Crisis Defender & Early Crisis Protector
PERUBATAN
Lindungi diri anda dengan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif daripada Prudential!
Kini, ia adalah perlindungan krisis yang komprehensif dengan Crisis Defender dan Early Crisis Protector Krisis sering terjadi dari masa ke masa. Dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, kejadian yang kecil juga boleh mengubah gaya hidup seseorang. Memperkenalkan Crisis Defender dan Early Crisis Protector, rider yang direka untuk memberi bantuan kewangan dari peringkat awal penyakit kritikal.
Crisis Defender dan Early Crisis Protector memberikan anda: Perisai yang merangkumi 85 jumlah penyakit, keadaan dan prosedur perubatan Dengan Crisis Defender dan Early Crisis Protector, anda akan dilindungi secara meluas daripada 46 penyakit/ keadaan/ prosedur perubatan dengan Tahap Keparahan Rendah dan Sederhana, dan 36 Penyakit Kritikal dengan Tahap Keparahan Tinggi. Bukan itu sahaja! Early Crisis Protector juga merangkumi 3 komplikasi kencing manis yang spesifik.
Tuntutan sehingga 6 kali Anda boleh membuat tuntutan sehingga 6 kali di bawah Crisis Defender dan Early Crisis Protector.
TIDAK PERLU MENUNGGU di antara tuntutan Anda tidak perlu menunggu di antara tuntutan. Jika penyakit semakin merebak atau anda menghidap penyakit lain yang dilindungi, kami akan membayar tuntutan seterusnya dengan segera.
Segala tentang Crisis Defender Apakah Crisis Defender?
Crisis Defender adalah manfaat opsyenal yang direka untuk membayar manfaat sekali gus apabila disahkan menghidapi mana-mana 36 penyakit kritikal. Sebarang tuntutan atas manfaat ini tidak akan menjejaskan perlindungan pelan asas anda.
Anda boleh merujuk kepada Lampiran I untuk senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Crisis Defender.
Segala tentang Early Crisis Protector Apakah Early Crisis Protector?
Early Crisis Protector adalah manfaat opsyenal di bawah Crisis Defender yang menyediakan Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal dan Manfaat Khas.
Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal Manfaat ini membolehkan anda mendapatkan rawatan yang anda perlu tanpa memberi impak kewangan kepada gaya hidup anda dengan melindungi pelbagai penyakit kritikal peringkat awal seperti kanser peringkat awal, hilang penglihatan satu mata dan kemasukan perentak jantung.Penyakit-penyakit dan keadaan yang dilindungi telah dikumpulkan ke dalam 11 kategori yang berlainan dan dibahagikan seterusnya kepada dua tahap keparahan yang berbeza. Dengan adanya pembayaran di peringkat awal, anda akan mempunyai peluang pemulihan yang lebih baik sebelum penyakit tersebut membahayakan nyawa. Jumlah yang dibayar untuk Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal akan mengurangkan jumlah yang diinsuranskan bagi Early Crisis Protector, dan seterusnya akan mengurangkan jumlah yang diinsuranskan bagi Crisis Defender. Anda boleh merujuk kepada Lampiran II untuk senarai penyakit, keadaan dan prosedur perubatan yang dilindungi di bawah Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal.
Manfaat Khas Satu pembayaran tambahan sekali gus akan dibayar kepada anda apabila disahkan menghidapi komplikasi kencing manis spesifik. Jumlah yang dibayar untuk Manfaat Khas tidak akan mengurangkan jumlah yang diinsuranskan bagi Early Crisis Protector dan Crisis Defender. Komplikasi kencing manis spesifik yang dilindungi bawah Manfaat Khas adalah: • Pembedahan Retinopati untuk Diabetes Jenis 2; • Amputasi Anggota Badan akibat Komplikasi Diabetes Jenis 2; atau • Nefropati Diabetes Parah yang mengakibatkan Kegagalan Ginjal Jumlah yang akan dibayar untuk setiap manfaat disenaraikan dalam jadual seperti di bawah: Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal
Amaun
Tahap Keparahan Rendah
30% daripada Jumlah Early Crisis Protector yang Diinsuranskan
Tahap Keparahan Sederhana
60% daripada Jumlah Early Crisis Protector yang Diinsuranskan
Manfaat Khas
10% daripada Jumlah Early Crisis Protector yang Diinsuranskan
Illustrasi tuntutan terperinci mengenai Crisis Defender dan Early Crisis Protector. Andaikan Crisis Defender (CD) dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM 200,000 dan Early Crisis Protector (ECP) dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM100,000. Jumlah Dibayar
Baki Jumlah yang Baki Jumlah yang Diinsuranskan Diinsuranskan bagi ECP bagi CD
Jumlah Permulaan
RM 100,000
RM 200,000
RM 30,000
RM 70,000
RM 170,000
Tuntutan Pertama Penyakit : Penyakit Hodgkin Aras 1 Kategori : Kanser Tahap Keparahan : Rendah
Kami akan membayar 30% daripada jumlah ECP yang diinsuranskan bagi tuntutan tahap keparahan rendah di bawah Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal.
Tuntutan Kedua Penyakit : Karsinoma in situ serviks Kategori : Kanser Tahap Keparahan : Rendah
Tuntutan Ketiga Penyakit : Mastektomi untuk Karsinoma in situ Payudara Kategori : Kanser Tahap Keparahan : Sederhana
Tuntutan Keempat Penyakit : Sistektomi untuk Karsinoma in situ Pundi Kencing Kategori : Kanser Tahap Keparahan : Sederhana
N/A
RM 70,000
RM 170,000
Oleh kerana tuntutan tahap keparahan rendah daripada Kategori Kanser telah dibuat, kami tidak akan membayar mana-mana penyakit tahap keparahan rendah daripada kategori yang sama.
RM 30,000
RM 40,000
RM 140,000
Oleh kerana penyakit tahap keparahan sederhana adalah daripada kategori yang sama, kami akan membayar (60-30)% daripada jumlah ECP yang diinsuranskan.
N/A
RM 40,000
RM 140,000
Oleh kerana tuntutan tahap keparahan sederhana daripada Kategori Kanser telah dibuat, kami tidak akan membayar sebarang tuntutan tahap keparahan rendah dan sederhana daripada kategori yang sama.
Jumlah Dibayar
Baki Jumlah yang Baki Jumlah yang Diinsuranskan Diinsuranskan bagi ECP bagi CD
Tuntutan Kelima Penyakit : Pembedahan Retinopati untuk Diabetes Jenis 2 Kategori : Komplikasi Diabetes Tahap Keparahan : Khas
RM 10,000
RM 40,000
RM 140,000
Bagi Manfaat Khas, kami akan membayar 10% daripada jumlah ECP yang diinsuranskan secara tambahan, oleh itu tiada pengurangan dalam jumlah ECP dan CD yang diinsuranskan.
Tuntutan Keenam RM 30,000 Penyakit : Kemasukan Perentak Jantung Kategori : Jantung/ Arteri Tahap Keparahan : Rendah
RM10,000
RM 110,000
Oleh kerana ia adalah tuntutan daripada kategori yang berlainan, kami akan membayar amaun yang layak dibayar (30% daripada jumlah ECP yang diinsuranskan) bagi tahap keparahan rendah.
Tuntutan Ketujuh Penyakit : Pemindahan Organ Utama Tertunda Kategori : Pemindahan Organ Tahap Keparahan : Sederhana
RM 10,000
RM 0
RM 100,000
Oleh kerana jumlah manfaat yang telah dikurangkan lebih rendah daripada jumlah yang layak dibayar (60% daripada jumlah ECP yang diinsuranskan), kami akan membayar jumlah manfaat yang telah dikurangkan.
Tuntutan Kelapan Penyakit : Kehilangan Satu Tangan atau Kaki oleh Amputasi Kategori : Tulang/ Sendi Tahap Keparahan : Sederhana
N/A
RM 0
RM 100,000
Oleh kerana ECP telah ditamatkan, kami tidak akan membayar sebarang manfaat (termasuk Manfaat Khas) di bawah ECP.
Tuntutan Kesembilan RM 100,000 Penyakit : Serangan Jantung Kategori : 36 Penyakit Kritikal Tahap Keparahan : Tinggi
RM 0
RM 0
Walaupun ECP telah dibayar sepenuhnya, kami masih akan membayar manfaat di bawah CD selagi terdapat baki jumlah yang diinsuranskan dalam CD.
Nota: (i) Sekiranya Crisis Defender ditamatkan: Semua Manfaat di bawah Crisis Defender dan Early Crisis Protector tidak akan dibayar. (ii) Sekiranya Early Crisis Protector ditamatkan: Semua Manfaat di bawah Early Crisis Protector termasuk Manfaat Khas tidak akan dibayar.
Dapatkah saya melampirkan Crisis Defender dan Early Crisis Protector? Anda boleh melampirkan Crisis Defender dan Early Crisis Protector apabila anda membeli pelan insurans berkaitan pelaburan terpilih. Anda hanya boleh melampirkan Early Crisis Protector jika anda melampirkan Crisis Defender. Umur Kemasukan (Umur pada Harijadi Seterusnya) Umur Tamat Tempoh Minimum jumlah yang diinsuranskan Maksimum jumlah yang diinsuranskan
1 - 70 70, 80 RM 10,000 Tertakluk kepada pengunderaitan
19 - 70 70, 80* RM 10,000 RM
200,000#
* Umur tamat tempoh bagi Early Crisis Protector tidak boleh melebihi Crisis Defender #
Jumlah yang diinsuranskan bagi Early Crisis Protector tidak boleh melebihi Crisis Defender
Berapa lamakah premium dan tempoh yang harus saya bayar? Premium yang perlu anda bayar bergantung kepada umur, jantina, status merokok anda. Anda perlu membayar premium sepanjang tempoh manfaat. Premium boleh dibayar setiap tahun, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek. Anda boleh merujuk kepada Lampiran III untuk kadar premium tahunan bagi Crisis Defender dan Early Crisis Protector.
Bagaimanakah kita membayar Crisis Defender dan Early Crisis Protector? Crisis Defender: Kami akan membayar anda manfaat tersebut jika anda disahkan menghidapi penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Crisis Defender. Sekiranya disahkan menghidapi penyakit kritikal sebelum umur 5 pada harijadi seterusnya, sebahagian daripada jumlah Crisis Defender yang diinsuranskan akan dibayar adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% bagi umur 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun pada harijadi seterusnya. Early Crisis Protector: Kami akan membayar anda manfaat tersebut jika anda disahkan menghidapi sesuatu penyakit, keadaan atau prosedur perubatan yang dilindungi di bawah Early Crisis Protector. Anda boleh membuat tuntutan berganda selagi jumlah yang diinsuranskan belum dibayar sepenuhnya. Setelah kami membayar satu tuntutan, tuntutan berikutan untuk tahap keparahan yang sama atau lebih rendah dalam kategori yang sama tidak akan dilindungi. Walau bagaimanapun, bagi tuntutan berikutan dengan tahap keparahan yang lebih tinggi dalam kategori yang SAMA, kami akan membayar anda: i. perbezaan di antara amaun yang berkaitan untuk tuntutan berikutnya dan jumlah yang telah kami bayar kepada anda bagi tuntutan sebelumnya; atau ii. jumlah manfaat yang telah dikurangkan pada masa tuntutan berikutan dibuat; yang mana lebih rendah. Bagi tuntutan berikutan dari kategori penyakit yang BERLAINAN, kami akan membayar anda: i. amaun yang layak dibayar untuk tuntutan berikutan; atau ii. jumlah manfaat yang telah dikurangkan pada masa tuntutan berikutan dibuat; yang mana lebih rendah. Nota: Kami akan membayar tuntutan anda selama anda hidup dalam tempoh 30 hari selepas disahkan menghidapi sesuatu penyakit atau keadaan yang dilindungi di bawah Crisis Defender dan Early Crisis Protector.
Lampiran I: Senarai Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah Crisis Defender: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)
AIDS Anemia Aplasia Sindrom Apalik Penyakit Alzheimer Tumor Otak Benigna Kebutaan Pembedahan Otak Kanser Kardiomiopati
10) Penyakit Hati Kronik 11) Penyakit Paru-paru Kronik 12) Koma 13) Penyakit Arteri Koronari 14) Kepekakan 15) Ensefalitis 16) Hepatitis Virus Fulminan 17) Serangan Jantung 18) Penggantian Injap Jantung 19) Kegagalan Buah Pinggang
20) Hilang Pertuturan 21) Kehilangan Upaya Hidup Sendiri 22) Luka Terbakar Utama 23) Trauma Kepala Utama 24) Pemindahan Organ Utama 25) Penyakit Sista Medula 26) Meningitis Bakteria 27) Penyakit Neuron Motor 28) Sklerosis Berbilang 29) Distrofi Otot
30) Kelumpuhan 31) Penyakit Parkinson 32) Poliomielitis 33) Hipertensi Arteri Pulmonary 34) Strok 35) Pembedahan pada Aorta 36) Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
Nota: AIDS merujuk kepada 'Full Blown AIDS' dan 'AIDS akibat Pemindahan Darah’; Penyakit Arteri Koronari merujuk kepada 'Penyakit Arteri Koronari yang Memerlukan Pembedahan', 'Penyakit Arteri Koronari Lain yang Serius' dan 'Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari'.
Lampiran II: Senarai penyakit, keadaan dan prosedur perubatan yang dilindungi di bawah Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal: Kategori
Keparahan Rendah
Keparahan Sederhana
1. Manfaat Kanser
• Kanser Peringkat Awal - Duktus karsinoma in situ payu dara - Karsinoma in situ serviks - Karsinoma in situ kolon (tidak termasuk rektum) - Karsinoma in situ pundi kencing/ Karsinoma Papilari Pundi Kencing - Kanser Prostat Aras 1 - Penyakit Hodgkin Aras 1
• Mastektomi untuk Karsinoma in situ Payudara • Prostatektomi untuk Kanser Prostat Tahap 1 • Sistektomi untuk Karsinoma in situ Pundi Kencing atau Karsinoma Papilari Pundi Kencing
2. Manfaat Strok/ Sistem Saraf
• Penyakit Parkinson Tahap Awal • Rawatan Endovascular kecacatan arteriovenous Cerebral (AVM) • Kemasukan Pintas Serebrum • Pembedahan pembaikan tengkorak patah • Pembedahan pemotongan meningioma tulang belakang • Koma yang berterusan sekurang-kurangnya 48 jam
• Penyakit Parkinson yang agak Parah • Penyakit Alzheimer yang agak Parah atau Dementia • Pembedahan Epilepsi disebabkan Dadah Ditentang
3. Manfaat Jantung/ Arteri
• • • • •
• Kemasukan Pendefibril Kardium • Pembedahan Arteri karotid
4. Manfaat Tulang/ Sendi
• Keretakan Osteoporosis yang Memerlukan Pembedahan • Penggantian Sendi disebabkan Osteoartritis yang Parah • Bakar sederhana teruk • Pembedahan semula ke atas lengan yang diamputasi • Pembedahan Rekonstruksi Muka
5. Manfaat Penyakit Tisu Penghubung
Kemasukan Perentak Jantung Perikardektomi Pembedahan Injap Jantung Perkutaneus Pembedahan Invasif Minimal untuk Aorta Pembedahan Pintasan Lelubang Kunci / Prosedur denyutan balas tertingkat
-
• Kehilangan Satu Tangan atau Kaki oleh Amputasi
• Artritis Reumatoid yang agak Parah • Skleroderma Progresif
6. Manfaat Pendengaran
• Kehilangan Pendengaran Bilateral yang Parah • Pembedahan saliran bagi trombosis sinus kavernus
• Implan koklear
7. Manfaat Saluran Kencing / Ginjal
• Nefrektomi/ Pembuangan satu Ginjal
• Gangguan Ginjal Parah yang Kronik
8. Manfaat Hati
• Hepatektomi Separa • Thrombosis bahagian urat
• Sirosis Hati
9. Manfaat Paru-paru
• Pembuangan satu Lobus Paru-paru • Status Asmatikus • Pembedahan memasukkan penapis vena-cava
• Pembuangan dua atau lebih Lobus Paru-paru • Kegagalan jantung akibat penyakit paru-paru yang kronik
10. Manfaat Pemindahan Organ
• Pemindahan Usus Kecil
• Pemindahan Organ Utama Tertunda
11. Manfaat Penglihatan
• Hilang Penglihatan Satu Mata • Pemindahan Kornea
• Penglihatan Bilateral Rendah yang Parah
Nota: Untuk definisi terperinci bagi penyakit, keadaan dan prosedur perubatan yang dilindungi, sila rujuk kepada kontrak polisi.
Apakah pengecualiannya? Kami tidak akan membayar Manfaat jika penyakit atau keadaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh salah satu daripada yang berikut: Digunapakai bagi Crisis Defender dan Early Crisis Protector a) Sebarang gejala yang berlaku dalam masa: i. 90 hari perlindungan yang berterusan bagi sebarang penyakit atau keadaan di bawah Manfaat Penyakit Kritikal Peringkat Awal dalam Early Crisis Protector. ii. 60 hari perlindungan yang berterusan bagi Serangan Jantung, Penyakit Arteri Koronari dan Kanser di bawah Crisis Defender dan sebarang penyakit atau keadaan di bawah Manfaat Khas dalam Early Crisis Protector. iii. 30 hari perlindungan yang berterusan bagi penyakit atau keadaan yang lain di bawah Crisis Defender. b) Kewujudan AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV (kecuali Full Blown AIDS atau AIDS akibat Pemindahan Darah yang dilindungi di bawah Crisis Defender). c) Penyakit yang sedia ada.
Digunapakai bagi Early Crisis Protector sahaja a) Mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman. b) Penyalahgunaan alcohol atau ubat-ubatan. c) Peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh asing (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan, kuasa ketenteraan atau rampasan kuasa, pembabitan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam. d) Kegagalan untuk mendapatkan atau mematuhi nasihat perubatan yang munasabah.
Lampiran III: Kadar premium tahunan Crisis Defender dan Early Crisis Protector: Kadar premium tahunan Crisis Defender bagi RM 1,000 jumlah yang diinsuranskan Umur pada Harijadi Seterusnya 1 - 15 16 - 20 21 - 25 26 - 30 31 - 35 36 - 40 41 - 45 46 - 50 51 - 55 56 - 60 61 - 65 66 - 70
Umur Tamat Tempoh 70 Lelaki 2.85 3.36 4.04 4.92 6.04 7.84 9.67 12.16 14.73 19.70 N/A N/A
Wanita 2.53 3.00 3.57 4.26 5.10 6.32 7.53 9.18 10.95 13.45 N/A N/A
Umur Tamat Tempoh 80 Lelaki 4.32 5.09 6.07 7.29 8.81 10.73 13.10 16.42 19.67 26.06 30.64 36.93
Wanita 3.77 4.46 5.29 6.28 7.47 8.90 10.65 13.21 15.75 19.33 23.81 30.42
Kadar premium yang ditunjukkan di atas adalah berdasarkan kepada bukan perokok, risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan. Kadar premium tahunan Early Crisis Protector bagi RM 1,000 jumlah yang diinsuranskan Umur pada Harijadi Seterusnya 19 - 20 21 - 25 26 - 30 31 - 35 36 - 40 41 - 45 46 - 50 51 - 55 56 - 60 61 - 65 66 - 70
Umur Tamat Tempoh 70 Lelaki 2.46 2.96 3.59 4.41 5.72 7.06 8.89 10.77 14.13 N/A N/A
Wanita 2.28 2.71 3.23 3.86 4.78 5.70 6.95 8.28 10.20 N/A N/A
Umur Tamat Tempoh 80 Lelaki 3.72 4.44 5.34 6.45 7.85 9.58 12.02 14.40 19.05 22.35 26.24
Wanita 3.39 4.01 4.76 5.66 6.75 8.08 10.02 11.96 14.68 18.06 22.65
Kadar premium yang ditunjukkan di atas adalah berdasarkan kepada bukan perokok, risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.
Dapatkan daripada kami, dan melangkah ke hadapan! Untuk bantuan peribadi, sila hubungi 03-2116 0228, e-mel kami di
[email protected] atau hubungi Perancang Kewangan Prudential anda yang mesra.
Nota Penting: • Risalah ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada Lembaran Keterangan Produk dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat di dalam dokumen polisi untuk maklumat mengenai ciri-ciri penting pelan ini. • Anda hendaklah menilai kemampuan dan kesesuaian produk agar memenuhi matlamat kewangan dan tahap risiko anda. Untuk mencapai matlamat ini, kami menyarankan agar anda berbincang dengan agen atau Perancang Kewangan anda yang akan melakukan analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan yang tepat. • Perlindungan sehingga umur tamat tempoh adalah tertakluk kepada potongan unit yang mencukupi untuk menampung caj insurans, caj perkhidmatan, caj jaminan (jika ada) dan caj pentadbiran (jika ada). • Tempoh tinjauan percuma selama 15 hari diperuntukkan dari tarikh polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkaji sama ada polisi tersebut memenuhi keperluan anda. Sekiranya polisi ini dibatalkan dalam tempoh tersebut, nilai unit (pada tarikh penentuan harga yang berikutan) berserta premium belum diperuntukkan, caj perkhidmatan, caj insurans, caj jaminan (jika ada) dan caj pentadbiran (jika ada) selepas ditolak perbelanjaan perubatan akan dipulangkan. • Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperoleh nilai sepenuhnya daripada amaun yang telah anda bayar. Berikutan penyerahan, pelbagai manfaat di bawah pelan ini akan ditamatkan. • Kadar premium dan caj insurans bagi manfaat ini tidak dijamin. Kami berhak untuk menyemak kadar premium dan caj insurans pada ulangtahun polisi dengan memberikan notis terdahulu 90 hari jika pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada yang dijangkakan. • Tidak membayar premium boleh menyebabkan pelan ini terhenti. • Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dilesenkan di bawah Akta Insurans (1996) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sila ambil perhatian bahawa ia adalah produk insurans yang dikaitkan kepada prestasi aset-aset pendasar dan bukannya produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
02/2012