Tawaran Beli 1-dapat-1 Chatime YOLO UOBM Terma dan Syarat
Tempoh Tawaran 1. “Tawaran Beli 1-dapat-1 Chatime YOLO UOBM” United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809‐K) (“UOBM”) (“Tawaran”) akan bermula dari 29 Ogos 2016 sehingga 28 Februari 2017 (termasuk kedua-dua tarikh), kecuali kalau dimaklumkan selainnya (“Tempoh Tawaran”). Kelayakan 2. Tawaran ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit UOBM YOLO Utama dan Tambahan yang layak (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun(-akaun) yang semasa, sah, wujud, dan dalam keadaan kredit yang baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. 3. Tawaran ini hanya dibuka kepada Ahli Kad Kredit UOBM YOLO yang dikeluarkan di Malaysia (“Kad”).
Kaedah Tawaran 4. Ahli Kad yang membeli minuman Chatime berharga sekurang-kurangnya RM6.50 dengan menggunakan Kad Kredit UOBM YOLO di mana-mana kedai Chatime yang Mengambil Bahagian (merujuk kepada Lampiran A) dalam Tempoh Tawaran (“Transaksi”) akan menerima satu (1) saiz Regular ‘Pearl Milk Tea’ atau ‘Grass Jelly Roasted Milk Tea’ tanpa bayaran (“Minuman Tanpa Bayaran”) bernilai RM 6.50. 5. Setiap Ahli Kad berhak menebus maksimum satu (1) Minuman Tanpa Bayaran sekali sahaja dalam satu Transaksi dalam satu hari. 6. Minuman Tanpa Bayaran yang diberikan hanya terhad kepada 1,000 Ahli Kad setiap bulan atas dasar tiba dahulu, layan dahulu semasa Tempoh Tawaran. 7. Tawaran ini tidak boleh digunakan melalui transaksi tunai. 8. Minuman Tanpa Bayaran tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak dan tidak boleh ditukar kepada barangan lain atau wang tunai.
Terma dan Syarat Am 9. Dengan menyertai Tawaran ini, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini termasuk sebarang perubahan dan/atau pindaan kepadanya, terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad dan/atau terma dan syarat YOLO UOB.
10. UOBM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan atau rasa tidak puas hati terhadap kualiti produk, dan/atau barang dan/atau servis yang dibeli dari kedaikedai Chatime yang Mengambil Bahagian. 11. UOBM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam transmisi transaksi pembelian oleh Visa International Incorporated, kedai rakan dagang, pos atau pihak berkuasa telekomunikasi atau sebarang pihak yang boleh menyebabkan Ahli Kad gagal untuk mendapatkan Tawaran ini. 12. Rekod-rekod transaksi yang dimiliki oleh UOBM dan keputusan UOBM dalam semua perkara yang berkaitan dengan Tawaran ini adalah muktamad, konklusif dan terikat pada Ahli Kad. UOBM tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab dan/atau melayan sebarang surat-menyurat dengan mana-mana pihak mengenai sebarang perkara berkaitan Tawaran ini. Tiada rayuan dan/atau surat-menyurat dari Ahli Kad atau pihak ketiga yang lain akan dilayani. 13. UOBM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak sah berkenaan dengan Tawaran ini dan/atau minuman Chatime yang diberikan dan diterbitkan dalam mana-mana bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan. 14. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk atau dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan Ahli Kad dalam Tawaran ini. 15. UOBM tidak bergabung dengan pihak Chatime dan/atau kedai-kedainya yang mengambil bahagian dan tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berhubung dengan kualiti Tawaran dan/atau minuman dan/atau kesesuaiannya untuk apa-apa tujuan. 16. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada apa-apa yang diterbitkan dalam manamana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan berkenaan dengan Tawaran ini. 17. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkenaan atau berkaitan dengan Tawaran ini, terma dan syarat ini akan digunakan. 18. UOBM berhak untuk menambah, membatal, menggantung dan/atau mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM, memasukkan pernyataan dalam Penyata
Akaun atau atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa. 19. UOBM berhak untuk membatal, menghenti, menggantung atau melanjutkan Tawaran ini sebelum tempoh tamat Tempoh Tawaran secara keseluruhan atau sebahagian mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, pemberhentian, penggantungan, perlanjutan atau penamatan Tawaran ini oleh UOBM tidak akan melayakkan Ahli Kad untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, pemberhentian atau penggantungan tersebut. 20. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang di Malaysia dan Ahli Kad yang layak bersetuju menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.
Appendiks A No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
Outlet Name Chatime Ampang Point Chatime Ampang Fiesta Chatime Aman Suria Chatime Segi University Chatime Besraya Petronas Chatime Cheras Mahkota Chatime Centro Klang Chatime Shell Tengku Ampuan Rahimah Chatime AEON Bukit Tinggi Chatime Tesco Extra Klang Chatime Jalan Ipoh Chatime Sri Gombak Chatime Waterfront Desa Park City Chatime Pavilion Chatime Viva Home Chatime Lot 10 Chatime Berjaya Times Square Chatime Kuchai Lama Chatime Bukit Jalil Chatime Tesco Kepong Chatime Sogo Chatime Semua House Chatime Sungei Wang Chatime Jalan Delima Chatime Cheras Sentral Mall Chatime Ikon Connaught Chatime Quill City Mall Chatime Wangsa Walk Chatime Masjid Jamek Chatime Bangsar South Nexus Chatime Sri Petaling Chatime Kenanga Wholesale C. Chatime The Gardens Chatime Mid Valley Chatime Bangsar Village 1 Chatime Festival Mall Chatime Plaza Mont Kiara Chatime Kepong Chatime Pandan Indah Chatime Avenue K Chatime Publika Chatime NU Sentral Chatime Sunway Putra Mall Chatime Shell Bukit Cheras Chatime Caltex Sri Damansara Chatime Selayang Chatime 1st Avenue Chatime Suntech Penang Chatime Gurney Plaza Chatime Auto City
State/Location Ampang Selangor Ampang Selangor Ara Damansara Selangor Damansara Selangor Kajang Selangor Kajang Selangor Klang Selangor Klang Selangor Klang Selangor Klang Selangor Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Kuala Lumpur Penang Penang Penang Penang
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92
Chatime AEON Bukit Mertajam Chatime Central Point Chatime Atria Mall Chatime One Utama Chatime Tropical City Mall Chatime Paradigm Mall Chatime IPC Chatime Uptown Damansara Chatime The Curve Chatime SS2 Square Chatime Citta Mall Chatime IOI Boulevard Chatime Bandar Puteri Puchong Chatime Tesco Puchong Chatime Tesco Bukit Puchong Chatime IOI Mall Chatime Gamuda Walk Chatime Alamanda Putrajaya Chatime IOI City Mall Chatime Cyberjaya Chatime D'Pulze Chatime Kajang Metro Point Chatime TPM (WISMA SCOPE INTERNATIONAL) Chatime The Mines Chatime Kota Kemuning Chatime Tesco Shah Alam Chatime Plaza Alam Chatime AEON Shah Alam Chatime Setia City Mall Chatime AEON Big Subang Jaya Chatime Inti Subang Chatime Taylors Lakeside Chatime Empire Shopping Gallery Chatime Subang Parade Chatime Mydin USJ Chatime Sunway Pyramid I Chatime Sunway Pyramid II Chatime Bukit Indah Chatime Muar Chatime Batu Pahat Chatime AEON Kulaijaya Chatime AEON Permas Jaya
Penang Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Petaling Jaya Selangor Puchong Selangor Puchong Selangor Puchong Selangor Puchong Selangor Puchong Selangor Puchong Selangor Putrajaya Selangor Putrajaya Selangor Selangor Selangor Selangor Selangor Seri Kembangan Selangor Shah Alam Selangor Shah Alam Selangor Shah Alam Selangor Shah Alam Selangor Shah Alam Selangor Subang Selangor Subang Selangor Subang Selangor Subang Selangor Subang Selangor Subang Selangor Sunway Selangor Sunway Selangor Johor Johor Johor Johor Johor