16 - 31 Januari 2017 / Bil.19 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma /
[email protected]
Jauhar
Suara Hati Bangsa Johor
RAYMOND LIM PENGUSAHA ORKID YANG GIGIH DI NEGERI JOHOR > 18
2017 BERMULA DENGAN GERAK KERJA PADAT > muka 2 > muka 3 > muka 6 > muka 7 > muka 9
LAPORAN DI MUKA 10 & 11
2 BERITA
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
Mohamed Khaled menyampaikan geran hak milik tanah kepada salah seorang penduduk pada majlis yang diadakan sempena lawatan beliau ke Parlimen Kulai 10 Januari lalu.
KULAI – Sejumlah 355 penduduk dari tujuh perkampungan dan kawasan pertanian di daerah ini boleh menarik nafas lega selepas 15 tahun penantian untuk memiliki tanah sendiri kini tercapai. Kesemua mereka menerima geran hak milik tanah dan notis 5A daripada Menteri Besar sendiri, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, di sini baru-baru ini. Borang atau notis 5A adalah tawaran kepada pemohon-pemohon tanah kurnia kerajaan dengan mengemukakan harga premium berdasarkan keluasan tanah yang dipohon dengan tempoh pajakan.
Pemohon akan menerima notis 5A dan geran hanya akan mereka terima selepas pembayaran premium dibuat kepada Kerajaan Negeri. Daripada jumlah itu, seramai 278 orang penduduk telah menerima geran hak milik tanah, manakala baki 77 penduduk lagi menerima notis 5A. Menurut Mohamed Khaled, penerima geran hak milik terdiri daripada masing-masing seramai 91 penduduk dari Fasa 1 dan 2 Kampung Sungai Besoi serta Teck Wah Heng III, empat penduduk Kampung Sri Muar, 28 penduduk Kampung Pengkalan
Indah dari Mukim Sedenak dan 68 penduduk Kampung Bukit Ibol dari Mukim Bukit Batu. “Manakala bagi penerima notis pula, terdiri daripada 33 penduduk Kampung Tang Ho dari Mukim Kulai; 32 penduduk Kampung Jalan Lada Hitam dari Mukim Sedenak serta 12 penduduk Kampung Bukit Batu dari Mukim Batu. “Hak milik dan notis 5A yang diserahkan kepada kesemua penduduk membabitkan tanah pertanian seluas 390.9 hektar dan tanah tapak kediaman seluas 26,785 meter persegi,” katanya pada majlis penyerahan hak milik
LIGHT STRIKE FORCE WANITA
355 PENDUDUK DI DAERAH KULAI TERIMA GERAN HAK MILIK TANAH, NOTIS 5A dan notis 5A di Kampung Murni Jaya sempena lawatan seharinya di Parlimen Kulai pada 10 Januari. Menurut Mohamed Khaled, penyerahan hak milik dan notis itu jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi rakyat secepat dan semampu yang boleh. Yang turut hadir pada majlis itu ialah barisan Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh dan Pegawai Daerah Kulai, Md. Zainal Misran. Sementara itu, Ali Mazat ke-
tika ditemui Jauhar berkata, kesemua penerima tanah itu adalah terdiri daripada pemohon asal serta waris kepada pemohon yang sudah meninggal dunia. Beliau berharap kurniaan itu dijaga sebaiknya. “Ada di antara penerima hak milik yang hadir pada hari ini adalah waris kepada pemohon asal kerana sebahagian daripada fail permohonan ini adalah keskes tertangguh lebih dari 10 dan 15 tahun lalu. “Kepada penerima hak milik ini, jagalah harta ini sebaik mungkin agar ia tidak terlepas ke tangan orang lain,” katanya.
SUMBANGAN 1% YAYASAN PBT RINGANKAN BEBAN KELUARGA PENDAPATAN RENDAH
LSF Wanita berbaris sedia semasa sesi penyerahan sijil watikah perlantikan oleh ACP Sulaiman Salleh.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN JOHOR BAHRU - Satu-satunya unit pasukan yang dianggotai oleh kaum wanita yang digelar Light Strike Force Wanita (LSF) telah ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru (IPD JBS) khusus bagi menangani isu-isu yang melibatkan wanita di waktu kecemasan. Menurut Ketua Polis IPS JBS, Asisten Komisioner Polis (ACP) Sulaiman Salleh, LSF akan berperanan dalam persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kekecohan berkaitan ketenteraman awam terutamanya yang melibatkan wanita. “Ini merupakan unit pasukan wanita pertama yang ditubuhkan yang akan ditugaskan menangani isu keselamatan di peringkat berskala kecil sebelum bantuan lain tiba. “LSF Wanita juga dilatih dan diberikan kursus asas selama dua bulan seperti latihan menembak gas pemedih mata, menggunakan perisai dan kaedah mengawal menghadapi situasi yang lebih kompleks,” jelasnya sambil menambah setiap anggota unit tersebut akan dilengkapi dengan senjata seperti pistol, gas
pemedih mata, topi keledar dan perisai serta lengkap berpakaian seperti anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Beliau berkata demikian semasa ditemui Jauhar pada 7 Januari lalu di kawasan Rukun Tetangga (KRT) Beladau Taman Puteri Wangsa. Tambah Sulaiman, kriteria yang dipilih untuk menyertai pasukan ini adalah anggota polis wanita yang berusia dari umur 20 tahun hingga 30 tahun, cergas dan tidak mempunyai sebarang penyakit serius. Selain itu, mereka yang terpilih menganggotai unit ini juga mestilah mampu membuat pertimbangan dan keputusan yang pantas dalam mempertimbangkan situasi sewaktu berlakunya kekecohan terutamanya yang melibatkan wanita. Dengan tetubuhnya pasukan LSF Wanita pertama di Malaysia itu, Sulaiman berharap unit ini akan dapat menjadi pelengkap dan setanding dengan pasukan anggota polis lelaki. Beliau percaya, anggota polis wanita kini mampu melakukan tugasan sama seperti pasukan lelaki dalam apa jua keadaan dan situasi jenayah yang bakal mereka tempuhi kelak.
Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada salah seorang penerima daripada golongan yang memerlukan bantuan di Taman Scientex, Pasir Gudang, baru-baru ini.
PASIR GUDANG - Sumbangan satu peratus daripada setiap Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini mampu membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sumbangan satu peratus daripada pemotongan hasil cukai itu antara lain adalah bagi menggerakkan program-program pembasmian kemiskinan bandar. “Kejayaan pelaksanaan inisiatif itu dapat dilihat apabila Yayasan Pasir Gudang berjaya melaksanakan pelbagai program bagi tujuan tersebut. “Malah, pihak yayasan turut membantu menyelaraskan segala sumbangan atau derma yang diterima daripada pelbagai pihak di bawah satu tabung khas untuk disalurkan kepada kumpulan sasar yang memerlukan,” kata beliau. Mohamed Khaled berkata demikian
semasa berucap di Majlis Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina di Dewan Serbaguna Taman Scientex di sini, baru-baru ini. Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Normala Abdul Samad. Pada majlis tersebut, seramai 140 orang penduduk menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina. “Sebanyak RM40,000 diperuntukkan secara keseluruhannya, yang mana setiap penerima akan menerima RM100 dalam bentuk tunai dan RM100 lagi dalam bentuk barangan keperluan harian. “Bantuan dan sumbangan ini merupakan usaha untuk memastikan mereka yang kurang berkemampuan, kelainan upaya mahupun yang sakit kronik mendapat bantuan bagi meringankan bebanan harian mereka,” tambah Mohamed Khaled.
BERITA 3
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
PERUNTUKAN LEBIH RM100 JUTA PELBAGAI PEMBANGUNAN DI KULAI KULAI - Lawatan kerja sehari Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke Parlimen Kulai baru-baru ini turut membawa bersama pengumuman mengenai peruntukkan pembangunan lebih RM100 juta ke kawasan berkenaan. Ia meliputi pembinaan pusat pentadbiran baharu Daerah Kulai dengan kos RM60.3 juta yang akan dibina di kawasan seluas 12.3 ekar di Indahpura. Kerajaan Negeri juga akan membina enam buah sekolah agama baharu dengan kos RM40 juta melalui projek pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) fasa 5. Ini tidak termasuk sebuah sekolah agama yang sedang dibina di Bandar Putra melalui projek fasa 4 dengan kos RM8 juta. Melalui peruntukan bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, sebuah masjid baharu juga akan dibina di Jalan Cengal
Bandar Putra dengan kos RM4 juta. Projek yang akan dilaksanakan oleh Johor Corporation (JCorp) itu akan dimulakan tahun ini. Mohamed Khaled juga mengumumkan peruntukan RM54 juta untuk membina sebuah sekolah menengah baharu di Bandar Putra. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kerja-kerja meluruskan ‘Selekoh S’ di Batu 21, Jalan Johor Bahru-Air Hitam dengan kos RM8 juta yang akan dilaksanakan tahun ini. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk membina jalan asas perumahan generasi kedua Kampung Melayu Ulu Choh serta RM300,000 bagi membina jalan asas penempatan penduduk Kampung Sri Maju, Senai. Kerajaan Negeri juga
memperuntukkan sejumlah RM600,000 untuk menaik taraf balai raya, naik taraf jalan raya dan pembinaan jalan baharu di Kampung Murni Jaya. Untuk masyarakat di Felda Taib Andak, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk menaik taraf kemudahan dan jalan asas ke projek perumahan generasi kedua Felda itu. Turut diumumkan ialah peruntukan RM300,000 untuk menaik taraf dewan dan balai raya di Felda berkenaan. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk membina kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Felda Bukit Batu. Bagi permasalahan tapak perkuburan Islam Batu 23 yang hampir penuh, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi penye-
diaan tapak perkuburan baharu di Bandar Putra. Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf kemudahan eko-pelancongan Hutan Rekreasi Gunung Pulai dengan peruntukan sejumlah RM500,000. Manakala sejumlah RM150,000 turut disediakan bagi membina dewan serbaguna Kampung Air Manis. Tidak ketinggalan, RM100,000 untuk menaik taraf masjid Ulu Choh dan RM100,000 untuk membina pejabat JKKK Kampung Sri Muar. Bagi tapak pengurusan mayat masyarakat India, Kerajaan Persekutuan sudah memperuntukkan RM1.2 juta untuk tujuan itu. Pembinaannya akan dilaksanakan selepas perbincangan antara pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah dan pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi tujuan itu.
‘MEMPOLISKAN MASYARAKAT’ PROGRAM TERBARU IBU PEJABAT POLIS JB SELATAN OLEH NUR SAKINAH ROSHAN JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan (IPD JBS) mengambil inisiatif baharu melancarkan Program Mempoliskan Masyarakat di negeri ini agar keselamatan dan keamanan di kawasan mereka sentiasa terjamin selain dapat mendidik masyarakat mengenai kesedaran dalam membanteras jenayah bersama pihak berkuasa. Menurut Ketua Polis Daerah IPD JBS, Asisten Komisioner Polis (ACP) Sulaiman Salleh, program ini mampu menjadikan Daerah Johor Bahru Selatan selamat dikunjungi dan didiami oleh semua lapisan masyarakat. “Komuniti ini haruslah sentiasa mengamalkan ‘3K’ iaitu komited dalam membantu polis dalam bersama-sama menangani dan membanteras jenayah, kedua, ketepatan maklumat yang diberikan kepada pihak polis seperti mengecam suspek dengan teliti dan membuat laporan secepat yang mungkin agar dapat ditangani dengan pantas. Dan ketiga, kerjasama dengan pihak polis hendaklah sentiasa berterusan agar kita sentiasa menerima maklumat terkini tentang keamanan dan kesejahteraan di kawasan kita,” katanya dalam ucapan Perasmian Program Mempoliskan Masyarakat di Taman Puteri Wangsa pada 7 Jan-
uari lalu. Jelasnya lagi, program berkenaan adalah untuk bersama-sama menyeru komuniti setempat supaya dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dengan memberi maklumat bagi menangani masalah jenayah di kawasan mereka. Dalam pada masa itu, ACP Sulaiman turut melancarkan ‘Ops Selamat’ dan ‘Rumah Selamat’ bersempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi bagi mengelakkan kes-kes pecah masuk rumah dan kejadian kecurian. Sulaiman turut mengingatkan masyarakat agar mendaftarkan alamat rumah mereka di balai polis berdekatan sebelum bercuti agar setiap rumah yang tidak berpenghuni dapat dikenalpasti dan dipantau dari semasa ke semasa. Bagi Ops Selamat pula, objektif utamanya adalah untuk memastikan jalan raya berada dalam keadaan selamat kepada semua pengguna semasa di dalam perjalanan untuk mengelakkan kejadian kemalangan dan kesesakan. Sementara itu, kira-kira 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sijil penghargaan daripada pihak polis kerana sokongan padu serta kerjasama yang telah ditunjukkan mereka bersama pihak berkuasa dalam membanteras keskes jenayah yang berlaku di negeri ini.
PERSATUAN HOKKIEN HUAY KUAN UKIR NAMA DALAM ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Persatuan Hokkien Huay Kuan lakar sejarah ‘Malaysia Book Of Records’ (MBR) dengan penghasilan sebanyak 10,000 pasang petikan syair kaligrafi Cina bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2017. Presidennya, Dato’ Chan Teck Watt berkata, setiap petikan tersebut dipamerkan dan ditayangkan untuk tontonan umum di Pusat Membeli-belah Sutera pada 15 Januari lalu sebagai salah satu tarikan bersempena perayaan Tahun Baru Cina. “Ini adalah pencapaian terbaik buat kami kerana dapat menaikkan nama Johor ke peringkat lebih tinggi dan dikenali ramai. “Setiap petikan syair tersebut dihasilkan seramai 25 pelukis kaligrafi profesional dan diiktiraf daripada Persatuan Seni dan Lukisan Kotemporari Kaligrafi Cina Malaysia Johor. “Petikan kaligrafi Cina yang dihasilkan itu kemudiannya akan didermakan atau diberi kepada setiap sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar negeri ini,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Persatuan Hokkien Huay Kuan di Jalan Yahya Awal pada 9 Januari lalu. Tambahnya, petikan syair kaligrafi Cina sudah menjadi kebiasaan atau tradisi bagi masyarakat Cina dan kemudian digantung atau dilekatkan di kedua-dua sisi pintu rumah atau bangunan kerana dipercayai mendatangkan keuntungan serta tuah kepada tuan rumah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Dato’ Tee Siew Kiong.
ACP Sulaiman Salleh bergambar bersama NGO yang menerima sijil perhargaan.
“
Komuniti ini haruslah sentiasa mengamalkan ‘3K’ iaitu komited dalam membantu polis dalam bersama-sama menangani dan membanteras jenayah,
4 BERITA
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
JCORP, KELAB MEDIA JOHOR LANCAR TABUNG KEMANUSIAAN BANTU RAKYAT ACEH Latif Bandi menaiki jentolak semasa gimik pecah tanah Dewan Muafakat Johor Kota Tinggi.
SATU LAGI DEWAN MUAFAKAT JOHOR KALI INI DI KOTA TINGGI OLEH NUR SAKINAH ROSHAN KOTA TINGGI - Sebanyak RM2.7 juta telah diperuntukan untuk pembinaan Dewan Muafakat di sini yang mampu menampung seramai 1,000 orang pada satu masa apabila siap kelak. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Abd Latif Bandi berkata, dewan berkenaan akan memenuhi keperluan masyarakat di daerah ini bukan sekadar di Taman Pasak Indah sahaja. “Dewan ini juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi majlis keramaian kerana sewaan dewan jauh lebih rendah berbanding dewan-dewan lain. Pembinaan dewan ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) amat prihatin dengan kebajikan rakyat dengan memberikan pembangunan infrastruktur yang lebih baik,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Dewan Muafakat Johor di Taman Pasak Indah pada 8 Januari lalu. Tambah beliau, pembinaan dewan
tersebut dijangka akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan Jun ini dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta MDKT hendaklah sentiasa memastikan keadaan dewan ini sentiasa terjaga, bersih dan kemudahan yang disediakan boleh digunakan bila-bila masa oleh penduduk. Yang turut hadir pada majlis itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Asiah Md Ariff; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dan Yang Dipertua MDKT, Fizwan Mohd Rashidi. Sementara itu, Fizwan Mohd Rashidi berkata, dewan ini adalah hasil pembayaran cukai yang dipulangkan semula dalam bentuk pembangunan agar masyarakat dapat merasa dan melihat sendiri hasilnya. “Cukai yang dibayar oleh rakyat bukan semata-mata untuk kegunaan Kerajaan, tapi Kerajaan pulangkan semula dalam bentuk pelbagai pembangunan seperti membina dewan ini yang bernilai jutaan ringgit supaya rakyat dapat menikmatinya semula,” ujarnya.
PEMBANGUNAN LANSKAP LENGKAPI BANDAR MEDINI
Kamaruzzaman Abu Kassim (kanan) bersama barisan tetamu kehormat melakukan gimik pelancaran memasukkan duit ke dalam tabung bantuan kemanusiaan yang dilancarkan.
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Kelab Media Johor (KMJ) dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000 sebagai permulaan bagi membantu rakyat Aceh yang dilanda kejadian gempa bumi menerusi Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Aceh Jcorp-KMJ Prihatin Aceh yang dilancarkan pada 8 Januari lalu. Wilayah Aceh telah dilanda kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud pada Disember tahun lalu. Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, hasil kutipan tabung tersebut akan digunakan untuk membantu pembinaan semula sebuah masjid yang musnah. “Masjid Ahlissilsilah di Gampong Reudep Kecamatan Pante Raja di Pidie Jaya yang dibina pada tahun 1922 merupakan sebuah masjid yang bersejarah dan sudah berusia lebih 100 tahun. Ia telah mengalami kerosakan lebih 80 peratus akibat kejadian gempa bumi itu. “Walaupun begitu, penduduk tempatan masih menggunakannya kerana sudah tiada masjid lain yang berdekatan di kawasan mereka untuk menjalankan aktiviti ibadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran tabung bantuan tersebut di Galleria@Kotaraya. Pelancaran tabung berkenaan disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim. Yang turut hadir ialah Konsul Jeneral Indonesia Republik Indonesia, Haris Nu-
groho; Datuk Bandar Johor Bahru, A. Rahim Nin dan Naib Presiden Kanan Tanggungjawap Korporat JCorp, Jamaluddin Md. Ali. Gempa yang berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan itu turut mengorbankan lebih 100 nyawa dan hampir 1,000 lagi cedera termasuk kehilangan tempat tinggal serta pelbagai kerosakan membabitkan tiga daerah di Pidie Jaya, Bireuen dan Pidie. Menurut Mohamad Fauzi, setiap hasil kutipan dan sumbangan telah diserahkan sendiri oleh pihak JCorp dan KMJ menerusi rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Aceh JCorpKMJ Prihatin Aceh. “Kira-kira 20 pengamal media dari negeri ini, bersama wakil dari JCorp turut menyertai misi tersebut, sekali gus membawa nama Johor ke persada antarabangsa. “Selain itu, pihak kami juga turut berkesempatan untuk berkunjung ke Asrama Anak Yatim Johor di Aceh yang dibangunkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor bagi menghulurkan sumbangan berdasarkan keperluan semasa,” ujarnya. Sebelum ini, pihak KMJ-JCorp telah menjalankan kunjungan awal ke wilayah Aceh serta daerah lain yang terjejas akibat gempa bumi untuk menyaksikan sendiri keadaan di sana pada awal bulan ini. Sumbangan boleh dibuat menerusi 10 tabung yang diletakkan di kawasan strategik sekitar bandar raya Johor Bahru ataupun melalui nombor akaun Maybank 551016711699 atas nama Kelab Media Johor.
Tee Siew Kiong melihat replika kawasan pembangunan UMLand Medini Lakeside.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN ISKANDAR PUTERI - United Malayan Land (UMLand) Bhd secara rasminya telah membuka Galeri Medini Lakeside di Iskandar Puteri bagi mempamerkan pelan induk UMCity, yang merangkumi projek-projek seperti UMCity Lakeside dan Viridea. Galeri ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Tee Siew Kiong yang mewakili
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 6 Januari lalu di Galeri Medini Lakeside, Persiaran Medini Central 1. Menurut Pengarah Urusan Viridea Lakeside Sdn Bhd, Dato’ Chan Chee Keong, galeri ini bakal menempatkan pelan induk yang menyaksikan 13 ekar tasik bagi pembangunan landskap taman tasik dengan pelbagai fauna untuk tujuan aktiviti rekreasi atau bersantai. “UMLand Bhd telah menjadi sebahagian daripada landskap hartanah Johor selama hampir
tiga dekad yang menjadikan kita sebagai pelopor bagi pemaju di Iskandar Malaysia dan kali ini kami akan terus mengembangkan pembangunan dengan mengekalkan sikap berdaya maju. “Galeri ini adalah sebagai penanda aras baharu dalam sektor hartanah bukan sahaja di Iskandar Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa untuk perancangan yang akan datang di sini,” katanya ketika memberi ucapan di majlis tersebut. Tambah Chan Chee Ke-
ong, tasik ini amat sesuai untuk menjadi sebuah ekosistem semula jadi bagi memastikan persekitaran kualiti air, kestabilan tebing, dan juga kegunaan sebagai taman rekreasi kepada masyarakat umum. Pengujung turut dapat merasai satu pengalaman yang unik dan berintegrasi dalam suasana riadah, bermain serta bersantai yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama bagi keluarga. Bagi Tee Siew Kiong pula, beliau berharap pelaburan yang
dilakukan oleh UMLand Bhd bakal meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor. “Negeri Johor kini dilihat dapat menarik pelabur-pelabur besar untuk tujuan pembangunan dari pelbagai sektor seperti pendidikan, pelancongan dan hartanah. “Kerajaan negeri juga berazam untuk terus menjadi yang pertama dalam sektor pembuatan di dalam negara dengan pencapaian dan keuntungan yang tinggi,” katanya.
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
GALERI 5
PERMAISURI JOHOR SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KFC ADD HOPE FUND PERMAISURI Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pada 17 Januari lalu telah berkenan menjadi tetamu kehormat diraja pada majlis penyerahan sumbangan daripada KFC Add Hope Fund yang berlangsung di Persada Johor. Yang turut hadir sama pada majlis itu ialah Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Di majlis yang sama, Tuanku Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan cek kepada tujuh wakil badan bukan kerajaan. Selain itu, 10 rumah kebajikan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan turut menerima sumbangan sebanyak RM10,000 setiap satu.
Beberapa pertubuhan lain juga mendapat bantuan kewangan dari dana ini. QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd merupakan anak syarikat Johor Corporation yang mengendalikan rangkaian restoran KFC di seluruh negara. Dana KFC Add Hope Fund ini dikumpulkan melalui kutipan wang daripada semua cawangan KFC, di mana setiap 50 sen dari hidangan ‘Add Hope Snack Plate’ dan ‘Add Hope Dinner Plate’ telah disalurkan terus ke tabung ini. Sebanyak RM4 juta telah berjaya dikutip selama tiga bulan program ini dilancarkan.
Semua foto ihsan : Official Sultan Ibrahim
6 BERITA
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
PBT PENGERANG DILANCAR Johor Corporation diberi mandat untuk mentadbir urus PBT Pengerang berdasarkan pengalaman selama 32 tahun menerajui dan mentadbir kawasan Pasir Gudang OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD PENGERANG - Sejarah baharu tercipta dalam sektor perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor selepas penubuhan PBT Pengerang sebagai usaha untuk menjadikan wilayah ini pemangkin pembangunan koridor Johor Timur dan kawasan pertumbuhan baru untuk negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Pengerang boleh menjadi titik permulaan untuk membangunkan Timur Johor sebagai daerah ekonomi utama dan berkepentingan global. “Memposisikan Pengerang sebagai koridor ekonomi Timur Johor akan mewujudkan keseimbangan pembangunan di negeri ini. “Perkara ini sekaligus mengelakkan berlakunya pemusatan pembangunan yang tidak sekata kerana Timur Johor adalah wilayah yang paling hampir dengan Asia Timur, kawasan pembangunan ekonomi paling pesat di dunia seperti China, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan serta Jepun. “Dan untuk itu, Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) adalah permulaannya untuk melonjakkan potensi ekonomi Timur Johor dan secara tidak langsung dapat meyakinkan rakyat bahawa pembangunan di negeri ini adalah melibatkan semua kawasan dan penjuru di Johor,” jelasnya dalam sidang media selepas majlis pelancarkan PBT Pengerang di Bandar Penawar pada 16 Januari lalu. Menurutnya, Pengerang perlu menjadi kawasan pertumbuhan baru di rantau ini dan pada masa yang sama, PIPC sebagai
pemangkin yang melonjakkan potensi ekonomi Timur Johor. Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Azalina Othman Said; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Abdul Latif Bandi; Yang Dipertua PBT Pengerang, Bukhari Abd Rahman dan Ketua Eksekutif JCorp, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim. Tambah Mohamed Khaled, PBT Pengerang diserahkan kepada Johor Corporation untuk ditadbir urus berdasarkan pengalamannya selama 32 tahun menerajui dan menjaga kawasan Pasir Gudang, serta rekod kecekapannya. “Berdasarkan pencapaian JCorp, kita yakin ini adalah keputusan yang paling sesuai dan kena pada masanya. “Kita yakin tadbir urus PBT Pengerang yang berteraskan budaya korporat adalah penting. Pengerang memerlukan lebih banyak firma tempatan dan antarabangsa untuk datang, malah melabur dalam kawasan PIPC yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019,” katanya. PBT Pengerang yang merupakan PBT ke-16 di negeri ini dan yang kedua ditadbir urus oleh JCorp selepas PBT Pasir Gudang dan akan mentadbir di kawasan seluas 128,830 hektar. Kawasan pentabiran itu termasuk zon perindustrian PIPC seluas 8,093 hektar. Mulai 1 Januari lalu, jentera PBT Pengerang sudah digerakkan secara rasmi dengan pasukan kakitangan seramai 110 pegawai profesional dan kumpulan sokongan yang mahir.
Mohamed Khaled menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran PBT Pengerang sambil diperhatikan oleh ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan Abdul Latif Bandi (dua dari kanan).
TAMAN AWAM TERBESAR DI JOHOR
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD PASIR GUDANG - Penduduk di Kota Masai dan Pasir Gudang kini boleh menikmati persekitaran hidup lebih baik dan berkualiti apabila Eco World Development Group Bhd mewujudkan sebuah taman awam yang dikenali sebagai ‘West Lake Garden’ di Eco Tropics. Pengerusi Eco World, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, pihaknya sangat berbangga dan teruja dengan pembangunan yang dijalankan dan pada masa sama turut menawarkan persekitaran lebih kondusif dan sejahtera untuk masyarakat setempat. “Sejumlah RM14.5 juta telah diperuntukan untuk membina taman berkenaan dan sudah menjadi matlamat kami dalam menjadikan kawasan taman tersebut sebagai tarikan serta kebanggaan bagi penduduk Pasir Gudang khususnya. “West Lake Garden kini merupakan salah satu taman terbesar di Negeri Johor dan mempunyai tasik indah yang turut dilengkapi dengan kemudahan gazebo, taman-taman, pusat
gimnasium dan taman permainan,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran taman berkenaan di sini pada 15 Januari baru-baru ini. West Lake Garden berkeluasan 13.355 hektar dengan tasik sebesar 7.487 hektar yang dibangunkan oleh Eco World Development Group Berhad. Lebih menarik, taman rekreasi itu mempunyai reka bentuk pintar di mana turut disediakan kawasan untuk tadahan air hujan yang akan dikumpulkan dan kemudiannya digunakan semula untuk kesejahteraan serta penjagaan di kawasan landskap taman tersebut. Majlis perasmian West Lake Garden telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Galeri Eco World @ Eco Tropics. Yang turut hadir ialah, Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Abd Latif Bandi dan Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang.
PEMBENTUKAN PBT PENGERANG SATU DETIK BERSEJARAH BUAT WARGANYA - AZALINA PENGERANG – Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said menyifatkan kewujudan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang sebagai satu detik sejarah yang sangat bermakna buat seluruh warganya. Menurut beliau, dengan adanya PBT Pengerang, pembangunan masyarakat di situ akan lebih tersusun dan sejahtera. “Pembangunan yang begitu pesat di Pengerang memerlukan satu badan khusus untuk mentadbir urus Parlimen ini, lebih-lebih lagi apabila Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) yang diumumkan Perdana Menteri menjadi tumpuan ramai pelabur asing dan membuka mata ramai pihak untuk mengintai ruang dan peluang di situ,” katanya dalam satu kenyataan media selepas majlis pelancaran PBT Pengerang di sini pada 16 Januari baru-baru ini.
Justeru, beliau berharap kewujudan PBT Pengerang yang telah diamanahkan kepada Johor Corporation untuk mengurus tadbirnya akan menyaksikan pembangunan di kawasan seluas 128,830 hektar itu akan menjadi lebih teratur dan lestari, selain memberi lebih banyak limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan. “Malah, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sendiri meletakkan harapan yang tinggi bahawa usaha ini akan melonjakkan Pengerang sebagai penyumbang ekonomi global di bawah pembangunan Timur Johor akan menjadi satu amanah besar kepada PBT Pengerang dan rakyat di sini untuk terus menyokong pembangunan dan Kerajaan Negeri,” tambahnya. Pengerang sebelum ini ditadbir urus oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Majlis Daerah Kota Tinggi.
BERITA 7
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
LAGI 1,518 UNIT RMMJ UNTUK TAHUN INI DI TEBRAU Walaupun di tempat-tempat lain berlaku peningkatan kos dan sebagainya, tetapi di Johor harga rumah mampu milik kekal pada harga RM150,000, manakala rumah kos rendah dan sederhana rendah PKJ A pada harga RM42,000 dan PKJ B RM80,000 JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,518 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) lagi akan dibina di kawasan Parlimen Tebrau pada tahun ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci RMMJ di Taman Daya, di sini, pada 15 Januari baru-baru ini. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani. Menurut beliau, ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memberi perhatian terhadap aspek kesejahteraan hidup rakyat menerusi pemilikan rumah terutama kepada golongan berpendapatan rendah. “Rumah-rumah mampu milik dan juga kos rendah yang telah siap dibina sepanjang tahun 2016 di dalam kawasan Parlimen Tebrau kesemuanya berjumlah 1,408 unit dan untuk tahun ini, rumah mampu milik yang akan dibina di kawasan ini adalah sebanyak 1,518 unit lagi,” ujar beliau. Kata Mohamed Khaled, penyediaan rumah dan tempat perlindungan untuk rakyat menjadi penanda aras utama pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri dan juga negara. “Mana mungkin kita mampu berbangga sebagai sebuah negeri dan masyarakat maju sekiranya kita masih gagal menyediakan keperluan paling asas untuk
Mohamed Khaled menyerahkan replika kunci RMMJ kepada salah seorang penduduk Taman Daya.
rakyat. Maka sebab itulah saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri tetap teguh beriltizam dan bersemangat untuk terus berusaha menyediakan rumah mampu milik demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau. Tambah Mohamed Khaled, usaha itu juga dilakukan dengan mengambil ketetapan berasaskan kepada dua perkara utama.
“Pertama kita akan meneruskan dasar perumahan RMMJ. Walaupun ada saranan dan perubahan di negeri-negeri lain tetapi Johor tetap akan meneruskan dasar tersebut iaitu 40 peratus dalam setiap projek pembangunan. “Kedua, walaupun di tempat-tempat lain berlaku peningkatan kos dan sebagainya, tetapi di Johor harga rumah mampu milik kekal pada harga RM150,000,
manakala rumah kos rendah dan sederhana rendah PKJ A pada harga RM42,000 dan PKJ B RM80,000. “Harga ini akan terus kita kekalkan kerana komitmen dan iltizam Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat berpendapatan rendah dapat bersama-sama memiliki rumah,” katanya lagi. Sementara itu, dalam sidang media pada majlis yang sama, Mohamed Khaled menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan berusaha memastikan RMMJ tidak disewakan kepada pihak ketiga. Jelas beliau, perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah pemilikan rumah golongan yang memerlukan. “Kita mahu memastikan mereka yang memiliki rumah ini adalah mereka yang akan menduduki rumah tersebut dan bukannya disewakan. Jika disewakan, ini bermakna mereka bukan golongan yang memerlukan rumah, sedangkan kita mahu membantu golongan yang memerlukan rumah. Walaupun ia bukan mudah, tetapi kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya. Mengenai RMMJ Taman Daya pula, ia melibatkan sejumlah 246 unit RMMJ yang siap dibina iaitu 206 unit Rumah Teres ‘Courtyard’ RMMJ dua tingkat dan 40 unit rumah teres RMMJ dua tingkat. Rumah mampu milik yang dijual pada harga RM150,000 itu dengan keluasan 1080 kaki persegi dibangunkan oleh Keck Seng (M) Bhd. - LAGI CERITA DI MUKA 9
8 AKTIVITI SOSIAL
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
TANAM 3,144 POKOK KARAS DALAM PARLIMEN LEDANG CATAT REKOD BARU TEKS & FOTO OLEH KHAIRUN HANEFFA TANGKAK - Program penanaman 3,144 batang pokok Karas dalam Parlimen Ledang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) setelah berjaya mengatasi rekod sebelumnya yang pernah dicipta pada 2013. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, program penanaman pokok Karas atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis yang boleh mengeluarkan minyak gaharu di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasannya berjaya memadamkan rekod yang sebelum ini dicipta oleh Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd yang menanam 1,500 batang pokok yang sama di Dungun, Terengganu. Katanya lagi, daripada 3,144 batang pokok Karas yang ditanam secara besar-besaran itu, masing-masing 1,000 batang pokok ditanam di Bandar Baru Tangkak dalam DUN Tangkak dan di Kampung Pulau Penarik dalam DUN Serom. Menurutnya, sebanyak 1,144 batang pokok lagi telah ditanam di Kampung Parit Kassan dan Simpang 5 Darat dalam DUN Gambir melibatkan penduduk kampung dan badan bukan kerajaan (NGO). “Masyarakat di Parlimen Ledang dalam Daerah Tangkak berasa bangga malah ia menjadi satu sejarah apabila program penanaman 3,144 batang pokok Karas ini disahkan dan diiktiraf oleh MBR yang diumumkan oleh Pegawai Khasnya, Nurasyikin Ramli. “Penanaman pokok Karas ini dilaksanakan secara serentak berkonsepkan satu keluarga dalam kawasan DUN terbabit menanam satu atau dua pokok. Kita berharap setiap keluarga yang telah menanam pokok tersebut terus berusaha menjaga dan melindunginya supaya ia terus hidup subur dan membesar dengan baik,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir, di sini. Yang turut hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd
Razak Minhat dan ADUN Gambir, Datuk M Asojan; Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (FRIM); Datuk Borhanudin Arshad dan Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suhaimi Mamat; Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Ezahar Abu Sairin. Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, program itu bertujuan untuk menyahut saranan kementerian untuk melitupi sekurang-kurangnya 50 peratus bumi negara ini dengan penanaman pokok. Katanya, di peringkat kementerian, sebanyak enam juta pokok telah ditanam di seluruh negara sejak 2016 berbanding sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) sebenar iaitu lima juta pokok. “Walaupun telah melepasi KPI, kita masih melakukan penanaman pokok secara berterusan untuk sama-sama kita menjaga bumi Malaysia kerana aktiviti itu mampu menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar,” ujarnya. Hamim berkata, pokok Karas yang ditanam itu boleh menjadi teduhan kepada pengunjung taman rekreasi dan menambah nilai ekologi kawasan tersebut. Tambahnya, penanaman pokok itu adalah sebahagian daripada khazanah penting untuk kesejahteraan alam sekitar kerana ia memberikan perkhidmatan ekosistem seperti menghasilkan oksigen dan pengawalan iklim setempat. Pada majlis yang sama, Hamim turut melancarkan sebuah buku bertajuk ‘Gunung Ledang Malaysia: Flora Puncak Tertinggi Paling Selatan Asia’ yang mendokumentasikan keindahan flora Gunung Ledang yang merekodkan segala jenis tumbuhan yang terdapat di persekitarannya. Beliau turut melancarkan logo ‘Love Ledang Tangkak’ yang merupakan satu penjenamaan kekeluargaan dan logo identiti program Parlimen Ledang yang menerapkan semangat cintakan Ledang, Tangkak selain mendukung semangat Muafakat Johor yang dilancarkan oleh kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ir Dr Hamim Samuri (tengah) bersama peserta selepas menanam pokok karas yang ke 3,144 pada Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang di Laman Tiga Segi Komuniti Parit Kassan dekat Bukit Gambir, Tangkak.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ir Dr Hamim Samuri (tengah) dan tetamu merakamkan kenangan bersama sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records selepas perasmian Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir, Tangkak.
Kumpulan Wanita Parit Kassan menunjukkan flipcard penanaman pokok karas ke 3,144 pada Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir, Tangkak.
BERITA 9
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
MB UMUM LEBIH RM150 JUTA PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN KLUANG TAHUN INI yak RM8 juta akan dilakukan pada tahun ini dan apabila ia selesai, rancangan untuk pembinaan RMMJ pula akan mula dilaksanakan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Untuk sektor pendidikan pula, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM12 juta bagi membina dua buah sekolah agama di Taman Tamadun Islam dan Taman Delima, selain meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 lagi bagi membaik pulih Sekolah Agama Kampung Tengah dan Sekolah Agama Gunung Lambak.
Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin (tengah berbaju putih) bersama Md. Jais Sarday (baju biru) ketika melakukan tinjauan di salah satu kawasan di Parlimen Kluang.
KLUANG – Parlimen Kluang bakal menyaksikan pelaksanaan beberapa projek pada tahun ini yang akan menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan tersebut. Khabar gembira itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam lawatan rasmi ke Parlimen Kluang pada 17 Januari baru-baru ini. Pelaksanaan projek-projek itu bakal melibatkan peruntukan lebih RM150 juta. Parlimen Kluang merupakan lokasi ketiga lawatan kerja Kerajaan Negeri pada tahun ini selepas Johor Bahru dan Kulai. “Keputusan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang akan dapat menyelesaikan masalah yang selama ini dihadapi oleh para penduduk dan saya berharap kesemua ini akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kita semua,” kata beliau. Menurut beliau lagi, projek-projek tersebut termasuklah pembinaan loji rawatan air den-
gan peruntukan sebanyak RM100 juta yang akan menyelesaikan masalah bekalan air. “Kita tahu Kerajaan Pusat telahpun dalam proses untuk menyiap dan membina Empangan Kahang dan apabila empangan itu siap, ia tidak bermakna masalah air akan dapat diselesaikan. Kita perlu sediakan loji rawatan air kerana tanpa loji ia tidak dapat membekalkan air yang dirawat kepada para penduduk. “Oleh itu, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan tapak untuk membina loji tersebut dan usaha untuk membina loji itu akan dimulakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM100 juta oleh Kerajaan Pusat,” katanya. Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Datuk Md. Jais Sarday; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Hasni Mohammad. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamed. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju untuk membina bangunan Pejabat Daerah Kluang yang baharu dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun ini dengan kos sebanyak RM35 juta. Sebagai usaha untuk terus memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan penyediaan lebih banyak rumah mampu milik, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk mengambil alih beberapa tanah di kawasan seperti Jalan Niyor, Kampung Sembrong dan Kampung Paya bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Menurut Mohamed Khaled, proses pengambilan tanah tersebut dengan peruntukan seban-
Lain-lain kelulusan yang diumumkan ialah; > Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Taman Murni dan Taman Melodi dengan peruntukan sebanyak RM3 juta melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri bagi mengatasi masalah banjir. > Peruntukan sebanyak RM800,000 bagi menaik taraf parit Kampung Paya, Kampung Melayu Mardi (RM800,000) dan cadangan mengukuhkan tebing Sungai Melantai (RM200,000). > Membaik pulih dewan orang ramai di Kampung Tengah dan menaik taraf dewan orang ramai di Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, dengan peruntukan masing-masing RM300,000. > Pembinaan dewan terbuka di Taman Kluang Barat dengan kos RM500,000, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM250,000 dan selebihnya akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kluang. > Pembinaan Masjid Taman Sri Kluang dengan kos sebanyak RM5 juta, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM2 juta serta sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak RM2 juta lagi.
> Kerajaan Pusat meluluskan pembinaan Masjid Taman Delima dengan peruntukan sebanyak RM2.1 juta dan selebihnya iaitu RM1 juta akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri. > Membaik pulih Masjid Kampung Bentong dan Masjid Ar-Rasyiddin di Ladang Bukit Benut juga akan dilaksanakan dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM100,000 serta pembinaan Surau Al-Kahfi dan Surau Ar-Raudah di Taman Sri Impian dengan peruntukan masing-masing RM300,000. > Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengambil milik tanah ladang Revertex Kluang dengan kos sebanyak RM2.86 juta bagi mengatasi masalah penempatan semula 100 lot masyarakat Cina di Kampung Dato’ Abd Rahman Yassin. > Peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan semula Tokong Koh Chin Jin di Jalan Haji Manan turut diluluskan. > Bagi masyarakat kaum India, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan Rumah Berhala Sri Vel Murugan Allayam yang akan dijadikan sebagai pusat kebudayaan masyarakat India. > Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi projek merekabentuk dan membina balai raya dan gerai kabin di Kampung Paya serta pembinaan gerai ekonomi dan pusat pengumpulan produk Indusri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan peruntukan sebanyak RM150,000. > Pembinaan Xtreme Park di Jalan Besar dengan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000. > Pembinaan sebuah Klinik Waqaf An-Nur dan Pusat Dialisis oleh Johor Corporation yang akan mula dilaksanakan pada Jun tahun ini dengan kos lebih RM762,000.
KERAJAAN NEGERI SERAH KUNCI KEPADA 246 PEMILIK RMMJ TAMAN DAYA OLEH NUR SAKINAH ROSHAN JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri telah berjaya menyiap dan menyerahkan kunci kepada 246 pemilik Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Daya dekat sini pada 15 Januari lalu. Daripada jumlah itu, 206 unit merupakan rumah teres courtyard dua tingkat dan 40 unit lagi rumah teres dua tingkat. Rumah mampu milik ini dijual pada harga RM150,000 dan dimajukan oleh Keck Seng (M) Bhd. Salah seorang yang menerima kunci RMMJ, Lizawati Mat Desa,
29, berkata, dia berasa gembira kerana telah memiliki rumah pertama yang diidam-idamkannya selama ini dalam usia muda. “Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mejadikan impian untuk memiliki rumah ini menjadi kenyataan dengan harga yang mampu kami beli,” katanya kepada Jauhar. Menurut Nurul Amira Azali, 25, proses untuk memilikii RMMJ adalah sangat cepat, tidak memakan masa dan mudah. “Proses permohonan cuma
memakan masa dalam tiga bulan dan prosedurnya sangat mudah untuk orang yang pertama kali hendak memohon dan membeli rumah seperti saya ini, “ ujarnya. Bagi Lian Zheng Kang, 25, lokasi RMMJ di sini sangat strategik kerana rumah ini terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru yang memudahkan urusan seharian dirinya. “Saya memilih kawasan ini kerana hampir dengan rumah ibu bapa saya dan mengambil masa yang singkat untuk ke tempat kerja serta berdekatan dengan kemudahan lain seperti bank dan pasar raya,” ujar Zhen Kang.
Rumah Mampu Milik Johor Taman Daya.
10 FOKUS
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
MISI KAMI LAHIRKAN PASUKAN SUKARELAWAN YANG KOMITED DARI KALANGAN ANAK JOHOR MUKADIMAH: PERSATUAN IHSAN JOHOR atau Ihsan Johor Relief adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dibentuk pada 31 Mei tahun lalu hasil ‘cetusan idea’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sendiri. Tujuan utama penubuhan IHSAN JOHOR ini adalah bagi melahirkan lebih ramai sukarelawan yang menghayati dan memahami semangat ‘MUAFAKAT’ sebenar dalam menjayakan ‘Gagasan Johor Berkemajuan’. Ikuti Temubual Wartawan JAUHAR, AFANDY YUSOF bersama Presiden Ihsan Johor, Suhaimi Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Yazrine Shahab.
Suhaimi Salleh.
OLEH AFANDY YUSOF JAUHAR: BOLEH CERITAKAN SEDIKIT DI SEBALIK PENUBUHAN PERTUBUHAN IHSAN JOHOR INI DAN BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA UNTUK MENUBUHKAN IHSAN JOHOR? IHSAN JOHOR: Tujuan utama penubuhan Ihsan Johor adalah untuk membantu rakyat Johor dan masyarakat dengan kerja-kerja amal dan pada masa yang sama juga kami sedang berusaha untuk membentuk satu pasukan sukarelawan yang berkualiti di kalangan warga Johor serta menanam semangat bertanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan perhatian, bantuan dan sebagainya agar semangat ini terus segar di hati bangsa Johor. Ihsan Johor adalah cetusan idea daripada Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sendiri dan fokus beliau amat jelas iaitu membina, memupuk serta menjadikan rakyat Johor sentiasa mempunyai semangat ‘kepedulian dan muafakat’ sesama sendiri.
JAUHAR: DENGAN MEMBENTUK RAMAI SUKARELAWAN DALAM IHSAN JOHOR...? IHSAN JOHOR: Tujuan Ihsan Johor adalah jelas iaitu membina satu masyarakat yang prihatin kepada mereka yang tidak bernasib baik atau susah. Kami ingin membina satu kelompok masyarakat yang mempunyai semangat ‘MUAFAKAT’ iaitu sesuatu ke arah kebaikan atau bantuan itu digerakkan oleh masyarakat itu sendiri dan ada semangat ingin membantu dengan menyumbangkan tenaga, wang ringgit, idea serta kemahiran yang ada agar timbul rasa puas di hati masyarakat apabila dapat membantu mereka yang dalam keadaan tidak sepatutnya. Budaya ini akan terus berkembang di hati masyarakat terutamanya bangsa Johor tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Nilai murni ini akan membina satu bangsa yang maju sesuai dengan slogan ‘Gagasan Johor Berkemajuan’, bukan sekadar maju dari segi ekonomi dan prasarana semata-mata tetapi juga berkemajuan dalam pe-
mikiran. JAUHAR: BAGAIMANAKAH IHSAN JOHOR MAMPU MEREALISASIKAN IMPIAN DENGAN MENJADIKAN RAKYAT JOHOR MEMPUNYAI SEMANGAT ‘KEPEDULIAN’ DAN TURUT SAMA MEMBANTU SEBAGAI PENYUMBANG ATAU PUN SEBAGAI SUKARELAWAN? IHSAN JOHOR: Dengan kerja-kerja amal yang kami laksanakan tanpa mengira siapa atau di mana serta kesungguhan sukarelawan membantu mereka yang benar-benar memerlukan akan membuka mata semua pihak. Ihsan Johor bukan pertubuhan yang berteraskan keuntungan atau perniagaan tetapi mencari ‘dana sumbangan’ sendiri bagi membantu orang lain. Kerja amal yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan ini pastinya akan mendapat tempat di hati masyarakat dan di hati syarikat korporat lain untuk turut sama menyumbang demi kelangsungan masa depan masyarakat yang kurang bernasib baik. Se-
bagai contoh, apabila masyarakat ada semangat untuk membantu dan di dalam satu daerah terdapat sebuah keluarga yang susah secara automatik akan ada tindakan dari masyarakat untuk membina satu kumpulan bagi membantu keluarga tersebut dengan cara yang difikirkan terbaik, mungkin melalui sumbangan, gotong-royong dan sebagainya dan inilah budaya yang cuba kita terapkan kepada masyarakat keseluruhannya. Kerajaan negeri bertindak sebagai pelengkap sahaja kerana peranan besar telah dimainkan oleh rakyat terbanyak. JAUHAR: IHSAN JOHOR TELAH MEMBINA DUA BUAH RUMAH UNTUK GOLONGAN SASAR IAITU DI SIMPANG RENGGAM DAN KAMPUNG PERMAS KELAPA DALAM DUN KUKUP. APAKAH SASARAN IHSAN JOHOR? IHSAN JOHOR: Ihsan Johor ditubuhkan bagi mengenalpasti dan membantu rakyat Johor yang benar-benar perlu dibantu dalam kadar segera terutama melibat-
kan tempat perlindungan iaitu rumah dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan agar dapat memberikan mereka suatu nafas, semangat dan cahaya untuk meneruskan kehidupan. JAUHAR: KENAPA IHSAN JOHOR MENONJOLKAN TERLALU RAMAI SUKARELAWAN-SUKARELAWAN DARI LUAR NEGERI JOHOR UNTUK PROGRAM PERTAMA DAN KEDUA IAITU MEMBINA RUMAH YANG PALING CEPAT SIAP MENGAMBIL MASA SELAMA TIGA HARI SAHAJA. APAKAH IHSAN JOHOR MEMANG BERHASRAT MENGGUNAKAN KHIDMAT SUKARELAWAN DARI LUAR JOHOR ATAU ADA SEBAB LAIN? IHSAN JOHOR: Adalah menjadi sasaran kami untuk mendapatkan seramai mungkin sukarelawan yang berdaftar dengan kami untuk mereka memahami konsep sebenar seorang sukarelawan kerana Ihsan Johor ingin mengajak masyarakat menghayati maksud sebenar ‘MUAFAKAT’ yang dibawa oleh Menteri Besar dalam
FOKUS 11
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
usaha mencapai ‘Gagasan Johor Berkemajuan’. Sukarelawan ini adalah sebagai satu platform bagi menjayakan peranan kami sebagai satu ‘badan amal’ tanpa mengharapkan imbuhan malahan memberikan kepelbagaian kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan. Sukarelawan-sukarelawan yang bersama Ihsan Johor dalam dua program pembinaan rumah di Simpang Renggam dan Kampong Permas Kelapa, Kukup adalah gabungan dua badan bukan kerajaan (NGO) dan Epic Homes, sebuah pertubuhan bukan berkeuntungan yang bertapak di Selangor. Mereka juga mempunyai objektif yang sama dan telah berkerjasama dengan kami dalam membina rumah untuk mereka yang telah dipilih oleh Ihsan Johor. Sukarelawan Epic Homes mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini kerana mereka terlebih dahulu melakukan kerja-kerja amal dan menyalurkan bantuan kemanusiaan serta bergerak secara aktif ke seluruh negara apabila diperlukan. Pada masa yang sama, sukarelawan Ihsan Johor dapat mempelajari banyak perkara dari Epic Homes termasuk cara membentuk pasukan sukarelawan yang tulen. Ini membuka peluang kepada sukarelawan baru untuk mengenali, mempelajari, memahami secara lebih dekat soal-soal kerja kesukarelawan. Kami juga memberikan latihan, taklimat serta pemahaman kepada sukarelawan dan pusat latihan untuk sukarelawan kami. JAUHAR: APAKAH IHSAN JOHOR MAMPU BERGERAK JAUH DAN BERTAHAN SEBAGAI SATU BADAN YANG MAMPU MELAKSANAKAN KERJA AMAL HANYA DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT SUKARELAWAN DAN BAGAIMANA IHSAN JOHOR MENJANA PENDAPATAN BAGI MELAKUKAN KERJA AMAL INI TERUTAMA DALAM PEMBINAAN RUMAH PERCUMA KEPADA RAKYAT JOHOR YANG TERPILIH SERTA LAYAK? IHSAN JOHOR: Kami mensasarkan untuk terus aktif dan berkembang dengan menambahkan sukarelawan-sukarelawan di semua daerah dan memberikan mereka latihan serta kefahaman tentang maksud sebenar semangat kesukarelawan seperti EPIC HOMES yang kebanyakan sukarelawan mereka adalah dari golongan profesional dan mempunyai pekerjaan tetap serta pendapatan yang tinggi malahan sukarelawan mereka bukan sahaja membantu dengan tenaga tetapi turut memberikan sumbangan bagi kerja amal
yang mereka lakukan. Ihsan Johor pada dasarnya dibantu oleh Kerajaan Negeri bagi permulaan kerja amal tetapi kami mempunyai perancangan untuk mendapatkan dana sendiri melalui sumbangan orang perseorangan, masyarakat, persatuan atau syarikat swasta yang mempunyai keprihatinan untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi merealisasikan impian kami dalam membentuk masyarakat yang ‘MUAFAKAT’ serta sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kami yakin dengan perancangan yang sistematik, pertubuhan ini akan terus berkembang dan menjadi salah satu pertubuhan yang kukuh serta dikenali sebagai satu badan amal yang terus relevan dan dinamik untuk generasi akan datang malah terus dikenali sebagai pertubuhan yang benar-benar dekat dihati bangsa Johor. JAUHAR: SELAIN MEMBINA RUMAH PERCUMA KEPADA MEREKA YANG LAYAK APAKAH ADA KERJA AMAL LAIN YANG MENJADI FOKUS UTAMA IHSAN JOHOR? IHSAN JOHOR: Kami juga akan mensasarkan kepada baik pulih rumah yang usang, pembersihan dalaman rumah, mengecat serta pembersihan persekitaran rumah mereka yang dikenal pasti sebagai ‘wajib’ dibantu serta disegerakan. Kami bukan sekadar melakukan kerja amal dengan membina rumah tetapi turut melakukan kerja amal yang lain seperti menyampaikan bantuan makanan, pakaian, peralatan dan segala yang difikirkan perlu dan menjadi keperluan masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang selesa atau lebih baik dari apa yang sedang mereka lalui sekarang. Ihsan Johor ingin memberikan satu harapan kepada mereka yang disasarkan agar mereka tahu dan sedar bahawa mereka tidak pernah keseorangan dalam melalui ujian kehidupan. JAUHAR: BERAPAKAH SASARAN RUMAH BARU YANG AKAN DIBINA DAN YANG DISASARKAN OLEH IHSAN JOHOR DALAM TEMPOH TERDEKAT INI DAN BAGAIMANA IHSAN JOHOR MENILAI KELAYAKAN PENERIMA RUMAH ‘SEGERA’ SECARA PERCUMA INI? IHSAN JOHOR: Kami mensasarkan lapan buah rumah lagi untuk dibina dan kami telah mengenal pasti enam buah keluarga yang layak untuk menerima bantuan rumah ‘segera’ dan percuma yang dimaksudkan ini. Ihsan Johor melalui beberapa agensi, penghulu, ketua kampung, masyarakat dan kakitangan melakukan
siasatan terperinci ke atas calon-calon yang bakal menerima bantuan kami ini. Setelah melalui beberapa proses penilaian dan kesahihan serta memenuhi kriteria maka keputusan akan dibuat dan keluarga yang terpilih akan dimaklumkan sebelum kerja pembinaan rumah baru ini dimulakan. JAUHAR: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEREKA YANG BERMINAT MENJADI SUKARELAWAN IHSAN JOHOR MENDAFTAR DAN BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEREKA YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA IHSAN JOHOR SERTA BEBERAPA PERKARA YANG MASYARAKAT INGINKAN MAKLUMAT TENTANG IHSAN JOHOR? IHSAN JOHOR: Kami sedar kami masih baru namun bagi mereka yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin menyalurkan bantuan sumbangan serta beberapa kemusykilan atau apa juga pertanyaan mengenai Ihsan Johor boleh terus melayari www.ihsanjohor.org.my atau e-mel ke
[email protected]. Kami sentiasa mengalu-alukan penyertaan sukarelawan baru dan juga mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan daripada mana-mana pihak. Setiap sumbangan akan dicatatkan dan dimasukkan ke dalam data untuk dimaklumkan tentang perbelanjaan dan ke mana sumbangan itu dibelanjakan. JAUHAR: APAKAH HARAPAN IHSAN JOHOR KEPADA BANGSA JOHOR AMNYA MENGENAI KERJA AMAL INI TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN KESEPAKATAN DALAM MEMBANTU MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK? IHSAN JOHOR: Kami adalah pertubuhan yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana bidang perniagaan mahu pun keuntungan. Ihsan Johor hanyalah satu badan amal yang melakukan kebajikan secara percuma tanpa mengharapkan imbuhan. Segala sumbangan bukanlah untuk kami tetapi sumbangan itu untuk dikembalikan kepada masyarakat yang sangat-sangat memerlukan bantuan. Mereka yang memberikan apa juga sumbangan semestinya akan berasa puas kerana mereka telah membantu meringankan bebanan orang lain. Sumbangan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit kerana sumbangan itu adalah kepelbagaian dan tidak tertumpu hanya kepada satu perkara. Ihsan Johor amat mengharapkan pembaca akhbar JAUHAR dapat memahami dan menghadam maksud serta harapan kami.
Syed Yazrine.
Penyerahan kunci rumah Ihsan Johor.
12 PENDIDIKAN
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
UTM METERAI PERJANJIAN DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG BANGUNKAN TAMAN KOMUNITI LESTARI Hasrin Kamal Hashim (dua dari kiri) bersama Prof Dr Roslan Amirudin menunjukkan dokumen Memorandum Perjanjian di antara MPPG dan UTM sambil diperhatikan Zanariah Kadir dan Prof Dr Hasanudd.
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD PASIR GUDANG - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) berganding bahu secara rasmi menerusi satu Memorandum Perjanjian (MoA) yang menyaksikan kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam membantu menyediakan reka bentuk landskap dan prasarana terbaik untuk masyarakat. Kerjasama yang termaktub dalam perjanjian tersebut merupakan projek berkaitan pembangunan taman-taman komuniti (Taman Komuniti Lestari) di kawasan perumahan di wilayah pentadbiran MPPG. Dekan Fakulti Alam Bina UTM, Profesor Dr. Roslan Amirudin berkata, ini merupakan komitmen pihak mereka untuk memanfaatkan ilmu dan kema-
hiran yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat. “Sebelum ini, kita memang telah jalankan kerjasama dengan MPPG cuma ini kali pertama dilakukan secara rasmi dan diwujudkan bagi berkongsi kepakaran Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina UTM dengan pihak Jabatan Landskap MPPG untuk membangunkan Taman Komuniti Lestari. “Permuafakatan membangunkan beberapa Taman Komuniti Lestari di sekitar kawasan Pasir Gudang bukan sahaja dihasilkan melalui rekabentuk yang mampan, kreatif dan inovatif tetapi juga mengambil kira pelbagai aspek persekitaran. “Ini penting agar taman yang dibangunkan dapat memenuhi aspirasi, keperluan dan cita rasa komuniti setempat disamping
dapat memberi keselesaan selain dapat menjalani kehidupan harmoni,” jelasnya sambil menambah setiap proses pembangunan taman komuniti akan berjalan mengikut beberapa fasa pembinaan yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara MPPG dengan UTM pada 5 Januari lalu di Menara Aqabah. Dalam pada itu, melalui perjanjian yang telah dimeterai itu, secara tidak langsung telah membuka peluang kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian ilmu pada masa hadapan. “Apa yang dapat kita lihat adalah apabila para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan aspek pengetahuan, kemahiran generik (berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan
masalah) serta pengalaman baharu. “UTM juga mengambil pendekatan mengintegrasikan projek melibatkan sama komuniti dengan aktiviti penyelidikan melalui pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 (Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baharu),” tambahnya lagi. Roslan berkata, MoA yang dimeterai itu adalah untuk tempoh tiga tahun dan semua pelajar dari semester awal hingga akhir Fakulti Alam Bina akan turut terlibat. Yang Dipertua MPPG, Hasrin Kamal Hashim pula berkata, kerjasama itu akan memberi ruang kepada golongan akademik dan profesional melihat sendiri cabaran memenuhi keperluan serta kehendak komuniti dalam menyediakan pembangunan yang mampan.
“Sehingga kini, maklumbalas yang kita terima daripada masyarakat amat baik yang mana mereka juga dididik dalam menjaga persekitaran agar sentiasa bersih selain mewujudkan rasa kepunyaan kepada komuniti sekaligus mengurangkan vandalisme,” kata beliau. Pada tahun 2015, UTM telah terlibat dalam pembangunan Kawasan Lapang Flat Taman Mawar, Pasir Gudang dan persekitaran Flat Taman Plentong Utama Johor Bahru dalam usaha menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan contoh kepada pembangunan persekitaran lestari. Objektif itu tercapai apabila kawasan berkenaan menjadi persekitaran kejiranan yang berkualiti dan kondusif serta berjaya meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.
Musa Hitam (enam dari kiri) menyerahkan dokumen hak milik sementara Sekolah Tinggi Foon Yew kepada Tong Sing Chuan dan diperhatikan oleh Tee Siew Kiong (tujuh dari kiri).
KAMPUS BARU SEKOLAH TINGGI FOON YEW DI BANDAR SERI ALAM OLEH NUR SAKINAH ROSHAN JOHOR BAHRU - Syarikat gergasi sektor pembangunan hartanah, United Malayan Land (UMLand) Bhd telah menyerahkan geran hak milik tanah kepada Sekolah Tinggi Foon Yew, yang terletak di hub pendidikan Bandar Seri Alam dekat sini. Penyerahan geran hak milik tanah itu disaksikan oleh Pengerusi UMLand Bhd, Tun Musa Hitam bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Tee Siew
Kiong pada 6 Januari lalu di Galeri UMLand Medini Lakeside, Iskandar Puteri. Projek ini adalah komitmen UMLand terhadap kelestarian hub pendidikan di Negeri Johor. Menurut Timbalan Pengerusi Eksekutif UMLand, Dato’ Ng Eng Tee, kawasan pembangunan sekolah ini yang berkeluasan 23.24 ekar terletak di tengah-tengah Bandar Seri Alam, yang juga dikenali sebagai hub pendidikan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). “UMLand Bhd memilih bandar ini kera-
na kawasan ini lengkap dengan intergrasi pembangunan bandar seluas 3,800 ekar dan juga berhampiran dengan institusi pendidikan yang terkemuka lain seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta beberapa lagi”, katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Sekolah Tinggi Foon Yew dan Perasmian Galeri Medini Lakeside. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Tinggi Foon Yew, Tong Sing Chuan berkata, dengan kolaborasi bersama UMLand Bhd, pembinaan
sekolah ini bakal menjadi salah satu projek pembangunan pendidikan terbaik di Bandar Seri Alam. Tanah untuk pembinaan sekolah tersebut adalah hasil sumbangan daripada UMLand Bhd yang juga pemaju Bandar Seri Alam dengan nilai pasaran konservatif dianggarkan lebih daripada RM50 juta. Bangunan baru itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2020 dan kampus baru Sekolah Tinggi Foon Yew mampu menampung jumlah pelajar melebihi 15,000 orang nanti.
AGAMA 13
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
SAKJ BAKAL CECAH USIA 100 TAHUN MENJELANG 2018 Pendidikan agama adalah identiti penting dalam sejarah Negeri Johor dan ia menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk mengukuh dan memajukan kualiti pendidikan agama di negeri ini
Mohamed Khaled beramah mesra dengan murid-murid Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang.
PASIR GUDANG – Sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang akan berusia 100 tahun menjelang 2018 akan terus diperkukuhkan sebagai sistem pelengkap yang akan memperkasa potensi insan di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika menegaskan demikian berkata, ini kerana SAKJ merupakan antara sistem pendidikan agama moden yang paling lama dan tersusun di rantau ini. “SAKJ adalah sistem pendidikan yang menyediakan pengetahuan asas agama atau perkara-perkara yang bersifat fardhu ‘ain yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar Islam. “Ia akan berusia 100 tahun menjelang tahun 2018 dan akan menjadi sebahagian daripada identiti, warisan dan kebanggaan masyarakat Johor,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Sekolah Agama Taman Scientex, dekat sini, pada 15 Januari
baru-baru ini. Tambah beliau, usaha Kerajaan Negeri meletakkan pendidikan agama pada kedudukan tertinggi adalah disebabkan beberapa perkara yang jelas dan kukuh. Pertama, untuk menjadi bangsa dan negeri terbaik, Johor mesti dihuni oleh masyarakat terbaik. “Dengan ilmu, manusia membina tamadun, menjelajah setiap ceruk rantau bumi sehinggalah meneroka angkasa lepas. Dengan ilmu juga, manusia mampu melakukan apa jua yang dicita-citakannya,” kata beliau. Kedua, pendidikan agama adalah identiti penting dalam sejarah Negeri Johor dan ia menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk mengukuh dan memajukan kualiti pendidikan agama. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri, tegas Mohamed Khaled akan terus memberi keutamaan terhadap agenda pendidikan agama dan ia tidak akan sekali-kali dikompromi.
Mohamed Khaled menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada salah seorang murid Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang. Di kiri beliau ialah Abd Mutalip Abd Rahim.
“Kehadiran saya memberi peluang untuk mengulangi pendirian dan komitmen Kerajaan Negeri bahawa dalam keadaan apa sekali pun, terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ini, agenda kebajikan dan pendidikan adalah satu-satunya perkara tidak pernah dan tidak akan sesekali dikompromi atau dikurangkan peruntukkannya. Ini pendirian Kerajaan Negeri terutamanya dalam soal pendidikan agama. “Kerana kita berpendirian bahawa biar apa pun kedudukan dan keadaan ekonomi negara kita dan Negeri Johor ini, kesemua itu tidak akan pernah boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan aspek pendidikan agama tergugat dan tergadai. Pendidikan agama adalah sesuatu yang mesti kita utamakan dan pertahankan,” tegas Mohamed Khaled. Ujar beliau lagi, pendidikan formal dan pendidikan agama bukan satu pilihan dan perkara
yang boleh dikorbankan. Malah, apabila status sosial dan kedudukan kewangan atau apa sahaja alasan lain yang boleh menjadi penyebab kepada pendidikan generasi muda terganggu, ia adalah satu tragedi yang besar dalam masyarakat. Tambah beliau, keciciran dan pengabaikan pendidikan adalah satu tragedi sosial yang mesti dielakkan, kerana tragedi itu jauh lebih besar dan mengerikan daripada tragedi bencana alam atau musibah lain dalam masyarakat. “Kalau kita ditimpa bencana alam, kita boleh membina semula bangunan yang roboh, membaiki kembali prasarana yang rosak. Kita boleh membeli baharu segala keperluan. Kita boleh merawat semula mereka yang sakit dan tercedera. “Namun, jika masyarakat kita dipenuhi oleh mereka yang terpesong akidahnya, yang bobrok akhlaknya, yang tidak telus, tidak beretika dan menolak kehidupan
Mohamed Khaled dan Abd Mutalip Abd Rahim bersarapan bersama murid-murid Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang.
beragama, maka ia adalah sesuatu yang jauh lebih sukar untuk dibina semula dan jauh lebih sukar untuk kita pulih dan rawatkan,” katanya. Mohamed Khaled turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2017 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Sebanyak RM14.9 juta daripada sumber wang zakat akan diagihkan sebagai bantuan awal persekolahan pada tahun ini kepada pelajar kurang berkemampuan dan juga sumbangan Badan Kebajikan SAKJ. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Md Rofiki A. Shamsudin; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Normala Abdul Samad.
14 BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
RENGIT MAHU JADI MODEL PELAN REJUVENASI DESA
Ayub Jamil ketika Program Muafakat Ziarah Rengit.
“BUKAN untuk menjadikan ia sebagai sebuah bandar yang besar, tetapi cukuplah sebagai pekan yang bersih, tersusun dan menarik,” demikian matlamat yang dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil. Matlamat itu sebagai menyahut hasrat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin terhadap Pelan Rejuvenasi Desa Johor yang bakal menjadikan kawasan luar bandar sebagai aset ekonomi yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Rengit merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Batu Pahat yang kini sedang membangun. Penduduk di Rengit adalah sekitar 38,000 orang, majoritinya adalah masyarakat Melayu iaitu 82 peratus, Cina (18%) dan India sekitar lima orang. Menurut Ayub, perancangan untuk membangunkan Rengit seperti yang dihasratkan adalah sehingga ia mampu menjadi model atau pekan contoh kepada kawasan yang lain. “Pendekatan saya mudah dan senang. Pertama kita perlu fokus, kedua perlu mempunyai perancangan yang realistik dan pendekatan yang praktikal. “Saya tidak akan buat Rengit sebagai sebuah bandar besar tetapi saya buat yang realistik,
yang benar-benar kita boleh laksanakan dan akhirnya memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya kepada Jauhar. Beliau telah mula menggerakkan usaha itu bersama-sama masyarakat setempat dengan memperkenalkan tema ‘Rengit Indah dan Ceria’ dan yang terbaharu program Desaku Indah. “Apa yang dihasratkan oleh Menteri Besar, sama seperti apa yang kami cita-citakan. Sebab itu, saya perkenalkan program Desaku Indah dan melalui program itu pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, menanam pokok dan sebagainya. “Malah, terdapat dua kampung di Rengit yang telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan sebagai kampung terbaik iaitu Kampung Sungai Jambi dan Kampung Parit Tengah,” katanya. Tambah beliau, aktiviti penduduk Rengit yang bergantung kepada sektor perikanan, pertanian, ternakan dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga dilihat sebagai potensi yang boleh dikembangkan. Ini sekaligus dapat mewujudkan keseimbangan kemajuan kawasan desa, dengan hasil pemasaran produk tempatan yang akan menyumbang kepada
Program Selembar Kenangan Kendarat Rengit.
ekonomi kompetitif di kalangan penghuni desa. “Justeru, saya berharap menerusi Pelan Rejuvenasi Desa Johor, usaha menjadikan Rengit seperti yang dihasratkan dapat terus dilaksanakan, di samping gabungan sistem pengurusan pentadbiran yang baik,” tambahnya yang telah menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2004. Transformasi ‘Pekan Koboi’ Menurut Ayub, Rengit yang terdiri daripada 24 buah kampung tradisi, 79 buah kampung rangkaian dan 12 buah taman itu telah melalui proses transformasi sejak 12 tahun lalu. “Apabila diberi tanggungjawab sebagai ADUN Rengit pada tahun 2004, saya berazam untuk mengubah wajah pekan Rengit yang terkenal sebagai ‘pekan koboi’ suatu ketika dahulu. “Alhamdulillah dalam masa 12 tahun, masalah berkaitan infrastruktur dan prasarana hampir selesai termasuk menaik taraf jalan-jalan kampung. Kita juga mempunyai 84 buah surau dan 20 masjid. Semuanya telah siap dibina semula kecuali empat buah surau dan dua buah masjid. Rengit juga kini sudah memiliki kawasan kedai baharu. “Namun, sekarang ini perancangan saya ialah bagaimana untuk jadikan apa yang saya laku-
PROFIL YB AYUB JAMIL Tarikh lahir : 10 Jun 1959 ADUN 3 Penggal Sejak 2004 Tempat Lahir : Batu Pahat Nama Isteri : Hjh. Siti Khairunnisak Hj. Maarof Anak : 4 orang puteri PENGALAMAN • Ahli Dewan Undangan Negeri Johor 2004 sehingga kini • Timbalan Pengerusi BNBBC ADUN Johor • Pengerusi Jawatankuasa Audit Perbadanan Islam Johor • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor • Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat 1998-2004 • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan MPBP 2001-2004 • Pengurus Pembangunan Perniagaan Lankhorst Berhad Negeri Johor 1996-2002 • Pegawai FAMA Wilayah Selatan ( Bahagian Horikultur dan Florikultur ) 1993- 1996 • Pengurus Pusat Operasi Perniagaan FAMA Batu Pahat 1989-1993
kan ini selari dengan apa yang Menteri Besar buat dan saya melihat ia bertepatan dengan Pelan Rejuvenasi Desa Johor,” tambahnya. Mengulas lanjut mengenai matlamat yang ingin dilaksanakan, Ayub berkata ia adalah bagi memastikan kawasan desa atau kampung tidak jauh ketinggalan, selain merapatkan jurang pembangunan di bandar dan desa. Menurutnya lagi, kelestarian yang wujud di kawasan kampung turut akan menyumbang kepada pelbagai kesan positif termasuk sektor pelancongan seperti program DesaStay yang diperkenalkan sebagai produk pelancongan berpotensi. Ziarah Muafakat Rengit Sementara itu, bertanya mengenai program-program lain yang dilakukan bersama masyarakat setempat dalam usaha memajukan Rengit, Ayub berkata beliau sebelum ini memperkenalkan slogan ‘Sentiasa Bersama Anda’. Ia merupakan satu matlamat bahawa beliau akan sentiasa berada di kawasan untuk mengenal pasti sebarang permasalahan yang timbul dan mencari jalan penyelesaiannya. “Pendekatan awal yang saya ambil ini telah memberi kesan yang besar kepada penduduk.
Keyakinan ramai penduduk Rengit menguatkan keazaman saya untuk membantu membangunkan Rengit secara keseluruhan,” katanya. Menurut beliau lagi, pertemuan bersama rakyat adalah perkara yang paling utama bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam setiap kemajuan yang berlaku. Justeru, program Ziarah Muafakat Rengit yang diperkenalkan telah banyak membantu termasuk dalam mengeratkan hubungan permuafakatan dalam kalangan masyarakat. Menurut Ayub, menerusi program itu beliau menyasarkan untuk berkunjung ke setiap rumah penduduk di kawasan Rengit yang kini mencecah 6,000 buah rumah. “Setakat ini sebanyak 3,600 buah rumah yang saya telah kunjungi. Saya bukan datang ke rumah orang sakit atau majlis perkahwinan sahaja, tetapi saya datang ke semua rumah penduduk termasuk kaum Cina dan India,” katanya sambil menambah program tersebut telah dijalankan sejak 2010. Tambah beliau, menerusi program ziarah itu, beliau berpeluang untuk mendengar sendiri isi hati rakyat, aduan dan sebarang pandangan dan sekaligus dapat mempercepatkan tindakan susulan yang akan diambil.
• Pegawai FAMA Daerah Batu Pahat 1987-1989 • Pegawai FAMA Daerah Kecil Rengit 1982-1987 • Pegawai Kerani Jabatan Audit Negara 1980-1982 JAWATAN DALAM PARTI & LAIN-LAIN • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat 2008- 2013 • Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat 2001-2004 • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat 1993- 2001 • Bendahari Pemuda UMNO Negeri Johor 1998-2001 • AJK Biro Belia dan Sukan Pemuda UMNO Malaysia 1993-1995 • YDP. Persatuan PIBG Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Batu Pahat, Johor 2002 - 2004 • Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak Takraw Daerah Batu Pahat 2004-2008 • Pengerusi Penaja Persatuan Bola Sepak Takraw Daerah Batu Pahat 2004 sehingga kini • Pengerusi Surau Al-Huda Parit Bugis, Senggarang 1998 sehingga kini
FOKUS 15
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
MENGOPTIMUMKAN POTENSI PENGERANG PELANCARAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang baru-baru ini telah membuka lembaran sejarah yang baharu bagi Johor. Di bawah kelolaan Johor Corporation yang mempunyai rekod cemerlang lebih 30 tahun mengurus tadbir kawasan Pasir Gudang, saya percaya entiti yang sama mampu mempamerkan kecemerlangan yang sama untuk Pengerang. Ketika pelancarannya, saya tekankan tentang kepentingan semua pihak untuk terus memberi fokus dan perhatian berterusan kepada potensi besar dan masa depan sebenar kawasan tersebut. Amatlah rugi jika kita biarkan apa yang sedang berlaku di Pengerang hari ini terhenti dan terbatas pada tahap yang ada semata-mata. Saya tegaskan potensi besar Pengerang yang mesti dikembang dan dioptimumkan. Ini hanya akan dapat direalisasikan melalui peranan, komitmen dan fungsi semua pihak, bukan hanya terletak di bahu PBT sahaja.
MEMPOSISIKAN PENGERANG SEBAGAI KATALIS PEMBANGUNAN KORIDOR JOHOR TIMUR. Pengerang mesti menjadi permulaan untuk kita membangunkan wilayah timur Johor sebagai daerah ekonomi yang berkepentingan global dan menjadi kawasan pertumbuhan baharu untuk Johor dan Malaysia. Memposisikan Pengerang sebagai koridor ekonomi Johor timur akan mewujudkan keseimbangan pembangunan di Johor dan sekaligus mengelakkan berlakunya pembangunan yang tidak sekata.
Kawasan pesisiran timur Johor belum lagi dibangunkan secara besar-besaran dan saya amat yakin, banyak sekali manfaat ekonomi yang mampu dijana. Ia berpotensi besar kerana kedudukannya yang strategik sebagai wilayah paling hampir dengan Asia Timur, kawasan pembangunan ekonomi paling pesat di dunia. China, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun, jika dibandingkan dengan perairan Selat Melaka dan pantai Barat Semenanjung. Justeru, telah tiba masanya ‘status quo’ kedudukan strategik
timur Johor ini diperkasakan sepenuhnya. Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) menjadi titik permulaannya dan menjadi katalis untuk melonjakkan potensi ekonomi kawasan itu, dengan kemasukan projek ekonomi berskala besar, berimpak tinggi dan global ke kawasan itu. Kewujudannya meyakinkan kita bahawa pembangunan di negeri ini bukan sekadar tentang Johor Bahru atau Iskandar Puteri semata-mata. Darinya, terhasil pelbagai peluang bagi rakyat untuk menimba limpahan ekonomi serta pembangunan yang berlaku. Ia akan turut membuka peluang bagi lebih banyak lagi projek berskala global ke Johor, sekaligus meningkatkan limpahan manfaat buat rakyat. PENGERANG SEBAGAI SATU JENAMA GLOBAL UNTUK JOHOR. Pengerang sebagai hab tempatan dan serantau bagi industri pemprosesan minyak dan gas asli,
melonjakkannya sebagai satu lagi jenama global untuk Johor. Johor sudah mempunyai pelbagai kemudahan dan prasarana bertaraf dunia, khususnya dalam aspek logistik dan perkhidmatan pelabuhan. Pelabuhan-pelabuhan yang ada di Johor diiktiraf sebagai berstatus global. Justeru, kita harus memaksimakan segala kelebihan yang ada. Apatah lagi dengan hakikat bahawa Pengerang sudah lama wujud sebagai destinasi persinggahan para pedagang sejak berabad lama. Dari sebuah perkampungan nelayan, landskap kawasan itu berubah kepada sebuah destinasi pelayaran dan kini menjadi tumpuan aktiviti berasaskan minyak dan gas. Ciri-cirinya setanding dengan pelabuhan ternama dunia seperti Rotterdam di Belanda, yang menempuh laluan dan liku-liku yang sama. Tidak mustahil, Pengerang yang memiliki sifat yang sama, mampu menjadi lebih baik dari itu.
50 TAHUN PPJ ( BAHAGIAN KE - 2 ) OLEH MOHD KHATIM OTHMAN PPJ juga telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Johor untuk menubuh dan menggerakkan kelab-kelab penulis di sekolah menengah seluruh Johor bagi memupuk minat dan mengasah bakatbakat penulis remaja. Sekaligus sebagai pelapis kepada penulis-penulis sedia ada. Apa yang dapat kita lihat, kronologi kepimpinan PPJ sejak tahun 80an, telah mula dikuasai oleh para guru. Selepas Mohd Ropi Jais, kepimpinan PPJ telah dipertanggungjawabkan kepada Masud Abd. Rahman (1994-1996), juga seorang guru dan aktivis masyarakat yang aktif di Johor Bahru. Beliau lebih gemar kepada penulisan berbentuk pengkajian sejarah. Hampir seluruh kepulauan Riau telah dijejaki dan mengarahkan setiap ahli rombongan menulis sejarah setiap tempat yang dilawati. Ternyata mereka dapat mengesani hubungan yang amat mendalam antara Johor-Riau-Lingga sama ada secara kultural, emosi, psiko, serta hubungan darah dan kekeluargaan. Selain itu, Masud banyak menganjurkan kegiatan berbentuk sastera dan budaya, bengkel-bengkel penulis muda dan pernah menganggotai GAPENA sebagai ahli jawatankuasa. Selain mengkaji dan memelihara sejarah ketamadunan Melayu, Masud lebih berpandangan ke hadapan. Beliau tidak mahu suatu hari nanti PPJ melalui zaman kegelapan dalam perjuangannya memperkasakan bangsa dan memartabatkan Bahasa Melayu. Apatah lagi ketika itu Johor Bahru sudah mula membangun. Beliau mencadangkan dilantik seorang penasihat kepada PPJ agar segala kegiatan dan hala tuju PPJ sentiasa berada di landasannya. Beliau telah mencadangkan seorang tokoh muda yang amat berwibawa yang dilihat sentiasa memikirkan nasib bangsanya, iaitu Mohamed Khaled Nordin, yang ketika itu baru menyandang
jawatan Ahli Parlimen Johor Bahru. Berdasarkan ucapan-ucapan beliau, yang sentiasa ke arah membela dan memperkasakan nasib bahasa dan bangsa Melayu, maka pada mesyuarat agong PPJ tahun 1994, sebulat suara bersetuju melantik beliau sebagai Penasihat PPJ. Beliau terus memainkan peranan itu sehingga sekarang. Memandangkan komitmen yang berterusan antara PPJ ,YWJ dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor serta DBP Wilayah Selatan dalam berbagai-bagai kegiatan, bermula tahun 1995 kerajaan Johor telah bersetuju menambah geran peruntukan kepada PPJ sebanyak RM20,000 setahun. Seorang lagi tokoh persuratan dan aktivis masyarakat telah mengetuai PPJ menggantikan Masud Abd. Rahman, iaitu Shukur Ismail (1997-2002). Beliau merupakan bekas seorang guru dan juga bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Shahrir Abd. Samad, yang ketika itu merupakan seorang menteri kabinet. PPJ terus melahirkan karyawankaryawan berpotensi dalam berbagai genre antaranya, Gunawan Mahmod, Shapiai Muhamad Ramly, Shahrom Hussin, Ungku Mohd Zaman Tahir, Zaharah Nawawi, Amiruddin Mohd Ali Hanafiah, A.Hamid Jemain, Kassim Mahmood, Mohd Khairy Halmi, Mustafa Siraj, Nazim Mohd Subari, Rosnah Mohd Khalid dan ramai lagi. Sementara bengkel-bengkel penulisan, kursus kewartawanan dan perkampungan penulis muda sering diadakan di daerah-daerah negeri Johor. Selepas Shukur Ismail menghembuskan nafasnya, kepimpinan PPJ mula diterajui oleh golongan muda, Dr.Gunawan Mahmod (2003-2004) merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor ketika itu Datuk Abd. Ghani Othman. Namun baru setahun beliau menerajui PPJ, beliau telah dijemput oleh Yang Maha Esa, pergi buat selama-lamanya. Membujur lalu melintang patah, PPJ terus bergerak di bawah teraju Amirud-
din Md. Ali Hanafiah, seorang guru dan penggerak sastera dan budaya tanahair. Menjadi Ketua 1 PPJ dari 2005 hingga sekarang. Beliau juga merupakan Ketua 11 GAPENA, keadaan yang akan menjadikan PPJ lebih dipercayai dan mantap. Kegiatan-kegiatan PPJ lebih menyerlah apabila Penasihat PPJ Mohamed Khaled Nordin telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baru pada Mei 2013. Di dalam pembentangan bajet 2014 beliau telah menaikkan dana persatuan daripada RM20,000 kepada RM50,000 setahun. Program pertama yang beliau hadiri sebagai Menteri Besar Johor ialah Seminar Kebangsaan Persuratan Melayu Johor anjuran bersama PPJ, YWJ, UTM dan DBP wilayah Selatan pada 11 dan 12 Oktober 2014, diikuti pelancaran Sayembara Puisi Suara Hati Johor yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Program ke dua pula ialah Persidangan Tamadun Melayu Johor pada 11 - 13 November 2015. Harapan beliau untuk melihat Johor sebagai sebuah negeri yang akan menjadi tempat rujukan para cendiakawan khususnya mengenai dunia Melayu akhirnya menjadi kenyataan dengan penubuhan Pusat Dokumentasi Johor, yang ketika ini telah memuatkan lebih 8,000 naskah atau dokumen mengenai tamadun Melayu Johor. Dalam usaha penambahbaikan pusat ini dari masa ke semasa, PPJ sentiasa bekerjasama dengan YWJ. Memandangkan cabaran PPJ semakin mencabar dengan penganjuran-penganjuran kegiatan yang melibatkan dunia Melayu dan kos perbelanjaan yang kian meningkat, maka dalam belanjawan 2016, geran peruntukan untuk PPJ telah ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM100,000 setahun. Tidak dapat dinafikan dengan peruntukan yang ada ini, dapatlah PPJ berjalan seiring dengan pembangunan. Lebih banyak perkampungan penulis muda dapat diadakan diperingkat daerah. Di samping dapat memenuhi undangan-undangan kegia-
tan ilmu sekitar kepulauan Riau. Sempena menyambut 50 tahun usia PPJ,suatu Dialog Tun Seri Lanang akan diadakan di Aceh dan Smalanga pada akhir tahun ini.Sementara PPJ akan diwakili oleh beberapa orang ahli untuk menyertai Seminar Internasional Tamadun Melayu di Pulau Natuna,Kepulauan Riau akhir Oktober ini. 50 tahun PPJ terus bergerak maju seiring zaman,dan buat pertama kalinya satu Laman Sastera Siber akan dibuka pertengahan Oktober ini khusus untuk menerbitkan karya-karya di alam siber. Selain daripada itu PPJ juga sedang merancang untuk mengadakan pertandingan penulisan berupa esei dan puisi bertemakan muafakat Johor terbuka kepada para belia dan mahasiswa serta penuntut pra-u. Tidak ketinggalan suatu bengkel penulisan skrip drama adaptasi daripada novel-novel tempatan juga akan diadakan, yang akan dikelolakan oleh penulis skrip yang tidak asing lagi MF Kencana. “Sekali Menulis Terus Menulis”, inilah congankata PPJ yang sentiasa memberi galakan kepada bakat-bakat baru untuk menulis dalam berbagai genre seperti novel, cerpen, puisi, rencana dan kritikan sastera. Nama-nama seperti Kassim Tukiman, W.R. Rendra, Ramlee Wahab, Rahimah Muda, Cikgu Rosle, Maskiah Masrom, Rohaidah Yon, Dr. Hussin, Ismail Kayat, Ahmad Bahri dan beberapa nama lagi kini sedang giat menulis menghasilkan karya untuk tatapan mereka di luar sana. Sesungguhnya mata pena itu lebih berbisa daripada mata pedang ! Ternyata peranan PPJ bukan sekadar menjadi medan para penulis menghasilkan karya-karya mereka seperti cerpen mahupun puisi sahaja, tetapi lebih daripada itu dapat mendidik para penulis yang lebih berilmu dan matang. Selain menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat, PPJ juga berperanan sebagai jambatan memupuk muafakat Bangsa Johor melalui pelbagai karyanya.
16 SANTAI DAN RIADAH
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
OH...GUNUNG ARONG YANG SANGAT MENGASYIKKAN
Pemandangan Laut China Selatan dari puncak Gunung Arong.
OLEH AFANDY YUSOF MERSING - Gunung Arong adalah gunung ke-3 terendah dalam Negeri Johor, sekadar 240 meter tinggi dan terletak di Tanjung Resang. Tetapi dengan ketinggian itu, kenapakah ia dipanggil ‘gunung’? Oleh kerana ia adalah mercu tanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang, bukit ini dipanggil gunung manakala nama Arong dikatakan berkait-rapat dengan kisah dahulu kala yang masih dibahaskan sehingga kini oleh masyarakat tempatan. Gunung Arong sebenarnya adalah satu destinasi tarikan bagi pendaki gunung kerana trek pendakian yang santai dan tidaklah merbahaya seperti gunung-gunung lain di Malaysia. Keunikan Gunung Arong bagi para pendaki adalah tempat permulaan pendakian di Hutan Lipur Tanjung Resang dan berakhir di tepi pantai Teluk Gorek. Apabila berada di puncak, mereka yang mendakinya akan dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan yang indah dan mengasyikkan serta suasana Teluk Arong yang memukau dengan pemandangan dan tarikan alam flora yang cantik. Untuk mendaki gunung ini, pendaki terlebih dahulu diwajibkan membuat pendaftaran awal dengan Jabatan Hutan Mersing untuk mendapatkan ‘permit’ mendaki kerana kawasan pendakian itu terletak di dalam hutan simpan Jabatan Perhutanan Daerah Mersing. Permit untuk memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) diperlukan, kerana adalah menjadi kesalahan di bawah seksyen 47(1) dan 47(4) dalam Akta Perhutanan Negara
memasuki HSK tanpa kebenaran bertulis atau permit. Kesalahan ini boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun jika didapati bersalah. Pendaki yang telah berdaftar dan mempunyai permit akan dibawa ke tempat pendakian di Hutan Lipur Tanjung Resang oleh kakitangan Jabatan Hutan Mersing dan diberikan beberapa taklimat sebelum pendakian bermula pada tarikh yang telah ditetapkan. Mereka akan mula mendaki dengan bantuan renjer hutan, Zaharrudin Othman, 44, (kiri) yang menjadi jurutunjuk arah dan juga sebagai tempat rujukan para pendaki mengenai tumbuhan, alam flora dan apa juga yang berkaitan dengan Gunung Arong. Menurut Zaharrudin, Gunung Arong adalah destinasi yang paling menarik serta sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ke atas kerana treknya yang santai dan tidak merbahaya. “Gunung Arong sentiasa menjadi pilihan para pendaki sama ada yang berpengalaman atau pun bagi mereka yang pertama kali mencuba sebagai pendaki. Sejak saya menjadi renjer hutan dan pemandu arah pendaki Gunung Arong, para pendaki yang datang ke sini pastinya akan meluahkan rasa gembira mereka apabila tamat pendakian kerana pengalaman yang menyeronokkan,” ujar Zaharrudin. Zaharrudin turut memaklumkan bahawa Gunung Arong juga mempunyai
trek yang mencabar namun trek tersebut akan dilalui apabila ada permintaan dari pendaki yang berpengalaman ketika mereka mendaftar dengan Jabatan Hutan Mersing. Salah seorang pendaki dan ketua kumpulan pendaki Summit Conquer dari Johor Bahru, Fazmi Othman, 25, ketika ditemui berkata, mereka telah menghabiskan masa selama tiga jam tiga puluh minit mendaki Gunung Arong. “Gunung Arong adalah antara gunung yang terbaik pernah saya daki dan suasananya yang santai serta trek yang mudah amat menyeronokkan malahan mengasyikkan dengan keindahannya. “Pemandangan Laut China Selatan dari puncak gunung ini dengan angin yang menyapa kemuka dan tubuh begitu menenangkan,” ujar Fazmi yang merupakan seorang pendaki aktif. Seorang lagi pendaki, Umairah Zaini, 24, (kiri) dari Pasir Gudang berkata, sebelum ini dia hanya mendengar cerita tentang Gunung Arong dari rakan-rakan yang pernah mendaki di sini. “Suasana pendakian Gunung Arong memang antara yang terindah dan penuh santai dan sesuai untuk semua golongan dan Gunung Arong boleh dijadikan sebagai trek latihan sebagai permulaan pendakian kepada mereka yang belum pernah mendaki.
“Memang amat menyeronokkan malah jika berkesempatan saya ingin datang lagi untuk melihat suasana matahari terbenam dan suasana malam dari puncak Gunung Arong,” ujar Umairah. Seorang lagi pendaki wanita yang ditemui, Khairul Rabiyah Mat Luki,22, (kiri) yang merupakan seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari kuantan, Pahang menambah, Gunung Arong adalah unik dan istimewa serta terlalu banyak perbezaan ketika mendaki dan menuruni gunung ini. “Mendaki di denai tetapi menuruni pendakian di persisiran laut yang cantik sambil mendengar deruan ombak, terlalu mengasyikkan. Pengalaman di Gunung Arong tidak mungkin akan dapat dilupakan,” ujar Rabiyah. Manakala bagi seorang lagi pendaki berpengalaman dan juga dari Pahang, Muhammad Al’Afiq Tomaran, 25, (kiri) dia pasti akan datang lagi mendaki Gunung Arong kerana pemandangan dan suasana ketika berada di puncak yang terlalu indah. “Rasa berbaloi saya datang dari jauh untuk melakukan pendakian ini dan apa yang saya temui adalah kepuasan dan kelainan dari pendakian di tempat lain,” ujar Al’Afiq mengakhiri perbualan. Bagi mereka yang berminat untuk menikmati suasana pendakian yang santai dan melihat matahari naik di Laut China Selatan bolehlah menghubungi Pejabat Hutan Mersing di talian 07-7981030 untuk membuat tempahan.
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
SANTAI DAN RIADAH 17
Pendaki sampai di pantai Teluk Arong yang airnya jernih berkilauan.
Indahnya pemandangan Laut China Selatan dari Puncak Gunung Arong.
Sekumpulan pendaki Gunung Arong.
Pendaki berehat di atas pelantar di puncak gunung.
18 KEUSAHAWANAN JOHOR
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
RAYMOND LIM
PENGUSAHA ORKID YANG GIGIH DI NEGERI JOHOR OLEH NUR SAKINAH ROSHAN KULAI - Shuan Seng Orchid Nursery mempunyai lebih daripada 250 jenis spesies orkid hutan antaranya ‘bulbphyllum’ dan ‘dendrodium’ serta 200 daripadanya adalah hybrid, bunga kacukan yang paling banyak ditanam dan dijual kerana penjagaannya yang mudah. Memulakan perniagaan bunga orkid di tepi jalan berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Muar 18 tahun yang lalu dan kini telah berjaya membuka kebun orkid seluas 10 ekar di sebelah Institut Haiwan, Kluang, pemilik kebun orkid Shuan Seng, Raymond Lim Fang Kang berkata, beliau membiasakan diri dengan aktiviti berkebun bersama ayah dan datuknya sejak dari kecil lagi dan tidak hairanlah aktiviti ini bukan semata-mata hobi bagi dirinya. “Saya juga menyertai Projek Pertanian Moden kluang yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2004 bertujuan untuk memperluaskan pasaran bunga orkid. “Pada mulanya saya membuka kebun orkid dengan hanya mengkomersialkan tanaman dari potongan-potongan pokok bunga orkid kerana permintaanya sangat banyak pada masa itu,” ujar Raymond ketika ditemui di Hari Lanskap Johor 2016 baru-baru ini. Menurut Raymond lagi, kebun orkid beliau menanam orkid dengan cara yang berlainan seperti menggunakan sabut kelapa dan baja diubah sedikit mengikut kesesuaian tanah dan persekitaran. Kaedah menyiram dan menukar baja yang kerap seperti empat hingga lima kali seminggu dapat membuatkan orkid mendapat baja yang segar serta tanah sentiasa lembap dan dijaga rapi. Beliau mendapatkan benih orkid menerusi para pengembara orkid yang diupah untuk mencari benih-benih pokok orkid baru dan adakalanya Raymond sendiri terpaksa menyusuri hutan untuk melihat sendiri habitat bunga tersebut.
Kini, penjualan bunga orkid di kebun beliau sudah berada di pasaran luar negara seperti Jepun, Perancis dan terbaru di Kepulauan Reunion, Madagascar. Menjadi salah satu ahli dalam Persatuan Penanam Orkid Komersial Malaysia telah banyak membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan ini kerana komuniti ini mempunyai hubungan yang luas. Kos yang diperuntukkan untuk membeli benih dan spesis baru boleh menjangkau RM5,000 hingga RM6,000 mengikut permintaan pelanggan dan kadang kala boleh mencecah belasan ribu ringgit bagi memenuhi permintaan pengumpul bunga orkid di Johor. Bagi pelanggan yang berkunjung ke gerai beliau di Hari Lanskap Johor 2016, Fadilah Nizar berkata, bunga orkid sebenarnya senang ditanam kerana ia mudah hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. “Orkid juga mempunyai nilai eksklusifnya yang tersendiri dan bila dijadikan buah tangan untuk majlis perkahwinan, bunga ini dapat menambahkan lagi ciri elegan yang ada pada jambak tersebut,” ujar Fadilah. Manakala bagi Julia Abdullah pula, menanam dan berkebun adalah salah satu hobi beliau dan orkid juga antara pokok kegemaran beliau untuk di pelihara. “Di rumah kami mempunyai taman mini untuk pelbagai jenis pokok dan menanam bunga orkid dapat melengkapkan taman mini rumah saya dan menjadikanya lebih cantik dan menarik,” ujarnya ketika ditemui sedang memilih orkid di gerai Raymond. Shuan Seng Orchid Nursery mampu menjana pendapatan lebih RM6,000 sebulan dan Raymond juga sedang bergiat aktif untuk memelihara dan memulihara orkid dari pelbagai spesis daripada terancam dengan ketaksuban pengembara orkid dengan wang yang ditawarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Di kebun orkid ini pelanggan dapat membeli dengan harga RM10 hingga RM50 sepokok mengikut jenis dan spesis yang dipilih oleh pembeli.
Satu lagi spesies orkid yang terdapat di Kebun Shuan Seng.
Koleksi bunga orkid yang terdapat di Shuan Seng Orchid Nursery.
Raymond Lim (kanan) bersama seorang pekerja beliau.
SUKAN 19
JAUHAR | 16 - 31 Januari 2017
JDT DAPAT SENTUHAN LA LIGA Akademi Bola Sepak JDT jalin kerjasama dengan Valencia CF sehingga 2019 tingkatkan pembangunan bola sepak
Kapten Mohd Fahmy Yahya memberikan cenderamata kepada Peter Draper selepas sidang media di Stadium Larkin.
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Kerjasama antara Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kelab gergasi Sepanyol, Valencia CF adalah satu inisiatif baharu dalam usaha untuk meningkatkan mutu serta pembangunan sukan bola sepak di negeri ini. Pengarah Pemasaran Komersial Valencia CF, Peter Draper berkata, matlamat utama kerjasama ini adalah untuk membantu dan memantapkan lagi arena sukan bola sepak di Johor dari aspek pembangunan, infrastruktur, program pembangunan akar umbi sehinggalah kepada soal pengambilan pemain secara pinjaman. “Secara tidak langsung, jalinan kerjasama ini membuka peluang kepada pemain muda di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk menjalani latihan bersama pasukan bola sepak Sepanyol.
“Perancangan yang telah diatur bukanlah hanya untuk pembangunan akademi sebaliknya turut merancang pertukaran jurulatih,” jelasnya sambil menambah kerjasama tersebut mula berkuatkuasa bermula tahun ini sehingga 2019. Tambah beliau, pihak JDT telah melakukan tugas yang cemerlang melalui penyediaan beberapa kemudahan asas termasuklah stadium baharu dan akademi latihan bagi memperkasakan lagi sukan bolasepak di wilayah ini. “Sebaik sahaja tiba di sini, dan apa yang dapat diperhatikan adalah mereka (pemain akademi JDT) melakukan segalanya dengan baik dan dengan kehadiran pihak kami sedikit sebanyak dapat membantu para pemain akademi JDT untuk meningkatkan lagi mutu serta kualiti permainan mereka. “Pihak kami juga kagum dengan kemudahan serba canggih dan moden yang terdapat pada Akademi Bolasepak JDT,”
ujarnya pada sidang media Majlis Pengenalan Pengarah Akademi JDT dan Pengurus Pembangunan Bola Sepak Belia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 11 Januari lalu. Yang turut hadir sama ialah Pegawai Pembangunan PBNJ, K.Sukumaran. Susulan daripada kerjasama tersebut, dua jurulatih baharu Akademi Bolasepak JDT yang diterbangkan khas dari Sepanyol telah diperkenalkan kepada umum di mana mereka akan bertindak sebagai pengarah Akademi dan pengurus Pembangunan Belia Akademi JDT. Dua jurulatih yang dimaksudkan itu ialah Jovi Carrascosa Requena sebagai Pengarah Akademi JDT dan Gonzalo Sanz Zaballos sebagai Pengurus Pembangunan Belia. Kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam melatih pemain bertaraf antarabangsa. Masing-masing menyatakan hasrat tidak sabar untuk memulakan musim ba-
haru, lebih-lebih dalam menerapkan segala pengalaman dan strategi permainan ala-Sepanyol ke atas pemain akademi JDT. “Kami akan menggunakan segala kepakaran dan pengalaman yang ada untuk membantu pembangunan akademi ke peringkat lebih tinggi dan meningkatkan mutu permainan khususnya pemain JDT,” kata Jovi Carrascosa. Sementara itu, Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Fahmy Yahya memberitahu, ketika ini sejumlah 89 pemain sedang menjalani latihan di akademi dengan dibahagikan kepada kategori umur Bawah-13 Tahun dan Bawah-15 Tahun. “Requena akan melatih pemain berumur Bawah-15 Tahun dan Zalbollas pula akan melatih skuad Bawah-13 Tahun. Namun, kedua-dua mereka juga turut ditugaskan untuk menyediakan program latihan bagi pemain Bawah-19 Tahun bagi untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti pemain muda JDT,” katanya.
16 - 31 Januari 2017 / Bil.19 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma
Jauhar Sukan
jdt dapat sentuhan la liga > 19
Dari kiri, Suryati Abd Rahman, Habsyah Jaiman, Farah Hazwani Johari dan Fatin Hamimah Noh menunjukkan jersi baharu JDT musim 2017.
JDT PERKENAL 4 JERSI BAHARU MUSIM 2017/2018 OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah pasukan bola sepak mempunyai tiga jersi bagi satu musim - iaitu jersi di tempat sendiri, tempat lawan dan jersi pilihan ketiga namun berlainan bagi skuad bola sepak Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) kali ini apabila mereka memperkenalkan empat jersi terbaharu yang akan digunakan sepanjang musim 2017/2018. Dan sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Nike Malaysia masih lagi menjadi ‘rakan kongsi’ JDT. Jersi keempat (edisi khas) yang julung kalinya diperkenalkan musim ini berwarna biru berbelang biru gelap, yang melambangkan kejayaan mem-
berangsangkan pasukan tersebut selepas menjuarai Liga Super selama tiga tahun berturut-turut. Tiga jersi lain pula menampilkan tiga warna yang sememangnya sinonim dengan negeri ini serta mencerminkan semangat dan warna yang terdapat pada bendera Negeri Johor iaitu biru (tempat sendiri), merah (tempat lawan) dan hitam (kit ketiga). Majlis gimik pelancaran dan tayangan video esklusif telah berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Dato’ Ismail Karim diiringi oleh Naib Presiden 1 PBNJ, Dato’ Zulkurnain Kamisan serta Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani pada 12 Januari lalu.
Yang turut hadir sama ialah, Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Abd. Latif Bandi. Acara kemuncak pada majlis itu ialah tayangan klip video yang memaparkan aksi pemain JDT memperkenalkan rekaan kit jersi secara siaran langsung (live stream) dalam talian menerusi skrin besar dihadapan lebih 5,000 penyokong setia mereka yang hadir. Lebih menarik, seluruh rakyat Johor berpeluang menyaksikan pengalaman bersejarah tersebut secara serentak apabila turut disediakan skrin besar di setiap daerah di negeri ini. Dalam pada itu, kerjasama
Mohd Hazim Mohd Noor (kanan) bersama rakan baiknya Nasrullah Asnawi selepas mendapatkan jersi baharu JDT.
tiga tahun yang dijalinkan bersama Nike Malaysia akan merangkumi empat pasukan di bawah naungan Harimau Selatan iaitu JDT I untuk saingan Liga Super, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV bagi perlawanan Liga Belia. Jersi baharu JDT ini boleh didapati di kedai sukan Al-Ikhsan terpilih bermula Februari depan pada harga RM139 sehelai. Penyokong fanatik JDT, Mohd Hazim Mohd Noor, 19, berkata akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba untuk para peminat setia pasukan tersebut. “Memang setiap tahun saya tidak pernah terlepas membeli jersi JDT dan saya berasa bangga kerana tergolong dalam kumpulan terawal yang berjaya memiliki jersi baharu JDT kerana difaham-
kan jersi tersebut hanya akan mula dijual secara umum pada Februari nanti,” jelasnya dengan wajah yang gembira. Kamaruddin Ahmad, 49, juga tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya dengan rekaan terbaharu jersi pasukan Harimau Selatan ini. “Untuk musim ini, rekaannya adalah lebih ringkas tetapi tetap elegan dan apa yang lebih menarik ialah jersi keempat JDT iaitu jersi khas sempena kemenangan dan pencapaian terbaik kelab tersebut selama tiga tahun berturut-turut. “Malahan, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding musim sebelumnya,” ujarnya yang hadir bersama keluarga dan turut memborong sebanyak enam helai jersi.
Antara penyokong Johor DT yang terawal menunjukkan jersi yang dibeli mereka pada Majlis Pelancaran Jersi Baru Johor DT untuk musim 2017 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.