Terma dan Syarat Peraduan untuk “5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu” Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (“Terma dan Syarat”) adalah tambahan kepada dan untuk dibaca bersama dengan perjanjian ahli kad (“Perjanjian Ahli Kad”) MBF Cards dan AmBank M-Card (secara kolektif dirujuk sebagai “Bank”) yang mentadbir ke atas penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh pihak Bank. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman di antara Terma dan Syarat dan Perjanjian Ahli Kad, Terma dan Syarat ini akan berkuatkuasa setakat berkaitannya dengan Promosi ini. Definisi Kecuali di mana konteks diperlukan, atau dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini, semua perkataan, nama dan ekspresi yang ditakrifkan di dalam Perjanjian Ahli Kad, apabila digunakan atau dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini, hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Ahli Kad. “Kad” bermaksud sebarang kad kredit MBF Cards dan AmBank M-Card. "Ahli Kad Yang Layak" bermaksud Pelanggan Bank yang telah memohon dan telah dikeluarkan dengan Kad Prinsipal dan/atau Kad Tambahan dalam Tempoh Promosi seperti yang diterangkan di sini. "Promosi" bermaksud "5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu" yang dianjurkan oleh pihak Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. Perkataan yang melambangkan orang termasuklah orang yang hidup dan, jika dan di mana berkenaan, badan atau diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang bererti tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter. Tempoh dan Kelayakan Program 1. Program ini bermula dari 1 Jun 2015 hingga 31 Disember 2016 (termasuk kedua-dua tarikh) ("Tempoh Program"), atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dengan notis terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari. 2. Semua Ahli Kad Prinsipal dan Kad Tambahan layak untuk menyertai kecuali: a) Ahli Kad Kad Korporat, Kad Komersil, dan Kad Insuran keluaran AmBank; b) Ahli Kad yang mempunyai akaun Kad kredit yang pernah digantung, dibatalkan atau ditamatkan di atas apa-apa sebab / semasa Tempoh Program / semasa pengkreditan Mata Bonuslink (“Ahli Kad Yang Layak”). Mekanisma Program 3. Program ini ditawarkan kepada Ahli Kad Yang Layak yang memiliki Kad kredit yang sah dan menggunakan Kad kredit untuk sebarang transaksi runcit. Transaksi runcit bermaksud transaksi pembelian untuk barangan yang dikenakan untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk urus niaga pertaruhan atau perjudian. 4. Ahli Kad yang mengambil bahagian dalam Program ini akan berpeluang untuk menerima ganjaran semasa Tempoh Program: a) 2X Mata BonusLink untuk transaksi runcit pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang berkelayakan (“Transaksi Runcit Yang Layak” seperti dinyatakan di klausa 6) jika transaksi runcit terkumpul bulanan (“Kelayakan Perbelanjaan” seperti dinyatakan di klausa 5) di antara RM500 dan RM999 sebulan.
1
b) 5X Mata BonusLink untuk transaksi runcit pada hari Jumaat dan hujung minggu yang berkelayakan (“Transaksi Runcit Yang Layak” seperti dinyatakan di klausa 6) jika transaksi runcit terkumpul bulanan (“Kelayakan Perbelanjaan” seperti dinyatakan di klausa 5) bersamaan dengan atau melebihi RM1,000 sebulan. 5. Kelayakan Perbelanjaan termasuk semua transaksi runcit tempatan dan luar negara yang dipertimbangkan dalam pengiraan transaksi runcit bulanan terkumpul KECUALI a) pendahuluan tunai / quasi-tunai dan semua bayaran ansuran bulanan termasuk Pindahan Baki/ Quickcash/ AmFlexi-Pay b) pembayaran Arahan tetap / pembayaran bil automatik c) insuran / urus niaga Takaful yang dikenalpasti di bawah Kod Saudagar (MCC) bersamaan 5960 dan 6300 Insuran / urus niaga Takaful dengan MCC Kod 5960 n 6300 d) transaksi runcit kepada badan kerajaan/ institusi pendidikan e) transaksi jualan langsung/ transaksi pembiayaan perdagangan / transaksi di bawah selenggaraan khas yang boleh digunakan untuk menebus rebat/ pembayaran Bil Korporat/ transaksi GIRO korporat f) transaksi runcit yang layak yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, dipertikaikan, transaksi tanpa kebenaran atau penipuan; dan g) semua caj, yuran, dan apa jua caj kewangan yang dikenakan oleh Pihak Bank atau sebaliknya. 6. 2X atau 5X Mata BonusLink akan diberikan kepada semua Ahli Kad Yang Layak untuk Transaksi Runcit Yang Layak yang ditakrifkan sebagai semua transaksi tempatan dan luar negara yang dilaksanakan pada hari Jumaat dan hujung minggu KECUALI transaksi runcit yang dinyatakan di klausa 5 dan transaksi yang dilaksanakan di stesen petrol. Untuk transaksi runcit yang dikecualikan bagi program ini, pemberian mata ganjaran BonusLink akan kekal seperti biasa kecuali diberitahu. Untuk transaksi runcit luar negara, Mata BonusLink maksima adalah 2X atau 5X dan adalah bergantung kepada jenis Kad. Contoh untuk 2X Mata BonusLink: Hari Amaun Transaksi
Isnin, 1 Jun 2015 Jumaat, 12 Jun 2015 Sabtu, 20 Jun 2015 Selasa, 23 Jun 2015 Jumlah Transaksi Runcit Yang Layak untuk Jun 2015
RM100 RM50 RM300 RM50 RM500
Contoh untuk 5X Mata BonusLink: Hari Amaun Transaksi
Isnin, 1 Jun 2015 Jumaat, 12 Jun 2015 Sabtu, 20 Jun 2015 Selasa, 23 Jun 2015 Jumlah Transaksi Runcit Yang Layak untuk Jun 2015
RM105 RM100 RM500 RM500 RM1,205
Mata Ganjaran BonusLink 30 15 90 15 150
Mata Ganjaran BonusLink 30 30 150 150 360
1X Mata Ganjaran BonusLink Tambahan 15 90 105
Jumlah Mata Ganjaran BonusLink 30 30 180 15 255
4X Mata Ganjaran BonusLink Tambahan 120 600 720
Jumlah Mata Ganjaran BonusLink 30 150 750 150 1,080
2
7. Semua transaksi runcit yang layak mesti dilakukan dengan jayanya dan dibil ke akaun Ahli Kad Yang Layak untuk layak menerima 2X atau 5X Mata BonusLink. Pihak Bank membenarkan lima (5) hari kalendar untuk transaksi runcit yang layak dibil ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak. Pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa saja cara ke atas kelewatan bil yang dicaj ke akaun Ahli Kad Yang Layak oleh peniaga dan/atau pihak ketiga. 8. Semua Kelayakan Perbelanjaan yang dibuat oleh Ahli Kad Prinsipal dan Ahli Kad Tambahan akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu. Perbelanjaan yang layak oleh Ahli Kad Tambahan juga akan layak untuk menerima Mata Ganjaran 2X atau 5X BonusLink dan sebarang Mata Ganjaran BonusLink akan dikreditkan kepada akaun Ahli Kad Prinsipal masing-masing. Peruntukan Mata BonusLink 9. Terdapat 20 juta Mata BonusLink yang diperuntukan untuk setiap bulan sepanjang Tempoh Program yang bermula dari 1 Jun 2015 hingga 31 Disember 2016 (termasuk kedua-dua tarikh). Setiap Tempoh Program adalah berdasarkan bulan kalendar Roman Inggeris misalnya 1 Jun hingga 30 Jun 2015. Terdapat maksimum 380 juta Mata BonusLink yang diperuntukan sepanjang Tempoh Program yang bersamaan dengan 19 bulan. 10. Baki Mata BonusLink Terkumpul yang diperuntukkan pada tempoh bulan yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke tempoh bulan seterusnya. 11. Mata 2X atau 5X BonusLink akan diberikan pada setiap akhir bulan berdasarkan pada sistem tarikh dan masa yang diambil kira oleh Pihak Bank dan berdasarkan prinsip yang terdahulu di dahulukan, kepada Ahli Kad Yang Layak berdasarkan Transaksi Runcit Yang Layak. 12. Ahli Kad Yang Layak termasuk Ahli Kad Tambahan dihadkan kepada maksima 30,000 mata tambahan BonusLink setiap bulan sepanjang tempoh program ini (tidak termasuk mata ganjaran BonusLink biasa) 13. Mata BonusLink akan dikreditkan ke dalam akaun BonusLink Ahli Kad Yang Layak dalam masa 6 minggu dari setiap hujung bulan. 14. Pihak Bank akan menghubungi Ahli Kad Yang Layak menerima 2X atau 5X Mata BonusLink melalui SMS /telefon /e-mel / surat menerusi nombor telefon /alamat/ e-mel yang dikekalkan di dalam rekod Pihak Bank. Ahli Kad Yang Layak adalah bertanggungjawab untuk memastikan maklumat perhubungan yang dikekalkan di dalam rekod Pihak Bank adalah butiran yang terkini dan lengkap. 15. Mata BonusLink tidak boleh ditukar kepada tunai, kredit atau sebarang bentuk produk dan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak. Penyingkiran 16. Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya untuk menyingkir mana-mana Transaksi Yang Layak tanpa mengeluarkan sebarang notis atau memaklumkan Ahli Kad berdasarkan faktor berikut: a) Semua transaksi runcit yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Program yang ditetapkan. b) Akaun Ahli Kad Yang Layak yang mengalami sebarang kegagalan untuk kemudahan yang disediakan pada sepanjang Tempoh Program, yang mana tertakluk kepada budi bicara Pihak Bank; dan/atau akaun pemegang kad kredit Bank yang telah ditutup sebelum pengumuman pemenang 3
Terma dan Syarat Am 17. Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, semua peserta bersetuju kepada dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang terkandung di sini, dan segala keputusan yang dibuat oleh pihak Bank. 18. Sekiranya Ahli Kad tidak dapat mengambil bahagian dalam Program ini kerana ketidaksahan, kegagalan akses atau kegagalan sistem (termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem Bank atau pihak ketiga, sebarang kegagalan atau kerosakan elektronik, mekanikal, sistem, virus komputer, pepijat atau masalah berkaitan kerosakan sistem operasi, kegagalan rangkaian telekomunikasi atau internet, gangguan bekalan kuasa atau UPS atau gangguan penghantaran lain), Ahli Kad boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di nombor yang dinyatakan di dalam Klausa 29 di bawah untuk bantuan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan selagi pihak Bank tidak melanggar Perjanjian Program ini atau didapati cuai, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli Kad jika Ahli Kad tidak dapat mengambil bahagian disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan yang dinyatakan di sini. 19. Ahli Kad dikehendaki mematuhi segala Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank bagi Program ini. Pihak Bank berhak menarik balik mata BonusLink jika Ahli Kad didapati gagal mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung. 20. Semua urus niaga dan keputusan oleh pihak Bank ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. 21. Pihak Bank boleh mendedahkan maklumat Ahli Kad hanya kepada pihak ketiga yang dilantik oleh pihak Bank untuk tujuan operasi perbankan yang ditawarkan untuk servis dan Program ini (tidak termasuk untuk tujuan pemasaran). Dengan penglibatan dalam dan penerimaan Program ini, Ahli Kad dianggap telah memberi kebenaran kepada dan bersetuju bahawa pihak Bank adalah bebas untuk pendedahan maklumat tersebut. 22. Program ini sah sehingga tarikh yang dinyatakan di dalam Tempoh Program di atas atau pada tarikh lain yang mungkin dilanjutkan oleh pihak Bank. Tidak ada apa yang terkandung di dalam ini yang boleh dianggap sebagai mengenakan kewajipan kepada pihak Bank untuk melanjutkan tempoh sah Program dan pihak Bank menolak semua liabiliti berkenaan dengan sebarang tindakan, tuntutan, ganti rugi, kos, caj dan perbelanjaan yang dialami oleh Ahli Kad kerana menyertai Promosi ini. 23. Pihak Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk mengubah, memadam, menambah, membatalkan, menamatkan atau menggantung mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan dalam masa sekurang-kurangnya 21 hari kalendar menerusi laman web di www.ambank.com.my atau mana-mana cara komunikasi yang bersesuaian yang ditentukan oleh pihak Bank. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Program ini oleh pihak Bank tidak memberi hak kepada Ahli Kad untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank untuk sebarang dan kesemua kerugian atau kerosakan yang dialami atau yang ditanggung oleh Ahli Kad akibat secara langsung atau tidak langsung dari tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan Program ini.
4
24. Setakat yang dibenarkan oleh undang- undang dan pihak Bank tidak melanggar Perjanjian ini atau didapati cuai, Ahli Kad bersetuju untuk menanggung rugi pihak Bank dari sebarang kerugian atau kerosakan, kos perbelanjaan, yuran dan caj yang mungkin ditanggung oleh pihak Bank akibat perlanggaran terma dan syarat Program oleh Ahli Kad (termasuk kos daripada penguatkuasaan terma dan syarat tersebut ke atas Ahli Kad). 25. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli Kad terhadap sebarang kerugian atau kos (termasuk kos kehilangan peluang perniagaan atau keuntungan) yang disebabkan oleh keadaan luar biasa dan tidak dapat dijangka di luar kawalan munasabah pihak Bank yang mana tidak dapat dielakkan termasuk bencana alam, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), mogok, kekacauan awam, tindakan pengganas, pertikaian perindustrian, kekacauan buruh, sekatan masuk kerja, kebakaran, kemalangan, kerosakan mesin, sistem pemprosesan data atau sambungan transmisi atau kegagalan sistem telekomunikasi, atau sebarang perkara di luar kawalan Bank. 26. Semua terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di sini, ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. 27. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau kesamaran di dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, keduadua Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan di tafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan akan membawa maksud yang sama. 28. Ahli Kad perlu menyemak laman web Bank secara berkala untuk maklumat terkini terma dan syarat kerana sebarang perubahan atau pengemaskinian terma dan syarat yang diterbitkan di laman web Bank adalah mengikat terhadap Ahli Kad. 29. Untuk bantuan, Ahli Kad boleh menghubungi Pusat Panggilan 24-jam kami di +603-2178 8888 atau e-mail ke
[email protected]
5