CTU263
7/25/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
MAKLUMAT KURSUS 2
KANDUNGAN
HASIL PEMBELAJARAN • Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam
3. 3.1
3.2
Maruwiah Ahmat
Amalan Pengurusan Islam Proses Pengendalian Pengurusan 3.1.1 Takhtit 3.1.2 Tanzim 3.1.3 Qiyadah 3.1.4 Wiqayah Fiqh Al-Awlawiyat dalam Pengurusan
1
CTU263
7/25/2013
PENGENALAN 3
Asas pengurusan merupakan perkara yang perlu diberi penekanan bagi mencapai sesuatu matlamat. Di dalam pengurusan Islam asas pengurusan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
Perancangan (Takhtit)
Penyusunan (Tanzim)
Kepimpinan (Qiyadah)
Pengawasan (Wiqayah)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 4
Pertama: Perancangan (Takhtit) Perancangan ialah mengkaji aspek-aspek yang berkaitan sebelum melakukan sesuatu kerja. Kemudian memilih satu cara yang paling baik yang membolehkan tercapainya matlamat dalam masa tertentu, mengikut keupayaan serta suasana dan keadaan tertentu. Keupayaan di sini bermaksud penggunaan tenaga manusia atau bahan yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Maruwiah Ahmat
2
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 5
Perancangan merupakan aspek paling penting dalam pengurusan. Sejarah awal perkembangan agama Islam menunjukkan betapa rapinya perancangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sebelum Islam tersebar dengan meluas.
Perancangan Dakwah di Makkah
Perancangan Hijrah
Perancangan Menyusun negara Madinah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 6
Perancangan dalam Masyarakat Islam Makkah Gerakan dakwah pada awal Islam dijalankan secara rahsia selama 10 tahun sebelum Allah s.w.t mengizinkan supaya dilakukan secara terang-terangan. Rasulullah s.a.w telah memulakan dakwah kepada keluarga yang terdekat, kerana sekiranya dakwah kepada keluarga terdekat berjaya dan mendapat sambutan ia boleh meyakin orang ramai.
Maruwiah Ahmat
3
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 7
Perancangan Dakwah Rasulullah SAW Ahli keluarga Sulit Sahabat rapat
Perancangan Dakwah
Bani Hasyim Terangtengan
Penduduk Mekah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 8
Maruwiah Ahmat
Dalam usaha menyelamatkan orang yang baharu memeluk Islam dari ditindas oleh orang kafir Quraisy, Rasullullah memerintahkan mereka berhijrah ke Habsyah. Dalam rancangan ini seramai 9 lelaki dan isteri mereka berpindah, seterusnya rombongan yang kedua bilangannya terdiri dari 80 lelaki dan 18 wanita. Perancangan ini membuktikan betapa rapinya rancangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan orang terawal memeluk Islam dari terus ditindas oleh orang kafir Quraisy.
4
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 9
Selepas tahun ke-11 daripada tahun kerasulannya, Rasulullah telah membuat perjanjian Aqabah Pertama antara suku kaum Aus dan Khazraj. Pada tahun berikutnya berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua dengan kemasukan suku kaum Aus dan Khazraj dalam agama Islam.
Aqabah ialah sebuah tempat yang berada di antara Makkah dan Madinah.
Aus dan Khazraj ialah dua puak terbesar yang mendiami Yathrib
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 10
T A M B A H A N
Maruwiah Ahmat
Baiat Aqabah 1 (621 M) ialah perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan 12 orang dari Yathrib yang kemudian mereka memeluk Islam. Baiat Aqabah ini terjadi pada tahun ke-12 kenabiannya. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada Muhammad. Nabi Muhammad mengirim Mushab bin Umair dan Amr bin Ummi Maktum ke Yatsrib bersama mereka untuk mengajarkan kepada manusia perkara-perkara agama Islam, membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.
5
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 11
Isi baiat Perjanjian Aqabah I ada tiga perkara: T A M B A H A N
Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
Meninggalkan apa yang Allah larang.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 12
T A M B A H A N
Maruwiah Ahmat
Baiat Aqabah 2 (622 M) ialah perjanjian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terhadap 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yathrib. Wanita itu adalah Nusaibah bintu Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy. Perjanjian ini terjadi pada tahun ke-13 kenabian. Mush’ab bin ‘Umair kembali ikut bersamanya beserta dengan penduduk Yathrib yang sudah terlebih dahulu masuk Islam.
6
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 13
Isi baiat dalam Perjanjian Aqabah II ialah: Untuk mendengar dan taat, baik dalam perkara yang mereka sukai mahupun yang mereka benci.
T A M B A H A N
Untuk berinfak baik dalam keadaan sempit mahupun lapang.
Untuk amr makruf nahy anil munkar.
Agar mereka tidak terpengaruh celaan orang yang mencela di jalan Allah. Agar mereka melindungi Muhammad sebagaimana mereka melindungi wanitawanita dan anak-anak mereka sendiri.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 14
Maruwiah Ahmat
Kesan Perjanjian Aqabah Bilangan umat Islam makin meningkat. Apabila kaum kafir Quraisy mengetahui Rasullullah s.a.w membuat hubungan dengan kaum di Yathrib, mereka bertambah marah terhadap Rasullulah serta pengikutnya lalu mereka mengenakan tekanan yang teruk kepada pengikut Islam ketika itu. Maka turunlah wahyu yang memerintahkan supaya berhijrah ke Yathrib.
7
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 15
Perancangan Masyarakat Madinah Masyarakat Madinah berbeza dengan masyarakat Makkah dari segi anutan agama. Ini kerana di Madinah terdapat pelbagai agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi dan lain-lain.
Oleh yang demikian itu Rasulullah s.a.w melakukan dua perancangan awal iaitu: Pertama: memelihara akidah Islamiah. Ini kerana di Madinah terdapat penganut Islam yang berasal dari Makkah dan ada yang berasal dari Madinah, Rasulullah s.a.w ingin menyatukan mereka melalui penyatuan akidah. Kedua: kebebasan beragama, ini membolehkan mereka yang tidak beragama Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 16
Perancangan yang disertai dengan petunjuk Allah S.W.T itu telah melahirkan satu masyarakat Islam yang ulung yang terbit dari tiga dasar iaitu:
Orang Islam dan bukan Islam dijamin kehidupannya dan mata pencarian mereka, menjadikan orang Islam bertambah keimanannya, yang kurang yakin dengan Islam bertambah keyakinannya.
Maruwiah Ahmat
Yang takut menjadi berani dan yang lemah menjadi kuat.
Memberi rasa ketenangan dan rasa senang hati kepada mereka yang memeluk Islam dan bagi yang bukan Islam diberi kebebasan memeluk agama lain.
8
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 17
Antara perancangan Rasulullah SAW lainnya yang sangat penting ialah: Rasulullah s.a.w membina masjid bagi memperkuatkan umat Islam ketika itu. Masjid menjadi tempat gerakan umat Islam dan pusat menuntut ilmu di samping melakukan pelbagai aktiviti lain ketika itu.
Seterusnya Rasulullah s.a.w menyatukan antara Muhajirin dan Ansar.
Membuat perjanjian dengan orang Yahudi dan membersihkan Madinah dari mereka yang tidak memelihara perjanjian.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 18
Perancangan Menghadapi Peperangan Rasulullah s.a.w tidak memulakan peperangan sehinggalah diwahyukan oleh Allah s.w.t. Peperangan bukanlah menjadi matlamat utama Islam, tetapi bertujuan mempertahankan serangan-serangan yang menentang musuh. Umat Islam disuruh membuat persediaan sebelum berperang. Dalam melaksanakannya Allah s.w.t menyerahkan urusannya kepada kebijaksanaan rasul dan pengikutnya untuk menentukan keperluan alatan, pakaian dan seumpamanya berdasarkan kesesuaian masa dan suasana. Rasulullah s.a.w kerap melakukan syura untuk mengambil pendapat ramai berhubung dengan masalah peperangan ini.
Maruwiah Ahmat
9
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 19
Perancangan Ekonomi Perancangan ekonomi bermula pada zaman Saidina Umar di mana baginda telah mengarahkan supaya tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam tidak diagih-agihkan. Tanah tersebut menjadi hak milik Baitul Mal dan hasil yang dipungut akan diagihkan kepada orang miskin. Rancangan ekonomi yang paling besar dilakukan oleh Saidina Umar ialah rancangannya menggali terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah untuk kemudahan mengangkut barangan daripada Mesir ke Hijaz.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 20
Falsafah Perancangan Ekonomi Islam menekankan kepada dasar rundingan dengan bijak pandai dalam sesuatu urusan dan melakukan syura tanpa membuat keputusan sendirian.
Maruwiah Ahmat
10
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 21
Pembahagian Kuasa Boleh dikatakan bahawa pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada permulaan Islam telah diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas-tugas pembangunan di wilayah masing-masing tanpa campur tangan khalifah.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 22
Kedua: Penyusunan (Tanzim) Penyusunan ialah mengumpul dan menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan yang perlu untuk capai satu-satu tujuan tertentu. Salah satu penyusunan yang penting dalam pengurusan ialah menyediakan carta organisasi yang membahagikan tugas dan tanggungjawab dalam bidang-bidang dan bahagian-bahagian tertentu supaya tugas itu tidak bertembung dan bertindih dengan kerja-kerja harian yang lain.
Maruwiah Ahmat
11
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 23
Pada masa kini pembahagian tugas dan penyusunan pengurus terbahagi kepada dua bahagian iaitu: membuat dasar dan menjadi penasihat kepada pihak berkuasa dalam membuat keputusan. bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan kerja-kerja yang telah dirancang oleh pemerintah
Rancang dasar
Laksana
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 24
Dasar-dasar Penyusunan Pengurusan Islam Kepimpinan iaitu dalam pentadbiran berorganisasi, sewajarnya mempunyai pucuk pimpinan yang menerajui pentadbiran tersebut. Kuasa dan Tanggungjawab iaitu merupakan kemampuan membuat keputusan atau tindakan terakhir sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan. Konsep Syura iaitu dalam pengurusan Islam syura merupakan perkara wajib dilakukan sebelum menetapkan sesuatu keputusan. Dasar Pengagihan Kuasa iaitu kuasa tidak terletak kepada khalifah semata-mata tetapi juga kepada pegawai yang dilantik.
Maruwiah Ahmat
12
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 25
Ketiga: Kepimpinan (Qiyadah) Kepimpinan ialah seni penyusunan hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarahkan mereka ke arah suatu matlamat yang dirancang.
Bentuk Kepimpinan
Demokrasi
Autokrasi
Laissez Faire
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 26
Bentuk-bentuk Kepimpinan Barat Kepimpinan Demokrasi: corak kepimpinan ini ialah segala keputusan adalah hasil dari suara ramai tetapi pemimpin akan menilai terlebih dahulu. Kepimpinan Autokrasi: corak kepimpinan ialah kuasa mutlak berada di tangan pemimpin. Segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mendapat mandat dari orang ramai. Kepimpinan Laissez Faire: segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan bulat-bulat kepada rakyat yang menentukannya.
Maruwiah Ahmat
13
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 27
Bentuk-bentuk Kepimpinan Islam
Demokrasi
• Demokrasi Islam bukan bersumberkan akal manusia tetapi Al-Quran dan Sunnah
Syura
• Kepimpinan Islam juga melaksanakan syura untuk melantik pemimpin dan membuat sebarang keputusan.
Al-Quran dan Sunnah
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 28
Ciri-ciri Pemimpin Unggul
Maruwiah Ahmat
Taqwa
Mesra dan akrab
Mengenali persekitaran
Amanah
Bertanggungjawab
Berilmu
Ikhlas
Muraqabah
Insaniyah
14
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 29
Kedudukan Qiyadah Islamiyah
Kedudukan qiyadah Islamiyah merupakan hal yang sangat penting bagi kepimpinan Islam. Sebagaimana dinyatakan oleh Umar bin al-Khattab: ِإلمَارَةِ وَالَ ِإمَارَةَ اِالَّ بِالطَاعَة ِ ْجمَاعَةَ اِالَّ بِا َ َجمَاعَةِ وَال َ الِاسْالَمَ اِالَّ بِا ْل َ “Tidak ada Islam kecuali dengan berjama’ah, dan tidak ada jama’ah kecuali dengan adanya kepemimpinan, dan tidak ada kepemimpinan kecuali adanya keta’atan”.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 30
Kepemimpinan Tertinggi Hanya Milik Allah Kepemimpinan tertinggi dan mutlakt sifatnya hanya milik Allah. Hal ini kerana Allah SWT adalah pencipta alam semesta dan manusia. Sebagai pencipta, kedudukan Allah adalah pemilik sekali gus Penguasa. Di tangan-Nyalah secara mutlak segala bentuk kekuasaan kepada makhluknya. Dialah satu-satunya yang memiliki kekuasaan mutlak baik kekuasaan untuk memerintah membuat dan menetapkan hukum.
Maruwiah Ahmat
15
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 31
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (67:1) Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (12:40) “Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (7:57)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 32
Maruwiah Ahmat
Allah SWT memberikan amanah kepada orang terpilih untuk bertindak sebagai utusan-Nya. Para Nabi dan Rasul yang mendapat kepercayaan untuk memikul amanah itu adalah orang yang telah diuji dengan pelbagai dugaan, sehingga mereka mendapat kedudukan sebagai al-Mustafa (yang terpilih). Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahkan ilmu dan tubuh yang perkasa”. (2:247)
16
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 33
Peranan Qiyadah Islamiyah
Penyelamat manusia dari lembah kesesatan.
Sebagai pelaksana hukum Allah SWT.
Sebagai badan untuk melakukan jihad menentang musuh-musuh Islam.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 34
Kewajipan Pemimpin
Amanah Bekerjasama melaksanakan syariah Islamiyah
Maruwiah Ahmat
Melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur.
• tidak menggunakan jawatan untuk kepentingan kebendaan seperti rasuah • tidak menjalankan tugas secara pilih kasih seperti mengutamakan keluarga atau sahabat.
17
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 35
Hak Pemimpin Disebabkan tugas dan tanggungjawab ketua dan pemimpin dalam sesuatu organisasi itu berat, pemimpin juga berhak menerima pelbagai kemudahan. Pemimpin berhak mendapat ketaatan dan kesetiaan selagi arahannya tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah, Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu.. (Nisa’: 59)
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 36
Pengukuhan Kepimpinan
Maruwiah Ahmat
Kemahiran Konsepsi
• • • •
Ketepatan perjalanan organisasi. Memahami pandangan umum terhadap kepimpinannya. Mempunyai kaliber tersendiri Kemahiran merancang
Kemahiran Komunikasi
• Kemampuan berhubungan denan masyarakat dari pelbagai peringkat. • Kemampuan berhubungan dengan orang bawahan • Memliki daya penggerak
Kemahiran Teknikal
• Mempunyai kemahiran dalam ilmu pengurusan organisasi • Berkeupayaan melaksanakannya • Menguasai bidang/syarikat yang dipimpinnya
18
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 37
Keempat: Pengawasan (Wiqayah) Pengawasan berperanan memastikan segala urusan pengurusan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Di samping itu tugas bahagian pengawasan ini juga mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Seterusnya bertindak segera membetulkan sebarang kesilapan atau penyelewengan yang berlaku dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas-lunas undangundang.
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 38
Sistem pengawasan terbahagi kepada 4 bahagian:
Maruwiah Ahmat
1. Pengawasan kendiri.
2. Pengawasan Pengurusan iaitu tugas yang diselenggarakan oleh unit pelaksana bagi pihak negara.
4. Pengawasan pelaksanaan urusan pentadbiran.
3. Pengawasan oleh masyarakat juga dinamakan pengawasan rakyat.
19
CTU263
7/25/2013
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 39
Tujuan utama wiqayah
Asas pengukur kejayaan
Fungsi akhir – mengatasi sebarang masalah
Langkah dorongan
Penjamin kelicinan organisasi
Langkah pencegahan
3.1 Proses Pengendalian Pengurusan 40
Kesimpulan Keempat-empat asas yang diterangkan di atas membuktikan betapa Islam menitikberatkan tentang ilmu pengurusan. Tanpa ilmu pengurusan kemungkinan sesuatu perancangan itu mungkin sukar dilaksanakan.
Maruwiah Ahmat
20
CTU263
7/25/2013
RUJUKAN 41
Rujukan Nota Kuliah Bab 3 1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusandalam-islam.html (18/7/2013)
Maruwiah Ahmat
21