Muka 1 - 11 Muka 12 - 15
Muka 16 - 18
Muka 19 -21 Muka 22 - 25
PUASA DARI SUDUT MENTAL/ROHANI Kalau kita fikirkan secara lojik kita sebagai manusia biasa, tidak ada sebab puasa itu dikenakan kepada kita, kerana apa yang kita makan adalah harta yang kita cari dengan titik peluh kita dan usaha kita. Kita makan dirumah kita dan tidak ada kena mengena dengan orang lain atau hak orang lain. Lebih-lebih lagi kita dalam masa sebelas bulan yang lain selain dari bulan Ramadhan kita dibenarkan makan. Jadi kenapa pula dibulan Ramadhan kita tidak boleh makan. Begitulah lojik pemikiran akal manusia yang lemah. Tetapi Allah telah menentukan kepada kita berlainan dengan apa yang kita fikirkan itu. Apakah hikmat dan tujuannya? hikmat dan tujuannya ialah Allah hendak mengajar kita dan beritahu kepada kita bahawa kamu wahai manusia, tidak ada apaapa kuasa dan kelebihan. Diri kamu Akulah (Allah) yang mencipta, rezki yang kamu makan Akulah yang memberi. Dan segala apa yang ada didalam dunia ini Aku yang empunya. Jadi Aku berhak ke atas kamu dan rezki untuk membenarkan kamu makan atau sebaliknya Kamu wahai manusia, mesti tahu dan faham bahawa kamu adalah milik dan dalam kekuasaan Aku. Jadi Aku mahu sebulan dalam setahun tidak makan dan memuaskan hawa nafsu diwaktu siang hari, perkara ini bukan Aku suruh kamu sahaja, tetapi Nabi dan Rasul pun aku suruh dan bukan dizaman ini sahaja, tetapi sejak zaman-zaman yang terdahulu dari kamu lagi. KELEBIHAN BULAN RAMADAN Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”(Surah Al-Baqarah: 185) Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malammalam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat. Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”- (Hadis riwayat Muslim) Sabda Baginda lagi:Maksudnya:
1
“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”- (Shahih Ibnu Khuzaimah) Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10) KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.” (Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah) MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut: 1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
2
3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barangbarang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:
Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”- (Surah Al-Ma’idah: 42) 4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu). 5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit. 6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
3
Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Taala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”- (Surah Al-Baqarah: 183)
PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orangorang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan. Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”- (Hadis riwayat Ahmad) Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”- (Hadis riwayat Bukhari)
4
i. WAJIB MENAHAN DIRI (IMSAK) Apabila masuknya bulan Ramadhan masih terdengar di media-media elektronik seperti radio dan televisyen yang menyiarkan berita tentang orang Islam yang didenda oleh mahkamah kadhi kerana tidak berpuasa dan makan atau minum di khalayak ramai. Fenomena ini menggambarkan bahawa masih ada sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang tidak menghiraukan kewajipan berpuasa tersebut, sedangkan ketika itu dia mukallaf dan tiada sesuatu yang menghalangnya daripada berpuasa. Ada pula di antara mereka yang senghaja berbuat demikian malahan berbangga-bangga dengan tidak berpuasa, seolah-olah kewajipan itu tidak ada bagi mereka. Perbuatan ini wajib kita perbetulkan dari terus berleluasa. Menurut ketentuan hukum syara‘, orang-orang yang meninggalkan puasa dengan senghaja itu sangat berat balasannya. Perbuatan tersebut termasuk dalam kategori dosa besar malahan menjadi kerugian yang tidak boleh ditukar ganti sebagaimana digambarkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : Maksudnya: “Barangsiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, An-Nasa‘ie, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang disebut Rayyan, yang mana pada hari qiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya. Dikatakan: “Di manakah orangorang yang berpuasa?” Maka mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk daripadanya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup, sehingga tidak ada seorang pun yang masuk daripadanya.”- (Hadis Muttafaq ‘Alaihi) Hadis di atas menerangkan bahawa orang-orang yang berpuasa itu akan diberi keistimewaan khas dimana mereka berhak untuk masuk syurga melalui pintu al-Rayyan. Amat rugilah orang-orang yang tidak mengerjakan ibadah puasa itu kerana tiada hak untuk masuk syurga melalui pintu tersebut. Apa yang lebih dikhuatiri ialah orang-orang yang tidak berpuasa itu beranggapan bahawa puasa itu tidak perlu dikerjakan kerana ia hanya suatu budaya yang menyeksa manusia. Menurut ijma‘ ulama, barangsiapa yang mengingkari fardhu puasa Ramadhan atau merasa ragu-ragu akan fardhunya maka dia adalah terkeluar daripada agama Islam iaitu murtad wal‘iyadzubillah. Daripada hadis-hadis dan ijma‘ ulama yang disebutkan di atas jelas kepada kita bahawa terdapat ancaman dan peringatan kepada mereka yang mengabaikan puasa bulan Ramadhan. Oleh itu janganlah kita mengambil ringan akan perkara ini dengan mengabaikan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana azab Allah Subhanahu wa Ta‘ala amat pedih. ________________________________________________________________
Membincangkan tentang orang yang berbuka puasa tanpa keuzuran ini selain daripada menerima ancaman dan balasan seperti yang disebutkan di atas, mereka ini juga dipertanggungjawabkan untuk memenuhi kehendak hukum-hukum syara‘ yang diwajibkan ke atas mereka. Antaranya ialah menahan diri (imsak) daripada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa.
5
Menurut para fuqaha’, orang-orang yang berbuka puasa dengan senghaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh hukum syara‘ itu wajib imsak iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Imsak juga diwajibkan ke atas orang yang berbuka puasa Ramadhan bukan disebabkan keuzuran seperti orang yang lupa berniat atau makan di waktu yang disangkakannya masih belum terbit fajar sedangkan ketika itu fajar sudah terbit. Diwajibkan ke atas mereka imsak kerana menghormati waktu puasa. Manakala bagi orang yang berbuka puasa disebabkan keuzurannya seperti orang yang sakit apabila dia sembuh dan orang yang musafir apabila dia sampai ke tempat kediamannya pada waktu siang Ramadhan, hukum imsak atau menahan diri itu adalah sunat. Sunat imsak bagi orang yang gila bila dia sedar, orang kafir apabila masuk Islam, kanak-kanak apabila dia baligh dan perempuan yang haidh atau nifas apabila dia bersih di siang hari Ramadhan. Menurut pengarang Hasyiyah I‘anah at-Thalibin terdapat dua kaedah mengenai perkara imsak ini. Kaedah yang pertama ialah bahawa setiap seseorang yang diharuskan baginya berbuka puasa dan dia mengetahui akan hakikat hari itu maka tidak diwajibkan baginya imsak bahkan disunatkan sahaja. Kaedah yang kedua iaitu bagi orang yang tidak diharuskan berbuka puasa dan dia mengetahui akan hakikat hari itu maka diwajibkan baginya imsak. Demikianlah ketentuan hukum yang perlu kita fahami tentang kewajipan mengerjakan ibadah puasa dan hukum yang berkaitan dengannya. Semoga dengan mengetahui hukum-hukum tersebut akan menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. iii. Perempuan Hamil Dan Perempuan Yang Menyusukan Anak Fungsi ibadah yang disyariatkan kepada manusia itu ialah untuk mengukur dan membuktikan ketaatan seorang hamba kepada tuhannya. Selain itu ia juga berperanan sebagai jalan yang menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, tidak kira ibadah itu wajib atau pun sunat. Perkara ini dijelaskan dalam firman-Nya:Å Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaikbaik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga ‘adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Surah al-Baiyinah: 7-8) Adalah janggal sekali pendapat yang mendakwa bahawa ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya itu sebagai suatu bebanan yang menyeksa manusia. Tuduhan ini dengan tegas ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama” - (Surah al-Haj: 78) Kita telah pun diajar tentang tahap (darajah) hukum-hukum ibadah yang disyariatkan itu dan perlu diambil penuh perhatian ialah ibadah-ibadah yang wajib. Ibadah seumpama ini jika kita tinggalkan dengan tiada keuzuran akan berdosa.
6
Walaupun demikian, Islam sebagai ugama yang mulia dan agama yang diperakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah pun menggariskan tentang kewajipan manusia dalam melaksanakan ibadah-ibadah wajib itu. Sekalipun sesuatu ibadah itu wajib dilaksanakan namun tahap kewajipan melaksanakannya adalah mengikut kadar yang termampu oleh manusia. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”- (Surah alBaqarah: 286) Ayat di atas juga dengan jelasnya menerangkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu bersifat Rahim iaitu amat pengasihani. Begitulah cantiknya syariat Islam itu. Walaupun demikian hakikatnya, tetapi tidak bererti kita bersikap cuai atau mengambil ringan tentang hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syariat Islam itu. Kecuaian atau sikap mengambil ringan soal hukumhukum Islam boleh membawa kepada berleluasnya kepada perkara mungkar dan maksiat yang akhirnya meleburkan iman dan taqwa manusia. Berbalik kepada kelonggaran atau keringanan yang diberikan oleh syariat Islam itu, maka bagaimanakah hukum dan kewajipan berpuasa terhadap perempuan hamil atau menyusukan anak? Seperti yang kita jelaskan sebelum ini puasa itu wajib ke atas orang-orang Islam yang mukallaf. Ini bererti perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak itu termasuk di bawah hukum di atas. Hamil itu boleh terjadi atas jalan pernikahan dan tanpa pernikahan. Menyusukan anak pula, boleh terjadi kerana menyusukan anak sendiri atau anak orang lain. Perempuan yang menyusukan anak ini disebut dalam bahasa Arab sebagai Murdhi‘. Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak damit (murdhi‘) walaupun anak damit itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa sematamata kerana dua perkara tersebut. Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya? Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa. Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu. Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau keduaduanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah. Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.
7
Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi‘) berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375) Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya? Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264) Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti Negara Brunei Darussalam makanan asasinya adalah beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram. Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah. Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385) iv. Puasa Dalam Pelayaran Pada kelazimannya di musim Ramadhan ini lah ramai masyarakat kita mengambil kesempatan untuk membuat perjalanan jauh seperti belayar ke luar negara untuk menziarahi sanak saudara, menunaikan umrah untuk mengambil ganjaran pahalanya yang besar di bulan mubarak ini dan juga ada yang membeli belah untuk keperluan di Hari Raya atau sebagainya. Tidak kurang pula mereka yang berada di luar negara khasnya para pelajar akan balik bercuti ke tanah air untuk sama-sama menyambut Ramadhan dan berhari raya bersama-sama kaum keluaga. Pada dasarnya ibadah puasa itu tidak diwajibkan ke atas orang yang dalam pelayaran (musafir). Ini kerana musafir itu adalah merupakan salah satu keuzuran syar‘ie yang menyebabkan beberapa kewajipan yang berbentuk ‘azimah diangkat dari mereka. Firman Allah Subhanhu wa Ta‘ala :
8
Tafsirnya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. - (Surah Al-Baqarah: 184) Ada juga hadis-hadis Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan tentang keharusan perkara ini. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Saiyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha : Maksudnya : “Sesungguhnya Hamzah bin ‘Amr Al-Aslamiy berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam : “Adakah mesti aku berpuasa di dalam musafir?” (Walhal) adalah Hamzah itu seorang yang banyak mengerjakan ibadah puasa. Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jika engkau hendak berpuasa berpuasalah dan jika engkau hendak berbuka, berbukalah.”- (Hadis riwayat Bukhari) Walau bagaimanapun tidak semua orang musafir itu diberikan rukhshah berbuka puasa. Mereka yang diberikan kelonggaran itu hanya orang yang memenuhi syarat-syarat berikut : a). Perjalanannya mestilah mencapai atau melebihi jarak yang dibolehkan mengqashar sembahyang. Iaitu jarak dari tempat ia memulakan pelayarannya ke tempat yang ditujunya itu mestilah tidak kurang dari dua marhalah iaitu kira-kira lapan puluh sembilan kilometer. b). Perjalanan itu ialah perjalanan yang diharuskan oleh hukum syara’ bukan perjalanan yang melibatkan perkara maksiat.
Pelayaran Yang Tidak Membebankan Adakah pelayaran yang tidak membebankan orang yang bermusafir seperti yang berlaku di zaman yang serba canggih ini boleh dianggap sebagai uzur syar‘ie yang mana si musafir ini boleh mengambil rukhshah berbuka? Mengikut apa yang telah dijelaskan oleh ayat al-Qur‘an di atas bahawa musafir itu adalah merupakan satu keuzuran syar‘ie tanpa memperincikan sama ada pelayaran yang dilakukan itu pelayaran yang mendatangkan beban kepayahan ataupun tidak. Menurut apa yang telah diperjelaskan oleh Imam As-Syaf‘ie dan Ashhabnya Rahimahullah keharusan berbuka puasa itu lebih kepada wujudnya kepayahan sepertimana yang disebutkan: Maksudnya: “ Jika dengan berpuasa akan memudharatkannya maka berbuka itu afdhal dan jika sebaliknya maka berpuasa itu lebih afdhal.” - (Kitab Al-Majmuk, 6:265) Ini bererti apa jua jenis pengangkutan yang digunakan untuk bermusafir maka dia adalah diharuskan dan berhak untuk mengambil rukhshah berbuka mengikut syarat yang telah dijelaskan. Akan tetapi berpuasa itu adalah lebih utama (afdhal) jika tidak memudharatkan dirinya sebagimana yang telah dijelaskan oleh Imam Asy-Syafi‘ie dan Ashhab beliau Rahimahumullah. Bila Diharuskan Mengambil Rukhshah Berbuka Syarat lain yang membawa kepada keharusan berbuka ketika musafir itu ialah orang berkenaan memulakan perjalanan sebelum terbit fajar shadiq. Maksud memulakan perjalanan di sini ialah apabila dia melewati sempadan atau perbatasan kampong tempat tinggalnya.
9
Jika dia melewati tempat tersebut selepas terbitnya fajar shadiq maka kewajipan puasa itu dituntut ke atasnya dan tidak harus baginya berbuka kecuali ada sesuatu kesusahan yang menyebabkan dia tidak berkuasa meneruskan puasanya. Dalam keadaan ini dia diharuskan berbuka kerana tidak berkemampuan berpuasa atau khuatir akan memudharatkan dirinya bukan kerana perjalanan (safar). Tetapi jika dia singgah di sesuatu tempat bukan dengan niat bermuqim maka dia diharuskan berbuka walau pun selepas terbit fajar shadiq ia keluar untuk meneruskan perjalanannya kerana ia masih dihukumkan sebagai orang musafir.
Wajib Mengqadha Puasa Yang Ditinggalkan. Walaupun orang yang musafir itu diharuskan berbuka puasa semasa dalam pelayaran tetapi dia masih diwajibkan menqadha hari-hari puasa yang di tinggalkan itu tanpa membayar fidyah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. (Surah Al-Baqarah: 184) Sekiranya pelayaran itu menuju negeri yang lambat kelihatan anak bulan Ramadhan yang menyebabkan penduduk negeri tersebut terkemudian menunaikan puasa Ramadhannya dari negeri asalnya maka dia dikehendaki berpuasa bersama-sama dengan penduduk negeri itu menurut pendapat yang ashah sekalipun ia telah berpuasa tiga puluh hari penuh. Begitu juga halnya jika ia membuat pelayaran menuju negeri yang lebih awal kelihatan anak bulan, apabila dia sampai di sana penduduknya telah menyambut hari raya, maka ketika itu dia diwajibkan berbuka (berhari raya bersama mereka) dan haram baginya berpuasa. Walaupun bilangan puasanya pada waktu mereka menyambut hari raya itu kurang dari sebulan penuh pada perkiraannya. Sekiranya jumlah puasanya sebanyak dua puluh lapan hari ia akan berhari raya pada hari yang kedua puluh sembilan mengikut negeri tersebut, tetapi dalam keadaan ini dia dikenakan mengqadha sebanyak sehari untuk mencukupkan sebulan kerana satu bulan itu sekurangkurangnya adalah sebanyak dua puluh sembilan hari. Berlainan pula halnya jika ia sudah berpuasa sebanyak dua puluh sembilan hari maka ia tidak perlu mengqadha kerana bilangan dua puluh sembilan hari itu adalah bilangan sebulan yang paling minima. (Kitab Mughni Al-Muhtaj 1:422-423)
Hukum menahan diri (imsak)bagi orang musafir Jika dia sampai ke negeri tempat dia hendak bermuqim dalam keadaan dia berbuka atau tidak berpuasa maka adalah disunatkan ke atasnya imsak iaitu menahan diri bagi menghormati waktu. Imsak itu tidak wajib ke atasnya kerana ia berbuka atas sebab keuzuran syar‘ie iaitu musafir. Walau bagaimanapun dalam mazhab Hanafi pula mewajibkan imsak ke atasnya. Walaupun imsak itu hanya sunat keatasnya tetapi jika dia makan sesuatu hendaklah bukan dikhalayak orang ramai yang tidak mengetahui keuzuran itu kerana ditakuti akan menimbulkan tohmahan dan hukuman.
10
Jika orang yang musafir itu sampai ke tempat yang ditujunya dalam keadaan ia berpuasa maka dia mesti menyempurnakan puasanya itu. (Kitab Al-Majmuk 6:267/ I‘anah Al-Thalibin 2:269)
Waktu berbuka dalam perjalanan Menurut hukum syara’ waktu berbuka puasa itu ialah apabila tenggelam matahari (waktu Maghrib). Soalnya bagaimana halnya jika pelayaran menggunakan kapal terbang yang pada kebisaannya matahari akan masih lagi wujud pada penglihatan penumpang walaupun ia sudah hilang (tenggelam) bagi mereka yang berada di bumi. Dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala ada menjelaskan: Tafsirnya: “Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam (Maghrib)” - (Surah Al-Baqarah:187) Sementara itu hadis Baginda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abi Aufa Radhiallahu ‘anhu katanya: Maksudnya: “Kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu perjalanan di bulan Ramadhan. Ketika matahari telah terbenam Baginda bersabda: “Hai Fulan ! Turunlah, dan siapkan makan kita !” Jawab orang itu, “ Hari masih siang, ya Rasullullah!” Sabda Rasulullah , “Turunlah dan siapkan makan kita!” kata Abdullah,, “Orang itu pun segera turun, lalu dia menyiapkan makanan dan menyajikannya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam, dan Baginda langsung minum. Kemudian Baginda bersabda sambil menunjuk dengan tangannya : “Apabila matahari telah terbenam di sana, dan malam telah datang di sini , maka orang puasa sudah boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi) Maka berpandukan ayat al-Quran dan hadis di atas, jika seseorang itu berpuasa lalu belayar dengan menaiki kapal terbang dan ia sedang berada di udara waktu berbukanya ialah apabila matahari itu hilang dari penglihatannya. Tidak sah puasanya jika ia berbuka selagi matahari ternampak olehnya walaupun negeri dari tempat ia memulakan perjalanan itu sudah tiba saatnya untuk berbuka. Sebagaimana yang berlaku bagi mereka yang menuju ke arah Timur, maka waktu siangnya adalah pendek berbanding dengan mereka yang menuju ke arah Barat waktu siangnya adalah panjang. Oleh yang demikian apa yang diambil kira sekarang bagi orang yang berpuasa itu ialah dengan terbenamnya matahari daripada penglihatannya, walau dimana ia berada ketika itu, dan bukan dikira dengan waktu tempatan yang dilaluinya atau waktu negerinya sendiri yang ditinggalkannya. Sekiranya puasa sepanjang hari itu menyusahkannya, maka baginya terdapat kelonggaran yang mengharuskannya berbuka, sebaliknya jika tidak menyusahkan dan dia dapat menyempurnakan puasanya itu, maka yang afdhal teruskan dan sempurnakan puasanya itu.
11
PUASA DARI SUDUT KESIHATAN FIZIKAL Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah mengklasifikasikan puasa seperti berikut:
1. CARA BERPUASA YANG BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN SEPERTI:1.1 1.2
Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.1 Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.2
1.3
Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.3
1.4
Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan membuang air besar.
1.5
Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jangtung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.
1.6
Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.4
1.7
Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing.5
1.8
Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.6
1
Fauzynm, Gejala-gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa, http://fauzynm.tripod.com ibid. 3 ibid 4 Maslina Ismail, Tips Gizi Seimbang Semasa Berpuasa, Seri Dewi & Keluarga, September 2004, hlm:45 5 ibid. 6 Dr. Danial Zainal Abidin, Bersahur Dan Penemuan Sains, www.blurty.com 2
12
2. BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN:-7 Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.
Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka. Makan makanan yang pedas, masan, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan. Mengulangi makan sepanjang malam. Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa makan. Tidur selepas kenyang makan. Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.
MAKANAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN SEMASA BERPUASA8 Makanan yang menjejasakan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam badan seperti: 3.1 3.2 3.3 3.4
4.
Kopi dan teh. Air paip yang dimasak dan tidak ditapis. Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (waterrittention).
KESAN PENGAMBILAN BUAH KURMA SEMASA BERPUASA9 Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah. Buah kurma boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Timur Tengah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara buah kurma yang terkenal ialah kurma di Mekah dan Madinah. Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia menjadi makanan Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah
7
Dr. Suriya Osman, Puasa Lancarkan Sistem Penghadaman, www.blurty.com Fauzynm, Gejala-gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa, http://fauzynm.tripod.com 9 Dr. Nik Omar Nik Daud, Kurma Mencegah Serangan Strok, www.medic.uum.edu.my 8
13
S.A.W. bersabda : Sesiapa yang makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
Terdapat juga di dalam al-Quran yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ketika mana Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa A.S.
s u Maksudnya: “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak” 25 (Surah Maryam: 25) Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang dalam keadaan lemah selepas bersalin. Terdapat penemuan-penemuan yang dilakukan oleh pakar sains perubatan tentang khasiat buah kurma. Antara khasiatnya:4.1
Kandungan Kalium Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi. Nilai kalori ayng tinggi memudahkan ia dicerna oleh tubuh. Kalium amat penting bagi fungsi tubuh terutama jantung dan pembuluh darah. Fungsi mineral ini membolehkan denyutan jantung yang teratur, mengaktifkan kontraksi otot dan kestabilan tekanan darah.
4.2
Komposisi Gizi Buah kurma tidak mengandungi lemak, namun kandungan karbohidrat dapat membekalkan energi (tenaga) yang yang tinggi. Kandungannya berkisar sekitar 60 peratus pada kurma yang lembek (yang diambil ketika lembek dan mentah) dan 70 peratus pada kurma kering (yang mengering dipohon). Varietas kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula dalam darah) atau fruktosa (sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan). Kandungan gula tersebut mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Oleh itu, orang yang makan banyak buah kurma akan menjadi segar dan tahan lapar kerana penyerapan gula dalam badan berada pada tempoh yang lama.
14
4.3
Kandungan Vitamin Buah kurma juga mengandungi vitamin yang penting seperti vitamin A, vitamin B, tiamin, riboflavin serta niasin. Riboflavin dan niasin akan membantu melepaskan tenaga dari makanan dan tiamin membantu melepaskan tenaga dari karbohidrat. Vitamin A dab niasin membantu memelihara kulit yang sihat.
4.4
Kandungan Mineral Kurma juga mengandungi banyak mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium. Mineral-mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan. Serat dalam buah kurma berfungsi mengaktifkan usus yang memudahkan membuang air besar. Dalam kurma juga terdapat suatu hormon (potuchsin) yang membolehkan pencegahan pendarahan dalam rahim.
15
PUASA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI Berpuasa merupakan kewajipan hakiki dan fardhu ain. Ia bukanlah kewajipan yang sengaja difardhukan oleh Allah tanpa hikmah dan kebaikan disebaliknya. Puasa menggariskan undangundang yang tersendiri dan ia terbukti dapat mendidik dan mengasuh jiwa yang keras menjadi selembut jiwa malaikat. Malaikat tidak makan dan minum. Oleh itu, manusia dilatih berpuasa, mengurangkan tidur dan perbanyakkan qiamulail. Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)
Ayat di atas menjelaskan tentan kaitan ibadat puasa dengan pembentukan insan bertaqwa. Sebagai seorang Islam yang sejati, kehadiran Ramadhan akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan menjadi suatu kegembiraan yang tiada tolok bandingnya bagi kita semua.
IBADAH PUASA LANDASAN TERBAIK MENTARBIYAH DIRI Dr. Yusuf Qardawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia puasa yang utama yang membolehkan kita merasai kenikmatannya iaitu: 1.
Menguatkan jiwa. Kebanyakkan manusia kini didominasikan oleh hawa nafsu yang menyebabkan manusia itu menuruti apa jua keinginan. Meskipun keinginan itu adalah sesuatu yang batil dan menganggu serta merugikan orang lain. Oleh itu, Islam memerintahkan manusia memerangai hawa nafsu
2.
Mendidik keinginan ke arah kebaikan iaitu puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan yang bersungguh-sungguh kepada kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh pelbagai mehnah. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang it uterus mempertahankan keinginan yang baik walaupun peluang untuk menyimpang begitu besar. Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan kekuatan rohani seseorang muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani yang unggul ini akan menjadikan seorang muslim itu tiodak lupa diri meskipun mencapai kejayaan duniawi.
16
3.
Selain dapat menyihatkan badan dan kekuatan rohani, puasa juga memberikan pngaruh positif berupa kesihatan jasmani. Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh rasulullah tetapi dibuktikan lagi keterangan doktor pakar perubatan yang mengkaji mengenai puasa.
4.
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur. Dalam hidup ini sudah terlalu banyak kenikmatan yang Alllah berikan kepada manusia. Tetapi masih ramai manusia yang tidak mensyukurinya.
5.
Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain. Lapar dan dahaga merupakan latihan pada diri muslim terutama saudara baru yang memeluk Islam.
AKHLAK YANG DAPAT DIPUPUK DAN DIBINA DI BULAN RAMADHAN 1.
Mengawal nafsu syahwat yang tiada batasannya. Apabila manusia melakukan sesuatu yang dipancarkan akalnya dari pancaran iman dan ta’at maka akan lahirlah gerak geri yang baik dan murni. Apabil berpuasa, seseorang itu menahan dirinya dari makan dan minumnya pada siang hari. Pada siang hari di bulan ramadhan manusia dilarang melihat perkara-perkar yang yang mungkar. Maka apabila nafsunya dijaga dirinya akan terhindar dari perkara mungkar. Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka”. 2.
Puasa membentuk diri kita menjadi orang yang pemurah dan suka melakukan kebajikan. Ini jelas kepada kita apabila tibanya bulan Ramadhan orang ramai menjadikan budaya bertukar kuih dan makanan untuk menjadikan kelangsungan dari dahulukala sehingga sekarang malah ada sesetengah masjid dan surau umat Islam berebut-rebut untuk membuat kenduri dan jamuan. Di bulan-bulan lain budaya ini seperti tidak wujud tetapi Ramadhan telah mengajar manusia menjadi insan yang pemurah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya” (Surah Al-Anfal: 25)
3.
Amalan anak Adam yang tulus ikhlas sama ada di dalam bentuk ibadah umum atau ibadah khusus digandakan pahala oleh Allah dan terhindar dari hasutan syaitan. Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila datang bulan Ramadhan dibukakan pintu syurga dan dikuncikan segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”
17
4.
Galakkan iffar (berbuka puasa) secara berjemaah bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran. Dengan cara ini akan merapatkan silaturrahim sesama umat. Selain itu, menggalakkan umat menghormati orang lain dan bermuafakat.
5.
Menggalakkan ahli keluarga serta umat Islam mengingati Allah dengan bertadarus dan solat tarawih berjamaah. Mereka yang melakukan amalan ini, lidahnya akan terpelihara dari berkata-kata perkara yang melalaikan kerana sering mengingati Allah.
6.
Ibadah puasa merupakan perisai dan benteng yang dapat melindungi diri dari melakukan perkara yang ditegah. Sebagaimana telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Bermaksud:
“Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran akan diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu”
18
Ramadhan Memupuk Perpaduan. Kewajipan ibadah puasa adalah dikenakan ke atas semua umat Islam tanpa mengira di mana mereka berada, apa kedudukan dan pangkat mereka. Semua mereka yang melaksanakan ibadah puasa bersatu dan mematuhi perintah Allah S.W.T. Ajaran Islam yang datang dengan satu akidah dan satu ibadah membawa agenda penyatuan umat melalui amalan ibadat. Dalam ibadat puasa, kita umat Islam dididik bukan sekadar bersatu atas ikatan akidah tetapi bersatu dari segi perasaan kemanusiaan, bersatu dalam mematuhi perintah Allah S.W.T.Perpaduan yang lahir dari ibadah puasa ini boleh dilihat dari beberapa sudut : 1. Berkongsi lapar. Dalam pelaksanaan ibadah puasa umat Islam berkongsi keperitan dan kesusahan yang dirasakan oleh umat Islam yang lain secara praktikal bukan lagi secara teori. Semua orang menunaikan tuntutan yang sama pada masa yang sama di seluruh dunia. Inilah ciri persamaan yang dipupuk oleh ajaran Islam secara praktikal kepada umatnya. Kita hanya tidak makan dan minum satu hari sahaja sudah merasakan letih dan kepayahan, apa lagi bagi mereka yang berhari-hari tidak mendapat bekalan makanan ditambah lagi dengan suasana peperangan yang menambahkan lagi penderitaan mereka. Keadaan ini mendidik kita supaya sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita yang jauh lebih baik keadaannya daripada saudara-saudara kita di negara lain. Sekaligus juga merangsang kita untuk memberikan bantuan sedekah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di manapun mereka berada. Demikian Ramadhan mendidik kita supaya meningkatkan perasaan syukur dan mendorong kita menterjemahkan erti kesyukuran itu dengan membantu orang lain yang berada di dalam kesempitan dan kesusahan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 56
! "# $%& '( !)*+,789 8*+ :;! < 4. /,%0
!1 23
-dari Zaid bin Khalid Al-Juhaniy R.A dari Nabi SAW sabdanya, barang siapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa maka ia memperolehi seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurang sedikit pun dari pahala orang yang berpuasa yang diberi makan tadi. 2. Ibadat-ibadat sunat. Di dalam bulan Ramadhan perpaduan boleh kita lihat di dalam solat tarawikh. Di seluruh dunia masjid-masjid dipenuhi oleh umat islam bagi menunaikannya secara berjamaah. Mereka bersamasama mengharapkan keredhoan dan keampunan dari Allah S.W.T. Mereka yakin dengan Hadis dari Nabi S.A.W. iaitu :
4 @ !A2 B! C 7< 8
$ !+ !"D! *E2,-
*E- FG$-?*+
= >
-dari Abu Hurairah R.A. ia berkata ; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai keutamaan bulan Ramadhan, “ Barang siapa yang mendirikan (malam) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu”. Mereka beri’tikaf di rumah-rumah Allah dan bila di akhir 10 Ramadhan umat Islam menambah lagi ibadah mereka dengan melakukan solat tahajud, solat tasbih beramai-ramai.
19
Mereka juga berdoa supaya tidak tercebur melakukan perkara yang Allah murkai dan memohon supaya terpelihara dari azab neraka. Doa ini seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ke hadratMu supaya mendapat keredhaan dan syurga dariMu dan kami pohon supaya Engkau jauhkan diri kami dari kemurkaanMu dan daripada api neraka." Ini kerana mereka mengetahui Ramadhan bulan yang padanya doa-doa dimakbulkan dan dasadosa diampunkan.Ini memberi ruang kepada umat Islam setelah berusaha keras membina kekuatan dan menjana perpaduan, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT supaya terus melimpahkan rahmatNya dalam kehidupan dan mengampunkan segala dosa. 3. Zakat fitrah. Rasulullah telah mengaitkan zakat fitrah dengan puasa Ramadhan seperti dalam sabdanya, “(Amalan) puasa itu digantungkan antara langit dan bumi, dan baru diangkat bila sudah dikeluarkan zakat fitrah”. Jika kita renungkan dengan cermat, kita akan melihat bahawa hubungan zakat dengan puasa seperti hubungan yang akrab. Jadi, sebenarnya sifat kasih terhadap orang-orang miskin merupakan pengaruh langsung puasa. Selain itu, Rasulullah juga menyambung puasa dengan Hari Raya agar semua orang boleh bergembira. Kerana itu beliau bersabda, AE ;> (*H7 ,>E “(Dengan zakat fitrah) menjadikan mereka (orang-orang miskin) tidak meminta-minta pada Hari Raya itu”. Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa tanggungjawab, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah agar dengan demikian dapat mengurangkan bebanan mereka yang didalam kesusahan.Bahkan zakat fitrah tidak hanya bagi kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga kita yang mengeluarkannya agar demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan dengan harta seperti gila harta, kikir dan sebagainya. Allah S.W.T. berfirman di dalam surah At-Taubah, ayat 103;
“ Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka,dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. 4. Menjadi orang pemurah. Puasa membentuk diri kita menjadi orang yang pemurah dan suka melakukan kebajikan. Ini jelas kepada kita apabila tibanya bulan Ramadhan orang ramai menjadikan budaya bertukar kuih dan masakan untuk menjadi kelangsungan dari dahulukala sehingga sekarang, malah bukan setakat itu sahaja, ada pula di sesetengah masjid dan surau umat Islam berebut-rebut untuk membuat kenduri
20
dan jamuan. Di bulan-bulan lain budaya ini seakan-akan tidak wujud tetapi Ramadhan telah mengajar kita menjadi insan yang pemurah. Ingatlah pesanan Rasulullah di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Pada setiap pagi hamba itu ada dua orang Malaikat berdoa. Satu Malaikat berkata,”Ya Allah berilah kerosakkan kepada mereka yang enggan membelanjakan hartanya untuk sedekah” dan Malaikat yang satu lagi berkata,”Ya Allah berilah gantian kepada mereka yang membelanjakan hartanya”. Sekian banyak ajaran Islam yang merangsang kita supaya kita mengutamakan agenda penyatuan. Bermula dengan ajakkan supaya mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu, beriman kepada nabi yang satu, mengadap ke satu qiblat, bersembahyang dalam satu masjid yang sama, berpuasa serentak di bulan Ramadhan seluruh dunia sehinggalah menunaikan ibadah haji di satu tempat suci, kesemuanya ini merupakan didikan langsung dari Allah S.W.T supaya kita umat Islam menjadi umat yang bersatu. Bukan sahaja bersatu dalam masa melaksanakan ibadah tetapi bersatu dalam sikap dan tindakan untuk kepentingan Islam dan umatnya. Sempena kedatangan Ramadhan tahun ini marilah kita bertekad dan berazam untuk menjadikan diri kita umat bertaqwa yang mampu menjana segala unsur kekuatan dan menghapuskan segala unsur kelemahan yang melingkungi diri kita dan umat ini. Kita mengutamakan prinsip dan persamaan daripada perbezaan dan pertentangan, mengutamakan perpaduan daripada perpecahan.
Rujukan : 1. Internet, http://baheis.islam.gov.my/khutbah http://www.muis.gov.sg/websites/khutbah http://www.isnet.org/archive-milis/archive95 2. Al-Quran 3. Hadis 4. Kelebihan bulan Ramadan, Yusuf Al-Qardawi.
21
Puasa dan Implikasi Terhadap Ekonomi Pengenalan Sudah menjadi kelaziman pada masyarakat di negara kita menyambut ketibaan bulan puasa dengan mengadakan jamuan-jamuan tertentu, namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mempromosikan kelengkapan untuk menyambut hari raya. Ini telah menjadi satu tradisi terutamanya pada peniaga, gedung-gedung membeli-belah dan syarikat siaran televisyen. Hampir setiap tahun kita dihidangkan dengan promosi jualan mega dan seumpamanya. Ini secara tidak langsung membawa gambaran dan implikasi yang kurang sesuai bagi umat Islam di negara kita dalam tatacara menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. Banyak bahan bacaan yang diterbitkan bagi menambah kefahaman kita mengenai bulan Ramadhan, walaupun begitu sesetengah golongan yang tidak memahami kesyumulan Islam akan mengeluh apabila menjelangnya bulan Ramadhan dengan mengatakan bulan berlapar telah tiba dan ada juga yang sengaja mencari alasan badan letih, mengantuk dan sebagainya kerana berpuasa. Jika kita renung kepada sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. ketika peperangan Badar, sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan mengarahkan umatnya berperang pada bulan puasa jika benar puasa itu akan melemahkan tenaga rohani dan jasmani. Malah pejuang-pejuang Islam telah mendapat kemenangan yang besar dalam peperangan tersebut. Juga perlu kita ambil perhatian pada kajian cendiakawan di Eropah yang telah dijalankan selama 5 tahun terhadap pencapaian dan produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja muslim pada bulan puasa amat menakjubkan mereka. Peningkatan produktiviti dan penghasilan makin bertambah berbanding pada bulan yang biasa. Saidatina Fatimah Az-Zahra’ pernah meminta Rasulullah s.a.w. memberikannya seorang pembantu, namun baginda tidak memperkenankan, malah baginda mengajar puterinya amalan zikir agar dapat meningkatkan tenaga, kemampuan dan ketahanan bekerja. Ini amat jelas pada pandangan kita bahawa Rasulullah sendiri tidak menggalakkan kerja yang mampu kita lakukan diberikan kepada orang lain. Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286 ; “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Bagi mereka pahala (pada amal yang di buat) dan ke atas mereka dosa (pada kejahatan yang dibuat)…….”
Implikasi pada individu. Puasa boleh mendorong seseorang individu merenung dan menginsafi diri juga memuhasabahkan diri ke arah hidup yang lebih sempurna. Dan waktu yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak amalan dan pahala.
22
Mendorong amalan bersedekah dan membantu muslim yang kurang berkemampuan. (contoh: jamuan berbuka puasa, bantuan anak yatim dan lain-lain.) Meminimunkan perbelanjaan, terutama dari aspek pemakanan, rokok, dan lain-lain. Namun ada juga yang boros perbelanjaannya. Seperti membeli segala jenis makanan untuk berbuka. Seolah-olah berbuka puasa menjadi medan untuk membalas dendam berpuasa di siang hari. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “JIKALAU SESEORANG DI ANTARA KAMU BERBUKA PUASA, MAKA HEMDAKLAH BERBUKA DENGAN KURMA, JIKA TIDAK TERDAPAT KURMA, MAKA HENDAKLAH BERBUKA DENGAN AIR, KERANA SESUNGGUHNYA AIR ITU SUCI” ( Hadis diriwayatkan oleh Salman bin ‘Amr ad-Dhahabi di dalam Kitab Riyadhus Solihin Jilid 2, karya Imam Nawawi.)
Implikasi pada peniaga. Makin ramai individu yang menceburi bidang perniagaan terutama dalam menjual juadah berbuka puasa dan juadah untuk hari raya. Menjana pendapatan peniaga muslim. Membuka pasaran perniagaan sama ada secara kecilan atau sebaliknya. Mewujudkan saingan di antara peniaga dalam erti kata yang kadangkala boleh menimbulkan kekecohan dan perbalahan di antara satu sama lain. Kebanyakan peniaga mengenepikan soal tuntutan agama ketika berniaga terutamanya ketika jualan juadah berbuka puasa, yang mana rata-rata dapat kita lihat waktu maghrib sering dilekakan oleh mereka. Begitu juga solat sunat terawih yang amat dituntut untuk kita laksanakan hanya pada bulan Ramadhan juga tidak diambil berat oleh kebanyakan peniaga. Ini tidak lain adalah disebabkan oleh keletihan ketika berniaga pada petang hari.
Impikasi pada negara Menambah kadar pungutan derma dan bantuan bagi golongan fakir miskin yang memerlukan. Kebanyakan majikan akan menyediakan bonus atau duit raya bagi setiap pekerja muslim. Membentuk keperibadian masyarakat dalam amalan bersedekah dan membantu masyarakat lain yang tidak berkemampuan.
23
Kesimpulan Namun jika kita renung terhadap apa yang berlaku di negara kita, kebanyakannya amat berbeza dari apa yang digaris panduankan oleh Islam ketika menyambut Ramadhan dan Syawal. Budaya dan tabiat boros ketika berbelanja juga menggambarkan seolah-olah umat Islam di negara kita lebih cenderung untuk berhari raya daripada berpuasa. Lebih menyedihkan lagi ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan beberapa bulan sebelum tiba bulan Ramadhan mereka telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli belah secara berlebihlebihan sebagai persiapan menyambut hari raya. Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat : 14 “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan, binatang-binatang ternakan dan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah jua tempat kembali yang baik.” Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-A’raaf ayat : 176 “Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan darjatnya dengan ayatayat itu (pengetahuan Al-Quran), tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia tetap menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” WaAllahu a’lam.
Rujukan: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Al-Quran Al-Karim Tafsir pimpinan Ar-Rahman Koleksi khutbah Masjid Negara http://baheis.islam.gov.my/khutbah.nsf/ M.Shabri Abd.Majid, M.Ec. ( Penuntut PhD, Bidang Ekonomi di UIAM ) http://www.pesantrenvirtual.com/ramadhan
24