CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembejaran
Maruwiah Ahmat
Menjelaskan tamadun Islam kontemporari
Kandungan
3.3 Tamadun Islam Kontemporari
1
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
PENDAHULUAN 3
Tamadun Islam Zaman Kontemporari Islam di Seluruh Dunia 2. Islam di Timur (China) 3. Islam di Eropah Masalah Umat Islam Semasa 1.
4.
1. ISLAM DI SELURUH DUNIA 4
Maruwiah Ahmat
Perkembangan Islam yang amat pantas di seluruh dunia amatlah membimbangkan masyarakat Eropah yang majoritinya Kristian. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyekat pengaruh agama ini termasuk melalui usaha missionari, peperangan, dan Islamphobia. Islam terus berkembang dan peningkatannya tidak pernah merosot malah mendadak naik terutama sekali selepas kejatuhan Uthmaniyah.
2
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Demografi Dunia Islam 5
Selama 20 tahun terakhir, jumlah orang Islam telah meningkat secara perlahan. Angka statistik 1973 menunjukkan bahawa penduduk Muslim dunia adalah 500 juta. Kini angka ini mencecah 1.60 bilion. Ia adalah merangkumi 23.4% daripada penduduk dunia (2010).
Statistik Berdasarkan Kawasan 6
Jumlah peratusan penduduk Islam pada 2010. Jumlah Asia Pasifik
Timur Tengah dan Afrika U Afrika Tengah Eropah Amerika
Maruwiah Ahmat
3
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Taburan Penduduk Islam- Majoriti 7
Taburan Penduduk Islam – negara majoriti
Taburan Penduduk Islam- Seluruh Dunia 8
Maruwiah Ahmat
Taburan Penduduk Islam – seluruh dunia
4
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Islam Agama yang Benar 9
Firman Allah SWT yang bermaksud: Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepada-Nya dengan rela hati dan terpaksa. Dan Kepada-Nyalah mereka dikembalikan. (Ali Imran: 83) Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali Imran: 19)
Pertumbuhan UthmaniyahPenduduk – senaraiIslam khalifah 10
Maruwiah Ahmat
Pertumbuhan Penduduk Islam mencapai 2.9% setahun, dibandingkan pertumbuhan penduduk dunia hanya 2.3% setahun. Ini menjadikan Islam sebagai agama dengan pertambahan pemeluk paling cepat di dunia. Angka kelahiran tertinggi di dunia adalah negara yang majoriti penduduknya Muslim. Pertambahan penduduk Muslim semakin berkembang ke Barat.
5
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Islam selepas Kejatuhan Baghdad 11
Meskipun pusat kekhalifahan di Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol pada pertengahan abad ke13, dengan takdir Allah askar Mongol sendiri berbondong-bondong memeluk Islam dan menyebarkan agama Islam di Rusia, Kaukasus dan Laut Kaspia. Genghis Khan sendiri menegakkan Kesultanan Mongol di India dari abad ke-16 hingga abad ke-19.
Islam selepas Kejatuhan Baghdad 12
Maruwiah Ahmat
Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 % daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian.
Di negara Mongolia juga Islam merupakan agama kedua terbesar selepas Buddha dengan jumlah 3%.
6
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Islam selepas Kejatuhan Granada 13
Selepas umat Islam diusir dari Sepanyol pada akhir abad ke-15 (1492), umat Islam yang telah berjaya menakluki Constantinople telah bersinar megah dan berjaya menyebarkan Islam di Semenanjung Balkan.
Islam terus bersinar di Balkan di mana penduduk Bosnia-Herzegovina kekal Islam hingga kini (Bosnia45%, Crotia-1.3%, Serbia2.9%)
Perkembangan Tiga Agama Samawi 14
Kajian Worldwide Church of God (badan misionari Kristian berpusat di California)
Yahudi meningkat 4% Kristian meningkat 47% Islam meningkat 235%
(statistik 1934-1984)
Maruwiah Ahmat
7
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Kekuatan Umat Islam 15
Menurut Lothrop Stoddard (Universiti Harvard):
“Kekuatan dakwah Islam sungguh luar biasa, dan daya ikatannya terhadap pemeluk-pemeluknya lebih hebat lagi. Sepanjang sejarah tidak pernah ada satu contoh pun di mana dalam suatu masyarakat apabila sekali menjadi muslim, mereka tidak akan meninggalkan agama ini. Mereka mungkin pernah dimusnahkan, tetapi pemusnahan bukanlah suatu penamat…..”
Kekuatan Umat Islam 16
Menurut Dr. John L. Esposito (ed. The Oxford History of Islam): Meskipun Islam adalah agama termuda di antara agama besar dunia. Islam merupakan agama kedua terbesar dan paling cepat pertumbuhannya di dunia. Perbicaraan tentang dunia Islam hari ini merujuk bukan hanya kepada negara-negara yang terbentang dari Afrika Utara ke Asia Tenggara tetapi juga kepada komuniti Muslim yang ada di seluruh pelusuk bumi.
Maruwiah Ahmat
8
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Jumlah Umat Islam – Januari 2002 17
• Islam sebagai agama paling banyak penganutnya. • Asia (1068 mil – kira-kira 72 %) dan Afrika (422 juta iaitu 47%). • Agama kedua terbesar- 50 juta orang • 16 juta di Rusia, 21 juta di Eropah T, 13 juta di Eropah B (terutama Perancis, Jerman dan Inggeris). • Sekitar 8 juta orang • 6 juta di AS, 600k di Kanada, 200k di Mexico dan 1 juta di AS selatan.
• Sekitar 500k hingga 1 juta orang.
Pertambahan Umat Islam 18
Monsignor Vittorio Formenti (Vatican City): Umat Islam berjumlah 19.2% dari penduduk dunia berbanding 17.4% Katolik (bukan semua mazhab Kristian). Jumlah umat Islam seperempat dari jumlah penduduk dunia. Asia -20%, Eropah – 5% (38 juta orang), Amerika -3 juta orang (Data pada 2008)
Maruwiah Ahmat
9
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Statistik Penduduk Islam Terbesar 19
Negara penduduk Islam terbesar di dunia – Indonesia (203 juta orang) – 13% jumlah penduduk Islam dunia. Negara Islam terbesar kedua – Pakistan (174 juta orang) India (161 juta orang), Bangladesh (145 juta), Iran (74 juta) dan Turki (73 juta) Telah merangkumi 85% dari jumlah penduduk Islam di Asia dan 53% dari jumlah penduduk Islam dunia.
20
Maruwiah Ahmat
Masjid Istiqlal Jakarta adalah masjid terbesar di Asia Tenggara, boleh memuatkan lebih 100,000 orang jemaah. Masjid Agung Demak (terawal dalam sejarah yg masih boleh dilihat).
10
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
21
Masjid Badshahi di Lahore dibina oleh Aurangzeb (Mongol) pada 1671, boleh memuatkan lebih 100,000 orang jemaah termasuk di dataran dan koridor.
22
Maruwiah Ahmat
Jama Masjid, New Delhi merupakan masjid terbesar di Asia Pasifik (dari segi binaan) yang boleh memuatkan jemaah seramai 25,000 di bahagian dalam, dan lebih 50,000 org di luar. Dibina oleh Shah Jahan (Mongol) pada 1650M.
11
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Statistik Penduduk Islam – Afrika 23
24
Maruwiah Ahmat
Masjid di Mali dibina pada abad ke-13 (reka bentuk terkini dibina pada 1907)
12
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
2. ISLAM DI CHINA 25
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah Uthman bin al-Affan pada 651 M, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abi Waqqas bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Dinasti Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap ‘hui hui’ atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
2. ISLAM DI CHINA 26
Maruwiah Ahmat
13
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
2. ISLAM DI CHINA 27
Masjid Huaisheng telah dibina oleh Saad bin Abi Waqas pada 650an.
2. ISLAM DI CHINA 28
Maruwiah Ahmat
Masjid Xi’an merupakan masjid tertua di China masih dalam bentuk asal. Dibina oleh Dinasti tang pada 742 M.
14
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
2. ISLAM DI CHINA 29
Hubungan Arab dan China
• Pada abad ke-6 dan ke-7, pernah berlaku pertukaran barang dagangan antara pedagang China dan Arab di pelabuhan India dan Hikayat Ceylon (Sri Lanka).
Dinasti Tang
• Wujud hubungan perdagangan antara China dan Arab di Siraf, Teluk Parsi. • Orang China sering mendengar agama baharu di Madinah yang pesat berkembang.
• Nabi pernah mengutus Urwah bin Abi Uththan, al-Qais bin al-Harith, dan Saad bin Abi Qais ke China untuk mengembangkan Islam. Dakwah
2. ISLAM DI CHINA 30
Statistik penduduk Islam di China
Penduduk Islam di China kini kira-kira 20-30 juta orang (1-2%)
Wilayah majoriti Muslim ialah Yunnan, Gansu, Hubel, Qinghai dan Xinjiang.
Jumlah sebenar sukar diketahui.
Nota: Malaysia hanya mempunyai 16 juta orang penduduk beragama Islam.
Maruwiah Ahmat
15
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
2. ISLAM DI CHINA 31
Terdapat kira-kira 40,000 buah masjid di China. China menjadi negara Asia Timur yang pertama menerima Islam dengan 500 tahun lebih awal dari Tanah Melayu. Orang China turut menyumbang menyebarkan Islam di Tanah Melayu. Pengaruh budaya China mempengaruhi binaan masjid di Tanah Melayu (Malaysia) seperti masjid-masjid di Melaka dan masjid Beijing di Kelantan.
Contoh masjid yang menerima pengaruh China di Melaka. 32
Maruwiah Ahmat
16
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 33
Awal Islam mula bertapak di Eropah semasa Zaman Bani Umayyah menguasai Andalus dan Sicily pada 732 M.
Perkembangan Muhammad al-Fatih kemudiannya menguasai Constantinople pada 1453 M.
Perluasan wilayah Perluasan wilayah Uthmaniyah telah menjadikan Islam tersebar sehingga Semenanjung Balkan.
3. ISLAM DI EROPAH 34
Maruwiah Ahmat
Di Eropah, banyak negara di sana mencatatkan Islam sebagai agama paling besar selepas agama Kristian, termasuklah di Itali, Sweden, Perancis dan Jerman. Sementara itu, di sebelah timur Eropah terutamanya Bosnia, Albania, Republik Macedonia, Bulgaria dan Ukraine, komuniti-komuniti penduduk Islam berkulit putih sudah wujud sejak berkurun-kurun lamanya dan selepas mendapat tentangan semasa zaman komunisme, sekarang sudah kembali aktif dalam menghidupkan semula Islam.
17
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 35
Peratusan penduduk Islam Eropah.
<1% (Armenia, Belarus, Republik Czech, Estonia, Finland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Malta, Moldova, Monaco, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Slovakia, Ukraine) 1%-2% (Andorra, Croatia) 2%-4% (Itali, Luxembourg, Norway, Serbia, Slovenia, Sepanyol) 4%-5% (Denmark, Greece, Liechtenstein, United Kingdom)
5%-10% (Austria, Belgium, Bulgaria, Perancis, German, Belanda, Sweden, Switzerland) 10%-20% (Georgia, Montenegro, Rusia) 20%-30% (Cyprus) 30%-40% (Macedonia) 40%-50% (Bosnia-Herzegovina) 80%-90% (Albania) 90%-95% (Kosovo) 95%-100% (Turki, Azerbaijan)
3. ISLAM DI EROPAH 36
Sebuah masjid di BosniaHerzegovina
Maruwiah Ahmat
18
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 37
Belgrade, kawasan Eropah ketika menjadi sebahagian daripada wilayah Uthmaniyah pada 1865.
3. ISLAM DI EROPAH 38
Sebuah masjid di Paris. Dibina pada 1922.
Maruwiah Ahmat
19
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 39
Sebab Orang Eropah berminat dengan Islam: Eropah dilanda Zaman Kelam sebelum tiba Zaman Pembaharuan. Tempoh zaman ini selama 600 tahun, dan bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Rom dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada abad ke-15 M. ‘Gelap’ juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Keadaan ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama. Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengawasi pemikiran masyarakat serta juga politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan.
3. ISLAM DI EROPAH 40
Maruwiah Ahmat
Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikawal ketat. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh. Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasakuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan ada kalanya terjadi semacam kerjasama. Thomas Aquinas (m 1274) seorang ahli falfasah zaman ini mengeluarkan teori ‘negara wajib tunduk kepada kehendak gereja’.
20
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 41
Golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap pengawasan gereja tersebut. Pada abad ke-12, gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah. Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antioch dan Baghdad. Perbincangan akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etika, politik, fizik dan lain-lain dibahas secara terbuka dan ilmiah.
3. ISLAM DI EROPAH 42
Era Perkembangan Eropah
Zaman Tamadun Greek dan Rom
Maruwiah Ahmat
Zaman Gelap
Perang Salib
• Zaman kegemilangan sains dan falsafah Yunani, seni Rom
• Islam mula dibawa oleh Nabi Muhammad dan dikembangkan hingga Andalusia
• Pertembungan antara Islam dan Kristian
Zaman Rennaisance
Zaman Perindustrian
• Islam mula lemah dan berpecah (Uthmaniyah)
• Uthmaniyah berkubur dan negara-negara Islam berpecah
21
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 43
Masyarakat Medieval Bulgaria terutamanya di bandar Sofia, yang menjadi pusat pentadbiran Uthmaniyyah di Balkan juga dikenali sebagai Rumelia.
3. ISLAM DI EROPAH 44
Faktor-faktor kejayaan penyebaran Islam ke Eropah zaman Uthmaniyah: 1. Tentera Islam mempunyai semangat ‘Ghazi’ yang sanggup mati syahid di medan perang. 2. Kelebihan tentera Janissari yang telah dididik sejak kecil. 3. Kejayaan pembuatan meriam dan alatan senjata moden membantu menguatkan empayar. 4. Kejayaan ahli jurutera Islam yang telah mampu membina kapal menguatkan armada laut.
Maruwiah Ahmat
22
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 45
Umat Islam sudah menguasai bidang astronomi, geografi dan boleh membina kapal.
3. ISLAM DI EROPAH 46
5. Ketidakstabilan kerajaan Byzantine membuka ruang penyebaran Islam di Eropah Timur. 6. Masalah dalaman gereja seperti penyalahgunaan kuasa, perbalahan pemimpin tertinggi gereja dan kurang dana untuk aktiviti keagamaan menyebabkan ramai penganut Kristian tertarik dengan Islam. 7. Kerajaan Uthmaniyah tidak pernah campur tangan dengan urusan gereja malah melindungi hak gereja dan memberi kebebasan menjalankan aktiviti keagamaan Kristian.
Maruwiah Ahmat
23
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 47
8. Kerajaan Uthmaniyah bersifat toleransi dan diplomasi dengan penduduk pelbagai agama dan budaya menyebabkan penduduk Eropah tertarik dengan Islam, mereka tidak pernah dipaksa. 9. Ajaran Islam mengukur keupayaan individu berdasarkan kebolehan personal dan bukannya keturunan. 10. Kerajaan Uthmaniyah menyediakan kemudahan prasarana untuk rakyat mempercepatkan penyebaran Islam di Eropah.
3. ISLAM DI EROPAH 48
11. Setelah Balkan dikuasai oleh TU, maka ramai orang Turki berhijrah dan menetap di sana menyebabkan penyebaran Islam semakin pantas 12. Kawasan tumpuan migrasi ialah Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria dan Albania. 13. Kawasan lain yang menjadi kawasan tumpuan Islam ialah Montenegro, Macedonia Barat-Laut dan Crete.
Maruwiah Ahmat
24
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 49
Masjid terbesar di Eropah terletak di Rom, Itali. Memuatkan jemaah seramai 12,000 orang.
3. ISLAM DI EROPAH 50
Faktor mempercepatkan penyebaran Islam di Eropah: 1. Penterjemahan karya-karya Yunani ke dalam Bahasa Arab oleh orang Islam diambil oleh orang Eropah untuk diterjemahkan ke dalam bhsa mereka. 2. Kerajaan Islam menyediakan perpustakaan2 awam yang besar yang boleh dirujuk oleh orang Eropah sama ada di Andalus atau mana-mana kwsn lain. 3. Galakan dari kerajaan Islam menjemput pelajar Eropah Kristian belajar di negara Islam. 4. Kejayaan cendikiawan Islam termasuk para saintis menyebabkan hasil kerja mereka menjadi rujukan orang Eropah Kristian hingga kini.
Maruwiah Ahmat
25
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
3. ISLAM DI EROPAH 51
Senario semasa Islam di Eropah: 1. Pelbagai usaha Barat memberikan imej yang buruk kepada Islam: menghina Nabi Muhammad, Islam agama terrorist, mewujudkan Islamphobia, dan menyekat amalan Islam – untuk menyekat agama ini dari berkembang. 2. Penganut Islam terus meningkat di Eropah terutama selepas pengeboman WTC pada 11 September 2001. 3. Sekurang-kurangnya 20,000 org AS sendiri memeluk Islam sejak itu setiap tahun (6.5 juta org- CNN).
3. ISLAM DI EROPAH 52
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan, kamu akan lihat manusia masuk agama Allah berbondongbondong.
Maruwiah Ahmat
26
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 53
POLITIK
• Dikuasai oleh Barat
EKONOMI
• Ketinggalan/miskin
PENDIDIKAN • Kadar celik huruf rendah
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 54
Politik Selepas pembubaran Uthmaniyah, negara-negara umat Islam berpecah menjadi negara bangsa. Banyak negara umat Islam dijajah dalam usaha imperialisme Barat yang telahpun bermula pada abad ke-15 M. Umat Islam tiada suara dalam PBB. Kuasa veto dalam PBB ialah AS, Perancis, Rusia, China dan UK. Contoh: Umat Islam gagal mengawal tingkah laku Israel terhadap Palestin.
Maruwiah Ahmat
27
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 55
Umat Islam menubuhkan OIC pada 25 Sept 1969 ketika Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi ketika serangan Zionis terhadap Masjid al-Aqsa memuncak. Tujuan OIC untuk mempertahankan nasib umat Islam sedunia. Fungsi lain OIC memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar bantuan perubatan ke Lubnan, Bosnia, Palestine, Afghanistan dlln. OIC juga memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang miskin seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB). OIC berpusat di Jeddah dengan 57 anggota dan 3 pemerhati.
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 56
Maruwiah Ahmat
Negara-negara OIC
Negara anggota Negara pemerhati Negara dihalang Negara digantung
28
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 57
Ekonomi Umat Islam masih ketinggalan jauh dari segi ekonomi. Negara2 Islam adalah dunia ketiga yang miskin dan mundur meskipun mempunyai sumber alam yang banyak. Tiada negara-negara Islam yang diiktiraf oleh IMF sebagai negara maju meskipun UAE dan Qatar mempunyai kadar GDP yang tinggi. Manakala Malaysia, Arab Saudi, Turki dan Brunei masih dianggap negara membangun berdasarkan GDP.
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 58
Gempa bumi, kemarau, banjir yang melampau • Indonesia, Pakistan, Bangladeh, dan negara2 Afrika – kemelut ekonomi; kebuluran, penyakit dan kemiskinan Penindasan, peperangan, perang saudara • Mesir, Iraq, Libya, Bosnia-Herzegovina, Afghanistan, Palestine dan Chechya – memerlukan perbelanjaan yg tinggi Politik yang tidak stabil • Negara-negara di Afrika seperti Somalia, Sudan, Mali
Maruwiah Ahmat
29
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 59
Rasulullah SAW bersabda: Kefakiran
menggalakkan kekufuran. 99% daripada sumber ekonomi itu adalah perniagaan.
Oleh itu Islam amat menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan bagi mengelak dari kemiskinan. Kemiskinan boleh membawa mala petaka kepada ekonomi, sosial dan hatta politik. Kekayaan boleh membawa kepada kejayaan pendidikan kerana untuk mendapatkan pendidikan memerlukan suatu kos.
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 60
Pendidikan Kadar buta huruf di negara-negara Islam masih lagi tinggi. Berdasarkan kajian UNESCO 2008, kadar celik huruf di Asia Selatan dan Barat ialah 58.6%. Negara-negara Afrika Tengah- 59.7%. Negara-negara Arab – 62.7% Paling rendah (di dunia)- Burkina Faso (12.8%), Niger (14.4%), dan Mali (19%).
Maruwiah Ahmat
30
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 61
Kadar celik huruf negara Islam dan bukan Islam
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
Column1 celik huruf Buta huruf
negara negara Islam bukan Islam
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 62
Kadar ilmuan bagi penduduk Islam di dunia dan dua negara bagi sejuta.
80 60
negara Islam Amerika Jepun
40 20
Jepun negara Islam
0
saintis juruteknik tamat u
Maruwiah Ahmat
31
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 63
Kadar celik huruf negara-negara di dunia.
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 64
Imam al-Ghazali dalam bukunya Bimbingan Mukminin menjelaskan elemen kekuatan yang perlu ada kepada org Islam ialah: Kekuatan ilmu – kesepaduan ilmu agama dan sains. Kekuatan akidah – keimanan yang mutlak. Kekuatan tasawwuf – kemuliaan akhlak dgn ihsan. Kekuatan tazkiyah – penyucian diri. Kekuatan adab – tingkah laku seharian.
Maruwiah Ahmat
32
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
4. MASALAH UMAT ISLAM SEMASA 65
Hanya orang Islam sendiri dapat mengatasi masalah dan kelemahan yang melanda umat Islam masa kini baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial (pendidikan). Menghayati ajaran Islam yang sebenar mampu mengurangkan masalah-masalah ini. Umat Islam juga perlu mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang berpanjangan secara sepadu dan bekerjasama. Allah SWT tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri.
Perkembangan Palestin VS Zionis 66
Maruwiah Ahmat
Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British. Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemisahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan.
33
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Perkembangan Palestin VS Zionis 67
Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat. Pada 3 April 1949, Israel dan Arab bersepakat melakukan gencatan senjata. Israel mendapat kelebihan wilayah 50 % lebih banyak dari yang diputuskan dalam Rancangan Pemisahan PBB. Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.
Pergolakan Politik di Mesir 68
22 November 2012 Presiden Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki-baki rejim Mubarak dan sekular serta anti Islam termasuk Barat. 1. Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. 2. Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah. 3. Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanah air atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.
Maruwiah Ahmat
34
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Pergolakan Politik di Mesir 69
4. Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. 5. Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru. 6. Mursi melantik Tala’at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun. Keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr. Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki pro rejim Mubarak daripada ‘membuat kacau’ sekali gus menjaga revolusi 25 Januari. Dengan mendapat hasutan dari Barat, golongan pembangkang membantah keputusan Morsi, dan menghasut pihak tentera untuk merampas kerajaan.
Pergolakan Politik di Syria 70
Maruwiah Ahmat
Syria merdeka dari Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad (11 tahun). Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat, rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati – menyebabkan rakyat bangun memberontak.
35
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
15/07/2013
Aktiviti Pengukuhan 6 71
1. Mengapakah Islam di China berkait rapat dengan masyarakat Islam di Malaysia (Tanah Melayu)? 2. Jelaskan peranan Bani Umayyah dalam penyebaran awal Islam di Eropah. 3. Jelaskan peranan Kerajaan Uthmaniyah mampu mengukuhkan Islam di Eropah. 4. Apakah masalah dunia Islam pada masa kini sehingga ketinggalan dalam semua bidang? 5. Pada pendapat anda, mengapakah berlaku pelbagai pergolakan dalam dunia Islam dewasa ini?
Maruwiah Ahmat
36