1 5 N OVEM BER 2 0 1 5
RENCANA PEMBELAJARAN
28 DISEMBER–3 JANUARI
Latihlah Anak Anda untuk Menyembah Yehuwa MUKA 3
4-10 JANUARI
Latihlah Anak Remaja untuk Menyembah Yehuwa MUKA 8
11-17 JANUARI
Yehuwa ialah Tuhan yang Pengasih MUKA 16
18-24 JANUARI
Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’? MUKA 21
25-31 JANUARI
Seratus Tahun Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Tuhan! MUKA 26
RENCANA PEMBELAJARAN
ˇ Latihlah Anak Anda untuk Menyembah Yehuwa ˇ Latihlah Anak Remaja untuk Menyembah Yehuwa
BRAZIL MUKA DEPAN: Seorang penyelia litar dan beberapa perintis khas menaiki bot di hutan Amazon. Dengan gembira mereka menyebarkan berita baik di kampung-kampung yang terpencil di sepanjang sungai
BILANGAN PENDUDUK
203,067,835 PENYIAR
794,766 PERINTIS
84,550 HADIRIN PERINGATAN (2014)
1,728,208
Yehuwa telah memberi ibu bapa tanggungjawab yang sangat penting, iaitu untuk melatih anak mereka menyembah-Nya. Dua rencana ini akan membincangkan cara ibu bapa dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan meniru tiga sifat Yesus, iaitu kasih, kerendahan hati, dan pengertian.
ˇ Yehuwa ialah Tuhan yang Pengasih ˇ Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’? Rencana pertama akan menjelaskan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan bagaimana Tuhan telah menunjukkan kasih-Nya terhadap manusia. Rencana kedua akan membincangkan cara umat Yehuwa dapat menunjukkan kasih kepada orang lain.
ˇ Seratus Tahun Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Tuhan! Rencana ini akan bertumpu kepada apa yang telah dilakukan untuk menyebarkan berita baik sepanjang 100 tahun yang lalu di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan. Kita akan belajar beberapa alat dan cara yang telah digunakan untuk menyebar, serta latihan yang diberikan kepada penyebar.
JUGA DALAM TERBITAN INI
13 Pertanyaan Pembaca
14 Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa
31 Khazanah Rohani Kita
Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible daripada Kitab Ibrani dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Malaysia (ABB), Hakcipta 5 The Bible Society of Malaysia 2001, dan ayat Bible daripada Kitab Yunani dipetik daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures, Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.
Printed in Japan.
Latihlah Anak Anda untuk Menyembah Yehuwa ‘Semoga hamba-Mu memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir.’—HAK. 13:8. MANOAH dan isterinya tidak dapat mempunyai anak. Namun Yehuwa mengutus malaikat untuk memberitahu isteri Manoah bahawa dia akan melahirkan seorang anak lelaki. Sudah pasti Manoah dan isterinya sangat gembira. Tetapi Manoah sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Memandangkan banyak orang Israel pada masa itu jahat, bagaimanakah dia dan isterinya dapat melatih anak mereka untuk mengasihi dan menyembah Yehuwa? Manoah merayu kepada Yehuwa, “Semoga Engkau mengutus hamba-Mu itu datang lagi kepada kami, dan memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir.”—Hak. 13:1-8. 2 Jika anda seorang ibu atau bapa, anda tentu memahami perasaan Manoah. Anda juga bertanggungjawab untuk membantu anak mengenali dan mengasihi Yehuwa. (Ams. 1:8) Dengan mengadakan penyembahan keluarga setiap minggu, anda dapat membantu anak untuk terus belajar tentang
LAGU: 88, 120
BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MENIRU YESUS KRISTUS DENGAN MENUNJUKKAN . . .
kasih kepada anak?
kerendahan hati?
pengertian? 1. Apakah yang dilakukan Manoah semasa dia tahu bahawa dia akan menjadi seorang bapa? 2. Apakah yang perlu anda lakukan untuk melatih anak anda? (Lihat kotak “Pelajar Bible Anda yang Terpenting.”)
3
Pelajar Bible Anda yang Terpenting BIASANYA kita menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? untuk membantu orang mengenal Yehuwa dan Bible. Kita juga menggunakan buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan untuk menguatkan kasih mereka terhadap Yehuwa dan standard-Nya. Anak anda merupakan pelajar Bible yang terpenting. Mereka perlu mengenal Yehuwa, mengasihi-Nya, dan memahami kehendak-Nya. Oleh itu, gunakanlah buku Ajaran Bible dan Kasih Tuhan untuk mengajar
Yehuwa dan Bible. Namun hal itu tidak mencukupi. (Baca Ulangan 6:6-9.) Bagaimanakah anda dapat melatih anak supaya mereka mengasihi dan menyembah Yehuwa? Dalam rencana ini, kita akan membincangkan teladan Yesus. Walaupun Yesus bukan seorang bapa, dia telah mengajar dan melatih murid-muridnya. Yesus menunjukkan kasih, kerendahan hati, dan pengertian. Bagaimanakah kita dapat meneladani Yesus? KASIHILAH ANAK ANDA
Yesus selalu memberitahu anak muridnya bahawa dia mengasihi mereka. (Baca Yohanes 15:9.) Dia juga meluangkan banyak masa bersama mereka. (Mrk. 6:31, 32; Yoh. 2:2; 21:12, 13) Yesus bukan sekadar seorang guru, tetapi dia juga menjadi sahabat mereka. Jadi muridnya tidak meragui bahawa Yesus mengasihi mereka. 3
3. Bagaimanakah anak murid Yesus tahu bahawa Yesus mengasihi mereka?
4
anak anda walaupun suami atau isteri anda tidak menyembah Yehuwa. (Ams. 6:20) Anda boleh menggunakan bahan di jw.org/id untuk membantu anak berfikir tentang maklumat dalam buku Ajaran Bible dan cara untuk menerapkannya.—Lihat AJARAN ALKITAB ˛ ANAK MUDA.1 1 Ibu atau bapa boleh menggunakan buku ini untuk belajar bersama anak pada masa yang berbeza daripada Penyembahan Keluarga.
Imbas kod untuk bahan pembelajaran
Apakah yang dapat anda pelajari daripada Yesus? 4 Beritahulah dan tunjukkanlah kasih kepada anak anda. (Mat. 3:17; Tit. 2:4) Samuel dari Australia berkata, “Semasa kecil, bapa saya membacakan Buku Cerita Bible kepada saya setiap malam. Dia akan menjawab soalan saya, memeluk saya, dan mencium saya sebelum tidur. Walaupun dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang biasa memeluk dan mencium, dia berusaha untuk menunjukkan kasih terhadap saya! Hasilnya, kami mempunyai hubungan yang erat dan saya berasa puas serta selamat.” Bantulah anak anda untuk berasa sedemikian dengan memberitahu mereka “Saya sayang kamu.” Peluklah dan ciumlah mereka. Luangkan masa untuk bercakap, makan, dan bermain bersama mereka. 4. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih kepada anak? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
Yesus berkata, “Aku menegur dan mendisiplinkan semua orang yang aku kasihi.”1 (Why. 3:19) Contohnya, pengikut Yesus selalu bertengkar tentang siapa yang terbesar antara mereka. Yesus tidak mengabaikan masalah ini. Sebaliknya, dia selalu menasihati mereka dengan sabar. Dia juga baik hati dan menegur mereka pada masa dan tempat yang sesuai.—Mrk. 9:33-37. 6 Oleh sebab anda mengasihi anak, anda sedar bahawa mereka harus didisiplinkan. Kadangkala, menjelaskan sebab sesuatu perkara itu betul atau salah sudah cukup. Tetapi bagaimana pula jika mereka enggan mentaati anda? (Ams. 22:15) Tirulah teladan Yesus. Disiplinlah mereka dengan membimbing, melatih, dan membetulkan mereka dengan sabar. Selain itu, pilihlah masa dan tempat yang sesuai. Elaine dari Afrika Selatan mengingati cara ibu bapa mendisiplinkannya. Ibu bapanya selalu menjelaskan apa yang mereka inginkan daripadanya. Jika mereka memberikan amaran bahawa dia akan dihukum sekiranya berbuat salah, mereka akan melaksanakan hukuman itu. Menurut dia, “Mereka tidak pernah mendisiplinkan saya semasa mereka marah. Mereka selalu menjelaskan mengapa saya didisiplinkan.” Oleh itu, dia tahu bahawa ibu bapanya sentiasa mengasihinya. 5
TUNJUKKANLAH KERENDAHAN HATI 7
Sebelum ditangkap dan dibunuh, Ye-
1 Menurut Bible, disiplin merangkumi membimbing, melatih, membetulkan, dan ada kalanya menghukum. Ibu bapa harus memberikan disiplin dengan cara yang sesuai dan bukannya sewaktu marah.
5, 6. (a) Oleh sebab Yesus mengasihi pengikutnya, apakah yang dilakukan olehnya? (b) Bagaimanakah anda harus mendisiplinkan anak? 7, 8. (a) Apakah yang dipelajari oleh murid-murid Yesus daripada doa Yesus? (b) Bagaimanakah anda dapat mengajar anak anda untuk bergantung pada Tuhan melalui doa anda?
sus merayu kepada Bapanya, “Abba, Bapa, tiada sesuatu pun yang mustahil bagiMu. Jauhkanlah cawan ini daripadaku. Namun, janganlah turut kehendakku, tetapi turutlah kehendak-Mu.”1 (Mrk. 14:36) Bayangkan perasaan murid-murid Yesus apabila mereka mengetahui tentang doa ini. Mereka sedar bahawa walaupun Yesus sempurna, dia masih meminta bantuan Bapanya. Maka mereka belajar pentingnya untuk menunjukkan kerendahan hati dan bergantung kepada Yehuwa. 8 Doa anda dapat mempengaruhi anak anda. Sudah tentu, anda berdoa bukan sekadar untuk mengajar anak anda. Tetapi apabila anak mendengar doa anda, mereka belajar untuk bergantung pada Yehuwa. Semasa berdoa, janganlah hanya meminta Yehuwa membantu anak anda, tetapi mintalah Dia membantu anda juga. Ana yang tinggal di Brazil berkata, “Sewaktu masalah muncul, contohnya semasa datuk dan nenek saya sakit, ibu bapa saya akan meminta kekuatan daripada Yehuwa untuk menghadapi situasi itu dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan. Semasa tertekan, mereka menyerahkan masalah ke dalam tangan Yehuwa. Hasilnya, saya belajar untuk bergantung pada Yehuwa.” Jika anda berdoa agar Yehuwa memberikan keberanian untuk menginjil kepada jiran, atau untuk meminta cuti supaya dapat menghadiri konvensyen, anak anda akan sedar bahawa anda bergantung pada Yehuwa. Dengan demikian, mereka juga akan bergantung pada-Nya. 1 Pada zaman Yesus, anak-anak memanggil bapa mereka Abba. Perkataan ini menunjukkan perasaan kasih dan hormat.—The International Standard Bible Encyclopedia.
5
Yesus ingin murid-muridnya meniru teladannya dalam menunjukkan kerendahan hati dan tidak mementingkan diri. (Baca Lukas 22:27.) Yesus mengajar murid-muridnya untuk membuat pengorbanan demi Yehuwa dan orang lain. Anda juga boleh mengajar anak melalui teladan anda. Debbie yang mempunyai dua orang anak berkata, “Suami saya seorang penatua. Saya tidak pernah cemburu apabila suami saya meluangkan masa dengan orang lain. Saya tahu bahawa dia akan berada di samping kami apabila kami memerlukannya.” (1 Tim. 3:4, 5) Bagaimanakah teladan Debbie dan suaminya, Pranas, mempengaruhi keluarga mereka? Pranas berkata bahawa anak-anaknya selalu rela membantu semasa perhimpunan. Mereka mencari sahabat yang baik, ingin bersama saudara saudari, dan berasa gembira. Sekarang, Pranas dan keluarganya mencebu9
9. (a) Bagaimanakah Yesus mengajar muridmuridnya untuk bersikap rendah hati dan tidak mementingkan diri? (b) Jika anda rendah hati dan tidak mementingkan diri, apakah yang dipelajari oleh anak anda?
ri khidmat sepenuh masa. Jika anda rendah hati dan tidak mementingkan diri, anak anda juga akan rela membantu orang. TUNJUKKANLAH PENGERTIAN
Yesus menunjukkan pengertian. Dia tahu mengapa seseorang melakukan sesuatu perkara kerana dia dapat membaca hati. Contohnya, terdapat orang di Galilea yang datang mencarinya. (Yoh. 6:22-24) Dia sedar bahawa mereka menginginkan makanan dan bukannya mendengar ajarannya. (Yoh. 2:25) Jadi dia dengan sabar menjelaskan bagaimana mereka boleh membetulkan pandangan mereka.—Baca Yohanes 6:25-27. 11 Walaupun anda tidak dapat membaca hati orang, anda boleh menunjukkan pengertian. Contohnya, anda boleh mencuba memahami perasaan anak anda ter10
10. Bagaimanakah Yesus menunjukkan pengertian semasa orang di Galilea datang mencarinya? 11. (a) Bagaimanakah anda boleh memahami perasaan anak terhadap kerja penyebaran? (b) Bagaimanakah anda dapat membantu anak menikmati kerja penyebaran?
Bantulah anak anda untuk menikmati kerja penyebaran (Lihat perenggan 11)
hadap kerja penyebaran. Tanyalah diri, “Semasa aktiviti penyebaran, adakah anak saya benar-benar suka menginjil, atau adakah mereka hanya menanti-nantikan masa untuk berehat, makan atau minum?” Jika anda mendapati anak anda tidak suka menginjil, anda boleh memberinya tugastugas yang mudah semasa menginjil supaya dia menikmati kerja ini. 12 Yesus memberikan amaran tentang kesalahan yang boleh mengakibatkan dosa serius. Contohnya, pengikut Yesus tahu bahawa perbuatan seks yang tidak bermoral adalah salah. Namun Yesus memberi mereka amaran tentang perkara yang boleh menyebabkan perbuatan tidak bermoral, “Sesiapa yang terus memandang seorang wanita dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati. Jika mata kanan kamu membuat kamu tersandung, cungkillah dan buanglah mata itu.” (Mat. 5:27-29) Pengikut Yesus dikelilingi orang Roma yang suka melihat persembahan teater dengan adegan seks dan kata-kata lucah. Jadi Yesus mengingatkan pengikutnya supaya menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan mereka susah untuk tetap bersih secara moral. 13 Ibu bapa boleh menggunakan pengertian untuk melindungi anak daripada melakukan sesuatu yang akan menyedihkan Yehuwa. Hari ini anak kecil juga terdedah kepada bahan lucah dan bahan lain yang tidak bermoral. Sudah pasti anda harus memberitahu anak bahawa perkara ini adalah salah. Tetapi, anda juga boleh tanya diri, “Adakah anak saya tahu mengapa ba12. (a) Apakah amaran yang diberikan oleh Yesus kepada pengikutnya? (b) Mengapakah pengikut Yesus memerlukan amaran sebegini? 13, 14. Bagaimanakah anda boleh membantu anak mengelakkan hiburan yang tidak bermoral?
han lucah berbahaya? Apakah yang mungkin menggodanya untuk melihat bahan lucah? Adakah mudah bagi dia untuk bercakap dengan saya jika dia tergoda untuk melihat bahan lucah?” Walaupun anak anda mungkin sangat muda, anda boleh memberitahunya, “Jika kamu ternampak bahan lucah di Internet atau tergoda untuk melihat bahan itu, beritahulah saya. Janganlah berasa takut atau malu. Saya mahu membantu kamu.” 14 Ibu bapa harus berhati-hati semasa memilih hiburan supaya dapat menetapkan teladan yang baik bagi anak-anak. Pranas yang disebut tadi berkata, “Anda boleh memberitahu anak banyak perkara, tetapi akhirnya anak akan mengikut teladan anda.” Jika anda memilih muzik, buku, dan filem dengan bijak, anak anda juga akan berbuat demikian.—Rm. 2:21-24. YEHUWA AKAN MEMBANTU ANDA
Apakah yang berlaku apabila Manoah memohon bantuan daripada Yehuwa untuk membesarkan anaknya? ‘Tuhan mengabulkan permohonan Manoah.’ (Hak. 13:9) Ibu bapa, Yehuwa juga akan mendengar doa anda. Dia akan membantu anda untuk melatih anak anda. Dia juga akan membantu anda untuk menunjukkan kasih, kerendahan hati, dan pengertian. 16 Sepertimana Yehuwa membantu anda untuk melatih anak semasa mereka kecil, Dia juga akan membantu anda melatih anak remaja anda. Rencana seterusnya akan membincangkan bagaimana anda dapat meniru kasih, kerendahan hati, dan pengertian Yesus semasa melatih anak remaja untuk menyembah Yehuwa. 15
15, 16. (a) Mengapakah anda boleh yakin bahawa Yehuwa akan membantu anda untuk melatih anak? (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana seterusnya?
7
Latihlah Anak Remaja untuk Menyembah Yehuwa “Yesus kian membesar dan kebijaksanaannya kian bertambah. Dia semakin disenangi oleh Tuhan dan manusia.”—LUK. 2:52. LAGU: 41, 89
BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MENIRU YESUS KRISTUS DENGAN MENUNJUKKAN . . .
kasih?
kerendahan hati?
pengertian?
SALAH satu kenangan manis bagi ibu bapa adalah apabila anak mereka dibaptis. Keempat-empat anak Berenice dibaptis sebelum mereka mencapai umur 14 tahun. Dia berkata, “Kami sangat gembira dan bersyukur kerana anak kami ingin menyembah Yehuwa. Tetapi kami juga tahu bahawa anak remaja kami akan menghadapi banyak cabaran.” Jika anda mempunyai anak remaja atau yang akan menjadi remaja, anda juga mungkin berasa risau tentang hal ini. 2 Seorang pakar berkata bahawa zaman remaja mencabar bagi ibu bapa dan anak. Tetapi ibu bapa tidak patut menganggap anak remaja mereka tidak matang atau liar. Anak remaja sebenarnya kreatif, mempunyai emosi yang mendalam, dan perlu meluangkan masa bersama kawan. Jadi, anak remaja anda boleh memupuk persahabatan yang akrab dengan Yehuwa seperti yang dilakukan Yesus semasa muda. (Baca Lukas 2:52.) Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menginjil dan memupuk keinginan untuk berkhidmat kepada Tuhan. Mereka dapat mem1, 2. (a) Apakah kerisauan ibu bapa terhadap anak remaja mereka? (b) Apakah kemajuan yang boleh dicapai oleh remaja?
8
buat keputusan sendiri, seperti membaktikan diri kepada Yehuwa dan mentaati-Nya. Namun, bagaimanakah anda dapat melatih anak remaja untuk menyembah Yehuwa? Anda boleh meniru cara Yesus melatih pengikutnya dengan menunjukkan kasih, kerendahan hati, dan pengertian. KASIHILAH ANAK REMAJA ANDA 3 Yesus bukan sekadar tuan bagi rasulrasulnya, tetapi dia juga merupakan sahabat mereka. (Baca Yohanes 15:15.) Pada zaman Bible, seorang tuan biasanya tidak akan memberitahu pendapat dan perasaannya kepada hambanya. Tetapi Yesus tidak memperlakukan para rasulnya seperti hamba. Dia mengasihi, meluangkan masa, dan memberitahu mereka fikiran serta perasaannya. Yesus juga mendengar dengan teliti apabila mereka mengungkapkan pandangan dan perasaan mereka. (Mrk. 6:30-32) Maka Yesus menjadi sahabat akrab para rasulnya dan mereka bersedia untuk melakukan tugas yang diberikan. 4 Walaupun anda mempunyai kuasa atas anak, anda juga boleh menjadi sahabat mereka. Sahabat selalu meluangkan masa bersama-sama. Anda boleh mengurangkan masa bekerja atau melakukan perkara lain supaya mempunyai lebih banyak masa bersama anak anda. Berdoalah dan fikirkanlah hal ini dengan mendalam. Selain itu, sahabat juga berkongsi minat yang sama. Maka cubalah untuk menikmati apa yang disukainya. Contohnya, muzik, filem, atau sukan kegemarannya. Ilaria yang tinggal di Itali berkata, “Ibu bapa saya minat terhadap muzik yang saya dengar. Sebenarnya bapa me-
3. Bagaimanakah para rasul Yesus tahu bahawa Yesus merupakan sahabat mereka? 4. Bagaimanakah ibu bapa boleh menjadi sahabat anak mereka? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
rupakan sahabat baik saya. Saya selesa bercakap dengannya walaupun tentang perkara yang sensitif.” Dengan menjadi sahabat kepada anak anda dan membantu mereka untuk menjadi sahabat Yehuwa, anda tidak akan hilang kuasa sebagai ibu bapa. (Mzm. 25:14) Anak akan sedar bahawa anda mengasihi dan menghormati mereka. Dia juga akan berasa selesa untuk bercakap dengan anda. 5 Yesus tahu bahawa murid-muridnya akan gembira jika mereka berkhidmat kepada Yehuwa dan sibuk menyebarkan berita baik. Maka dia menggalakkan mereka untuk giat dalam aktiviti penyebaran, dan dia berjanji untuk membantu mereka.—Mat. 28: 19, 20. 6 Anda tentu mahu anak anda memiliki hubungan yang akrab dengan Yehuwa. Yehuwa telah memberi anda kuasa untuk melatih dan mendisiplinkan mereka. (Ef. 6:4) Maka anda perlu memastikan mereka memiliki rutin rohani. Fikirkan hal ini: Anda memastikan mereka pergi ke sekolah kerana pendidikan itu penting. Begitu juga, anda memastikan mereka menghadiri perjumpaan, perhimpunan, dan penyembahan keluarga kerana pendidikan daripada Yehuwa lebih penting. Oleh itu, bantulah mereka menghargai perkara rohani dan kebijaksanaan daripada Tuhan. (Ams. 24:14) Selain itu, latihlah mereka untuk menginjil dengan tetap. Tirulah Yesus dengan membantu mereka untuk gemar mengajarkan Firman Tuhan kepada orang. 7 Bagaimanakah rutin rohani seperti pembelajaran Bible, perjumpaan, dan aktiviti penyebaran dapat membantu anak remaja 5. Bagaimanakah murid-murid Yesus dapat menikmati kegembiraan? 6, 7. Mengapakah ibu bapa menetapkan dan mengekalkan rutin rohani bagi anak mereka?
9
anda? Erin yang tinggal di Afrika Selatan berkata, “Semasa kecil, kami selalu merajuk dan merungut tentang pembelajaran Bible, perjumpaan, dan aktiviti penyebaran. Kadangkala, kami sengaja mengganggu penyembahan keluarga supaya tidak perlu menghadirinya. Tetapi ibu bapa kami tidak berputus asa.” Dia bersyukur kerana ibu bapanya membantunya untuk sedar betapa pentingnya perkara ini. Sekarang, apabila dia tidak dapat menghadiri perjumpaan atau aktiviti penyebaran, dia akan segera kembali melakukan rutin rohaninya. TUNJUKKANLAH KERENDAHAN HATI
Walaupun Yesus sempurna, dia rendah hati dan memberitahu pengikutnya bahawa dia memerlukan bantuan Yehuwa. (Baca Yohanes 5:19.) Adakah hal ini menyebabkan pengikut Yesus kurang menghormatinya? Tidak. Semakin kerap mereka nampak Yesus bergantung pada Yehuwa, mereka semakin mempercayainya. Mereka juga meniru kerendahan hatinya.—Kis. 3:12, 13, 16. 9 Tidak seperti Yesus, kita tidak sempurna dan membuat kesilapan. Oleh itu, kita harus menunjukkan kerendahan hati dengan mengakui keterbatasan dan kesilapan kita. (1 Yoh. 1:8) Dengan demikian, anak remaja anda akan belajar untuk mengakui kesilapannya dan dia akan lebih menghormati anda. Contohnya, siapakah yang anda lebih hormati? Seorang majikan yang mengakui kesilapannya atau yang enggan meminta maaf? Rosemary yang membesarkan tiga orang anak berkata bahawa dia dan suaminya rela mengakui kesilapan mereka. Dia menjelaskan, “Hal ini mendorong anak kami 8
8. (a) Bagaimanakah Yesus menunjukkan kerendahan hati? (b) Bagaimanakah kerendahan hati Yesus membantu pengikutnya? 9. Apabila anda mengakui kesilapan, bagaimanakah hal ini membantu anak remaja anda?
10
untuk meluahkan masalah mereka. Kami mengajar anak kami cara mendapatkan penyelesaian bagi masalah mereka. Apabila mereka memerlukan bantuan, kami meminta mereka untuk merujuk kepada bahan bacaan Bible. Kami juga berdoa bersama mereka.” 10 Yesus berhak memberitahu muridnya apa yang harus dilakukan. Tetapi dia selalu menjelaskan sebab mereka harus melakukan sesuatu kerana dia rendah hati. Contohnya, dia tidak hanya menyuruh mereka mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata Tuhan. Sebaliknya, dia berkata, “Semua perkara itu akan diberikan kepada kamu.” Yesus juga menyuruh mereka untuk berhenti menghakimi. Dia menjelaskan sebabnya: “Hal ini demikian kerana kamu akan dihakimi sebagaimana kamu menghakimi orang.”—Mat. 6:31–7:2. 11 Jika sesuai, jelaskan sebab anda membuat suatu peraturan atau keputusan kepada anak remaja. Maka, lebih mudah baginya untuk mentaati anda. Barry yang membesarkan empat orang anak berkata, “Memberikan sebab akan membantu remaja untuk mempercayai anda.” Anak akan sedar bahawa anda membuat suatu peraturan atau keputusan atas sebab yang munasabah, bukan kerana anda mempunyai kuasa. Ingat juga bahawa anak remaja anda bukan lagi anak kecil. Mereka sedang belajar cara untuk berfikir dan ingin membuat keputusan sendiri. (Rm. 12:1) Barry menjelaskan, “Anak remaja perlu belajar membuat keputusan yang bijak berdasarkan sebab tertentu bukannya mengikut emosi.” (Mzm. 119:34) Maka tun10. Bagaimanakah Yesus menunjukkan kerendahan hati semasa memberikan perintah kepada muridnya? 11. Bagaimanakah anda dapat membantu anak remaja dengan menjelaskan sebab anda membuat suatu peraturan atau keputusan?
jukkan kerendahan hati dan jelaskan sebab anda membuat suatu keputusan. Dengan demikian, dia akan belajar untuk membuat keputusan sendiri. Dia juga tahu bahawa anda menghormatinya dan anda sedar bahawa dia semakin dewasa. TUNJUKKANLAH PENGERTIAN DAN FAHAMI ANAK REMAJA
Yesus memiliki pengertian dan tahu bantuan yang diperlukan oleh pengikutnya. Contohnya, apabila Yesus mengatakan bahawa dia akan dibunuh, Petrus menyuruh Yesus untuk memikirkan dirinya sendiri. Yesus tahu bahawa Petrus mengasihinya, tetapi dia juga tahu bahawa pandangan Petrus itu salah. Bagaimanakah Yesus membantu Petrus dan pengikut yang lain? Dia menegur Petrus. Kemudian, Yesus menjelaskan akibat seseorang yang enggan melakukan kehendak Yehuwa sewaktu menghadapi cabaran. Yesus juga berkata bahawa Yehuwa akan memberkati orang yang tidak mementingkan diri. (Mat. 16:21-27) Petrus belajar daripada hal itu.—1 Ptr. 2:20, 21. 12
12. Oleh sebab Yesus memiliki pengertian, bagaimanakah dia membantu Petrus?
Berdoalah memohon pengertian daripada Yehuwa untuk membantu anda memahami bantuan yang diperlukan anak remaja anda. (Mzm. 32:8) Anda mungkin sedar bahawa anak anda tidak segembira dahulu, bercakap negatif tentang saudara saudari, atau menyembunyikan sesuatu daripada anda. Janganlah terus membuat kesimpulan bahawa dia melakukan sesuatu yang buruk di belakang anda.1 Namun, anda tidak harus mengabaikan masalah itu. Dia mungkin memerlukan bantuan anda untuk menguatkan imannya. 14 Untuk mengetahui cara membantu anak remaja, tanyalah soalan dengan lembut dan hormat. Hal itu seperti menimba air dari perigi. Jika anda menimbanya terlalu cepat, anda hanya mendapat sedikit air. Begitu juga, jika anda bersikap tidak sabar semasa menanyakan soalan atau 13
1 Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat daripada buku Rahsia Kebahagiaan Keluarga bab 6 dan 7.
13, 14. (a) Apakah yang menunjukkan bahawa anak remaja anda memerlukan bantuan untuk menguatkan imannya? (b) Bagaimanakah anda dapat mengetahui cara untuk membantu anak remaja anda?
Bantulah anak remaja untuk mencari sahabat baik dalam sidang (Lihat perenggan 14)
11
cuba memaksa anak remaja untuk bercakap, anda tidak akan mengetahui perasaan dan pemikirannya yang sebenar. (Baca Amsal 20:5.) Ilaria ingat bahawa semasa remaja, dia ingin meluangkan lebih banyak masa dengan rakan sekelasnya walaupun dia tahu hal itu salah. Ibu bapanya sedar bahawa dia tidak gembira. Ilaria berkata, “Pada suatu malam, mereka memberitahu saya bahawa saya kelihatan sedih. Mereka menanya saya jika saya mempunyai masalah. Saya menangis lalu menjelaskan masalah saya dan meminta bantuan mereka. Mereka memeluk saya, memberitahu saya bahawa mereka memahami saya, dan berjanji untuk membantu saya.” Ibu bapa Ilaria segera membantunya untuk mencari sahabat baik dalam sidang. 15 Yesus juga menunjukkan pengertian dengan sedar akan sifat baik murid-muridnya. Contohnya, apabila Natanael mendengar bahawa Yesus berasal dari Nasaret, dia berkata, “Dapatkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?” (Yoh. 1:46) Jika anda berada di sana, adakah anda berfikir bahawa Natanael seorang yang negatif, berprasangka, atau tidak beriman? Yesus tidak berfikir seperti itu. Sebaliknya, Yesus memanggil Natanael sebagai “orang Israel sejati yang hatinya bebas daripada tipu daya.” (Yoh. 1:47) Yesus dapat membaca hati. Dia menggunakan kebolehan itu untuk mencari sifat baik seseorang. 16 Walaupun anda tidak dapat membaca hati, anda boleh memiliki pengertian. Yehuwa dapat membantu anda untuk mencari sifat baik anak remaja anda. Jika anak remaja mengecewakan anda, janganlah ber15. Apakah cara lain Yesus menunjukkan pengertian? 16. Bagaimanakah anda dapat menggalakkan anak remaja untuk membuat kemajuan?
12
fikir bahawa dia jahat atau suka membuat masalah. Sebaliknya, beritahulah bahawa anda nampak sifat baiknya dan keinginannya untuk buat apa yang benar. Perhatikanlah kemajuannya dan pujilah dia. Jika boleh, kembangkan sifat baiknya dengan memberinya lebih banyak tanggungjawab. Yesus juga berbuat demikian. Satu setengah tahun selepas berjumpa dengan Natanael (yang juga dipanggil Bartolomeus), Yesus melantiknya sebagai rasul. Natanael melaksanakan tugas itu dengan setia. (Luk. 6: 13, 14; Kis. 1:13, 14) Janganlah membuat anak anda berasa bahawa dia tidak cukup baik. Pujian dan galakan anda dapat membantu dia menggunakan kebolehannya untuk menyembah Yehuwa. MELATIH ANAK MEMBAWA KEPUASAN MENDALAM
Sewaktu membesarkan anak, anda mungkin pernah berasa seperti rasul Paulus yang mengajarkan kebenaran kepada banyak orang. Paulus mengalami “hati yang sangat sedih dan berat” kerana dia sangat mengasihi mereka yang bagaikan anaknya. (2 Kor. 2:4; 1 Kor. 4:15) Victor yang membesarkan tiga orang anak berkata, “Zaman remaja bukannya senang. Namun, kenangan manis tidak dapat dibandingkan dengan cabaran yang dihadapi. Dengan bantuan Yehuwa, kami dapat menikmati persahabatan yang erat dengan anak kami.” 18 Ibu bapa, anda telah bekerja keras untuk melatih anak kerana anda sangat mengasihi mereka. Janganlah putus asa. Fikirkan betapa dalamnya sukacita yang diraih apabila anak anda membuat keputusan untuk menyembah Tuhan dan “tetap berjalan mengikut kebenaran.”—3 Yoh. 4. 17
17, 18. Jika anda terus melatih anak remaja untuk menyembah Yehuwa, apakah hasilnya?
PERTANYAAN PEMBACA
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa kota Yerikho ditawan dalam masa singkat? ˇ Berdasarkan Yosua 6:10-15, 20, askar Israel berkawad mengelilingi Yerikho sekali sehari selama enam hari. Pada hari ketujuh, mereka mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Kemudian, Tuhan menyebabkan tembok runtuh dan orang Israel dapat menawan kota itu. Adakah para arkeologi menjumpai bukti bahawa kota Yerikho ditawan dalam masa singkat, seperti yang dikatakan Bible? Pada zaman kuno, askar-askar biasanya mengepung sebuah kota sebelum menyerang. Jika masa pengepungan berlanjutan, penduduk di kota akan makan kebanyakan makanan yang disimpan. Apabila kota itu ditawan, askar-askar akan mengambil apa sahaja yang mereka mahu, termasuk makanan yang tinggal. Oleh itu, para arkeologi menjumpai sedikit atau tiada makanan di reruntuhan kota-kota di Palestin. Tetapi, reruntuhan kota Yerikho berbeza. Biblical Archaeology Review berkata, “Selain daripada tembikar, barang yang paling banyak ditemukan di kota itu ialah biji-bijian. . . . Menjumpai biji-bijian yang sangat banyak memang tidak biasa.” Bible berkata bahawa Yehuwa memerintahkan orang Israel untuk tidak mengambil makanan dari Yerikho. (Yos. 6:17, 18) Bible juga berkata bahawa orang Israel menyerang Yerikho pada musim bunga, iaitu selepas musim menuai. Pada masa itu, terdapat banyak biji-bijian disimpan dalam kota. (Yos. 3:14-17; 5:10) Selepas pengepungan, masih terdapat banyak biji-bijian di Yerikho. Hal ini membuktikan pengepungan itu berlaku dalam masa yang singkat, seperti yang dikatakan Bible. 13
Tunjukkan Penghargaan atas
KEMURAHAN HATI YEHUWA YEHUWA ialah Tuhan yang murah hati. (Yak. 1:17) Bintang di langit dan tumbuhan di bumi semuanya menyingkapkan kemurahan hati Yehuwa.—Mzm. 65:13, 14; 147:7, 8; 148:3, 4. Penghargaan pemazmur terhadap Penciptanya sangat dalam sehingga dia terdorong untuk menyanjung ciptaan Yehuwa. Bacalah Mazmur bab 104 dan selamilah perasaannya. Pemazmur berkata, ‘Aku akan menyanyikan pujian bagi Tuhanku seumur hidupku.’ (Mzm. 104:33) Adakah anda memiliki keinginan serupa? TELADAN KEMURAHAN HATI YANG TERAGUNG
Yehuwa ingin kita meneladani kemurahan hatiNya. Dia juga memberi kita sebab yang munasabah untuk menunjukkan sifat ini. Paulus menulis, “Berikanlah perintah kepada mereka yang kaya dalam sistem dunia ini supaya jangan bersikap angkuh dan jangan berharap pada kekayaan yang tidak tetap. Sebaliknya hendaklah mereka berharap pada Tuhan yang melimpahi kita dengan semua perkara yang kita nikmati. Perintahkanlah mereka supaya berbuat baik, ya, mereka mesti melakukan banyak perbuatan yang baik, bersikap murah hati, dan bersedia mengongsi apa yang dimiliki. Dengan berbuat demikian, mereka seolah-olah mengumpulkan kekayaan daripada Tuhan. Hal ini bererti bahawa mereka sedang membina asas yang baik un-
14
tuk masa depan, supaya mereka dapat berpegang teguh pada kehidupan yang sejati.”—1 Tim. 6: 17-19. Paulus menekankan sikap yang patut semasa memberi. Dia berkata, “Hendaklah setiap orang melakukan apa yang telah diputuskan dalam hati masing-masing. Janganlah melakukannya dengan berat hati atau secara terpaksa, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Kor. 9:7) Kemudian, Paulus menyebut tentang manfaat kemurahan hati. Keperluan penerima dipenuhi, manakala pemberi meraih berkat rohani. —2 Kor. 9:11-14. Paulus juga menyebut tentang kemurahan hati Tuhan. Dia menulis, “Marilah kita bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan percuma-Nya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.” (2 Kor. 9:15) Kurniaan Yehuwa merangkumi semua kebaikan hati yang ditunjukkan-Nya kepada umat-Nya melalui Yesus Kristus. Sememangnya, kata-kata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan betapa tinggi nilainya. Bagaimanakah kita menunjukkan penghargaan terhadap semua yang dilakukan Yehuwa dan AnakNya? Satu cara adalah memberikan masa, tenaga, dan wang kita dengan murah hati untuk memajukan ibadat kepada Yehuwa, tidak kira nilainya kecil atau besar.—1 Taw. 22:14; 29:3-5; Luk. 21:1-4.
CARA-CARA MEMBERIKAN SUMBANGAN UNTUK KERJA SEDUNIA Seperti pada zaman rasul Paulus, ramai hari ini memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.” (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui caranya, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.jw.org/ms. Sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti berikut: PEMBERIAN TANPA SYARAT
˙ Sumbangan boleh diberikan melalui pemindahan wang secara elektronik, kad debit, atau kad kredit. Bagi sesetengah pejabat cawangan, sumbangan boleh diberikan melalui jw.org atau melalui laman web tertentu. ˙ Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat.
SUMBANGAN BERSYARAT
˙ Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik. ˙ Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat. PERANCANGAN AMAL
Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara-cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Antara cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara mana yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat mengenai undang-undang dan cukai sebelum memberikan sumbangan. Insurans: Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.
nakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan. Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal. Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama dia masih hidup. Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undangundang diperlukan. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.
Akaun Bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan atau dibayar kepada badan yang digu15
Yehuwa ialah Tuhan yang Pengasih “Tuhan itu kasih.”—1 LAGU: 18, 91
BOLEHKAH ANDA MENJAWAB?
Bagaimanakah kasih Tuhan mempengaruhi masa depan orang yang taat kepada-Nya?
Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kasih kepada orang yang berdosa?
Bagaimanakah Kerajaan Tuhan membuktikan kasih Tuhan terhadap kita?
16
YOH. 4:8, 16.
BIBLE berkata, “Tuhan itu kasih.” (1 Yoh. 4:8) Apakah maksudnya? Kasih bukan sekadar salah satu daripada sifat Yehuwa yang menarik. Kasih merupakan sifat utama-Nya. Dia bukan hanya memiliki kasih, tetapi Dia ialah kasih. Maksudnya, segala sesuatu yang dilakukan-Nya didorong oleh kasih. Kita bersyukur kerana kasih mendorong Yehuwa untuk menciptakan alam semesta dan semua kehidupan! 2 Yehuwa mengasihi ciptaan-Nya. Kasih-Nya meyakinkan kita bahawa Yehuwa menggunakan cara yang terbaik untuk melaksanakan tujuan-Nya bagi manusia. Orang yang taat kepada-Nya akan menikmati kebahagiaan sejati. Contohnya, kasih telah mendorong Yehuwa “menetapkan hari untuk menghakimi seluruh dunia dengan adil melalui seorang lelaki yang telah dilantik-Nya,” iaitu Yesus Kristus. (Kis. 17:31) Kita yakin bahawa penghakiman ini akan berlaku. Manusia yang setia 1. Apakah sifat utama Tuhan? Apakah perasaan anda apabila mengetahui tentang hal ini? 2. Kasih Tuhan meyakinkan kita tentang apa? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
akan memiliki masa depan yang bahagia buat selama-lamanya. SEJARAH MEMBUKTIKAN APA?
Bagaimanakah masa depan umat manusia jika kasih bukan sifat utama Tuhan? Manusia akan terus memerintah satu sama lain dan dipengaruhi oleh Syaitan. (2 Kor. 4:4; 1 Yoh. 5:19; baca Wahyu 12:9, 12.) Betapa teruknya masa depan manusia tanpa kasih Tuhan! 4 Apabila Syaitan memberontak terhadap Tuhan, dia juga mempengaruhi Adam dan Hawa untuk melakukan sedemikian. Dia mencabar hak Tuhan sebagai Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat. Syaitan mendakwa bahawa pemerintahannya lebih baik daripada Tuhan. (Kej. 3:1-5) Yehuwa membenarkan suatu jangka masa berlalu agar Syaitan dapat membuktikan dakwaannya. Kita boleh lihat dengan jelas bahawa tiada seorang pun dapat menjadi pemerintah yang baik termasuklah Syaitan. 5 Keadaan dunia kini menjadi semakin teruk. Lebih daripada 100 juta orang telah dibunuh dalam peperangan sepanjang 100 tahun yang lalu. Bible berkata bahawa “pada hari-hari terakhir,” “orang jahat dan penyamar akan menjadi semakin jahat.” (2 Tim. 3:1, 13) Bible juga berkata, ‘Ya Yehuwa, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya; tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.’ (Yer. 10:23) Sejarah membuktikan bahawa kata-kata itu benar. Yehuwa tidak menciptakan manusia dengan keu3
3. Bagaimanakah kehidupan kita jika Tuhan tidak mengasihi manusia? 4. Mengapakah Yehuwa membenarkan pemberontakan berlaku? 5. Sejarah manusia membuktikan apa?
payaan atau hak untuk memerintah diri sendiri tanpa-Nya. 6 Dengan membenarkan kejahatan berterusan buat suatu jangka masa, Yehuwa telah membuktikan bahawa hanya pemerintahan-Nya yang dapat berjaya. Pada masa depan, Tuhan akan melenyapkan segala kejahatan. Selepas itu, jika sesiapa mencabar pemerintahan-Nya yang pengasih, Tuhan akan bertindak dengan sertamerta. Dia boleh menggunakan sejarah manusia untuk membuktikan bahawa pemberontak sedemikian patut disingkirkan dengan segera. Maka kejahatan tidak akan berlaku lagi. BAGAIMANAKAH TUHAN MENUNJUKKAN KASIH-NYA?
Yehuwa telah menunjukkan kasih dalam banyak cara. Cuba fikirkan saiz dan keindahan alam semester kita. Terdapat berbilion-bilion galaksi dan setiap galaksi mengandungi berbilion-bilion bintang dan planet. Matahari merupakan salah satu bintang dalam galaksi Bima Sakti. Tanpa matahari, kehidupan tidak akan wujud di bumi. Semua ciptaan ini menunjukkan bahawa Yehuwa ialah Pencipta kita. Ciptaan ini juga menunjukkan sifat-sifat-Nya seperti kuasa, kebijaksanaan, dan kasih. Ya, “sifat-sifat-Nya yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan kedudukan-Nya sebagai Tuhan, dapat dilihat dengan jelas melalui perkara-perkara yang diciptakanNya.”—Rm. 1:20. 8 Yehuwa telah menciptakan segala yang ada di bumi untuk binatang dan manusia. Tuhan menciptakan sebuah kediaman yang indah bagi manusia. Dia juga 7
6. Mengapakah Tuhan membenarkan kejahatan? 7, 8. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kasihNya?
17
memberi mereka minda dan tubuh badan yang sempurna agar mereka dapat hidup kekal. (Baca Wahyu 4:11.) Selain itu, “Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup; kasih-Nya kekal abadi.” —Mzm. 136:25. 9 Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan Dia membenci kejahatan. Misalnya, Mazmur 5:5-7 berkata bahawa Yehuwa ‘tidak suka akan perbuatan jahat dan membenci semua orang jahat.’ Dia juga membenci “pengganas dan penipu.” KEJAHATAN AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI
Pada masa yang ditentukan, Yehuwa akan melenyapkan kejahatan daripada alam semesta kerana Dia Tuhan yang pengasih dan membenci apa yang jahat. Firman Tuhan berjanji, ‘Orang yang berharap kepada Yehuwa akan mewarisi negeri ini, tetapi orang yang jahat akan diusir. Orang yang jahat akan lenyap dengan segera.’ Musuh Yehuwa akan “lenyap seperti asap.”—Mzm. 37:9, 10, 20. 11 Firman Tuhan juga berjanji, “Orang yang salih akan memiliki negeri ini, dan tinggal di sini selama-lamanya.” (Mzm. 37:29) Manusia yang setia juga akan “menikmati kemakmuran yang berlimpahlimpah.” (Mzm. 37:11) Mengapa? Kerana Tuhan yang pengasih selalu memberikan yang terbaik kepada umat-Nya yang setia. Bible memberitahu kita, “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Per10
9. Walaupun Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih, apakah yang dibenci-Nya? 10, 11. (a) Apakah yang akan terjadi kepada orang jahat? (b) Apakah ganjaran bagi manusia yang setia?
18
kara-perkara yang lama sudah lenyap.” (Why. 21:4) Betapa cerahnya masa depan bagi orang yang menghargai kasih Tuhan! 12 Bible berkata, “Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih; orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan; tetapi orang yang berdosa akan dibinasakan, dan keturunan mereka pun dihapuskan.” (Mzm. 37:37, 38) “Orang yang baik” mengenali Tuhan dan anak-Nya serta melakukan kehendak Tuhan dengan setia. (Baca Yohanes 17:3.) Mereka percaya bahawa “dunia dan segala sesuatu di dalamnya yang diingini oleh manusia sedang berlalu, tetapi orang yang melakukan kehendak Tuhan akan hidup selama-lamanya.” (1 Yoh. 2:17) Oleh sebab akhir dunia ini semakin mendekat, kita perlu ‘berharap kepada Yehuwa dan taati perintah-Nya.’—Mzm. 37:34. KASIH TUHAN YANG AGUNG
Walaupun kita tidak sempurna, kita boleh mentaati Tuhan. Dengan adanya korban tebusan Yesus, kita juga boleh memiliki hubungan yang akrab dengan Yehuwa. Korban tebusan merupakan kasih Tuhan yang agung. Yehuwa menyediakan tebusan ini agar manusia yang setia dapat dibebaskan daripada dosa dan kematian. (Baca Roma 5:12; 6:23.) Yesus setia kepada Tuhan sewaktu berada di syurga. Maka Yehuwa yakin bahawa anak-Nya juga akan setia semasa berada di bumi. Sebagai Bapa yang pengasih, Yehuwa berasa sangat sakit hati apabila orang jahat memperlakukan anak-Nya dengan buruk. Namun, Yesus dengan setia mendukung kedaulatan Tuhan. Dia juga menunjukkan 13
12. Siapakah “orang yang baik”? 13. Bagaimanakah Tuhan menunjukkan kasih-Nya yang agung?
Yehuwa dengan pengasih telah mengutus anak-Nya ke bumi (Lihat perenggan 13)
bahawa manusia yang sempurna dapat tetap setia kepada Tuhan walaupun menghadapi situasi yang paling mencabar. 14 Walaupun menghadapi cabaran yang paling teruk, Yesus tetap setia dan menyokong hak Yehuwa untuk memerintah. Kita harus bersyukur kerana Yesus rela mengorbankan nyawanya supaya manusia berpeluang untuk hidup selama-lamanya di dunia baru Tuhan! Rasul Paulus berkata, “Semasa kita tidak berdaya, Kristus telah mati untuk manusia yang berdosa, pada masa yang ditetapkan oleh Tuhan. Jarang ada orang yang sanggup mati un14, 15. Apakah manfaat korban tebusan Yesus bagi manusia?
tuk seseorang yang melakukan apa yang benar. Tetapi ada orang yang mungkin rela mati untuk seseorang yang baik. Namun, beginilah caranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Kristus telah mati untuk kita semasa kita masih berdosa.” (Rm. 5:6-8) Rasul Yohanes pula menulis, “Inilah caranya kasih Tuhan menjadi nyata dalam diri kita: Tuhan telah mengutus Anak tunggal-Nya ke dunia supaya melaluinya kita memperoleh kehidupan. Inilah kasih yang dimaksudkan: Tuhan mengutus Anak-Nya sebagai korban pendamaian untuk dosa kita, bukan kerana kita telah mengasihi Tuhan, tetapi kerana Dia mengasihi kita.”—1 Yoh. 4:9, 10. 19
Yesus berkata bahawa “Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia memberikan Anak tunggal-Nya, supaya setiap orang yang beriman kepadanya tidak dibinasakan tetapi mendapat kehidupan kekal.” (Yoh. 3:16) Yehuwa rela mengorbankan anak-Nya sebagai tebusan walaupun hal itu tidak mudah bagi-Nya. Hal ini menunjukkan betapa dalamnya kasih Tuhan bagi manusia. Kasih-Nya itu akan kekal buat selama-lamanya. Paulus mengatakan, “Aku yakin bahawa baik kematian atau kehidupan atau malaikatmalaikat atau kerajaan atau perkara yang ada sekarang atau perkara yang akan datang atau kuasa-kuasa atau ketinggian atau kedalaman atau mana-mana ciptaan lain, tidak dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang ditunjukkan melalui Kristus Yesus, Tuan kita.”—Rm. 8:38, 39. 15
KERAJAAN TUHAN KINI MEMERINTAH
Kerajaan Mesias atau Kerajaan Tuhan merupakan salah satu lagi bukti bahawa Yehuwa mengasihi manusia. Mengapa? Yehuwa telah melantik seorang Raja yang mengasihi manusia dan layak untuk memerintah, iaitu Yesus Kristus. (Ams. 8:31) Tuhan telah melantik 144,000 orang untuk memerintah bersama Yesus di syurga. Oleh sebab mereka pernah hidup di bumi, mereka dapat menggunakan pengalaman sebagai manusia untuk membawa manfaat kepada rakyat Kerajaan Tuhan. (Why. 14:1) Sewaktu Yesus berada di bumi, tema utama ajarannya adalah tentang Kerajaan Tuhan. Dia mengajar para pengikutnya un16
16. Apakah itu Kerajaan Mesias? Siapakah yang dilantik oleh Yehuwa untuk menjadi pemerintah Kerajaan itu?
20
tuk berdoa: “Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu disucikan. Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.” (Mat. 6: 9, 10) Kita menanti-nantikan doa ini menjadi kenyataan apabila Kerajaan Tuhan mencurahkan berkat kepada umat manusia! 17 Pemerintahan Yesus dan pemerintahan manusia sangat berbeza. Pemerintahan manusia telah menyebabkan berlakunya peperangan yang meragut nyawa jutaan orang. Tetapi Raja kita, iaitu Yesus benar-benar mengasihi kita dan dia meniru sifat-sifat Tuhan terutamanya kasih. (Why. 7:10, 16, 17) Yesus berkata, “Marilah kepadaku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat, dan aku akan menyegarkan kamu. Pikullah kuk aku dan belajarlah daripadaku, kerana aku lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan pulih segar. Kuk aku senang dipikul, dan pikulan yang aku berikan pun ringan.” (Mat. 11:28-30) Tidakkah janji ini menyentuh hati anda? 18 Bible menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan mula memerintah di syurga pada tahun 1914. Sejak itu, Yehuwa mengumpulkan saki baki daripada orang yang akan memerintah bersama Yesus di syurga. Yehuwa juga mengumpulkan “kumpulan besar manusia” yang akan selamat mengharungi akhir sistem dunia. (Why. 7:9, 13, 14) Seberapa besarkah kumpulan ini? Apakah yang dikehendaki oleh Tuhan daripada mereka? Rencana seterusnya akan mengkaji soalan-soalan ini. 17. Bandingkan pemerintahan Yesus dengan pemerintahan manusia. 18. (a) Apakah yang berlaku sejak tahun 1914? (b) Apakah yang akan dikaji dalam rencana seterusnya?
Adakah Anda ‘Mengasihi Orang Lain seperti Diri Sendiri’? “Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”—MAT. KASIH merupakan sifat utama Tuhan Yehuwa. (1 Yoh. 4:16) Ciptaan pertama-Nya, iaitu Yesus Kristus telah hidup bersama Bapanya selama berbilion-bilion tahun. Dia tahu bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih. (Kol. 1:15) Sepanjang hayat Yesus, sama ada di syurga atau di bumi, Yesus menunjukkan kasih yang serupa. Jadi kita boleh yakin bahawa Yehuwa dan Yesus akan sentiasa menunjukkan kasih semasa memerintah. 2 Apabila Yesus ditanya tentang hukum yang terpenting, dia berkata, “ ‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting. Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’ ”—Mat. 22:37-39. 3 Menunjukkan kasih dalam hubungan kita dengan orang lain sangat penting. Yesus berkata bahawa kita harus mengasihi Yehuwa dan mengasihi orang lain. Namun, siapakah “orang
22:39.
LAGU: 73, 36
DAPATKAH ANDA MENJAWAB?
Mengapakah kita harus mencerminkan kasih Yehuwa?
Mengapakah kasih penting dalam perkahwinan?
Bagaimanakah umat Tuhan menunjukkan kasih kepada orang lain?
1, 2. Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa kasih itu penting? 3. “Orang lain” merujuk kepada siapa?
21
Bible memberitahu kita cara untuk menikmati perkahwinan yang bahagia (Lihat perenggan 6, 7)
lain” yang dimaksudkan? Jika kita sudah berkahwin, orang lain merujuk kepada suami atau isteri kita. Orang lain juga merujuk kepada saudara saudari serta orang yang kita jumpa semasa aktiviti penyebaran. Dalam rencana ini, kita akan belajar tentang cara menunjukkan kasih kepada mereka. KASIHI PASANGAN HIDUP ANDA
Yehuwa telah menciptakan Adam dan Hawa, serta menyatukan mereka. Itulah perkahwinan pertama. Tuhan ingin mereka menikmati perkahwinan yang bahagia dan memenuhi bumi dengan anak-anak mereka. (Kej. 1:27, 28) Namun, perkahwinan mereka retak setelah mereka mengingkari Yehuwa. Selain itu, dosa dan kematian diwariskan kepada semua keturunan mereka. (Rm. 5:12) Walaupun begitu, perkahwinan pada hari ini boleh berjaya. Pengasas perkahwinan, iaitu Yehuwa telah memberi suami dan isteri nasihat yang terbaik di dalam Bible.—Baca 2 Timotius 3:16, 17. 5 Bible menunjukkan bahawa kasih yang 4
4. Walaupun kita tidak sempurna, bagaimanakah sebuah perkahwinan boleh berjaya? 5. Mengapakah kasih penting dalam perkahwinan?
22
hangat penting bagi hubungan yang bahagia. Hal ini sangat penting dalam perkahwinan. Semasa menulis tentang kasih sejati, rasul Paulus berkata, “Kasih itu sabar dan baik hati. Kasih tidak cemburu, tidak bercakap besar, tidak menjadi angkuh, tidak bersikap biadab, tidak mementingkan diri sendiri, dan tidak cepat naik marah. Kasih tidak menyimpan dendam apabila dilukai. Kasih tidak bersukacita atas perkara yang salah, tetapi bersukacita atas perkara yang benar. Kasih menanggung segala beban, mempercayai segala sesuatu, tidak hilang harapan, dan menghadapi segala sesuatu dengan tabah. Kasih itu abadi.” (1 Kor. 13: 4-8) Jika kita merenungkan kata-kata Paulus dan menerapkannya, kita boleh menikmati perkahwinan yang bahagia. 6 Yehuwa telah memutuskan siapa yang menjadi ketua keluarga. Paulus menjelaskan, “Aku mahu kamu tahu bahawa Kristus ialah kepala setiap lelaki; lelaki ialah kepala wanita; dan Tuhan ialah kepala Kristus.” (1 Kor. 11:3) Tetapi, Yehuwa ingin para suami menjadi ketua yang pengasih, bukannya 6, 7. (a) Apakah yang Bible katakan tentang kekepalaan? (b) Bagaimanakah seorang suami harus memperlakukan isterinya?
kasar atau kejam. Yehuwa merupakan Ketua yang baik dan tidak mementingkan diri. Itulah sebabnya Yesus menghormati kekuasaan Tuhan. Dia berkata, “Aku mengasihi Bapa.” (Yoh. 14:31) Yesus tentu tidak akan berasa sedemikian jika Yehuwa bersikap kasar terhadapnya. 7 Walaupun suami merupakan kepala atas isterinya, Bible berkata bahawa dia harus menghormati isterinya. (1 Ptr. 3:7) Bagaimana? Dia boleh memikirkan keperluan serta menghormati pilihan isterinya. Bible berkata, “Hai para suami, teruslah mengasihi isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi sidang dan menyerahkan dirinya untuk sidang.” (Ef. 5:25) Ya, Yesus menyerahkan nyawanya untuk pengikutnya. Jika suami menjadi ketua yang pengasih seperti Yesus, isterinya akan berasa lebih mudah untuk mengasihi serta menghormati dia dan keputusannya.—Baca Titus 2:3-5. MENGASIHI SAUDARA SAUDARI
Hari ini, terdapat berjuta-juta orang menyembah Yehuwa di serata dunia. Apakah seharusnya perasaan kita terhadap saudara saudari? Bible berkata, “Marilah kita berbuat baik kepada semua orang, terutamanya kepada saudara saudari kita yang seiman.” (Gal. 6:10; baca Roma 12:10.) Rasul Petrus menulis, “Memandangkan kamu patuh kepada kebenaran, kamu sudah menyucikan diri. Hasilnya kamu memiliki kasih sayang yang ikhlas terhadap satu sama lain. Oleh itu, kasihilah satu sama lain dengan mendalam daripada hati kamu.” Petrus juga memberitahu rakan seiman, “Kasihilah satu sama lain dengan mendalam.”—1 Ptr. 1:22; 4:8. 8
8. Apakah seharusnya perasaan kita terhadap saudara saudari?
Organisasi sedunia kita sangat istimewa. Mengapa? Kerana kita mempunyai kasih yang mendalam terhadap saudara saudari. Tambahan pula, kerana kita mengasihi Yehuwa dan mentaati perintah-Nya, Dia membantu kita dengan kuasa yang paling hebat di alam semesta, iaitu daya aktif. Daya aktif Tuhan membantu kita menikmati perpaduan dalam persaudaraan sedunia. —Baca 1 Yohanes 4:20, 21. 10 Paulus menekankan pentingnya kasih antara orang Kristian. Dia menulis, “Hendaklah kamu mengenakan kasih, belas kasihan, kebaikan hati, kerendahan hati, kelemahlembutan, dan kesabaran. Teruslah bersabar terhadap satu sama lain dan hendaklah kamu saling mengampuni dengan rela hati, biarpun orang lain menyinggung perasaan kamu. Sepertimana Yehuwa mengampuni kamu dengan rela hati, kamu juga mesti berbuat demikian. Selain daripada hal-hal ini, hendaklah kamu mengenakan kasih, kerana kasih ialah ikatan yang menyatupadukan orang dengan sempurna.” (Kol. 3:12-14) Kita bersyukur kerana “ikatan yang menyatupadukan orang dengan sempurna” wujud dalam kalangan kita tidak kira apa pun latar belakang kita! 11 Kasih dan perpaduan sejati dalam kalangan umat Yehuwa menunjukkan bahawa mereka mengamalkan agama benar. Yesus berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.” (Yoh. 13:34, 35) Rasul Yohanes pula menulis, “Anak-anak Tuhan dan anak-anak Iblis dapat diketahui dengan jelas melalui fakta ini: Sesiapa yang tidak mengamalkan apa yang betul tidak berasal daripada Tuhan, begitu juga dengan 9
9, 10. Mengapakah umat Tuhan dapat bersatu padu? 11. Apakah tanda pengenal organisasi Tuhan?
23
sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya. Hal ini demikian kerana inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi.” (1 Yoh. 3:10, 11) Oleh itu, kasih dan perpaduan merupakan tanda pengenal bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ialah pengikut Kristus yang sebenar. Merekalah yang digunakan oleh Tuhan untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan di seluruh bumi.—Mat. 24:14. “KUMPULAN BESAR MANUSIA” DIKUMPULKAN
Kebanyakan hamba Yehuwa pada hari ini merupakan sebahagian daripada “kumpulan besar manusia.” Mereka datang dari pelbagai tempat dan mereka menyokong Kerajaan Tuhan. “Merekalah yang selamat mengharungi kesengsaraan besar. Mereka telah mencuci dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Bebiri.” Mereka menunjukkan iman terhadap korban tebusan Yesus. “Kumpulan besar manusia” ini mengasihi Yehuwa dan anak-Nya, serta menyembah Yehuwa “siang dan malam.” —Why. 7:9, 14, 15. 13 Tidak lama lagi, Tuhan akan memusnahkan dunia yang jahat ini semasa “kesengsaraan besar.” (Mat. 24:21; baca Yeremia 25:32, 33.) Tetapi Yehuwa akan melindungi dan membimbing umat-Nya ke dunia baru kerana Dia mengasihi mereka. Seperti yang dijanjikan-Nya 2,000 tahun yang lalu, “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.” Adakah anda menanti-nantikan kehidupan di firdaus selepas kejahatan, penderitaan, dan kematian dilenyapkan?—Why. 21:4. 12
12, 13. Apakah yang dilakukan oleh “kumpulan besar manusia” pada hari ini? Apakah yang akan dinikmati mereka tidak lama lagi?
24
Apabila hari-hari terakhir bermula pada tahun 1914, hanya terdapat beberapa ribu penyembah Yehuwa. Mereka mengasihi orang lain dan mendapat sokongan daya aktif Tuhan. Oleh itu, kumpulan kecil orang terurap menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan walaupun menghadapi cabaran. Apakah hasilnya? Hari ini, kumpulan besar manusia yang memiliki harapan untuk hidup selama-lamanya di bumi sedang dikumpulkan. Terdapat kira-kira 8,000,000 Saksi-Saksi Yehuwa di lebih daripada 115,400 sidang di seluas dunia. Jumlah ini semakin meningkat. Contohnya, lebih daripada 275,500 orang dibaptis pada tahun aktiviti penyebaran 2014. Hal ini menunjukkan bahawa kirakira 5,300 orang dibaptis setiap minggu. 15 Kita kagum apabila melihat betapa banyak orang telah mendengar tentang berita baik Kerajaan Tuhan. Hari ini, bahan bacaan kita boleh didapati dalam lebih daripada 700 bahasa. Majalah Menara Pengawal merupakan majalah yang paling banyak diedarkan di dunia. Lebih daripada 52,000,000 salinan telah dicetak setiap bulan dan majalah itu boleh didapati dalam 247 bahasa. Selain itu, buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? telah diterjemahkan dalam lebih daripada 250 bahasa dan sebanyak 200,000,000 salinan telah dicetak. 16 Organisasi kita terus berkembang kerana kita beriman kepada Tuhan dan menerima Bible sebagai Firman-Nya. (1 Tes. 2:13) Kita menikmati berkat Yehuwa walaupun menghadapi tentangan Syaitan. —2 Kor. 4:4. 14
14. Bagaimanakah perkembangan kumpulan besar manusia? 15. Bagaimanakah ramai orang mendengar berita baik pada hari ini? 16. Mengapakah organisasi Yehuwa terus berkembang?
SENTIASA MENGASIHI ORANG LAIN
Cara orang menyambut mesej kita adalah berbeza. Ada yang menerima mesej kita, manakala ada pula yang menolak. Bagaimanakah Yehuwa ingin kita memandang mereka yang tidak menyembah-Nya? Tidak kira apa pun sambutan orang, kita mengikut nasihat Bible, “Hendaklah katakata kamu sentiasa menyenangkan dan enak didengari, seperti makanan yang ditambahkan dengan garam. Dengan demikian, kamu akan tahu cara untuk menjawab setiap orang.” (Kol. 4:6) Apabila kita mempertahankan kepercayaan kita, kita melakukannya “dengan lemah lembut dan hormat yang mendalam” kerana kita mengasihi orang lain.—1 Ptr. 3:15. 18 Walaupun orang lain berasa marah dan menolak mesej kita, tunjukkanlah kasih kepada mereka dan tirulah teladan Yesus. Apabila Yesus “dihina, dia tidak membalas dengan hinaan. Semasa dia menderita, dia tidak mengancam orang, tetapi dia mempercayakan dirinya kepada Dia yang menghakimi dengan adil.” (1 Ptr. 2:23) Jadi kita harus sentiasa bersikap rendah hati dan menerapkan nasihat ini: “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan atau hinaan dengan hinaan. Sebaliknya, balaslah kejahatan dengan perbuatan yang baik.” —1 Ptr. 3:8, 9. 19 Kerendahan hati membantu kita untuk mentaati prinsip penting yang diberikan Yesus. Dia menjelaskan, “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain dan membenci musuhmu.’ Namun aku berkata kepada kamu: Teruslah mengasihi musuhmu dan berdoalah 17
17, 18. Bagaimanakah Yehuwa ingin kita memandang mereka yang tidak menyembah-Nya? 19. Bagaimanakah kita harus memperlakukan musuh kita?
bagi orang yang menganiaya kamu. Dengan demikian kamu dapat menjadi anakanak Bapa kamu yang di syurga, kerana Dia membuat matahari terbit untuk orang jahat dan orang baik dan membuat hujan turun untuk orang baik dan orang jahat.” (Mat. 5:43-45) Sebagai umat Tuhan, kita harus mengasihi musuh kita tidak kira bagaimana mereka memperlakukan kita. 20 Kita harus sentiasa mengasihi Yehuwa dan orang lain. Walaupun orang menentang kita dan menolak mesej kita, kita harus menghulurkan bantuan kepada mereka apabila diperlukan. Rasul Paulus menulis, “Jangan berhutang apa-apa kepada sesiapa pun, tetapi kamu harus saling mengasihi, kerana sesiapa yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum. Hukum-hukum seperti, ‘Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menginginkan milik orang lain,’ dan semua hukum yang lain disimpulkan dengan kata-kata ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Seseorang yang mempunyai kasih tidak akan berbuat jahat terhadap orang lain. Orang yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum.” (Rm. 13:8-10) Dunia Syaitan yang berpecah belah dipenuhi dengan keganasan dan kejahatan. Namun umat Tuhan menunjukkan kasih sejati kepada orang lain. (1 Yoh. 5:19) Selepas Yehuwa memusnahkan Syaitan, konco-konconya, dan dunia yang jahat ini, kasih akan memenuhi seluruh bumi. Bayangkan berkatnya apabila bumi dipenuhi dengan orang yang saling mengasihi dan yang mengasihi Yehuwa! 20. Bagaimanakah kita tahu bahawa kasih kepada Tuhan dan orang lain akan memenuhi seluruh bumi? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
25
Seratus Tahun Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Tuhan! “Semoga Tuhan kedamaian melengkapi kamu dengan segala perkara baik yang diperlukan untuk melakukan kehendak-Nya.”—IBR. 13:20, 21. LAGU: 136, 14
SEPANJANG 100 TAHUN YANG LALU, . . .
apakah alat yang digunakan untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan?
apakah cara yang digunakan untuk menginjil?
apakah latihan yang diberikan kepada para penyiar Kerajaan Tuhan?
YESUS sangat suka bercakap tentang Kerajaan Tuhan. Apabila Yesus di bumi, dia kerap bercakap tentang Kerajaan Tuhan berbanding topik yang lain. Dia menyebut tentang Kerajaan itu lebih daripada 100 kali. Sudah tentu, Kerajaan Tuhan sangat penting bagi Yesus.—Baca Matius 12:34. 2 Tidak lama selepas dibangkitkan, Yesus berjumpa dengan lebih daripada 500 orang. (1 Kor. 15:6) Mungkin inilah masanya Yesus memberikan perintah: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.” Sudah tentu kerja ini tidak senang.1 Yesus memberitahu mereka bahawa kerja menginjil akan berlangsung “sehingga penghujung sistem ini.” Apabila anda menginjil pada hari ini, anda sedang 1 Kemungkinan besar kebanyakan orang daripada kumpulan ini akhirnya menjadi orang Kristian. Paulus merujuk mereka sebagai “500 orang saudara.” Dia juga berkata, “Kebanyakan daripada mereka masih bersama kita, tetapi ada yang sudah tidur dalam kematian.” Nampaknya, Paulus dan orang Kristian lain mengenali mereka yang telah mendengar perintah Yesus.
1. Seberapa pentingkah kerja menginjil bagi Yesus? Jelaskan. 2. Berapakah orang yang mungkin mendengar perintah Yesus yang tercatat di Matius 28:19, 20? Mengapakah kita boleh berkata demikian?
26
melaksanakan nubuat Yesus.—Mat. 28: 19, 20. 3 Selepas Yesus memberikan perintah untuk menginjil, dia berkata, “Aku akan sentiasa menyertai kamu.” (Mat. 28:20) Maka Yesus berjanji bahawa dia akan memimpin kerja menginjil dan membantu pengikutnya untuk melakukan kerja ini di serata dunia. Yehuwa juga sedang menyertai kita. Dia ‘melengkapi kita dengan segala perkara baik’ supaya kita dapat menginjil. (Ibr. 13:20, 21) Dalam rencana ini, kita akan bincangkan tiga perkara baik itu: (1) alat yang diberikan, (2) cara yang digunakan, dan (3) latihan yang diterima. Sekarang, marilah kita bincangkan alat yang telah digunakan untuk menginjil sepanjang 100 tahun yang lepas. ALAT YANG MEMBANTU HAMBA TUHAN UNTUK MENYEBAR
Yesus membandingkan mesej Kerajaan dengan benih yang ditanam di tanah yang berbeza. (Mat. 13:18, 19) Untuk menyediakan tanah, seorang petani akan menggunakan pelbagai alat. Begitu juga, Raja kita telah memberi kita alat untuk membantu orang menerima mesej kita. Sesetengah alat ini berguna untuk jangka masa yang pendek, manakala yang lain pula masih digunakan hari ini. Namun, semua alat ini membantu kita untuk meningkatkan kemahiran menginjil. 5 Pada tahun 1933, penyiar mula menggunakan kad mesej Bible. Alat ini telah membantu ramai penyiar untuk mula 4
3. Apakah tiga perkara baik yang membantu kita untuk menginjil? 4. Bagaimanakah pelbagai alat membantu kita dalam kerja menginjil? 5. Apakah kad mesej Bible, dan apakah cara menggunakannya?
menginjil. Kad ini kecil dan mengandungi mesej Bible yang ringkas dan mudah difahami. Ada kalanya kad baru yang mengandungi mesej baru akan dicetak. Semasa Saudara Erlenmeyer berusia kira-kira 10 tahun, dia telah menggunakan kad mesej Bible buat kali pertama. Dia menjelaskan, “Biasanya, pengenalan kami ialah, ‘Bolehkah anda membaca kad ini?’ Selepas penghuni rumah membaca kad itu, kami akan menawarkan bahan bacaan dan beredar.” 6 Kad mesej Bible telah membantu penyiar dalam pelbagai cara. Misalnya, sesetengah penyiar sangat pemalu. Walaupun mereka ingin menginjil, mereka tidak tahu apa yang harus dikatakan. Penyiar yang lain pula sangat berani. Mereka akan memberitahu penghuni rumah semua yang mereka ketahui dalam beberapa minit sahaja. Tetapi apa yang dikatakan mereka mungkin menyinggung perasaan orang. Kad mesej Bible telah membantu semua penyiar untuk menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami. 7 Cara ini mempunyai cabaran. Saudari Grace Estep berkata, “Ada kalanya, kami akan ditanya, ‘Apakah yang dikatakan di sini? Beritahu sahajalah kepada saya.’ ” Sesetengah penghuni rumah juga tidak dapat membaca apa yang terkandung dalam kad itu. Ada pula yang mengambil kad itu dan menutup pintu. Sesetengah orang pula tidak suka mesej kita, jadi mereka mengoyakkan kad itu. Walaupun terdapat cabaran, kad mesej Bible telah 6. Mengapakah kad mesej Bible berguna? 7. Apakah cabarannya menggunakan kad mesej Bible?
27
membantu para penyiar untuk dikenali sebagai penginjil Kerajaan Tuhan. 8 Satu lagi alat yang digunakan selepas tahun 1930 ialah peti nyanyi mudah alih. Sesetengah Saksi memanggilnya Harun kerana mesin itu yang bercakap bagi pihak mereka. (Baca Keluaran 4:14-16.) Jika penghuni rumah setuju, penyiar akan memainkan ceramah Bible yang ringkas dan menawarkan beberapa bahan bacaan. Ada kalanya, seluruh keluarga akan berkumpul dan mendengar ceramah itu! Pada tahun 1934, Watch Tower Society mula menghasilkan peti nyanyi mudah alih untuk aktiviti penyebaran. Lama-kelamaan, saudara-saudara kita telah merakamkan 92 ceramah. 9 Apabila Hillary Goslin mendengar salah satu ceramah, dia meminjam peti nyanyi selama seminggu untuk mengongsi mesej Bible dengan jirannya. Hasilnya, beberapa orang berminat terhadap kebenaran dan dibaptis. Dua orang anak perempuan Saudara Goslin juga menghadiri Sekolah Gilead dan menjadi mubaligh. Seperti kad mesej Bible, peti nyanyi telah membantu banyak penyiar untuk mula menginjil. Pada kemudian hari, Raja mengajar umatnya cara untuk menginjil melalui Sekolah Penyebaran Teokratik. MENGGUNAKAN APA SAHAJA CARA UNTUK MENCAPAI ORANG
Di bawah bimbingan Raja kita, umat Tuhan telah menggunakan pelbagai cara 10
8. Bagaimanakah peti nyanyi digunakan? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) 9. Seberapa berkesankah peti nyanyi? 10, 11. Bagaimanakah surat khabar dan radio digunakan untuk menyebarkan berita baik? Mengapakah cara-cara ini berkesan?
28
untuk mencapai orang melalui aktiviti penyebaran. Cara-cara ini sangat penting kerana kita hanya memiliki sedikit pekerja pada masa itu. (Baca Matius 9:37.) Contohnya, surat khabar telah digunakan untuk menyebarkan berita baik. Saudara Russell akan menghantar satu ceramah Bible kepada sebuah agensi berita setiap minggu. Kemudian, agensi itu akan menghantar ceramah itu ke syarikat akhbar di Kanada, Eropah, dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1913, ceramah Saudara Russell telah diterbitkan dalam 2,000 surat khabar dan dibaca oleh kirakira 15,000,000 orang! 11 Radio juga digunakan untuk menyebarkan berita baik. Pada 16 April 1922, Saudara Rutherford telah menyampaikan salah satu ceramahnya melalui radio dan kira-kira 50,000 orang mendengarnya. Tidak lama kemudian, kita mula menggunakan stesen radio sendiri yang dipanggil WBBR. Program pertama disiarkan pada 24 Februari 1924. Pada 1 Disember 1924, Watch Tower berkata, “Kita yakin bahawa siaran radio merupakan cara yang paling jimat dan berkesan untuk menyebarkan mesej kebenaran.” Seperti surat khabar, radio telah membantu kita untuk menyebarkan kebenaran di kawasan yang kurang penyiar. 12 Selain itu, kesaksian awam merupakan satu lagi cara untuk menyebar. Banyak usaha telah dicurahkan untuk menginjil di perhentian bas, stesen kereta api, tempat letak kereta, dataran awam, dan pasar. Adakah anda berasa takut se12. (a) Apakah jenis kesaksian awam yang paling anda suka? (b) Apakah yang dapat membantu kita untuk mengatasi ketakutan semasa melakukan kesaksian awam?
Ramai penyiar Kerajaan menikmati kesaksian awam dan suka memberitahu orang tentang laman web kita (Lihat perenggan 12, 13)
muat turun bahan bacaan Bible dalam lebih daripada 700 bahasa. Setiap hari, 1.6 juta orang mengunjungi laman web kita. Pada masa lalu, orang yang tinggal di kawasan terpencil telah mendengar berita baik melalui radio. Hari ini, laman web kita juga membuahkan hasil yang sama. MELATIH PENYEBAR BERITA BAIK
Alat dan cara yang sudah kita bincangkan memang sangat berkesan. Namun, para penyiar juga perlu dilatih. Contohnya, sesetengah penghuni rumah tidak setuju dengan apa yang mereka dengar daripada peti nyanyi. Ada juga penghuni rumah yang sangat berminat dan ingin mengetahui lebih banyak. Maka para penyiar harus mengetahui cara untuk menangani situasi sebegini dan mengajar dengan lebih mahir. Dengan bantuan daya aktif Tuhan, Saudara Knorr sedar bahawa para penyiar perlu dilatih untuk bercakap semasa menginjil. Maka pada tahun 1943, Sekolah Penyebaran Teokratik telah diadakan di sidang. Sekolah ini membantu semua penyiar menjadi guru Bible yang mahir. 15 Ramai saudara tidak biasa bercakap 14
masa menyertai kesaksian awam? Jika ya, berdoalah dan fikirkan kata-kata Saudara Manera, iaitu seorang penyelia lawatan. Dia berkata, “Kami memandang setiap cara baru untuk menginjil sebagai cara lain untuk berkhidmat kepada Yehuwa, serta membuktikan kesetiaan dan iman kami kepada-Nya. Kami ingin membuktikan bahawa kami rela berkhidmat kepada-Nya dalam apa sahaja cara.” Apabila kita mengatasi ketakutan dan menggunakan cara baru untuk menyebar, kita menguatkan kepercayaan kita kepada Yehuwa dan menjadi penyebar yang lebih mahir.—Baca 2 Korintus 12:9, 10. 13 Banyak penyiar suka memberitahu orang tentang laman web kita, iaitu jw.org. Mereka boleh membaca dan me13. Mengapakah menggunakan laman web kita merupakan cara yang berkesan? Adakah anda mempunyai pengalaman baik semasa menggunakannya?
14. Apakah latihan yang diperlukan oleh para penyiar? Apakah sekolah yang ditubuhkan untuk membantu para penyiar? 15. (a) Apakah pengalaman beberapa orang yang memberikan ceramah dalam Sekolah Penyebaran Teokratik? (b) Bagaimanakah janji Tuhan di Mazmur 32:8 menjadi kenyataan dalam hidup anda?
29
di khalayak ramai. Saudara Ramu mengenang kembali ceramah pertamanya pada tahun 1944 mengenai watak Bible yang bernama Doeg. Dia berkata, “Kaki dan tangan saya menggeletar, dan gigi saya menggelatuk.” Dia juga berkata, “Itulah kali pertama saya memberikan ceramah dari pentas, tetapi saya tidak putus asa.” Walaupun tugasan ini tidak senang, kanak-kanak pun menyertai sekolah ini. Saudara Manera menceritakan pengalaman seorang budak lelaki yang menyampaikan ceramah pertamanya: “Dia sangat gementar sehingga dia mula menangis semasa memberikan ceramah. Namun dia bertekad untuk menghabiskan ceramah itu. Jadi dia menangis sehingga tamat ceramahnya.” Mungkin anda tidak memberikan komen atau melibatkan diri semasa perjumpaan kerana anda malu atau berasa bahawa anda tidak dapat melakukannya. Jika demikian, mohonlah bantuan Yehuwa untuk mengatasi perasaan takut. Yehuwa boleh membantu anda sepertimana dia membantu pelajar Sekolah Penyebaran Teokratik masa awal.—Baca Mazmur 32:8. 16 Organisasi Tuhan juga menyediakan latihan menerusi Sekolah GiIead. Salah satu tujuan sekolah ini adalah untuk menguatkan keinginan pelajar dalam menyebarkan berita baik. Sekolah Gilead dimulakan pada tahun 1943 dan setakat ini 8,500 pelajar telah dilatih dan dihantar ke sebanyak 170 negara. Sejak tahun 2011, perintis khas, penyelia lawatan, ahli Bethel, dan mubaligh yang belum menghadiri Sekolah Gilead telah dijemput untuk menghadiri sekolah ini. 16. Apakah tujuan Sekolah Gilead (a) pada masa dahulu dan (b) sejak tahun 2011?
30
Adakah Sekolah Gilead berkesan? Ya. Fikirkan apa yang berlaku di negara Jepun. Pada Ogos 1949, terdapat kurang daripada 10 penyiar di negara itu. Pada akhir tahun itu, 13 orang mubaligh menginjil bersama penyiar tempatan. Hari ini, terdapat kira-kira 216,000 penyiar di Jepun, dan hampir separuh daripada mereka merupakan perintis! 18 Kita juga mempunyai sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik, Sekolah Latihan Perintis, Sekolah Latihan Penginjil, Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka, serta Sekolah untuk Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Isteri Mereka. Sekolah-sekolah ini telah melatih saudara saudari dan menguatkan iman mereka. Jelaslah bahawa Yesus sedang melatih umatnya hari ini. 19 Kerajaan Tuhan sudah memerintah untuk lebih daripada 100 tahun. Sepanjang masa itu, Raja kita, Yesus Kristus memimpin kerja penyebaran. Pada tahun 1916, Saudara Russell percaya bahawa kerja menyebarkan berita baik akan terlaksana di serata dunia. Dia berkata, “Kerja penyebaran sedang berkembang, dan akan terus berkembang kerana berita Kerajaan harus disebarkan ke seluruh dunia.” (Faith on the March, ditulis oleh A. H. Macmillan, muka surat 69) Kerja ini masih dijalankan hari ini! Kita bersyukur kepada Yehuwa, Tuhan kedamaian, kerana melengkapi kita untuk melaksanakan kehendak-Nya! 17
17. Seberapa berkesankah latihan daripada Sekolah Gilead? 18. Apakah beberapa sekolah lain yang diadakan? 19. Apakah yang dikatakan oleh Saudara Russell mengenai kerja penyebaran? Bagaimanakah hal ini menjadi kenyataan?
KHAZANAH ROHANI KITA
“Tiada Apa-Apa Pun yang Harus Menghalang Anda!” PADA tahun 1931, para hadirin dari 23 buah negara datang ke dewan Pleyel di Perancis. Ramai orang turun dari teksi dan memasuki dewan ini. Tidak lama kemudian, terdapat kira-kira 3,000 orang di dewan utama. Mereka datang untuk mendengar ceramah Saudara Joseph F. Rutherford yang mengambil pimpinan dalam kerja penyebaran pada masa itu. Suara Saudara Rutherford bergema di seluruh dewan. Ceramahnya diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, dan Poland. Konvensyen ini merupakan titik perubahan bagi kerja penyebaran di Perancis. Saudara Rutherford menjemput para hadirin, terutamanya golongan yang muda, untuk menjadi peneraju atau perintis di Perancis. John Cooke, seorang pemuda dari England mengingati jemputan itu: “Tiada apa-apa pun yang harus menghalang anda untuk menceburi khidmat perintis!”1 Ramai orang menerima jemputan ini, termasuk John Cooke yang kemudiannya menjadi seorang mubaligh. (Kis. 16:9, 10) Pada tahun 1930, terdapat 27 orang perintis di Perancis. Namun pada tahun 1931, terdapat 104 orang perintis. Peningkatan yang mendadak dalam setahun sahaja! Memandangkan kebanyakan perintis ini tidak mahir bertutur dalam bahasa Perancis, bagaimanakah mereka menghadapi cabaran bahasa baru, kehidupan yang serba kekurangan, dan kesunyian? CABARAN BAHASA BARU
Perintis asing bergantung pada kad mesej Bible untuk menyebar tentang harapan Kerajaan Tu1 Mengenai kerja penyebaran yang dijalankan oleh orang Poland di Perancis, sila lihat rencana “Yehuwa Membawa Anda Ke Perancis untuk Mempelajari Kebenaran,” dalam Menara Pengawal 15 Ogos 2015.
han. Seorang saudara berbangsa Jerman yang menginjil di Perancis berkata, “Kami tahu bahawa Tuhan kami berkuasa. Jika jantung kami berdegup semasa menginjil, itu bukan kerana kami takut akan manusia. Tetapi kami takut sekiranya kami ˆ lupa ayat ‘Voulez-vous lire cette carte, s’il vous plaıt? [Bolehkah anda membaca kad ini?]’ Kami yakin bahawa kerja ini sangat penting.” Semasa menginjil di pangsapuri, pengawal biasanya mengusir para perintis. Pada suatu hari, dua saudari dari England yang tidak fasih berbahasa Perancis berdepan dengan seorang pengawal yang marah. Pengawal itu ingin tahu mereka mahu jumpa siapa. Semasa mereka cuba menenangkan pengawal itu, seorang saudari nampak suatu tanda di pintu yang tertulis: “Tournez le bouton [Tekan loceng].” Saudari itu menyangka ayat itu merupakan nama seorang penghuni rumah. Maka dia menjawab, “Kami ingin berjumpa dengan Puan ‘Tournez le bouton.’” Kata-kata lucu itu telah membantu semangat perintis ini!
Perintis pada masa awal menggunakan basikal dan motosikal semasa menyebar di Perancis
Perintis dari England yang menghadiri konvensyen di Paris pada tahun 1931
Pada tahun 1930-an, ramai orang di Perancis miskin, termasuk para perintis. Saudari Mona Brzoska dari England menceritakan tempat tinggal sederhana yang dikongsi dengan seorang rakan menginjil. Dia berkata, “Salah satu masalah yang dihadapi ialah suhu rendah pada musim sejuk. Bilik kami sangat sejuk dan pada waktu pagi kami perlu pecahkan ais pada permukaan air dalam jag supaya dapat mencuci muka.” Adakah mereka berasa tawar hati? Tidak! Salah seorang daripada mereka berkata, “Kami tidak mempunyai apa-apa pun, tapi kami tidak kekurangan apa-apa pun.” —Mat. 6:33. Para perintis ini juga perlu mengatasi kesunyian. Pada awal tahun 1930-an, bilangan penyiar di Perancis tidak melebihi 700 orang dan mereka tinggal berjauhan. Apakah yang membantu para perintis tetap bersukacita? Mona dan rakan menginjilnya menghadapi cabaran ini. Mona berkata, “Kami mengatasi kesunyian dengan mempelajari bahan bacaan organisasi bersama-sama. Memandangkan kami tidak melakukan kunjungan kembali atau mengadakan pembelajaran Bible, pada waktu petang kami akan menulis surat kepada keluarga dan perintis lain untuk mengongsi pengalaman serta menggalakkan satu sama lain.”—1 Tes. 5:11.
s
n o
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma
p
Para perintis yang rela berkorban mempunyai pandangan yang positif walaupun menghadapi cabaran. Hal ini boleh diketahui menerusi surat-surat yang dihantar oleh mereka ke pejabat cawangan. Ada juga surat yang diterima berpuluh tahun setelah mereka merintis di Perancis. Annie Cregeen seorang saudari terurap yang telah melawat banyak tempat di Perancis bersama suaminya dari tahun 1931 hingga 1935 menulis, “Kami menikmati kehidupan yang penuh dengan peristiwa menarik! Para perintis sangat rapat dengan satu sama lain. Seperti yang dikatakan Paulus, ‘Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Tuhanlah yang menyebabkannya terus bertumbuh.’ Kami sangat teruja kerana dapat berkhidmat di sana pada masa lampau.”—1 Kor. 3:6. Ketabahan dan semangat perintis pada masa awal menjadi teladan baik bagi mereka yang ingin meluaskan khidmat mereka. Hari ini, terdapat kira-kira 14,000 perintis di Perancis. Banyak daripada mereka berkhidmat di sidang atau kumpulan bahasa asing.1 Seperti para perintis masa awal, perintis ini juga tidak membenarkan apa-apa pun menghalang mereka!—Dari khazanah rohani kita di Perancis. 1 Pada tahun 2014, pejabat cawangan di Perancis mengawasi lebih daripada 900 sidang atau kumpulan bahasa asing. Terdapat 70 bahasa yang berbeza di bawah jagaan mereka.
Anda juga boleh membaca Bible Terjemahan Dunia Baru di laman web kami
Layari www.jw.org/ms, atau imbas kod
w15 11/15-ML 150804
SERBA KEKURANGAN DAN KESUNYIAN TIDAK MENGHALANG MEREKA