CTU263
7/11/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
MAKLUMAT KURSUS 2
HASIL PEMBELAJARAN • Menjelaskan teras dan falsafah pengurusan Islam
Maruwiah Ahmat
KANDUNGAN 2. Teras, Prinsip dan Etika Pengurusan Islam 2.1 Teras Pengurusan Islam 2.2 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam 2.3 Nilai dan Etika Kerja Islam
1
CTU263
7/11/2013
PENGENALAN 3
Teras
Prinsip
• Teras bermaksud asas atau dasar sesuatu perkara yang menjadi intipati. • Prinsip ialah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran umum mahupun individual yang dijadikan oleh seseorang atau sesuatu kelompok sebagai sebuah pedoman untuk berfikir atau bertindak.
2.1 Teras Pengurusan Islam 4
Akidah menjadi teras kepada pengurusan. Pengurusan Islam terdiri daripada:
Akidah
Maruwiah Ahmat
Syariah
Akhlak
Pengurusan Islam
Ketiga-tiga asas ini adalah teras kepada pengurusan Islam yang kemudian membentuk falsafah pengurusan Islam.
2
CTU263
7/11/2013
Akidah Teras Pengurusan 5
Falsafah merupakan dasar sesebuah organisasi. Ia dianggap sebagai panduan bagi sesebuah sistem yang daripada sistem tersebut akan lahir pula konsep-konsep yang akan mendukung sistem tersebut. Falsafah pengurusan Islam bukan berdasarkan gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan paradigma Tauhid (akidah). Tauhid merupakan inti ajaran Islam dan sebagai paksi kepada segala aktiviti manusia.
Akidah Teras Pengurusan 6
Akidah Bahasa: berasal dari perkataan ‘aqd – ikatan/simpulan Istilah: Kepercayaan atau keyakinan yang kukuh dalam jiwa seseorang terhadap Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya serta segala yang berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT. Akidah menjadi teras utama dalam sesebuah pengurusan.
Maruwiah Ahmat
3
CTU263
7/11/2013
Akidah Teras Pengurusan 7
Sentiasa berpegang teguh kepada AlQuran dan Sunnah
Sedia amr makruf nahy anil munkar.
Berakhlak mulia dalam pekerjaan
Merendah diri, tidak egoistik dan individualistik
Memahami hakikat hidup di dunia – untuk akhirat
Akidah Teras Pengurusan 8
Hubungan Akidah dalam Amalan Pengurusan Di dalam pengurusan Islam segala aktiviti tidak dapat dipisahkan dengan hakikat akidah/tauhid. Tiga bidang utama yang ditekankan dalam hakikat akidah iaitu:
Hakikat insan
Hakikat insan bermaksud setiap individu yang berkhidmat atau bekerja dalam sesuatu organisasi tidak lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba Allah S.W.T yang lemah. Semua yang kita perolehi adalah dengan izin Allah S.W.T.
Maruwiah Ahmat
4
CTU263
7/11/2013
Akidah Teras Pengurusan 9
Hakikat amal Hakikat amal bermaksud setiap kerja yang kita lakukan hendaklah kerana Allah S.W.T walaupun kerja yang kita lakukan tersebut untuk kemudalah manusia.
Hakikat organisasi Hakikat organisasi bermaksud setiap undang-undang yang dicipta di dalam sesebuah organisasi tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah hendaklah menjadi perlembagaan yang utama dalam sesebuah organisasi.
Akidah Teras Pengurusan 10
Kesan Akidah dalam Amalan Pengurusan
1. Melahirkan pekerja yang berdisiplin terhadap kerja. Apabila seseorang berkerja dengan penuh kerelaan dan melakukan segala benda kerana Allah S.W.T menyebabkan mereka lebih komited untuk mendapat balasan di dunia dan di akhirat juga. 2. Melahirkan sebuah organisasi yang adil. Di samping mengejar keuntungan dunia, mereka juga tidak lupa untuk memberi hasil yang setimpal kepada pekerja. 3. Melahirkan ketua prihatin terhadap pekerja. Ini kerana seseorang ketua sedar bahawa sehebat mana pun beliau tetap seorang hamba Allah S.W.T. Maka beliau akan berasakan bahawa pangkat yang diberikan adalah amanah Allah S.W.T yang perlu dilaksanakan.
Maruwiah Ahmat
5
CTU263
7/11/2013
Akidah Teras Pengurusan 11
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH • Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah SWT Membentuk hala tuju ummah yang jelas • Membina keperibadian ummah yang unggul • Mengukuhkan kecemerlangan ilmu • Menjana pemikiran ummah yang kritis • Membangun ekonomi ummah secara komprehensif • Mewujudkan kepimpinan yang adil
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 12
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Berikut adalah prinsip pengurusan Islam. Al-‘Adalah (Keadilan)
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat… (Surah Al-Nahl: 90)
Maruwiah Ahmat
6
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 13
Keadilan boleh dilaksanakan dalam perkara seperti berikut :
Membuat sesuatu keputusan
Pengucapan
Keadilan terhadap Allah s.w.t
Pengurusan harta
Urusan persendirian
Timbangan dan ukuran
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 14
Al-Ubudiyyah (Pengabdian diri) Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah SWT, manakala konsep Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja. Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyyat: 56)
Maruwiah Ahmat
7
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 15
Al-Hurriyyah (Kebebasan)
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan. Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam beragama” (Al-Baqarah: 265)
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 16
Aspek Al-Hurriyah
Kebebasan personal
Maruwiah Ahmat
Kebebasan pemikiran
8
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 17
Hak bergerak
Hak keamanan Kebebasan Personal
Hak kehormatan tempat tinggal Hak kerahsiaan perhubungan
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 18
Kebebasan Pemikiran
Kebebasan Berakidah
Maruwiah Ahmat
Kebebasan Belajar dan Mengajar
Kebebasan Berfikir
Kebebasan Sosial dan Ekonomi
9
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 19
Hak Bekerja
Hak Kebebasan Sosial dan Ekonomi
Hak Mendapat Kawalan Kesihatan Hak kehidupan yang Mulia dan Selesa
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 20
Al-Musawah (Persamaan) Ia bermaksud manusia adalah sama di sisi undang-undang yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Jenis-jenis persamaan: 1. Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang. Iaitu setiap individu sama ada majikan atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah diwahyukan. 2. Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman. Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain. 3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
Maruwiah Ahmat
10
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 21
Al-Syura (Permesyuaratan) Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dalulu mengadakan perbincangan. Ia bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli di samping mendapat keputusan majoriti. Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan mereka….. (Ali Imran: 159). Dua skop syura dalam pengurusan Islam. (a) Perlantikan khilafah/jawatan penting (b) Membuat sesuatu keputusan.
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 22
Contoh amalan syura yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Dalam menetapkan hukuman terhadap tawanan perang, Rasulullah SAW telah melakukan syura bersama para sahabat. Strategi kedudukan tentera dalam Perang Badar dan Uhud. Idea menggali parit dalam Perang Khandaq. Dalam perlatikan Khalifah al-Rasyidin selepas kewafatan Rasullullah SAW di Saqifah Bani Saidah. Enam orang sahabat bermesyuarat untuk mencari pengganti Khalifah Abu Bakar.
Maruwiah Ahmat
11
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 23
Hukum syura berdasarkan ayat Surah Ali Imran: 159. dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah.. 1. WAJIB – diturunkan setelah kekalahan dalam Perang Uhud 2. SUNAT – kerana Rasulullah tidak memerlukan kepada syura. Ayat itu hanya sekadar mengangkat martabat sahabat (apabila idenya diminta oleh Rasulullah SAW).
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 24
Al-Masuliyyah (Pertanggungjawaban) Bertanggungjawab atas setiap yang diamanahkan termasuk juga amanah yang diwajibkan ke atas kita manusia. Dalil yang berkaitan dengan prinsip pertanggungjawaban sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “dan mereka-mereka yang melaksanakan amanah-amanah dan janji-janji.” (Al-Mukminun: 8)
Maruwiah Ahmat
12
CTU263
7/11/2013
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM 25
Al-Taah (Kepatuhan) Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan oleh majikan selagi mana tidak menentang hukum Allah. Hukumnya adalah wajib. Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah SWT yang bermaksud: “Taatlah kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu” (al-Nisa’: 49)
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN Peraturan Mengikuti Kuliah ISLAM 26
Itqan (Kualiti) Melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan istiqomah atau berterusan dan hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Islam melihat kualiti dalam aspek yang menyeluruh seperti pemimpin berkualiti, pekerja berkauliti dan produktiviti berkauliti. Kesimpulan daripada keseluruhan prinsip-prinsip Islam menunjukkan kita bahawa agama Islam mempunyai system pengurusan yang lengkap dan sistematik.
Maruwiah Ahmat
13
CTU263
7/11/2013
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 27
Definisi Nilai Nilai didefinisikan sebagai suatu kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain atau institusi yang mematuhi peraturan, pilihan dan nilai utama masyarakat. Selain itu, nilai juga merupakan asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa amnya dan organisasi khasnya.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 28
Maruwiah Ahmat
Manakala etika ialah dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’ dan bahasa Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Dalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang boleh membantu dalam meningkatkan integriti. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk.
14
CTU263
7/11/2013
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 29
Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 30
Nilai dan Etika Pengurusan Islam Nilai dan etika pengurusan Islam bersifat syumul (menyeluruh) mempunyai cirri dinamisme, profesionalisme dan sempurna. Ini kerana segala yang dilakukan dikira sebagai ibadah termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, ketua, keluarga , organisasi dan negara. Asas nilai dan etika pengurusan Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumber nilai dan etika pengurusan Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ini bererti nilai dan etika pengurusan Islam mempuyai kekuatan kekuatan rohaniah yang paling kental.
Maruwiah Ahmat
15
CTU263
7/11/2013
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 31
Antara nilai dan etika penguruan Islam adalah seperti berikut: Pertama: Kebenaran Kebenaran dari kaca mata Islam hendaklah berasaskan kepada iman dan takwa. Benar tentang niat, perkataan, tingkah laku serta tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam alQuran yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah: 119).
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 32
Kedua: Kemuliaan Manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa kepada Allah bukan berdasarkan pangkat, kuasa, gelaran kedudukan dan sebagainya dalam hierarki pengurusan. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal. (Surah Al-Hujurat: 13).
Maruwiah Ahmat
16
CTU263
7/11/2013
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 33
Ketiga: Ihsan Ihsan bermaksud bahawa Allah SWT melihat segala perbuatan manusia sama ada secara terang atau sulit. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja atau majikan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharap balasan dunia semata-mata. Firman Allah SWT bermaksud: Untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya (Surah Yunus: 26).
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 34
Keempat: Keadilan Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari segi istilah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang pengurusan organisasi keadilan itu meliputi semua hal dan bidang dari segi peraturan, undang-undang, nilai, etika, pemilihan dan sebagainya. Firman Allah SWT yang bermaksud: …. dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (AnNisa: 57).
Maruwiah Ahmat
17
CTU263
7/11/2013
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 35
Nilai-nilai Lain Amanah
Kesederhanaan
Keberanian
Berdisiplin
Tepati Janji
Menghargai Masa
Kesabaran
Toleransi
Kebaktian
Pemaaf
Kejahatan dibalas kebaikan
NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM 36
Kesimpulan Sesungguhnya nilai dan etika kerja dikemukakan oleh Islam lebih menyeluruh, lebih tahan diuji dan sempurna. Islam mengenal pasti musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Justeru itu nilainilai yang bersifat kerohanian lebih ditekankan kerana itulah perisai yang dapat mengawal nafsu dan menolak godaan syaitan. Boleh dikatakan keperluan kepada nilai dan etika adalah untuk mewujudkan organisasi pengurusan yang mencapai tahap tertinggi dan mempunyai imej yang bersih untuk mendokong pembangunan negara dan menigkatkan kualiti penghidupan masyarakat.
Maruwiah Ahmat
18
CTU263
7/11/2013
RUJUKAN 37
Rujukan Nota Kuliah Bab 1 1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. http://azzahk.blogspot.com/2007/04/etika-islamsuatu-pengenalan.html (10/7/2013)
Maruwiah Ahmat
19