2.0
PERANCANGAN STRATEGIK
2.1
Pembangunan Strategi
a)
Proses Membangunkan Strategi
Proses Perancangan Strategi Dalam membangunkan perancangan strategik, UiTMCJ telah menggunakan beberapa pendekatan iaitu, meletakkan keutamaan kepada Visi, Misi dan Falsafah UiTM sebagai sumber rujukan utama dalam membentuk objektif strategik, pelan tindakan dan halatuju masa depan UiTMCJ bagi memastikan setiap objektif dan strategi yang dirancang tidak tersasar daripada apa yang telah diputuskan dengan Perancangan Strategik UiTM Malaysia dan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), khususnya dalam RMKe10 (2011-2015) yang dirangka setiap 5-10 tahun. Selain daripada itu, ianya juga mengambil kira dasar kerajaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Wawasan 2020, Model Ekonomi Baru dan lain-lain sebagai panduan utama dalam membuat dan menyusun perancangan.Tidak ketinggalan juga, analisis persekitaran diambilkira dalam membangun strategi iaitu analisis persekitaran dalaman iaitu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan UiTMCJ dan juga analisis persekitaran luaran iaitu mengenalpasti peluang yang boleh direbut dan pada masa yang sama mengenalpasti ancaman yang cuba ditangani dengan menggunakan kekuatan yang ada seperti Rajah 2.1.
Rajah 2.1: ProsesPerancangan Strategik UiTMCJ
Rajah 2.2: Proses Penilaian Perancangan Strategik
UiTMCJ juga melihat potensi yang akan berlaku pada masa hadapan sebagai persediaan yang akan dilakukan oleh UiTMCJ misalnya kursus-kursus atau bidang yang memenuhi permintaan pasaran dan well-subscribed, kawasan tapak yang berpotensi sesuai untuk dibangunkan kerana berhampiran dengan permintaan industri, penempatan program sedia ada ke kampus baru dan sebagainya. Semua ini bagi mencapai sasaran utama UiTMCJ untuk menjadikan UiTMCJ sebuah Universiti unggul dalam bidang pengurusan dan teknologi berteraskan budaya kesarjanaan dan keusahawanan dalam persekitaran yang dinamis dengan menggunakan kaedah atau teknologi terkini bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global serta berakhlak mulia.
K2-1
Proses Perancangan Strategik UiTMCJ dihasilkan mengikut kronologi iaitu akan dibentuk setiap 5 tahun dan akan sentiasa disemak semula oleh pihak Pengurusan Atasan dan Ketua-ketua Bahagian. Bagi mencapai setiap pelan Perancangan Strategik, setiap ketua jabatan akan membuat sasaran tempoh waktu pencapaian mengikut objektif masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya penawaran program baru, tempoh pencapaian sasaran adalah menjangkau tahun memandangkan proses penawaran program baru memerlukan tempoh yang panjang. Ini berbeza, bagi aktiviti pelajar yang menggunakan tabung TAPA sasaran pencapaian Pelan Strategik adalah dicapai sepanjang semester. Selaras dengan senario pendemokrasian dan pengantarabangsaan pendidikan pada masa kini, pihak pengurusan UiTMCJ yang dihadiri oleh Kepimpinan Kanan dan Ketua-ketua Bahagian telah menggariskan pelan komprehensif dan holistik Perancangan Strategik 20112015 dengan mengadakan retreat bengkel di Kampus Johor Bahru pada 2-4 Disember 2010 yang bertemakan “Pengukuhan Pemantapan Pengurusan & Akademik ke Arah Universiti Tersohor Berautonomi”. Selain itu, tujuan retreat ini adalah untuk meneliti semula keberkesanan dan pencapaian Perancangan Strategik bagi tahun 2010. Hasil perbincangan Kepimpinan Kanan dan Ketua-ketua Bahagian, maka terhasillah Perancangan Strategik UiTMCJ 2011-2015 yang dibentuk berdasarkan kepada kerangka-kerangka berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
Menjadikan UiTMCJ universiti tersohor di selatan tanahair. Mengenalpasti lokasi kampus nucleus UiTMCJ di Pasir Gudang. Penyediaan kerangka untuk menjadi Universiti berautonomi sepenuhnya dan kesan terhadap status universiti berautonomi. Penjanaan pendapatan universiti (penyewaan fasiliti, pembangunan tanah sekitar kampus, isu hasil dari Kampus Kulai) Keperluan sumber manusia di wilayah pembangunan Iskandar dan Johor. Mewujudkan program bagi mengisi jawatan utama dan sokongan untuk industri oil and gas (sumber petroleum di perairan Johor)
Selain daripada itu, Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti UiTMCJ tidak diabaikan iaitu: i. ii. iii. iv. v.
Mencapai 70% daripada keseluruhan pelajar sepenuh masa tamat pengajian dengan HPNG 3.00 dan ke atas setiap semester Mencapai 70% daripada keseluruhan pelajar sepenuh masa tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester. Mencapai 70% daripada keseluruhan pelajar MDAB yang lulus naik taraf pengajian ke Diploma pada setiap semester. Memastikan sekurang-kurangnya 15 penyelidikan yang berdaftar dengan BPJI setiap tahun. Memastikan semua Pensyarah terlibat dalam aktiviti penulisan atau kegiatan akademik pada setiap tahun.
Daripada kerangka-kerangka strategik, dasar kualiti dan objektif kualiti UiTMCJ di atas,maka, terbentuklah satu Model Halatuju Strategik UiTMCJ seperti Rajah 2.3 di bawah.
Rajah 2.3 Pelan Perancangan Strategik UiTMCJ
K2-2
Rajah 2.3, merupakan Pelan Perancangan Strategik bagi UiTMCJ. Model ini dimulakan dengan sasaran utama iaitu UiTMCJ ingin menjadi Universiti Tersohor, Graduan Dinamika, Melebar Akses dan Governans Cemerlang. Bagi mencapai sasaran ini, segala objektif, strategi dan pelan tindakan haruslah merangkumi aspek Pengajaran & Pembelajaran di mana pelan perancangan strategik yang terlibat adalah B, Penyelidikan & Inovasi pula ialah D, Akademia & Industri serta Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ialah pelan perancangan strategik yang sama iaitu A, Kepimpinan adalah pelan perancangan strategik G manakala Keusahawanan ialah C. Hasrat ini tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tiada sistem sokongan yang baik. Maka sistem sokongan yang dibentuk perlulah yang mampu menghasilkan Tenaga Kerja Berkualiti, Perkhidmatan Berkualiti , Prasarana Berkualiti, Struktur Maklumat Berkualiti serta Pengurusan Kewangan dan Penjanaan Kekayaan yang Cekap iaitu disusun dibawah pelan perancangan strategik H, I,J,K & L yang didokong oleh nilai 5K dikalangan Kepimpinan dan Pengurusan yang Menjurus ke arah Pencapaian Keputusan iaitu Keserakanan, Komitmen, Kreativiti, Kelainan dan Kod Etika. Sebelum terhasilnya Model Halatuju Strategik UiTMCJ, langkah utama yang perlu di ambil kira ialah mendefinisikan Visi, Misi dan Falsafah UiTM kepada objektif strategik. Objektif ini harus dibentuk berdasarkan kriteria SMART iaitu specific, measurable, achievable, realistic dan timely. Setelah ianya dibentuk, maka peringkat seterusnya ialah perancang strategik perlu mengumpul maklumat samada bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman agar UiTMCJ boleh menggunakan kekuatan yang ada bagi mengurangkan kelemahan serta menangani ancaman yang tidak terkawal serta merebut peluang yang mendatang. Maklumat ini boleh diperolehi melalui maklumbalas daripada semua peringkat dan bahagian sama ada maklumbalas daripada staf bukan akademik dan akademik, para pelajar, ibu bapa, industri di mana pelajar praktikal ditempatkan dan begitu juga masyarakat setempat. Selain daripada itu, maklumat daripada bancian tentang tahap ekonomi masyarakat setempat serta bancian tentang kependudukan dari aspek demografi juga penting kerana maklumat ini dapat memberi gambaran tentang unjuran enrolmen pelajar. Setelah kesemua maklumat ini diperolehi, maka perancangan strategik boleh dibuat bagi merancang halatuju dan pembangunan kampus. Selari dengan hasrat universiti untuk menghasilkan jumlah enrolmen pelajar sebanyak 250,000 pelajar maka UiTMCJ mensasarkan sebanyak 10,000 pelajar yang dipecahkan kepada Non Science & Technology dan Kejuruteraan menjelang 2015. Dengan adanya unjuran ini, maka akan wujudlah penawaran program-program baru serta akan menggerakan aktiviti penambahbaikan serta pembinaan infrastuktur terutama sekali kolej kediaman, bilik kuliah, makmal dan pusat aktiviti pelajar dan akhirnya akan memberi kesan kepada keperluan tenaga pengajar dan juga staf pentadbiran mengikut nisbah pelajar. Seterusnya, setelah objektif ditetapkan dan penilaian persekitaran telah dibuat maka beberapa strategi akan dibentuk mengikut situasi dan kesesuaian. Programprogram akan disusun sebagai aktiviti dalam pelan tindakan agar selari dengan strategi yang dipilih dan akhirnya objektif dapat dicapai. Pelan Perancangan ini haruslah berpandukan Dasar Kerajaan, Wawasan 2020, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan lain-lain lagi. Program yang dirancang perlu membuat belanjawan terlebih dahulu dan akan dimajukan kepada bahagian yang bertanggungjawab sebelum ia diluluskan. Beberapa prosedur harus dipatuhi sebagai prasyarat. Setelah pelaksanaan strategi ini terlaksana maka satu proses berikutnya ialah penyemakan atau penilaian semula sama ada program-program yang dibuat, strategi yang disusun benar-benar mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan (rujuk Rajah 2.1). Kebiasaannya proses ini dibuat di peringkat MKSP bagi menentukan pencapaian KPI yang telah ditetapkan. Sekiranya tercapai, maka pada tempoh berikutnya KPI akan ditentukan pada tahap yang lebih baik tetapi sekiranya terdapat jurang perbezaan antara apa yang sebenarnya berlaku dengan apa yang dirancang, maka beberapa isu dan masalah akan dibincangkan dan tindakan susulan atau pembetulan perlu dibuat. Kaedah ini dikenali
K2-3
sebagai Balance Scorecard yang membolehkan UiTMCJ membuat penilaian aspek kewangan, pelangan, proses kerja dan hasilan sama ada dalam bentuk tinjauan mahupun pengisisan borang maklumbalas yang diisi oleh golongan sasaran dan akhirnya akan dinilai (rujuk Kategori 3 dan 4). Peringkat pembetulan dan pencegahan jika perlu akan dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU). Di antaranya ialah apabila terdapat ketidakselarasan dengan objektif yang telah ditetapkan, apabila terjadinya ketidakpatuhan terhadap piagam pelanggan yang telah ditetapkan, apabila penandaarasan tidak standing dengan keperluan industrI pendidikan mahupun pesaing dan daripada program kewajaran yang diterima daripada pelanggan (rujuk Rajah 2.2). Mereka yang terlibat dengan pembangunan perancangan strategik UiTMCJ ialah barisan Pengurusan Tertinggi UiTMCJ, Ketua Bahagian atau Unit dan Koordinatorkoordinator serta Ketua-ketua Program yang akan membuat perbincangan dan akhirnya akan diputuskan serta disemak dari semasa ke semasa melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif dan akhir sekali akan disalurkan kepada semua staf melalui mesyuarat dalaman, taklimat dan pekeliling dalaman melalui media massa ataupun media cetak. Antara cara UiTMCJ mengenalpasti Blind Spot ialah melalui analisis persekitaran dalaman dan luaran iaitu SWOT, mengadakan Bengkel Penilaian dan Pengurusan Risiko oleh Unit Pengurusan Kualiti dengan tujuan mengenalpasti tindakan pembetulan dan pencegahan yang bersesuaian serta melaksanakan audit dalaman supaya ketidakpatuhan dan teguran diperbaiki. Salah satu cabaran strategik yang boleh dilihat melalui analisis SWOT (Rajah 2.4) ialah Program yang ditawarkan relevan dengan kehendak pasaran iaitu kebolehpasaran graduan dan kekurangan infrastruktur seperti makmal dan bilik kuliah, kolej kediaman dan tenaga pengajar (rujuk Rajah Profil Staf Kategori pengenalan) yang tidak seiring dengan penambahan enrolmen pelajar. Bagi menghadapi cabaran untuk mencapai enrolmen pelajar sebanyak 10,000 pelajar, dan pada masa yang sama UiTMCJ menghadapi masalah kekurangan bilik kuliah sebagai contoh. Bagi mengatasi masalah ini, pihak UiTMCJ telah menyusun jadual waktu kuliah sehingga waktu malam dan juga waktu tengahari. Selain itu, kekurangan dari segi bilik kuliah telah diatasi dengan cara menggunakan bilik-bilik di kawasan di kolej kediaman, sebagai contoh di Bilik Kuliah Sri Pegaga (BKSP) yang terletak di Kolej Mutiara. Kelebihan Strategik UiTMCJ ialah mempunyai ketua pemimpin yang idealistik, sikap turun padang serta sering beramah mesra dengan staf bawahan untuk mengetahui masalah dan perkembangan semasa dengan lebih cepat, maka segala permasalahan dapat diatasi dengan segera. Selain itu, idea yang dicetuskan oleh ketua pemimpin dari segi penjanaan pendapatan yang dapat menguntungkan UiTMCJ dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos pembinaan dan pengoperasian. Sebagai contoh program Build, Operate, Transfer (BOT) dengan terbinanya Medan Siswa Naib Canselor yang melibatkan kos sebanyak RM2.1 juta Berjaya dijimatkan dan pada masa yang sama pengusaha perlu membayar sewa premis perniagaan Kekuatan 1.Ketua organisasi(rektor) yang berkaliber dan idealistik 2.Program ditawarkan relevan dengan kehendak pasaran 3.Perlaksanaan strategi yang berkesan 4.Pekerja yang berkemahiran tinggi dan berkelayakkan 5. Pengiktirafan dan Anugerah terhadap perkhidmatan 6 .Penciptaan dan inovasi berterusan yang berdaya saing
Kelemahan 1.Kekurangan Tenaga Pengajar (Pensyarah) 2.Kekurangan kemudahan infrastuktur dan kolej kediaman
Peluang 1.Jalinan kerjasama dengan industri dan kerajaan tempatan 2.Sokongan daripada kerajaan negeri dan tempatan 3.Pembangunan ekonomi dan prasarana yang agresif 4.Kewujudan wilayah pembangunan Iskandar dan pelabuhan pasir gudang 5.Kewujudan IPTA /S masih pada tahap yang rendah
Ancaman 1.Persaingan daripada IPTA/S di kawasan sekitar 2.Pesaing menawarkan program dan pelan pengajian yang sama tetapi lebih menarik 3.Berlakunya bencana alam iaitu banjir 4.Kesan krisis ekonomi global
Rajah 2.4: Analisis SWOT Perancangan Strategik UiTMCJ
K2-4
Selain itu, kelebihan strategik yang ada di UiTMCJ ialah mempunyai bilangan tenaga pengajar kerkelulusan PhD telah bertambah. Ini secara tidak langsung dapat membantu Universiti mencapai tahap Universiti Penyelidikan dengan lebih cepat. Tidak ketinggalan juga terbinanya kolej kediaman baru iaitu Kolej Suluk Berlingkuh membuktikan pihak UiTMCJ amat menitiberatkan keselesaan pelajar dari segi penginapan. Tidak lupa juga dari aspek pembelajaran dan pengajaran, bilik kuliah karyawan telah dibina dengan begitu selesa yang dikelilingi lanskap yang menarik serta kemudahan lain seperti tandas, tempat meletak kereta, surau dan bilik pensyarah (rujuk Rajah 2.4) . Pemantapan aspek akademik adalah melalui perlaksanaan OBE, penggunaan Bahasa Inggeris dalam P&P dan mengemaskini Fail Kursus dan Portfolio Pengajaran. Tempoh perancangan strategik adalah selama 5 tahun dan akan dilaporkan setiap empat (4) bulan manakala jangka pendek objektif strategi diukur setiap kali Mesyuarat Kaji Selidik Pengurusan (MKSP). SKT setiap individu dinilai oleh PTJ yang berkaitan setiap tahun dan akan respon setiap permasalahan dan permintaan. BLOK Usahawan Cendikiawan Ilmuan Seri Laksmana USPP Dewan Kuliah (DK) D. Sri Pegaga Karyawan JUMLAH
Bilik Kuliah TEC 24 24 16 17 3 17 103
JENIS BILIK Makmal Komputer 6 10 -
Bilik Kuliah 4 5 9
Dewan Kuliah 3 2 5
16
Jumlah 24 24 22 31 3 3 5 19 131
Rajah 2.5:Kemudahan blok bilik kuliah di UiTMJ
Berdasarkan Rajah 2.6, menunjukkan UiTM Johor lebih berdaya saing berbanding UTM. Berdasarkan Jumlah Pemberat iaitu 3.0 faktor kunci kejayaan yang paling kritikal adalah kenyataan misi UiTMCJ yang lebih menyeluruh kepada elemen pembentukan misi yang dicadangkan oleh Fred R. David dalam buku Strategic Management dan faktor-faktor lain. Faktor Kunci Kejayaan
Pemberat
1. Kenyataan Misi 2. Kebolehpasaran 3. Pensyarah diiktiraf 4. Kesepakaran 5. Kemudahan Pelajar Jumlah Pemberat
0.3 0.2 0.3 0.1 0.1 1.00
UiTM Johor Rating Score 4 1.2 3 0.6 2 0.6 3 0.3 3 0.3 3.0
UTM Rating Score 2 0.6 3 0.6 3 0.9 2 0.2 3 0.3 2.6
Rajah 2.6: Competitive Profile Matric
Mengambilkira Strategi Dalam pemilihan strategi yang terbaik untuk dilaksanakan, semestinya pengumpulan maklumat diperlukan. Setelah maklumat diperolehi misalnya daripada pelajar, staf akademik dan bukan akademik, ibubapa dan pihak berkepentingan ianya akan dianalisis. Setelah itu, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman akan disuaipadankan misalnya menggunakan kekuatan yang ada bagi mengurangkan kelemahan, mengeksploitasikan peluang dengan cuba menangani ancaman di luar. Saluran maklumat yang diperolehi misalnya melalui SuFO, audit dalaman dan audit ISO, industri atau majikan di mana pelajar praktikal ditempatkan, masyarakat setempat, maklumbalas pelanggan setiap unit dan bahagian dan aduan facebook VC. Petanda awal anjakan utama yang melibatkan akademik ialah penawaran program baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod (IM226) yang memenuhi kehendak pasaran masa kini. Petanda awal anjakan utama perkhidmatan ialah siapnya program BOT iaitu Medan Siswa Naib Canselor, bilik kuliah Karyawan dan pembinaan Perpustakaan baru sebagai pusat gedung ilmu utama bagi warga kampus. Petanda awal anjakan demografi pelajar ialah bertambahnya jumlah enrolmen pelajar MDAB
K2-5
yang direalisasikan hasil cetusan Datuk VC UiTM Malaysia. UiTMCJ dapat mengekalkan kelestariannya melalui faktor-faktor berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Ketua organisasi(rektor) yang berkaliber dan beridealistik Barisan pengurusan tertinggi yang berwawasan Pengurusan dan perancangan strategik yang terancang dan sistematik Program ditawarkan relevan dengan kehendak pasaran Perlaksanaan strategi yang berkesan Pekerja yang berkemahiran tinggi dan berkelayakkan Pengiktirafan dan Anugerah terhadap perkhidmatan Penghasilan penyelidikan yang diiktiraf antarabangsa Penciptaan dan inovasi berterusan yang berdaya saing Kemudahan dan prasana yang selesa dan pelbagai
Dengan kerjasama dan kesepakatan dari semua pihak, menggunakan kekuatan yang ada, sudah pasti kejayaan dapat dikecapi. Apa yang sering diingatkan ialah bekerja perlu bersandarkan nilai-nilai yang ditetapkan iaitu Keserakanan, Komitmen, Kreativiti, Kelainan dan Kod Etika. b)
Objektif, Pengaturagihan, Pelan Tindakan, Pencapaian dan Ukuran Prestasi Strategik bagi Pelan Perancangan-Perancangan Strategik
Rajah 2.7 merupakan jadual bagi menjelaskan Objektif, Pengaturagihan, Pelan Tindakan,Pencapaian dan Ukuran Prestasi Strategik bagi Pelan Perancangan-Perancangan Strategik. Setelah strategi dipilih oleh setiap PTJ untuk dilaksanakan PTJ akan merangka pelan tindakan dengan menyusun program-program yang akan dilaksanakan seiring dengan strategi yang dipilih bagimencapai objektif yang telah ditetapkan. Setiap pelan tindakan ini akan disasarkan pencapaiannya diakhir program (tempoh masa bergantung kepada PTJ masing-masing) akan diukur. Sekiranya program itu berjaya dilaksanakan program itu dianggap tercapai manakala sekiranya tidak tercapai maka tindakan susulan akan diambil. Segala maklumat akan didokumenkan mengikut fail masing-masing.
Rajah 2.7: Jadual pembangunan pelan tindakan dan pencapaian strategi.
K2-6
Rajah 2.8 merupakan Jadual Pemantauan bagi memastikan prestasi pencapaian dan keberkesanan pelan tindakan yang telah ditetapkan oleh AJK pemantauan.
Rajah 2.8: Jadual Pemantauan pencapaian dan keberkesanan
Objektif A: Program Akademik dan Kemasukan Pelajar Matlamat utama program akademik dan kemasukan pelajar di UiTMCJ ialah untuk menjadi lebih responsive keatas keperluan sumber manusia di negeri Johor. Antara objektif yang diketengahkan ialah membuat penilaian semasa terhadap program yang sedia ada dan menambah penawaran program-program baru berteraskan Non-Science and Technology dan Kejuruteraan. Demi mencapai sasaran objektif yang dimaksudkan, UiTMCJ telah merangka tujuh pelan strategi seperti dalam Rajah 2.9. Kesemua tujuh pelan strategi ini diikuti dengan pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh pegawai yang dipertangungjawabkan di dalam setiap unit atau bahagian. Bagi mengukur setiap pelan tindakan, status pencapaian dan tindakan susulan diwujudkan dan ini diakhiri dengan menunjukkan bukti perlaksanaan dengan menyertakan nombor file bagi setaip aktiviti yang dilaksanakan. Ini adalah satu gerak kerja yang terancang yang telah dilaksanakan oleh pihak UiTMCJ bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan sesuatu program yang akhirnya mencapai objektif yang dipegang rapi. Kerangka ini direka khas bagi memastikan graduan yang bakal lahir daripada program yang sedia ada akan menjadi lebih mantap dan berdaya saing. Rajah 2.9 merupakan kerangka kerja perancangan strategik bagi mencapai objektif setiap bahagian melalui pelan tindakan yang jitu dan padu.
K2-7
Rajah 2.9: Kerangka Kerja Pelan dan Strategi Program Akademik Dan Kemasukan Pelajar UiTMCJ
i.
Memastikan semua penawaran program di UiTM mempunyai permintaan dan “well-subscribed.”
Pelan tindakan yang diambil bagi memastikan semua penawaran program di UiTM mempunyai permintaan dan “well-subscribed” ialah Expo Selangkah ke UiTM. Pihak UiTMCJ telah berjaya merekodkan jumlah kehadiran pengunjung Ekspo melalui card-reader yang disambungkan terus kepada sistem di Shah Alam. Umum mengetahui permintaan terhadap pelajar UiTM agak tinggi di pasaran. Menurut Koordinator Praktikal, laporan praktikal oleh majikan telah menunjukan bahawa mereka secara puratanya sangat berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi yang ditunjukkkan oleh pelajar UiTMCJ. satu tinjauan telah dijalankan untuk program baru Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pelaburan yang mana MQA telah memperakukan program ini memenuhi keperluan kualiti untuk tujuan penawarannya. Fasa permohonan pada 2012 masih berada di peringkat menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian Di bawah strategi ini juga,pengendalian satu tinjauanprogram. telah dijalankan untuk program baru Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tinggi (KPT) untuk kelulusan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan yang mana MQA telah memperakukan program ini memenuhi keperluan kualiti
ii.
Meningkatkan jumlah program yang berteraskan “NonTechnology” dan Kejuruteraan. Di bawah strategi ini, antara program yang telah di tawarkan ialah:
iii.
and
Penawaran Kursus Baru – IM226 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Rekod. (500-UiTMJ (HEA.16/5/1) JILID 1) Program BM223 akan ditawarkan pada Sept 2012-sedang menunggu kelulusan Senat. (600-UiTMJ(HEA.3/1)) Memohon untuk menawarkan program SR111 (Diploma Sains Sukan dan Rekreasi). Menunggu kelulusan KPT terhadap program baru Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pelaburan & membuat perancangan mewujudkan Diploma Kewangan Islam (CITU)
Menambahkan jumlah enrolmen pelajar di peringkat MDAB (500 pelajar per semester), Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (sasaran 10ribu pelajar pada 2014). Tindakan susulan yang telah diambil ialah:
iv.
Science
Membuat pelunjuran pelajar mengikut perancangan strategik yang dibuat Memantau projek kampus Pasir Gudang agar ianya dapat siap pada 2014 Membuat pertanyaan susulan kepada fakulti dan Intake Shah Alam Membuat permohonan semasa Mesyuarat Pelunjuran oleh Rektor
Laporan keperluan tenaga pengajar bagi program baru dan sedia ada. Antara tindakan yang telah dilaksanakan ialah:
KPP.Pengurusan
Perniagaan
2 orang pensyarah Part Time Full Time (PTFT) yang telah melapor diri
K2-8
(Diploma)
KPP Pengurusan Maklumat
KPP Perakaunan
pada Julai 2012 masih tidak dapat diserapkan ke jawatan tetap. (Rujukan fail: 500-UiTMJ (PT. 19/5/3) Jld. 12).(sehingga 2012) 3 pensyarah baru melapor diri pada 1 Mac 2012 (Rujukan fail: 500UiTMCJ (HEA.KPP 19/5/3) dan 5 Mac 2012. (Rujukan surat: Surat Makluman Pelunjuran Pensyarah FPM kepada TRA)
Lantikan pertama 1 Jun 2012 -30 Nov 2012 - 4 orang Lantikan kedua 1 Dis 2012 – 30 April 2013 - 3 orang. (Rujukan fail: 500-UiTMJ(PT. 19/5/3) Jld. 17)
v.
Memasarkan dan mempromosi program sedia ada dan program baru dengan lebih berkesan. Bagi tindakan ini, program berkala dilaksanakan oleh Unit Korporat secara berterusan setiap tahun dan ia telah berjalan dengan lancar serta jayanya.
vi.
Membantu menyelesaikan masalah pelajar supaya dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi setiap Fakulti bagi menjayakan strategi ini. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan ialah:
vii.
Program anjuran Fakulti Perakaunan: Kem Ke Arah Menjadi Pelajar Cemerlang Diploma Perakaunan untuk pelajar CGPA di bawah 2.5 Program anjuran Unit Kaunseling: Program Ke Arah Kecemerlangan Akademik (CGPA 2.5 ke bawah) yang dilaksanakan setiap semester
Membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan disiplin pelajar sebagai persediaan menjadi insan yang mempunyai minda kelas pertama. Antara tindakan yang telah berjaya dilaksanakan ialah:
Akademi Pengajian Bahasa Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Arab (15 Februari 2012-16 Februari 2012) Hands on Workshop: Know Your Verb Tenses for the MDAB Programme 2012 (4 Ogos 2012) Fakulti Perakaunan o Program Smart Study Memory Skills Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan o Kem Ke Arah Menjadi Pelajar Cemerlang Diploma Perakaunan Unit Penasihat Akademik o Program ” Cemerlang AIMS Rahsia Effisien”(CARE) – Mei 2012 o Program Mesra Perdana : Penasihat Akademik dan Pelajar – Jun 2012 o Program Future Carrier Talk dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCJ
Objektif B: Pembelajaran dan Pengajaran Objektif utama pembelajaran dan pengajaran di UiTMCJ ialah memupuk kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran di negeri Johor. Untuk mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang, UiTMCJ telah menggariskan tiga objektif penting berdasarkan matlamat yang kukuh iaitu (rujuk Rajah 2.9): i. Memperbaiki kompetensi pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga pengajar. ii. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan mencukupi bagi pengajaran dan pembelajaran. iii. Memastikan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan.
K2-9
Rajah 2.9: Kerangka Kerja Pelan dan Strategi Program Pembelajaran dan Pengajaran UiTMCJ
Di antara strategi yang telah digunapakai oleh UiTMCJ dalam mempromosi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengenalpasti best practice terkini dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengaplikasikannya secara sistematik.
Lawatan Benchmarking Tadbir Urus Kampus Autonomi yang berlansung di UiTM Perak. Maka tehasilnya anugerah: o Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, o Anugerah Khidmat Setia 10-20 tahun o dan Anugerah QE-5S yang diadakan pada Hari Inovasi 2012 (8 Februari 2013)
Berikut adalah pengiktirafan yang diberikan kepada pensyarah dalam fakulti dan jabatan:
Anugerah pensyarah Cemerlang SUFO. Majlis Aspirasi dan Apresiasi APB UiTMCJ. Anugerah pensyarah paling aktif dalam aktiviti pembangunan pelajar. Anugerah penasihat akademik komited dalam AIMS.
Penilaian ke atas pensyarah telah berjalan sehingga akhir tahun 2012 dan program pengiktirafan akan diadakan pada tahun ini, 2013. Program-program seperti ini adalah penting bagi menggalakkan lagi usaha para pensyarah dalam mencurahkan ilmu secara efisyen dan ikhlas demi membangunkan anak bangsa. Antara strategi lain yang dititikberatkan oleh pihak pentadbiran di UiTMCJ ini ialah melaksanakan mekasnisme bagi penambahbaikan berterusan proses pengajaran dan pembelajaran untuk tenaga pelajar. Bagi memastikan mekanisma ini tercapai, pihak UiTMJ telah memperkukuh sistem desentralisasi peperiksaan akhir dengan penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) (BM114 & BM117) dan Menyelia dan memastikan kurikulum program BM114 & BM117 sentiasa memenuhi keperluan ’stakeholders’. Pihak UiTMCJ telah mengadakan beberapa r jaringan kerjasama, antaranya:
Kerjasama ABERC dan ’Graduate Business School’ Universiti Sains Malaysia. Bidang penelidian yang ditawarkan adalah Inovation, Supply Chain Management dan Corporate Governance. Jaringan email National University of Vietnam dan Fakulti Pengurusan Perniagaan..
Antara aktiviti perkhidmatan mesra pelanggan ialah:
Menyediakan program Maklumbalas Pelanggan bagi setiap batan. Laporan Statistik Maklumbalas Pelanggan Setiap Jabatan UiTMCJ. mewujudkan Piagam Pelanggan setiap Jabatan Hari Pelanggan ILQAM.
Bagi memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran berteraskan komputer ‘computer aided learning’ diperolehi oleh setiap pelajar, pihak UiTMJ telah menjalankan strategi mengadakan:
Kelas Kemahiran Maklumat kepada pelajar yang berteraskan modul KMM Penggunaan Pangkalan Data, Carian bahan menggunakan WebOPAC, Citation/Bibliographic, Pencarian Internet secara Ilmiah dan E-kamus.
K2-10
Objektif C: Model Mahasiswa Cemerlang Bahagian C ialah Model Mahasiswa Cemerlang. Matlamat Bahagian C ini ialah menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan. Bagi mencapai matlamat ini terdapat enam (6) objektif yang perlu dicapai.
Rajah 3.0: Kerangka Kerja Pelan dan Strategi Model Mahasiswa Cemerlang
Objektif pertama (C1) ialah mempertingkatkan jumlah pusat kecermelangan dalam mempromosikan nilai-nilai murni. Antara strategi yang telah di atur adalah:
Program mempromosikan sahsiah perlakuan dan personaliti pelajar sepanjang semester. Program Kemahiran Insaniah dan kepimpinan di kalangan pelajar. Mengadakan program aktiviti ko-kurikulum, persatuan, motivasi, kerohanian dan kemasyarakatan bagi meningkatkan jati diri dan semangat kesukarelawan.
Diteruskan dengan objectif kedua (C2) ialah mencapai 80% di dalam program pembangunan pelajar yang diikuti menyumbang kepada kemiharan insaniah. Antara strategi pertama yang telah di atur untuk mencapai objektif C1 ialah memastikan 80% pelajar yang mengikuti ko-kurikulum memahami dan bersetuju kursus yang diikuti menyumbang kepada kemahiran insaniah. Antara pelan tindakan yang diambil ialah membuat laporan pretasi kelulusan eKi dan pegawai bertanggungjawab ialah Koordinator eKi, HEP dan CITU. Objektif D: Penyelidikan, Penerbitan, Inovasi dan Perundingan Unit Penyelidikan merupakan satu unit yang penting dalam UiTMCJ kerana salah satu sumbangan universiti adalah melalui penyelidikan. Berikut adalah pelan tindakan dan strategi yang telah dilakukan bagi mencapai matlamat unit penyelidikan iaitu meningkatkan usaha penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi: Penyelidikan Memupuk budaya penyelidikan di kalangan warga UiTM Menjemput penceramah dari university lain seperti UNIMAS yang mempunyai banyak dalam penghasilan bilangan penyelidikan. Kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara. Mendapatkan dana penyelidikan dari dalam dan luar negara. Melaksanakan bengkel penulisan penyelidikan dana kecemerlangan, ERGS dan FRGS. Penerbitan Meningkatkan penerbitan dalam bentuk penulisan jurnal, artikel, majalah dan juga buku. Strategi penerbitan yang berkualiti dan berimpak tinggi: o Pensyarah melibatkan diri dalam penulisan atau aktiviti akademik sekurang-kurangnya sekali setahun. o Bengkel penulisan dengan syarikat penerbit buku seperti Pearson. o Jom borak buku siri 1 - siri 3 untuk berkongsi teknik dan pengalaman bertulis. o Mengoptimumkan penggunaan system PRISMa dan PuTRAS. o Meningkatkan jumlah penulisan dan penerbitan dalam jurnal berwasit dan penerbitan buku ‘high impact’. Hasil penerbitan Jurnal UiTMCJ yang berjudul Ledang.
K2-11
Objektif E: Pembangunan Sumber Manusia Dalam melaksanakan sesebuah organisasi pembangunan sumber manusia adalah antara perkara terpenting, beberapa objektif yang telah dibentuk bagi mencapai sasaran pencapaian universiti bagi mengenalpasti kakitangan yang bersesuaian untuk ditawarkan pelbagai latihan dan peluang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara adalah:
Setiap awal tahun, semua Ketua Bahagian/Unit akan diminta untuk mengisi Borang Analisa Keperluan Latihan Staf (TNA). Borang ini akanRajah dihantar kepada Jan. Pembangunan Manusia (JPSM) UiTMSumber Shah Alam untuk dikenalpasti 2.13: Kerangka Kerja Pelan Sumber dan Strategi Pembangunan Manusia kursus yang bersesuaian. Staf akademik boleh memohon untuk mengiluti latihan di dalam dan luar negara melalui J/K Kecil PPSM Johor. Peluang melanjutkan pelajaran akan ditawarkan oleh UiTM Shah Alam atau IPTA lain dan permohonan melalui Ketua Bahagian/kelulusan Rektor. Permohonan latihan oleh kakitnagan menggunakan Sistem e-Latihan. Hebahan melalui e-mel Tawaran Melanjutkan Pelajaran dari Pejabat Pendaftar.
Pencapaian secara keseluruhannya pada 2012:
Staf Hadir Latihan melebihi 80% Staf pentadbiran melebihi 42 jam 82.94% (243) Staf akademik melebihi 42 jam 96.02% (241) Pensyarah tamat PhD – 9 orang Pensyarah ke luar negara untuk pembentangan Kertas kerja o ASEAN – 16 orang o Luar ASEAN – 12 orang
Beberapa tindakan perlu diambil untuk memperbaiki pencapaian objektif ini. Antara tindakan susulan tersebut ialah :
Memperkenalkan Laluan Kerjaya sebagai asas permohonan kursus selain dari TNA. Permohonan bajet latihan RM200 ribu utnuk tahun 2013 telah diluluskan pada dasarnya. Pembahagian 70% bajet untuk latihan staf Akademik dan 30% untuk staf Pentadbiran.
Untuk menjalankan analisa keperluan latihan secara berkala pula beberapan perancangan telah dilaksanakan. Tindakan tersebut adalah sperti berikut:
Analisa Keperluan Latihan Staf (TNA) disemak setiap tahun oleh Ketua Bahagian/ Unit. Staf perlu mengisi Borang Maklumbalas Keberkesanan Kursus dan analisa oleh Unit Latihan, Pejabat Pentadbiran. Pemantauan melalui Sistem E-Latihan untuk melihat peratusan menghadiri kursus. Permohonan pembentangan kertas kerja Keluar NegaraAntara perlu mengisi e-Latihan, Borang Manual Beberapa tindakan awal telah diambil. tindakan tersebut ialah:akan dilupuskan.
Permohonan melalui Bahagian Pentadbiran dan melalui Rektor untuk melanjutkan pelajaran dengan biasiswa, cuti sabatikal dan peluang latihan luar negara. Hebahan melalui e-mel Tawaran Melanjutkan Pelajaran dari Pejabat Pendaftar.
Bagi menyediakan kursus bagi membantu meningkatkan prestasi kerja dan sikap serta proses kerja dan latihan terbaik/’best practice’. Pelan tindakan tersebut telah diambil:
Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Staf Baru anjuran Bahagian Pentadbiran diadakan di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah, Perak. Lawatan Benchmarking Tadbir Urus Kampus Autonomi di UiTM Perak pada 4-6 September 2012.
Bahagian pentadbiran telah menyusunkan perlaksanaan berikut bagi tujuan kenaikan pangkat:
Ketua Bahagian/ Unit kenalpasti melalui TNA. Penyediaan Laluan Kerjaya kepada semua Staf Pentadbiran. Permohonan melalui Sistem eLatihan. Latihan berhubung kompetensi pensyarah diuruskan oleh ILQaM. Kelulusan oleh J/K Kecil JPSM Cawangan Johor/ Rektor. Hebahan tawaran melalui e-mel.
K2-12
Objektif F: Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar Antara pelan tindakan yang telah diambil dalam kerangka ini adalah meningkatkan peluang penempatan latihan praktikal pelajar dan staf di industri. Fakulti Perakaunan Pelajar semester tujuh Ijazah Sarjana Muda. Mencipta blog/facebook page usebagai alat penghubung antara pelajar, majikan dan coordinator latihan praktikal. Program Persiapaan Hebat Praktikal Mantap serta Program Misi Akademik UiTM yang disampaikan oleh CIMA
Seterusnya strategi kedua telah dirangka untuk membantu kakitangan UiTMCJ mendapatkan pelbagai maklumat dari pelbagai pihak yang terlibat. Antara pelan tindakan:
Hebahan melalui e-mel berkenaan Pekeliling Naib Canselor, Pekeliling Pendaftar dan Pekeliling Rektor. Pensyarah baru dibekalkan CD Maklumat Perkhidmatan Ver.1.0 untuk mendapatkan maklumat berkenaan UiTM. Audit Tadbir Urus telah diadakan di Bahagian HEA, PTDI, HEP, Pej. Bendahari dan Pentadbiran untuk memastikan punca kuasa disimpan dalam fail. Web Pentadbiran UiTMCJ juga turut dikemaskini
Objektif G: Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan Rajah 2.15, menunjukan beberapa pelan tindakan telah diambil berdasarkan sembilan teras strategi yang dibentuk menerusi matlamat dan objektif persekitaran, kesihatan, kawalan dan keselamatan. Ketua OSHA, unit keselamatan, unit fasiliti, unit kesihatan dan pihak pentadbiran telah memainkan peranan penting di dalam memelihara suasana dan iklim yang ideal, tenteram dan aman di dalam kampus merealisasikan matlamat dan objektif tersebut. Polis Bantuan Mewujudkan pengkalan data berkaitan kawalan dan keselamatan. Unit Fasiliti dan Unit Pengurusan Kolej Membuat fire drill dalaman bagi memberi pengetahuan kepada warga kampus khususnya para pelajar terhadap kepentingan kawalan dan keselamatan
UiTMCJ telah memperkenalkan teknologi yang berkaitan bagi membantu penyeliaan dan pengurusan keselamatan seperti door accessed, CCTV, dan e-jari. Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan sememangnya disediakan di kampus induk UiTM dan Unit-Unit Kesihatan UiTM Kampus-kampus Cawangan.
Berdasarkan kepada laporan bulan Januari hingga Disember 2012, 80% pesakit mendapat rawatan konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit sistem pendaftaran. Piagam piagam pelanggan unit kesihatan juga telah diwujudkan bagi memudahkan proses mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan. Sehingga April 2012, sasaran terhadap pelanggan telah tercapai.
Objektif H: Kepimpinan dan Pengurusan yang Menjurus ke Arah Pencapaian Keputusan Matlamat utama pengurusan berteraskan kepimpinan dan pencapaian ialah memastikan ketua unit dan bahagian mengaplikasikan kualiti dalam pengurusan. Di bawah objektif H1, startegi yang diwujudkan ialah memastikan pihak pengurusan membuat latihan perancangan tahunan berdasarkan rangkakerja polisi, komunikasi dan mekanisma perundingan serta sistem pengurusan. Pelan strategi yang dijalankan adalah: i. ii. iii. iv. v.
vi.
Keperluan kursus berdasarkan kepada TNA (Training Need Analysis) yang dibuat oleh setiap Bahagian/ Unit dan juga Latihan Dalaman anjuran Unit Latihan. melaksanakan mesyuarat Pengurusan Eksekutif dan Mesyuarat Ketua Bahagian secara consistent. menjalankan penilaian terhadap rungutan pelanggan (rujuk Kategori 3).. meningkatkan penggunaan aplikasi web bagi semua transaksi kewangan dan perolehan iaitu dengan melakukan semakan dan kelulusan elaun kerja lebih masa dengan FinPortal serta semakan Penyata Gaji di FinPortal. mengenalpasti kaedah-kaedah penjanaan dana yang berkesan dan pelan tindakannya adalah sewaan ruang promosi pada penggerai, hasil iklan TwelveMedia, sewaan padang, dewan dan kolej serta sewaan dari kafeteria pentadbiran, Kafe NR, Intan Cafe dan Cool Blog (rujuk Kategori 3) memantau kontraktor dan pembekal ke atas perkhidmatan dan barangan yang disediakan kepada university melalui eSPPK. (Rujuk Kategori 8)
K2-13
Seterusnya, untuk objektif kedua (H2-Menekankan budaya people centered di universiti) bagi matlamat H, kerangka kerjanya adalah seperti berikut. Di dalam matlamat H2, terdapat empat strategi yang perlu difokuskan iaitu: i.
ii.
iii. iv.
Menggalakkan penglibatan kakitangan dengan program kemasyarakatan. Pencapaiannya adalah: o Pentadbiran melibatkan diri dalam ‘Program Bantu Mereka’ memberi bantuan kepada fakir miskin di Daerah Segamat. o PPP Sektor A bersama JPK Sektor A terlibat dengan pengagihan barangan mentah kepada 6 keluarga sempena program Singgah Sahur. Merancang sesi pengenalan staf dari masa ke semasa. o Pengenalan staf di dalam mesyuarat akademik, makluman secara emel dan juga Kursus Pemantapan Staf Baru dalam memperkenalkan staf baru dengan Pengurusan tertinggi UiTMCJ. Membangun dan menyediakan banyak kemudahan bagi mempromosikan interaksi sesama kakitangan o mengadakan hari keluarga UiTMCJ, sukan kakitangan, tazkirah. Melestari pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan dengan menerapkan tujuh prinsip Budaya Perdana o Kursus Sehari dengan penceramah jemputan, Timbalan Pendaftar dari UiTM Malaysia
Berikut ditunjukkan pula kerangka kerja untuk objektif ketiga (H3- Meningkatkan keserlahan visibility jenama university) bagi matlamat H. i. ii. iii.
Penerapan Budaya Perdanadi kalangan warga UiTMCJ melalui Kursus Pemantapan Staf Baru di Pusat Latihan UiTM, Kursus Pemantapan Staf Sokongan D di UiTM Negeri Sembilan dan Konferensi Pentadbir Universiti di Melaka. Hebahan pekeliling melalui e-Mel bagi memastikan dasar dan maklumat berkaitan universiti dihebah dan difahami oleh warga universiti serta masyarakat luar. menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti unggul,melalui Pekeliling Naib Canselor dan Pekeliling Pendaftar.
Berikut adalah kerangkakerja bagi objektif keempat (H4-Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) sebagai pelaksana) yang berada di bawah matlamat H. i. ii.
Penerapan budaya kualiti melalui Audit Dalaman, KIK dan Hari Inovasi, Audit Dalam, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) sebanyak 2 kali setahuun.
Objektif I: Pengurusan Krisis Matlamat utama pengurusan krisis adalah untuk memastikan semua bahagian dan unit di UITMCJ menguruskan krisis secara efisien. Bagi memenuhi matlamat Pengurusan Krisis Perancangan Strategik ini, tujuan pengurusan krisis secara efisien oleh setiap bahagian dan unit di dalam sistem UITMCJ sepertimana di bawah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Mengenalpasti bencana awal dan risiko yang mungkin berlaku Mengintergrasi dan mengkoordinasi semua keperluan sumber-sumber bagi menangani krisis Meminimakan kehilangan nyawa dan hartabenda Meminimakan laporan-laporan negatif terhadap krisis Memastikan krisis sifar Mengenalpasti bencana awal dan risiko yang mungkin berlaku Mengintergrasi dan mengkoordinasi semua keperluan sumber-sumber bagi menangani krisis Matlamat Pengurusan Krisis Perancangan Strategik menyenaraikan beberapa Meminimakan kehilangan nyawa dan hartabenda Meminimakan laporan-laporan negatif terhadap krisis Memastikan krisis sifar
strategi
Strategi dan tindakan yang diambil adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv.
Menjalankan kajian dan analisa kepuasan pelanggan (pensyarah) terhadap BHEA. Mengintergrasi dan mengkoordinasi semua keperluan sumber-sumber bagi menangani krisis memerlukan setiap bahagian dan unit bekerjasama dengan jabatan dan unit lain. Meminimakan kehilangan nyawa dan hartabenda menaiktaraf sistem keselamatan peralatan ICT di serata UITMCJ dengan memasang sistem CCTV di lokasi yang berkenaan. Meminimakan laporan negatif terhadap krisis serta sasaran kirsis sifar.
K2-14
Objektif J: Pembangunan Kampus Fokus khusus diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual, sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas-talian dan pengajian jarak-jauh. Diantara tindakan yang telah dilaksanakan adalah:
Membuat perancangan bagi penambaikan prasarana berdasarkana keperluan Pemeriksaan prasarana secara berkala dan secara berterusan, berdasarkan aduan pengguna. Menyediakan tatcara penggunaan perlaatan untuk memudahkan pengguna dan mengemaskini tatacara berikut mengikut kesesuaian waktu semasa. Memastikan vendor yang dipilih benar-benar mengikut jadual yang ditetapkan
Di antara projek-projek yang telah dilaksanakan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi.
Kerja-kerja naiktaraf lantai Dewan Sri Temenggong Kerja-kerja pemasangan lampu limpah di Dewan Sri Temenggong Penggantian baru unit penyaman udara di bilik-bilik pensyarah Pemasangan baru unit –unit water dispenser di blok Kuliah dan Kolej-kolej kediaman Memastikan taraf physical landmark bertambah, dengan membuat perancangan untuk menaiktaraf kawasan kampus. Tambahan bangunan perpustakaan ke-2 juga dibuat dan sehingga kini proses penempatan perabot dan kakitangan dilaksanakan dan dijangka beroperasi pada bulan Disember 2012.
Objektif K: Unit Teknologi Maklumat Objektif utama unit teknologi maklumat ialah untuk menambahbaik infrastruktur dan fasiliti bagi menyokong keperluan IT universiti. Untuk merialisasikan objektif ini ianya disokong oleh strategi yang dirangka untuk menambahbaik infrastruktur dan fasiliti IT seperti berikut:
Mewujudkan Pusat ICT selaras dengan keperluan UiTMCJ sebagai Universiti Autonomi. Menjadikan bangunan Sri Laksamana sebagai Pusat ICT dengan perancangan menaiktaraf ruang pejabat tambahan. peningkatkan tahap keselamatan ICT yang merangkumi keselamatan data, capaian data dan fizikal peralatan turut diperkemaskan dengan menyediakan network storage yang boleh menampung keperluan jabatan. membentuk kumpulan KIK untuk merekabentuk network storage yang menjimatkan kos. mewujudkan lebih banyak Hot Spot dan electronic billboard serta menaiktaraf bandwith capaian wifi juga dilaksanakan dengan permohonan menaiktaraf kemudahan wifi di bilik kuliah dan kolej kediaman.
Melalui perancangan strategik dan pelan tindakan unit IT ini, dapat dilihat bahawa UiTMCJ begitu komited dalam memastikan infrastruktur dan fasiliti bagi menyokong keperluan IT universiti dilaksanakan sebaik mungkin. Ia memberikan impak positif dalam menjadikan UiTMCJ sebagai sebuah universiti unggul dengan penggunaan teknologi terkini dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, global serta bermaklumat. Objektif L: Perpustakaan Matlamat perpustakaan ialah untuk menjadi gedung ilmu utama bagi warga kampus. Dan untuk merialisasikan matlamat ini ianya disokong oleh objektif yang di perjelaskan melalui penambahbaikan kemudahan prasarana pelajaran dan pembelajaran kepada warga kampus. Berikut ialah kerangka kerja perancangan strategik bagi mencapai objektif setiap bahagian melalui pelan tindakan yang jitu dan padu. Justeru, beberapa strategi dirangka bagi mencapainya dan antaranya ialah dengan penambahbaikan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan iaitu:
Pembaharuan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) dan Pembaharuan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti oleh wakil Auditor dari Produktiviti Malaysia (MPC). Aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) dikemaskini dan aktiviti gotong-royong juga dilaksanakan. Tambahan bangunan perpustakaan ke-2. mempromosikan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan disokong melalui menganjurkan lawatan ke pesta buku, mengadakan aktiviti promosi pengguna perpustakaan dengan penganjuran program pendidikan pengguna. mengadakan pembentangan KIK dan menjadi Johan dengan alat ciptaan inovasi : Flexi Wall Computer Rack di pertandingan KIK UiTMCJ pada September 2012.
K2-15
Dengan kekuatan ini, perpustakaan merupakan one stop center bagi pelajar dan pensyarah untuk meningkatkan lagi budaya maklumat dan mampu menyokong aspirasi kesarjanaan universiti dengan menyediakan persekitaran yang kondusif serta pembangunan koleksi yang mantap.
K2-16