15 JANUARI 2014
RENCANA PEMBELAJARAN ______________________________________________________________________________________________________________________________
3-9 MAC
Menyembah Yehuwa, Raja yang Kekal MUKA 7
LAGU: 106, 46
______________________________________________________________________________________________________________________________
10-16 MAC
100 Tahun Yesus Kristus Memerintah —Apakah Pencapaiannya? MUKA 12
LAGU: 97, 101
______________________________________________________________________________________________________________________________
17-23 MAC
Buatlah Pilihan Bijak semasa Muda MUKA 17
LAGU: 41, 89
______________________________________________________________________________________________________________________________
24-30 MAC
Menyembah Yehuwa Sebelum Masa Sengsara Tiba MUKA 22
LAGU: 54, 17
______________________________________________________________________________________________________________________________
31 MAC–6 APRIL
“Datanglah Kerajaan-Mu”—Bila? MUKA 27
LAGU: 108, 30
RENCANA PEMBELAJARAN __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Menyembah Yehuwa, Raja yang Kekal
UKRAINE KULIT: Memberi kesaksian kepada pelajar universiti dari negara asing di bandar Lviv ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐
PENDUDUK
45,561,000 PENYIAR
150,887 ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐
1,737 sidang dan 373 kumpulan dalam 15 bahasa, termasuk bahasa Hungary, bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa isyarat Rusia, dan bahasa Ukraine
JUGA DALAM TERBITAN INI __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3 Mereka Rela Berkhidmat —Di Afrika Barat __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
32 Pilihan Saya sewaktu Kecil
Rencana ini membuktikan bahawa Yehuwa sentiasa berkuasa sebagai Raja. Cara Yehuwa memerintah makhluk-Nya di syurga dan di bumi diterangkan. Rencana ini juga menggalakkan kita untuk meneladani orang yang telah memilih untuk menyembah Yehuwa, Raja yang kekal. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
100 Tahun Yesus Kristus Memerintah—Apakah Pencapaiannya? Rencana ini membantu kita lebih menghargai Kerajaan Mesias serta segala pencapaiannya selama 100 tahun ini. Selain itu, kita digalakkan untuk menjadi rakyat Kerajaan yang setia serta merenungkan maksud di sebalik ayat tahunan 2014. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Buatlah Pilihan Bijak semasa Muda Menyembah Yehuwa Sebelum Masa Sengsara Tiba Apakah yang akan saya lakukan dengan hidup saya? Inilah soalan penting bagi mereka yang sudah membaktikan diri kepada Yehuwa. Dalam dua rencana ini, kita akan membincangkan prinsip Bible yang dapat membimbing kaum muda, serta peluang istimewa yang terbuka bagi mereka yang lebih tua untuk meluaskan khidmat mereka kepada Tuhan. __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
“Datanglah Kerajaan-Mu”—Bila? Hari ini, perhatian ramai orang tertumpu pada keadaan dunia atau keinginan sendiri. Rencana ini mengupas tiga sebab mengapa orang Kristian dapat yakin bahawa Kerajaan Tuhan akan menamatkan dunia jahat ini tidak lama lagi.
Printed in Japan.
MEREKA RELA BERKHIDMAT
di Afrika Barat PASCAL dibesarkan di Côte d’Ivoire dan mengidamkan kehidupan yang lebih baik. Sebagai petinju amatur, dia ingin menjadi bintang sukan dan menjadi kaya. Semasa berumur pertengahan 20-an, dia menyimpulkan bahawa Eropah adalah tempatnya. Tetapi dia tiada dokumen perjalanan yang sah. Maka, dia terpaksa memasuki Eropah secara haram. Pada 1998, Pascal yang berumur 27 tahun memulakan perjalanannya. Dia melintasi sempadan Ghana, melalui Togo dan Benin, dan akhirnya sampai ke pekan Birni Nkonni di Niger. Dari sanalah mulanya perjalanan yang berbahaya. Untuk ke utara, dia perlu menumpang sebuah lori melintasi Gurun Sahara. Setibanya di Laut Mediterranean, dia perlu menaiki bot ke Eropah. Itulah rancangannya, tetapi ada dua perkara yang menghalangnya.
Pascal yang berkhidmat di Niger
Pertama, dia tidak cukup wang. Kedua, dia berjumpa Noé, seorang perintis yang mengajar Bible kepadanya. Kebenaran yang Pascal pelajari menyentuh hatinya dan mengubah hidupnya. Dia melupakan matlamat duniawi demi matlamat rohani. Pada Disember 1999, Pascal dibaptis. Untuk menunjukkan penghargaannya kepada Yehuwa, dia mula merintis pada tahun 2001 di Niger—tempat dia menemui kebenaran. Apakah perasaannya? Dia berkata, “Inilah kehidupan yang terbaik!”
MENIKMATI HIDUP—DI AFRIKA Seperti Pascal, banyak yang mengejar matlamat rohani. Untuk berbuat demikian, ada yang meninggalkan Eropah dan berkhidmat di tempat yang lebih memerlukan bantuan di Afrika. Kira-kira 65 Saksi dari Eropah, antara umur 17 hingga 70 tahun, telah berpindah ke negara di Afrika Barat seperti Benin, Burkina Faso, Niger, dan Togo. Apakah yang mendorong mereka untuk melakukan perubahan yang besar sebegini, dan apakah hasilnya? Anne-Rakel dari Denmark berkata, “Ibu bapa saya pernah menjadi mubaligh di Senegal. Mereka selalu menceritakan pengalaman mereka di sana dengan bersemangat. Saya pun ingin menikmati hal yang sama.” Sekitar 15 tahun yang lalu, ketika berumur awal 20-an, Anne-Rakel berpindah ke Togo dan berkhidmat di sidang bahasa isyarat. Bagaimanakah teladannya mempengaruhi orang lain? Dia berkata, “Adik perempuan dan adik lelaki saya turut menyertai saya di Togo.” Aurele, seorang saudara yang berumur 70 tahun dari Perancis berkata, “Saya bersara lima tahun dahulu. Saya boleh memilih sama ada untuk terus hidup Pejabat cawangan Benin mengawasi kerja penyebaran di empat negara tersebut, dan mereka menggunakan bahasa Perancis.
3
aman di Perancis dan tunggu ketibaan Firdaus, atau meluaskan kerja penyebaran saya.” Aurele membuat pilihan yang kedua. Lebih kurang tiga tahun yang lalu, dia dan isterinya, Albert-Fayette, berpindah ke Benin. “Merelakan diri untuk berkhidmat di sini adalah keputusan yang terbaik,” kata Aurele. Dia menambah sambil tersenyum, “Lebih-lebih lagi, sebahagian kawasan persisiran pantai di sini sudah pun seperti Firdaus.” Enam belas tahun dahulu, Clodomir dan isterinya, Lysiane berpindah dari Perancis ke Benin. Pada mulanya mereka sangat merindui keluarga dan kawan-kawan di Perancis. Mereka juga khuatir bahawa mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Namun, tiada alasan untuk takut kerana mereka menikmati sukacita yang besar. “Sepanjang 16 tahun ini, kami berpeluang membantu kira-kira seorang setiap tahun untuk memeluk kebenaran,” kata Clodomir. Sébastien dan Johanna ialah pasangan dari Perancis yang berpindah ke Benin pada 2010. “Ada banyak kerja yang harus dilakukan dalam sidang,” kata Sébastien. Oleh sebab mereka sibuk dengan kerja Teokratik, mereka cepat belajar! Apakah reaksi orang di sana terhadap kerja penyebaran? Johanna berka-
ta, “Orang di sini mendahagakan kebenaran. Semasa kami tidak menginjil, orang masih datang untuk tanya soalan mengenai Bible dan ingin mendapatkan bahan bacaan kami.” Apakah kesan kehidupan di Benin terhadap perkahwinan mereka? Sébastien berkata, “Perkahwinan kami semakin kukuh. Saya gembira untuk meluangkan masa sehari suntuk dengan isteri saya.” Eric dan isterinya, Katy, merintis di bahagian utara Benin yang penduduknya bertaburan. Kira-kira sepuluh tahun yang lalu, semasa di Perancis, mereka membaca rencana tentang berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan. Mereka juga berbual dengan pekhidmat sepenuh masa. Oleh itu, mereka didorong untuk berpindah ke negara lain pada tahun 2005. Peningkatan pesat yang berlaku di sana memang menakjubkan. Eric berkata, “Dua tahun lalu, kumpulan kami di pekan Tanguiéta hanya ada 9 orang penyiar; sekarang ada 30 orang penyiar. Pada hari Ahad, kira-kira 50 hingga 80 orang menghadiri perjumpaan. Hasilnya, sukacita yang kami alami tidak terhingga.”
KENALI CABARAN DAN ATASINYA Apakah cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berpindah ke negara lain? Benjamin berumur 33 tahun
Cara Melatih Orang Lain Pascal, seorang perintis dan penatua dari Perancis, berkhidmat di Benin lebih daripada 12 tahun. Dia berkata, “Melihat kemajuan saudara saudari ialah satu berkat.” Bagaimanakah dia membantu mereka membuat kemajuan? “Saya menyesuaikan latihan mengikut keperluan setiap individu. Semasa menyebar, saya belajar daripada saudara saudari tempatan cara untuk memberi salam. Saya pula mengajar mereka mengambil nota. Banyak jalan tiada nama dan banyak rumah tiada nombor. Ada yang tidak dapat membuat kunjungan kembali kerana tidak mencatat nota. Saya menunjukkan bahawa nota ringkas
mengingatkan kita tentang orang yang berminat dan tempat tinggal mereka. Hal ini mendorong kita untuk membuat kunjungan kembali.” “Di sini, orang belajar melalui pendengaran. Mereka pandai bercakap beberapa bahasa tanpa belajar daripada buku, tetapi membaca adalah mencabar bagi mereka. Saya mengadakan latihan membaca bersama beberapa saudara. Seraya mereka membuat kemajuan, mereka semakin suka membaca. Kemudian, saya mengajar mereka cara membuat penyelidikan. Mereka cepat maju dan tidak lama kemudian dilantik sebagai pembantu sidang.”
(1) Albert-Fayette dan Aurele (2) Anne-Rakel (3) Lysiane dan Clodomir bersama beberapa orang yang belajar kebenaran daripada mereka (4) Marie-Thérèse (5) Benjamin
1
dan merupakan adik kepada Anne-Rakel. Pada tahun 2000 di Denmark, dia berjumpa dengan seorang mubaligh yang pernah berkhidmat di Togo. Benjamin berkata, “Selepas memberitahu niat saya untuk merintis kepadanya, dia berkata, ‘Kamu boleh merintis di Togo.’” Benjamin berfikir dan berkata, “Pada masa itu, saya belum lagi berumur 20 tahun, tetapi dua orang kakak saya sudah pun berkhidmat di Togo. Oleh itu, lebih senang untuk saya ke sana.” Walaupun Benjamin sudah berpindah, dia masih menghadapi cabaran. Benjamin menerangkan, “Saya tidak tahu bahasa Perancis. Enam bulan pertama memang susah kerana saya tidak dapat berkomunikasi.” Namun, Benjamin membuat kemajuan beransur-ansur. Kini dia berkhidmat di Bethel Benin. Dia mengedarkan bahan bacaan dan membantu di bahagian komputer. Sebelum berpindah ke Benin, Eric dan Katy, yang disebutkan tadi, berkhidmat di sidang bahasa asing di Perancis. Apakah cabaran di Afrika Barat? Katy berkata, “Tidak senang untuk mendapatkan tempat tinggal yang sesuai. Berbulan-bulan kami tinggal di rumah yang tidak mempunyai elektrik dan bekalan air.” Eric menambah, “Jiran sering memainkan muzik dengan kuat sehingga larut malam. Kita perlu bersabar dan rela menyesuaikan diri.” Mereka berkata, “Menginjil kepada orang yang tidak pernah mendengar kebenaran membuat kami gembira lalu melupakan segala masalah yang dihadapi.” Michel dan Marie-Agnès ialah sepasang suami isteri Perancis yang berumur lewat 50-an yang berpindah
2 4
3 5
ke Benin lima tahun lalu. Sebelum berpindah, mereka berasa khuatir. Sesetengah orang berfikir bahawa rancangan mereka berisiko. Dia berkata, “Kalau bukan Yehuwa yang menyokong kami, tentu kami gelisah sekali. Jadi kami berpindah demi Yehuwa dan dengan bantuan Yehuwa.”
CARA MEMPERSIAPKAN DIRI Mereka yang berkhidmat di negara lain menekankan pentingnya untuk mempersiapkan diri menerusi langkah-langkah ini: Buat rancangan awal. Belajar untuk menyesuaikan diri. Mengawal perbelanjaan. Bergantung pada Yehuwa.—Luk. 14:28-30. Sébastien, yang disebutkan tadi, menceritakan, “Sebelum berpindah, Johanna dan saya menyimpan wang selama dua tahun dengan mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan dan perkara yang tidak diperlukan.” Untuk terus berkhidmat di luar negara, mereka bekerja di Eropah untuk beberapa bulan setiap tahun, kemudian mereka merintis di Benin pada bulan-bulan yang seterusnya.
5
Marie-Thérèse ialah salah seorang daripada 20 saudari bujang yang berkhidmat di Afrika Barat. Di Perancis dia bekerja sebagai pemandu bas. Namun pada 2006, dia bercuti untuk merintis di Niger selama setahun. Kemudian, dia sedar bahawa inilah kehidupan yang dia dambakan. Marie-Thérèse berkata, “Selepas pulang ke Perancis, saya bercakap dengan majikan tentang hasrat saya untuk mengubah jadual kerja, dan dia setuju. Sekarang, dari bulan Mei hingga Ogos, saya kerja sebagai pemandu bas di Perancis, dan dari bulan September hingga April, saya berkhidmat sebagai perintis di Niger.” Mereka yang ‘mengutamakan Pemerintahan Tuhan’ boleh yakin bahawa Yehuwa akan menjaga semua keperluan mereka. (Mat. 6:33) Contohnya, Saphira, seorang saudari yang berumur lewat 20-an, merintis di Benin. Pada 2011, dia balik ke Perancis untuk mencari nafkah agar dapat berkhidmat di Afrika untuk setahun lagi (tahun keenamnya). Saphira berkata, “Hari ini Jumaat, hari terakhir saya bekerja. Tetapi saya masih memerlukan kerja sepuluh hari lagi agar dapat membiayai perbelanjaan untuk tahun yang seterusnya. Saya hanya ada dua minggu lagi di Perancis. Saya berdoa kepada Yehuwa dan menjelaskan situasi saya. Kemudian, sebuah agensi pekerjaan menelefon saya dan bertanya jika saya boleh menggantikan seorang pekerja untuk dua minggu.” Pada hari Isnin, Saphira pergi ke tempat kerja untuk men-
dapatkan latihan daripada pekerja yang dia akan gantikan. Saphira berkata, “Tidak sangka bahawa pekerja itu ialah seorang saudari yang memerlukan cuti sepuluh hari untuk menghadiri Sekolah Latihan Perintis! Majikan enggan meluluskan cutinya kecuali dia dapat mencari orang yang dapat menggantikan tempatnya. Dia telah berdoa meminta bantuan Yehuwa—sama seperti saya.” SUMBER KEPUASAN SEJATI Sesetengah saudara saudari yang lama berkhidmat di Afrika Barat terus menetap di sana. Yang lain pula, tinggal untuk beberapa tahun dan kembali ke negara asal. Mereka yang pernah berkhidmat di negara lain masih meraih manfaat daripada pengalaman mereka. Mereka menyedari bahawa kepuasan sejati datang daripada khidmat kepada Yehuwa.
6 7
8
9
(6) Johanna dan Sébastien (7) Katy dan Eric (8) Marie-Agnès dan Michel (9) Saphira
6
Menyembah Yehuwa, Raja yang Kekal “Raja yang kekal . . . dihormati serta dimuliakan selama-lamanya!”—1 TIM. 1:17.
RAJA SOBHUZA II telah memerintah Swaziland selama hampir 61 tahun. Hal ini amat mengagumkan kerana dia memerintah untuk waktu yang lama. Namun, terdapat raja yang dapat memerintah selama-lamanya. Bible berkata bahawa Dia ialah “Raja yang kekal.” (1 Tim. 1:17) Seorang pemazmur menyebut nama raja ini dengan berkata, ‘Yehuwa memerintah sebagai Raja selama-lamanya.’—Mzm. 29:10. 2 Jangka masa pemerintahan Yehuwa berbeza dengan pemerintahan manusia. Namun, kita semua tertarik dengan cara Dia memerintah. Seorang raja yang memerintah Israel selama 40 tahun memuji Tuhan dengan berkata, ‘Yehuwa pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih. Yehuwa membina takhta-Nya di syurga; Dia raja yang menguasai semuanya.’ (Mzm. 103:8, 19, ABB) Yehuwa bukan sahaja Raja kita, malah Dia merupakan Bapa kita yang penyayang di syurga. Bagaimanakah Yehuwa membuktikan diri sebagai Bapa? Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa Dia masih Raja yang berkuasa sejak pemberontakan di Taman Eden? Jawapan kepada soalan-soalan ini akan mendekatkan kita kepada Yehuwa 1, 2. (a) Siapakah “Raja yang kekal,” dan mengapakah gelaran ini sesuai?
(Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah yang membuat kita tertarik kepada cara Yehuwa memerintah?
7
APAKAH JAWAPAN ANDA? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Mengapakah kita tertarik kepada cara Yehuwa memerintah?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah Yehuwa selalu menunjukkan kasih kepada keluarga-Nya di bumi?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Apakah yang mendorong anda untuk menyembah Raja yang kekal?
dan mendorong kita untuk menyembahNya dengan sepenuh hati. RAJA KEKAL MENCIPTA KELUARGA BESAR
3Betapa bangganya Yehuwa apabila menciptakan anak tunggal-Nya! Tuhan tidak merendahkan anak tunggal-Nya, tetapi mengasihi dan menjemput dia untuk menciptakan makhluk sempurna yang lain. (Kol. 1:15-17) Antaranya ialah jutaan malaikat yang “melakukan kehendak-Nya” dengan sukacita. “Makhluk-makhluk syurga” ini merupakan sebahagian daripada keluarga Yehuwa yang besar.—Mzm. 103: 20-22; Ayb. 38:7. 4Setelah menciptakan langit dan menjadikan bumi sebagai tempat tinggal yang indah, Yehuwa menambah ahli keluarga-Nya. Dia menciptakan manusia pertama, Adam, mengikut imej-Nya. (Kej. 1:2628) Sebagai Bapa, Yehuwa memberikan semua perintah dengan baik hati dan pengasih. Sebagai Pencipta, Yehuwa mengharapkan Adam untuk mematuhi-Nya. Dia tidak memberikan peraturan yang terlalu ketat sehingga membatasi kebebasan Adam. —Baca Kejadian 2:15-17. 5 Tidak seperti raja-raja di bumi, Yehuwa memperlakukan ciptaan-Nya seperti ahli keluarga yang boleh dipercayai dan memberikan mereka tanggungjawab. Misalnya, Dia memberi Adam tugasan yang menyeronokkan dan memuaskan, iaitu untuk menamakan semua binatang. (Kej. 1:26; 2: 19, 20) Tuhan tidak mencipta setiap manusia. Sebaliknya, Dia mencipta pelengkap bagi Adam, iaitu Hawa. (Kej. 2:21, 22) Dia memberi mereka peluang untuk beranak 3. Siapakah ahli keluarga Yehuwa yang pertama?
Keluarga Yehuwa yang besar merangkumi siapa? 4. Bagaimanakah manusia menjadi sebahagian daripada keluarga Yehuwa yang besar? 5. Apakah aturan Tuhan untuk memenuhi bumi dengan manusia?
8
cucu dan memenuhi bumi. Dalam keadaan yang sempurna, manusia mampu menjadikan seluruh bumi sebuah firdaus. Jika demikian, umat manusia dapat menyembah Yehuwa selama-lamanya bersama para malaikat di syurga dan membentuk sebuah keluarga yang besar. Betapa menakjubkan harapan ini! Sememangnya, Yehuwa ialah Bapa yang pengasih! MANUSIA MENOLAK TUHAN SEBAGAI RAJA
6Sedihnya, Adam dan Hawa tidak rela menerima Yehuwa sebagai Pemerintah Yang Berdaulat. Sebaliknya mereka mengikut Syaitan, malaikat yang memberontak menentang Tuhan. (Kej. 3:1-6) Akibatnya mereka merana, menghadapi kesusahan, dan membawa kematian kepada seluruh umat manusia. (Kej. 3:16-19; Rm. 5:12) Maka, tiada lagi individu di bumi yang taat kepada Tuhan. Adakah hal ini bermaksud Yehuwa tidak lagi berkuasa dan bukan lagi Pemerintah Yang Berdaulat? Tidak! Dia mengusir Adam dan Hawa dari Taman Eden, dan menempatkan kerub untuk mengawal jalan masuk ke taman itu. (Kej. 3:23, 24) Pada masa yang sama, Yehuwa membuktikan bahawa Dia ialah Bapa yang penyayang dengan berjanji untuk memenuhi tujuan asal-Nya, iaitu menyatukan manusia dan malaikat dalam sebuah keluarga yang besar. Dia berjanji bahawa salah satu ‘keturunan’ Adam akan memusnahkan Syaitan dan memansuhkan segala keburukan yang dibawa Syaitan.—Baca Kejadian 3:15. 7 Sepanjang ratusan tahun yang seterus6. (a) Bagaimanakah pemberontakan berlaku di
dalam keluarga Tuhan? (b) Mengapakah pemberontakan itu tidak bermaksud bahawa Yehuwa tidak lagi berkuasa? 7, 8. (a) Apakah keadaan di bumi pada zaman Nuh? (b) Apakah yang dilakukan Yehuwa untuk membersihkan bumi dan melindungi umat manusia?
nya, ada beberapa orang yang setia kepada Tuhan seperti Habel, dan Henokh. Namun kebanyakan manusia tidak menerima Yehuwa sebagai Bapa dan Raja. Pada zaman Nuh, “kekejaman terdapat di mana-mana.” (Kej. 6:11) Adakah hal ini bermaksud bahawa Yehuwa tidak dapat mengawal keadaan di bumi lagi? Apakah yang dikatakan dalam Bible? 8Perhatikanlah kisah Nuh. Yehuwa memberinya arahan yang terperinci mengenai cara membina sebuah bahtera yang akan menyelamatkan dia dan keluarganya. Tuhan juga menunjukkan bahawa Dia masih menyayangi umat manusia dengan menyuruh ‘Nuh mengisytiharkan cara hidup yang dikehendaki Tuhan’ kepada mereka. (2 Ptr. 2:5) Sudah tentu Nuh menggalakkan orang untuk bertaubat dan memberikan amaran tentang pembinasaan yang akan tiba. Namun kebanyakan orang tidak mengendahkannya. Selama puluhan tahun, Nuh dan keluarganya hidup di bumi yang ganas dan tidak bermoral. Selaku Bapa penyayang, Yehuwa melindungi lapan individu ini. Dengan membawa Banjir besar, Yehuwa menyingkirkan manusia dan malaikat jahat dari bumi. Hal ini menunjukkan bahawa Dia masih berkuasa.—Kej. 7: 17-24. PEMERINTAHAN YEHUWA SELEPAS BANJIR
9Selepas Nuh dan keluarganya keluar dari bahtera dan melangkah ke atas bumi yang telah dibersihkan serta menghirup udara yang segar, mereka berasa sangat bersyukur kepada Yehuwa kerana menjaga dan melindungi mereka. Dengan serta merta, Nuh membina sebuah mazbah lalu mempersembahkan korban kepada Yehuwa. Tuhan memberkati keluarga Nuh dan memerintah mereka untuk ‘mempunyai 9. Apakah peluang yang diberikan Yehuwa kepa-
da manusia selepas Banjir?
anak cucu yang banyak supaya keturunan mereka mendiami seluruh bumi.’ (Kej. 8:20–9:1) Sekali lagi, umat manusia berpeluang menyembah Yehuwa dan memenuhi bumi. 10Namun, manusia masih berdosa selepas Banjir. Manusia masih menghadapi pengaruh Syaitan dan roh-roh jahat yang tidak kelihatan. Tidak lama kemudian, manusia mula memberontak menentang Yehuwa. Contohnya Nimrod, cicit Nuh, digelar sebagai ‘seorang pemburu ulung’ yang menentang Yehuwa. Dia membina kotakota besar, seperti Babel, dan menjadikan dirinya raja “di Babilonia.” (Kej. 10: 8-12) Apakah yang akan dilakukan Yehuwa terhadap Nimrod yang enggan menurut perintah-Nya untuk “menduduki seluruh muka bumi”? Tuhan mengelirukan bahasa pengikut Nimrod sehingga mereka semua ‘tercerai-berai ke seluruh bumi.’ Mereka juga membawa bersama ibadat palsu dan corak pemerintahan manusia dengan mereka.—Kej. 11:1-9. 11Walaupun banyak orang menyembah tuhan-tuhan palsu selepas Banjir, terdapat beberapa orang yang setia menyembah Yehuwa. Salah seorang ialah Abraham. Dia patuh kepada Yehuwa dengan meninggalkan halaman rumahnya yang selesa dan tinggal dalam khemah untuk masa yang lama. (Kej. 11:31; Ibr. 11:8, 9) Oleh sebab Abraham berpindah-randah, dia dikelilingi oleh raja-raja manusia yang tinggal dalam kota bertembok. Seperti seorang bapa, Yehuwa melindungi keluarga Abraham. ‘Tuhan tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka; kerana mereka, 10. (a) Selepas Banjir, di manakah dan bagaima-
nakah umat manusia mula memberontak menentang Yehuwa? (b) Apakah yang dilakukan oleh Yehuwa supaya kehendak-Nya terlaksana? 11. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kesetiaan kepada sabahat-Nya, Abraham?
9
Yehuwa sentiasa berkuasa sebagai Raja (Lihat perenggan 6, 8, 10, 12, 17)
Taman Eden
Banjir besar pada zaman Nuh 2370 SM
Kota Babel Selepas 2269 SM
Dia memberikan amaran kepada raja-raja,’ kata seorang pemazmur. (Mzm. 105:13, 14) Oleh sebab Yehuwa setia kepada sahabatNya, Dia berjanji kepada Abraham bahawa ‘ada antara keturunannya yang akan menjadi raja.’—Kej. 17:6; Yak. 2:23. 12 Tuhan berjanji kepada anak Abraham, Ishak, dan cucu Abraham, Yakub, bahawa ada antara keturunan mereka yang akan menjadi raja. (Kej. 26:3-5; 35:11) Tetapi, keturunan Yakub telah menjadi hamba di Mesir. Adakah hal ini bermaksud Yehuwa tidak akan menunaikan janji-Nya atau Dia tidak lagi berkuasa ke atas bumi? Tidak! Yehuwa kemudiannya membuktikan bahawa Dia jauh lebih berkuasa daripada Firaun yang degil. Bangsa Israel menaruh kepercayaan kepada Yehuwa. Maka, Dia membebaskan mereka dengan cara yang menakjubkan melalui Laut Merah. Jelaslah, Yehuwa masih berkuasa, dan seperti seorang Bapa yang pengasih, Dia menggunakan kuasa-Nya untuk melindungi umatNya.—Baca Keluaran 14:13, 14. 12. Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan kuasa-
Nya ke atas Mesir, dan apakah reaksi umat-Nya?
10
Laut Merah 1513 SM
Yesus dibangkitkan 33 M
YEHUWA MENJADI RAJA ISRAEL 13
Sejurus selepas mereka dibebaskan secara mukjizat dari Mesir, orang Israel menyanyikan lagu kemenangan untuk memuji Yehuwa. Lagu itu tercatat di buku Keluaran bab 15, dan sebahagian daripada lagu itu berbunyi, ‘Yehuwa akan menjadi raja selama-lamanya.’ (Kel. 15:18) Sememangnya, Yehuwa telah menjadi Raja kepada bangsa Israel yang baru dibentuk. (Ul. 33:5) Namun, orang Israel tidak puas hati dengan Raja yang tidak kelihatan, Yehuwa. Sekitar 400 tahun selepas meninggalkan Mesir, mereka meminta Tuhan untuk melantik seorang raja manusia, seperti yang dilakukan bangsa-bangsa kafir. (1 Sam. 8:5) Walaupun begitu, semasa pemerintahan Daud, Yehuwa masih dianggap Raja. 14 Daud telah membawa tabut perjanjian ke Yerusalem. Pada masa yang penuh kegembiraan itu, orang Lewi bernyanyi dan menyebut sesuatu yang menarik 13, 14. (a) Dalam sebuah lagu, apakah yang dinyanyikan oleh bangsa Israel mengenai Yehuwa? (b) Apakah janji Tuhan kepada Daud?
di 1 Tawarikh 16:31, ‘Beritahulah bangsa-bangsa bahawa Yehuwa itu Raja.’ Kita mungkin berfikir, “Bukankah Yehuwa ialah Raja yang kekal? Mengapakah Dia dikatakan menjadi Raja pada masa itu?” Yehuwa menjadi Raja apabila Dia menggunakan kuasa-Nya atau menugaskan seseorang untuk mewakili-Nya. Memahami hal ini amatlah penting. Sebelum Daud meninggal, Yehuwa berjanji kepada dia bahawa takhtanya akan berkekalan. Yehuwa berkata, “Seorang daripada puteramu akan Kulantik menjadi raja, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.” (2 Sam. 7:12, 13) Janji ini ditunaikan lebih daripada 1,000 tahun kemudian. Siapakah Raja yang dijanjikan dan bilakah dia menjadi Raja? YEHUWA MELANTIK RAJA BARU 15 Pada tahun 29 M, Yohanes Pembaptis mula mengkhabarkan bahawa ‘tidak lama lagi Kerajaan Syurga akan memerintah.’ (Mat. 3:2, nota kaki) Semasa Yesus dibaptis oleh Yohanes, Yehuwa melantik Yesus sebagai Mesias dan bakal Raja Kerajaan Tuhan. Sebagai Bapa yang pengasih, Yehuwa berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.”—Mat. 3:17. 16Semasa Yesus di bumi, dia memuliakan Bapanya. (Yoh. 17:4) Dia berbuat demikian dengan memberitakan Kerajaan Tuhan. (Luk. 4:43) Malah, dia mengajar pengikutnya untuk mendoakan kedatangan Kerajaan itu. (Mat. 6:10) Yesus yang bakal menjadi Raja dapat berkata kepada musuhnya, ‘Tuhan sudah mula memerintah antara kamu.’ (Luk. 17:21) Pada malam sebelum kematiannya, Yesus membuat perjanjian dengan para rasulnya. Hal ini bermaksud sesetengah pengikutnya mempunyai harapan untuk memerintah sebagai raja bersa-
15, 16. Bilakah Yesus dilantik sebagai bakal Raja
Kerajaan Tuhan? Semasa di bumi, apakah yang dilakukan Yesus bagi Kerajaan Tuhan yang bakal datang?
manya di Kerajaan Tuhan.—Baca Lukas 22: 28-30. 17Bilakah Yesus mula memerintah sebagai raja? Dia tidak memerintah dengan serta merta. Pada tengah hari yang berikutnya, Yesus dihukum mati dan dia ditinggalkan pengikutnya. (Yoh. 16:32) Walaupun demikian, Yehuwa masih berkuasa. Pada hari ketiga, Dia membangkitkan Anak-Nya. Pada Pentakosta 33 M, Yesus mula memerintah ke atas sidang Kristian yang terdiri daripada orang Kristian terurap. (Kol. 1:13) Tetapi, Yesus, ‘keturunan’ Daud yang dijanjikan, masih perlu menunggu untuk menerima kuasa sepenuhnya ke atas bumi. Yehuwa memberitahu Anak-Nya, “Duduklah di sebelah kananKu, sehingga Aku menaklukkan musuhmu kepadamu.”—Mzm. 110:1. SEMBAHLAH RAJA YANG KEKAL
Selama ribuan tahun, terdapat malaikat dan manusia yang memberontak menentang pemerintahan Yehuwa. Tetapi Yehuwa tetap berkuasa sebagai Pemerintah Yang Berdaulat. Sebagai Bapa yang pengasih, Dia telah melindungi dan menjaga umat-Nya yang setia seperti Nuh, Abraham, dan Daud. Tidakkah hal ini mendorong kita untuk tunduk kepada Raja kita dan mendekati-Nya? 19Maka, kita mungkin tertanya: Bagaimanakah Yehuwa menjadi Raja hari ini? Bagaimanakah kita menunjukkan kesetiaan dan menjadi anak-anak yang sempurna dalam keluarga-Nya? Apakah maknanya apabila kita berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan? Soalan-soalan ini akan dibincangkan dalam rencana seterusnya. 18
17. Bagaimanakah Yesus mula memerintah pada
abad pertama, tetapi dia masih perlu menunggu apa? 18, 19. Kita didorong untuk melakukan apa? Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana yang seterusnya?
11
Ayat tahunan bagi tahun 2014:
“Datanglah Kerajaan-Mu.” —Matius 6:10, NW
100 Tahun Yesus Kristus Memerintah Apakah Pencapaiannya? ‘Yehuwa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan. Raja selama-lamanya.’—WHY. 15:3, nota kaki. BOLEHKAH ANDA MENJAWAB? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah Yehuwa menjadi Raja pada 1914, dan apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Kerajaan ini?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah Raja Kerajaan Mesias memurnikan, mengajar, dan mengatur rakyatnya yang setia di bumi?
PADA 31 M, di atas sebuah gunung dekat Kapernaum, Yesus mengajar pengikutnya untuk berdoa, “Datanglah KerajaanMu.” (Mat. 6:10, NW) Hari ini, ramai orang meragui kedatangan Kerajaan Tuhan. Namun, kita yakin bahawa doa mengenai kedatangan Kerajaan Tuhan akan ditunaikan. 2Yehuwa akan menggunakan Kerajaan ini untuk menyatukan keluarga-Nya di syurga dan di bumi. Tujuan Yehuwa akan tercapai. (Yes. 55:10, 11) Sebenarnya, Yehuwa sudah pun memerintah sebagai Raja sekarang. Hal ini terbukti melalui perbuatan-Nya yang agung dan menakjubkan demi jutaan rakyat Kerajaan-Nya selama 100 tahun yang lalu! (Za. 14:9; Why. 15:3) Namun, Yehuwa menjadi Raja berbeza daripada kedatangan Kerajaan Tuhan yang kita doakan. Mengapakah hal ini berbeza? Apakah kesannya terhadap kita? RAJA YANG DITABALKAN YEHUWA BERTINDAK
________________________________________________________________________________________________________________________________
Bilakah doa kita, “Datanglah Kerajaan-Mu” akan dijawab sepenuhnya, dan apakah maknanya?
Menjelang akhir abad ke-19, umat Tuhan mula memahami nubuat Daniel yang ditulis 2,500 tahun yang lalu, ‘Pada masa 3
1, 2. Apakah yang akan dicapai oleh Kerajaan Tuhan? Mengapakah kita
boleh yakin bahawa Kerajaan Tuhan akan datang? 3. (a) Bilakah Yesus ditabalkan sebagai Raja, dan di mana? (b) Bagaimanakah anda membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan ditubuhkan pada 1914? (Lihat nota kaki.)
12
pemerintahan penguasa-penguasa itu, Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan.’ (Dan. 2:44) Selama beberapa dekad Pelajar Bible menunjukkan bahawa sesuatu yang penting akan berlaku pada 1914. Banyak orang pada masa itu berfikir bahawa masa depan mereka cerah. Seorang penulis menyatakan, “Tahun 1914 adalah masa yang penuh dengan harapan dan janji yang baik.” Namun, nubuat Bible digenapi apabila Perang Dunia I tercetus tidak lama kemudian. Masalah kebuluran, gempa bumi, dan wabak penyakit serta penggenapan nubuat-nubuat Bible yang lain membuktikan bahawa Yesus Kristus sudah mula memerintah sebagai Raja di syurga pada 1914. Dengan menabalkan Anak-Nya sebagai Raja Kerajaan Mesias, Yehuwa membuktikan diri sebagai Raja dalam cara yang baru. 4Apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Raja yang baru ditabalkan Yehuwa? Dia berperang dengan Syaitan, iaitu musuh utama Bapanya. Yesus bersama para malaikatnya menghalau Syaitan dan roh-roh jahat dari syurga. Peristiwa ini membawa sukacita di syurga, tetapi malapetaka di bumi. (Baca Wahyu 12:7-9, 12.) Kemudian, Raja itu memurnikan, mengajar, dan mengatur rakyatnya di bumi untuk melakukan kehendak Tuhan. Marilah kita lihat bagaimana mereka mematuhi Yesus hari ini.
pengaruh jahat Syaitan dan malaikat-malaikatnya dari syurga, Yehuwa memerintah Yesus untuk memeriksa dan memurnikan kerohanian penyembah sejati di bumi. Nabi Maleakhi pernah menjelaskan pemurnian rohani ini. (Mal. 3:1-3) Sejarah menunjukkan peristiwa ini berlaku antara tahun 1914 dan awal tahun 1919. Untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Yehuwa, kita mesti bersih, atau suci. (1 Ptr. 1:15, 16) Kita tidak harus tercemar dengan agama palsu atau hal ehwal politik. 6 Yesus menggunakan kuasanya sebagai Raja untuk melantik hamba yang setia dan bijaksana. Hamba ini sentiasa menyediakan makanan rohani yang berkhasiat kepada “kawanan” Yesus. (Mat. 24:45-47; Yoh. 10:16) Sejak 1919, kumpulan kecil saudara terurap ini setia menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan makanan rohani kepada “hamba-hamba yang lain.” Persediaan makanan rohani yang berlimpah ini menunjang iman kita untuk terus bertumbuh. Hal ini menguatkan tekad kita untuk tetap bersih secara rohani, moral, mental, dan jasmani. Makanan rohani ini juga mengajar dan memperlengkapkan kita untuk mengambil bahagian dalam kerja yang terpenting, iaitu kerja penyebaran. Adakah anda sedang memanfaatkan makanan rohani ini? RAJA MENGAJAR PENGIKUTNYA MENGINJIL KE SELUAS DUNIA
5Selepas Raja Mesias menyingkirkan
Semasa Yesus memulakan kerja penyebaran di bumi, dia mengumumkan, ‘Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku
Lihat buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? muka surat 101-106.
Lihat majalah pembelajaran terbitan 15 Julai 2013, muka surat 22-23, perenggan 12.
4. Apakah perkara pertama yang dilakukan Yesus
6. Bagaimanakah makanan rohani disediakan, dan
selepas menjadi Raja? Apakah yang dia lakukan seterusnya? 5. Apakah yang berlaku antara tahun 1914 dan awal tahun 1919?
mengapakah makanan ini penting? 7. Apakah kerja penting yang Yesus mulakan semasa di bumi, dan sehingga bilakah kerja ini akan dilakukan?
RAJA MESIAS MEMURNIKAN RAKYATNYA
7
13
PEMURNIAN 1914 hingga 1919 Yesus memeriksa dan memurnikan kerohanian pengikutnya di bumi. Pada 1919, Yesus melantik hamba yang setia dan bijaksana
1919 Seorang saudara telah dilantik untuk memimpin kerja penyebaran
1927 Aturan menginjil dari rumah ke rumah pada hari Ahad diadakan
1938 Saudara yang mengambil pimpinan di sidang dilantik secara teokratik
1943 Sekolah Latihan Gilead dan Sekolah Penyebaran Teokratik 851,378
Jumlah Penyiar di Seluas Dunia: 6,000 17,000 1910
1914
1972 Tanggungjawab di sidang dipikul oleh badan penatua
1920
328,572 1930
khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Tuhan mengutus aku untuk melakukan tugas itu.’ (Luk. 4:43, nota kaki) Selama tiga setengah tahun, kerja penyebaran merupakan kerja utama Yesus. Dia mengarahkan pengikutnya, ‘Pergilah dan khabarkanlah bahawa “tidak lama lagi Tuhan akan memerintah.”’ (Mat. 10:7, ABB) Selepas dibangkitkan, Yesus bernubuat bahawa pengikutnya akan menyebarkan berita ini “sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:8) Dia juga berjanji bahawa dia turut menyertai kerja penting ini sehingga ke akhir sistem dunia.—Mat. 28:19, 20. 8Sejak 1919, berita baik Kerajaan Tuhan merangkumi sesuatu yang baru. (Mat. 24:14) Raja sudah memerintah di syurga dan dia telah mengumpulkan sekumpulan kecil pengikutnya yang suci di bumi. Mereka ghairah mengikut perintah Yesus untuk mengkhabarkan berita baik di serata dunia. (Kis. 10:42) Contohnya, pada September 1922, di Cedar Point, Ohio, A.S., hampir 20,000 orang berkumpul untuk konvensyen antarabangsa. Mereka berasa sangat teruja semasa mendengar ceramah Saudara Rutherford yang berbunyi, “Lihatlah, Raja kita sudah memerintah! Kamulah wakil-wakilnya. Maka umumkan, umumkan, umumkan, Raja
1940
1950
1960
kita dan kerajaannya.” Pada keesokan hari, dua ribu orang keluar menginjil sehingga sejauh 72 km dari tapak konvensyen. Dengan bersemangat, seorang saudara berkata bahawa dia tidak dapat melupakan ceramah Saudara Rutherford untuk mengumumkan Kerajaan Tuhan dan semangat para hadirin pada masa itu. Hadirin lain turut berasa demikian. 9 Pada tahun 1922, lebih daripada 17,000 penyiar menginjil di 58 negara. Namun mereka memerlukan latihan. Pada abad pertama, Yesus memberikan arahan terperinci tentang apa, di mana, dan bagaimana untuk menginjil. (Mat. 10:5-7; Luk. 9:1-6; 10: 1-11) Hari ini, Raja Yesus juga memastikan bahawa semua penyiar menerima arahan dan perlengkapan untuk menginjil. (2 Tim. 3:17) Melalui sidang, Yesus mengajar rakyatnya di bumi. Satu cara adalah melalui Sekolah Penyebaran Teokratik yang diadakan di lebih daripada 111,000 sidang di serata dunia. Sekolah ini membantu lebih daripada tujuh juta penyiar untuk mengajar kebenaran yang sesuai dengan “keadaan semua orang.”—Baca 1 Korintus 9:20-23. 10Selain daripada Sekolah Penyebaran Teokratik, terdapat sekolah lain yang melatih penatua, perintis, saudara bujang, pa9, 10. (a) Apakah aturan yang dibuat untuk mela-
8. Bagaimanakah Raja mendorong pengikutnya
untuk mengkhabarkan berita Kerajaan?
14
tih para penyiar? (b) Bagaimanakah anda mendapat manfaat daripada latihan ini?
7,224,930
1976 Badan Pimpinan dibahagikan kepada enam jawatankuasa
1977 Sekolah Latihan Perintis
Organisasi
6,035,564
1987 Sekolah Latihan Pengorganisasian
2000 Sekolah untuk Penyelia Lawatan
2011 Sekolah Bible untuk Pasangan Kristian
Pendidikan
2,175,403 1,384,782 1970
1980
1990
sangan Kristian, Ahli Jawatankuasa Cawangan dan isteri mereka, penyelia lawatan dan isteri mereka, serta mubaligh. Pelajar yang menghadiri Sekolah Bible untuk Pasangan Kristian berkata, “Latihan khusus yang kami terima mendalamkan kasih kami terhadap Yehuwa dan mempersiapkan kami untuk membantu orang lain.” 11Musuh kita, Syaitan, memerhatikan segala usaha yang dicurahkan untuk menginjil dan mengajar orang kebenaran. Dia menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan kerja ini. Namun usahanya gagal. Yehuwa telah memberi Anak-Nya jauh lebih banyak kuasa daripada “semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja.” (Ef. 1:20-22) Sebagai Raja, Yesus menggunakan kuasanya untuk melindungi pengikutnya dan memastikan bahawa kehendak Bapanya dilaksanakan. Kerja penyebaran terus dijalankan dan jutaan orang yang berhati jujur sedang belajar cara untuk menyembah Yehuwa. Betapa besarnya penghormatan kita kerana dapat melibatkan diri dalam kerja penyebaran!
2000
2010
2014
RAJA MENGATUR PENGIKUTNYA UNTUK MENINGKATKAN USAHA
Lihat majalah pembelajaran 15 September 2012, muka surat 13-17, “Sekolah Teokratik—Bukti akan Kasih Yehuwa.” Lihat majalah pembelajaran 15 Ogos 2013, muka surat 30, “Beberapa Kemenangan Mahkamah Terkini.”
12Semenjak penubuhan Kerajaan Tuhan pada 1914, Raja telah memurnikan cara umat Tuhan melakukan kehendak Bapanya. (Baca Yesaya 60:17.) Pada tahun 1919, seorang saudara telah dilantik di setiap sidang untuk mengambi pimpinan dalam kerja penyebaran. Menginjil dari rumah ke rumah pada hari Ahad telah diaturkan pada tahun 1927. Pada tahun 1931, hamba Yehuwa mula menyandang nama Saksi-Saksi Yehuwa yang turut mendorong mereka untuk lebih bergiat dalam kerja penyebaran. (Yes. 43:10-12) Pada tahun 1938, saudara yang mengambil pimpinan di sidang tidak lagi dilantik secara mengundi tetapi secara teokratik. Pada tahun 1972, tanggungjawab sidang tidak lagi dipikul oleh seorang saudara sahaja tetapi oleh sekumpulan penatua. Oleh itu, semua saudara yang layak digalakkan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. (1 Ptr. 5:2) Pada tahun 1976, Badan Pimpinan telah dibahagikan kepada enam jawatankuasa untuk mengawasi kerja sedunia. Sejak itu, Yesus terus mengatur para pengikutnya untuk melakukan segala sesuatu menurut cara Yehuwa.
11. Mengapakah para penyiar dapat terus mengin-
12. Semenjak 1914, bagaimanakah aturan organi-
jil walaupun ditentang?
sasi Yehuwa dimurnikan?
15
13Fikirkan pencapaian Raja Mesias selama 100 tahun pemerintahannya. Dia telah memurnikan sekumpulan orang untuk mewakili Yehuwa. Dia telah memimpin kerja penyebaran di 239 negara dan mengajar jutaan orang cara untuk menyembah Yehuwa. Dia juga telah menyatukan lebih daripada tujuh juta orang untuk melakukan kehendak Bapanya dengan sukarela. (Mzm. 110:3) Sememangnya, Yehuwa telah melaksanakan banyak perkara yang agung dan menakjubkan melalui Kerajaan Mesias. Namun, terdapat banyak lagi peristiwa menarik yang bakal berlaku.
Meskipun Yehuwa menabalkan Yesus Kristus sebagai Raja Mesias pada 1914, peristiwa ini belum lagi menjawab doa “datanglah Kerajaan-Mu.” (Mat. 6:10, NW) Bible menubuatkan bahawa Yesus akan ‘berkuasa atas musuh-musuhnya.’ (Mzm. 110:2) Pemerintahan manusia di bawah kuasa Syaitan masih menentang Kerajaan Tuhan. Semasa kita berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan, kita sebenarnya sedang berdoa agar Raja Kerajaan Mesias serta 144,000 orang yang memerintah bersamanya melenyapkan segala kerajaan manusia dan penentang Kerajaan Tuhan di bumi. Tindakan ini akan menggenapi ayat di Daniel 2:44, “Kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain,” iaitu semua pemerintah manusia yang menentang Kerajaan Tuhan. (Why. 6:1, 2; 12:18-13:18; 19:11-21) Peristiwa ini akan berlaku tidak lama lagi. Memandangkan Kerajaan Tuhan sudah memerintah se-
lama 100 tahun di syurga, ayat di Matius 6: 10 (NW), “Datanglah Kerajaan-Mu” sangat sesuai bagi ayat tahunan 2014! 15Selepas Raja Mesias memusnahkan musuh-musuh Tuhan, dia akan membuang Syaitan dan roh-roh jahat ke dalam jurang selama seribu tahun. (Why. 20:1-3) Selepas pengaruh jahat disingkirkan, Kerajaan Tuhan akan segera membantu orang meraih manfaat daripada korban tebusan Yesus dan menghapuskan kesan daripada dosa Adam. Raja itu akan membangkitkan jutaan orang daripada kematian dan program pendidikan akan diaturkan secara besar-besaran untuk mengajar mereka tentang Yehuwa. (Why. 20:12, 13) Seluruh bumi akan berubah menjadi sebuah firdaus seperti Taman Eden dan semua manusia yang setia akan menjadi sempurna. 16Selepas seribu tahun pemerintahan Kristus, kehendak Yehuwa bagi bumi akan tercapai. Kemudian, Yesus akan menyerahkan Kerajaan itu kembali kepada Bapanya. (Baca 1 Korintus 15:24-28.) Pada masa itu, manusia tidak lagi memerlukan perantara untuk mendekati Yehuwa. Semua anakanak Tuhan di syurga dan di bumi akan bersatu dengan Bapa mereka dan menjadi sebuah keluarga yang besar. 17Peristiwa-peristiwa menakjubkan yang berlaku selama 100 tahun pemerintahan Kerajaan Tuhan meyakinkan kita bahawa Yehuwa berkuasa dan kehendak-Nya bagi bumi akan digenapi. Semoga kita terus setia dan mengumumkan tentang Raja dan Kerajaan Tuhan. Kita yakin bahawa tidak lama lagi Yehuwa akan menjawab doa kita, “Datanglah Kerajaan-Mu”!
13. Apakah perasaan anda terhadap pencapaian
15, 16. (a) Apakah peristiwa-peristiwa menarik
Raja Mesias selama 100 tahun? 14. (a) Semasa berdoa kepada Tuhan, “Datanglah Kerajaan-Mu,” apakah sebenarnya yang kita doakan? (b) Apakah ayat tahunan bagi 2014, dan mengapakah ayat ini sesuai?
yang akan berlaku semasa pemerintahan Kristus seribu tahun? (b) Apakah perkara terakhir yang akan dilakukan oleh Raja Mesias, Yesus? Bagaimanakah kehendak Yehuwa tercapai pada masa itu? 17. Apakah tekad anda?
BERKAT YANG BAKAL DIBAWA OLEH KERAJAAN MESIAS 14
16
Buatlah Pilihan Bijak semasa Muda ‘Pemudi dan pemuda memuji nama Yehuwa!’ —MZM. 148:12, 13.
KITA hidup pada masa yang genting. Ribuan orang dari pelbagai bangsa sedang menerima kebenaran. (Why. 7:9, 10) Ramai pemuda dan pemudi menikmati peluang untuk membantu orang menerima “air yang memberikan hidup.” (Why. 22:17) Mereka mengajar Bible dan membantu orang lain menikmati cara hidup yang lebih baik. Yang lain pula memberitakan khabar baik di kawasan penyebaran bahasa asing. (Mzm. 110:3; Yes. 52:7) Bagaimanakah anda dapat menikmati peluang untuk berkhidmat kepada Yehuwa? 2 Semasa muda, anda boleh membuat keputusan yang membantu anda untuk berkhidmat kepada Yehuwa pada kemudian hari. Contohnya, Timotius telah membuat pilihan bijak semasa dia masih kanak-kanak. Hal ini membolehkannya menjadi seorang mubaligh apabila dia berumur lewat belasan tahun atau awal 20-an. (Kis. 16:1-3) Tidak lama kemudian, sidang Tesalonika mengalami penganiayaan yang teruk. Rasul Paulus terpaksa meninggalkan tempat itu. Maka, Paulus menugaskan Timotius untuk melawat sidang tersebut bagi menggalakkan orang 1. Apakah peluang istimewa yang dinikmati oleh ramai orang muda? 2. Bagaimanakah pengalaman Timotius menunjukkan bahawa Yehuwa
rela mengamanahkan tanggungjawab kepada orang muda? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
17
BOLEHKAH ANDA JELASKAN? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Apakah yang boleh dilakukan oleh pemuda pemudi sekarang supaya mereka berpeluang untuk berkhidmat kepada Yehuwa pada kemudian hari?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah sesetengah orang menikmati zaman muda mereka?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Apakah prinsip-prinsip Bible yang boleh membantu anda membuat keputusan yang terbaik dalam hidup?
Kristian di sana. (Kis. 17:5-15; 1 Tes. 3:1, 2, 6) Bolehkah anda bayangkan perasaan Timotius semasa menerima tugasan tersebut?
PILIHAN ANDA SEMASA MUDA
3Masa untuk membuat keputusan penting adalah semasa muda. Tetapi ada satu keputusan yang jauh lebih penting daripada keputusan lain, iaitu menyembah Yehuwa. Bilakah masa yang terbaik untuk membuat keputusan ini? Yehuwa berkata, “Ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda.” (Pkh. 12:1) Cara untuk mengingat Yehuwa adalah dengan berkhidmat kepada-Nya dengan sepenuh hati. (Ul. 10:12) Keputusan ini adalah keputusan terpenting yang akan membentuk masa depan anda.—Mzm. 71:5. 4Sudah tentu, keputusan untuk menyembah Yehuwa bukan satu-satunya keputusan yang mempengaruhi masa depan anda. Misalnya, anda mungkin berfikir sama ada untuk berkahwin atau tidak, berkahwin dengan siapa, dan bagaimana untuk mencari nafkah. Keputusan seperti ini penting, tetapi adalah bijak untuk membuat keputusan yang terpenting terlebih dahulu, iaitu menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati. (Ul. 30:19, 20) Mengapa? Kerana semua keputusan anda berkait rapat. Keputusan anda mengenai perkahwinan dan pekerjaan akan mempengaruhi cara anda menyembah Tuhan. Selain itu, keinginan untuk menyembah Tuhan akan mempengaruhi keputusan anda mengenai perkahwinan dan pekerjaan. (Bandingkan Lukas 14:16-20.) Oleh itu, buatlah keputusan yang terpenting dahulu.—Flp. 1:10.
Selepas membuat keputusan untuk menyembah Yehuwa, anda akan tahu apa yang Yehuwa inginkan dan cara untuk berkhidmat kepada-Nya. Seorang saudara dari Jepun menulis, “Semasa berumur 14 tahun, seorang penatua sedar bahawa saya tidak suka menginjil. Dengan lembut, dia berkata, ‘Yuichiro, baliklah ke rumah dan fikirlah tentang segala yang dilakukan oleh Yehuwa untuk kamu.’ Saya mengikut nasihatnya. Selama beberapa hari saya berfikir dan berdoa tentang hal itu. Tidak lama kemudian pandangan saya berubah. Saya mula menikmati khidmat kepada Yehuwa. Saya suka membaca pengalaman mubaligh, dan ingin meningkatkan khidmat saya kepada Yehuwa.” 6“Saya membuat pilihan yang membolehkan saya berkhidmat kepada Yehuwa di negara lain,” kata Yuichiro. “Contohnya, saya mengambil kursus bahasa Inggeris. Selepas tamat persekolahan, saya mengajar bahasa Inggeris secara sambilan agar dapat terus merintis. Semasa berumur 20 tahun, saya mula belajar bahasa Mongolia dan berpeluang melawat sekumpulan penyiar dari Mongolia. Selepas dua tahun, pada tahun 2007, saya melawat negara Mongolia. Ramai orang di sana menginginkan kebenaran, dan saya mahu pindah ke sana untuk membantu mereka. Jadi, saya balik ke Jepun dan membuat rancangan. Saya telah merintis di Mongolia sejak April 2008. Kehidupan di sini tidaklah senang, tetapi ramai yang menerima kebenaran. Saya dapat membantu mereka mendekati Yehuwa. Inilah kehidupan yang terbaik.” 7 Setiap orang perlu membuat keputusan
3. Apakah keputusan terpenting yang anda boleh
5, 6. Ceritakan bagaimana pilihan yang bijak
buat, dan bilakah anda boleh membuat keputusan ini? 4. Selain daripada menyembah Yehuwa, apakah keputusan lain yang akan mempengaruhi cara anda menyembah Tuhan?
membawa hasil yang baik pada kemudian hari. (Lihat juga rencana “Pilihan Saya sewaktu Kecil” dalam majalah ini.) 7. Apakah pilihan yang harus anda buat? Apakah yang boleh kita pelajari daripada contoh Musa?
KEPUTUSAN YANG TERPENTING
18
5
tentang cara dia ingin berkhidmat kepada Yehuwa. (Yos. 24:15) Anda sendiri perlu membuat keputusan sama ada untuk berkahwin atau tidak, berkahwin dengan siapa, dan pekerjaan mana yang harus diterima. Bolehkah anda memilih pekerjaan yang tidak memerlukan masa latihan yang lama? Anda mungkin mempunyai perwatakan, kebolehan, pengalaman, minat, dan matlamat rohani yang berbeza. Sesetengah golongan muda tinggal di perkampungan yang miskin; yang lain pula di bandar yang mewah. Hal ini seperti para pemuda Ibrani di Mesir kuno. Musa memiliki kehidupan yang selesa, manakala pemuda Ibrani lain hanya hamba. (Kel. 1:13, 14; Kis. 7: 21, 22) Seperti anda, mereka juga hidup pada zaman genting. (Kel. 19:4-6) Maka, setiap orang harus membuat pilihan sendiri. Musa telah membuat pilihan yang bijak. —Baca Ibrani 11:24-27. 8Yehuwa dapat membantu anda membuat keputusan bijak semasa muda. Dia memberikan prinsip Bible yang sesuai dengan situasi anda. (Mzm. 32:8) Selain itu, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ibu bapa yang berada dalam kebenaran dan para penatua tentang cara menerapkan prinsip-prinsip ini. (Ams. 1:8, 9) Mari kita lihat tiga prinsip yang dapat membantu anda untuk membuat keputusan bijak bagi masa depan. TIGA PRINSIP UNTUK MEMBIMBING ANDA 9Utamakanlah Kerajaan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya. (Baca Matius 6: 19-21, 24-26, 31-34.) Yehuwa memberi kita kebebasan untuk memilih dan tidak menetapkan jumlah masa yang kita harus luangkan untuk menginjil. Namun, Yesus telah
mengajar kita untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan. Kata-kata Yesus ini membuka peluang kepada anda untuk menunjukkan kasih kepada Tuhan dan orang lain, serta penghargaan anda terhadap harapan kehidupan kekal. Semasa membuat keputusan mengenai perkahwinan dan pekerjaan, fikirkanlah kesudahannya. Adakah anda akan lebih khuatir terhadap harta benda atau lebih mengutamakan Kerajaan Tuhan dan kehendak-Nya? 10Meraih sukacita dengan membantu orang lain. (Kis. 20:20, 21, 24, 35) Yesus mengajarkan prinsip yang penting ini kepada kita. Dia bersukacita kerana melakukan kehendak Bapanya dan bukan kehendak sendiri. Yesus juga bersukacita apabila orang menerima khabar baik. (Luk. 10:21; Yoh. 4:34) Anda mungkin pernah membantu orang lain dan meraih sukacita. Jika anda membuat keputusan berdasarkan prinsipprinsip yang diajar Yesus, anda pasti akan bersukacita serta menggembirakan hati Yehuwa.—Ams. 27:11. 11Menyembah Yehuwa memberikan sukacita terbesar. (Ams. 16:20) Namun, setiausaha Yeremia, Barukh, hilang sukacita dalam khidmatnya kepada Tuhan. Dia mula mementingkan kehendak sendiri lebih daripada kehendak Tuhan. Yehuwa memberitahunya, “Adakah engkau ingin diistimewakan? Jangan, kerana Aku mendatangkan bencana kepada semua umat manusia. . . . Ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan selamat dan tetap hidup.” (Yer. 45:3, 5) Barukh boleh memilih untuk menyenangkan diri sendiri atau melakukan kehendak Tuhan dan diselamatkan daripada pembinasaan Yerusalem. Pilihan manakah yang membuat Barukh lebih bahagia?—Yak. 1:12.
8. Apakah yang dapat membantu orang muda
10. Apakah yang membuat Yesus bersukacita, dan
membuat keputusan yang bijak? 9. (a) Bagaimanakah Yehuwa memberi kita kebebasan untuk memilih? (b) Mengutamakan Kerajaan Tuhan membuka peluang kepada apa?
apakah yang boleh membantu anda meraih sukacita? 11. Mengapakah Barukh hilang sukacita, dan apakah nasihat Yehuwa kepadanya?
19
12Ramiro meraih sukacita kerana membantu orang lain. Dia berkata, “Keluarga saya miskin. Kami tinggal di kampung yang terletak di Pergunungan Andes. Saya berpeluang pergi ke universiti kerana abang rela membayar perbelanjaan saya. Tetapi saya baru dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa. Saya juga menerima tawaran untuk menginjil bersama seorang perintis di sebuah pekan kecil. Saya pergi ke sana, belajar cara gunting rambut, dan buka kedai potong rambut untuk membiayai kehidupan saya. Semasa menginjil, ramai yang memberi sambutan yang baik. Kemudian, saya bergabung dengan salah sebuah sidang baru dalam bahasa peribumi. Kini, saya sudah berkhidmat sepenuh masa selama 10 tahun. Tiada pekerjaan yang dapat memberi sukacita yang lebih besar selain daripada membantu orang menerima khabar baik dalam bahasa ibunda mereka.”
13Nikmatilah khidmat kepada Yehuwa semasa muda. (Baca Pengkhutbah 12:1.) Anda tidak perlu berasa bahawa anda mesti mendapat pekerjaan yang baik terlebih dahulu sebelum berkhidmat kepada Yehuwa. Masa terbaik untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan sepenuhnya adalah semasa muda. Kebanyakan pemuda tidak memiliki banyak tanggungjawab keluarga. Mereka sihat dan bertenaga untuk mengatasi tugasan yang mencabar. Apakah yang anda ingin lakukan bagi Yehuwa semasa muda? Mungkin matlamat anda adalah merintis atau berkhidmat di kawasan penyebaran bahasa asing. Anda mungkin ingin meluaskan khidmat di sidang sendiri. Tidak kira apa sahaja matlamat anda, perbelanjaan hidup harus dibiayai. Jadi apakah pekerjaan yang akan anda pilih, dan seberapa banyakkah latihan yang anda perlukan? 13. Mengapakah masa muda adalah masa yang
12. Apakah yang membantu Ramiro meraih suka-
cita? Ramiro gembira menyembah Yehuwa sejak zaman mudanya (Lihat perenggan 12)
terbaik untuk menyembah Yehuwa dengan sepenuhnya?
GUNAKAN PRINSIP BIBLE UNTUK MEMILIH DENGAN BIJAK 14Tiga prinsip Bible yang telah dibincangkan dapat membantu anda memilih pekerjaan yang sesuai. Guru penasihat, tawaran pekerjaan dalam surat khabar, serta kenalan mungkin dapat membantu anda mencari pekerjaan di tempat yang anda inginkan. Tetapi anda harus berhati-hati kerana orang yang tidak mengasihi Yehuwa mungkin menggalakkan anda untuk mengasihi dunia. (1 Yoh. 2:15-17) Semasa anda melihat tawaran dunia, hati anda mungkin terpedaya.—Baca Amsal 14:15; Yer. 17:9. 15Selepas mengetahui pekerjaan-pekerjaan yang dapat dipilih, anda memerlukan nasihat praktikal. (Ams. 1:5) Siapakah yang dapat membantu anda dengan menggunakan prinsip Bible? Dengarkanlah orang yang mengasihi Yehuwa, yang mengasihi anda, dan yang benar-benar mengenali anda serta mengetahui situasi anda. Mereka boleh membantu anda mengetahui kebolehan dan keinginan hati anda. Mungkin kata-kata mereka mendorong anda untuk mempertimbangkan semula haluan hidup anda. Bantuan daripada ibu bapa yang mengasihi Yehuwa adalah sangat baik. Penatua di sidang juga dapat memberikan nasihat yang baik. Tanyalah para perintis dan penyelia lawatan, mengapakah mereka memilih untuk berkhidmat sepenuh masa? Bagaimanakah mereka mula merintis? Bagaimanakah mereka menyara hidup? Bagaimanakah mereka diberkati?—Ams. 15:22. 16Orang yang benar-benar mengenali anda dapat memberikan nasihat yang bijak. Contohnya, anda mungkin ingin berhenti sekolah dan mula merintis kerana tidak suka bersekolah. Seseorang yang mengasihi
anda akan cuba memahami mengapa anda ingin berbuat demikian. Dia dapat membantu anda menyedari bahawa dengan terus bersekolah, anda dapat memupuk sikap tidak berputus asa. Sifat ini penting untuk menyembah Yehuwa.—Mzm. 141:5; Ams. 6: 6-10. 17Semua penyembah Yehuwa akan menghadapi situasi yang melemahkan iman dan menjauhkan mereka daripada Yehuwa. (1 Kor. 15:33; Kol. 2:8) Sesetengah pekerjaan mungkin lebih berbahaya secara rohani daripada pekerjaan lain. Anda mungkin melihat orang yang “iman mereka hancur” selepas memilih pekerjaan tertentu. (1 Tim. 1:19) Adalah bijak untuk mengelak daripada menerima pekerjaan yang menjejaskan hubungan anda dengan Yehuwa.—Ams. 22:3.
14. Mengapakah anda perlu berhati-hati semasa
17. Apakah pekerjaan yang harus kita elak?
memilih pekerjaan? 15, 16. Semasa memilih pekerjaan, siapakah yang dapat memberikan nasihat yang bijak?
18, 19. Jika seseorang tidak berhasrat untuk me-
NIKMATILAH HIDUP SEBAGAI SEORANG KRISTIAN MUDA 18Jika anda ingin menyembah Yehuwa
dengan tulus, gunakanlah setiap peluang yang diberikan-Nya semasa anda masih muda. Oleh itu, buatlah pilihan yang membolehkan anda berkhidmat kepada Tuhan sekarang.—Mzm. 148:12, 13. 19 Bagaimana pula jika anda tidak berhasrat untuk meluaskan khidmat kepada Yehuwa? Janganlah putus asa. Teruslah bina iman anda. Paulus menulis, ‘Tuhan sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.’ (Flp. 2:13) Ingatlah bahawa Yehuwa mengasihi anda dan Dia memberikan nasihat yang terbaik. Biarlah Dia membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik sekarang, sementara anda masih muda.
luaskan khidmat kepada Yehuwa, apakah yang harus dia lakukan?
21
Menyembah Yehuwa Sebelum Masa Sengsara Tiba “Ingatlah Pencipta BOLEHKAH ANDA JELASKAN? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah orang Kristian yang lebih tua memberi tunjuk ajar kepada mereka yang lebih muda? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Apakah teladan baik dalam Bible yang boleh mendorong orang Kristian tua hari ini untuk berkhidmat di tempat yang lebih memerlukan bantuan? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah sesetengah orang Kristian tua memperluaskan khidmat mereka kepada Yehuwa?
kamu.”—PKH. 12:1.
RAJA SALOMO diilhami untuk menulis kepada orang muda, “Ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba.” Apakah “masa sengsara” yang dimaksudkannya? Dalam bentuk puisi Salomo menggambarkan kesengsaraan usia tua—lengan yang gementar, kaki yang lemah, gigi yang sedikit, mata rabun, kurang pendengaran, rambut beruban, dan tubuh yang bongkok. Kita tidak seharusnya menunggu sehingga masa itu tiba untuk berkhidmat kepada Yehuwa.—Baca Pengkhutbah 12:1-5. 2 Ramai orang Kristian yang berumur lebih daripada 50 tahun masih bertenaga. Mereka mungkin sudah beruban, tetapi belum lagi menghadapi masalah seperti yang ditulis Salomo. Adakah mereka masih dapat menerapkan nasihat yang ditujukan kepada orang muda, “Ingatlah Pencipta kamu”? Apakah maksud nasihat ini? 1, 2. (a) Apakah nasihat yang ditulis Salomo kepada orang muda? (b) Me-
ngapakah orang Kristian yang berumur 50-an atau lebih juga harus memberikan perhatian kepada nasihat ini?
22
3Anda mungkin sudah menyembah Yehuwa selama bertahun-tahun. Namun, adalah baik untuk berfikir sejenak dari masa ke masa tentang keagungan Pencipta kita. Kehidupan merupakan suatu pemberian yang menakjubkan. Reka bentuk benda hidup amat rumit dan melampaui batas pemahaman manusia. Ciptaan Yehuwa yang beraneka ragam membolehkan kita menikmati kehidupan dalam banyak cara. Apabila merenungkan ciptaan-Nya, kita akan teringat akan kasih, kebijaksanaan, dan kuasa Yehuwa. (Mzm. 143:5) Pada masa yang sama, kita juga teringat akan kewajipan kita kepadaNya. Merenungkan semua ini dapat meningkatkan penghargaan kita kepada Yehuwa. Maka, selagi kita masih hidup, kita ingin berkhidmat kepada-Nya dengan bersungguhsungguh.—Pkh. 12:13. PELUANG ISTIMEWA DI KEMUDIAN HARI
Jika anda sudah menyembah Yehuwa selama bertahun-tahun, tanyalah diri, “Sementara masih bertenaga, apakah yang boleh saya lakukan?” Sebagai seorang Kristian yang berpengalaman, anda memiliki peluang istimewa. Anda dapat mengongsi pengetahuan tentang Yehuwa kepada orang yang lebih muda. Anda juga dapat menggalakkan orang dengan menceritakan pengalaman anda semasa berkhidmat kepada Yehuwa. Raja Daud telah berdoa mengenai hal ini. Dia menulis, ‘Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku. Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban, jangan tinggalkan aku, ya Tuhan. Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.’ —Mzm. 71:17, 18, ABB. 5Bagaimanakah anda dapat mengongsi 4
3. Bagaimanakah kita boleh mengingat Pencipta
kita? 4. Apakah soalan yang boleh ditanya oleh orang Kristian yang berpengalaman, dan mengapa? 5. Bagaimanakah orang Kristian yang lebih tua dapat mengongsi pengalaman atau hikmat mereka?
pengalaman atau hikmat yang telah anda kumpulkan selama bertahun-tahun? Bolehkah anda menjemput umat Tuhan yang muda ke rumah anda agar dapat menikmati pergaulan yang membina? Bolehkah anda menginjil bersama mereka dan menunjukkan bahawa anda menikmati khidmat kepada Yehuwa? Elihu berkata, “Biarlah yang sudah lanjut usia bercakap, dan yang lebih tua membahagikan hikmat.” (Ayb. 32:7) Rasul Paulus menggesa wanita Kristian yang matang untuk menggalakkan orang lain melalui kata-kata dan teladan. Dia menulis, “Wanita yang tua . . . mengajarkan apa yang baik.” —Tit. 2:3. ANDA BERPOTENSI MEMBANTU ORANG 6Jika anda seorang Kristian yang berpengalaman, anda mempunyai potensi yang besar. Bandingkanlah pengetahuan anda sekarang dengan pengetahuan anda kira-kira 30 atau 40 tahun dahulu. Sekarang anda boleh menerapkan prinsip Bible dengan baik. Anda boleh mencapai hati orang semasa mengajar kebenaran Bible. Jika anda seorang penatua, anda tahu membantu mereka yang telah melakukan kesilapan. (Gal. 6:1) Anda juga mungkin tahu cara menyelia kegiatan sidang, perhimpunan, atau pembinaan Dewan Perjumpaan. Barangkali anda tahu cara meyakinkan para doktor untuk menggunakan kaedah rawatan yang tidak memerlukan darah. Walaupun anda baru dibaptis, anda juga mempunyai pengalaman yang bernilai. Contohnya, anda mungkin berpengalaman membesarkan anak. Maka, orang Kristian yang lebih tua berpotensi untuk menggalakkan, mengajar, membimbing, dan menguatkan saudara saudari. Bible berkata bahawa “hikmat” dan “pengertian ada pada orang tua.” —Ayb. 12:12-13. 7Bagaimanakah anda boleh mengguna6. Mengapakah orang Kristian yang berpengala-
man diperlukan? 7. Bagaimanakah orang Kristian yang lebih tua boleh mengajar mereka yang muda?
23
kan kebolehan anda untuk membantu orang lain? Mungkin anda boleh mengajar orang Kristian muda cara memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible. Para saudari boleh membantu ibu muda untuk melakukan aktiviti rohani sementara membesarkan anak kecil. Para saudara pula boleh mengajar saudara yang lebih muda untuk menyampaikan ceramah dengan bersemangat dan menginjil dengan lebih mahir. Bolehkah anda mengajar mereka untuk melawat dan menggalakkan saudara saudari yang lanjut usia? Walaupun anda sudah berusia dan kurang bertenaga, anda masih mempunyai peluang istimewa untuk memberi tunjuk ajar kepada golongan muda. Firman Tuhan berkata, “Orang muda dikagumi kerana kekuatan, dan orang tua dihormati kerana uban.” —Ams. 20:29, ABB. BERKHIDMAT DI TEMPAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN 8Walaupun sudah tua, rasul Paulus tetap sibuk berkhidmat kepada Yehuwa. Apabila dia dibebaskan dari penjara di Roma sekitar tahun 61 M, dia telah bekerja keras dan mengharungi banyak cabaran sebagai seorang mubaligh. Paulus boleh memilih untuk hidup senang di Roma dan menyebar di sana. (2 Kor. 11:23-27) Sememangnya, saudara-saudara di sana menghargai sokongan Paulus. Namun, Paulus sedar bahawa negara lain memerlukan lebih banyak bantuan. Maka, dia menyambung kerja mubalighnya bersama Titus dan Timotius. Mereka ke Efesus, Kreta, dan kemungkinan Makedonia. (1 Tim. 1:3; Tit. 1:5) Kita tidak tahu jika dia sampai ke Sepanyol atau tidak, tetapi dia telah merancang untuk ke sana.—Rm. 15:24, 28. 9 Barangkali Petrus berumur lebih daripada 50 tahun semasa dia berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan. Bagaima8. Apakah yang dilakukan Paulus semasa dia tua?
nakah kita tahu? Petrus mungkin sebaya atau lebih tua sedikit daripada Yesus. Jadi apabila dia bertemu dengan para rasul di Yerusalem pada tahun 49 M, kemungkinan dia berumur kira-kira 50 tahun. (Kis. 15:7) Tidak lama kemudian, dia berpindah ke Babilon barangkali untuk menginjil kepada orang Yahudi di sana. (Gal. 2:9) Petrus telah diilhami untuk menulis suratnya yang pertama ketika dia di sana sekitar tahun 62 M. (1 Ptr. 5:13) Memang mencabar untuk berpindah ke negara asing apabila sudah tua. Namun, Petrus masih gembira berkhidmat kepada Yehuwa dengan sepenuh hati. 10Hari ini, ramai saudara saudari yang mencecah umur 50-an memperluaskan khidmat mereka kepada Yehuwa. Ada yang berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan. Contohnya, Robert menulis, “Saya dan isteri berumur pertengahan 50-an ketika menyedari peluang yang terbuka bagi kami. Anak lelaki kami sudah tinggalkan rumah, dan kami tidak perlu menjaga ibu bapa yang tua.” Mereka menerima sedikit warisan dan menyedari bahawa jika mereka menjual rumah, mereka mempunyai wang yang secukupnya untuk membayar hutang dan membiayai perbelanjaan sehingga Robert menerima pencen. Mereka terdengar bahawa banyak orang di Bolivia mahu belajar Bible dan kos kehidupan di sana rendah. Jadi, mereka berpindah ke sana. Robert berkata, “Menyesuaikan diri di tempat baru tidak mudah. Semuanya berbeza daripada kehidupan kami di Amerika Utara. Tetapi usaha kami telah diberkati.” 11Robert menambah, “Kehidupan kami tertumpu pada kegiatan rohani. Beberapa orang yang belajar Bible bersama kami telah dibaptis. Kami belajar Bible dengan sebuah keluarga yang hidup dengan sangat sederhana. Mereka tinggal di sebuah kampung yang jauh dari Dewan Perjumpaan. Setiap ming-
9. Bilakah Petrus berpindah ke tempat yang me-
10, 11. Ceritakan pengalaman sepasang suami is-
merlukan bantuan? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
teri yang berpindah ke tempat yang lebih memerlukan bantuan.
24
gu, keluarga itu menempuh perjalanan yang mencabar untuk menghadiri perjumpaan di pekan. Bolehkah anda bayangkan sukacita kami sewaktu melihat hasil kemajuan rohani keluarga ini dan anak sulung mereka menjadi perintis?” KEPERLUAN DI KAWASAN PENYEBARAN BAHASA ASING 12 Kumpulan dan sidang bahasa asing boleh menerima banyak manfaat daripada saudara saudari yang lebih tua. Selain itu, bekerja di kawasan penyebaran bahasa asing boleh membawa sukacita. Misalnya, Brian menulis, “Saya dan isteri mempunyai kehidupan yang membosankan di Britain selepas persaraan saya pada umur 65 tahun. Semua anak kami tidak lagi tinggal bersama kami, dan kami jarang jumpa orang yang berminat untuk belajar Bible. Kemudian, saya bertemu dengan seorang pemuda Cina yang membuat penye-
12, 13. Ceritakan pengalaman Brian setelah dia
bersara.
lidikan di universiti tempatan. Dia menerima jemputan untuk hadir ke perjumpaan, dan saya mula mengajar Bible kepadanya. Selepas beberapa minggu, dia membawa rakan sekerjanya yang juga berbangsa Cina ke perjumpaan. Dua minggu kemudian, dia membawa dua orang rakan, dan kemudian membawa tiga orang rakan.” 13“Apabila rakannya yang keempat meminta untuk belajar Bible, saya berfikir, ‘Hanya kerana saya berumur 65 tahun, tidak bermaksud saya bersara daripada khidmat kepada Yehuwa.’ Jadi saya tanya isteri saya yang berumur dua tahun lebih muda, jika dia sudi belajar bahasa Cina. Kami belajar daripada kursus bahasa dalam bentuk rakaman kaset audio. Sekarang, 10 tahun sudah berlalu. Menginjil di kawasan penyebaran bahasa asing membuat kami berasa muda semula. Selama ini, kami sudah belajar Bible dengan 112 orang Cina! Kebanyakan mereka pernah menghadiri perjumpaan, dan salah seorang sudah menjadi perintis.”
Walaupun sudah tua, anda masih dapat memperluaskan khidmat kepada Yehuwa (Lihat perenggan 12, 13)
NIKMATI APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN 14Ramai orang Kristian yang mencecah umur 50-an dapat memperluaskan khidmat kepada Yehuwa. Tetapi ada yang tidak mampu mungkin kerana masalah kesihatan. Ada juga yang perlu menjaga ibu bapa yang lanjut usia atau anak yang masih tinggal serumah. Namun, janganlah lupa bahawa Yehuwa menghargai segala yang anda lakukan bagi-Nya. Walaupun anda kecewa dengan situasi anda, cubalah nikmati apa yang anda dapat lakukan. Fikirlah tentang Paulus. Selama bertahun-tahun dia ditahan di rumahnya dan tidak dapat keluar menginjil. Namun setiap kali orang melawatnya, Paulus berkongsi tentang Firman Tuhan dan membina iman mereka.—Kis. 28:16, 30, 31. 15Yehuwa juga menghargai khidmat orang Kristian yang lanjut usia. Salomo setuju bahawa berkhidmat kepada Yehuwa pada “masa sengsara” tidaklah mudah. Namun Bible memberitahu kita bahawa Yehuwa memerhatikan orang Kristian tua yang memuji-Nya. (Luk. 21:2-4) Orang Kristian tua yang sudah lama berkhidmat kepada Yehuwa merupakan teladan yang baik kepada sidang. 16Bible menceritakan tentang seorang balu yang bernama Hana. Dia terus memuji Yehuwa walaupun sudah tua. Hana berusia kira-kira 84 tahun semasa Yesus dilahirkan. Oleh sebab dia sudah tua, dia mungkin tidak berpeluang menjadi pengikut Kristus, diurapi daya aktif Tuhan, atau menginjil. Namun Hana menikmati khidmatnya kepada Tuhan dalam cara lain. Contohnya, ‘Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan. Siang malam dia beribadat kepada Tuhan.’ (Luk. 2: 36, 37) Semasa imam membakar kemenyan 14. Apakah yang perlu diingat oleh orang Kris-
tian yang lebih tua? Bagaimanakah teladan Paulus menggalakkan mereka? 15. Mengapakah orang Kristian tua sangat dihargai? 16. Apakah yang tidak dapat dilakukan oleh Hana? Namun, apakah yang dapat dia lakukan untuk menyembah Tuhan?
26
setiap pagi dan petang, Hana berada di sana berserta orang lain dan berdoa kepada Tuhan sekitar setengah jam. Apabila dia nampak Yesus yang masih bayi, ‘Dia bercakap tentang anak itu kepada semua orang yang menantikan masanya Tuhan membebaskan Yerusalem.’—Luk. 2:38. 17Hari ini, kita harus membantu orang Kristian yang tua atau sakit. Ada di antara mereka yang sangat ingin menghadiri perjumpaan atau perhimpunan, namun mereka tidak mampu berbuat demikian. Di sesetengah sidang, mereka mungkin dapat menikmati perjumpaan melalui talian telefon. Namun hal ini tidak dapat dilakukan di setiap tempat. Walaupun orang Kristian yang sudah tua tidak dapat pergi ke perjumpaan, mereka masih dapat menyokong ibadat sejati. Misalnya, mereka dapat berdoa demi kemajuan sidang.—Baca Mazmur 92:14, 15. 18Orang Kristian tua mungkin tidak sedar bahawa mereka dapat menggalakkan orang lain. Contohnya, selama bertahun-tahun Hana selalu ke Rumah Tuhan untuk beribadat. Dia mungkin tidak sedar bagaimana teladannya menggalakkan orang hari ini. Kasih Hana terhadap Yehuwa terungkap dalam lembaran Bible. Begitu juga, kasih anda terhadap Tuhan mampu menyentuh hati saudara saudari. Oleh itu, Firman Tuhan menyatakan, “Uban orang yang berjalan dalam haluan yang benar bagaikan mahkota yang indah di kepalanya.”—Ams. 16:31, NW. 19Kita semua ingin memperluaskan lagi khidmat kita kepada Yehuwa, tetapi kita mungkin terbatas. Namun bagi mereka yang masih bertenaga, bertekadlah untuk ‘mengingat Pencipta kamu sebelum masa sengsara tiba.’—Pkh. 12:1. 17. Bagaimanakah kita dapat membantu orang
Kristian yang sudah tua atau sakit untuk menikmati ibadat sejati? 18, 19. (a) Bagaimanakah orang Kristian tua dapat menggalakkan orang lain? (b) Siapakah yang boleh menerapkan nasihat Bible, “Ingatlah Pencipta kamu”?
“Datanglah Kerajaan-Mu” Bila? “Apabila kamu melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat.”—MAT. 24:33. ANDA mungkin mendapati bahawa ramai orang tidak mampu mengingati sesuatu kejadian dengan tepat. Begitu juga, seseorang mungkin berasa susah untuk mengingati penerangan doktor mengenai kesihatannya. Atau seseorang mungkin tidak dapat mencari kunci atau cermin matanya walaupun benda itu berdekatan dengannya. Mengapakah perkara ini berlaku? Para penyelidik menjelaskan bahawa semua ini adalah sejenis kebutaan kerana cuba melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama. Nampaknya, otak kita hanya boleh memberikan tumpuan kepada satu perkara sahaja pada suatu masa. 2Kebanyakan orang hari ini mengalami “kebutaan” seperti ini terhadap peristiwa yang berlaku di dunia. Mereka mungkin mengaku bahawa dunia sudah berubah dengan mendadak sejak tahun 1914, tetapi mereka tidak memahami makna di sebaliknya. Selaku pelajar Bible, kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan telah ditubuhkan pada tahun 1914 semasa Yesus ditabalkan sebagai Raja di syurga. Namun, kita sedar bahawa doa “Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi 1, 2. (a) Apakah yang boleh menyebabkan kita berada dalam keadaan
buta? (b) Apakah yang kita tahu mengenai Kerajaan Tuhan?
27
APAKAH JAWAPAN ANDA? ________________________________________________________________________________________________________________________________
Bagaimanakah peristiwaperistiwa di dunia menggenapi nubuat Bible sejak tahun 1914?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Mengapakah kejahatan di dunia menjadi semakin teruk?
________________________________________________________________________________________________________________________________
Apakah perasaan anda mengenai akhir dunia yang sudah dekat?
seperti di syurga” belum lagi dijawab sepenuhnya. (Mat. 6:10, NW) Doa ini akan dijawab sepenuhnya sewaktu dunia jahat ini dibinasakan. Setelah hal ini berlaku, barulah kehendak Tuhan akan terlaksana di bumi seperti di syurga. 3Mempelajari Firman Tuhan secara tetap membantu kita menyedari bahawa nubuat Bible sedang digenapi. Namun, orang secara umum sibuk dengan urusan seharian dan kerjaya sehingga tidak sedar bahawa Kristus telah memerintah sejak tahun 1914 dan akan memusnahkan dunia jahat ini tidak lama lagi. Maka, tanyalah diri, “Adakah saya masih percaya bahawa akhir sistem dunia ini sudah dekat dan bahawa keadaan di bumi membuktikan hal ini?” Walaupun anda baru menjadi seorang Saksi, apakah tumpuan anda? Marilah kita bincangkan tiga sebab penting mengapa kita boleh yakin bahawa kehendak Tuhan bakal dilaksanakan di bumi. KEMUNCULAN PENUNGGANG KUDA
Pada tahun 1914, Yesus Kristus digambarkan sebagai penunggang kuda putih yang memakai sebuah mahkota. Dia segera menakluki sistem jahat Syaitan. (Baca Wahyu 6:1, 2.) Nubuat Bible di Wahyu bab 6 membantu kita memahami bahawa selepas Kerajaan Tuhan ditubuhkan di syurga, keadaan di dunia merosot secara mendadak. Perang, kebuluran, wabak penyakit, dan penyebab kematian yang lain juga berlaku. Hal-hal ini digambarkan oleh tiga penunggang kuda yang mengikuti Yesus Kristus.—Why. 6:3-8. 4
5Seperti yang dinubuatkan, walaupun terdapat perjanjian untuk berdamai antara negara, keamanan lenyap dari bumi. Perang Dunia Pertama hanyalah permulaan kepada perang-perang lain. Walaupun terdapat kemajuan dari segi ekonomi dan sains sejak tahun 1914, kebuluran masih berlaku dan menggugat keamanan dunia. Penyakit, bencana alam, dan tragedi lain juga meragut nyawa jutaan orang setiap tahun. Kejadian buruk seperti ini menjadi semakin teruk, berlaku dengan semakin kerap, dan membunuh lebih banyak orang. Bolehkah anda faham maksud tersirat di sebalik peristiwa-peristiwa ini? 6Ramai orang bertumpu pada Perang Dunia Pertama dan selesema Sepanyol (Spanish influenza). Tetapi orang Kristian terurap tahu bahawa ‘masa yang ditetapkan untuk bangsa yang tidak mengenal Tuhan’ akan berakhir pada tahun 1914. (Luk. 21:24) Mereka tidak tahu secara terperinci apa yang akan berlaku. Namun mereka tahu bahawa tahun 1914 penting bagi Kerajaan Tuhan. Apabila mereka sedar bahawa nubuat Bible digenapi, dengan berani mereka mengkhabarkan bahawa Kerajaan Tuhan sudah mula memerintah. Hal ini mengakibatkan mereka dianiaya. Selama bertahun-tahun, musuh Kerajaan Tuhan menggunakan undangundang, keganasan, dan hukuman penjara untuk menentang umat Tuhan. Ada juga umat Tuhan yang dibunuh. Penganiayaan ini telah dinubuatkan dalam Bible. —Mzm. 94:20; Why. 12:15. 7 Terdapat banyak bukti bahawa Kerajaan Tuhan sedang memerintah di syurga.
3. Apakah manfaat yang kita terima daripada
mempelajari Bible? 4, 5. (a) Apakah yang dilakukan oleh Yesus sejak tahun 1914? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah yang dimaksudkan oleh tiga penunggang kuda? Bagaimanakah nubuat ini digenapi?
28
6. Siapakah yang sedar akan penggenapan nubuat
Bible, dan hal ini mendorong mereka untuk melakukan apa? 7. Mengapakah kebanyakan orang tidak memahami maksud sebenar di sebalik keadaan dunia sekarang?
Namun mengapakah ramai orang masih tidak percaya akan hal ini? Mengapakah mereka tidak nampak bahawa keadaan dunia sekarang menggenapi nubuat Bible yang sudah lama dikhabarkan oleh umat Tuhan? Adakah mereka terlalu bertumpu pada apa yang mereka ingin lihat sahaja? (2 Kor. 5:7) Mungkinkah mereka begitu asyik dengan hal-hal seharian sehingga buta terhadap apa yang sedang dilakukan Tuhan? (Mat. 24:37-39) Adakah perhatian mereka terpesong ke pemikiran dan keinginan dunia Syaitan? (2 Kor. 4:4) Seseorang memerlukan iman dan mata rohani untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam Kerajaan Tuhan. Betapa bersyukurnya kita kerana tidak buta terhadap apa yang sedang berlaku! KEJAHATAN SEMAKIN MENULAR
8Sebab kedua Kerajaan Tuhan akan memerintah bumi tidak lama lagi ialah: 8-10. (a) Bagaimanakah 2 Timotius 3:1-5 sedang
digenapi? (b) Mengapakah kita boleh menyimpulkan bahawa kejahatan semakin menular?
Penunggang kuda menandakan keadaan dunia yang semakin merosot (Lihat perenggan 4, 5)
Kejahatan semakin menular. Hampir selama satu abad, keadaan yang dinubuatkan di 2 Timotius 3:1-5 sedang digenapi. Sikap-sikap yang tercatat dalam ayat ini sedang merebak ke seluruh dunia. Adakah anda menyedari hal ini? Marilah kita bincangkan beberapa contoh.—Baca 2 Timotius 3:1, 13. 9Fikirkan perbezaan antara perkaraperkara yang dianggap mengejutkan pada tahun 1940-an atau 1950-an dengan apa yang berlaku dewasa ini di tempat kerja serta dalam bidang hiburan, sukan, dan fesyen. Keganasan dan perbuatan tidak bermoral yang keterlaluan adalah perkara biasa. Manusia bangga dengan perbuatan mereka yang tidak bermoral, ganas, dan kejam. Rancangan televisyen yang pernah dianggap tidak bermartabat pada tahun 1950-an sudah menjadi tontonan umum bagi keluarga. Ramai orang juga sedar bahawa perbuatan homoseksual mempunyai pengaruh yang hebat dalam dunia hiburan dan fesyen. Mereka mempromosikan gaya hidup mereka secara umum.
Alangkah bersyukurnya kita kerana memahami pandangan Tuhan terhadap halhal ini!—Baca Yudas 14, 15. 10Selain itu, bandingkanlah sikap memberontak para pemuda pada masa dahulu dengan hari ini. Contohnya, pada tahun 1950-an, ibu bapa sering khuatir jika anak mereka merokok, minum alkohol, atau terlibat dalam tarian yang tidak senonoh. Hari ini, kita selalu mendengar berita yang mengejutkan seperti seorang pelajar berumur 15 tahun menembak rakan-rakan sekelasnya sehingga 2 terbunuh dan 13 tercedera. Sekumpulan remaja yang mabuk membunuh seorang gadis yang berumur sembilan tahun dengan kejam serta memukul bapa dan sepupu gadis itu. Di sebuah negara Asia, berita melaporkan bahawa separuh daripada jenayah yang dilakukan sepanjang 10 tahun berturut-turut adalah disebabkan oleh para pemuda. Tidakkah kita setuju bahawa keadaan dunia semakin teruk? 11Rasul Petrus mengatakan, ‘Pada akhir zaman akan muncul beberapa orang yang kehidupan mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Mereka akan memperolokolokkan kamu dengan berkata, “Bukankah Tuan berjanji akan datang? Di manakah dia? Ibu bapa kita sudah meninggal, tetapi segala-galanya masih sama sahaja seperti sejak kejadian alam!”’ (2 Ptr. 3: 3, 4, ABB) Mengapakah reaksi sesetengah orang begitu? Nampaknya, semakin kerap sesuatu berlaku, semakin kurang orang memberikan perhatian. Jika sikap seorang sahabat karib anda berubah secara tibatiba, hal ini mungkin mengejutkan anda. Tetapi, jika sikap dan tahap moral masyarakat merosot secara beransur-ansur, kita mungkin tidak menyedarinya. Walaupun 11. Mengapakah ramai orang tidak sedar bahawa
keadaan dunia menjadi semakin teruk?
30
begitu, kemerosotan akhlak sebegini memang berbahaya. Oleh itu, kita tidak patut meremehkannya. 12 Rasul Paulus memberi amaran kepada kita bahawa “pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan.” (2 Tim. 3:1) Tetapi kita tidak usah takut kerana kita dapat mengatasi kesusahan yang dihadapi. Dengan bantuan Yehuwa, daya aktif-Nya, dan sidang Kristian, kita akan berjaya menghadapi kekecewaan dan ketakutan. Yehuwa akan memberikan “kekuasaan tertinggi” supaya kita dapat tetap setia kepada-Nya.—2 Kor. 4:7-10. 13Paulus memulakan nubuat tentang hari-hari terakhir dengan menyatakan, “Ingatlah hal ini.” Ungkapan tersebut memberikan kepastian bahawa nubuat ini akan digenapi. Kejahatan di dunia akan terus menular sehingga Yehuwa mengakhirinya. Ahli sejarah pernah melaporkan bahawa keruntuhan akhlak boleh menjatuhkan seluruh masyarakat atau negara. Sekarang, seluruh dunia mengalami kemerosotan moral yang teruk sekali. Ramai orang menafikannya. Tetapi apa yang berlaku sejak tahun 1914 sepatutnya meyakinkan kita bahawa Kerajaan Tuhan akan membinasakan semua kerajaan di bumi tidak lama lagi. GENERASI INI TIDAK AKAN BERLALU
14Perkembangan sejarah umat Tuhan memberikan sebab ketiga bahawa akhir sudah dekat. Sebelum Kerajaan Tuhan ditubuhkan di syurga, sekumpulan orang Kristian terurap sibuk berkhidmat kepada Yehuwa. Namun, apabila jangkaan mereka tidak tercapai pada tahun 1914, apakah 12, 13. (a) Mengapakah keadaan dunia sekarang
tidak menakutkan kita? (b) Peristiwa-peristiwa di dunia sekarang meyakinkan kita terhadap apa? 14-16. Apakah sebab ketiga untuk percaya bahawa Kerajaan Tuhan akan datang tidak lama lagi?
yang telah mereka lakukan? Kebanyakan mereka terus menyembah Yehuwa dan tabah menghadapi penganiayaan. Sekarang, kebanyakan atau mungkin semua daripada mereka sudah menghabiskan hayat mereka di bumi. 15Dalam nubuatnya mengenai akhir sistem ini, Yesus berkata “Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini [“generasi ini,” NW] mati semuanya.” (Mat. 24: 33-35) Kami memahami bahawa “generasi ini” terdiri daripada dua kumpulan orang Kristian terurap. Kumpulan pertama hidup pada tahun 1914 dan memahami bahawa Yesus menjadi Raja Kerajaan Tuhan pada tahun itu. Kumpulan ini diurapi daya aktif Tuhan pada tahun 1914 atau sebelum tahun itu.—Rm. 8:14-17. 16 Kumpulan kedua “generasi ini” telah hidup sezaman dengan kumpulan pertama. Mereka bukan sahaja hidup sezaman tetapi juga diurapi semasa kumpulan pertama masih hidup. Maka bukan semua orang Kristian terurap hari ini sebahagian daripada kumpulan kedua “generasi ini.” Dewasa ini, usia mereka yang terangkum dalam kumpulan kedua semakin meningkat. Kata-kata Yesus di Matius 24:34 menunjukkan bahawa kesengsaraan besar akan berlaku “sebelum orang yang hidup sekarang ini [“generasi ini,” NW] mati semuanya.” (Mat. 24:29-31) Hal ini harus lebih meyakinkan kita bahawa hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum Raja Kerajaan Tuhan membinasakan dunia jahat ini dan membawa dunia baru.—2 Ptr. 3:13. YESUS BAKAL MENYELESAIKAN PENAKLUKANNYA
17Selepas membincangkan tiga sebab ini, apakah kesimpulannya? Yesus mengi17. Apakah yang boleh kita simpulkan daripada
tiga sebab yang telah dibincangkan?
ngatkan kita bahawa kita tidak tahu hari atau waktunya. (Mat. 24:36; 25:13) Tetapi kita tahu bahawa “masa kita diselamatkan lebih dekat sekarang.” (Baca Roma 13:11.) Kita sedang hidup pada hari-hari terakhir. Jika kita memberikan perhatian penuh kepada nubuat Bible dan perkara yang sedang dilakukan oleh Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus, kita akan melihat dengan jelas tanda-tanda yang menunjukkan bahawa akhir sistem jahat ini sudah dekat. 18 Tidak lama lagi, orang yang menolak kekuasaan Yesus Kristus, penunggang kuda putih, terpaksa mengakui kesilapan mereka. Mereka tidak akan terlepas daripada hukuman. Pada waktu itu, ramai orang akan berseru dengan takut, “Tidak seorang pun akan terselamat.” (Why. 6: 15-17) Namun, bab yang seterusnya dalam buku Wahyu memberikan keterangan. Kaum terurap serta kumpulan besar manusia yang mendapat perkenan Tuhan akan “terselamat.” Kumpulan besar manusia ini akan mengharungi kesengsaraan besar dan memasuki dunia baru.—Why. 7:9, 13-15. 19 Jika kita tetap memberikan tumpuan kepada nubuat Bible yang sedang digenapi hari ini, kita tidak akan diperdaya oleh dunia Syaitan. Kita juga tidak akan buta terhadap maksud sebenar di sebalik peristiwa-peristiwa dunia. Tidak lama lagi, Kristus akan melancarkan peperangan terakhir untuk membinasakan dunia jahat ini. (Why. 19:11, 19-21) Bayangkanlah betapa gembiranya kita pada waktu itu! —Why. 20:1-3, 6; 21:3, 4. 18. Apakah yang akan berlaku kepada mereka
yang menolak kekuasaan Yesus Kristus? 19. Sebagai seorang yang yakin bahawa akhir sistem dunia ini sudah dekat, apakah yang sedang anda nantikan?
31
Sebagai seorang anak muda
Pilihan Saya sewaktu Kecil
s
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma dari www.jw.org
Semasa berumur 16 tahun, saya mendapati bahawa terdapat kumpulan Kemboja di Long Beach, California, A.S. Saya mengunjungi kumpulan itu dan belajar membaca bahasa Kemboja. Sejurus selepas tamat sekolah, saya menjadi perintis dan terus menginjil kepada orang Kemboja yang tinggal berdekatan. Apabila berumur 18 tahun, saya berfikir untuk pindah ke negara Kemboja. Tempat itu masih berbahaya, tetapi terdapat sepuluh juta penduduk yang kebanyakannya belum mendengar berita baik. Pada masa itu, hanya terdapat sebuah sidang dengan 13 orang penyiar. Saya melawat Kemboja semasa berumur 19 tahun. Dua tahun kemudian, saya berkeputusan untuk berpindah ke sana. Saya menemui kerja sambilan sebagai penterjemah dan mengajar bahasa Inggeris. Tidak lama kemudian, saya menemui seorang isteri yang memiliki matlamat hidup yang sama. Kami menikmati peluang untuk membantu banyak orang Kemboja menjadi Saksi-Saksi Yehuwa. Yehuwa telah ‘memuaskan keinginan hatiku.’ (Mzm. 37:4) Membantu orang menjadi murid Yesus adalah kerja yang paling menyenangkan. Selama 16 tahun saya di Kemboja, sebuah sidang dengan hanya 13 penyiar telah menjadi 12 sidang dan 4 kumpulan terpencil!—Diceritakan oleh Jason Blackwell.
Anda juga boleh membaca New World Translation di laman web kami dalam bahasa lain
Layari www.jw.org, atau imbaskan kod
w14 01/15-ML 160331
Saya berumur 10 tahun pada 1985. Kanak-kanak dari Kemboja berpindah ke sekolah saya di Columbus, Ohio, A.S. Salah seorang daripada mereka hanya mengetahui beberapa perkataan Inggeris. Dengan menggunakan lukisan, dia menceritakan kisah seram tentang penyeksaan, pembunuhan, dan orang yang melarikan diri. Saya menangis sebelum tidur kerana berasa kasihan dengan kanak-kanak ini. Saya ingin memberitahu tentang harapan Firdaus dan pembangkitan, tetapi mereka tidak memahami bahasa saya. Meskipun masih kecil, saya memutuskan untuk belajar bahasa Kemboja agar dapat menceritakan tentang Yehuwa kepada rakan sekolah saya. Tanpa disedari, keputusan ini membentuk masa depan saya. Mempelajari bahasa Kemboja memang susah. Dua kali saya ingin putus asa, tetapi Yehuwa menggalakkan saya melalui ibu bapa. Kemudian, guru dan rakan sekolah menggesa saya untuk mengejar kerjaya yang bergaji tinggi. Tetapi saya mahu merintis. Jadi saya memilih kursus sekolah yang dapat membantu saya mencari kerja separuh masa. Selepas masa sekolah, saya biasanya menginjil bersama perintis. Saya juga mengajar pelajar lain bahasa Inggeris. Keputusan ini membantu masa depan saya.