KEMPEN 5X UNIRINGGIT KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM (“Kad”) 1. Kempen 5X UNIRINGGIT (“5X UNIRM) (“Kempen”) United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit utama dan tambahan PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun terkini, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya. 2. Kempen ini hanya dibuka kepada Kad PRVI Miles dan Preferred Platinum UOBM yang dikeluarkan di Malaysia. 3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :a. Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen; b. Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad PRVI Miles atau Preferred Platinum UOBM; c. Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan baik sepertimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; d. Individu yang didapati atau menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang-undang dalam apa-apa bentuk yang dikenakan terhadap mereka. Tempoh Kempen 4. Kempen ini sah dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Kempen”), kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Mekanisme Kempen 5. Dalam Kempen ini, Ahli Kad utama dan tambahan akan layak mendapat 5X UNIRM untuk setiap perbelanjaan RM1.00 untuk Makanan, Barangan Runcit, Gedung Beli-belah dan Fesyen ("Perbelanjaan Layak") yang dicaj dan didebitkan ke akaun Kad PRVI Miles/ Preferred Platinun UOBM mereka. Perbelanjaan Layak hendaklah terdiri daripada apa-apa perbelanjaan dalam mana-mana kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam ruang 1 Jadual A di bawah ("Kategori Perbelanjaan Layak"): Jadual A: Kategory Perbelanjaan Layak Makanan (“Dining”)
Barangan Runcit (“Groceries”)
Merchant Category Code (MCC) 5811 5812 5813 5411 5422 5441
Description
Katerer Restoran dan Tempat Makan Tempat Minum - Bar / Taverns / Lounge / Disko Restoran Makanan Segera Kedai Runcit & Pasaraya Pasar Daging & Peruncit
Kategory Perbelanjaan Layak
Gedung Beli-belah (“Departmental Stores”) Fesyen (“Retail Fashion”)
Merchant Category Code (MCC) 5451 5462 5499 5921 5311
Description
5094
Batu Berharga / Metals / Jam Tangan / Barang Kemas Kedai Pakaian/ Aksesori Lelaki Kedia Sedia Dipakai Wanita Kedai Aksesori/ Khusus Wanita Pakaian Kanak-kanak/ Bayi Kedai Pakaian Keluarga Kedai Sukan Kedai Kasut Kedai Fur Kedai Pakaian Lelaki/ Wanita Penjahit Kedai Pakaian Serbaneka/ Aksesori Kedai Barangan Sukan Barang Kemas, Jam Tangan, Jam & Kedai Perak Kedai Bagasi/ Barangan Kulit
5611 5621 5631 5641 5651 5655 5661 5681 5691 5697 5699 5941 5944 5948
Gula-gula / Kedai Kacang / Kedai gula-gula Kedai Produk Tenusu Kedai Roti Kedai Makanan Pelbagai Department Stores
6. 5X UNIRinggit yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad utama dan tambahan adalah terhad kepada RM1,500 untuk Makanan, Barangan Runcit, Gedung Belibelah dan Fesyen . Setiap perbelanjaan RM1.00 berikutnya yang lebih daripada amaun yang dihadkan akan diberikan dengan 1X UNIRinggit. Contoh peruntukkan UNIRinggit ditunjukkan dalam Jadual B di bawah: Jadual B: Kategori Perbelanjaan Layak
Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak layak untuk 5X UNIRM sebulan
Total monthly spend (RM)
UNIRM yang dianugerahkan
1. Makanan
RM1,500 dalam mana-mana atau gabungan Kategori Perbelanjaan Layak daripada
RM500
5X UNIRinggit x RM500 = 2,500 UNIRinggit
RM800
5X UNIRinggit x RM800 = 4,000 UNIRinggit
2. Barangan Runcit
Kategori Perbelanjaan Layak
Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak layak untuk 5X UNIRM sebulan
Total monthly spend (RM)
UNIRM yang dianugerahkan
3. Gedung Belibelah
Ahli Kad utama dan tambahan (Setiap perbelanjaan RM1 berikutnya melebihi jumlah maksimum Perbelanjaan Layak = 1X UNIRM)
RM300
(a) 5X UNIRinggit x RM200 = 1,000 UNIRinggit (b) 1X UNIRinggit x RM100 = 100 UNIRinggit
RM 1,000
1X UNIRinggit x RM1,000 = 1,000 UNIRinggit
4. Fesyen
Jumlan UNIRM yang dianugerahkan = 1 + 2+ 3(a) + 3(b) 4 = 8,600 UNIRinggit 7. Segala pembayaran untuk Perbelanjaan Layak mesti dibuat dengan Kad PRVI Miles/ Preferred Platinum UOBM untuk menyertai Kempen ini. 8. Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam Tempoh Kempen mesti direkod dalam sistem kad kredit yang diselenggara oleh UOBM untuk menyertai Kempen ini. 9. Transaksi yang dibuat oleh Ahli Kad tambahan akan dijumlahkan dengan perbelanjaan Ahli Kad utama dan UNIRinggit hanya akan dikreditkan kepada akaun kad utama sahaja. 10. Penentuan bagi UNIRinggit maksimum yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang dinyatakan dalam fasal 6 di atas adalah berdasarkan tarikh caj diproses oleh UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Ahli Kad PRVI Miles UOBM dan bukan tarikh transaksi Perbelanjaan Layak dibuat oleh Ahli Kad. 11. Pembayaran maksimum mingguan UNIRM untuk Kategori Perbelanjaan Layak sepanjang Tempoh Kempen adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C. UNIRM akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat, berdasarkan rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memaklumkan mana-mana Ahli Kad sekiranya pembayaran UNIRM mencapai had pembayaran maksimum. Jadual C: Minggu Penyertaan Week 1 Week 2 Week 3 Week 4 Week 5 Week 6 Week 7
Tarikh 1 – 7 Jan 2017 8 – 14 Jan 2017 15 – 21 Jan 2017 22 – 28 Jan 2017 29 Jan – 4 Feb 2017 5 – 11 Feb 2017 12 – 18 Feb 2017
Had Mingguan UNIRM Kad PRVI Miles Kad Preferred Platinum 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM
Minggu Tarikh Penyertaan Week 8 19 – 25 Feb 2017 Week 9 26 Feb – 4 Mac 2017 Week 10 5 – 11 Mac 2017 Week 11 12 – 18 Mac 2017 Week 12 19 – 25 Mac 2017 Week 13 26 – 31 Mac 2017 Jumlah Had UNIRM
Had Mingguan UNIRM Kad PRVI Miles Kad Preferred Platinum 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 1,000,000 UNIRM 13,000,000 UNIRM 13,000,000 UNIRM
12. UNIRM akan dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad PRVI Miles/ Preferred Platinum UOBM dalam tempoh lapan (8) minggu selepas Tempoh Kempen berakhir. UNIRinggit akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulanan yang berikut selepas tarikh pengkreditan UNIRinggit. 13. Ketika pemberian UNIRinggit, akaun Ahli Kad PRVI Miles/ Preferred Platinum UOBM mestilah sah, terkini, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak bercanggah dengan mana-mana terma dan syarat yang termasuk dalam Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa/MasterCard. 14. Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama-sama dengan UNIRinggit dalam semua bahan-bahan cetakan, laman web atau cawangan UOBM adalah untuk tujuan perhiasan sahaja dan tidak akan menjadi sebahagian daripada UNIRinggit. 15. UOBM berhak untuk: a. Membatalkan UNIRinggit sekiranya terdapat pembalikan entri Perbelanjaan Layak dalam Kategori Perbelanjaan yang layak di Cawangan Layak atau penamatan Kad PRVI Miles UOBM Ahli kad sebelum UNIRinggit dikreditkan ke dalam Akaun Kad PRVI Miles UOBM atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Visa / Perjanjian Ahli Kad MasterCard UOB atau UNIRinggit Program Ganjaran 2017 Terma dan Syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab. b. Menggantikan UNIRinggit dengan produk lain yang sama atau lebih rendah dengan notis terlebih dahulu. c. Menarik balik,menangguhkan, melanjutkan atau membatalkan Kempen ini lebih awal sebelum tarikh tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagiannya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu mengikut budi bicara mutlaknya. 16. UNIRinggit yang diberikan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan barangan lain. 17. UNIRinggit yang diperolehi oleh Ahli Kad tidak mempunyai nilai wang.
TERMA DAN SYARAT AM 18. Kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, terma dan syarat UNIRinggit Program Ganjaran 2017 dan Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa/ MasterCard.
19. Dengan menyertai Kempen ini, Ahli Kad bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat UNIRinggit Program Ganjaran 2017 dan Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa / MasterCard. 20. Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat-menyurat dengan mana-mana individu mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen ini. Sebarang rayuan atau surat-menyurat daripada Ahli Kad tidak akan dilayan. 21. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi penjualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau lain-lain pihak yang mungkin mengakibatkan Ahli Kad tidak layak menerima UNIRinggit daripada Kempen ini. 22. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perwakilan atau salah tafsiran fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak sah berkenaan dengan Kempen dan/atau UNIRinggit dan diterbitkan dalam mana-mana bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan. 23. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam manamana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Kempen dan UNIRinggit ini. 24. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen dan UNIRinggit ini. 25. UOBM tidak mempunyai kaitan dengan Cawangan Layak dan tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berhubung dengan kualiti barangan atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan. 26. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, terma dan syarat ini akan digunakan. 27. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan syarat Kempen, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di cawangan UOBM dan / atau dalam Penyata Akaun dan / atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.
28. UOBM berhak untuk membatal, menghenti, menggantung atau melanjutkan Kempen ini tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan Kempen oleh UOBM tidak akan melayakkan Ahli Kad untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, pemberhentian, penggantungan atau pelanjutan tersebut. 29. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut dengan undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa yang tidak eksklusif mahkamah Malaysia. - TAMAT -