/HIBURAN
Wujud pengaruh Parsi: • Alat muzik sitar - gabungan vinai India selatan dan tanbura Parsi • Tarian kathak menggunakan pakaian Parsi dengan tema Hindu • Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi • Parsi Islam – zaman Mughal
73
74
Maruwiah Ahmat
37
CTU551
ACIS, UiTM
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN
Pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara; • Meliputi Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Bengal, China, Kalimantan dan Sumatera. Faktor Perkembangan di Asia Tenggara; • • • • •
Keinginan mencari kekayaan : Asia & Rom Penyebaran agama Buddha & Brahmanisme Penaklukan empayar ; Saleindra di Sumatra & Kedah. Aktiviti Pelayaran ; Kisah Pedangan Sanudasa Aktiviti Perdagangan ; di Takuapa, Labu Tuwa & Sumatera. 75
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN
Bentuk Hubungannya di Asia Tenggara; • Hubungan melalui jalan laut ; pelayaran puteraputera diraja India. • Perkahwinan dengan rakyat tempatan • Jajahan takluk yang dikuasai; Rajendra Chola kuasai Kedah & Sumatera. • Pelayaran & perdagangan; Pelabuhan Tamralipti, Podouke, Bhrgukaccha dan Supara.
76
Maruwiah Ahmat
38
CTU551
ACIS, UiTM
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN
Kesan Perkembangan di Asia Tenggara Agama
• Penyebaran agama Hindu & Buddha yang berasal dari India ; kuil, candi, di Bali, Lembah Bujang & Sumatera
Budaya
• Pengaruh budaya & tradisi Melayu; “Seri Paduka Baginda”, warna kuning, upacara kematian.
Kesenian Bahasa
• Elemen spiritual Hindu; wayang kulit, tarian kuda kepang, seni ukir, seni bina, seni petahankan diri.
• Pengaruh Hindu dalam Bahasa Sanskrit; budi, budaya, warna dan pengaruh epik Ramayana & Mahabratha, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama.
77
KESIMPULAN • Tamadun India bermula dengan peradaban Mahenjo-Daro & Harappa, diikuti kedatangan Islam, kemudiannya Barat. • Unsur kepercayaan Tamadun India berpusat pada karya Veda dan mazmur-mazmur, penggabungan unsur-unsur alam semula jadi. • Cabaran kontemporari dalam Tamadun India berpaksikan nasionalisme dan pemodenan oleh Barat yang memberikan pengaruh dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. • Tamadun India antara tamadun manusia yang terhebat yang memberi impak kepada Tamadun dunia. 78
Maruwiah Ahmat
39