IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
05/02/2013
1
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembelajaran
Kandungan Bab
Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam
4.1 Maksud moral, etika dan akhlak 4.2 Sumber dan pembahagian akhlak 4.3 Peranan akhlak dalam kehidupan 4.4 Akhlak pada nabi dan rasul
BAB 4 KONSEP AKHLAK I IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA
Maruwiah Ahmat
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
3
4
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa dengan kurniaan akal fikiran berbanding makhluk lain.
Dengan akal manusia dapat berfikir dan membentuk amalan perbuatan.
Akal manusia adalah terhad dalam berfikir, maka Allah datangkan syariat yang terangkum didalamnya ilmu akhlak atau juga dikenali tamadun kemanusiaan bagi mengimbangi pemikiran dan pembangunan kehidupan manusia.
Menurut Islam, akal sematamata tidak dapat mengimbangi perbuatan manusia.
PENDAHULUAN 5
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 6
MORAL Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral.
Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut.
Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.
Maruwiah Ahmat
Moral adalah sifat atau perbuatan yang terikat dengan situasi, tempat dan masa dalam sesebuah masyarakat. Sarjana sains sosial menganggap bahawa moral itu adalah sesuatu yang boleh berubah-ubah mengikut perubahan masa dan pandangan sesebuah masyarakat. Moral dari segi bahasa berasal daripada perkataan Latin ‘mores’ atau moralis iaitu jamak kepada perkataan ‘mos’ yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Menurut istilah, Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.
1
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 7
05/02/2013
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 8
Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi Keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 9
ETIKA dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’ dan bahasa Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Dalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang boleh membantu dalam meningkatkan integriti. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 10
Etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat.
Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat.
Manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 11
Bandingkan gambar untuk menyatakan tidak bermoral atau tidak beretika.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 12
AKHLAK Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab, „khuluq’ yang bermaksud budi pekerti. Istilah lain yg berkaitan: perbuatan, tingkah laku semula jadi, tidakan moral atau tidak bermoral serta perangai. Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam.
Maruwiah Ahmat
Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Merujuk Ibn Miskawih (m. 1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak terkemuka menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan
2
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
05/02/2013
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 13
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 14
Menurut Iman Al-Ghazali (1015-1111 M): Akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindaktanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 15
Akhlak yang mulia adalah penting sebagai kayu ukur seseorang. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Ayat Al-Quran tentang akhlak Nabi Muhammad: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik... (Al-Ahzab, 21)
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 16
Perbezaan etika, moral dan akhlak Etika
Moral
Akhlak
o Ajaran yang o Segala tingkah membincanglaku mencakupi kan perbuatan sifat baik dan baik dan buruk buruk
Perbezaan etika, moral dan akhlak Etika
o Ajaran yang membincangkan baik dan buruk
Moral
Etika dan moral ialah satu sistem yang menilai zahiriah manusia sahaja
o Meletakkan o Di nilai oleh tradisi o Bersandarkan wahyu akal sebagai masyarakat Allah S.W.T dan kayu pengukur sebagai alat akhlak rasul sebagai bagi perbuatan pengukur. pengukur. tersebut.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 17
Akhlak Akhlak merupakan suatu sistem yang menilai tindakan dan perbuatan zahir dan batin.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 18
Moral Moral mencakupi perasaan, pemikiran dan niat di hati manusia dalam konteks hubungan sesama manusia sahaja.
Maruwiah Ahmat
Akhlak Akhlak mencakupi perasaan, pemikiran dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain.
Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.
Nilai-nilai Akhlak Islam Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia.
Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilainilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.
3
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 19
Contoh 1: Berpakaian
05/02/2013
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 20
AKHLAK
MORAL Dalam kebanyakan agama, menutup aurat bukan satu kewajipan dan tidak dikira sebagai tidak bermoral.
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat dengan kaedah tertentu. Walaupun seseorang muslim itu mempunyai budi pekerti yang baik, namun ia dianggap tidak berakhlak jika sesorang muslim melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Penilaian dan ukuran adalah pakaian tersebut hendaklah tidak keterlaluan atau menjolok mata serta berbudi pekerti baik.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 21
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 22
Contoh 2: Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bagi masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.
4.1 Maksud Moral, Etika dan Akhlak 23
Contoh 3 Bersalaman: Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.
4.2 Sumber dan Pembahagian Akhlak 24
Contoh 4 – Aktiviti sejagat semasa Pertandingan ratu cantik Pertandingan nyanyian Pertandingan tarian Big Brother
Islam tidak menghalalkan pendedahan aurat dan pergaulan bebas dengan bukan muhrim walaupun dibolehkan dalam sistem sosial lain.
Maruwiah Ahmat
SUMBER AKHLAK ISLAM
Al-Quran
Allah menjelaskan akhlak para nabi melalui ayat-ayat didalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan
Hadith
Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi Muhammad.
4
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
05/02/2013
4.2 Sumber dan Pembahagian Akhlak 25
4.2 Sumber dan Pembahagian Akhlak 26
Mahmudah PEMBAHAGIAN AKHLAK
MAHMUDAH (TERPUJI)
MAZMUMAH (TERCELA)
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 27
Dengki Iri hati Banyak melakukan perkara sia-sia Takabbur Ria‟ Ujub Mudah marah Terlalu kasihkan dunia
28
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 29
Hormat-menghormati Menjaga kebersihan Rajin membantu Menjaga lidah Pemurah Berbaik sangka Wasatiah Jujur Sabar
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan
PERANAN AKHLAK Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Nabi Muhammad saw. “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” - menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik.” Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Mazmumah
Menghapuskan dosa Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala. Sabda Nabi Muhammad saw: “Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”
Sifat Nabi Muhammad Akhlak merupakan sifat Nabi Muhammad saw di mana Allah swt telah memuji Nabi Muhammad kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam Al-Quran, firman Allah swt: “Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung (mulia).”
Akhlak baik adalah beragama Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad saw: “Wahai Rasulullah, apakah itu agama?” Rasulullah menjawab: “Akhlak yang baik.”
4.2 Sumber dan Peranan Akhlak 30
Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Hadith: “Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka.” Antara rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihat-Nya kerana walauun kita tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.
Maruwiah Ahmat
Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia
1
• Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa.
• Oleh itu antara misi yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
5
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA
05/02/2013
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 31
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 32
• Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka.
2
• Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia lambang kesempurnaan iman, ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal.
3
• Seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.
• Dalam hal ini Nabi Muhammad saw bersabda: “Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 33
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan 34
Tidak melakukan perkaraperkara yang syubhat
• Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya.
4
Lembut dan sabar
• Kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui alQuran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum Nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain.
Ciri-ciri Akhlak Islam
Bersifat pemalu
4.3 Peranan Akhlak dalam Kehidupan Aktiviti 35
Memelihara penglihatan
Memelihara lidah
Aktiviti Pengukuhan 36
Ciri-ciri akhlak IslamMencontohi akhlak Nabi
Bersifat benar dan jujur
Maruwiah Ahmat
Bersifat rendah diri
Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
Bersifat pemurah
Menjadi contoh yang baik
Berikan perbezaan moral, etika dan akhlak dari sudut: (a) pengertian bahasa. (b) pengertian istilah. (c) amalan seseorang.
6