1 5 M AC 201 3
RENCANA PEMBELAJARAN
29 APRIL–5 MEI
Orang yang Mengasihi Yehuwa “Tidak akan Tersandung” MUKA 3
˙
LAGU: 45, 32
6-12 MEI
Adakah Hati Anda Memiliki Kemahuan untuk Mengenal Yehuwa? MUKA 8
˙
LAGU: 62, 60
13-19 MEI
Apakah yang Diperlukan setelah ‘Kamu Mengenal Tuhan’? MUKA 13
˙
LAGU: 81, 135
20-26 MEI
Yehuwa—Tempat Perlindungan Kita MUKA 19
˙
LAGU: 51, 95
27 MEI–2 JUN
Hormatilah Nama Yehuwa yang Agung MUKA 24
˙
LAGU: 27, 101
RENCANA PEMBELAJARAN
ˇ Orang yang Mengasihi Yehuwa “Tidak akan Tersandung”
FINLAND KULIT: Negara Finland mempunyai persisiran pantai yang panjang dan banyak pulau. Terdapat juga ribuan tasik, terutama di bahagian tengah dan bahagian timur Finland. Para penyiar yang menginjil sementara waktu di tempat yang lebih memerlukan bantuan menggunakan bot sebagai pengangkutan
BILANGAN PENDUDUK:
5,375,276 NISBAH:
1 Saksi kepada 283 orang penduduk PERINTIS BIASA:
1,824
Orang Kristian terlibat dalam sebuah perlumbaan menuju ke kehidupan kekal. Tetapi kita mewarisi dosa dan sering tersandung. Rencana ini membantu kita mengenal pasti lima faktor yang boleh menyandung kita, dan cara mengatasinya agar dapat menang dalam perlumbaan ini.
ˇ Adakah Hati Anda Memiliki Kemahuan untuk Mengenal Yehuwa? Buku Yeremia memberitahu kita tentang hati. Rencana ini akan membantu kita memeriksa keadaan hati kita dan cara memupuk hati yang setia. Selain itu, bagaimanakah kita boleh memiliki kemahuan untuk mengenal Yehuwa?—Yer. 9:26; 24:7.
ˇ Apakah yang Diperlukan setelah ‘Kamu Mengenal Tuhan’? Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk mengenal Tuhan? Mengapakah orang Kristian matang harus terus bertumbuh secara rohani, dan bagaimana? Jawapannya terdapat dalam rencana ini.
ˇ Yehuwa—Tempat Perlindungan Kita
JUGA DALAM TERBITAN INI
18 Terima Kelegaan, Beri Kelegaan
29 Adakah Josephus Menulisnya?
30 Janganlah Putus Harapan!
Kita sedang tinggal di dunia yang berbahaya secara rohani, tetapi kita tidak perlu takut. Rencana ini menunjukkan bahawa kita mempunyai tempat perlindungan yang paling selamat —Yehuwa, Tuhan kita.
ˇ Hormatilah Nama Yehuwa yang Agung Apakah maksudnya mengenal Tuhan? Bagaimanakah kita dapat menyembah dan mentaati Yehuwa? Dan bagaimanakah Yehuwa memandang mereka yang tidak menghormati namaNya? Rencana ini akan menjawab soalan-soalan ini.
15 Mac 2013
Kecuali apabila dinyatakan, semua ayat Bible dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Malaysia (ALKITAB BM) dan singkatan ABB digunakan di dalam bahan bacaan ini apabila seluruh ayat dipetik. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures—With References dalam bahasa Inggeris.
Printed in Japan.
ORANG YANG MENGASIHI YEHUWA “TIDAK AKAN TERSANDUNG” “Jika kamu hidup demikian, kamu tidak akan terhalang ketika berjalan, dan kamu tidak akan tersandung ketika berlari.”—AMS. 4:12. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Mengapakah orang Kristian ibarat pelari dalam perlumbaan, dan apakah hadiahnya?
Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan seorang Kristian tersandung?
Mengapakah orang Kristian yang mencintai Taurat Tuhan tidak akan tersandung?
SEWAKTU remaja, Mary Decker menjadi pelari yang dikenali ramai. Dia disangka akan memenangi pingat emas dalam acara larian 3,000-meter dalam sukan Olimpik pada tahun 1984. Tetapi, dia gagal melepasi garisan penamat. Kakinya tersandung pada kaki pelari lain lalu dia terjatuh telentang. Dalam keadaan cedera dan kesakitan, dia diusung keluar dari litar lumba lari. Mary tidak putus asa. Dalam masa kurang daripada setahun, dia mula berlari lagi dan mencapai rekod dunia pada tahun 1985 sebagai pelari wanita yang terpantas bagi acara larian satu batu. 2 Sebagai orang Kristian, kita ibarat pelari dalam sebuah perlumbaan. Tumpuan kita haruslah untuk menang. Kita bukan menyertai lumba pecut dengan kepantasan sebagai kunci kemenangan. Kita juga bukan berlari untuk bersenam sambil makan angin. Perlumbaan ini boleh disamakan dengan larian jarak jauh atau maraton. Ketahanan diperlukan untuk menang. Paulus menggunakan contoh ini dalam suratnya kepada sidang di Korintus, kota yang terkenal dengan pertandingan olahraga. Dia menulis, “Kamu tentu tahu bahawa dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan, tetapi hanya seorang yang menerima hadiah. Oleh itu larilah sedemikian rupa sehingga kamu mendapat hadiah itu.”—1 Kor. 9:24, ABB. 3 Bible menggalakkan kita untuk berlari dalam perlumbaan kiasan ini. (Baca 1 Korintus 9:25-27.) Orang Kristian terurap akan menikmati kehidupan kekal di 1. Bagaimanakah seorang pelari menunjukkan tekadnya untuk tidak putus asa? 2. Sebagai orang Kristian, kita ibarat menyertai apa? Apakah sepatutnya tumpuan kita? 3. Bagaimanakah semua pelari dapat memenangi kehidupan kekal dalam perlumbaan ini?
3
Jika anda tersandung, terimalah bantuan dan bangun semula!
syurga, manakala domba-domba lain akan hidup kekal di bumi. Berlainan daripada sukan olahraga, perlumbaan ini menawarkan hadiah kepada semua peserta yang bertahan hingga ke akhir. (Mat. 24:13) Hanya pelari yang gagal mengikut peraturan atau yang tidak merentasi garisan penamat akan kalah. Perlumbaan ini sahaja yang menawarkan kehidupan kekal sebagai hadiah. 4 Bukanlah mudah untuk merentasi garisan penamat. Hanya Yesus Kristus yang pernah merentasi garisan penamat tanpa tersandung. Yakobus menulis bahawa semua pengikut Kristus “sering membuat kesalahan,” atau tersandung. (Yak. 3:2) Hal itu memang benar! Kita dipengaruhi oleh ketidaksempurnaan sendiri dan orang lain. Ada kalanya kita akan tersandung dan kehilangan momentum. Kita mungkin terjatuh; tetapi kita boleh bangun dan meneruskan perlumbaan itu. Ada yang terjatuh dengan parah sehingga memerlukan bantuan untuk meneruskan perlumbaan. Oleh 4. Mengapakah larian kita untuk meraih kehidu-
pan kekal mencabar?
4
itu, janganlah hairan jika kita tersandung atau terjatuh sekali-sekala.—1 Raj. 8:46. TETAPLAH DALAM PERLUMBAAN WALAUPUN TERSANDUNG 5 Mungkin anda pernah menggunakan perkataan “tersandung” untuk menggambarkan keadaan rohani seseorang. Ada yang tersandung atau terjatuh lalu bertaubat dan kembali menyembah Yehuwa. Yang lain pula enggan bertaubat. Amsal 24:16 (ABB) menyatakan, “Walaupun orang jujur jatuh berkali-kali, mereka akan bangun semula. Tetapi orang jahat akan dihancurkan oleh malapetaka.” 6 Yehuwa tidak akan membenarkan orang yang percaya kepada-Nya untuk tersandung atau terjatuh, iaitu mengalami kesusahan atau halangan, sehingga tidak dapat pulih dalam penyembahan mereka. Kita yakin Yehuwa akan membantu kita untuk “bangun semula” dan terus menyembah-
5, 6. (a) Mengapakah orang Kristian “tidak akan tersandung,” dan apakah yang akan membantu mereka “bangun semula”? (b) Mengapakah sesetengah orang tidak pulih selepas tersandung?
Nya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini memang melegakan hati orang yang mengasihi Yehuwa! Orang jahat pula tidak ingin bangun semula. Mereka menolak bantuan daya aktif Tuhan dan umat-Nya. Manakala, orang yang mencintai Taurat Yehuwa, “tidak akan tersandung” dan tersingkir daripada perlumbaan yang menuju ke kehidupan kekal.—Ams. 4:12; Mzm. 119:165. 7 Kelemahan diri menyebabkan sesetengah orang mengulangi dosa tertentu. Tetapi, mereka masih boleh mendapat perkenan Yehuwa jika mereka “bangun semula,” iaitu bertaubat dengan tulus dan berusaha untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan setia. Hal ini dicerminkan melalui cara Yehuwa berurusan dengan bangsa Israel kuno. (Yes. 41:9, 10) Amsal 24:16 menggalakkan kita untuk “bangun semula” dengan menerima bantuan daripada Tuhan Yehuwa yang berbelas kasihan. (Baca Yesaya 55:7.) Jika anda tersandung, yakinlah bahawa Yehuwa dan Yesus ingin anda berusaha untuk “bangun semula.”—Mzm. 86:5; Yoh. 5:19. 8 Walaupun seorang pelari maraton tersandung atau terjatuh, dia masih sempat untuk bangun semula dan menghabiskan perlumbaan itu jika dia bertindak dengan segera. Kita tidak tahu “hari atau waktunya” perlumbaan untuk kehidupan kekal akan berakhir. (Mat. 24:36) Jika kita berusaha untuk tidak tersandung, lebih senang bagi kita untuk terus berlari sehingga merentasi garisan penamat. Jadi, bagaimanakah kita boleh mengelak daripada tersandung? HAL-HAL YANG MENYANDUNG KITA 9 Terdapat lima faktor yang boleh menyebabkan kita tersandung—kelemahan diri, keinginan berdosa, ketidakadilan dalam si-
dang, penderitaan atau penganiayaan, dan ketidaksempurnaan orang lain. Ingatlah, walaupun kita pernah tersandung, Yehuwa masih bersabar dan tidak cepat putus harapan terhadap kita. 10 Kelemahan diri bagaikan serpihan batu di litar lumba lari. Kehidupan Raja Daud dan rasul Petrus menyerlahkan kelemahan mereka, iaitu perasaan takut akan manusia dan kurang kawalan diri. 11 Raja Daud gagal mengawal diri lalu melakukan dosa dengan Batsyeba. Sewaktu dia dihina oleh Nabal, Daud hampir bertindak dengan terburu-buru. Namun, dia tidak berputus asa untuk menyenangkan hati Yehuwa. Dia telah menawan kelemahannya dengan bantuan orang lain.—1 Sam. 25:5-13, 32, 33; 2 Sam. 12:1-13. 12 Petrus setia kepada Yesus dan Yehuwa. Namun, ada kalanya perasaan takut akan manusia mendorongnya untuk melakukan kesilapan. Misalnya, dia menyangkal gurunya sebanyak tiga kali di khalayak ramai. (Luk. 22:54-62) Kemudian, Petrus memperlakukan orang Kristian bukan Yahudi sebagai golongan yang lebih rendah daripada orang Kristian Yahudi. Paulus menyedari hal itu lalu menasihati Petrus dengan tegas supaya kelakuan Petrus tidak membawa kesan buruk dalam sidang. (Gal. 2:11-14) Adakah nasihat Paulus menyinggung hati Petrus dan menyebabkannya berhenti berlari dalam perlumbaan menuju ke kehidupan kekal? Tidak. Dia merenungkan nasihat Paulus, berubah, dan meneruskan perlumbaannya. 13 Kelemahan diri merangkumi masalah kesihatan. Masalah ini boleh melambatkan kita dan menyebabkan keletihan. Contohnya selepas 17 tahun dia dibaptis, seorang 10, 11. Apakah kelemahan Daud?
7, 8. Bagaimanakah seseorang yang “jatuh” masih
mendapat perkenan Tuhan? 9. Apakah lima faktor yang boleh menyebabkan kita tersandung? 15 MAC 2013
12. Bagaimanakah Petrus meneruskan perlumbaannya walaupun tersandung? 13. Bagaimanakah masalah kesihatan boleh menyandung kita?
5
saudari dari Jepun menghidap penyakit yang teruk. Dia asyik memikirkan masalah kesihatannya sehingga menjadi lemah secara rohani. Lama-kelamaan, dia menjadi penyiar tidak aktif. Dua orang penatua telah melawatnya dan mengalakkannya. Kemudian, dia mula menghadiri perjumpaan lagi. Dia mengenang, “Saya sangat tersentuh dengan keramahan para saudara sehingga saya mengalirkan air mata.” Sekarang, saudari ini meneruskan perlumbaannya. 14 Banyak orang tersandung disebabkan oleh keinginan berdosa. Sewaktu digoda, kita perlu mengambil tindakan yang tegas agar minda, kelakuan, dan kerohanian kita tidak dicemar. Yesus menasihati kita untuk ‘membuang’ segala hal yang boleh menyandung kita, termasuklah mata dan tangan kiasan kita. Hal ini merangkumi pemikiran dan kelakuan yang tidak bermoral yang dapat menyingkirkan kita daripada perlumbaan itu.—Baca Kolose 3:5. 15 Seorang saudara yang dibesarkan dalam kebenaran sudah lama bergelut dengan kecenderungan homoseksual. Dia mengatakan bahawa dia sering berasa kekok apabila dikelilingi orang ramai. Pada usia 20 tahun, dia mula berkhidmat sebagai perintis biasa dan pembantu sidang. Kemudian, dia tersandung dengan parah lalu diberi disiplin dan bantuan oleh para penatua. Dia berdoa, mempelajari Bible, dan berusaha untuk membantu orang lain. Oleh itu, dia dapat meneruskan perlumbaannya. Bertahun-tahun kemudian, dia mengaku, “Sekali-sekala saya masih ada kecenderungan itu, tetapi saya tidak membiarkan perasaan itu menawan saya. Saya belajar bahawa Yehuwa tidak akan membiarkan saya dicubai lebih daripada yang dapat saya tanggung. Jadi, saya percaya Tuhan yakin bahawa saya akan berjaya.” Saudara ini mengakhiri de14, 15. Apakah tindakan tegas yang harus kita
ambil sewaktu keinginan berdosa timbul? Berikan contoh.
6
ngan berkata, “Usaha dan ketabahan saya akan diberkati di dunia baru. Itulah yang saya dambakan! Jadi, saya meneruskan pergelutan saya.” Saudara ini bertekad untuk meneruskan perlumbaannya. 16 Kita juga boleh tersandung kerana ketidakadilan dalam sidang. Di Perancis, seorang bekas penatua berfikir dia diperlakukan dengan tidak adil. Dia menjadi kecewa lalu berhenti bergaul bersama sidang dan berhenti menginjil. Dua orang penatua melawatnya dan mendengar dengan teliti semasa dia menceritakan sudut pandangannya. Para penatua menggalakkan dia untuk menyerahkan segala bebannya kepada Yehuwa serta meyakinkan dia bahawa hal yang terpenting adalah menyenangkan hati Yehuwa. Dia menyambut nasihat itu dengan baik. Tidak lama kemudian, saudara ini meneruskan perlumbaannya dan menjadi aktif dalam sidang. 17 Kita tidak perlu terlalu bimbang tentang ketidaksempurnaan orang dalam sidang. Yesus ialah Kepala sidang dan matanya yang “bernyala-nyala seperti api” dapat melihat segala hal yang berlaku di dalam sidang dengan lebih terperinci. (Why. 1:1316) Contohnya, kita mungkin berfikir bahawa ketidakadilan berlaku dalam sidang. Tetapi kita mungkin salah faham. Yesus akan membetulkan masalah dalam sidang dengan cara yang betul pada masa yang tepat. Oleh itu, kita tidak patut membenarkan tingkah laku orang Kristian lain untuk menyandung kita. 18 Dua lagi faktor yang boleh menyebabkan kita tersandung adalah penderitaan atau penganiayaan dan ketidaksempurnaan orang lain. Dalam perumpamaannya mengenai se16, 17. (a) Bagaimanakah seorang saudara yang berfikir dia diperlakukan dengan tidak adil telah dibantu? (b) Apakah yang harus kita ingat mengenai sidang agar kita tidak tersandung? 18. Bagaimanakah kita dapat bertahan semasa menghadapi penderitaan atau penganiayaan?
orang penabur, Yesus mengatakan bahawa umat Tuhan akan mengalami “kesusahan atau penganiayaan” yang boleh menyebabkan beberapa orang tersandung. Penderitaan atau penganiayaan mungkin datang daripada keluarga, jiran, atau para pemerintah. Maka seseorang yang lemah secara rohani mungkin mudah tersandung. (Mat. 13:21) Namun, jika kita memupuk hati yang jujur, benih kebenaran akan menguatkan kepercayaan kita. Semasa kita dilanda kesusahan, bertekadlah untuk merenungkan perkara-perkara yang patut dipuji. (Baca Filipi 4:6-9.) Dengan bantuan Yehuwa, kita dapat bertahan tanpa membenarkan kesusahan menyandung kita. 19 Beberapa orang Kristian telah berhenti menyembah Yehuwa kerana ketidaksempurnaan orang lain. Perbezaan pendapat mengenai hal yang berkaitan dengan hati nurani telah menyandung mereka. (1 Kor. 8:12, 13) Jika kita tersinggung, adakah kita akan berasa kecewa dan meninggalkan kebenaran? Walaupun kita memiliki alasan untuk berasa tersinggung, Bible memperingatkan orang Kristian untuk tidak menghakimi, tetapi mengampuni orang lain. (Luk. 6:37) Jika anda tersandung, tanyalah diri, “Adakah saya menghakimi orang lain mengikut pandangan saya sendiri? Adakah saya akan meninggalkan kebenaran hanya kerana ketidaksempurnaan rakan seiman?” Kasih kita kepada Yehuwa dapat membantu kita untuk tidak tersandung oleh ketidaksempurnaan orang lain. LARILAH DENGAN TABAH —JANGAN TERSANDUNG
Adakah anda bertekad untuk sampai ke garisan penamat perlumbaan Kristian? 20
19. Bagaimanakah kita boleh mengelak daripada
disandung oleh ketidaksempurnaan orang lain? 20, 21. Apakah tekad anda dalam perlumbaan
menuju ke kehidupan kekal? 15 MAC 2013
Jangan biarkan apa-apa menghalang anda menghabiskan perlumbaan!
(2 Tim. 4:7, 8) Jika ya, pembelajaran peribadi diperlukan. Buatlah penyelidikan dan perenungan dengan menggunakan Bible dan bahan bacaan kita untuk mengenal pasti hal-hal yang boleh menyebabkan kita tersandung. Mintalah daya aktif Tuhan untuk membekalkan stamina rohani. Ingatlah, pelari yang tersandung tidak gagal dalam perlumbaan. Dia masih boleh bangun semula dan meneruskan perlumbaannya. Malah, dia mungkin dapat belajar daripada kesilapannya agar berlari dengan lebih baik. 21 Firman Tuhan menunjukkan bahawa kita perlu berlari sampai ke garisan penamat jika kita ingin meraih kehidupan kekal. Seraya kita berbuat demikian, “kesejahteraan” Yehuwa akan menyokong kita. (Mzm. 119:165) Kita boleh berasa yakin Yehuwa akan terus mencurahkan berkat-Nya sekarang dan juga pada masa depan.—Yak. 1:12.
7
ADAKAH HATI ANDA MEMILIKI KEMAHUAN UNTUK MENGENAL YEHUWA? ‘Aku akan memberikan kemahuan kepada mereka untuk memahami bahawa Akulah Yehuwa. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku.’—YER. 24:7. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Bagaimanakah ramai orang Yahudi pada zaman Yeremia tidak mempunyai hati yang setia?
Mengapakah kita harus menyelidiki hati kiasan kita?
Bagaimanakah kita boleh memupuk kemahuan untuk mengenal Yehuwa?
RAMAI yang gemar memakan buah ara yang baru dipetik ataupun yang sudah dikeringkan. Buah ini ditanam dengan meluas. Buah ara juga sangat bernilai bagi orang Yahudi purba. (Nah. 3:12; Luk. 13:6-9) Ada yang kata buah ini baik untuk kesihatan kerana mengandungi serat, antioksidan, dan mineral yang berkhasiat. 2 Yehuwa juga pernah bercakap mengenai buah ara. Namun Dia bukannya bercakap tentang manfaat memakan buah ara. Dia sebenarnya membandingkan buah ara dengan hati kiasan kita. Apa yang dikatakan-Nya melalui nabi Yeremia melibatkan hati kita dan hati orang tersayang. Sambil kita membincangkan kata-kata-Nya, renungkanlah pengajarannya. 3 Mari kita memperhatikan kata-kata Tuhan pada zaman Yeremia tentang buah ara. Pada 617 S.M., bangsa Yehuda berada dalam keadaan rohani yang teruk. Tuhan telah memberikan suatu penglihatan tentang masa depan Yehuda dengan memberikan gambaran mengenai dua jenis buah ara—buah ara yang “sangat baik” dan yang “sangat busuk.” (Baca Yeremia 24:1-3.) Buah ara yang busuk menggambarkan Raja Zedekia dan orang lain sepertinya yang akan diserang oleh Raja Nebukadnezar serta tenteranya. Bagaimana pula dengan Yehezkiel, Daniel dan tiga sahabatnya, dan sesetengah orang Yahudi lain yang bakal menjadi tahanan di Babilon? Mereka digambarkan sebagai buah ara yang baik. Beberapa orang Yahudi ini kemudiannya kembali ke Yerusalem untuk membina semula Rumah Tuhan dan kota itu.—Yer. 24:8-10; 25:11, 12; 29:10. 1, 2. Mengapakah ramai gemar memakan buah ara? 3. Apakah yang digambarkan oleh buah ara yang disebutkan di Yeremia bab 24?
8
Yehuwa berjanji kepada mereka yang digambarkan sebagai buah ara yang baik, ‘Aku akan memberikan kemahuan kepada mereka untuk memahami bahawa Akulah Yehuwa. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku.’ (Yer. 24:7) Betapa bersyukurnya kita kerana Yehuwa ingin memberikan kita “kemahuan” untuk mengenal-Nya dan menjadi umatNya. Langkah-langkah untuk membuat demikian adalah mempelajari dan menerapkan Firman-Nya, bertaubat dan mengubah haluan hidup, membaktikan diri kepada Tuhan, dan dibaptis dalam nama Bapa, Anak, dan daya aktif. (Mat. 28: 19, 20; Kis. 3:19) Anda mungkin sudah melakukan semua ini, atau anda mungkin menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa secara tetap dan sedang berusaha mencapai matlamat itu. 5 Walaupun kita sudah mengambil semua langkah tersebut, kita masih perlu menjaga sikap dan kelakuan kita. Mengapa? Anda boleh mengetahui jawapannya sambil kita membincangkan katakata Yeremia mengenai hati. Beberapa bab daripada buku Yeremia ialah tentang bangsa-bangsa di sekeliling Yehuda. Tetapi fokus utama buku itu ialah mengenai bangsa Yehuda semasa di bawah pemerintahan lima orang raja. (Yer. 1:15, 16) Kata-kata Yeremia tertuju kepada orang yang sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Mereka setuju menjadi milik Yehuwa sejak zaman Musa. (Kel. 19:3-8) Dan pada zaman Yeremia, mereka juga berkata, ‘Sekarang kami datang kepada Yehuwa kerana Dia Tuhan kami.’ (Yer. 3:22) Apakah keadaan hati mereka pada masa itu?
ADAKAH PEMBEDAHAN HATI KIASAN DIPERLUKAN?
4
4. Bagaimanakah kata-kata Tuhan mengenai
buah ara yang baik menggalakkan kita? 5. Kata-kata Yeremia ditujukan kepada siapa? 15 MAC 2013
Para doktor boleh menggunakan alat terkini untuk memeriksa kesihatan kita. Namun, Yehuwa boleh melakukan lebih daripada itu, seperti apa yang telah dilakukan-Nya pada zaman Yeremia. Tuhan berkata, ‘Hati manusia tidak dapat difahami oleh sesiapa; hati manusia lebih licik daripada segala-galanya, dan penyakitnya terlalu parah. Aku, Yehuwa, menyelidiki hati; Kuperlakukan menurut tingkah lakunya, dan Kuperlakukan sesuai dengan perbuatannya.’ (Yer. 17:9, 10, ABB) Semasa Yehuwa “menyelidiki hati,” Dia tidak melakukan pemeriksaan perubatan. Tetapi Dia menyelidiki hati kiasan yang menggambarkan batin, keinginan, fikiran, sikap, perangai, dan matlamat kita. Anda juga boleh berusaha menyelidiki hati kiasan sendiri. 7 Semasa menyelidiki hati sendiri, fikirkanlah keadaan hati kiasan orang Yahudi pada zaman Yeremia. Yeremia berkata bahawa walaupun orang Yahudi telah bersunat, mereka “tidak memegang perjanjian yang dilambangkan oleh sunat itu.” (Yer. 9:25, 26) Ya, hati mereka tidak setia. 8 Tuhan telah merayu kepada orang Yahudi untuk “menghentikan cara hidup yang berdosa, serta mengubah kelakuan dan perbuatan mereka.” (Yer. 18:11) Kelakuan mereka jahat kerana hati serta fikiran mereka jahat. (Baca Markus 7:2023.) Melalui Yeremia, Tuhan mendedahkan punca kejahatan orang Yahudi. Hati mereka degil dan suka melawan. Niat 6
6. Mengapakah kita berminat akan kata-kata Yehuwa mengenai hati? 7. Apakah keadaan hati orang Yahudi pada zaman Yeremia? 8, 9. Apakah yang perlu dilakukan oleh orang Yahudi mengenai hati mereka?
9
hati dan pemikiran mereka tidak menyenangkan hati Tuhan. (Baca Yeremia 5: 23, 24; 7:24-26.) Oleh itu, Tuhan memberitahu mereka, “Sunatkanlah hatimu di hadapan Yehuwa, dan singkirkan kekotoran dari hatimu.”—Yer. 4:4, NW. 9 Orang Yahudi pada zaman Yeremia tidak memiliki hati yang taat. Begitu juga dengan orang Israel pada zaman Musa. (Ul. 10:16; 30:6) Orang Yahudi perlu menyingkirkan fikiran, keinginan, atau niat yang menyebabkan mereka mengingkari perintah Tuhan.—Kis. 7:51. MEMUPUK KEMAHUAN UNTUK MENGENAL TUHAN
Betapa bersyukurnya kita kerana Tuhan membantu kita memahami hati kiasan! Sebagai seorang penyembah Yehuwa, perlukah kita menjaga hati kita? Kebanyakan orang Kristian dalam sidang berkelakuan baik dan menyembah Yehuwa dengan setia. Mereka bukannya seperti “buah ara yang busuk.” Namun, Daud yang menyembah Yehuwa dengan setia berkata, ‘Selidikilah aku, ya Tuhan, dan selamilah hatiku; ujilah aku dan ke10
10. Bagaimanakah kita boleh meniru teladan Daud?
10
tahuilah fikiranku. Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku.’ —Mzm. 17:3; 139:23, 24, ABB. 11 Yehuwa ingin kita selalu diperkenankan-Nya. Yeremia berkata tentang orang yang adil benar, ‘Ya, Yehuwa Yang Maha Kuasa, dengan adil Engkau menguji manusia; Engkau tahu akan isi hati dan fikiran mereka.’ (Yer. 20:12) Jika Tuhan Yang Maha Kuasa menyelidiki hati orang yang adil benar, kita juga patut menyelidiki hati sendiri dengan tulus. (Baca Mazmur 11:5.) Sewaktu kita berbuat demikian, kita mungkin mendapati sikap, matlamat, dan perasaan yang menyebabkan hati kita kurang peka. Kalau begitu, hal-hal tersebut harus dibuang dari hati kita. Proses ini boleh disamakan dengan pembedahan hati kiasan. Jika anda setuju bahawa menyelidiki hati adalah bermanfaat, apakah yang harus anda perhatikan? Dan bagaimanakah anda boleh membuat perubahan?—Yer. 4:4. 12 Yehuwa berkata bahawa Dia akan ‘memberikan kemahuan untuk memahami-Nya’ kepada orang yang seperti “buah ara yang baik.” Yehuwa tidak berkata bahawa Dia akan memaksa mereka untuk berubah. Mereka sendiri perlu memupuk hati yang ingin mengenal Tuhan. Tidakkah kita harus melakukan hal yang sama? 13 Yesus berkata, “Dari hatilah timbul fikiran jahat, yang menyebabkan seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, merompak, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah.” (Mat. 15:19, ABB) Contohnya, seorang Kristian yang tidak 11, 12. (a) Mengapakah kita harus menyelidiki hati sendiri? (b) Apakah yang tidak akan dilakukan oleh Tuhan? 13, 14. Bagaimanakah hati seorang Kristian boleh menjadi berbahaya?
Orang yang menyelidiki hati kiasan dan membetulkan keinginan yang salah akan diberkati memiliki hati yang peka mungkin melakukan perzinaan atau perbuatan cabul. Jika dia tidak ingin bertaubat, dia boleh kehilangan perkenan Tuhan selama-lamanya. Biarpun dia tidak melakukan perbuatan salah itu, dia mungkin membenarkan keinginan yang salah bertumbuh dalam hatinya. (Baca Matius 5:27, 28.) Oleh itu, adalah penting untuk menyelidiki hati sendiri. Semasa anda berbuat demikian, adakah anda mendapati bahawa anda mempunyai perasaan yang tidak wajar terhadap seseorang yang berlawanan jantina? Adakah anda perlu membuang keinginan itu? 14 Begitu juga, walaupun seorang Kristian tidak “membunuh,” dia mungkin berasa marah terhadap rakan seiman sehingga mula membencinya. (Im. 19:17) Tidakkah dia seharusnya berusaha untuk membuang perasaan ini daripada hatinya?—Mat. 5:21, 22. 15 Kebanyakan orang Kristian tidak mempunyai masalah hati sebegini. Namun, Yesus juga menyatakan tentang 15, 16. (a) Berikan contoh bagaimana seorang Kristian boleh memiliki hati yang tidak setia. (b) Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa tidak ingin kita memiliki hati yang tidak setia? 15 MAC 2013
“fikiran jahat.” Contohnya, seseorang mungkin memiliki pandangan yang salah mengenai kesetiaannya kepada keluarga dan saudara mara. Sudah tentu, orang Kristian “mengasihi” saudara mara mereka, tidak seperti kebanyakan orang sekarang yang kurang memiliki sifat ini. (2 Tim. 3:1, 3) Namun, mereka mungkin menunjukkan perasaan itu dengan keterlaluan. Mereka mungkin berfikir bahawa pertalian darah adalah sangat penting sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi membela ahli keluarga yang tersinggung. Fikirkanlah tindakan terburu-buru yang diambil oleh abang-abang Dina. (Kej. 34:13, 25-30) Dan bayangkan apa yang mendorong Absalom untuk membunuh abangnya, Amnon. (2 Sam. 13:130) Bukankah tindakan mereka disebabkan oleh “fikiran jahat”? 16 Kebanyakan orang Kristian sejati tidak membunuh. Tetapi, seseorang mungkin menaruh perasaan negatif yang kuat terhadap saudara atau saudari yang disangka menyinggung perasaan saudara maranya. Dia mungkin enggan bergaul dengan rakan seiman tersebut. (Ibr. 13: 1, 2) Tetapi, seorang Kristian yang pengasih tidak akan melakukan sedemikian.
11
Jika kita bekerjasama dengan Yehuwa, Dia akan memberi kita “kemahuan” untuk mengenali-Nya. Dalam perjanjian baru kepada kaum terurap, Yehuwa berkata, ‘Aku akan menyimpan hukumKu dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.’ Dia menambah, ‘Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal Yehuwa, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka.’—Yer. 31:31-34.1 19 Sama ada anda menantikan masanya untuk meraih manfaat perjanjian baru di syurga ataupun di bumi, anda harus memupuk keinginan untuk mengenal Yehuwa dan menjadi sebahagian daripada umat-Nya. Untuk mengenal Yehuwa buat selama-lamanya, dosa kita perlu diampunkan melalui korban tebusan Kristus. Oleh sebab kita diampunkan, kita pun harus mengampuni orang lain, walaupun susah untuk berbuat demikian. Sekiranya kita berusaha untuk menyingkirkan perasaan marah dan benci terhadap orang lain, hati kita akan meraih manfaat. Hal ini menunjukkan bahawa kita ingin berkhidmat kepada Yehuwa dan semakin mengenali-Nya. Yehuwa berkata, “Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati. Sesungguhnya, kamu akan menemui Aku.” —Yer. 29:13, 14, ABB. 18
Yehuwa boleh menyelidiki hati kita dan Dia mungkin akan mendapati bahawa hati kita tidak setia. (Yer. 9:25, 26) Yehuwa mengingatkan kita, “Singkirkan kekotoran dari hatimu.”—Yer. 4:4, NW. MEMPEROLEH DAN MEMUPUK “KEMAHUAN” UNTUK MENGENAL TUHAN
Bagaimana pula jika anda mendapati hati anda tidak peka terhadap nasihat Yehuwa? Mungkin anda memiliki perasaan takut akan manusia, berhasrat menjadi masyhur atau kaya, atau degil dan menginginkan kebebasan. (Yer. 7:24; 11:8) Yeremia menulis bahawa orang Yahudi yang tidak setia pada zamannya bersikap “degil dan suka melawan.” Melalui Yeremia, Yehuwa berkata kepada mereka, “Kamu tidak pernah ingat untuk menghormati Aku, padahal Akulah yang mengirim hujan pada musim luruh.” (Yer. 5: 23, 24) Rasa hormat akan Yehuwa membantu kita memiliki hati yang peka terhadap kehendak-Nya. Oleh itu, kita akan menyingkirkan kejahatan daripada hati kita, serta mengubah hati kita supaya tetap setia kepada-Nya. 17
17. Mengapakah mudah untuk mengubah hati
jika kita menghormati Yehuwa?
12
1 Untuk perbincangan tentang perjanjian baru, sila lihat majalah pembelajaran 15 Januari 2012, muka 26-30. 18. Apakah yang Yehuwa janjikan kepada mereka yang terlibat dalam perjanjian baru? 19. Apakah harapan yang dinanti-nantikan oleh orang Kristian sejati?
APAKAH YANG DIPERLUKAN SETELAH ‘KAMU MENGENAL TUHAN’? ‘Kamu mengenal Tuhan.’—GAL. 4:9. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Mengapakah bermanfaat untuk memeriksa senarai semakan rohani kita dari semasa ke semasa?
Mengapakah seorang Kristian yang matang harus terus bertumbuh secara rohani?
Mengapakah kita harus merenungkan iman dan pembaktian kita kepada Yehuwa?
SEBELUM memulakan penerbangan, juruterbang perlu menggunakan senarai semakan bagi memeriksa lebih daripada 30 perkara! Jika mereka tidak membuat pemeriksaan yang teliti, mereka mungkin mengundang tragedi. Siapakah yang selalu diingatkan untuk menggunakan senarai semakan ini? Ya, juruterbang yang sudah berpengalaman! Mereka yang sudah lama menjadi juruterbang mungkin gagal melakukan semakan dengan teliti. 2 Seperti juruterbang yang mementingkan keselamatan, anda boleh menggunakan “senarai semakan” untuk memastikan iman anda tetap teguh semasa menghadapi kesusahan. Sama ada anda baru dibaptis atau sudah menyembah Yehuwa selama bertahuntahun, anda selalu perlu memeriksa iman dan kesetiaan anda kepada Yehuwa. Jika tidak, anda mungkin mengundang masalah rohani. Bible memberi amaran, “Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri teguh, hendaklah berwaspada supaya tidak jatuh.”—1 Kor. 10:12, ABB. 3 Orang Kristian di Galatia perlu memeriksa iman sendiri. Dengan beriman kepada korban tebusan Yesus, mereka berpeluang mengenali Tuhan, bahkan menjadi anak-anak Tuhan. (Gal. 4:9) Tetapi, beberapa orang di sidang Kristian berkeras untuk mematuhi Hukum Musa. Namun Tuhan tidak lagi menggunakan Hukum itu, dan orang bukan Yahudi dalam sidang pun tidak pernah mematuhi Hukum Musa! Orang Yahudi dan orang bukan Yahudi yang ingin membuat kemajuan rohani perlu sedar bahawa Yehuwa tidak lagi 1. Mengapakah juruterbang perlu menggunakan senarai semakan sebelum memulakan penerbangan? 2. Apakah senarai semakan yang perlu digunakan oleh orang Kristian? 3. Apakah yang perlu dilakukan oleh orang Kristian di Galatia?
13
menghendaki mereka mematuhi Hukum itu. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGENAL TUHAN
Nasihat rasul Paulus kepada sidang di Galatia mengingatkan orang Kristian supaya tidak meninggalkan kebenaran Bible lalu kembali ke perkara-perkara lampau. Nasihat Paulus bukan untuk sidang di Galatia sahaja, tetapi bagi semua orang Kristian. Nasihat ini akan membantu kita berdiri teguh dalam kebenaran. 5 Sebagai seorang Saksi, kita harus mengingati bagaimana kita dibebaskan daripada kegelapan rohani. Fikirkanlah dua soalan ini: Adakah anda ingat langkahlangkah yang anda ambil untuk melayakkan diri sebagai calon pembaptisan? Adakah anda ingat bagaimana anda mengenal Tuhan, dan perasaan anda apabila anda dikenali Tuhan? 6 Secara amnya, kita telah mengambil sembilan langkah. Langkah-langkah ini seperti senarai semakan, dan didapati dalam kotak “Langkah-langkah untuk Dibaptis dan Meneruskan Kemajuan Rohani.” Dengan selalu mengingati sembilan langkah ini, kita akan dibantu untuk tidak kembali ke perkara-perkara di dunia. Juruterbang yang menggunakan senarai semakan akan memastikan penerbangan yang selamat. Maka iman kita dikukuhkan jika kita menggunakan senarai semakan rohani. 4
MEREKA YANG DIKENALI TUHAN TERUS BERTUMBUH SECARA ROHANI
Senarai semakan juruterbang mengingatkannya bahawa terdapat langkah7
4, 5. Apakah nasihat Paulus kepada sidang di Galatia? Mengapakah nasihatnya penting bagi kita? 6. Apakah senarai semakan yang akan kita bincangkan? 7. Apakah ajaran yang harus kita ikuti, dan mengapa?
14
langkah tertentu yang harus diambil sebelum memulakan penerbangan. Begitu juga dengan kita, kita harus memeriksa langkah-langkah yang diambil sejak pembaptisan. Paulus menulis kepada Timotius, “Ikutilah ajaran benar yang telah aku ajarkan kepadamu. Hendaklah engkau tetap berpegang kepada iman dan kasih yang menjadi milik kita kerana bersatu dengan Kristus Yesus.” (2 Tim. 1:13, ABB) “Ajaran benar” terkandung dalam Bible. (1 Tim. 6:3) Sebuah lakaran boleh memberi kita gambaran tentang sesuatu. Begitu juga, “ajaran benar” memberi kita gambaran mengenai apa yang dikehendaki oleh Yehuwa daripada kita. Jadi, marilah kita berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil sebelum pembaptisan dan memeriksa sama ada kita masih mengamalkan “ajaran benar” dengan teliti. 8 Langkah pertama dalam senarai semakan kita adalah untuk memperoleh pengetahuan. Pengetahuan ini membantu kita untuk membina iman. Walaupun kita sudah dibaptis, kerohanian kita patut terus maju. Oleh itu, pengetahuan dan iman kita juga harus terus bertumbuh.—2 Tes. 1:3. 9 Kita boleh membandingkan pertumbuhan rohani kita dengan pertumbuhan sebatang pokok. Sebatang pokok boleh bertumbuh menjadi sangat besar terutamanya jika akarnya kuat dan panjang. Contohnya, ketinggian sebatang pokok sedar dari Lubnan boleh mencapai ketinggian yang sama dengan bangunan 12 tingkat. Dan jika kita melilitkan batang pokok itu dengan tali, panjang tali itu kira-kira 12 m. (Kid. 5:15) Pada mulanya, pokok itu akan bertumbuh dengan pesat. Selepas mencapai kematangan, pokok itu masih 8, 9. (a) Apakah yang harus kita lakukan mengenai pengetahuan dan iman kita? (b) Mengapakah pertumbuhan rohani sangat penting dan boleh disamakan dengan pertumbuhan sebatang pokok?
bertumbuh. Batangnya semakin membesar, dan akarnya terus menembus ke dalam tanah sehingga menjadi mantap. Begitu juga dengan pertumbuhan rohani. Kita mungkin membuat kemajuan dengan pesat sewaktu kita mula-mula belajar Bible dan dibaptis. Dan kita pun mungkin layak berkhidmat sebagai perintis atau memikul tanggungjawab lain dalam sidang. Rakan seiman dapat memperhatikan kemajuan rohani kita. Namun, pada tahun-tahun berikutnya, pertumbuhan rohani kita mungkin tidak begitu ketara. Pengetahuan dan iman kita masih perlu bertumbuh sehingga kita “menjadi matang” seperti Kristus. (Ef. 4:13) Oleh itu, pertumbuhan rohani kita seperti tunas kecil yang bertumbuh sehingga menjadi sebatang pokok yang besar dan kuat. 10 Pertumbuhan rohani kita tidak patut berhenti. Pengetahuan Bible dan iman kita patut bertambah dan diperkuatkan. (Ams. 12:3) Banyak saudara dan saudari masih bertumbuh secara rohani. Sebagai contoh, seorang saudara yang berkhidmat sebagai penatua selama 30 tahun berkata, “Penghargaan saya terhadap Bible semakin bertambah. Saya sentiasa mencari peluang baru untuk menerapkan prinsip Bible. Penghargaan saya terhadap kerja penyebaran turut bertambah.” MEMPERKUATKAN PERSAHABATAN DENGAN TUHAN 11 Untuk bertumbuh secara rohani, kita perlu mendekati Yehuwa sebagai Sahabat dan Bapa kita. Dia ingin kita berasa dikasihi dan selamat, seperti seorang anak sewaktu dipeluk oleh ibu bapanya atau seorang yang dikelilingi oleh rakannya yang
10. Mengapakah orang Kristian yang matang ma-
sih perlu bertumbuh secara rohani? 11. Bagaimanakah persahabatan kita dengan Ye-
huwa dapat diperkuatkan? 15 MAC 2013
Seperti pokok, orang Kristian harus terus bertumbuh
sejati. Hubungan yang erat ini tidak dapat dijalin dalam masa yang singkat. Masa dan usaha diperlukan untuk mengenal dan mengasihi Yehuwa. Oleh itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk membaca Firman-Nya setiap hari. Bacalah juga setiap terbitan majalah pembelajaran dan majalah berita, serta bahan bacaan lain yang berdasarkan Bible supaya persahabatan anda dengan Yehuwa dapat diperkuatkan. 12 Doa yang tulus dan pergaulan yang baik diperlukan untuk bertumbuh secara rohani. (Baca Maleakhi 3:16.) Yehuwa “sentiasa mendengarkan doa” kita. (1 Ptr. 3:12) Seperti seorang bapa yang pengasih, 12. Apakah yang harus kita lakukan untuk mengekalkan persahabatan kita dengan Yehuwa?
15
Yehuwa mendengar sewaktu kita meminta bantuan. Oleh itu, “berdoalah senantiasa.” (Rm. 12:12) Kita tidak dapat mengekalkan kematangan rohani tanpa bantuan Tuhan. Tekanan sistem dunia ini terlalu berat bagi kita untuk menanggungnya sendiri. Jika kita berhenti berdoa, kita seperti memotong bekalan tenaga daripada Tuhan yang tidak pernah berat hati untuk menghulurkan bantuan. Adakah anda berpuas hati dengan mutu doa anda, ataupun adakah anda dapat memperbaiki mutu doa anda? —Yer. 16:19. 13 Yehuwa gembira dengan “orang yang berlindung kepada-Nya.” Oleh itu, kita ingin terus bergaul dengan orang yang mengenal Tuhan dalam sidang. (Nah. 1:7) Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, adalah bijak untuk bergaul bersama saudara saudari yang menggalakkan. Apakah manfaatnya? Mereka akan “saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain.” (Ibr. 10:24, 25) Untuk meraih manfaat ini, kita harus menghadiri perjumpaan secara tetap dan memberikan komen. 14 Semasa kita mula-mula menjadi seorang Kristian, kita telah bertaubat dan menukar haluan hidup. Namun, bertaubat adalah proses yang berterusan. Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita cenderung berdosa. Dosa adalah seperti seekor ular yang bersedia menyerang kita pada bila-bila masa. (Rm. 3:9, 10; 6:12-14) Kita harus berwaspada dan tidak menafikan bahawa kita mempunyai kesilapan. Mujurlah, Yehuwa sangat bersabar terhadap kita seraya kita bergelut dengan kelemahan sendiri dan membuat perubahan yang diperlukan. (Flp. 2:12; 2 Ptr. 3:9) Gu-
nakanlah masa dan tenaga anda dengan bijak dalam khidmat Yehuwa, dan bukannya mengejar keinginan sendiri. Seorang saudari menulis, “Saya dibesarkan dalam kebenaran, tetapi saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Yehuwa. Bagi saya, Dia harus ditakuti, dan mustahil untuk menggembirakan hati-Nya.” Saudari itu tidak mempunyai hubungan yang erat dengan Yehuwa dan telah melakukan kesilapan dalam hidupnya. Dia berkata, “Hal ini bukan kerana saya tidak mengasihi Yehuwa, tetapi kerana saya tidak benar-benar mengenali-Nya. Selepas beberapa kali berdoa dengan bersungguh-sungguh, saya mula membuat perubahan.” Dia menambah, “Saya boleh berasa Yehuwa menuntun saya seperti seorang anak. Dia membantu saya menghadapi cabaran demi cabaran, dan dengan lemah-lembut menunjukkan apa yang saya harus lakukan.” 15 “Pergilah . . . beritahu orang ramai tentang” berita baik. Inilah kata-kata yang disampaikan oleh malaikat Tuhan kepada Petrus dan rasul-rasul lain selepas mereka dibebaskan dari penjara secara mukjizat. (Kis. 5:19-21) Ya, satu lagi aspek penting dalam senarai semakan kita adalah mengambil bahagian dalam kerja penyebaran setiap minggu. Yesus dan Bapanya memperhatikan iman kita dan menghargai usaha kita dalam kerja penyebaran. (Why. 2:19) Oleh itu, kerja penyebaran harus menjadi sebahagian besar dalam hidup kita. 16 Renungkanlah pembaktian anda. Hubungan yang erat dengan Yehuwa merupakan perkara yang paling berharga bagi kita. Dia mengenali orang yang menjadi milikNya. (Baca Yesaya 44:5.) Oleh itu, perik-
13. Mengapakah pergaulan Kristian penting bagi pertumbuhan rohani? 14. Mengapakah bertaubat dan menukar haluan hidup adalah proses yang berterusan?
15. Apakah yang diperhatikan oleh Yesus dan Ba-
16
panya? 16. Mengapakah bermanfaat untuk merenungkan
pembaktian anda kepada Yehuwa?
salah hubungan anda dengan Yehuwa dan berdoalah untuk terus menjalin hubungan erat dengan-Nya. Fikirkan juga tarikh pembaptisan anda, kerana tarikh ini akan mengingatkan anda tentang keputusan yang paling bermakna yang pernah anda buat. MENDEKATI YEHUWA DENGAN BERTABAH
Paulus menekankan bahawa ketabahan diperlukan di kalangan orang Kristian di Galatia. (Gal. 6:9) Sifat itu juga penting bagi orang Kristian hari ini. Semasa anda menghadapi cubaan, Yehuwa akan membantu anda. Teruslah berdoa untuk daya aktif-Nya. Anda akan berasa lega kerana Dia menggantikan kesedihan dengan sukacita, dan kekhuatiran dengan kedamaian. (Mat. 7:7-11) Fikirkanlah, jika burung sangat berharga bagi Yehuwa, sudah pasti anda lebih berharga kerana anda mengasihi-Nya dan telah membaktikan diri kepada-Nya. (Mat. 10:29-31) Tidak kira apa jua cubaan yang dialami, janganlah berputus asa. Yehuwa memberkati kita dengan berlimpah-limpah kerana Dia mengenal kita! 18 Jika anda sudah mengenal Tuhan dan baru dibaptis, apakah tekad anda? Teruslah mengenali Yehuwa dengan lebih baik dan bertumbuh secara rohani. Bagaimana pula jika anda sudah lama dibaptis? Anda juga harus menimba pengetahuan tentang Yehuwa. Janganlah berfikir bahawa hubungan kita sudah cukup erat dengan Yehuwa. Sebaliknya, periksalah senarai semakan rohani dari semasa ke semasa untuk memastikan hubungan kita terus bertumbuh dengan Bapa dan Sahabat kita, Tuhan Yehuwa.—Baca 2 Korintus 13:5, 6. 17
17. Mengapakah ketabahan diperlukan untuk mendekati Yehuwa? 18. Apakah tekad orang yang sudah mengenal Yehuwa? 15 MAC 2013
LANGKAH-LANGKAH UNTUK DIBAPTIS DAN MENERUSKAN KEMAJUAN ROHANI
1
Kita mula memperoleh pengetahuan tentang Yehuwa dan Anak-Nya, Yesus Kristus.—Yoh. 17:3
2
Iman kita semakin kukuh seraya pengetahuan kita bertambah. —Yoh. 3:16
3
Kita berdoa kepada Yehuwa secara tetap.—Kis. 2:21
4
Kita menghargai pergaulan bersama rakan seiman secara tetap. —Ibr. 10:24, 25
5
Kita bertaubat daripada dosa kita. —Kis. 17:30
6
Kita menukar haluan hidup dan menolak kelakuan yang jahat. —Kis. 3:19
7
Iman mendorong kita untuk menyebar kepada orang lain.—2 Kor. 4:13
8
Kita membaktikan diri kepada Yehuwa supaya dapat meniru teladan Yesus. —1 Ptr. 4:2
9
Kita melambangkan pembaktian kita melalui pembaptisan dalam air. —1 Ptr. 3:21
17
Terima Kelegaan, Beri Kelegaan Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita pernah menghidapi penyakit, mungkin juga penyakit parah. Bagaimanakah kita boleh berjaya menghadapi situasi sebegini? Kelegaan hati yang dibawa oleh keluarga, sahabat, dan rakan seiman dapat membantu kita. Kata-kata lembut daripada sahabat yang penyayang boleh menyegarkan dan melegakan hati kita. (Ams. 16:24; 18:24; 25:11) Orang Kristian sejati bukan sahaja ingin menerima pertolongan. Malahan, ‘dengan pertolongan yang diterima daripada Tuhan, mereka pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.’ (2 Kor. 1:4; Luk. 6:31) Inilah yang dipelajari oleh Antonio, seorang penyelia distrik di Mexico. Apabila dia disahkan menghidapi limfoma, sejenis kanser darah, Antonio berasa sangat sengsara. Namun dia berusaha mengatasi perasaan negatifnya. Bagaimana? Dia cuba menghafal lagu-lagu teokratik dan menyanyikannya sambil merenungkan seni katanya. Dia juga mendapat kelegaan hati semasa berdoa dengan bersuara serta membaca Bible. Kemudian, Antonio sedar bahawa salah satu pertolongan besar datangnya daripada rakan seiman. Katanya, “Apabila saya dan isteri berasa khuatir, kami akan meminta seorang saudaramara yang juga penatua untuk berdoa bersama kami. Hal ini membantu kami berasa tenang. Oleh sebab kami mendapat bantuan daripada keluarga dan rakan seiman, kami dapat mengatasi perasaan negatif dalam jangka masa yang singkat.” Betapa bersyukurnya Antonio kerana mempunyai sahabat yang penyayang! Satu lagi pertolongan ialah daya aktif Tuhan. Rasul Petrus berkata bahawa daya aktif merupakan ‘pemberian Tuhan’ yang percuma. (Kis. 2:38) Hal ini terbukti benar semasa ramai orang diurapi pada Pentakosta 33 M. Tetapi pemberian ini juga dihulurkan kepada kita semua. Pemberian daya aktif tidak terhad, jadi teruslah minta daya aktif daripada Yehuwa.—Yes. 40:28-31.
18
PRIHATIN KEPADA ORANG YANG MENDERITA Rasul Paulus mengalami banyak kesusahan, bahkan berhadapan dengan maut. (2 Kor. 1:8-10) Namun, Paulus tidak terlalu takut. Dia berasa lega kerana tahu bahawa Yehuwa menyokongnya. Dia menulis, ‘Marilah kita bersyukur kepada Tuhan, Bapa Tuan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Tuhan yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kita semasa kita mengalami kesusahan.’ (2 Kor. 1:3, 4, ABB) Paulus tidak mengasihani dirinya dengan keterlaluan. Sebaliknya, penderitaan yang dialami membolehkannya memahami perasaan rakan seiman dan membantu mereka. Selepas sembuh, Antonio kembali menjadi penyelia distrik. Dia memang mengambil berat terhadap rakan seiman. Tetapi sekarang dia dan isterinya memberikan perhatian yang lebih kepada orang yang sakit dengan melawat dan menggalakkan mereka. Contohnya, Antonio telah melawat seorang saudara yang menghidapi penyakit yang serius. Saudara ini tidak ingin pergi ke perjumpaan. Antonio menjelaskan, “Bukannya dia tidak mengasihi Yehuwa dan rakan seimannya, tetapi penyakitnya telah memberikan kesan yang buruk terhadapnya sehingga dia berasa tidak berguna.” Antonio telah menggalakkan saudara yang sakit itu dengan menjemputnya untuk memberikan doa semasa jamuan. Walaupun saudara itu berasa kurang layak, dia telah berdoa. Antonio berkata, “Doanya begitu indah sekali. Kemudian, dia berubah kerana berasa berguna semula.” Ya, kita semua terpaksa menghadapi kesusahan tertentu. Namun, seperti yang dikatakan Paulus, penderitaan sebegini mempersiapkan kita untuk membantu orang lain semasa mereka menghadapi kesusahan. Maka, marilah kita beri perhatian kepada penderitaan rakan seiman dan mencontohi Yehuwa dengan menjadi sumber kelegaan bagi mereka.
YEHUWA—TEMPAT PERLINDUNGAN KITA ‘Ya Yehuwa, Engkau tempat perlindungan kami, sampai selamalamanya.’—MZM. 90:1, ABB. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Bagaimanakah Yehuwa menjadi “tempat perlindungan” bagi Abraham, Ishak, dan Yakub?
Apakah yang boleh kita pelajari dari teladan Abraham?
ADAKAH anda berasa selesa dan selamat dalam dunia ini? Jika tidak, perasaan anda sama seperti hamba Yehuwa yang lain! Sejak dulu lagi, hamba Yehuwa berasa seperti orang asing dalam dunia ini. Contohnya, sewaktu penyembah Yehuwa yang setia berpindah-randah di Kanaan, “mereka mengaku dengan terang-terang bahawa mereka hanyalah orang asing dan pengembara di bumi ini.”—Ibr. 11:13. 2 Begitu juga dengan orang Kristian terurap yang memiliki ‘kewarganegaraan di syurga.’ Mereka mengaku diri sebagai “orang asing dan orang pelarian di dunia ini.” (Flp. 3:20; 1 Ptr. 2:11) Seperti Yesus, “domba-domba lain” juga “bukan milik dunia.” (Yoh. 10:16; 17:16) Namun, umat Tuhan masih mempunyai rumah. Rumah ini hanya boleh dilihat dengan mata rohani dan merupakan tempat selamat dengan penuh kasih. Musa menulis, ‘Ya Yehuwa, Engkau tempat perlindungan kami, sampai selama-lamanya.’ (Mzm. 90:1, ABB) Bagaimanakah Yehuwa menjadi tempat perlindungan bagi umatNya dahulu? Bagaimanakah Dia menjadi tempat perlindungan bagi kita dewasa ini? Dan bagaimanakah Dia akan terus melindungi kita pada masa depan? YEHUWA—“TEMPAT PERLINDUNGAN” BAGI UMATNYA DAHULU
Dalam Bible, kadangkala Yehuwa dibandingkan dengan benda yang dapat dilihat untuk memudahkan kita memahami keperibadian-Nya. Contohnya, Mazmur 90:1 membandingkan Yehuwa dengan “tempat perlindungan,” atau seperti sebuah rumah. Perbandingan ini memang sesuai kerana Yehuwa memberikan 3
Bagaimanakah kita boleh menunjukkan bahawa Yehuwa adalah “tempat perlindungan” kita?
1, 2. Apakah perasaan hamba Tuhan terhadap sistem dunia ini, dan apakah rumah yang dimiliki mereka? 3. Yehuwa dibandingkan dengan apa di Mazmur 90:1, dan mengapa?
19
“Aku tidak akan meninggalkan engkau”
perlindungan. Hal ini membuktikan bahawa Tuhan itu kasih. (1 Yoh. 4:8) Dia juga ialah Tuhan kedamaian yang ‘memelihara umat-Nya dengan aman.’ (Mzm. 4:9) Mari kita bincangkan bagaimana Yehuwa memberikan perlindungan kepada hamba-Nya Abraham, Ishak, dan Yakub. 4 Bayangkan perasaan Abraham sewaktu Tuhan memberitahunya, “Tinggalkanlah negerimu, kaum keluargamu, . . . pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.” Abraham mungkin berasa khuatir, tetapi Yehuwa menenangkan hatinya dengan berkata, “Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, . . . Aku akan member-
kati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang yang mengutuk engkau.” —Kej. 12:1-3. 5 Dengan kata-kata tersebut, Yehuwa berjanji untuk melindungi Abraham dan keturunannya. (Kej. 26:1-6) Contohnya, Dia menghalang Firaun Mesir dan Raja Abimelekh dari Gerar daripada membunuh Abraham dan mengambil isterinya, Sarah. Ishak dan Ribka juga dilindungi dengan cara yang sama. (Kej. 12:14-20; 20:1-14; 26:6-11) Bible membuktikan bahawa, ‘Yehuwa tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka; kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja. Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku; jangan cederakan nabi-nabi-Ku!” ’—Mzm. 105:14, 15, ABB. 6 Yehuwa juga melindungi cucu Abraham iaitu Yakub. Apabila tiba masa bagi Yakub untuk berkahwin, Ishak berkata kepadanya, “Janganlah berkahwin dengan gadis Kanaan. Pergilah ke Mesopotamia, kepada keluarga datukmu Betuel, dan berkahwinlah dengan salah seorang anak perempuan Laban.” (Kej. 28:1, 2) Yakub segera mematuhi bapanya, Ishak dan meninggalkan keluarganya di Kanaan. Dia mungkin berseorangan semasa melakukan perjalanan sejauh ratusan kilometer ke Haran. (Kej. 28:10) Yakub mungkin tertanya-tanya, “Berapa lamakah perjalanan saya? Adakah saya akan disambut dengan baik oleh bapa saudara saya? Adakah saya akan menemui isteri yang menyembah Yehuwa?” Hal-hal ini mungkin dikhuatiri Yakub, tetapi perhatikanlah apa yang telah berlaku sewaktu dia sampai di Lus, 100 km dari Bersyeba. 7 Di Lus, Yehuwa muncul dalam mimpi Yakub dan berkata, “Ingatlah, Aku akan melindungi engkau dan menolongmu ke 6. Apakah yang diberitahu oleh Ishak kepada Ya-
4, 5. Bagaimanakah Yehuwa menjadi “tempat per-
kub? Apakah mungkin perasaan Yakub?
lindungan” Abraham?
7. Bagaimanakah Tuhan melegakan hati Yakub?
20
mana sahaja engkau pergi, lalu Aku akan membawa engkau kembali ke negeri ini. Aku tidak akan meninggalkan engkau sehingga Aku sudah melakukan segala sesuatu yang Kujanjikan kepadamu.” (Kej. 28: 15, ABB) Kata-kata ini pasti telah meyakinkan dan melegakan hati Yakub! Bolehkah anda bayangkan perasaan Yakub yang sudah lama menunggu untuk melihat bagaimana Yehuwa akan menepati janji-Nya? Jika anda telah meninggalkan keluarga untuk berkhidmat di negara lain, anda tentu memahami perasaan Yakub. Sudah pasti, anda juga mendapati bahawa Yehuwa menjaga anda. 8 Sewaktu Yakub sampai di Haran, bapa saudaranya, Laban menyambutnya dengan baik dan kemudian memberikan Lea dan Rahel sebagai isterinya. Tetapi tidak lama kemudian, Laban mula memperlakukan Yakub dengan tidak adil dan mengubah upahnya sebanyak sepuluh kali! (Kej. 31: 41, 42) Namun, Yakub tetap bertabah dan yakin bahawa Yehuwa akan menjaganya. Oleh itu, Yehuwa memberkati Yakub. Semasa Tuhan menyuruh Yakub pulang ke Kanaan, Yakub memiliki “banyak kawanan kambing dan domba, unta, keldai, serta hamba-hamba.” (Kej. 30:43) Dengan penuh syukur, Yakub berdoa, “Aku tidak layak menerima segala kasih dan kesetiaan yang sudah Engkau tunjukkan kepadaku, hamba-Mu. Pada masa aku berangkat menyeberangi Sungai Yordan, aku tidak membawa apa-apa selain sebatang tongkat. Sekarang aku datang kembali bersama dengan dua kumpulan ini.”—Kej. 32:10, ABB. 9 Betapa benarnya doa Musa yang berbunyi, ‘Ya Yehuwa, Engkau tempat perlindungan kami, sampai selama-lamanya.’ (Mzm. 90:1, ABB) Yehuwa adalah ‘Tuhan yang tidak berubah.’ Dia masih mengasi8, 9. Bagaimanakah Yehuwa terbukti sebagai
“tempat perlindungan” bagi Yakub? Apakah pengajarannya bagi kita? 15 MAC 2013
hi kita dan akan menjadi tempat perlindungan bagi umat-Nya yang setia. (Yak. 1:17) Marilah kita bincangkan hal ini. YEHUWA—“TEMPAT PERLINDUNGAN” KITA HARI INI 10 Bayangkan, anda berada di mahkamah untuk memberi keterangan menentang sebuah organisasi jenayah. Ketuanya adalah seorang yang pintar dan berkuasa, serta seorang penipu dan pembunuh yang tidak berhati perut. Bagaimanakah perasaan anda selepas meninggalkan mahkamah itu? Adakah anda berasa selamat? Tentu tidak! Bahkan anda mungkin merayu untuk mendapat perlindungan. Situasi ini mencerminkan keadaan kita. Kita sedang memberikan kesaksian menentang musuh ketat Yehuwa, iaitu Syaitan! (Baca Wahyu 12:17.) Adakah Syaitan berjaya untuk menghentikan umat Tuhan? Tidak! Sebenarnya, kita terus memberikan kesaksian kepada semua orang di seluruh dunia. Hal ini adalah kerana Yehuwa adalah “tempat perlindungan” bagi kita, terutamanya pada harihari terakhir ini. (Baca Yesaya 54:14, 17.) Asalkan kita tidak membenarkan Syaitan menggoda kita, Yehuwa akan sentiasa menjadi “tempat perlindungan” kita. 11 Apakah pengajaran yang boleh kita terima daripada Abraham, Ishak, dan Yakub? Walaupun mereka tinggal di Kanaan, mereka tetap menjauhkan diri daripada orang di sana yang jahat dan tidak bermoral. (Kej. 27:46) Mereka berpegang pada prinsip Tuhan dan bukannya bergantung pada senarai peraturan yang panjang mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Bagi mereka, yang terpenting adalah mengetahui apa yang disukai dan dibenci
10. Mengapakah kita boleh yakin bahawa Yehu-
wa akan sentiasa menjadi “tempat perlindungan” kita? 11. Apakah yang boleh kita pelajari daripada teladan Abraham, Ishak, dan Yakub?
21
Malaikat menyokong dan melindungi hamba Tuhan
oleh Yehuwa. Mereka menjauhkan diri daripada dunia ini sejauh yang mungkin kerana mereka sedar bahawa Yehuwa ialah tempat perlindungan mereka. Mereka telah meninggalkan teladan yang baik bagi kita! Adakah anda berusaha untuk meniru teladan mereka semasa memilih pergaulan dan hiburan? Malangnya, sesetengah orang Kristian berasa selesa untuk hidup di dunia Syaitan. Jika anda berasa begitu biarpun sedikit, berdoalah kepada Tuhan. Ingatlah bahawa dunia ini di bawah kuasa Syaitan yang bersikap dingin dan mementingkan diri.—2 Kor. 4:4; Ef. 2:1, 2. 12 Kita patut memanfaatkan segala pem12. (a) Apakah pemberian rohani yang disediakan
oleh Yehuwa? (b) Bagaimanakah perasaan anda tentang pemberian ini?
22
berian rohani daripada Yehuwa agar dapat melawan muslihat Syaitan. Pemberian rohani ini termasuklah perjumpaan Kristian, malam penyembahan keluarga, dan “kurnia kepada manusia,” iaitu para penatua yang menggalakkan dan menyokong kita semasa dalam kesusahan. (Ef. 4:8-12) Saudara George Gangas, yang pernah berkhidmat sebagai seorang ahli Badan Pimpinan untuk masa yang lama telah menulis bahawa apabila dia berada dengan umat Tuhan, dia berasa selesa, selamat, dan dikasihi seperti dengan keluarganya sendiri. Adakah anda juga berasa demikian? 13 Terdapat satu lagi sikap baik pada Abraham, Ishak, dan Yakub. Mereka tidak takut untuk menunjukkan bahawa mereka berbeza daripada orang lain. Seperti yang tercatat dalam perenggan 1, mereka “mengaku dengan terang-terang bahawa mereka hanyalah orang asing dan pengembara di bumi ini.” (Ibr. 11:13) Adakah anda juga menunjukkan bahawa anda berbeza daripada orang lain? Sudah tentu, hal ini tidak senang untuk dilakukan. Tetapi ingatlah, anda tidak berseorangan. Dengan bantuan Tuhan dan galakkan daripada rakan seiman, anda boleh berjaya. Semua orang yang ingin menyembah Yehuwa perlu melawan dunia Syaitan. (Ef. 6:12) Kita boleh memenangi perjuangan ini jika kita menjadikan Yehuwa tempat perlindungan kita. 14 Abraham juga menumpukan perhatiannya kepada berkat yang akan dinikmati. (2 Kor. 4:18) Rasul Paulus berkata bahawa Abraham ‘menantikan kota yang kekal, kota yang dirancang dan dibina oleh Tuhan.’ (Ibr. 11:10) “Kota” itu merupakan Kerajaan Mesias. Walaupun Abraham perlu menantikan Kerajaan ini, kita tidak perlu 13. Apakah pengajaran penting daripada Ibrani 11:13? 14. Apakah “kota” yang dinantikan oleh hambahamba Yehuwa?
berbuat demikian. Mengapa? Kerana Kerajaan Mesias sedang memerintah di syurga. Nubuat Bible menunjukkan bahawa tidak lama lagi Kerajaan ini akan memerintah di bumi juga. Adakah Kerajaan ini benar-benar nyata dalam hidup anda? Adakah anda mengutamakan Kerajaan Tuhan dan menjauhkan diri daripada dunia ini?—Baca 2 Petrus 3:11. YEHUWA—“TEMPAT PERLINDUNGAN” KITA PADA MASA DEPAN
Masalah-masalah di dunia ini semakin menular. (Mat. 24:7, 8) Dan apabila kesengsaraan besar berlaku, keadaan dunia akan bertambah teruk. Dunia akan diselubungi kemusnahan dan kekeliruan. Oleh itu orang akan berasa takut. (Hab. 3:16, 17) Bible menyatakan bahawa mereka akan berasa begitu takut sehingga mereka bersembunyi “dalam gua-gua dan di celah-celah batu di gunung.” (Why. 6:15-17) Tetapi, tiada gua atau badan politik dan perdagangan yang dapat melindungi mereka. 16 Namun, Yehuwa akan melindungi kita semasa kesengsaraan besar. Seperti nabi Habakuk, kita akan berkata, ‘Aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau Yehuwa Tuhan yang menyelamatkan aku.’ (Hab. 3:18, ABB) Bagaimanakah Yehuwa menjadi “tempat perlindungan” kita semasa kesengsaraan besar? Kita belum mengetahui jawapannya. Namun kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan membimbing kita sepertimana Dia membimbing umat Israel keluar dari Mesir. (Baca Keluaran 13:18; Why. 7:9) Bimbingan teokratik ini mungkin disediakan melalui sidang-sidang Kristian. Yesaya 26:20 berkata bahawa untuk mendapat perlindungan, 15
15. Apakah kesudahannya bagi mereka yang me-
naruh kepercayaan dalam sistem dunia ini? 16. Apakah seharusnya pandangan kita terhadap sidang Kristian, dan mengapa? 15 MAC 2013
kita perlu ‘masuk ke dalam rumah.’ Kemungkinan besar hal ini ada kaitan dengan sidang-sidang di serata dunia. (Baca Yesaya 26:20.) Adakah anda menghargai perjumpaan sidang? Adakah anda segera mengikut bimbingan Yehuwa yang dipelajari semasa perjumpaan?—Ibr. 13:17. 17 Yehuwa sentiasa menjadi “tempat perlindungan” umat-Nya meskipun mereka meninggal sebelum kesengsaraan besar. Bagaimana? Lama selepas kematian Abraham, Ishak, dan Yakub, Yehuwa memberitahu Musa, ‘Akulah Tuhan yang disembah Abraham, Ishak, dan Yakub.’ (Kel. 3:6) Yesus juga mengutip kata-kata itu dan menambah, ‘Tuhan itu Tuhan orang hidup, bukan Tuhan orang mati, kerana Tuhan menganggap mereka semua hidup.’ (Luk. 20:38) Ya, pembangkitan bagi umat Yehuwa yang setia adalah begitu pasti. Dalam pandangan Yehuwa, mereka seperti sudah hidup kembali.—Pkh. 7:1. 18 Di dunia baru, Yehuwa akan menjadi “tempat perlindungan” bagi umat-Nya dalam cara yang lain. Wahyu 21:3 menyatakan, ‘Sekarang Tuhan tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka.’ Yehuwa akan melantik Yesus Kristus untuk memerintah seluruh bumi selama seribu tahun. Setelah Yesus menyempurnakan tujuan Tuhan bagi bumi, dia akan mengembalikan Kerajaan Tuhan kepada Bapanya. (1 Kor. 15:28) Pada masa itu, Yesus tidak lagi perlu menjadi perantara. Yehuwa akan memerintah manusia yang sempurna secara langsung. Bukankah harapan ini menggembirakan hati kita? Marilah kita meniru teladan hamba Tuhan yang setia dahulukala dengan menjadikan Yehuwa “tempat perlindungan” kita. 17. Bagaimanakah Yehuwa menjadi “tempat perlindungan” bagi umat-Nya yang sudah meninggal? 18. Bagaimanakah Yehuwa akan menjadi “tempat perlindungan” bagi umat-Nya di dunia baru?
23
HORMATILAH NAMA YEHUWA YANG AGUNG
‘Aku akan memuji nama Yehuwa, dan umat-Nya akan memberitakan kebesaran-Nya.’ —UL. 32:3.
BOLEHKAH ANDA JELASKAN?
Apakah maksud mengenali nama Tuhan?
Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan makna nama-Nya secara beransur-ansur?
Nyatakan beberapa cara kita dapat “menyembah dan mentaati” Yehuwa.
KEBANYAKAN gereja Kristian enggan menggunakan nama Tuhan. Contohnya, pendahuluan sebuah Bible menyatakan, “Penggunaan nama Tuhan yang esa . . . memang tidak sesuai untuk digunakan dalam gereja Kristian.”—Revised Standard Version. 2 Saksi-Saksi Yehuwa pula berbesar hati untuk mengisytiharkan dan memuliakan nama Tuhan. (Mzm. 86:12; Yes. 43:10.) Kita bangga untuk memahami makna dan pentingnya penyucian nama itu. (Mat. 6:9) Peluang istimewa ini tidak patut diremehkan. Sekarang kita akan membincangkan tiga soalan penting: Apakah maksudnya mengenal nama Tuhan? Bagaimanakah Yehuwa layak menyandang nama-Nya? Dan bagaimanakah kita dapat “menyembah dan mentaati” Yehuwa? MENGENAL NAMA TUHAN 3 Mengenal nama Tuhan bukan sekadar mengetahui perkataan “Yehuwa” sahaja. Hal ini termasuk mengetahui reputasi, sifat-sifat, tujuan, serta cara Dia berurusan dengan umat-Nya yang tercatat dalam Bible. Seraya Yehuwa menggenapi tujuan-Nya, Dia telah memperkenalkan diri-Nya secara beransur-ansur. (Ams. 4:18) Yehuwa memperkenalkan nama-Nya kepada pasangan manusia yang pertama. Hawa menyebut nama itu selepas melahirkan Kain. (Kej. 4:1) Hamba Yehuwa yang setia seperti Nuh, Abraham, Ishak, dan Yakub juga mengenal nama Tuhan. Mereka mengenali Tuhan dengan lebih dalam sewaktu Yehuwa memberkati dan menjaga mereka, serta memberitahu mereka tentang tujuan-Nya. Musa juga diberi penghormatan besar untuk memahami maksud nama Tuhan.
1, 2. Bagaimanakah pandangan Saksi-Saksi Yehuwa mengenai nama Tuhan berbeza dengan kebanyakan gereja Kristian? 3. Bagaimanakah kita dapat mengenal nama Tuhan?
24
Baca Keluaran 3:10-15, nota kaki. Sewaktu Musa berusia 80 tahun, Tuhan telah memberinya tanggungjawab untuk memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir. Dengan penuh hormat, Musa bertanya, ‘Siapakah nama-Mu?’ Musa sudah lama mengenali nama Tuhan, jadi mengapakah dia masih menanyakan soalan ini? Sebenarnya, dia ingin lebih mengenali Tuhan yang menyandang nama itu. Musa ingin meyakinkan bangsa Israel bahawa Tuhan akan menyelamatkan mereka. Bangsa Israel telah menjadi hamba untuk waktu yang lama dan mereka mungkin meragukan kuasa Yehuwa untuk membebaskan mereka. Malah, sesetengah orang Israel mula menyembah dewa dewi Mesir!—Yeh. 20:7, 8. 5 Bagaimanakah Yehuwa menjawab soalan Musa? Sebahagian daripada katakata-Nya berbunyi, “Inilah yang mesti engkau katakan kepada mereka, ‘Dia yang menyebut diri-Nya AKU sudah mengutus saya kepada kamu.’ ”1 Hal ini bererti bahawa Yehuwa boleh menjadi apa sahaja yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-Nya. Dalam ayat 15 Yehuwa berkata, “Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya; itulah nama panggilan-Ku yang harus digunakan oleh semua keturunan yang akan datang.” Sudah pasti, kata-kata tersebut telah mengagumkan dan menguatkan iman Musa! 4
YEHUWA LAYAK MENYANDANG NAMANYA
Selepas memberikan perintah kepada Musa, Yehuwa telah menunaikan janji6
1 Nama Tuhan merupakan sejenis kata kerja dalam bahasa Ibrani yang bermaksud “untuk menjadi.” Maka nama Yehuwa bermaksud “Dia Yang Menyebabkan Menjadi.” 4. Mengapakah Musa menanya nama Tuhan, dan
mengapakah pertanyaan Musa itu wajar? 5. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan makna nama-Nya kepada Musa? 6, 7. Bagaimanakah Yehuwa memenuhi semua janji-Nya? 15 MAC 2013
Iman Musa bertambah kuat setelah mengetahui makna nama Tuhan
Nya dan membebaskan bangsa Israel. Dia menghukum orang Mesir dengan sepuluh tulah dan mendedahkan bahawa Firaun dan dewa dewi mereka tidak berkuasa. (Kel. 12:12) Kemudian, Yehuwa membelah Laut Merah lalu memimpin bangsa Israel melalui laut itu. Tetapi, Dia menenggelamkan Firaun Mesir dan tenteranya. (Mzm. 136:13-15) Di padang gurun, Yehuwa telah melindungi umat-Nya yang berjumlah kira-kira tiga juta orang dengan membekalkan makanan dan minuman kepada mereka! Pakaian dan kasut mereka juga tidak usang. (Ul. 1:19; 29:5) Ya, Yehuwa memang menunaikan semua janji-Nya dan membuktikan kebenaran nama-Nya. Kemudian, Dia berkata kepada Yesaya, ‘Hanya Akulah Yehuwa, Aku sahaja yang
25
dapat menyelamatkan kamu.’—Yes. 43:11, ABB. 7 Pengganti Musa, iaitu Yosua, juga menyaksikan tindakan Yehuwa yang berkuasa. Oleh itu, sebelum akhir hayatnya, Yosua dengan yakin memberitahu bangsa Israel, ‘Kamu masing-masing tahu betul bahawa Yehuwa, Tuhan kamu telah memberi kamu segala yang baik, yang dijanjikan-Nya. Setiap janji-Nya telah ditepati; tiada satu pun yang dimungkiri-Nya.’ (Yos. 23:14) Sememangnya, Yehuwa bertindak seperti yang dijanjikan-Nya. 8 Dewasa ini, Yehuwa juga sedang memenuhi janji-Nya. Melalui Anak-Nya, Yehuwa menubuatkan bahawa berita baik “akan dikhabarkan ke seluruh dunia” 8. Bagaimanakah Yehuwa memenuhi janji-Nya de-
wasa ini?
Firaun enggan mengakui kebesaran Yehuwa
pada hari-hari terakhir. (Mat. 24:14) Hanya Yehuwa yang dapat menubuatkan dan memastikan kerja ini dilaksanakan. Dia juga menggunakan “orang biasa yang tidak berpendidikan” untuk melakukan kerja ini. (Kis. 4:13) Semasa kita ikut serta dalam kerja penyebaran, kita sebenarnya sedang membantu menggenapi nubuat Bible ini. Kita menunjukkan kesetiaan dan ketulusan kepada Yehuwa dengan berdoa, “Bapa kami yang di syurga, semoga namaMu disucikan.”—Mat. 6:9, NW. NAMANYA YANG AGUNG
Tidak lama selepas bangsa Israel dibebaskan dari Mesir, Yehuwa membantu mereka untuk mengenal-Nya dengan lebih dalam. Menerusi Perjanjian Hukum Musa, Yehuwa menjadi “seperti seorang suami kepada mereka.” (Yer. 31:32) Bangsa Israel pula menjadi seperti isteri kepada Yehuwa dan dipanggil umat Yehuwa. (Yes. 54:5, 6) Jika mereka tunduk dan setia kepada-Nya, Yehuwa berjanji untuk menjadi “suami” baik yang memberkati, melindungi, dan memberikan kesejahteraan kepada mereka. (Bil. 6:22-27) Nama Yehuwa yang agung akan menjadi nyata bagi semua bangsa. (Baca Ulangan 4:5-8; Mazmur 86:7-10.) Sepanjang sejarah bangsa Israel, banyak orang dari pelbagai bangsa tertarik kepada penyembahan sejati. Mereka seperti Rut, seorang wanita Maob, yang berkata kepada Naomi, ‘Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Tuhan yang disembah mak, akan saya sembah juga.’—Rut. 1:16. 10 Selama 1,500 tahun, cara Yehuwa berurusan dengan bangsa Israel telah menyerlahkan sifat-sifat-Nya. Walaupun bangsa Israel mengingkari-Nya berulang kali, Yehuwa “tidak cepat murka” dan te9
9, 10. Apakah yang boleh kita pelajari daripada cara Yehuwa berurusan dengan bangsa Israel?
tap menunjukkan “belas kasihan.” Hanya Dia yang dapat menunjukkan kepanjangsabaran dengan luar biasa. (Kel. 34:5-7) Namun, kesabaran Yehuwa mempunyai batas. Apabila bangsa Israel menolak dan membunuh Anak-Nya, mereka tidak lagi diterima sebagai umat Tuhan. (Mat. 23:37, 38) Bagi Yehuwa, mereka seperti “kayu yang kering” atau mati secara rohani. (Luk. 23:31) Kemudiannya, apakah perasaan bangsa Israel terhadap nama Tuhan? 11 Selepas masa berlalu, bangsa Israel memupuk kepercayaan karut tentang nama Tuhan. Mereka memandang nama itu sebagai sesuatu yang tidak boleh disebut. (Kel. 20:7) Lambat laun, nama Tuhan tidak lagi digunakan oleh bangsa Israel. Yehuwa pasti sedih kerana nama-Nya tidak lagi dihormati. (Mzm. 78:40, 41) Bible menyatakan bahawa Yehuwa merupakan Tuhan yang cemburu dan nama-Nya amat penting bagi-Nya. Oleh sebab bangsa Israel tidak menghormati nama Yehuwa, mereka tidak lagi layak menyandang nama itu. (Kel. 34:14) Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menghormati nama Pencipta kita. UMAT BARU YANG DIGELAR DENGAN NAMA TUHAN
Melalui Yeremia, Yehuwa berkata bahawa Dia akan membuat “perjanjian yang baru” dengan bangsa baru, iaitu Israel rohani. Yehuwa menambah, “Mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku.” (Yer. 31:31, 33, 34) Nubuat itu mula digenapi pada Pentakosta 33 M apabila Tuhan membuat perjanjian baru dengan Israel rohani. Mereka termasuk orang Yahudi 12
11. Mengapakah bangsa Israel berhenti menggunakan nama Tuhan? 12. Siapakah bangsa baru yang menyandang nama Tuhan? 15 MAC 2013
serta orang bukan Yahudi. Mereka adalah “umat yang digelar dengan nama-Ku,” kata Yehuwa.—Kis. 15:14-17, NW; Mat. 21:43; Gal. 6:16. 13 Sebagai ‘umat yang digelar dengan nama Tuhan,’ orang Kristian pada abad pertama menggunakan nama Tuhan sewaktu mereka memetik ayat daripada kitab-kitab Ibrani.1 Pada Pentakosta 33 M, rasul Petrus menggunakan nama Tuhan semasa berceramah di depan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi. (Kis. 2:14, 20, 21, 25, 34) Orang Kristian masa awal menghormati Yehuwa. Oleh itu, Yehuwa memberkati kerja penyebaran mereka. Hari ini, Yehuwa juga memberkati kerja penyebaran kita apabila kita memberitahu nama-Nya kepada orang lain dan menunjukkan nama itu dalam Bible mereka sendiri. Ini merupakan suatu penghormatan bagi kita. Bagi sesetengah orang, ini adalah permulaan suatu persahabatan yang istimewa dengan Yehuwa. 14 Selepas kematian para rasul, sidang Kristian masa awal mula tercemar. (2 Tes. 2:3-7) Guru-guru palsu mula memeluk tradisi Yahudi dengan tidak menggunakan nama Tuhan. Tetapi, adakah Yehuwa membenarkan nama-Nya lenyap begitu sahaja? Tidak! Kita mungkin tidak tahu cara tepat menyebut nama Tuhan, tetapi nama-Nya terpelihara. Selama ratusan tahun, nama Tuhan terdapat dalam pelbagai 1 Kitab Ibrani yang digunakan oleh orang Kristian dahulukala mengandungi Tetragrammaton, iaitu empat abjad nama Tuhan dalam bahasa Ibrani. Tetragrammaton mungkin juga terdapat dalam salinan Septuagint yang awal, iaitu Kitab Ibrani yang diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani. 13. (a) Adakah orang Kristian masa awal menggunakan nama Tuhan? Jelaskan. (b) Bagaimanakah perasaan anda kerana berpeluang menggunakan nama Tuhan dalam kerja penyebaran? 14, 15. Bagaimanakah Yehuwa memelihara namaNya?
27
terjemahan Bible dan juga dalam tulisan para cendekiawan Bible. Contohnya, pada tahun 1757, Charles Peters menulis bahawa maksud di sebalik nama “Yehuwa” menggambarkan sifat-sifat Tuhan dengan lebih jelas berbanding dengan gelaran yang lain. Pada tahun 1797, sebuah buku tentang ibadat Tuhan yang ditulis oleh Hopton Haynes menyatakan, “YEHUWA ialah nama TUHAN bagi bangsa Yahudi dan merupakan satu-satunya Tuhan yang mereka sembah, serta disembah oleh Kristus dan para Rasul.” Henry Grew (1781-1862) tidak sekadar menggunakan nama Tuhan, tetapi dia juga sedar bahawa nama itu telah dicela dan harus disucikan. Selain itu, George Storrs (1796-1879) dan Charles T. Russell yang bekerja bersama-sama juga menggunakan nama Tuhan. 15 Tahun 1931 merupakan tahun yang sangat penting bagi umat Tuhan. Sebelum itu, mereka dikenal sebagai Pelajar Bible Antarabangsa. Tetapi pada tahun itu, mereka mula menyandang nama Saksi-Saksi Yehuwa. (Yes. 43:10-12) Mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka bangga untuk menjadi “umat yang digelar dengan nama Tuhan” dan memuliakan nama itu. (Kis. 15:14, 17, NW) Perkembangan ini mengingatkan kita tentang katakata pemazmur yang berbunyi, ‘Dari timur ke barat, nama Yehuwa harus dipuji.’ —Mzm. 113:3, ABB. “MENYEMBAH DAN MENTAATI” YEHUWA
Nabi Mikha menulis, ‘Setiap bangsa menyembah dan mentaati dewa masing-masing, tetapi kita akan menyembah dan mentaati Yehuwa, Tuhan kita selamalamanya.’ (Mi. 4:5, ABB) Yehuwa membenarkan Pelajar Bible untuk menyandang 16
nama-Nya. Hal ini bukan sahaja merupakan suatu penghormatan, tetapi juga menunjukkan perkenan Tuhan terhadap mereka. (Baca Maleakhi 3:16-18.) Adakah anda juga memandangnya sebagai suatu penghormatan? Adakah anda sedang berusaha untuk “menyembah dan mentaati” Yehuwa? 17 “Menyembah dan mentaati” Yehuwa melibatkan tiga hal. Pertama, kita harus menyebarkan nama Yehuwa kepada orang lain, kerana hanya ‘orang yang berseru kepada Yehuwa akan diselamatkan.’ (Rm. 10:13) Kedua, kita harus mencerminkan sifat-sifat Yehuwa, terutamanya sifat kasih. (1 Yoh. 4:8) Ketiga, kita harus mematuhi piawaian-Nya yang adil benar dan tidak melakukan apa-apa yang mengaibkan nama suci Bapa kita. (1 Yoh. 5:3) Adakah anda bertekad untuk “menyembah dan mentaati” Yehuwa selama-lamanya? 18 Firaun pernah berkata, ‘Siapakah Yehuwa? Mengapakah beta harus mendengarkan Dia?’ Tetapi Firaun kemudiannya terpaksa mengakui kebesaran Tuhan. (Kel. 5:1, 2; 9:16; 12:29) Tidak lama lagi, semua orang yang menentang Yehuwa atau yang tidak mengendahkan-Nya terpaksa mengakui kebesaran-Nya. (Yeh. 38:23) Sungguhpun demikian, kita berbeza daripada mereka kerana kita telah memilih untuk mengenal Yehuwa. Kita berbangga menyandang nama-Nya dan menjadi umatNya. Mazmur 9:11 menyatakan bahawa orang yang mengenal nama Yehuwa akan yakin pada-Nya dan Tuhan tidak akan meninggalkan mereka. Maka kita tidak perlu takut akan masa depan kerana janji ini pasti digenapi. 17. Bagaimanakah kita dapat “menyembah dan
mentaati” Yehuwa?
16. Bagaimanakah perasaan anda kerana berpe-
18. Mengapakah orang yang menghormati nama
luang menyandang nama Yehuwa?
Yehuwa tidak perlu takut akan masa hadapan?
28
Adakah Josephus Menulisnya? Dalam buku Jewish Antiquities Buku XX, sejarawan abad pertama, Flavius Josephus merujuk kepada kematian “Yakobus, iaitu saudara Yesus yang dipanggil sebagai Kristus.” Banyak cendekiawan berpendapat pernyataan ini adalah benar. Namun, ada yang meragui kesahihan penyataan lain dalam buku tersebut. Pernyataan ini dikenali sebagai Testimonium Flavianum yang berbunyi: “Pada masa itu, Yesus, seorang lelaki yang bijaksana, jika dia layak dipanggil lelaki biasa, telah melakukan banyak perbuatan hebat. Ramai orang gemar mendengar ajarannya. Orang Yahudi dan bukan Yahudi tertarik kepadanya. Dia ialah Kristus; dan sewaktu Pilatus mengikut cadangan para pemimpin agama kami untuk menggantungnya pada salib, orang yang mengasihi dia tidak meninggalkannya. Pada hari ketiga, dia hidup kembali lalu menampakkan diri kepada mereka. Nabi Tuhan menubuatkan perkara ini dan sepuluh ribu hal lain yang menakjubkan mengenainya. Oleh itu, gelaran orang Kristian hari ini berasal daripada namanya.”—Josephus—Jewish Antiquities, XVIII, 3, 3. Sejak penghujung abad ke-16, suatu pertengkaran hebat berlangsung mengenai kesahihan tulisan Josephus. Satu kumpulan percaya bahawa Josephus adalah penulis kata-kata di atas manakala kumpulan yang satu lagi menentang idea itu. Serge Bardet, sejarawan Perancis dan pakar sastera klasik mencari jalan penyelesaian bagi pertengkaran itu yang sudah berlangsung selama empat abad. Oleh itu, dia menerbitkan hasil penyelidikannya dalam buku yang bertajuk Le Testimonium Flavianum—Examen historique con´ siderations historiographiques (Testimonium Flavianum—Suatu Penyelidikan Bersejarah). Josephus bukan beragama Kristian. Dia adalah sejarawan Yahudi. Jadi persoalannya adalah berkenaan pernyataannya bahawa Yesus “ialah 15 MAC 2013
Kristus.” Bardet menjelaskan bahawa hal ini disebabkan oleh tatabahasa bahasa Yunani. Bardet menambah bahawa dari segi pandangan orang Kristian dan Yahudi, “penggunaan kata Christos oleh Josephus bukanlah sesuatu yang mustahil,” tetapi merupakan suatu bukti “yang tidak dipedulikan oleh pengkritik.” Mungkinkah seorang penulis lain meniru cara penulisan Josephus dan menokok tambah catatannya? Berdasarkan fakta sejarah dan penyelidikan atas teks tersebut, Bardet menyimpulkan bahawa penipuan sebegini hampir mustahil. Jika orang itu dapat meniru cara penulisan Josephus, dia merupakan peniru yang tiada bandingannya kerana tulisan Josephus mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Jadi mengapakah kesahihan Testimonium dipersoalkan? Dengan mengesan akar umbi masalahnya, Bardet berkata bahawa ramai lebih meragui Testimonium daripada tulisan lain. Dia mendapati bahawa pertengkaran ini berlangsung begitu lama kerana ada udang di sebalik batu. Namun, penyelidikan ke atas tulisan Josephus menyokong kesahihannya. Sama ada analisis Bardet akan mengubah pandangan para cendekiawan terhadap Testimonium Flavianum masih tidak diketahui. Namun, Pierre Geoltrain, seorang pakar agama Yahudi dan Kristian kuno telah mengubah pandangannya. Sejak dulu lagi, dia menganggap Testimonium sebagai sesuatu yang palsu, bahkan menyindir mereka yang mempercayai kesahihannya. Walaupun begitu, selepas melihat hasil penyelidikan Bardet, dia mengisytiharkan, “Mulai sekarang, tiada sesiapa pun patut meragui tulisan Josephus.” Sudah tentu, Saksi-Saksi Yehuwa memiliki bukti yang lebih kukuh untuk menerima Yesus sebagai Kristus—buktinya terdapat dalam Bible. —2 Tim. 3:16.
29
Hampir 40 tahun selepas bertemu Saksi-Saksi Yehuwa, Georgina akhirnya menyaksikan suaminya dibaptis
Janganlah Putus Harapan!
Adakah anda seorang Saksi-Saksi
Yehuwa yang sudah lama ingin
menyembah Yehuwa bersama
dengan teman hidup anda?
Atau, pernahkah anda berasa kecewa
kerana pelajar Bible anda yang nampaknya Surat Alice kepada Stella berbunyi,
“Kamu tentu gembira untuk tahu
membuat kemajuan rohani kemudiannya
bahawa salah seorang pelajar
hilang minat pada kebenaran?
Bible kamu dari tahun 1974 telah dibaptis di konvensyen yang lalu”
Beberapa pengalaman dari Britain akan membantu anda memahami mengapa anda tidak harus putus harapan. Anda juga dapat melihat bagaimana “melakukan perkara-perkara baik” dapat membantu orang yang belum menerima kebenaran.—Gal. 6:9. KETABAHAN AMATLAH PENTING
Ketabahan merupakan salah satu hal yang penting. Anda perlu berpaut pada kebenaran dan Yehuwa. (Ul. 10:20) Itulah yang dilakukan oleh Georgina. Sewaktu dia mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa pada tahun 1970, suaminya, Kyriacos, menjadi sangat marah. Suaminya cuba menghalangnya daripada belajar Bible, tidak membenarkan Saksi-Saksi ke rumahnya, dan merampas semua bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang ditemui. Sewaktu Georgina mula menghadiri perjumpaan, Kyriacos menjadi semakin marah. Ada satu ketika, dia pergi ke dewan perjumpaan untuk mencetuskan pertengkaran. Seorang saudari menyedari bahawa Kyriacos fasih berbahasa Greek, lalu dia menelefon dan meminta seorang saudara yang berbangsa Greek untuk datang. Saudara itu baik hati dan disambut baik oleh Kyriacos. Malah, dia mula belajar dengan saudara itu. Tetapi kemudian, Kyriacos berhenti belajar. Selama tiga tahun, Georgina menghadapi tentangan. Jika Georgina dibaptis, Kyriacos ingin meninggalkannya. Pada hari pembaptisannya, Georgina berdoa dengan tekun agar Kyriacos tidak meninggalkannya. Sewaktu para Saksi datang untuk membawa Georgina ke perhimpunan, Kyriacos memberitahu mereka, “Kamu pergi dulu. Kami akan ikut kereta kamu dari belakang.” Kyriacos telah menghadiri sesi pagi perhimpunan itu dan melihat isterinya dibaptis! Kemudian, tentangan Kyriacos mereda, dan dia beransur-ansur membuat perubahan besar. Hampir 40 tahun selepas bertemu dengan Saksi-Saksi, Georgina akhirnya menyaksikan suaminya dibaptis! Apakah yang membantu Kyriacos? Dia berkata, “Saya sangat gembira kerana tekad Georgina untuk menyembah Yehuwa.” Georgina pula berkata, “Walaupun suami saya menentang, saya tidak berhenti 15 MAC 2013
menyembah Yehuwa. Sepanjang masa itu, saya berdoa kepada Yehuwa dan tidak berputus asa.” NILAI KEPERIBADIAN BARU
Satu lagi cara penting untuk membantu teman hidup adalah dengan memupuk keperibadian Kristian. Rasul Paulus memperingatkan para isteri Kristian, ‘Taatlah kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Tuhan, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka.’ (1 Ptr. 3:1) Christine menerapkan nasihat ini, walaupun masa yang lama berlalu sebelum suaminya menerima kebenaran. Apabila Christine dibaptis lebih daripada 20 tahun lalu, suaminya, John, langsung tidak percaya kepada Tuhan. John tidak ingin melibatkan diri dalam agama. Namun, dia mendapati isterinya sangat menghargai agamanya. “Saya boleh lihat dia sangat gembira,” kata John. “Isteri saya memupuk keperibadian yang teguh dan boleh dipercayai. Hal ini membantu saya sewaktu menghadapi masalah.” Christine tidak memaksa suaminya menerima kebenaran. John berkata, “Sejak mula lagi, Christine tahu bahawa bercakap kepada saya tentang halhal agama bukanlah bijak. Jadi, dia benarkan saya belajar dengan cara saya sendiri.” Ketika Christine mendapati ada rencana tentang sains dan alam semula jadi yang diminati John dalam majalah-majalah kita, dia akan menunjukkan rencana itu kepada suaminya sambil berkata, “Saya pasti kamu minat membaca rencana ini.” Setelah John bersara dan mula bekerja sebagai tukang kebun, dia ada banyak masa untuk berfikir. Dia mula merenung, “Adakah manusia wujud secara kebetulan, atau adakah kita diciptakan dengan tujuan tertentu?” Pada suatu hari, seorang saudara menanya John, “Kamu mahu belajar Bible?” John berkata, “Sekarang saya mula mempercayai Tuhan. Jadi, saya menerima tawarannya.” Betapa pentingnya untuk tidak putus harapan! Christine berdoa selama 20 tahun agar John menerima kebenaran dan dibaptis. Sekarang, mereka menyembah Yehuwa bersama. John berkata, “Ada dua hal yang membantu saya. Kebaikan hati serta keramahan Saksi-Saksi Yehuwa. Dan jika anda berkahwin dengan seorang Saksi-Saksi Yehuwa, anda
31
akan mendapat pasangan yang setia, boleh diharap, dan tidak mementingkan diri.” Christine diberkati kerana menerapkan kata-kata di 1 Petrus 3:1. BENIH BERCAMBAH SELEPAS BERTAHUN-TAHUN
Bagaimana pula dengan pelajar Bible yang hilang minat pada kebenaran? “Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur,” tulis Raja Salomo. (Pkh. 11:6, ABB) Kadangkala benih kebenaran mengambil masa yang lama untuk bercambah. Lambat-laun, seorang pelajar Bible mungkin menyedari pentingnya untuk menghampiri Tuhan. (Yak. 4:8) Mungkin suatu hari nanti anda akan menerima berita yang baik tentang salah seorang pelajar Bible anda. Alice yang berpindah dari India ke England mula mempelajari Bible pada tahun 1974. Dia berbahasa Hindi tetapi ingin lebih fasih berbahasa Inggeris. Pembelajaran itu berlangsung selama beberapa tahun, dan dia menghadiri beberapa perjumpaan bahasa Inggeris. Dia tahu apa yang dipelajarinya adalah kebenaran, tetapi menganggapnya sebagai hobi sahaja. Lagipun, dia mencintai wang dan gemar bersuka ria. Akhirnya, Alice berhenti belajar. Hampir 30 tahun kemudian, Stella, guru Bible Alice, menerima sepucuk surat daripadanya. Surat itu berbunyi, “Kamu tentu gembira untuk tahu bahawa salah seorang pelajar Bible kamu dari tahun 1974 dibaptis di konvensyen yang lalu. Kamu memainkan peranan penting dalam hidup saya. Kamu telah menanam benih kebenaran dalam hati saya. Walaupun pada masa itu saya belum bersedia membaktikan diri kepada Tuhan, saya terus menyimpan benih kebenaran itu dalam fikiran dan hati saya.” Apakah yang telah berlaku? Alice menjelaskan bahawa dia sangat sedih selepas kematian suaminya pada tahun 1997. Dia mula berdoa. Dalam masa 10 minit, dua orang Saksi yang berbahasa Punjabi datang dan memberinya sehelai risalah tentang harapan bagi orang mati. Alice berasa doanya dijawab dan ingin bergaul dengan Saksi-Saksi Yehu-
s
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma dari www.jw.org
wa. Tetapi di manakah mereka boleh ditemui? Dia terjumpa sebuah diari lama yang mengandungi alamat sidang Punjabi yang diberikan oleh Stella. Dia menghadiri perjumpaan itu dan disambut dengan ramah. “Kasih mereka menyentuh hati saya dan membantu melegakan kesedihan saya,” kata Alice. Alice mula menghadiri perjumpaan sidang dan belajar Bible dengan teratur sambil belajar bahasa Punjabi. Pada tahun 2003 dia dibaptis. Dia mengakhiri suratnya dengan berkata, “Saya sangat berterima kasih kerana 29 tahun yang lalu, kamu telah menanam benih kebenaran dalam hati saya dan menjadi teladan baik bagi saya.”
“Saya sangat berterima kasih kerana
29 tahun yang lalu, kamu telah menanam
benih kebenaran dalam hati saya dan
menjadi teladan baik bagi saya.”—Alice
Apakah pengajarannya? Seseorang mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat kemajuan rohani. Tetapi jika orang itu lapar secara rohani, jujur, dan rendah hati, Yehuwa akan membenarkan benih kebenaran bercambah dalam hatinya. Dalam perumpamaan Yesus, “Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Orang itu [penyemai] tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku. Tanah itulah yang menumbuhkan tanaman sehingga berbuah: mula-mula pucuk, kemudian bulir dan akhirnya buah.” (Mrk. 4:27, 28, ABB) Pertumbuhan sebegini berlaku secara beransur-ansur dan secara tersendiri. Setiap penyiar Kerajaan Tuhan tidak tahu bagaimana hal itu berlaku. Jadi, taburlah benih dengan melimpah, anda mungkin menuai dengan melimpah. Janganlah lupa betapa pentingnya berdoa. Georgina dan Christine terus berdoa kepada Yehuwa. Jika kita “senantiasa berdoa” dan tidak putus harapan, “kelak kita akan menuai hasilnya.”—Rm. 12:12; Gal. 6:9.
Anda juga boleh membaca Bible New World Translation di laman Web kami dalam bahasa lain
w13 03/15-ML