CTU263
9/11/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
PENGENALAN 2
KANDUNGAN
HASIL PEMBELAJARAN • Menerangkan kegunaan kaedah fiqh dalam pengurusan Islam
Maruwiah Ahmat
5 5.1 5.2 5.3
Aplikasi Kaedah Fiq dalam Pengurusan Definisi Kaedah Fiqh Kepentingan Kaedah Fiqh Kaedah Fiqh Asas 5.3.1 Setiap amal bergantung kepada tujuannya 5.3.2 Kesukaran membawa kemudahan 5.3.3 Kemudaratan dihilangkan 5.3.4 Keyakinan tidak luput oleh keraguan 5.3.5 Adat diterima sebagai sumber hukum
1
CTU263
9/11/2013
Pengenalan 3
Salah satu ciri yang istimewa dalam syariah Islam ialah ia fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariah Islam tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir orang. Hukum-hakam Islam tidak hanya terikat kepada nasnas secara tekstual, literal dan zahir tetapi harus diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi mendepani permasalahan umat dan peredaran zaman. Islam bukan agama bersifat ritual semata-mata tetapi merangkumi persoalan urusan kemasyarakatan seperti kekeluargaan, pendidikan, ekonomi (iktisad), perundangan (nizam), jihad dan pemerintahan (siasah) yang mana mesti diurus dengan penuh kebijaksanaan.
Pengenalan 4
Maruwiah Ahmat
Cabaran zaman dengan kemajuan teknologi, sistem ekonomi yang kompleks, urusan manusia yang makin rencam menyebabkan pelbagai permasalahan baharu timbul. Untuk itu, para ulama perlu menguasai pelbagai bidang ilmu fiqh dengan lebih meluas untuk memenuhi keperluan umat seperti fiqh perbandingan, fiqh awlawiyyat, fiqh kenegaraan, fiqh ekonomi dan sebagainya. Para ulama mazhab telah banyak membicarakan perkara seperti ini. Antara mazhab yang begitu luas mengambil kira kaedahkaedah fiqh dalam ijtihadnya ialah mazhab Imam Abu Hanifah dan as-Syafi’i.
2
CTU263
9/11/2013
Pengenalan 5
Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan bermakna mengetepikan nas-nas Al-Quran dan asSunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan memandu urusan agama dan urusan manusia agar diselaraskan dengan keadaan dan masa demi kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan syariah (maqasid syariah).
5.1 Definisi Kaedah Fiqh 6
Maruwiah Ahmat
Dari Segi Bahasa Kaedah fiqh (Qawaid Fiqhiyah) menurut pengertian bahasa ia mengandungi dua kalimah; kalimah pertama berasal daripada bahasa Arab iaitu qa’idah (qawaid) yang membawa maksud asas sesuatu dan asalnya. Manakala kalimah kedua ialah perkataan fiqhiyyah berasal daripada perkataan fiqh yang mana ia membawa maksud ‘al-fahmu’ iaitu suatu kefahaman.
3
CTU263
9/11/2013
5.1 Definisi Kaedah Fiqh 7
Dari Segi Istilah Para ulama mentakrifkan kaedah fiqh dengan pelbagai takrif namun para penyelidik mendapati bahawa ia mengandungi maksud yang sama namun diungkapkan dalam pelbagai susunan bahasa. Antara takrif yang kerap diutarakan dalam memahami kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang berbentuk hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Selain daripada itu, kaedah fiqh juga ditakrifkan sebagai asasasas atau prinsip-prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam bentuk nas-nas dan teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya.
5.1 Definisi Kaedah Fiqh 8
Maruwiah Ahmat
Sebahagian ulama’ pula mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil Al-Quran dan alSunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedahkaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh. Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum.
4
CTU263
9/11/2013
5.1 Definisi Kaedah Fiqh
Ringkasnya ia adalah kaedah umum yang meliputi seluruh cabang masalah fiqh. Ia menjadi panduan untuk menetapkan hukum sama ada ke atas perkara/perbuatan yang telah ditunjukkan nas yang jelas mahupun yang belum ada nas sama sekali. Terdapat dua kaedah induk: (a) Menolak segala yang merosakkan (b) Menarik segala yang baik
5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh 10
Antara kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah: (1) Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan fiqh Islam kerana banyak persoalan furu’ yang biasa dikumpulkan dalam satu kaedah sahaja. (2) Mempelajari ilmu ini dapat membantu dan menjaga serta mengikat banyak masalah yang hampir sama dalam hal kaedah yang sama boleh digunakan. (3) Mendidik para peniliti untuk menguasai masalahmasalah fiqh dan menjadikannya mampu menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab masing-masing.
Maruwiah Ahmat
5
CTU263
9/11/2013
5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh 11
(4)
(5)
Mempermudahkan para peneliti untuk mencari bahagian-bahgian dari hukum serta mengeluarkannya dari pelbagai aneka ragam, kemudian membatasinya dalam satu topik dengan memperhatikan pengecualian pada tiap-tiap kaedah. Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan satu ikatan sahaja menunjukkan bahawa hukum itu bertujuan menunjukkan kemaslahatan.
5.3 Kaedah Fiqh Asas 12
Pembahagian Kaedah Fiqh ))األمور بمقاصدها
Setiap perkara berdasarkan niat
Adat Menentukan Hukum
Keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan
))العادة محكمة
))المشقة تجلب التيسير
Maruwiah Ahmat
)اليقين ال يزال بالشك Kesusahan Membawa Kemudahan
Kemudharatan mesti dihindarkan
))الضرر يزال
6
CTU263
9/11/2013
5.3 Kaedah Fiqh Asas 13
Setiap Perkara Berdasarkan Niat
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya setiap pekerjaan diambil kira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang dikira apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari) Oleh itu pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan oleh ahli organisasi mestilah dengan niat yang selari atau tidak bercanggah dengan hukum Islam/syariat.
5.3 Kaedah Fiqh Asas 14
Keyakinan Tidak Dihilangkan oleh Keraguan
Maruwiah Ahmat
Sabda Rassulullah SAW: “Apabila seseorang daripada berasa ada sesuatu di dalam perutnya lalu timbul keraguan, adakah keluar seesuatu atau tidak darinya, janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau menghidu bau.” (Riwayat Bukhari) Kaedah tambahan: (a) Asas sesuatu tiada (b) Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ia haram. Contoh: Penggunaan binatang/tanaman dalam penghasilan produk yang tidak jelas dalil pengharamannya adalah halal.
7
CTU263
9/11/2013
5.3 Kaedah Fiqh Asas 15
Kemudharatan Mesti Dihindarkan
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidak berlaku mudharat dan tidak boleh memudharatkan.” Contoh: - perkara yang boleh membawa kemudharatan hendaklah dihindarkan seperti pembinaan kilang arak. Kaedah tambahan: Menghindarkan kemudharatan lebih utama dari mendapat kebajikan. Contoh: Keputusan tidak membina empangan yang berhampiran dengan banyak kawasan kampung kerana akan membawa kemudharatan besar berbanding manfaat.
5.3 Kaedah Fiqh Asas 16
Kesusahan Membawa Kemudahan
Maruwiah Ahmat
Berdasarkan firman Allah SWT: “Allah mengkehendaki kamu mudah dan Dia tidak mengkehendaki kamu susah.” (Surah al-Baqarah: 185)
Kesusahan terdiri dari sebab musafir, sakit, dipaksa, lupa, jahil dan tidak dapat dielakkan daripada berlaku.
8
CTU263
9/11/2013
5.3 Kaedah Fiqh Asas 17
Kaedah tambahan: 1. Darurat mengharuskan perkara yang dilarang. Contoh: - makanan dan minuman yang diharamkan menjadi harus untuk menahan kebuluran dan dahaga. 2. Keperluan tertentu dikira darurat sama ada untuk umum atau khusus. Contoh: - diharuskan kajian mengenai nuklear sedangkan ia boleh membawa kemudaratan yang lebih besar kepada umum.
5.3 Kaedah Fiqh Asas 18
Contoh lain: Dibolehkan untuk memasarkan produk dari unsur haram seperti ubat dari gelatin khinzir sekiranya ia merupakan satu-satunya ubat untuk mengubati sesuatu penyakit.
Maruwiah Ahmat
9
CTU263
9/11/2013
5.3 Kaedah Fiqh Asas 19
Adat Menentukan Hukum Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang difikirkan oleh orang Islam baik, maka ia adalah baik di sisi Allah SWT.” Contoh: Penentuan had umur baligh perempuan dan lelaki berbeza dari setiap negara. Jadi begitu juga kelayakan/umur seseorang untuk menjawat sesuatu pekerjaan adalah berbeza bagi sesebuah negara. Contoh: Wakil syarikat yang dihantar ke luar negara harus mentaati adat istiadat negara tersebut selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
5.3 Kaedah Fiqh Asas 20
Kesimpulan 5 Qawaid Fiqhiyah tersebut dapat membantu membentuk atau melahirkan sesebuah pengurusan yang berkualiti serta tidak bercanggah dengan syariat Islam demi mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Aplikasi kaedah fiqh dalam pengurusan juga memudahkan seseorang pengurus dalam mengurus sesebuah organisasi agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Maruwiah Ahmat
10
CTU263
9/11/2013
Rujukan 21
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalamislam.html (18/7/2013) 3. http://lebaiyusri.blogspot.com/2008/10/kaedah-fiqhdalam-pasaran-modal-islam.html (8/9/2013) 4. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/23/kepenting an-kaedah-kaedah-fiqh/ (8/9/2013)
Maruwiah Ahmat
11