KEMPEN “PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL” UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD") KELAYAKAN KEMPEN 1.
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ('UOBM') “Kempen Pulangan Tunai AutoPay Bill UOBM” ('Kempen') ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit Utama UOBM (“Ahli Kad') yang mempunyai akaun semasa, sah, yang wujud dan dalam kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM atas budi bicara mutlaknya.
2.
Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :a) Semua Ahli Kad Debit, Korporat, Pembelian dan Label Persendirian UOBM: b) Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen ini (seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3 di bawah); c) Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya dengan UOBM yang delinkuen atau didapati tidak memuaskan sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; dan d) Individu yang tidak siuman atau menjadi tidak siuman, meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang – undang yang dikenakan terhadap mereka.
TEMPOH KEMPEN 3.
Kempen ini bermula pada 1 Mac 2017 hingga 31 Julai 2017 (kedua – dua tarikh termasuk) ("Tempoh Kempen") kecuali diberitahu sebaliknya.
PENDAFTARAN SMS 4.
Untuk menyertai Kempen ini, Ahli Kad mesti mendaftarkan nombor Kad Kredit UOBM beliau melalui khidmat pesanan ringkas (“SMS”) dalam Tempoh Kempen seperti Proses Pendaftaran yang di nyatakan dibawah.
Proses pendaftaran adalah seperti berikut: a. SMS: UOB<jarak>16-digit nombor Kad Kredit UOBM anda kepada 66300; atau b. Ahli Kad yang menerima SMS jemputan dari UOBM mestilah mengikut arahan dalam SMS untuk mendaftar. 5.
Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa mereka telah memasukkan nombor Kad Kredit yang tepat didalam SMS.
6.
Caj telekomunikasi yang tetap akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar dan caj tersebut ditanggung oleh Ahli Kad.
7.
Selepas pendaftaran berjaya, Ahli Kad akan menerima pengesahan melalui SMS. Pengesahan tersebut akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk pendaftaran. Pendaftaran SMS dianggap tidak berjaya jika Ahli Kad tidak menerima pengesahan pendaftaran Kempen ini melalui SMS dari UOBM.
8.
Sekiranya SMS yang diterima oleh UOBM tidak lengkap / tidak sah, SMS akan dihantar kepada Ahli Kad di nombor telefon bimbit yang digunakan oleh Ahli Kad untuk pendaftaran Kempen ini tanpa sebarang kos memberitahu mereka untuk mendaftar semula melalui SMS.
PENDAFTARAN 9.
Setelah pendaftaran SMS berjaya, Ahli Kad dikehendaki membuat pendaftaran perkhidmatan AutoPay Bill yang baru dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan (seperti yang dinyatakan di Fasal 10 di bawah) berdasarkan Fasal 11 di bawah dalam Tempoh Kempen (“Pendaftaran”).
10. Pembekal Perkhidmatan AutoPay yang Mengambil Bahagian (“Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian”) adalah seperti berikut: i) Astro ii) Tenaga Nasional Berhad iii) Telekom (kecuali UNIFI) iv) Celcom v) Digi 11. Pendaftaran mestilah dibuat dengan:a. mengemukakan borang permohonan UOBM AutoPay Bill yang telah lengkap, sertai salinan bil atau resit terkini yang dikeluarkan oleh Pembekal Perkhidmatan berkenaan yang menunjukkan nama Ahli Kad dan akaun atau nombor rujukan pengguna dan faks kepada UOBM di 03-2693 2116, atau emel ke
[email protected] atau hantar ke mana-mana cawangan UOBM; atau b. mendaftar terus melalui Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian untuk perkhidmatan AutoPay Bill. Ahli Kad mungkin tertakluk kepada proses dan/ atau terma dan syarat tambahan oleh Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian untuk perkhidmatan AutoPay Bill. 12. Jika Ahli Kad telah mendaftar untuk perkhidmatan AutoPay Bill dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian sebelum Kempen ini atau sebelum pendaftaran berjaya Kempen ini dan perkhidmatan AutoPay Bill telah ditamatkan sebelum Kempen ini atau semasa Tempoh Kempen, Ahli Kad adalah tidak dianggap telah mematuhi Fasal 9 di atas jikalau Ahli Kad mendaftarkan diri semula untuk perkhidmatan AutoPay Bill dengan Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian tersebut. PERBELANJAAN LAYAK 13. Perbelanjaan Layak untuk Kempen ini bermakna pembayaran bil yang dibuat dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan untuk dua (2) bulan berturut-turut melalui AutoPay dengan menggunakan Kad Kredit UOBM dalam Tempoh Kempen (“Perbelanjaan Layak”). Bagi megelakkan keraguan, Ahli Kad dikehendaki membuat pembayaran bil dengan Pembekal Perkhidmatan yang sama untuk dua (2) bulan berturut-turut melalui AutoPay. Untuk ilustrasi, sila rujuk kepada Jadual B di bawah. 14. Perbelanjaan Layak dibuat dalam Tempoh Kempen mesti diperoleh oleh sistem kad kredit yang dikekalkan oleh UOBM untuk layak mengambil bahagian dalam Kempen ini. 15. Perbelanjaan Layak bagi Ahli Kad tambahan akan digabungkan dengan Perbelanjaan Layak bagi Ahli Kad utama semasa Kempen ini dalam menentukan sama ada Ahli Kad utama memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan di Fasal 16 di bawah . Bagi mengelakkan keraguan, hanya Ahli Kad utama layak untuk Pulangan Tunai dan Ahli Kad Tambahan tidak layak untuk Pulangan Tunai. PULANGAN TUNAI 16. Kriteria Kelayakan: Setiap Ahli Kad yang memenuhi kriteria di bawah akan layak mendapatkan 5% Pulangan Tunai atas Perbelanjaan Layak:a) berjaya mendaftar untuk Kempen ini berdasarkan proses pendaftaran yang dinyatakan di Fasal 4 di atas;
b) berjaya mendaftar untuk perkhidmatan AutoPay Bill yang baru dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan berdasarkan proses pendaftaran yang dinyatakan di Fasal 9 dan 11 di atas; dan c) memenuhi kriteria Perbelanjaan Layak yang dinyatakan di Fasal 13 di atas. 17. Peruntukan Pulangan Tunai adalah berdasarkan peruntukan bulanan seperti di Jadual A di bawah: Jadual A: Bulan Mengambil Bahagian Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Jumlah
Tempoh 1 April 2017 – 30 April 2017 1 Mei 2017 – 31 Mei 2017 1 Jun 2017 – 30 Jun 2017 1 Julai 2017 – 31 Julai 2017
Peruntukan Tunai (RM) 7,500 7,500 7,500 7,500 30,000
Pulangan
18. Pulangan Tunai akan diberi kepada Ahli Kad pada dasar siapa cepat dia dapat. Jika jumlah Pulangan Tunai yang diberi oleh UOBM pada Bulan Mengambil Bahagian telah mencapai had Peruntukan Pulangan Tunai, tiada Pulangan Tunai lanjut yang akan diberikan kepada Ahli Kad seterusnya yang memenuhi Kriteria Kelayakan. 19. Bulan Mengambil Bahagian yang Ahli Kad layak untuk Pulangan Tunai adalah ditentukan oleh bulan di mana Ahli Kad berjaya membuat pembayara n kedua berturut-turut kepada Pembekal Perkhidmatan melaui AutoPay. Untuk ilustrasi, sila rujuk kepada Jadual B di bawah. Jadual B:
Scenario
Pembekal Perkhidmatan yang Mengambil Bahagian
Bulan & Jumlah (RM) Transaksi AutoPay Bil yang pertama
Bulan & Jumlah (RM) Transaksi AutoPay Bil yang kedua
Layak untuk Pulangan Tunai (Ya/ Tidak)
Jumlah Pulangan Tunai
A
Astro
Mac: RM150
April: RM150
Ya (dalam peruntukan Bulan 1)
RM300 x 5% = RM15
Tidak
Pembayaran kepada Pembekal Pekhidmatan tidak dibuat 2 bulan berturut-turut
B
Astro
Mac: RM150
Mei: RM150
Astro
Mei: RM150
Jun: RM150
C Digi
Mei: RM100
Jun: RM100
Astro
April: RM200
Mei: RM200
D Digi
Mei: RM300
Jun: RM250
Astro
April: RM200
Mei: RM200
Digi
Mei: RM300
Jun: RM250
E
Ya: RM300 x 5% = RM15 (dalam peruntukan Bulan 3) Ya: RM200 x 5% = RM10 (dalam peruntukan Bulan 3) Ya: RM400 x 5% = RM20 (dalam peruntukan Bulan 2) Ya: RM550 x 5% = RM27.50 (dalam peruntukan Bulan 3) Ya: RM400 x 5% = RM20 (dalam peruntukan Bulan 2) Ya: RM550 x 5% = RM27.50 (dalam
RM25
RM47.50
RM50 (Pulangan Tunai maksima yang diberi kepada setiap Ahli Kad dalam Tempoh Kempen)
peruntukan Bulan 3) Telekom
Jun: RM200
Julai: RM200
Ya: RM400 x 5% = RM20 (dalam peruntukan Bulan 4)
20. Setiap Ahli Kad layak untuk mendapat Pulangan Tunai sekali bagi setiap Pembekal Perkhidmatan dalam Tempoh Kempen tertakluk kepada jumlah maxima Pulangan Tunai RM50 sepanjang Tempoh Kempen. Pulangan Tunai maksima yang akan diberikan sepanjang Tempoh Kempen berjumlah RM30,000. 21. UOBM tidak mempunyai kewajipan untuk memberitahu mana-mana Ahli Kad samada Pulangan Tunai mencapai jumlah Peruntukan Pulanagan Tunai untuk setiap Bulan Mengambil Bahagian dan sepanjang Tempoh Kempen. 22. Ahli Kad yang layak menerima Pulangan Tunai akan menerima notifikasi melalui SMS dalam tempoh empat (4) ke enam (6) minggu selepas setiap Bulan Mengambil Bahagian. Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Ahli Kad dalam tempoh lapan (8) minggu selepas setiap Bulan Mengambil Bahagian. Pulangan Tunai akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulanan Ahli Kad berikutnya. 23. Pada masa penganugerahan Pulangan Tunai, akaun Kad Kredit Ahli Kad mestilah semasa, sah, wujud dan pada kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM atas budi bicara mutlaknya dan tidak melanggar mana-mana terma dan syarat ini dan terma dan syarat yang terkandung di Perjanjian Ahli Kad Visa / MasterCard UOBM ("Perjanjian Ahli Kad"). 24. Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama-sama dengan Pulangan Tunai dalam semua bahan-bahan, laman web atau cawangan UOBM dicetak adalah untuk tujuan perhiasan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Pulangan Tunai. 25. UOBM berhak: (a) Untuk membatalkan Pulangan Tunai jika terdapat penarikbalikan Perbelanjaan Layak untuk penyertaan atau penamatan Kad Kredit UOBM Ahli Kad sepanjang Tempoh Kempen atau ketidakpatuhan atau pelanggaran terma dan syarat ini atau terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Ahli Kad dengan notis tanpa memberikan apa-apa sebab. (b) Untuk menggantikan Pulangan Tunai dengan mana-mana produk yang sama yang akan ditentukan mengikut budi bicara mutlak UOBM dengan memberi notis terlebih dahulu; (c) Untuk menarik balik, menangguhkan, melanjutkan atau menamatkan Kempen awal sebelum tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan notis mengikut budi bicara mutlaknya. 26. Pulangan Tunai yang diberikan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. TERMA DAN SYARAT AM UOBM 27. Dengan menyertai Kempen ini, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini dan terma dan syarat di dalam Perjanjian Ahli Kad. 28. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi yang berkuasa atau mana-mana pihak lain yang mungkin menjejaskan Kriteria Kelayakan Ahli Kad dalam Kempen ini.
29. Keputusan UOBM ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab atau membuat apa-apa surat-menyurat dengan mana-mana orang atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen. Tiada sebarang rayuan atau surat-menyurat dari mana-mana Ahli Kad akan dilayan. 30. UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah tafsir atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berhubung dengan Kempen dan / atau Pulangan Tunai yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan. 31. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk dan bagaimanapun timbul atau dialami oleh Ahli Kad dan / atau pihak ketiga yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen dan Pulangan Tunai. 32. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada mereka diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada , apa-apa jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Kempen ini dan Pulangan Tunai dalam Kempen ini. 33. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang pengiklanan, kempen, publisiti dan bahan-bahan lain yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan Kempen ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai. 34. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan syarat Kempen ini, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan pernyataan dalam penyata Akaun, dan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari masa ke semasa. 35. UOBM berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum tamat Tempoh Kempen, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penarikan balik, penggantungan, perlanjutan atau penamatan Kempen oleh UOBM tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung dari apa-apa pembatalan, penarikan balik, penggantungan, perlanjutan atau penamatan. 36. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia. TAMAT