IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
21/02/2013
1
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembelajaran
Kandungan Bab
Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam
4.1 Maksud moral, etika dan akhlak 4.2 Sumber dan pembahagian akhlak 4.3 Peranan akhlak dalam kehidupan 4.4 Akhlak pada nabi dan rasul
BAB 4 KONSEP AKHLAK II Maruwiah Ahmat
IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 3
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 4
Akhlak dengan Allah
Sabar dan ikhlas Redha
Akhlak dengan Manusia
SKOP AKHLAK
Pergantungan kepada Allah
Akhlak dengan Alam
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 5
AKHLAK DENGAN ALLAH
Bersyukur dengan segala yang ada Taubat iaitu keazaman dan penyesalan dengan meninggalkan kesalahan dan segala dosa
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 6
Akhlak dengan manusia
Akhlak dengan alam
Seseorang itu perlulah menjaga batas dan tingkah laku yang telah ditetapkan oleh syarak, antaranya ialah:
Tolongmenolong atas perkara kebaikan
Maruwiah Ahmat
Berbaik sangka serta saling menasihati dengan penuh kasih sayang dan hormat
Berlemahlembut ketika bercakap serta menjaga tutur kata
Sentiasa mendoakan kebaikan
Menjaga maruah orang lain dengan tidak menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai
Akhlak dengan alam adalah sikap seseorang terhadap dirinya dan alam sama ada dari sudut rohani mahupun jasmani. Setiap manusia haruslah menjaga dirinya dan alam dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri mahupun alam sekeliling
1
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
21/02/2013
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 7
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 8
INDIVIDU
INDIVIDU
KELUARGA
MASYARAKAT
+
ALAM SEKITAR
NEGARA
Menjadi khalifah di bumi
Menyempurnakan iman
Mencermin keperibadian dengan berakhlak mulia
Menjamin keselamatan dunia dan akhirat
Lingkungan Berakhlak
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 9
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 10
Menjadi garis pemisah antara orang yang berakhlak dan tidak berakhlak
Mengukuh hubungan kekeluargaan
Menjaga hak hubungan antara anak dan ibu bapa
Menjaga tingkah laku bersama keluarga
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 11
Peka kepada masyarakat sekitar
mewujudkan masyarakat yang harmonis
Dalam Masyarakat
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 12
Negara
Bersama membangunkan negara Penentu kelangsungan tamadun bangsa Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
Maruwiah Ahmat
A L A M S E K I T A R
menjamin keselamatan setiap sesuatu sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan
Tidak merosakkan alam sekitar
Membantu melestarikan alam sekitar
2
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 13
21/02/2013
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 14
Nabi dan rasul merupakan utusan Allah kepada seluruh umat manusia.
Fatanah
Amanah
Tabligh
Setiap yang beriman haruslah percaya dan yakin dengan segala yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
Siddiq
Maksum
Sabar
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 15
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 16
Fatanah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Para Nabi harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya. Nabi juga harus mampu berdebat dengan cara yang sebaikbaiknya.
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 17
Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Contoh: penduduk Makkah memberi gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran „Al-Amin‟ yang bermaksud „dipercayai‟, sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 18
Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh para nabi. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ia menyinggung nabi sendiri. Menyampaikan ajaran meskipun diancam. Menyampaikan ajaran meskipun sukar.
Maruwiah Ahmat
Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.
3
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
21/02/2013
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul
19
20
Maksum ertinya terpelihara daripada dosa. Semua tindak langkah para Rasul itu bebas dari kesalahan. Setiap apa yang disampaikannya pasti benar sebab peluang kesalahan telah ditutup rapat. Amalan yang mereka lakukan hanya terbatas pada pekerjaan yang wajib dan sunat, tidak pernah melakukan perkara makruh dan haram. Seandainya nabi2 Allah tidak memiliki kesempurnaan sbagai manusia semacam ini, rendahlah mereka dlm pndangan manusia dan tidak seorang pun yg memenuhi seruan mereka.
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul Aktiviti
Sabar ertinya bertindak berdasarkan kewajaran. Sabar merupakan satu kunci untuk seseorang menghindari dari melakukan sesuatu diluar jangkaan. Hali ini kerana seseorang yang marah akan hilang pertimbangan dalam diri dan sanggup melakukan apa sahaja yang tidak diduga oleh dirinya sendiri juga. Sifat sabar ini dapat membantu daripada terjadinya perkara sedemikian. Nabi Muhammad S.A.W juga seorang yang sabar dalam menyampaikan dakwah Baginda. Baginda sabar menghadapi segala ujian daripada kaum tentangan namun Baginda dapat menempuh semuanya hanya kerana Baginda sabar
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul
21
22
Ciri-ciri akhlak IslamMencontohi akhlak Nabi
Bersifat benar dan jujur
Bersifat rendah diri
Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
Bersifat pemurah
Menjadi contoh yang baik
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 23
Contoh Akhlak Nabi Muhammad Pernah satu ketika seorang arab badwi kencing di satu sudut dalam masjid nabi. Para sahabat yang melihat keadaan itu merasa marah atas kebiadaban itu, tetapi Nabi Muhammad menjawab: “biarkan dia menyelesaikan hajatnya”. Setelah itu, baginda membasuh najis tersebut dan kemudian barulah baginda menjelaskan kepada Arab Badwi tersebut adab di dalam masjid.
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 24
Contoh Akhlak Nabi Yusuf Ketika Nabi Yusuf digoda oleh isteri Al-Aziz (raja Mesir), nabi telah menolaknya dengan sangat sopan.
Akhlak Nabi Hud
Nabi Yusuf berkata: “Sesungguhnya Allah tidak akan memberi kemenangan pada orang yang membuat zalim”.
Maruwiah Ahmat
Nabi Hud berasal daripada suku Aad. Kebanyakkan daripada mereka telah membina patung yang diberi nama “Thamud” dan “Attar‟ lalu menyembahnya sebagai tuhan. Kenikmatan hidup yang mereka kecapi pada masa itu dianggap kurniaan dan pertolongan daripada kedua patung tersebut. Kesannya masyarakat tersebut menjadi rakus dan tamak kepada harta kekayaan sehingga lahir kelompok masyarakat yang saling menindas, memperkosa dan memeras ugut.
4
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 25
Cara Menjaga Akhlak
Kezaliman ini semakin berleluasa dan menjadi kebiasaan. Nabi Hud telah berusaha berdakwah dengan memberi contoh dan tauladan yang baik kepada kaumnya namun mendapat tentangan yang sangat hebat. Namun begitu, nabi Hud tidak marah dan gusar malahan terus berusaha menarik dan mengajak mereka berfikir secara rasional dengan memberikan beberapa bukti yang dapat diterima akal .
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 27
Pemantapan akidah Bermuhasabah Mengawal panca indera Pemantapan Ilmu Pergaulan yang baik Menjaga perbuatan
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 28
Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 29
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 26
21/02/2013
Huraian Hadith: Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benarbenar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing. Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.
4.4 Akhlak Para Nabi dan Rasul 30
Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling. Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.
Maruwiah Ahmat
Sifat dan akhlak para nabi dan rasul adalah antara model terbaik yang wajib diikuti oleh setiap muslim. Akhlak terpuji yang dibajai dengan ketakwaan merupakan satu teras dalam pembangunan modal insan. Ia menjadi kayu pengukur pada hari pembalasan. Muslim yang berpegang kepada kesempurnaan akhlak berpotensi menjadi seorang yang cemerlang dan produktif.
5
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
21/02/2013
Aktiviti Pengukuhan 31
1.
2.
3.
Apakah maksud fatanah? Berikan contoh sifat fatanah nabi. Apakah maksud tabligh? Apakah kepentingan sifat tabligh kepada umat nabi. Berikan maksud al-Amin. Apakah kepentingan sifat al-Amin bagi diri Nabi Muhammad?
Maruwiah Ahmat
6