1 5 SE P T E M B E R 201 4
RENCANA PEMBELAJARAN
27 OKTOBER–2 NOVEMBER
Adakah Anda Yakin bahawa Anda Memiliki Kebenaran? Mengapa? MUKA 7
˙
LAGU: 28, 107
3-9 NOVEMBER
Tetap Menyembah Tuhan walaupun ‘Mengalami Penderitaan’ MUKA 12
˙
LAGU: 135, 133
10-16 NOVEMBER
Ibu Bapa—Jagalah Anak-anak Anda MUKA 17
˙
LAGU: 88, 24
17-23 NOVEMBER
Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan MUKA 23
˙
LAGU: 111, 109
24-30 NOVEMBER
Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa MUKA 28
˙
LAGU: 95, 100
RENCANA PEMBELAJARAN
ˇ Adakah Anda Yakin bahawa Anda Memiliki Kebenaran? Mengapa?
SRI LANKA MUKA DEPAN: Dua orang saudara sedang menginjil kepada seorang nelayan di Negombo, pantai barat Sri Lanka
PENDUDUK
20,860,000 PENYIAR
5,600 PERINTIS BIASA
641
Rencana ini membincangkan mengapa ramai orang percaya bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memiliki kebenaran. Kita juga akan membincangkan mengapa Saksi-Saksi sendiri yakin bahawa mereka memiliki kebenaran.
ˇ Tetap Menyembah Tuhan walaupun ‘Mengalami Penderitaan’ Kita semua mengalami penderitaan kerana hidup dalam dunia Syaitan. Ada cubaan yang datang secara langsung. Ada juga yang datang secara tidak langsung. Rencana ini membantu kita mengenal pasti cara Syaitan melemahkan iman kita dan bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapinya.
ˇ Ibu Bapa—Jagalah Anak-anak Anda Ibu bapa memiliki tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak “dengan ajaran dan nasihat Tuhan.” (Ef. 6:4) Rencana ini membincangkan tiga cara ibu bapa dapat meniru teladan gembala semasa membimbing dan membantu anak-anak mengasihi Yehuwa.
JUGA DALAM TERBITAN INI
3 Adakah Anda Berusaha Menerima “Pekerjaan yang Baik”?
22 Pertanyaan Pembaca
ˇ Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan Mengapakah umat manusia menjadi tua dan mati? Bagaimanakah kematian, ‘musuh yang terakhir, akan ditaklukkan’? (1 Kor. 15:26) Jawapannya akan membantu kita menghargai keadilan, kebijaksanaan, dan yang lebih penting, kasih Yehuwa.
ˇ Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa Dari dulu hingga sekarang, ramai penyembah Yehuwa berkhidmat sepenuh masa kepada-Nya walaupun menghadapi banyak cabaran. Bagaimanakah kita boleh menghargai mereka ini yang “menunjukkan kepercayaan” dan “mengasihi orang lain”?—1 Tes. 1:3.
Printed in Japan.
Adakah Anda Berusaha Menerima “Pekerjaan yang Baik”? PENYELIA litar telah mengunjungi sidang Fernando1 beberapa kali, dan para penatua memberitahu Fernando apa yang harus dia lakukan untuk melayakkan diri sebagai penatua. Seraya masa berlalu, Fernando mula tertanya-tanya sama ada dia akan dilantik atau tidak. Baru-baru ini penyelia litar mengunjungi sidangnya lagi. Maka, Fernando berasa gentar apabila dua penatua ingin bercakap dengannya. Apakah yang akan mereka katakan? Salah seorang penatua menyebut tentang ayat di 1 Timotius 3:1 dan memberitahu Fernando bahawa dia telah dilantik sebagai penatua. Fernando terkejut seolah-olah tidak percaya. Saudara itu pun mengulangi apa yang dia baru katakan. Senyuman terukir pada muka Fernando. Kemudian, pelantikannya diumumkan kepada sidang. Seluruh sidang turut bergembira. 1 Nama-nama telah diubah.
Adakah salah untuk menginginkan tanggungjawab dalam sidang? Tidak. Menurut 1 Timotius 3:1 (NW), “jika seseorang sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia, dia menginginkan pekerjaan yang baik.” Ayat ini menggalakkan ramai saudara untuk membuat kemajuan rohani agar layak memikul tanggungjawab sidang. Hasilnya, umat Tuhan diberkati dengan ribuan penatua dan pembantu sidang. Oleh sebab sidang semakin banyak, lebih ramai saudara diperlukan untuk berkhidmat. Apakah cara terbaik untuk melayakkan diri? Perlukah saudara yang ingin menjadi penyelia risau tentang hal ini, seperti Fernando? APAKAH MAKSUD BERUSAHA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB?
Frasa Yunani yang diterjemahkan sebagai “berusaha untuk menjadi” membawa maksud menginginkan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
3
bagaikan orang yang sedang menghulurkan tangannya untuk mencapai buah di atas pokok. Tetapi hal ini tidak bermakna orang itu didorong oleh sifat tamak. Tujuan seseorang menjadi penatua adalah untuk melakukan “pekerjaan yang baik,” bukannya untuk mendapatkan kedudukan atau kuasa. Kebanyakan syarat untuk menerima “pekerjaan yang baik” ini terdapat di 1 Timotius 3:2-7 dan Titus 1:5-9. Mengenai syarat-syarat ini, Raymond yang sudah lama menjadi penatua berkata, “Kebolehan berceramah dan mengajar penting, tetapi yang lebih penting ialah kita harus berfikiran seimbang, bersifat sederhana, teratur, ramah, munasabah, dan tidak bercela.” Saudara yang berusaha untuk menjadi penyelia haruslah menghindari segala perbuatan yang tidak jujur dan tidak bermoral supaya tidak bercela. Jika dia berfikiran seimbang, bersifat sederhana, teratur, dan munasabah, rakan seiman akan yakin terhadap pimpinannya dan rela meminta bantuannya. Dengan bersikap ramah, dia dapat menggalakkan orang muda atau orang baru dalam sidang. Dia juga membawa kelegaan dan membantu mereka yang sakit atau tua kerana dia suka berbuat baik. Dia memupuk semua sifat ini untuk membantu sidang dan bukan demi kepentingan diri.1 Badan penatua rela memberikan nasihat dan galakan, tetapi anda perlu berusaha untuk melayakkan diri. Henry, seorang penatua yang berpengalaman berkata, “Jika anda ingin memikul lebih banyak tanggungjawab, anda perlu bekerja keras untuk memenuhi segala kelayakan.” Merujuk kepada Pengkhutbah 9:10, dia menjelaskan, “ ‘Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguhsungguh.’ Apa sahaja tugas yang diberi penatua, laksanakanlah dengan sebaik mungkin. Nikmati segala kerja dalam sidang, termasuk menyapu lantai. Lama-kelamaan, kerja dan usaha anda akan berhasil.” Jika anda ingin menjadi penatua, anda perlu menunjukkan bahawa anda rajin dan 1 Prinsip-prinsip dalam rencana ini juga boleh diterapkan oleh mereka yang ingin menjadi pembantu sidang. Syarat-syaratnya terdapat di 1 Timotius 3:8-10, 12, 13.
4
Berusahalah untuk memikul tanggungjawab dengan membantu sidang dalam pelbagai cara
boleh dipercayai. Anda harus rendah hati dan tidak membanggakan diri.—Mat. 23:8-12. MENOLAK PEMIKIRAN DAN PERBUATAN SALAH
Seseorang yang menginginkan tanggungjawab dalam sidang mungkin tergoda untuk menyatakan niatnya secara tidak langsung atau mencuba mengampu para penatua. Yang lain pula mungkin berasa tidak senang dengan nasihat yang diberikan para penatua. Jika demikian, tanyalah diri, “Adakah saya mahu mencapai keinginan sendiri, atau adakah saya ingin membantu kawanan domba Tuhan dengan ikhlas?” Orang yang ingin berkhidmat sebagai penatua perlu ‘menjadi teladan kepada kawanan domba.’ (1 Ptr. 5:1-3) Maksudnya dia akan mengelakkan pemikiran dan perbuatan yang licik. Dia akan memupuk kesabaran tidak kira dia dilantik atau tidak. Pelantikan sebagai penatua tidak bermaksud seseorang itu sempurna. (Bil. 12:3; Mzm. 106: 32, 33) Seorang saudara mungkin berasa dia tiada kelemahan. Namun, orang lain mungkin dapat melihat kelemahannya lalu berpandangan negatif terhadapnya. (1 Kor. 4:4) Jadi, jika penatua memberi nasihat Bible dengan ikhlas, dengarlah dan terapkan nasihat itu tanpa berasa tersinggung. MENGAPA BEGITU LAMA?
Sesetengah saudara berasa bahawa mereka telah lama menunggu untuk dilantik. Jika anda sudah berusaha beberapa tahun “untuk menjadi seorang penyelia,” adakah anda kadangkala berasa resah? Jika ya, fikirkan ayat ini: “Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.”—Ams. 13:12. Sememangnya kita sakit hati apabila matlamat kita tidak tercapai. Abraham pernah berasa sedemikian. Yehuwa menjanjikan seorang anak lelaki kepadanya, tetapi selepas bertahun-tahun, dia masih tiada anak. (Kej. 12:1-3, 7) Abraham yang sudah tua menyeru kepada Yehuwa, ‘Ya Yehuwa, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Engkau tidak mengurnia-
kan anak kepadaku.’ Yehuwa meyakinkan Abraham lagi bahawa janji-Nya itu akan dikotakan. Namun, Abraham perlu menunggu sekurang-kurangnya 14 tahun sebelum janji Tuhan ditunaikan.—Kej. 15:2-4; 16:16; 21:5. Sementara menunggu, adakah Abraham kehilangan sukacita? Tidak. Dia tidak pernah meragui Yehuwa. Dia terus berharap akan masa depan yang baik. Paulus menulis: ‘Abraham bersabar. Oleh itu dia menerima apa yang dijanjikan oleh Tuhan.’ (Ibr. 6:15) Akhirnya, Tuhan memberkati Abraham lebih daripada yang dijangkakannya. Apakah yang boleh anda pelajari daripada Abraham? Jika anda sudah lama menunggu tetapi masih belum dilantik sebagai penatua, tetaplah yakin kepada Yehuwa. Janganlah hilang sukacita untuk berkhidmat kepada-Nya. Warren, yang telah
Manfaat Menerima Nasihat Saudara yang “sedang berusaha untuk menjadi seorang penyelia,” atau yang ingin memikul tanggungjawab lain menghargai kata-kata pujian yang tulus. (1 Tim. 3:1) Apabila para penatua memberikan nasihat yang jelas dengan baik hati, kata-kata mereka dapat “menggembirakan hati” saudara yang menerimanya. Sudah pasti, hal ini bermanfaat. Dia akan didorong untuk mendengar dan menerapkan nasihat yang diberikan.—Ams. 27:9. Kadangkala, sikap seseorang mungkin menghalang orang lain daripada memberikan nasihat kepadanya. Contohnya, selama beberapa tahun, tingkah laku Philip menunjukkan bahawa dia tidak ingin memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. Kemudian, dia mengubah pemikirannya dan meminta bimbingan daripada para penatua. Dia berkata, “Para penatua memberi saya nasihat yang baik dan praktikal.” Philip menerapkan nasihat tersebut dan sekarang dia berkhidmat sebagai seorang penatua.—Ams. 18:15.
membantu ramai saudara maju secara rohani berkata, “Proses untuk melayakkan diri akan mengambil masa. Sikap dan kebolehan seseorang ditunjukkan secara beransur-ansur melalui kelakuannya dan cara dia melaksanakan tugas. Sesetengah orang berfikir bahawa mereka berjaya hanya setelah dilantik. Pemikiran sedemikian adalah salah dan keterlaluan. Kita sebenarnya sudah berjaya selagi kita setia berkhidmat kepada Yehuwa dalam apa jua keadaan.” Seorang saudara dilantik sebagai penatua setelah menunggu lebih daripada 10 tahun. Dia mendapat pengajaran daripada Yehezkiel bab 1. Dia berkata, “Yehuwalah yang memimpin organisasiNya seperti kenderaan. Dialah yang menentukan kelajuannya.” Mengenai hal menjadi penatua, saudara itu sedar bahawa Yehuwalah yang tahu masa yang sesuai. Dia menambah, “Ini bukan soal apa yang saya mahu. Yehuwa tahu apa yang saya perlukan.” Jika anda ingin berkhidmat sebagai penatua, berusahalah sekarang untuk menyumbang kepada kesejahteraan sidang. Sementara itu, janganlah resah dan hilang sabar. Raymond, yang disebut tadi, menerangkan bahawa mereka yang terlalu risau akan kehilangan kepuasan dan sukacita untuk menyembah Yehuwa. Oleh itu, terus-
lah memupuk buah daya aktif Tuhan, terutamanya sifat kesabaran. Kuatkanlah kerohanian anda melalui pembelajaran peribadi. Luangkanlah lebih masa untuk menginjil dan mengajar kebenaran kepada orang yang berminat. Bimbinglah keluarga anda dalam aktiviti rohani dan penyembahan keluarga. Bergaullah bersama saudara saudari dengan mesra. Semua ini akan membantu anda bersukacita dalam khidmat Yehuwa. Usaha untuk melayakkan diri sebagai penyelia dalam sidang ialah penghormatan daripada Yehuwa. Dia dan organisasi-Nya tidak ingin kita menjadi hampa dan susah hati semasa berkhidmat kepada-Nya. Yehuwa akan menyokong dan memberkati orang yang berkhidmat dengan niat yang baik. Apabila Yehuwa memberkati kita, Dia “tidak menambah kesedihan.”—Ams. 10:22, nota kaki. Walaupun anda sudah lama berusaha untuk melayakkan diri, anda masih boleh membuat banyak kemajuan rohani. Contohnya, anda boleh memupuk sifat-sifat Kristian dan membantu sidang sambil menjaga keperluan keluarga sendiri. Yehuwa tidak akan melupakan semua usaha anda. Semoga anda terus menikmati sukacita dalam apa jua tugas yang anda lakukan demi Yehuwa.
Adakah Anda Yakin bahawa Anda Memiliki Kebenaran? Mengapa? ‘Ketahui kehendak Tuhan—iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.’—RM. 12:2. ADAKAH Tuhan menghendaki orang Kristian sejati untuk berperang dan membunuh? Itulah yang dilakukan oleh ramai orang yang mengaku diri Kristian selama 100 tahun yang lalu. Paderi Katolik memberkati tentera dan senjata yang digunakan untuk membunuh pihak lawan yang juga beragama Katolik. Hal yang sama juga dilakukan oleh paderi-paderi Protestan. Semua ini berlaku pada Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan pertumpahan darah. 2 Apakah yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehuwa pada masa perang? Sejarah melaporkan bahawa mereka tetap berpendirian neutral. Mengapakah mereka melakukan demikian? Sebab mereka mengikut contoh dan ajaran Yesus. Dia berkata, ‘Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikutku.’ (Yoh. 13:35) Selain itu, mereka menerapkan apa yang tercatat dalam surat Paulus kepada sidang di Korintus.—Baca 2 Korintus 10:3, 4. 3 Oleh sebab hati nurani orang Kristian sejati dilatih oleh 1. Apakah yang dilakukan ketua gereja semasa perang? 2, 3. Semasa peperangan, apakah yang dilakukan oleh Saksi-Saksi Yehuwa, dan mengapa?
7
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Pendirian neutral Saksi-Saksi Yehuwa telah meyakinkan ramai orang tentang apa?
Bagaimanakah kerja penyebaran meyakinkan ramai orang bahawa kita merupakan orang Kristian sejati?
Mengapakah anda yakin bahawa anda memiliki kebenaran?
Bible, mereka tidak berperang. Akibatnya, ribuan Saksi, tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita, menderita di kem tahanan dan penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, ada yang terbunuh di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. Meskipun semua ini berlaku, para Saksi tidak melupakan tanggungjawab mereka untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Dengan setia, mereka menginjil di penjara, kem konsentrasi, dan semasa di pembuangan. Pada 1994, Saksi-Saksi Yehuwa juga tidak mengambil bahagian dalam pembasmian kaum di Rwanda. Selain itu, mereka tetap neutral apabila pertumpahan darah berlaku semasa negara Yugoslavia berpecah-belah. 4 Pendirian neutral Saksi-Saksi Yehuwa menunjukkan bahawa mereka benarbenar mengasihi Tuhan dan orang lain. Hasilnya, ribuan orang di dunia yakin bahawa para Saksi mengamalkan ibadat sejati. Namun, terdapat perkara-perkara lain yang meyakinkan ramai orang bahawa Saksi-Saksi Yehuwa merupakan orang Kristian sejati. KERJA PENDIDIKAN TERBESAR DALAM SEJARAH
Yesus selalu menekankan kepentingan untuk menyebarkan berita baik. Dia memulakan kerja penyebaran dan memilih 12 orang rasul untuk menyertainya. Kemudian, dia juga melatih 70 orang pengikutnya. (Luk. 6:13; 10:1) Pada mulanya, mereka dilatih untuk mengajar orang Yahudi. Tetapi, Yesus kemudian berkata bahawa mereka harus mengajar semua bangsa. Hal ini merupakan perubahan 5
4. Bagaimanakah pendirian neutral Saksi-Saksi
Yehuwa mempengaruhi orang lain? 5. Apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh
pengikut Yesus abad pertama?
8
yang besar bagi pengikut Yesus yang berbangsa Yahudi.—Kis. 1:8. 6 Rasul Petrus telah diarahkan untuk menginjil kepada Kornelius, seorang lelaki bukan Yahudi. Pada masa itu, Petrus sedar bahawa Yehuwa memperlakukan semua orang dengan sama rata. Petrus memahami bahawa Tuhan ingin supaya orang daripada pelbagai bangsa mendengar dan menerima kebenaran. Maka, Kornelius dan keluarganya dibaptis. (Kis. 10:9-48) Mulai hari itu, Petrus dan pengikut Yesus yang lain menginjil kepada semua bangsa. 7 Pada zaman sekarang, mereka yang mengambil pimpinan dalam organisasi Yehuwa bersemangat untuk mengusahakan kerja menginjil dan mengajar berita baik di serata dunia. Kini, hampir 8 juta Saksi sedang menginjil dalam lebih daripada 600 bahasa! Saksi-Saksi Yehuwa terkenal kerana menginjil dari rumah ke rumah dan juga di tempat awam. Kadangkala mereka menggunakan meja pameran serta rak mudah alih. 8 Lebih daripada 2,900 orang telah dilatih untuk menterjemahkan Bible dan bahan bacaan Bible. Mereka tidak hanya menterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa utama, tetapi juga ke dalam bahasa yang tidak dikenali ramai. Contohnya, di Sepanyol, jutaan orang menggunakan bahasa Catalan setiap hari. Kebelakangan ini, pelbagai variasi bahasa Catalan juga digunakan dengan meluas di Andorra, Alicante, Kepulauan Balearic, dan Valencia. Oleh itu, orang Catalan sangat terharu kerana Saksi-Saksi Yehuwa kini 6. Bagaimanakah Petrus sedar bahawa Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata? 7, 8. Apakah yang sedang dilakukan oleh organisasi Yehuwa hari ini? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
Kumpulan penterjemahan menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Low German (Lihat perenggan 10)
menyediakan bahan bacaan dan mengadakan perjumpaan Kristian dalam bahasa mereka. 9 Hal yang sama juga berlaku di merata tempat. Misalnya, di Mexico, ramai orang berbahasa Sepanyol. Walaupun begitu, banyak bahasa tempatan lain juga digunakan, seperti bahasa Maya. Pasukan penterjemahan bahasa Maya telah dipindahkan ke kawasan yang menggunakan bahasa Maya. Hal ini adalah supaya mereka dapat mendengar dan menggunakan bahasa itu setiap hari. Jadi, bahan terjemahan mereka lebih senang difahami oleh orang Maya. Satu lagi contoh ialah bahasa Nepali yang digunakan di negara Nepal. Negara tersebut mempunyai penduduk seramai 29 juta dan sekitar 120 bahasa digunakan di sana. Meskipun begitu, bahasa Nepali digunakan oleh lebih daripada 10 juta orang penduduk, dan ramai penduduk lain boleh memahaminya. Sekarang bahan bacaan Bible kita juga disediakan dalam bahasa Nepali. 10 Kerja penterjemahan di seluruh du9, 10. Apakah yang menunjukkan bahawa organisasi Yehuwa berminat dalam keperluan rohani orang ramai?
nia menunjukkan bahawa organisasi Yehuwa memandang serius tanggungjawab untuk menyebarkan berita baik ke serata dunia. Berjuta-juta risalah, brosur, dan majalah diedarkan tanpa bayaran kepada orang ramai. Kos ini dibiayai oleh derma sukarela daripada para Saksi. Mereka mengikut arahan Yesus, “Lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran!” —Mat. 10:8. 11 Saksi-Saksi Yehuwa amat yakin bahawa mereka memiliki kebenaran. Oleh itu, mereka rela membuat pengorbanan yang besar demi menyebarkan berita baik kepada pelbagai bangsa dan kaum. Ramai Saksi telah menyederhanakan hidup, mempelajari bahasa baru, dan menyesuaikan diri dengan budaya baru supaya dapat menyebarkan kebenaran. Kerja penyebaran sedunia ini juga meyakinkan orang lain bahawa Saksi-Saksi Yehuwa merupakan pengikut Kristus yang sejati. 12 Para Saksi melakukan semua hal ini kerana mereka yakin bahawa mereka memiliki kebenaran. Tetapi, apa lagi yang meyakinkan orang bahawa Saksi-Saksi 11, 12. Kerja penyebaran sedunia meyakinkan orang tentang apa?
9
Apakah yang terjadi kepada mereka yang disingkirkan? Ribuan daripada mereka telah bertaubat dan diterima kembali ke sidang. (Baca 2 Korintus 2:6-8.) Oleh sebab Saksi-Saksi Yehuwa berpegang teguh pada piawaian Bible, sidang Kristian tetap suci. Hal ini meyakinkan para Saksi bahawa organisasi merekalah yang diperkenankan Tuhan. Walaupun banyak gereja membiarkan ahli-ahli mereka berbuat sesuka hati, Saksi-Saksi Yehuwa tetap berpegang pada prinsip Bible. Oleh itu, ramai orang yakin bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memiliki kebenaran. 15 Mengapakah Saksi-Saksi lain percaya bahawa mereka memiliki kebenaran? Seorang saudara berumur 54 tahun mula menyembah Yehuwa sejak remaja. Dia berkata bahawa imannya adalah berdasarkan tiga perkara penting: (1) Tuhan wujud, (2) Bible diilhami Tuhan, dan (3) Saksi-Saksi Yehuwa melakukan kehendak Tuhan hari ini. Dia berkata, “Melalui pembelajaran Bible selama bertahun-tahun, saya selalu cuba menguji sama ada tiga perkara itu memang berasas atau tidak. Saya dapati buktinya bertambah kukuh setiap tahun. Hal ini menguatkan iman dan keyakinan saya bahawa kita memang memiliki kebenaran.” 16 Seorang saudari yang berkhidmat di ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa di New York menjelaskan mengapa dia yakin bahawa dia memiliki kebenaran. Dia berkata bahawa hanya organisasi Yehuwa yang memberitahu orang lain tentang nama Yehuwa yang muncul kira-kira 7,000 14
Bahan bacaan dalam bahasa Low German sangat berguna di Paraguay (Lihat gambar pada permulaan rencana)
Yehuwa memiliki kebenaran?—Baca Roma 14:17, 18. MENGAPA MEREKA PERCAYA
Ramai saudara saudari yakin bahawa mereka memiliki kebenaran. Kita boleh meraih banyak manfaat daripada komenkomen mereka. Contohnya, seorang yang lama menyembah Yehuwa berkata, “Tidak kira siapa yang perlu ditegur atau didisiplinkan, banyak usaha dicurahkan untuk memastikan organisasi Yehuwa tetap bersih secara moral dan tidak bercela.” Piawaian moral yang tinggi ini dapat dicapai dengan mengikut prinsip Bible dan teladan Yesus serta para rasul. Ramai yang pernah hidup dalam cara yang tidak diterima Tuhan telah berubah dan kini hidup menurut prinsip Tuhan. Kebanyakan Saksi-Saksi Yehuwa tetap hidup suci. Tetapi, sebilangan kecil yang enggan mengikut piawaian Yehuwa telah disingkirkan. —Baca 1 Korintus 6:9-11. 13
13. Bagaimanakah para Saksi memastikan bahawa organisasi mereka tetap bersih?
10
14. Apakah perubahan yang dilakukan oleh ramai
orang yang telah disingkirkan, dan apakah hasilnya? 15. Apakah yang meyakinkan seorang saudara bahawa dia memiliki kebenaran? 16. Mengapakah seorang saudari yakin bahawa dia memiliki kebenaran?
kali dalam Bible. Dia juga digalakkan oleh ayat di 2 Tawarikh 16:9 yang menyatakan, ‘Yehuwa sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya.’ Dia menambah, “Kebenaran Bible mengajar saya untuk menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati agar Tuhan dapat memberikan kekuatan kepada saya. Hubungan saya dengan Yehuwa sangat bernilai. Saya juga amat menghargai peranan Yesus yang membantu saya untuk mendapatkan pengetahuan tentang Tuhan.” 17 Seorang lelaki yang dahulunya tidak percaya kepada Tuhan berkata, “Ciptaan meyakinkan saya bahawa Tuhan ingin manusia hidup gembira. Jadi, Dia tidak akan membenarkan penderitaan berterusan. Orang di dunia menjadi semakin jahat. Tetapi, umat Yehuwa semakin beriman, bersemangat, dan saling mengasihi. Hanya daya aktif Yehuwa yang dapat menyebabkan mukjizat ini berlaku.”—Baca 1 Petrus 4:1-4. 18 Seorang lagi saudara yang sudah lama berada dalam kebenaran menerangkan mengapa dia percaya bahawa dia memiliki kebenaran: “Apa yang saya pelajari selama ini meyakinkan saya bahawa para Saksi memang berusaha untuk mengikut teladan orang Kristian abad pertama. Saya dapat melihat perpaduan sedunia Saksi-Saksi Yehuwa kerana saya sudah pergi ke banyak negara. Kebenaran Bible memberi saya kepuasan dan sukacita.” Seorang saudara yang berumur 60-an berkata bahawa Saksi-Saksi Yehuwa memang 17. Mengapakah seorang lelaki yang dahulunya tidak percaya kepada Tuhan yakin bahawa dia telah menemui kebenaran? 18. Mengapakah dua orang saudara percaya bahawa mereka memiliki kebenaran? Apakah perasaan anda tentang hal itu?
beriman kepada Yesus. Dia menjelaskan, “Kita telah mengkaji kehidupan Yesus dengan teliti, dan menghargai teladan baiknya. Teladan Yesus telah membantu kita untuk mengubah gaya hidup agar kita menikmati hubungan yang lebih rapat dengan Yehuwa. Kita sedar bahawa hanya dengan tebusan Yesus kita mendapat penyelamatan. Kita juga yakin bahawa dia sudah dibangkitkan daripada kematian kerana terdapat bukti daripada saksi yang boleh dipercayai.”—Baca 1 Korintus 15: 3-8. BERITAHULAH ORANG LAIN TENTANG KEBENARAN
Sebagai orang Kristian sejati, kita benar-benar mengasihi orang lain. Itulah sebabnya kita harus memberitahu mereka tentang kebenaran. Paulus berkata kepada sidang di Roma bahawa pengikut Yesus bertanggungjawab untuk menginjil: “Jika kamu mengisytiharkan dengan mulut kamu bahawa Yesus ialah Tuan, dan jika kamu beriman di dalam hati kamu bahawa Tuhan sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan. Dengan hati, seseorang beriman untuk mendapat perkenan Tuhan. Namun dengan mulut, seseorang mengisytiharkan perkhabaran itu untuk mendapat penyelamatan.”—Rm. 10:9, 10, NW. 20 Saksi-Saksi Yehuwa yakin bahawa mereka memiliki kebenaran. Mereka menghargai penghormatan untuk mengajar orang lain tentang kebenaran. Jadi, berusahalah untuk mengajar Bible kepada orang lain. Tunjukkanlah bahawa anda memiliki kebenaran melalui cara hidup anda. 19
19, 20. (a) Paulus memberitahu sidang di Roma tentang tanggungjawab apa? (b) Apakah yang perlu dilakukan oleh semua umat Yehuwa?
11
Tetap Menyembah Tuhan walaupun ‘Mengalami Penderitaan’ ‘Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.’—KIS. 14:22. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Siapakah punca penderitaan kita?
Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi penganiayaan dan perasaan tawar hati?
Apakah ganjarannya bagi mereka yang berjaya menghadapi penderitaan?
ADAKAH kita berasa hairan kerana harus mengalami banyak penderitaan demi mendapat hidup sejati? Tidak. Kita semua mengalami pelbagai cubaan, tidak kira berapa lama kita berada dalam kebenaran. Mengapa? Salah satu sebab ialah kerana kita hidup di dunia Syaitan.—Why. 12:12. 2 Semua manusia tidak sempurna dan menghadapi masalah dalam hidup. Tetapi, orang Kristian menghadapi masalah tambahan. (1 Kor. 10:13) Salah satu daripadanya ialah kita mengalami penganiayaan teruk kerana ingin tetap setia kepada Tuhan. Yesus berkata, ‘ “Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya.” Jika mereka menganiaya aku, mereka akan menganiaya kamu juga.’ (Yoh. 15:20) Siapakah punca sebenar penganiayaan ini? Syaitan Si Iblis. Bible menggambarkannya sebagai “singa yang mengaum sambil mencari mangsa” di antara umat Tuhan. (1 Ptr. 5:8) Syaitan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mematahkan integriti 1. Mengapakah umat Tuhan “mengalami banyak penderitaan”? 2. (a) Selain daripada masalah biasa, apakah masalah tambahan yang di-
hadapi oleh orang Kristian? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Siapakah punca penganiayaan yang kita hadapi? Bagaimanakah kita tahu?
12
kita kepada Yehuwa. Mari kita lihat apa yang terjadi kepada rasul Paulus. PENDERITAAN DI LISTRA
Oleh sebab Paulus setia kepada Tuhan, dia telah mengalami banyak penganiayaan. (2 Kor. 11:23-27) Semasa di Listra, Paulus telah menyembuhkan seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir. Apabila orang di sana melihat mukjizat ini, mereka menganggap Paulus dan Barnabas sebagai dewa. Paulus dan Barnabas terpaksa menghalang orang di sana daripada memuja mereka. Namun tidak lama kemudian, ketua agama Yahudi tiba dan bercakap buruk tentang Paulus dan Barnabas. Orang yang mempercayai tuduhan palsu itu mula merejam Paulus sehingga menyangka dia sudah mati.—Kis. 14:8-19. 4 Selepas melawat kota Derbe, Paulus dan Barnabas kembali ke Listra, Ikonium, dan Antiokhia. ‘Mereka menguatkan hati pengikut-pengikut di situ dan menggalakkan mereka supaya tetap percaya kepada Yesus. Mereka berkata, “Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.” ’ (Kis. 14:21, 22) Bagaimanakah kata-kata Paulus tentang “mengalami banyak penderitaan” boleh “menguatkan hati pengikut-pengikut di situ”? 5 Cuba perhatikan kata-kata Paulus. Dia tidak berkata, “Kita harus bertahan semasa mengalami banyak penderitaan.” Tetapi dia berkata, ‘Kita harus mengalami banyak penderitaan supaya kita dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.’ Maka, Paulus telah menekankan bahawa ganjaran akan diberikan kepada mereka yang tetap setia kepada Tuhan. Yesus berkata, “Sesiapa 3
3-5. (a) Apakah penderitaan yang dialami Paulus di Listra? (b) Mengapakah kata-kata Paulus tentang “mengalami banyak penderitaan” menguatkan hati kita?
bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.”—Mat. 10:22. 6 Jika kita tabah menghadapi penderitaan, kita akan mendapat ganjaran. Bagi orang Kristian terurap, mereka akan memerintah bersama Kristus di syurga. Bagi “domba-domba lain,” mereka akan menikmati kehidupan selama-lamanya di bumi yang aman. (Yoh. 10:16; 2 Ptr. 3:13) Sementara menantikan ganjaran itu, kita akan “mengalami banyak penderitaan.” Mari kita lihat dua jenis cabaran yang mungkin kita alami. SERANGAN SECARA LANGSUNG
Yesus pernah berkata, “Kamu akan ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Kamu akan dipukul di rumah ibadat. Kamu akan dihadapkan kepada penguasa dan raja.” (Mrk. 13:9) Jadi, sesetengah orang Kristian akan menghadapi serangan secara langsung, seperti penganiayaan. Ada kalanya, penganiayaan boleh disebabkan oleh ketua agama atau pemimpin politik. (Kis. 5:27, 28) Cuba fikirkan contoh Paulus. Adakah dia berasa takut untuk menghadapi penganiayaan? Tidak.—Baca Kisah 20:22, 23. 8 Paulus berani menghadapi serangan Syaitan. Dia berkata, ‘Aku tidak mengambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tugas yang aku terima daripada Tuan Yesus untuk mengkhabarkan berita baik tentang rahmat Tuhan.’ (Kis. 20:24) Paulus tidak takut. Sebaliknya, dia bertekad untuk tabah menghadapi penganiayaan. 7
6. Apakah ganjaran yang akan diberikan kepada
mereka yang berjaya menghadapi penderitaan? 7. Apakah contoh serangan secara langsung? 8, 9. Bagaimanakah Paulus menunjukkan bahawa dia tabah menghadapi penganiayaan? Hari ini, bagaimanakah saudara saudari mempertahankan kesetiaan mereka?
13
Tumpuannya adalah untuk “mengkhabarkan berita baik” walaupun ditentang secara langsung. 9 Dewasa ini, ramai saudara saudari juga mempertahankan kesetiaan mereka walaupun menghadapi serangan secara langsung. Di sebuah negara, sesetengah Saksi telah dipenjarakan hampir 20 tahun tanpa perbicaraan mahkamah. Hal ini adalah kerana mereka enggan mencampuri hal-hal politik. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menerima lawatan, walaupun daripada ahli keluarga. Ada juga yang dipukul dan diseksa. 10 Di tempat lain, saudara saudari mengalami kesusahan yang terjadi dengan tiba-tiba. Jika hal ini berlaku kepada anda, janganlah takut. Bolehkah anda ingat kisah Yusuf? Dia dijual sebagai hamba, tetapi Yehuwa “menyelamatkan dia daripada segala kesusahan.” (Kis. 7:9, 10) Jadi, ingatlah bahawa “Tuhan tahu akan cara menyelamatkan orang salih daripada cubaan.” (2 Ptr. 2:9) Yakinlah bahawa Yehuwa mampu menyelamatkan anda daripada dunia yang jahat ini. Dia akan mengurniai anda kehidupan kekal jika anda tetap berani menghadapi penderitaan.—1 Ptr. 5:8, 9. SERANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG
Kita juga menghadapi serangan secara tidak langsung. Bagaimanakah serangan ini berbeza daripada serangan langsung seperti penganiayaan? Serangan langsung adalah seperti ribut taufan yang meremukkan rumah anda dengan tibatiba. Serangan tidak langsung pula macam anai-anai yang perlahan-lahan 11
10. Mengapakah kita tidak harus takut akan kesu-
sahan yang berlaku dengan tiba-tiba? 11. Apakah perbezaan antara serangan tidak lang-
sung dengan serangan langsung?
14
menghakis rumah anda. Apabila anda menyedarinya, mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan rumah anda. 12 Selain daripada serangan langsung seperti penganiayaan, Syaitan juga menggunakan serangan tidak langsung seperti perasaan tawar hati. Cara ini sangat berkesan kerana hubungan kita dengan Yehuwa menjadi renggang secara perlahan-lahan. Paulus pernah berasa tawar hati sehingga berkata, “Alangkah malangnya aku ini!” (Baca Roma 7:21-25.) Mengapakah Paulus berasa tawar hati? Dia mempunyai hubungan baik dengan Tuhan dan dia mungkin merupakan ahli badan pimpinan pada masa itu. Namun, Paulus berasa tawar hati kerana kelemahannya. Dia berasa susah untuk berbuat apa yang baik. Jika anda berasa tawar hati, ingatlah bahawa Paulus pun pernah berasa begitu. 13 Ada kalanya, ramai saudara saudari tawar hati, resah, malah berasa tidak berguna. Contohnya, seorang saudari perintis berkata, “Saya asyik memikirkan kesilapan lampau. Setiap kali saya memikirkannya, saya semakin sedih. Apabila saya memikirkan semua kesalahan yang saya lakukan, saya berasa bahawa tiada sesiapa yang dapat mengasihi saya, bahkan Yehuwa.” 14 Mengapakah sesetengah penyembah Yehuwa, seperti saudari ini, berasa tawar hati? Terdapat banyak sebab. Ada yang mungkin berfikiran negatif terhadap diri sendiri atau keadaan hidup mereka. (Ams. 15:15) Yang lain pula mungkin ber12. (a) Bagaimanakah Syaitan menyerang kita secara tidak langsung? Mengapakah cara ini sangat berkesan? (b) Mengapakah Paulus berasa tawar hati? 13, 14. (a) Mengapakah sesetengah umat Tuhan berasa tawar hati? (b) Siapakah yang ingin iman kita hancur? Mengapa?
perasaan negatif kerana menghadapi masalah kesihatan. Walau apa pun sebabnya, siapakah yang ingin kita tawar hati? Ya, Syaitan Si Iblis. Dia sendiri sudah tiada harapan dan akan dibinasakan. Jadi, dia ingin anda juga putus harapan. (Why. 20:10) Itulah sebabnya Syaitan menyerang kita secara langsung dan tidak langsung. Dia ingin kita berasa takut dan lemah semangat sehingga berhenti menyembah Yehuwa. Namun ingatlah, umat Tuhan terlibat dalam peperangan rohani demi mempertahankan kesetiaan mereka kepada Yehuwa. 15 Bertekadlah untuk tidak menyerah kalah. Berfokuslah kepada ganjaran kita. Paulus menggalakkan sidang di Korintus, “Kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu.”—2 Kor. 4:16, 17. BERSIAP SEDIALAH SEKARANG
Syaitan mempunyai banyak ‘muslihat yang jahat.’ (Ef. 6:11) Itulah sebabnya kita harus mengikut nasihat di 1 Petrus 5:9: “Teguhkanlah iman dan lawanlah Iblis.” Untuk tetap teguh, kita harus mempersiapkan hati dan minda kita sekarang agar kita sentiasa bersedia untuk melakukan apa yang betul. Contohnya, seorang askar perlu selalu berlatih supaya bersedia apabila peperangan tercetus. Begitu juga, kita harus berlatih dengan gigih 16
15. Menurut 2 Korintus 4:16, 17, apakah tekad
kita? 16. Mengapakah penting untuk bersiap sedia seka-
rang?
Orang Kristian tua dan muda berlatih untuk mempertahankan kepercayaan mereka (Lihat perenggan 16)
kerana kita tidak tahu cabaran apa yang akan dihadapi pada masa depan. Paulus berkata, “Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan.”—2 Kor. 13:5. 17 Satu cara kita boleh menguji diri adalah dengan bertanya, “Adakah saya selalu berdoa? Apabila orang lain mempengaruhi saya untuk berbuat salah, adakah saya tetap mentaati Tuhan dan bukannya manusia? Adakah saya menghadiri perjumpaan dengan tetap? Adakah saya berani menyebarkan kepercayaan saya? Adakah saya memaafkan kesilapan orang lain sepertimana saya mahu mereka memaafkan kesilapan saya? Adakah saya mematuhi para penatua dalam sidang, dan mereka yang mengambil pimpinan dalam aktiviti sedunia kita?” 18 Dunia penuh dengan orang yang cuba mempengaruhi pemikiran kita. Ramai saudara saudari berani mempertahankan kepercayaan mereka di sekolah. Mereka tidak berasa takut atau malu. Apakah yang membantu mereka? Ada yang menggunakan cadangan dalam majalah kita. Contohnya, majalah pembelajaran 15 Mei 2013, muka surat 5-6, menerangkan cara untuk menggunakan soalan semasa memberikan kesaksian kepada rakan sekolah. Hal ini boleh meningkatkan keyakinan anak anda. Ibu bapa, pastikanlah anda berlatih bersama anakanak agar mereka bersedia untuk mempertahankan iman mereka semasa di sekolah. 19 Sudah tentu, bukannya selalu senang untuk melakukan apa yang dikehendaki Yehuwa. Contohnya, anda mungkin berasa sangat penat selepas bekerja
sehari suntuk. Oleh itu, anda perlu lebih berusaha untuk menghadiri perjumpaan pada malam itu. Ataupun anda mungkin berasa susah untuk bangun awal pagi untuk pergi menginjil. Namun, jika anda memupuk kebiasaan untuk melakukan hal-hal rohani sekarang, anda dapat menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan. 20 Bagaimana pula jika kita menghadapi serangan tidak langsung? Contohnya, bagaimanakah kita dapat mengatasi perasaan tawar hati? Satu cara berkesan adalah dengan merenungkan korban tebusan Yesus. Itulah yang dilakukan oleh Paulus. Ada kalanya dia berasa sangat tawar hati. Namun dia sedar bahawa Yesus mati bukan untuk orang sempurna, tetapi untuk orang yang berdosa. Paulus menulis, ‘Aku hidup dengan iman kepada Anak Tuhan yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan dirinya untuk aku.’ (Gal. 2:20) Ya, Paulus menghargai tebusan Yesus sebagai kurniaan peribadi daripada Yehuwa. 21 Anda juga dapat meraih banyak manfaat jika anda menerima tebusan sebagai kurniaan peribadi daripada Yehuwa. Perasaan tawar hati memang tidak akan hilang begitu sahaja. Ada yang perlu bertabah menghadapi perasaan ini sehingga dunia baru tiba. Namun, ganjaran akan diberikan kepada mereka yang tidak putus asa. Hari kedatangan Kerajaan Tuhan semakin dekat. Akhirnya kita akan menikmati keamanan di seluruh dunia dan semua orang akan menjadi sempurna. Maka, bertekadlah untuk meraih hadiah ini walaupun perlu menghadapi banyak penderitaan.
17-19. (a) Bagaimanakah kita dapat menguji diri?
20, 21. (a) Bagaimanakah kita dapat mengatasi perasaan negatif dengan merenungkan korban tebusan? (b) Apakah seharusnya tekad kita?
(b) Bagaimanakah anak muda dapat bersedia untuk mempertahankan iman mereka di sekolah?
16
Ibu Bapa Jagalah Anak-anak Anda “Peliharalah ternakan kamu baik-baik.” —AMS. 27:23.
PADA zaman Israel kuno, kehidupan para gembala sangat susah. Mereka perlu bekerja di luar tidak kira panas atau sejuk. Mereka melindungi kawanan daripada binatang liar dan pencuri. Mereka selalu memeriksa setiap domba dan mengubati ternakan yang sakit atau cedera. Mereka memberikan perhatian khusus kepada anak domba yang lebih lemah daripada domba dewasa.—Kej. 33:13. 2 Ibu bapa Kristian juga seperti para gembala. Mereka bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak “dengan ajaran dan nasihat Tuhan.” (Ef. 6:4) Adakah tugas ini senang? Tidak! Anak-anak sentiasa terdedah kepada idea-idea buruk Syaitan. Mereka juga memiliki kecenderungan yang berdosa. (2 Tim. 2:22; 1 Yoh. 2:16) Jadi, bagaimanakah anda dapat membantu anak anda? Mari kita bincangkan tiga cara iaitu: (1) mengenali mereka, (2) mendidik mereka, dan (3) membimbing mereka. 1, 2. (a) Apakah beberapa tanggungjawab seorang gembala? (b) Mengapakah ibu bapa seperti para gembala?
17
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Seperti seorang gembala, bagaimanakah ibu bapa menjaga anak-anak?
Bagaimanakah ibu bapa mendidik anak tentang kebenaran?
Bagaimanakah ramai orang muda mendapat manfaat daripada penyembahan keluarga?
KENALI ANAK ANDA
Seorang gembala akan memeriksa dan memastikan bahawa setiap domba sihat. Bible berkata, “Peliharalah ternakan kamu baik-baik.” (Ams. 27:23) Seperti gembala, ibu bapa perlu mengenali anak-anak. Mereka perlu prihatin terhadap kelakuan, perasaan, dan pendapat anak. Bagaimanakah anda boleh melakukannya? Dengan sentiasa bercakap dengan anak. 4 Sesetengah ibu bapa berasa susah untuk berkomunikasi dengan anak remaja. Para remaja mungkin tidak ingin meluahkan perasaan atau pendapat mereka. Jika anak anda juga begitu, apakah yang boleh dilakukan? Anda tidak perlu terlalu serius dan bercakap panjang lebar. Sebaliknya, cubalah berbual dengan mereka dalam keadaan yang tenang. (Ul. 6:6, 7) Luangkanlah masa bersama. Contohnya dengan bersiar-siar, bermain, dan membuat kerja di rumah bersama. Apabila anak berasa tenang, mereka mungkin lebih rela meluahkan isi hati. 5 Bagaimana pula jika anak anda masih tidak mahu bercakap? Cubalah cara lain. Jika boleh, jangan bertanya, “Apa kamu buat hari ini?” Sebaliknya, cuba beritahu dahulu apa yang telah anda lakukan pada hari itu. Kemudian, dia mungkin berasa lebih selesa untuk menceritakan apa yang telah dia lakukan pada hari itu. Jika anda ingin mengetahui perasaannya mengenai sesuatu, tanyalah soalan seperti, “Pernahkah kamu lihat orang buat begini?” dan bukannya, “Pernahkah kamu buat be3
3. Bagaimanakah ibu bapa boleh mengenal anak
gini?” Anda juga boleh bertanya, “Apakah pendapat kawan-kawan kamu tentang hal ini?” Kemudian anda boleh bertanya, “Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada mereka?” 6 Anak-anak lebih sudi berkomunikasi jika anda mudah didekati. Jika anda selalu sibuk dan tidak meluangkan masa bersama anak, mereka tidak akan memberitahu anda masalah yang dihadapi. Jadi, bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda mudah didekati? Jangan sekadar berkata, “Kamu boleh bercakap dengan saya bila-bila sahaja.” Anak remaja perlu yakin bahawa anda prihatin terhadap masalahnya dan tidak akan marah jika dia meluahkan perasaannya. Kayla yang berumur 19 tahun berkata, “Saya dapat bercakap dengan ayah tentang apa sahaja. Dia tidak mencelah atau menghakimi saya. Dia mendengar semuanya, dan kemudian memberikan nasihat yang terbaik.” 7 Ada kalanya, anda perlu berbual tentang topik yang susah, seperti berdating. Jika demikian, ajarlah mereka cara yang betul untuk menanganinya. Bayangkan anda pergi ke sebuah restoran, dan menu di sana hanya mengandungi amaran tentang keracunan makanan, tentu anda akan beredar. Begitu juga, jika anda hanya memberikan amaran kepada anak, mereka akan bosan mendengarnya dan berhenti meminta nasihat anda. (Baca Kolose 3:21.) Sebaliknya, cubalah bersikap seimbang. Seorang saudari muda bernama Emily berkata, “Ibu bapa saya tidak bercakap tentang berdating dalam cara
mereka dengan baik? 4, 5. (a) Apakah cadangan yang sesuai untuk
menggalakkan anak meluahkan perasaan dan pendapat mereka? (Lihat gambar pada permulaan rencana.) (b) Apakah yang pernah anda lakukan agar anak berasa senang untuk bercakap dengan anda?
18
6. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan baha-
wa anda mudah didekati? 7. Bagaimanakah ibu bapa boleh bersikap seimbang semasa bercakap tentang topik seperti berdating supaya anak tidak berasa bosan?
Dengar supaya anda MENGENALI mereka
DIDIK mereka dengan baik
BIMBING haluan hidup mereka
(Lihat perenggan 10-12)
(Lihat perenggan 13-18)
(Lihat perenggan 3-9)
yang negatif. Mereka mengatakan bahawa mengenali seseorang dan mencari teman hidup adalah sesuatu yang menggembirakan. Oleh itu, saya selesa berbual tentang topik ini dengan mereka. Jika saya berdating, saya ingin memberitahu ibu bapa, bukannya merahsiakan hal itu.” 8 Anda perlu bersabar dan mendengar dengan teliti supaya anak mudah bercakap dengan anda. (Baca Yakobus 1:19.) Seorang ibu tunggal yang bernama Katia berkata, “Dahulu saya tidak sabar dengan anak perempuan saya. Saya tidak memberinya peluang untuk menghabiskan ceritanya. Saya berasa terlalu letih atau tidak mahu diganggu. Namun, setelah saya mengubah sikap, anak saya juga berubah. Dia sekarang lebih rela bercakap dengan saya.” 9 Seorang bapa bernama Ronald, yang mempunyai anak perempuan berkata, “Apabila dia memberitahu bahawa dia bercinta dengan seorang lelaki di sekolah, saya sangat marah. Tetapi saya teringat bahawa Yehuwa bersabar dan munasabah
dengan umat-Nya. Maka, saya memberi dia peluang untuk meluahkan isi hatinya sebelum saya memberikan nasihat. Inilah pertama kali saya memahami perasaan anak saya! Selepas mendengar penjelasannya, saya berasa lebih senang untuk memberikan nasihat dengan penuh kasih. Tanpa disangka, dia menerima nasihat saya dan berjanji untuk berubah.” Jika anda selalu berbual dengan anak, anda akan lebih memahami pemikiran dan perasaan mereka. Hasilnya, nasihat anda akan lebih senang diterima oleh anak semasa mereka membuat keputusan.1 DIDIK ANAK ANDA
Seorang gembala tahu bahawa domba-domba boleh tersesat. Seekor domba mungkin mula mencari rumput di tempat lain. Lama-kelamaan domba itu semakin jauh daripada kawanan. Begitu juga, anak muda boleh meninggalkan kebenaran dengan perlahan-lahan. Mereka mungkin dipengaruhi oleh pergaulan atau hiburan 10
8, 9. (a) Apakah kebaikannya untuk bersabar dan
1 Lihat majalah pembelajaran 15 Mei 2013, muka surat 19-23.
mendengar dengan teliti? (b) Bolehkah anda berkongsi pengalaman anda semasa mendengarkan anak?
10, 11. Bagaimanakah anda dapat membantu anak agar tidak meninggalkan kebenaran?
19
yang buruk. (Ams. 13:20) Bagaimanakah anda dapat menghindari hal ini? 11 Jika anak anda mempunyai kelemahan tertentu, bantulah mereka dengan segera untuk mengatasinya. Selain itu, bantulah anak untuk menguatkan sifat-sifat mereka yang baik. (2 Ptr. 1:5-8) Penyembahan Keluarga merupakan masa terbaik untuk melakukan semua ini. Kerja Teokratik Kita terbitan Oktober 2008 menyatakan: “Semua ketua keluarga digalakkan untuk menjalankan tanggungjawab mereka yang diberikan oleh Yehuwa untuk memastikan bahawa program pembelajaran keluarga yang tetap dan bermakna diadakan.” Adakah anda menggunakan masa Penyembahan Keluarga dengan bijak untuk mendidik anak anda? Yakinlah bahawa anak anda memang menghargai segala usaha yang anda curahkan.—Mat. 5:3; Flp. 1:10. 12 Gadis remaja bernama Carissa dan keluarganya meraih manfaat daripada Penyembahan Keluarga. Dia berkata, “Saya suka apabila kami duduk bersama dan berbual. Hubungan kami semakin erat. Semua ini mengukir kenangan manis dalam hidup. Ayah mengadakan penyembahan keluarga dengan tetap. Oleh sebab ayah melakukannya dengan serius, saya juga didorong untuk bersikap serius. Maka, saya lebih menghormati dia sebagai ayah dan ketua keluarga.” Seorang saudari muda bernama Brittney berkata, “Penyembahan keluarga mengeratkan hubungan saya dengan ibu bapa. Saya dapat melihat bahawa mereka benar-benar prihatin tentang masalah saya. Penyembahan keluarga menyatukan dan menguatkan 12. (a) Bagaimanakah orang muda meraih manfa-
at daripada penyembahan keluarga? (Lihat juga kotak “Mereka Menghargainya.”) (b) Bagaimanakah anda meraih manfaat daripada penyembahan keluarga?
20
kami sekeluarga.” Jelaslah, penyembahan keluarga adalah cara utama untuk mendidik anak-anak secara rohani.1 BIMBING ANAK ANDA 13 Gembala yang baik menggunakan tongkat untuk melindungi kawanan domba dan memimpin mereka ke ‘padang rumput yang subur.’ (Yeh. 34:13, 14) Seperti gembala, anda tentu ingin membimbing anak untuk menyembah Yehuwa. Anda ingin anak berasa seperti pemazmur yang berkata, ‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.’ (Mzm. 40:9) Anak muda yang mempunyai perasaan sebegini akan membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis. Untuk membuat keputusan yang penting ini, mereka perlu memperoleh pengetahuan yang mencukupi dan benar-benar ingin menyembah Yehuwa. 14 Bagaimana pula jika anak anda tidak membuat kemajuan rohani atau tidak yakin akan kebenaran? Apakah yang akan anda lakukan? Teruslah bimbing mereka untuk memupuk kasih kepada Yehuwa. Ajarlah mereka untuk menghargai segala yang Yehuwa lakukan demi mereka. (Why. 4:11) Maka, mereka dapat membuat keputusan sendiri untuk menyembah Yehuwa. 15 Jika anak anda kurang yakin akan kebenaran, cubalah bimbing mereka dengan sabar. Bantulah mereka memahami bahawa menyembah Yehuwa adalah cara hi-
1 Untuk maklumat lanjut, lihat Kerja Teokratik Kita terbitan Ogos 2013, muka surat 3-6. 13. Bagaimanakah anak dapat dibantu untuk menyembah Yehuwa? 14, 15. (a) Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak membuat kemajuan rohani? (b) Mengapakah anak mungkin berasa kurang yakin terhadap kebenaran?
MEREKA MENGHARGAINYA dup terbaik dan membawa berkat yang berkekalan. Selain itu, cubalah ketahui apa sebabnya mereka berasa kurang yakin. Misalnya, adakah anak anda tidak percaya ajaran Bible atau dia cuma takut untuk menginjil kepada rakannya? Adakah dia berfikir bahawa prinsip Tuhan tidak baik atau dia cuma berasa sunyi dan tersisih? 16 Bagaimanakah anda boleh membantu anak untuk mengatasi keraguan tentang kebenaran? Ramai ibu bapa berjaya menolong anak dengan menanya soalan-soalan seperti, “Bagi kamu, adakah senang atau susah untuk hidup sebagai orang Kristian? Apakah kebaikannya untuk menyembah Yehuwa? Apakah pula pengorbanannya? Apakah perasaan kamu tentang berkat yang kita terima sekarang dan pada masa depan? Jika dibandingkan, adakah berkat melebihi pengorbanan?” Pastikan bahawa anda bertanya dengan ikhlas, baik hati, dan bertimbang rasa. Jangan buat anak anda berasa tertekan. Pada masa itu, anda juga boleh membincangkan Markus 10:29, 30 bersama anak. Kemudian, anak muda boleh menyenaraikan kebaikan dan pengorbanan sebagai orang Kristian. Senarai ini dapat membantu anda dan anak untuk mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya. Jika kita mengajar orang yang berminat dengan menggunakan buku Ajaran Bible dan Kasih Tuhan, lebih-lebih lagi kita harus melakukannya dengan anak sendiri! Adakah anda sedang berbuat demikian? 17 Jangan anggap bahawa anak-anak akan menyembah Yehuwa secara automatik. Mereka perlu memupuk hubungan peribadi dengan Yehuwa dan membuat
Perhatikanlah komen dua orang muda yang mendapat manfaat daripada penyembahan keluarga. “Malam Penyembahan Keluarga mengeratkan hubungan saya dengan Yehuwa dan keluarga. Saya belajar untuk lebih memahami sifat sendiri dan keadaan rohani saya. Hal ini membantu saya untuk membuat kemajuan.” “Semasa penyembahan keluarga, kami semua dapat meluahkan isi hati dalam suasana yang tenang. Kami mengetepikan tekanan hidup seharian dan berfokus pada perkara rohani. Dahulu kami tidak berbuat begini. Tetapi sekarang kami amat bersyukur atas berkat ini!”
pilihan sendiri untuk menyembah-Nya. (Ams. 3:1, 2) Jika anak berasa susah untuk mendekati Yehuwa, bantulah dia untuk memikirkan soalan-soalan seperti: “Bagaimanakah saya pasti Tuhan wujud? Bagaimanakah saya tahu Yehuwa benarbenar mengambil berat tentang saya? Adakah saya yakin prinsip Tuhan memang bermanfaat bagi saya?” Ibu bapa, anda harus membimbing anak dengan sabar seperti gembala yang baik. Teruslah bantu mereka untuk yakin bahawa menyembah Yehuwa memang cara hidup yang terbaik. —Rm. 12:2. 18 Kita semua sebagai orang Kristian sejati patut meniru Yehuwa, Gembala Yang Agung. (Ef. 5:1; 1 Ptr. 2:25) Ibu bapa seharusnya mengenali dan mendidik anakanak agar mereka dapat menikmati berkat Yehuwa yang berkekalan. Berusahalah sedaya upaya untuk membimbing dan membesarkan anak anda supaya mereka mengasihi Yehuwa!
16, 17. Bagaimanakah ibu bapa membantu anak
untuk memupuk hubungan peribadi dengan Yehuwa?
18. Bagaimanakah ibu bapa boleh meniru Yehuwa, Gembala Yang Agung?
21
PERTANYAAN PEMBACA
Adakah kata-kata Daud di Mazmur 37:25 dan pernyataan Yesus di Matius 6:33 bermaksud bahawa Yehuwa tidak akan membiarkan orang Kristian kelaparan? ˇ Daud menulis bahawa dia ‘tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan Yehuwa, ataupun anak mereka meminta-minta makanan.’ Dia membuat pernyataan ini berdasarkan pengalamannya. Dia yakin kepada jagaan Yehuwa. (Mzm. 37:25) Namun, kata-kata Daud tidak bermaksud bahawa tiada penyembah Yehuwa yang akan kekurangan makanan. Daud sendiri pernah mengalami kesusahan. Contohnya, sewaktu melarikan diri daripada Raja Saul, Daud telah meminta roti untuk dirinya dan mereka yang bersamanya. (1 Sam. 21: 1-6) Maka, pada masa itu, Daud memang telah “meminta-minta makanan.” Tetapi, Yehuwa tidak meninggalkannya. Bible tidak pernah menyatakan bahawa Daud terpaksa menjadi pengemis untuk mendapatkan makanan. Di Matius 6:33 pula, Yesus memberikan jaminan bahawa mereka yang mengutamakan Kerajaan Tuhan akan mempunyai keperluan yang mencukupi. ‘Utamakanlah Pemerintahan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya,’ kata Yesus, ‘lalu Tuhan akan memberikan semua itu [termasuk makanan, minuman, dan pakaian] kepada kamu.’ Namun, Yesus juga pernah berkata bahawa penganiayaan mungkin menyebabkan ‘saudaranya’ kelaparan. (Mat. 25:35, 37, 40) Hal ini telah berlaku kepada Paulus. Ada kalanya dia kelaparan dan kehausan.—2 Kor. 11:27. Yehuwa telah berkata bahawa kita akan dianiaya. Demi menjawab tuduhan Si Iblis, Tuhan mungkin membenarkan kita mengalami kekurangan keperluan asas. (Ayb. 2:3-5) Contohnya, fikirkan saudara saudari yang telah dianiaya di kem konsentrasi Nazi. Salah satu cara kejam yang digunakan untuk mematahkan integriti
22
mereka ialah dengan membiarkan mereka kelaparan. Namun, mereka tetap setia dan Yehuwa tidak meninggalkan mereka. Walaupun Yehuwa mengizinkan penyembah-Nya untuk mengalami penderitaan, kita boleh yakin bahawa Dia akan menyokong semua orang yang menderita demi nama-Nya. (1 Kor. 10:13) Kita boleh ingat kata-kata di Filipi 1:29, ‘Kamu sudah diberikan oleh Tuhan anugerah untuk mengabdikan diri kepada Kristus, bukan sahaja dengan percaya kepadanya, tetapi juga dengan menderita baginya.’ Yehuwa berjanji untuk menyokong penyembah-Nya. Yesaya 54:17 berkata, “Tiada senjata yang dapat mencederakan kamu.” Janji-janji sebegini menjamin bahawa umat Yehuwa secara keseluruhan akan diselamatkan. Namun, secara individu, seorang Kristian mungkin mengalami penderitaan, bahkan terkorban.
Kematian—Musuh Terakhir yang akan Ditaklukkan “Musuh yang terakhir yang akan ditaklukkan ialah kematian.” —1 KOR. 15:26.
SEMASA Adam dan Hawa diciptakan, tiada musuh yang mengancam mereka. Mereka hidup sempurna di firdaus dan menikmati hubungan yang erat dengan Yehuwa sebagai anakanak-Nya. (Kej. 2:7-9; Luk. 3:38) Tuhan memberi mereka tugas yang penting. (Baca Kejadian 1:28.) Tugas yang diberikan untuk “menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya” boleh dicapai dalam masa tertentu. Namun, untuk “menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar,” Adam dan Hawa perlu hidup kekal. Maksudnya, mereka dapat menikmati semua ini buat selama-lamanya. 2 Tetapi, mengapakah keadaan dunia sekarang sangat berbeza? Mengapakah begitu banyak musuh yang mengancam kebahagiaan kita? Bagaimanakah Yehuwa akan menawan semua musuh ini, terutamanya kematian? Marilah kita melihat jawapannya dalam Bible. 1, 2. Bagaimanakah kehidupan Adam dan Hawa pada mulanya? Tetapi, apakah soalan-soalan yang timbul?
23
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Apakah perintah yang diberikan oleh Yehuwa kepada Adam?
Mengapakah umat manusia mati?
Bilakah “musuh yang terakhir,” kematian, akan ditaklukkan?
AMARAN YANG DIDORONG OLEH KASIH
Walaupun Adam dan Hawa boleh hidup selama-lamanya, hal itu tidak bermaksud bahawa mereka tidak dapat mati. Untuk tetap hidup, mereka perlu bernafas, makan, minum, dan tidur. Namun, yang lebih penting ialah persahabatan dengan Yehuwa, Sumber Kehidupan mereka. (Ul. 8:3) Mereka dapat terus hidup dan bersukacita hanya jika mereka mentaati bimbingan Tuhan. Sebelum menciptakan Hawa, Yehuwa memberitahu Adam, “Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini, kecuali buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga.”—Kej. 2: 16, 17. 4 “Pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat” merupakan lambang bahawa Yehuwalah yang berhak menentukan apa yang baik dan yang jahat. Adam memang dapat membezakan yang baik daripada jahat kerana dia diciptakan mengikut gambaran Tuhan dan mempunyai hati nurani. Tetapi, pokok tersebut mengingatkan Adam dan Hawa bahawa mereka sentiasa memerlukan bimbingan Yehuwa. Jika mereka makan daripada pokok itu, mereka seolaholah berkata kepada Yehuwa, “Kami tidak perlu mengikut perintah-Mu.” Akibatnya, mereka dan keturunan mereka akan mati seperti yang Yehuwa katakan. 3
MENGAPA UMAT MANUSIA MATI 5
Adam telah memberitahu Hawa ten-
3, 4. (a) Apakah perintah yang diberikan Tuhan kepada Adam dan Hawa? (b) Mengapakah penting bagi mereka untuk mentaati perintah itu? 5. Mengapakah Adam dan Hawa mengingkari Yehuwa?
24
tang perintah Tuhan. Hawa memang tahu tentang perintah ini kerana dia telah menyebutkannya kepada seekor ular. (Kej. 3: 1-3) Sebenarnya, Syaitanlah yang bercakap melalui ular itu. Syaitan telah memupuk keinginan yang jahat. Dia menginginkan kuasa dan tidak mahu berada di bawah perintah Tuhan. (Bandingkan Yakobus 1:14, 15.) Untuk mencapai keinginannya, Syaitan berkata kepada Hawa bahawa Tuhan telah berdusta, dan jika Hawa mengingkari Tuhan, dia tidak akan mati, tetapi akan menjadi seperti Tuhan. (Kej. 3: 4, 5) Hawa mempercayai kata-kata Syaitan. Dia memakan buah itu dan memberitahu Adam untuk berbuat demikian juga. (Kej. 3:6, 17) Sebenarnya, Syaitanlah yang berdusta. (Baca 1 Timotius 2:14.) Walaupun begitu, Adam masih ‘mendengarkan kata-kata Hawa.’ Syaitan nampaknya seperti seorang kawan, tetapi dia sebenarnya musuh yang tidak berhati perut. Dia tahu bahawa dustanya akan membawa akibat yang sangat dahsyat. 6 Adam dan Hawa memberontak terhadap Yehuwa yang telah memberikan hidup dan segala sesuatu yang baik kepada mereka. Yehuwa memang dapat melihat apa yang berlaku, tetapi Dia memberikan peluang kepada Adam, Hawa, dan Syaitan untuk menunjukkan apa yang tersirat dalam hati mereka. (1 Taw. 28:9; baca Amsal 15:3.) Sebagai Bapa mereka, hati Yehuwa benar-benar terluka. (Bandingkan Kejadian 6:6.) Tetapi, Dia juga perlu bertindak sebagai Hakim untuk mengadili mereka. 7 Adam tahu perintah Tuhan, ‘Jika engkau memakan buah pokok itu, engkau pasti mati pada hari itu juga.’ Oleh itu, Adam mungkin berfikir bahawa dia akan mati pada hari dia memakan buah itu. Te6, 7. Bagaimanakah Yehuwa mengadili Adam dan Hawa?
tapi, “pada petang itu” Yehuwa bercakap kepada Adam dan Hawa. (Kej. 3:8) Sebagai Hakim yang adil, Yehuwa mendengarkan penjelasan mereka dahulu. (Kej. 3: 9-13) Kemudian, barulah Dia menjatuhkan hukuman. (Kej. 3:14-19) Jika Yehuwa terus menghapuskan mereka, tujuanNya untuk manusia tidak akan terlaksana. (Yes. 55:11) Namun, Yehuwa yang pengasih membenarkan Adam dan Hawa mempunyai keturunan yang berpeluang untuk hidup kekal. Pada hari mereka berdosa, Adam dan Hawa seolah-olah sudah mati di mata Tuhan. Oleh sebab satu hari bagaikan seribu tahun di mata Tuhan, Adam dan Hawa memang mati “pada hari itu juga.”—2 Ptr. 3:8. 8 Adakah umat manusia dipengaruhi oleh dosa Adam? Sudah tentu. Roma 5:12 menjelaskan, “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa orang itu membawa kematian. Akibatnya maut menjangkiti segenap umat manusia, kerana semua orang berdosa.” Paulus juga berkata, “Semua orang menjadi orang berdosa kerana satu orang tidak taat.” (Rm. 5:19) Manusia pertama yang mati ialah Habel yang setia. (Kej. 4:8) Seterusnya, semua anak cucu Adam juga menjadi tua dan mati. Umat manusia tidak dapat melepaskan diri daripada dua musuh, iaitu dosa dan maut. Kita tidak memahami dengan sepenuhnya bagaimana umat manusia mewarisi dosa dan maut, tetapi kita memang merasai akibatnya. 9 Oleh itu, Bible menyatakan bahawa dosa dan maut menyebabkan “suasana sedih yang telah menyelubungi semua bangsa.” (Yes. 25:7) Tiada sesiapa yang dapat melarikan diri daripada dosa dan kema8, 9. Bagaimanakah dosa Adam mempengaruhi keturunannya? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
tian. Menurut Bible, “semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam.” (1 Kor. 15:22) Oleh sebab itu, Paulus menyeru, “Siapakah yang dapat menyelamatkan aku daripada tubuh ini yang membawa aku kepada kematian?” (Rm. 7:24) Dapatkah sesiapa menyelamatkannya?1 DOSA DAN KEMATIAN AKAN DITAKLUKKAN
Hanya Yehuwa dapat menyelamatkan Paulus. Bible menyatakan, ‘Raja Yehuwa akan memusnahkan maut selamalamanya! Dia akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah.’ (Yes. 25:8) Seperti seorang bapa yang mengasihi anak-anaknya, Yehuwa ingin menghentikan penderitaan dan melenyapkan kematian. Yesus juga bekerjasama dengan-Nya. Menurut 1 Korintus 15:22, “Semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus.” Selepas bertanya, ‘Siapakah yang dapat menyelamatkan aku?’ Paulus sendiri menjawab, ‘Aku bersyukur kepada Tuhan; Dia menyelamatkan aku melalui Yesus Kristus!’ (Rm. 7:24, 25) Walaupun Adam dan Hawa berdosa, Yehuwa dan Yesus masih mengasihi umat manusia. (Ams. 8:30, 31) Namun, bagaimanakah manusia boleh diselamatkan daripada dosa dan kematian? 11 Apabila Adam berdosa, Yehuwa 10
1 Buku Insight on the Scriptures menerangkan bahawa saintis tidak memahami apa yang menyebabkan manusia menjadi tua dan mati. Hal ini adalah kerana mereka mengetepikan kenyataan bahawa Tuhan Yehuwa, sebagai Pencipta, telah menjatuhkan hukuman mati ke atas pasangan manusia pertama. Oleh itu, saintis tidak dapat memahami proses itu sepenuhnya.—Jilid 2, muka surat 247. 10. (a) Apakah ayat-ayat Bible yang menunjuk-
kan bahawa Yehuwa akan melenyapkan kematian? (b) Apakah yang kita pelajari mengenai Yehuwa dan Yesus daripada ayat-ayat Bible ini? 11. Apakah yang dilakukan Yehuwa untuk membantu umat manusia?
25
menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Hasilnya, semua manusia mewarisi ketidaksempurnaan dan kematian. (Rm. 5: 12, 16) Roma 5:18 menjelaskan, “Umat manusia dihukum kerana dosa satu orang.” Bagaimanakah Tuhan dapat membantu umat manusia sambil bertindak selaras dengan piawaian-Nya? Yesus menjawab soalan ini dengan berkata bahawa dia ‘datang untuk menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang.’ (Mat. 20:28) Yesus merupakan manusia yang sempurna. Oleh itu, korban tebusannya dapat “menyelamatkan manusia daripada dosa.” Mengapakah korban tebusan merupakan aturan yang adil? —1 Tim. 2:5, 6. 12 Yesus merupakan manusia yang sempurna dan dapat hidup selama-lamanya. Itulah yang Yehuwa inginkan untuk Adam. Oleh sebab Yesus sangat mengasihi Bapanya serta keturunan Adam, dia rela menyerahkan nyawanya sebagai manusia. Nyawa Yesus yang sempurna sepadan dengan nyawa sempurna yang telah Adam gadaikan. Aturan korban tebusan ini adil di mata Yehuwa kerana nyawa sempurna digantikan dengan nyawa sempurna. Melalui Yesus, keturunan Adam berpeluang untuk meraih kehidupan kekal. Itulah sebabnya Yesus digelar sebagai “Adam yang terakhir.” Kemudian, Yehuwa membangkitkan Yesus sebagai makhluk ‘roh yang memberikan hidup.’—1 Kor. 15:45; 1 Ptr. 3:18. 13 Tidak lama lagi, “Adam yang terakhir” akan memberikan hidup kekal kepada keturunan Adam yang merangkumi kebanyakan orang yang telah mati pada
masa lampau. Mereka akan dibangkitkan, atau dihidupkan semula di bumi.—Yoh. 5: 28, 29. 14 Bagaimanakah manusia akan dibebaskan daripada ketidaksempurnaan? Yehuwa telah mendirikan sebuah kerajaan untuk melaksanakan hal ini. Para pemerintah kerajaan itu ialah Yesus serta 144,000 orang yang dipilih daripada umat manusia. (Baca Wahyu 3:21.) Oleh sebab 144,000 pemerintah ini pernah hidup sebagai manusia yang tidak sempurna, mereka dapat memahami rakyat di bumi yang tidak sempurna. Selama 1,000 tahun, Yesus dan 144,000 pemerintah ini akan membantu manusia mencapai kesempurnaan.—Why. 20:6. 15 Pada akhir 1,000 tahun itu, manusia yang sempurna akan bebas daripada dosa dan kematian. Paulus menjelaskan, ‘Sebagaimana semua orang mati kerana Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan kerana Kristus. Namun, setiap orang dihidupkan menurut giliran masing-masing: Kristus ialah orang yang pertama, kemudian mereka yang menjadi milik Kristus [mereka yang memerintah bersamanya] akan dibangkitkan semasa kehadirannya. Pada akhirnya, dia akan menyerahkan Kerajaannya kepada Tuhan dan Bapanya setelah dia meniadakan semua kerajaan dan kuasa. Kristus akan terus memerintah sebagai raja sehingga Tuhan meletakkan semua musuh di bawah kakinya. Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah kematian.’ (1 Kor. 15:22-26, NW) Ya, kematian yang kita warisi daripada Adam akan tiada lagi. “Suasana sedih
12. Mengapakah korban tebusan merupakan atu-
15, 16. (a) Apakah “musuh terakhir yang akan di-
14. Bagaimanakah manusia akan dibebaskan dari-
pada ketidaksempurnaan? ran yang adil? 13. Apakah yang akan dilakukan oleh “Adam yang terakhir” bagi manusia yang sudah mati?
26
lenyapkan”? Bilakah musuh ini akan dilenyapkan? (b) Menurut 1 Korintus 15:28, apakah yang akan dilakukan oleh Yesus?
Habel, manusia pertama yang mati, akan meraih manfaat daripada korban tebusan Yesus (Lihat perenggan 13)
yang telah menyelubungi semua bangsa” akan lenyap buat selama-lamanya.—Yes. 25:7, 8. 16 Paulus berkata lagi, ‘Setelah segala sesuatu ditaklukkan di bawah pemerintahan Kristus, maka dia sendiri sebagai Anak Tuhan akan meletakkan dirinya di bawah kekuasaan Tuhan, yang menyerahkan segala-galanya kepadanya. Demikianlah pada akhirnya Tuhan sendiri akan memerintah semuanya.’ (1 Kor. 15:28) Pada masa itu, tujuan pemerintahan Yesus sudah terlaksana. Maka, dia akan menyerahkan kembali kekuasaannya kepada Yehuwa. Akhirnya, umat manusia yang sempurna akan diperintah oleh Yehuwa. 17 Syaitan telah menyebabkan semua penderitaan yang dihadapi oleh umat manusia. Apakah yang akan berlaku kepadanya? Jawapannya terdapat di Wahyu 20: 7-15. Selepas 1,000 tahun, Syaitan akan dibenarkan untuk menyesatkan umat manusia yang sempurna buat kali terakhir. 17. Apakah yang akan berlaku kepada Syaitan?
Kemudian, Syaitan dan sesiapa yang memilih untuk mengikutnya akan dibinasakan buat selama-lamanya. Mereka akan mengalami ‘kematian kedua.’ (Why. 21:8) ‘Kematian kedua’ tidak akan “ditaklukkan” kerana semua orang yang mengalaminya tidak akan hidup semula. Tetapi, jika kita menyembah Yehuwa dengan setia, kita tidak perlu bimbang tentang ‘kematian kedua.’ 18 Semua manusia akan menjadi sempurna dan mendapat perkenan Yehuwa sepenuhnya untuk menikmati kehidupan abadi. Semua musuh yang mengancam kebahagiaan umat manusia akan tiada lagi. Tugas yang Yehuwa berikan kepada Adam akan terlaksana akhirnya. Keturunan Adam akan bergembira sambil menjaga bumi dan haiwan-haiwan. Betapa gembiranya kita kerana Yehuwa akan melenyapkan musuh terakhir manusia, iaitu kematian! 18. Bagaimanakah tugas yang Yehuwa berikan kepada Adam akan terlaksana pada akhirnya?
27
Hargailah Pekhidmat Sepenuh Masa ‘Kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka.’—1 TES. 1:3. APAKAH JAWAPAN ANDA?
Pada abad pertama, bagaimanakah saudara saudari berkhidmat kepada Yehuwa? Bagaimanakah orang lain membantu mereka?
Mengapakah anda menghargai pekhidmat sepenuh masa?
PAULUS menghargai mereka yang bekerja keras untuk menyebarkan berita baik. Dia menulis, “Kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan.” (1 Tes. 1:3) Yehuwa juga mengingati semua yang kita lakukan untuk menyembah-Nya, sama ada kecil atau besar.—Ibr. 6:10. 2 Ramai orang Kristian telah membuat banyak pengorbanan untuk berkhidmat kepada Yehuwa. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan beberapa contoh pada abad pertama. Kita juga akan belajar tentang pekhidmat sepenuh masa pada hari ini dan cara kita boleh membantu mereka. ORANG KRISTIAN ABAD PERTAMA
Selepas dibaptis, Yesus memulakan kerja penyebaran sedunia. (Luk. 3:21-23; 4:14, 15, 43) Selepas Yesus mati, para 3
Bagaimanakah anda boleh membantu pekhidmat sepenuh masa?
1. Apakah perasaan Paulus terhadap mereka yang bekerja keras untuk menyebarkan berita baik? 2. Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini? 3, 4. (a) Pada abad pertama, bagaimanakah saudara saudari berkhidmat kepada Yehuwa? (b) Bagaimanakah pekhidmat sepenuh masa pada abad pertama menampung perbelanjaan?
28
rasul mengambil pimpinan untuk meneruskan kerja ini. (Kis. 5:42; 6:7) Sesetengah orang Kristian abad pertama meninggalkan rumah dan berkhidmat sebagai mubaligh. Contohnya, Filipus menginjil di daerah Palestin. (Kis. 8:5, 40; 21:8) Paulus pula menginjil di banyak tempat yang jauh dari rumahnya. (Kis. 13:2-4; 14:26; 2 Kor. 1:19) Yang lain, termasuk Markus, Lukas, dan Silas berkhidmat sebagai penulis atau penyalin Bible. (1 Ptr. 5:12) Ramai saudari juga bekerja bersama mereka. (Kis. 18:26; Rm. 16:1, 2) Kita boleh membaca kisah mereka yang menarik dalam Kitab Yunani Kristian. Kisah-kisah ini mengingatkan kita bahawa Yehuwa menghargai kerja umat-Nya dan menjaga keperluan mereka. 4 Bagaimanakah pekhidmat sepenuh masa pada abad pertama menampung perbelanjaan? Mereka tidak menuntut bantuan daripada saudara saudari. (1 Kor. 9: 11-15) Jadi, ada kalanya mereka melakukan kerja sambilan. Namun, ada individu atau sidang yang sudi menyokong mereka dengan menjemput mereka untuk makan, menyediakan tempat tinggal, atau membantu dalam cara lain.—Baca Kisah 16: 14, 15; Filipi 4:15-18. PEKHIDMAT SEPENUH MASA HARI INI 5 Hari ini, ramai menyertai pelbagai jenis khidmat sepenuh masa. (Lihat kotak “Pelbagai Khidmat Sepenuh Masa.”) Apakah perasaan mereka tentang khidmat yang mereka pilih? Tentu anda akan digalakkan apabila mendengar pengalaman mereka. Contohnya, seorang saudara yang pernah berkhidmat sebagai perintis biasa, perintis khas, mubaligh, dan ahli Bethel di negara asing berkata, “Menyertai khidmat sepenuh masa adalah keputusan terbaik
5. Apakah yang dikatakan oleh sepasang suami is-
teri tentang khidmat sepenuh masa?
yang pernah saya buat. Semasa berumur 18 tahun, saya perlu memilih sama ada belajar di universiti, mengejar kerjaya duniawi, atau menjadi perintis. Pengalaman saya menunjukkan bahawa Yehuwa tidak melupakan pengorbanan yang saya lakukan untuk berkhidmat sepenuh masa. Saya dapat menggunakan semua kebolehan yang Yehuwa berikan. Hal ini tidak mungkin terjadi jika saya memilih kerjaya duniawi.” Isterinya pula berkata, “Semua tugas daripada Yehuwa membantu saya untuk bertumbuh secara rohani. Kami berkali-kali merasai perlindungan dan bimbingan Yehuwa. Hal ini tidak mungkin terjadi jika kami hanya mahu hidup selesa. Saya bersyukur kepada Yehuwa setiap hari kerana dapat menikmati khidmat sepenuh masa.” Adakah anda juga ingin berasa sedemikian tentang hidup anda? 6 Ada yang tidak dapat berkhidmat sepenuh masa. Walaupun begitu, mereka berkhidmat dengan sepenuh hati kepada Yehuwa. Sudah pasti khidmat mereka sangat bernilai bagi-Nya. Fikirkan bagaimana Paulus menunjukkan penghargaan kepada saudara saudari di sidang Kolose. (Baca Filemon 1, 2.) Begitu juga, yakinlah bahawa Yehuwa amat menghargai khidmat anda. Namun, bagaimanakah anda dapat membantu pekhidmat sepenuh masa? MEMBANTU PARA PERINTIS
Seperti penginjil pada abad pertama, perintis hari ini merupakan sumber galakan kepada sidang Kristian. Mereka meluangkan kira-kira 70 jam setiap bulan untuk menginjil. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka? 7
6. Apakah perasaan Yehuwa tentang khidmat kita
kepada-Nya? 7, 8. Apakah yang dilakukan oleh perintis biasa? Bagaimanakah penyiar boleh membantu para perintis?
29
Pelbagai Khidmat Sepenuh Masa Perintis biasa meluangkan sekitar 70 jam sebulan untuk menginjil. Mereka berkhidmat di sidang sendiri atau di tempat yang memerlukan bantuan. Perintis khas meluangkan kira-kira 130 jam sebulan dalam aktiviti penyebaran. Mereka selalunya ditugaskan ke kawasan yang memerlukan bantuan. Penyelia litar melawat sidang-sidang. Mereka memberikan galakan serta membantu ahli sidang menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyebaran. Ahli Bethel berkhidmat di pejabat cawangan atau pejabat penterjemahan. Mereka menyediakan bahan bacaan dan arahan kerja penyebaran untuk kawasan yang berada di bawah jagaan pejabat cawangan. Mubaligh biasanya ditugaskan ke luar negara. Mereka meluangkan sekitar 130 jam sebulan untuk menginjil. Pekhidmat atau sukarelawan antarabangsa pergi ke negara lain untuk membantu pembinaan pejabat cawangan, pejabat penterjemahan, Dewan Perhimpunan, dan Dewan Perjumpaan. Ahli pembinaan Dewan Perjumpaan dilatih untuk membina Dewan Perjumpaan dan projek pembinaan lain di kawasan mereka.
Seorang saudari perintis bernama Shari berkata, “Para perintis mungkin kuat secara rohani kerana selalu menginjil, tetapi mereka juga perlu digalakkan.” (Rm. 1:11, 12) Seorang saudari yang pernah merintis buat masa yang lama memberitahu bahawa para perintis di sidangnya bekerja keras setiap hari. Maka, mereka 8
30
amat menghargai bantuan yang diterima. Contohnya, ada penyiar yang membantu dari segi pengangkutan, menjemput mereka untuk makan, atau memberikan wang. Semua ini menunjukkan bahawa penyiar mengambil berat terhadap para perintis. 9 Cara lain untuk membantu para perintis adalah dengan menginjil bersama mereka. Dua saudari perintis berkata bahawa mereka memerlukan bantuan sebegini terutamanya pada hari Isnin hingga Jumaat. Seorang saudari yang berkhidmat di Bethel Brooklyn mengingat kembali bantuan yang dia terima semasa merintis. Dia menceritakan, “Seorang saudari yang ada kereta memberitahu saya, ‘Jika kamu tiada rakan menginjil, panggillah saya. Saya akan pergi bersama kamu.’ ” Saudari ini sangat menghargai bantuan tersebut. Shari pula berkata, “Selepas waktu menginjil, perintis bujang biasanya keseorangan. Anda boleh menjemput mereka untuk menyertai penyembahan keluarga ataupun aktiviti lain bersama anda. Hal ini akan membantu mereka tetap tabah.” 10 Seorang saudari yang berkhidmat sepenuh masa selama 50 tahun mengenang kembali waktu dia merintis dengan saudari bujang lain. Dia berkata, “Para penatua melawat kami beberapa bulan sekali. Mereka bertanya tentang kesihatan serta kerja sekular kami, dan jika kami ada apa-apa masalah. Mereka benar-benar mengambil berat. Mereka akan mengunjungi tempat tinggal kami untuk melihat sama ada kami memerlukan bantuan.” Para penatua sebegini mengikut teladan Onesiforus. Dia sudah berkeluarga tetapi masih membantu Paulus.—2 Tim. 1:18. 9, 10. Bagaimanakah sesetengah orang membantu perintis dalam sidang mereka?
Satu lagi khidmat sepenuh masa ialah perintis khas. Ramai perintis khas menginjil sekitar 130 jam sebulan. Mereka juga sibuk dengan aktiviti sidang. Mereka biasanya tidak bekerja. Maka, pejabat cawangan memberi mereka elaun sederhana untuk membiayai kos hidup. Oleh itu, mereka dapat berfokus pada kerja penyebaran. 12 Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu perintis khas? Seorang penatua dari pejabat cawangan yang telah bercakap dengan ramai perintis khas berkata, “Para penatua harus berbincang dengan mereka untuk memahami keadaan mereka. Barulah penatua dapat menentukan cara untuk membantu mereka. Ada Saksi yang menganggap bahawa perintis khas sudah dijaga dengan baik kerana mereka menerima elaun. Namun, saudara saudari tempatan dapat membantu mereka dalam banyak cara.” Perintis khas juga sangat bersyukur jika saudara saudari menginjil bersama mereka. Bolehkah anda berbuat demikian? 11
MEMBANTU PENYELIA LITAR
Penyelia litar dan isteri mereka sangat berpengalaman. Iman mereka kuat dan mereka selalu menggalakkan kita. Namun, kita harus ingat bahawa mereka juga memerlukan galakan. Mereka suka menginjil dan juga beriadah bersama saudara saudari lain. Jika penyelia litar atau isteri mereka mengalami masalah kesihatan dan memerlukan bantuan, kita boleh menziarahi dan menjaga keperluan mereka. Lukas, ‘doktor yang dikasi13
hi,’ menjaga keperluan Paulus dan saudara lain yang melawat sidang-sidang.—Kol. 4:14; Kis. 20:5–21:18. 14 Penyelia litar dan isteri mereka juga memerlukan kasih dan dorongan daripada kawan rapat. Seorang penyelia litar berkata, “Kawan-kawan tahu bila saya memerlukan galakan. Mereka bertanya dengan ikhlas, maka saya berasa senang untuk meluahkan isi hati.” Saudara ini benar-benar menghargai sahabat yang mendengarkannya. Penyelia litar amat bersyukur atas saudara saudari yang prihatin dan yang menjadi sahabat sejati mereka. MEMBANTU AHLI BETHEL
Mereka yang berkhidmat di Bethel dan di Dewan Perhimpunan melakukan kerja penting yang menyokong aktiviti penyebaran. Jika ada ahli Bethel dalam sidang atau litar anda, bagaimanakah anda dapat membantu? 16 Ahli Bethel yang baru mungkin kesunyian dan merindui keluarga serta sahabat. Mereka tentu gembira apabila ahli Bethel yang lain dan ahli sidang ingin menjadi sahabat mereka. (Mrk. 10:29, 30) Walaupun bertugas di Bethel, mereka boleh menyertai perjumpaan dan kerja menginjil. Namun, ada kalanya mereka perlu melakukan tugas tambahan. Jadi, adalah baik jika sidang memahami hal ini dan menghargai kerja yang mereka lakukan.—Baca 1 Tesalonika 2:9. 15
MEMBANTU PEKHIDMAT SEPENUH MASA DARI NEGARA LAIN
11. Apakah yang dilakukan oleh perintis khas?
Ada saudara saudari berkhidmat sepenuh masa di luar negara. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan makanan,
12. Bagaimanakah penatua dan penyiar lain boleh membantu perintis khas? 13, 14. (a) Apakah yang harus kita ingat tentang penyelia litar dan isteri mereka? (b) Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu penyelia litar?
15, 16. Mengapakah kerja mereka yang berkhidmat di Bethel dan di Dewan Perhimpunan penting? Bagaimanakah kita boleh membantu? 17, 18. Apakah tugas yang dilakukan oleh pekhidmat sepenuh masa di luar negara?
17
31
bahasa, budaya, dan cara hidup yang baru. Apakah tugas yang mereka lakukan? 18 Ada yang berkhidmat sebagai mubaligh, atau perintis seberang laut. Mereka meluangkan banyak masa untuk menginjil dan mahir mengajar orang. Mereka juga mengajar kemahiran ini kepada saudara saudari lain. Pejabat cawangan menyediakan tempat tinggal dan elaun yang sederhana untuk mereka. Selain itu, ada yang berkhidmat di pejabat penterjemahan, atau membantu dalam pembinaan pejabat cawangan, Dewan Perhimpunan, atau Dewan Perjumpaan. Keperluan asas mereka disediakan oleh Pejabat cawangan atau saudara saudari tempatan. Sama seperti ahli Bethel, mereka menghadiri perjumpaan dan menginjil dengan tetap. Maka, ahli sidang mendapat banyak manfaat daripada pengalaman mereka. 19 Bagaimanakah anda boleh membantu pekhidmat sepenuh masa yang datang ke negara anda? Ingatlah, mereka mungkin belum biasa dengan makanan tempatan. Semasa menjemput mereka makan, tanyalah sama ada mereka ingin cuba makanan baru atau tidak. Selain itu, mereka mungkin perlu mengambil masa untuk belajar bahasa dan budaya tempatan. Maka, teruslah bantu mereka dengan sabar kerana mereka ingin sekali belajar. 20 Pekhidmat sepenuh masa di luar negara mungkin risau tentang ibu bapa mereka yang semakin tua. Ibu bapa yang berada dalam kebenaran ingin anak-anak
mereka terus berkhidmat. (3 Yoh. 4) Sudah tentu, pekhidmat sepenuh masa akan melawat ibu bapa apabila ada peluang. Namun, saudara saudari yang tinggal berdekatan juga boleh membantu menjaga keperluan ibu bapa tersebut. Ingatlah, pekhidmat sepenuh masa sibuk menyokong kerja yang terpenting di dunia, iaitu kerja penyebaran. (Mat. 28:19, 20) Dapatkah anda membantu ibu bapa pekhidmat sepenuh masa? 21 Ramai orang bekerja keras kerana ingin menjadi kaya. Tetapi, mereka yang berkhidmat sepenuh masa melakukannya demi Yehuwa dan orang lain. Mereka bersyukur atas segala bantuan yang diterima. Seorang saudari yang berkhidmat di luar negara berkata, “Bahkan surat kecil yang berisi kata-kata penghargaan menunjukkan bahawa orang lain sedang berfikir tentang saya dan gembira dengan apa yang saya lakukan.” 2 2 Pekhidmat sepenuh masa telah memilih cara hidup terbaik yang mendatangkan kepuasan sejati. Mereka sedang memupuk sifat-sifat baik dan meraih pengalaman yang berguna. Semua ini sangat diperlukan sekarang dan di dunia baru. Tidak lama lagi, umat Yehuwa akan menikmati kerja yang memuaskan setiap hari. Semoga kita sentiasa ingat bagaimana pekhidmat sepenuh masa “menunjukkan kepercayaan” dan “mengasihi orang lain.” —1 Tes. 1:3. 21. Apakah perasaan pekhidmat sepenuh masa
mat sepenuh masa yang datang ke negara anda? 20. Bagaimanakah kita boleh membantu pekhidmat sepenuh masa dan ibu bapa mereka?
s
n o
Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma dari www.jw.org/ms
p
tentang bantuan dan penghargaan yang diberikan kepada mereka? 22. Apakah perasaan anda terhadap khidmat sepenuh masa?
Anda juga boleh membaca New World Translation di laman web kami dalam bahasa lain
Layari www.jw.org/ms, atau imbaskan kod
w14 09/15-ML 140522
19. Bagaimanakah anda boleh membantu pekhid-