CTU263
6/16/2013
1
MAKLUMAT KURSUS 2
HASIL PEMBELAJARAN • Menjelaskan konsep, sumber dan objektif pengurusan
Maruwiah Ahmat
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
DEFINISI PENGURUSAN 3
KANDUNGAN 1. Pengenalan Pengurusan Islam 1.1 Pengertian Pengurusan - definisi - teori - ciri-ciri 1.2 Sumber Pengurusan 1.3 Objektif Pengurusan 1.4 Sejarah Pengurusan Islam
DEFINISI PENTADBIRAN 4
Pengurusan berkait rapat dengan pentadbiran. Terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi pengurusan dan pentadbiran: 1. Pentadbiran dan pengurusan = perkara yang sama (cuma berbeza sebutan dan ejaaan) 2. Pentadbiran dan pengurusan berbeza dari semua aspek 3. Pentadbiran = sebahagian daripada pengurusan ATAU Pengurusan = lebih umum daripada pentadbiran.
Muhd. A. Al-Buraey – Administration diambil dari bahasa Latin, administrare yang bermaksud pengurus. Gladden – Mengurus + mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah/pekerjaan. Muhd. Abd. Rauf – Proses pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat/projek. H. G. Federickson – Pentadbiran negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan sosial. Dimock – Melaksanakan tugas pemerintahan, menyelaraskan tenaga kerja dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.
DEFINISI PENTADBIRAN 5
DEFINISI PENGURUSAN 6
Kesimpulan Muhd A. Al-Buraey, Gladden dan Muhd. Abd. Rauf: Pentadbiran = mengurus + mengawas + proses pelaksanaan = mencapai sesuatu matlamat.
H. G. Federickson dan Dimock: Pentadbiran = hal pemerintahan dan pentadbiran negara/awam
Maruwiah Ahmat
Ahmad Ibrahim Abu Sin – suatu kajian ilmiah/kesenian terhadap bakat kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus. Taji (sarjana India) – melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama kelompok. Muhd. A. Al-Buraey – menyelaraskan tenaga manusia sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. L. D. White – menyelaraskan tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara.
1
CTU263
6/16/2013
DEFINISI PENGURUSAN 7
DEFINISI PENGURUSAN 8
Ahmad Ibrahim Abu Sin: Tiga pendapat umum tentang pengurusan: 1. Pengurusan = satu kajian ilmiah berpandukan = prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa + kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan rancangan tersebut. 2. Pengurusan = sebuah bentuk kesenian berasaskan = kemahiran + bakat 3. Pengurusan = pengkhususan berasaskan = prinsip + peraturan tertentu
Dr. Mohd Yusof Noor – kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan Allah SWT untuk kebajikan manusia dan sistem pelaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintahan. Prof. Syed Othman Alhabshi – proses mendapat dan mencantumkan segala sumber untuk mencapai matlamat organisasi = barangan / perkhidmatan. Yusof Ismail – satu proses yang dilalui untuk mencapai matlamat tertentu.
DEFINISI PENGURUSAN 9
FUNGSI PENGURUSAN 10
1. Merancang – memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan dan mencipta rancangan untuk dilaksanakan. 2. Mengatur – menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan dilaksanakan dengan berjaya. 3. Memimpin/memotivasi – menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk memastikan orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan. 4. Mengawal + mengawas – memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut berdasarkan maklum balas.
Yusof Ismail: Teras kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam berbanding pengurusan lazim: 1. mencari keredhaan Allah = mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW 2. melaksanakan makruf dan mencegah mungkar 3. menjaga kesejahteraan masyarakat 4. membangunkan individu semaksimumkan mungkin 5. mewujudkan jamaah 6. melaksanakan syura 7. berlaku adil 8. berlaku ihsan 9. membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
TEORI PENGURUSAN ISLAM 11
TEORI PENGURUSAN ISLAM 12
Maka pengurusan atau pentadbiran Islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai “Suatu proses penglibatan dan mengeksploitasi sumber (tenaga manusia, benda dan perkara yang berkaitan ) supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.
Maruwiah Ahmat
Kesimpulan dari pendapat sarjana tentang pengurusan boleh dikategorikan kepada tiga kesimpulan iaitu: Sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Sebagai perlaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam atau rakyat.
Sebagai penyelarasan antara agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan untuk mencapai matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.
2
CTU263
6/16/2013
TEORI PENGURUSAN ISLAM 13
TEORI PENGURUSAN ISLAM 14
Hierarki keutamaan pengurusan pembangunan dalam Islam dibahagikan kepada tiga iaitu:
1. Dharuriyyat iaitu segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tiak dapat dipenuhi maka akan berlakunya kepincangan dalam kehidupan.
Perbezaan Antara Pengurusan dan Pentadbiran Pentadbiran ialah perlaksanaan tidak melibatkan perubahan dasar, pengurusan sebaliknya. Pentadbiran tidak terlibar dalam membuat keputusan, pengurusan menentukan keputusan. Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia, sistem perlaksaan dan penyelarasan untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Hajiyyat iaitu segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan kemudahan dan menhindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka.
3. Tahsiniyyat iaitu nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa.
TEORI PENGURUSAN ISLAM 15
TEORI PENGURUSAN ISLAM 16
Keperluan Kepada Pengurusan Islam Kebanyakan teori pengurusan memisahkan nilai masyarakat setempat dan nilai organisasi. Teori pengurusan semasa lebih menitikberatkan keuntungan yang berlipat ganda tanpa mengambil kira tentang terapan soal kerohanian dan kemanusiaan. Pengurusan dengan acuan sendiri iaitu menerapkan nilai-nilai islam di dalam organisasi tanpa menceduk idea dari barat. Pembentukan identiti bangsa bermartabat. Membawa rahmat kepada ummah, firman Allah SWT: “dan tidak kami utuskan engkau melainkan membawa rahmat ke seluruh alam”.
Sarjana Islam Mutakhir - Mu’inal al-Din - Zahid Ali - Jurji Zaydan - S. Khuda Bukhsh - S. M. Imamuddin - Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi - Syed Othman Alhabshi
TEORI PENGURUSAN ISLAM Peraturan Mengikuti Kuliah 17
TEORI PENGURUSAN ISLAM 18
Sarjana Pengurusan Barat - Peter Ferdinand Drucker - Max Weber - John C. Maxwell - Thomas J. Peters - Frederick Irving Herzberg - Vytautas Andrius Graičiūnas - Albert S. Humphrey - Montgomery Watt
Maruwiah Ahmat
Pengurusan Barat dan Jepun Falsafah dan Nilai - Keperluan manusia - Machiavellian
MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN - kebendaan Pengurus dan tenaga kerja Sistem dan amalan - Kolar biru/putih - Budaya - Kemahiran - Cara hidup - prestasi
3
CTU263
6/16/2013
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM 19
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM 20
Ciri-ciri Khusus Pengurusan Islam 1. Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam. 2. Menyempurnakan fisiologi pekerja. 3. Syura - mengadakan mesyuarat sebelum melakukan sesuatu. 4. Kerjasama - mematuhi ketua dan pemimpin yang adil khususnya dalam hal pengurusan. 5. Kemanusiaan – mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan. 6. Kebenaran – bekerjasama memperjuangkan kebenaran dalam segala hal pengurusan.
Ciri-ciri Umum Pengurusan Islam 1. Ikatan yang erat antara pengurus dan kakitangan serta masyarakat. 2. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan = fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan 3. Kemanusiaan dan kerohanian. 4. Menentukan tugas dan tanggungjawab.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM 21
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 22
Pengurusan Islam SUMBER PRIMER
Falsafah dan Nilai - al-Amanah - al-khilafah
AL-FALAH - Kejayaan dunia dan akhirat Pengurus dan tenaga kerja Sistem dan amalan - Kolar biru/putih - Budaya - Kemahiran - Cara hidup - prestasi
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 23
Al-Quran
As-Sunnah
Allah SWT menjelaskan ayatayat berkaitan dengan pengurusan dalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan
Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW yang sarat dengan panduan dalam pengurusan
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 24
Sumber Sekunder Amalan para sahabat Rasulullah SAW Penulisan Ulama’ Penulisan Sarjana Semasa = Muslim/Non Muslim
Maruwiah Ahmat
Al-Quran Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa. Membaca Al-Quran merupakan suatu ibadah. Dalam perkara-perkara yang melibatkan kontak pengurusan, berikut adalah ayat-ayat yang berkaitan dengan dasar, taktik dan asas- asas pengurusan Islam.
4
CTU263
6/16/2013
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 25
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 26
Pertama: Asas Ikatan Perjanjian (Kontrak) dan Tanggungjawab Memenuhinya.
Kedua: Asas Pemberian Ganjaran.
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau pun surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja. Berikut adalah ayat yang mewajibkan kita mematuhi setiap kandungan di dalam surat tersebut.
Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai pekerjanya, diwajibkan memberi ganjaran kepada individu tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tersebut tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi undangundang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat untuk organisasi kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian” (AlMaidah:1).
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya” (Al-Najm: 39).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 27
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 28
Keempat: Asas Komunikasi Dalam Organisasi.
Ketiga: Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai Yang Wajib Diikuti.
Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam organisasi. Komunikasi akan menyebabkan sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan sesebuah syarikat akan gagal dalam mencapai matlamatnya. Berikut adalah ayat yang menjelaskan kepentingan organisasi.
Sesebuah organisasi sewajarnya mempunya matlamat yang jelas untuk dicapai oleh pekerjanya. Ini bertujuan supaya pekerjanya akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat organisasi Islam adalah kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan di antara mereka ada pula yang berdoa dengan berkata: Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka. (Al-Baqarah: 201).
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu (Al-Nisa’: 86).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 29
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 30
Kelima: Asas Pengurusan Sumber Manusia Sumber Manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang ambilan pekerja serta bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa bermotivasi. Berikut adalah ayat yang menyatakan tentang sumber manusia. Firman Allah s.w.t: Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. (Al-Qasas: 86)
Maruwiah Ahmat
Keenam: Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong Menolong Antara Satu Sama Lain. Hubungan antara jabatan-jabatan amatlah penting agar kerjasama dalam dijalinkan. Ini bertujuan supaya sesuatu matlamat itu lebih mudah hendak dicapai. Tanpa kerjasama dari semua pihak mungkin menyebabkan sesebuah ornganisasi lambat untuk mencapai matlamatnya. Firman Allah SWT: Dan hendaklah tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu tolongmenolong dalam melakukan dosa. (Al-Maidah: 2)
5
CTU263
6/16/2013
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 31
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 32
Ketujuh: Asas Etika.
Ayat-ayat lain 1. Keadilan dalam urusan. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.” (al-Nahl: 90 )
Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik. Ia bertanggungjawab menentukan tidak seseorang itu baik ataupun tidak. Firman Allah SWT: Sesungguhnya pada Rasullulah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah. (Al-Ahzab: 21)
2. Mempermudahkan urusan. “Allah sentiasa hendak meringankan beban hukumnya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah.” (al-Nisa’: 29)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 33
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 34
5. Larangan rasuah. “Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.” (al-Baqarah: 188)
3. Kecekapan dan sistematik. “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4) 4. Perubahan. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (al-Ra’d : 11)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 35
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 36
6. Arahan bermesyuarat Amalan syura tidak syak lagi merupakan petunjuk Allah SWT yang penting bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran, ayat 159, yang bermaksud: “Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah (syura) dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian sesudah engkau berazam (setelah melaksanakan syura untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Maruwiah Ahmat
Sunnah ialah apa yang disandarkan atau diambil daripada Rasullulah s.a.w sama ada daripada perkataan, perbuatannya atau taqrirnya.
6
CTU263
6/16/2013
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 37
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 38
Antara asas-asas pengurusan Islam di dalam sunnah ialah: Pertama: Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi. Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan mengunakan cara yang salah untuk mencapai matlamat ini kerana agama Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadannya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram. (Riwayat Al-Bukhari).
Asas ini bermaksud dalam sesebuah organisasi terdiri dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi membantu mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasullullah SAW: “Setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaga.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 39
Kedua: Asas Pertanggungjawaban
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 40
Ketiga: Mutu Kerja/Kualiti Kerja
Keempat: Pengurusan Masa
Menjalankan tugan merupakan tanggungjawab setiap pekerja yang wajib dilakukan. Namun begitu Islam menekankan kepada kualiti kerja tersebut. Islam tidak membenarkan umat sekadar bekerja tanpa mengambil kira kualiti yang dapat dihasilkan.
Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh yang demikian islam amat menitik beratkan tentang pengurusan masa. Sabda Rasulullah s.a.w; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar kemudiannya berpesan: Jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah masa sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari masa hidup engkau pada masa sakit engkau.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah s.wt menyukai apabila seseorang iu melakukan dengan itqan (berkualilti).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 41
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 42
Kelima: Kewajipan Beretika: Berakhlak Baik Dan Tinggalkan Akhlak Buruk. Sabda Rasullullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah SWT di mana engkau berada, apabila engkau melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan melakukan kebaikan, nescaya kebaikan menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik. (Riwayat Tarmizi).
Maruwiah Ahmat
Keenam: Asas Pemberian Upah Dari Aspek Masa. Sabda Rasullulah SAW: Berilah upah kepeada pekerja sebelum kering peluhnya. Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaybar dengan upah separuh daripada hasil yang dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman.
7
CTU263
6/16/2013
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 43
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 44
Hadis yang lain 1. Hubungan kemanusiaan “Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal mereka masing-masing.”
3. Kepakaran “Sesungguhnya Allah sukakan mukmin yang pakar (al-muhtarif) 4. Amanah kepimpinan dan tugas “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, tunggulah masanya (kehancuran)” 5. Menegakkan kebenaran “Katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit”
2. Corak kepimpinan “Sifat lemah-lembut itu apabila berada pada suatu perkara nescaya ia mencantikkannya dan bila ia ditarikkan daripadanya nescaya bertukar menjadi hodoh.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 45
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 46
SUMBER SEKUNDER
Amalan pengurusan SAHABAT paling utama (Khulafa’ Rasyidin)
Ijtihad Para Sahabat Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini harus didasarkan kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, Hadis Nabi, Ijma’ Ulama dan Qias. Dalam kontaks pengurusan Islam pula bermaksud amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin dalam era pemerintahan mereka iaitu:
- Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a - Saidina Umar bin al-Khattab r.a - Saidina Uthman bin Affan r.a - Saidina Ali bin Abi Talib r.a Amalan pengurusan sahabat-sahabat lain, tabi’, tabi’ tabiin, serta imam Mazhab seperti Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Iman Hanafi.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 47
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 48
PENULISAN PARA ULAMA’ TERDAHULU Sarjana Pengurusan Islam terdahulu: -
-
-
Ibn Hazm – keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai dan teori pemilikan tanah. Nizam al-Muluk al-Tusi – kebajikan, pentabiran negara, pengurusan negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, produktiviti, kualiti, keperluan asas dan perancangan awam. Al-Ghazali – kebajikan, keadilan kerajaan, kemakmuran ekonomi, pembahagian buruh, pengkhususan pekerjaan, perdagangan, akauntabiliti, pengurusan kekayaan, pemilikan, kemiskinan dan etika dalam ekonomi.
Maruwiah Ahmat
Al-Turtusi – kekayaan, pembangunan tanah, cukai, isu kewangan negara, kebajikan sosial, rasuah, penyelewengan dalam pengurusan dan pentadbiran. Al-Shirazi – Al-Hisbah (pengawasan), konsep pekerjaan, kesatuan sekerja dan perdagangan. Fakhruddin al-Razi – Kekayaan, keperluan asas, berjimat cermat, kemiskinan dan analisis belanjawan. Al-Shatibi – Kebajikan am dan fungsinya, undangundang sosioekonomi, isu perjanjian perdagangan dan pengurusan perdagangan.
8
CTU263
6/16/2013
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 49
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 50
Selain itu, terdapat manuskrip-manuskrip lama dan dokumen mengenai pentadbiran antaranya : 1. Surat oleh Khalifah Ali kepada gabenor Mesir, Malik bin Haris al-Ashtar al-Nukha’i - beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika pentadbiran, cara pelantikan kakitangan, hubungan dengan rakyat, pengurusan kewangan dsb. 2. Surat dari Ketua Setiausaha dalam zaman pemerintahan Bani Umaiyyah kepada rakan sejawat mengenai etika profesion. 3. Dokumen yang ditulis oleh Tahir ibnu Husain, seorang jeneral Khalifah al-Makmun kepada anak beliau yang dilantik sebagai gabenor al-Raqqah, Mesir.
Al-Maqrizi – kewangan, kuasa membeli, pengurusan belanjawan, cukai dan pengurusan pasar. Ibn Tufail al-Qaizi – teori ekonomi, pembangunan individu dan masyarakat. Muhammad Iqbal – teori ekonomi, konsep manusia dan tauhid, hubungan pembangunan rohani dan kebendaan, milik awam dan peranan wanita. Al-Muhasibi – pengawalan kepentingan diri dalam pengurusan, konsep keseimbangan, kekayaan, pendapatan dan berjimat cermat.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM 51
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 52
PENULISAN ILMUAN KONTEMPORARI ISLAM Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam Muhammad al-Buraey, Administrative Developement: An Islamic Perspective Muhammad Yasin Mazhar, Organisation of government under the prophet S. A. Q Husaini, Arab Administration Jurji Zaydan, History of Islamic Civilization - Umayyads & Abbasids S. Khuda Bukhsh, The Arab Civilization S. .Imanuddin, Arab Muslim Administration Muhammad Iqbal, Ilm ul Iqtisad Prof. Datuk Dr. Syed Othman al-Habshi, Pengurusan dan pentadbiran : mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai dan Islamic values and management.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 53
Melaksanakan undang-undang Allah
Memakmurkan bumi
Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil
Melaksanakan tugas sebagai khalifah
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 54
Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara iaitu : 1. Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hukum. Firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj: 41) 2. Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha, fikiran dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat pemberian Allah dari perut bumi dan laut.
Maruwiah Ahmat
3. Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.
9
CTU263
6/16/2013
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 55
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 56
4. Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan matlamat terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah.
Manakala dalam kontaks pengurusan organisasi pula, objektif utama pengurusan Islam adalah seperti berikut Objektif Umum: 1. Menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. 2. Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. 3. Kriteria terpenting dalam mengukur pencapaian organisasi serta melakukan pengawalan.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 57
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM 58
Objektif Khas/Khusus
Maqasid Syariah
Objektif pentadbiran Islam secara khususnya ialah untuk memelihara segala nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia iaitu yang terkandung dalam maqasid syariah.
Menjaga harta
X
Menjaga keturunan
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 59
Menjaga akidah Melindungi nyawa
Melindungi akal
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 60
PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SAW
Sebagai nabi dan Rasul Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran al-Quran. Baginda menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah. Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, munakahat, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya. Pernah melantik 12 orang ketua yang digelar sebagai naqib untuk menjadi pemimpin dalam usaha dakwahnya. Merancang mengadakan dakwah secara sulit, berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah.
Maruwiah Ahmat
Pemimpin masyarakat Langkah baginda mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin sebaik tiba sahaja di Madinah. Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh. Bagindan juga menganjurkan berbuat baik dengan isteri, ahli keluarga dan jiran.
10
CTU263
6/16/2013
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 61
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 62
Sambungan…. Syura ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam mentadbir negara, mengatur masyarakat serta mengurus rumah tangganya. Rasulullah berjaya merangka Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan pertama di dunia. Baginda melantik pegawai yang berwibawa untuk menjadi amir bagi wilayah-wilayah tertentu seperti Uthman ibn Amr al-As sebagai Amir bani Thanif dan Attab ibn Usaid sebagai amir Makkah. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Parsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.
Pemimpin politik Rasulullah SAW telah menubuhkan Majlis Syura dan telah memilih para sahabat paling terkanan untuk menganggotai majlis tersebut. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, syura merupakan amalan serta budaya baginda dan para sahabat. Ini dilakukan dalam perkara-perkara yang besar seperti dalam menentukan strategi peperangan ataupun dalam menangani isu-isu rumah tangga atau peribadi. Dalam kes menentukan strategi dalam Perang Badar dan Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan kedudukan yang paling baik bagi menempatkan tentera muslimin. Hasil syura dengan para sahabat dalam Perang Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk membina parit bagi menghadapi kaum musyrikin.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 63
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 64
Perancang ekonomi Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah dengan bebas rasuah dan manipulasi. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula. Membahagikan harta rampasan perang kepada orang Islam.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 65
Pemimpin tentera Rasulullah sendiri memimpin semua peperangan yang berlaku pada zamannya. Orang Islam berjaya memenangi peperangan pertama (Badar) yang disusun atur oleh baginda. Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda. Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tentera untuk mencapai kegemilangan. Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan. Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 66
PENGURUSAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN Abu Bakar al-Siddik (tahun 51 Sebelum Hijrah - 13 Hijrah, 573-634 M) Beliau ialah Abdullah bin Uthman bin Amir. Merupakan lelaki dewasa pertama beriman dengan Rasulullah s.a.w khalifah ar-Rasyidin yang pertama (11-13 Hijrah / 622 - 624 M). Sentiasa mengiringi Nabi s.a.w sebelum dibangkit menjadi rasul dan selepasnya. Beliau telah sanggup untuk menanggung penderitaan, membelanjakan seluruh hartanya dan sentiasa bersama dengan baginda Rasulullah s.a.w selama baginda berada di Makkah. Beliau telah mengiringi Nabi s.a.w semasa hijrah, di dalam gua dan dalam seluruh peperangan. Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, telah memerangi golongan yang murtad dan mereka yang enggan membayar zakat.
Maruwiah Ahmat
Beliau mengekalkan prinsip dan sistem yang dibawa oleh Rasullullah SAW iaitu khalifah berperanan sebagai Ketua Ibadah dan Ketua Pentadbiran. Beliau telah menggariskan tugas dan tanggungjawab khalifah seperti berikut: a. b. c. d. e.
Menegakkan keadilan Mewujud dan mengekalkan keamanan. Mempertahankan kedaulatan negara. Melantik khalifah dan kerajaan iaitu gabenor dan duta. Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kakitangan kerajaan.
11
CTU263
6/16/2013
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 67
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 68
Umar bin Al-khattab dilantik menjadi ketua hakim dan Pengagih Zakat. Saidina Ali dilantik menjadi penyelia orang tebusan perang. Abu Bakar al-Siddiq melantik gabenor, duta dan pegawai tinggi kerajaan dan mengawasinya secara langsung. Gabenor bertanggungjawab mengurus hal ibadah, membicarakan orang yang melakukan jenayah, memunggut hasil dan melaksanakan syariah Islamiah.
Umar bin al-Khattab (40 Sebelum Hijrah - 23 Hijrah / 584 - 644 M).
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 69
Khalifah ar-Rasyidin yang kedua (13 Hijrah / 634 M). Beliau memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah dan telah dilantik menjadi khalifah selepasa kematian Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah orang yang pertama digelar dengan Amirul Mukminin. Abu Bakar telah melantik beliau sebagai hakim pada masanya dan beliau merupakan hakim yang pertama dalam Islam yang sentiasa dibuat perbandingan tentang keadilannya. Beliaulah orang yang memulakan tarikh dengan tahun hijrah Rasulullah SAW, membuka pelbagai jabatan dan mewujudkan Baitul Mal. Semasa pemerintahannya telah berlaku pembukaan Syam, Iraq, alQuds, Mesir, al-Madain, al-Ahwaz (sbhgn), Fars (sbhgn), Kirman (sbhgn), Isfahan, Hurmuz, Khurasan (sbhgn) dan Nishapur.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 70
11. Memperkenalkan kalender Islam. 12. Merumus konsep pengurusan mutakhir. Contohnya memperbaiki jalan di Iraq kerana takut keldai akan cedera. Keldai itu akan mendakwanya di akhirat. Membangunkan pusat dan wilayah seimbang. 13. Mewujudkan jawatan setiausaha kepada gabenor (Katib). 14. Mewujudkan Katib Al-Diwan iaitu setiausaha baitul mal dan tentera. 15. Mewujudkan Sahib Bait al-Mal iaitu ketua pembendaharaan negara. 16. Menubuhkan Diwan al-Insya’ iaitu untuk menyimpan rekod negara. 17. Menubuhkan Diwan al-Jund (kewangan dan pendapatan) pada 21 H menyimpan rekod hasil negara, pembayaran gaji semua kakitangan dan tentera. Catatan keluar masuk wang, mencatatkan rekod jumah penduduk dan penghijrahan. 18. Mewujudkan jabatan wakaf yang dikenali Dar al-Daqiq (Rumah Gandum) bertujuan mengumpul sedekah dan derma selain zakat unguk diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin.
Pembaharuan dan inovasi yang dibawa oleh Saidina Umar Al-Khattab kepada pentadbiran dan pengurusan negara Islam banyak sekali. Muhammad A. AlBuraey menyenaraikan seperti berikut: 1. Menubuhkan pasukan polis peninjau untuk mengawal waktu malam (assah). 2. Beliau telah menubuhkan pasukan polis (al-syurtah) rasmi dan ketuanya dikenali sebagai Sahib al-Ahdath. 3. Menubuhkan pasukan menjaga ketenteraman awam di pasar (al-Hisbah). Ketua mereka dikenali sebagai Muhtasib. 4. Menubuhkan penjara rasmi. 5. Memperkenalkan sistem buang daerah kepada penjenayah. 6. Menubuhkan biro pengaduan rakyat. 7. Mengadakan mesyuarat tahunan dengan gabenor, amil, hakim dan pegawai tinggi. 8. Mewujudkan jawatan pemeriksa tanah. 9. Menubuhkan secara rasmi Baitul Mal. 10. Mendirikan wisma pemerintah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 71
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 72
Othman bin Affan (47 Sebelum Hijrah - 35 Hijrah / 577 - 656 M) Merupakan khalifah ar-Rasyidin yang ketiga (23 Hijrah bersamaan 644 Masehi) daripada kalangan Quraisy Bani Umayyah. Beliau telah dilahirkan di Mekah dan memeluk Islam selepas sekejap dari kebangkitan. Beliau merupakan seorang bangsawan yang kaya semasa Jahiliah. Telah berkahwin dengan Rokiah dan kemudiannya dengan Ummu Kalthum iaitu kedua-dua anak Rasulullah SAW, oleh itu beliau digelar dengan ‘Zun-Nurain’. Antara khidmatnya yang terbesar ialah beliau telah memperlengkapkan tentera yang tiada kelengkapan perang pada tahun 9 H semasa peperangan Tabuk bersama Rasulullah SAW.
Maruwiah Ahmat
Sambungan… Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas Umar bin al-Khattab. Semasa pemerintahannya, beliau telah berjaya membuka Armenia, Qauqaz, Khurasan, Kirman, Sajistan, Afrika dan Cyprus. Beliau juga telah menyempurnakan pengumpulan al-Quran. Pemerintah pertama membesarkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Beliau telah mewujudkan polis dan sistem kehakiman.
12
CTU263
6/16/2013
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 73
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM 74
Ali bin Abu Talib (23 Sebelum Hijrah - 40 Hijrah / 600 - 661 M) Khalifah ar-Rasyidin yang keempat (35-40 H / 656-661 M), sebagai anak asuhan Rasulullah SAW, sepupu dan menantu kepada baginda. Beliau merupakan jaguh Perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan Hunain. Beliau telah dibai'ahkan menjadi khalifah selepas terbunuhnya Uthman. Beliau adalah merupakan antara kalangan orang yang terkemuka sebagai khatib dan ulama dalam perundangan. Beliau telah memimpin tentera dalam peperangan Jamal, Siffin dan Nahrawan. Beliau juga mengekalkan apa yang telah dipelopori oleh khalifah sebelumnya. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau berbanding dengan khalifah yang lain ialah, beliau memberi arahan, nasihat dan garis panduan tugas dan tanggunjawab yang jelas, terperinci serta bijaksana. Contohnya ialah beliau surat perlantikan al-Asytar al-Nakaha’I sebagai gabenor Mesir.
Antara kandungan penting surat tersebut ialah a. Berusaha mengelak dan mencegah rasuah. b. Pegawai dan kakitangan kerajaan awam yang hendak dilantik mestilah mempunyai kelayakan, kecekapan, amanah dan dedikasi. c. Mengarahkan agar mereka dibayar gaji yang mencukupi bagi mengelakkan gejala rasuah. d. Mengalakkan mereka hidup sederhana dan menjauhi kemewahan dan pembaziran. e. Berlaku adil dalam segala tindakan pentadbiran dan pengurusan.
RUJUKAN 75
Rujukan Nota Kuliah Bab 1 1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. Slide dari http://lib.kedah.uitm.edu.my (15/6/2013) 3. Pengurusan dalam Islam dari http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusandalam-islam.html (15/6/2013) 4. http://zakwanhalim.blogspot.com/2011/04/pengurusan -dan-pengurus.html (17/6/2013) 5. http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/kepimp inan-nabi-muhammad-saw-dalam.html (17/6/2013) 6. http://www.islam.gov.my/en/rasulullah-saw-sebagaipemimpin (17/6/2013)
Maruwiah Ahmat
13