TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit” CIMB BANK
Tempoh Kempen
1.
Kempen “Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit” (“Kempen ini”) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan berlangsung dari 1 April 2017 hingga 30 Jun 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
2.
CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen. Kelayakan
3.
Kempen ini adalah terbuka secara eksklusif kepada Pemohon Yang Baru-kepada-Kad (“New-to-Card Applicants”) (pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank) yang memohon kad kredit utama CIMB Bank baru yang dikeluarkan oleh CIMB Bank, (melainkan Kad Perniagaan dan Kad Perkongsian CIMB Bank), melalui Laman Web Korporat CIMB (“www.cimbbank.com.my/”), ATM dan Pusat Panggilan Masuk semasa Tempoh Kempen (“Pemohon”); Kategori orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini:(i)
Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau
(ii)
Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, penjual pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan) CIMB (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan mereka dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau
(iii)
Entiti bukan-individu termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilik tunggal, perkongsian, organisasi/pertubuhan kebajikan/bukan keuntungan, pelanggan korporat dan komersial, syarikat-syarikat awam tersenarai dan sendirian berhad, kelab, pertubuhan dan koperasi; dan/atau
(iv)
Pemegang kad kredit utama CIMB Bank sedia ada;
(v)
Pelanggan yang telah menamatkan kad kredit utama CIMB Bank beliau dalam enam (6) bulan sebelum tarikh kelulusan kad kredit utama CIMB Bank yang baru dipohon beliau semasa Tempoh Kempen;
(vi)
Individu di bawah umur 21 tahun pada masa permohonan; dan/atau
4.
Hanya pemegang kad utama (dan bukannya pemegang kad tambahan) yang akan layak menyertai Kempen ini.
5.
CIMB Bank menyimpan hak untuk melulus atau menolak mana-mana permohonan kad kredit dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan tambahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai. Bagi mengelakkan keraguan, CIMB mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen sokongan adalah mencukupi bagi tujuan memproses permohonan yang dikemukakan kepada CIMB. Kriteria Kelayakan
6.
Pemohon akan layak kepada Hadiah sekiranya:(i) Pemohon mengemukakan permohonan kepada mana-mana kad kredit utama CIMB Bank melalui mana-mana satu saluran yang berikut: Laman Web Korporat CIMB, ATM, Pusat Panggilan Masuk semasa Tempoh Kempen, (ii) Permohonan tersebut mestilah berjaya diluluskan oleh CIMB Bank semasa Tempoh Kempen dan kad kredit mestilah diaktifkan dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad DAN (iii) Pemohon mencapai Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum sebanyak RM500 dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad.
7.
Nilai Hadiah adalah ditentukan berdasarkan saluran-saluran yang digunakan oleh Pemohon dalam permohonan kad kredit utama CIMB Bank seperti yang ditetapkan dalam jadual bawah: Saluran Digital
Tempoh Kempen
Laman Web Korporat CIMB ATM
1 April – 30 Jun
Pusat Panggilan Masuk
1 April – 30 Jun
hb
hb
hb
hb
hb
hb
1 April – 30 Jun
Perkhidmatan Layan Diri
Bantuan RTC
Sehingga RM150 -
Sehingga RM100 Sehingga RM100 -
-
Bantuan Pusat Panggilan Masuk RM50
(i)
Perkhidmatan Layan Diri merujuk kepada pengemukaan lengkap permohonan kad kredit utama CIMB Bank oleh Pemohon termasuk memuat naik dokumen sokongan, iaitu dokumen pendapatan dll.
(ii)
Bantuan RTC merujuk kepada panggilan susulan dari ejen CIMB untuk membantu Pemohon melengkapkan dan mengemukakan permohonan kad kredit utama CIMB Bank dan/atau memuat naik dokumen sokongan.
(iii)
Bantuan Pusat Panggilan Masuk merujuk kepada Pemohon memanggil Pusat Panggilan untuk memohon dan mengemuka permohonan kad kredit utama CIMB Bank.
8.
“Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum” yang dinyatakan dalam Klausa 6 di atas termasuk transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak akan termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian;
9.
Bagi mengelakkan keraguan, transaksi-transaksi berikut juga dikecualikan secara nyata di sini dan tidak akan dianggap sebagai “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum”:(i) Transaksi Tunai Kuasi– (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); (ii) Ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank atau mana-mana institusi kewangan yang lain; (iii) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”), caj pertikaian, caj penipuan atau apa-apa fi, caj atau penalti sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau selainnya; (iv) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; (v) Transaksi yang dilakukan oleh Pemohon dengan mana-mana perniaga berkaitan dengan atau dikawal oleh beliau atau mana-mana ahli keluarga terdekat beliau (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah), iaitu transaksi oleh Pemohon dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan di mana beliau adalah dan/atau salah seorang ahli-ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan, atau bekerja dengan, atau mempunyai syer atau kepentingan dalam, atau sebagai seorang pengarah; dan (vi) Transaksi pembelian yang layak yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, atau apa-apa transaksi yang dipertikaikan, tanpa kebenaran atau penipuan.
Apa-apa penentuan oleh CIMB berkenaan dengan apa yang merupakan “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum” adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun. Hadiah
10. Hadiah yang disediakan adalah atas dasar seadanya (“as is” basis) dan tidak boleh ditukarmilik atau ditukarkan dengan tunai atau kredit dalam apa jua jenis. 11. Hadiah yang akan diberikan kepada Pemohon ditentukan berdasarkan kepada tarikh kelulusan permohonan kad kredit utama Pemohon CIMB Bank. 12. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Hadiah yang diiklankan akan dihantar ke alamat surat-menyurat Pemohon melalui mel. CIMB Bank tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada mana-mana Pemohon untuk menghantarkan Hadiah ke mana-mana alamat pihak ketiga. 13. Ia adalah tanggungjawab Pemohon untuk memastikan nombor telefon dan alamat mel beliau yang dibekalkan adalah terkini dan dikemaskini dalam rekod CIMB. Pemberitahuan dan penyampaian Hadiah oleh CIMB adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat mel Pemohon yang dikekalkan dalam rekod CIMB. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemohon ke atas kegagalan penghantaran Hadiah atau apa-apa kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang mengalir daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon dan alamat mel Pemohon dalam rekod CIMB bukannya terkini atau tepat. 14. Bagi mengelakkan keraguan, pemegang kad kredit tambahan adalah tidak layak kepada Hadiah di bawah Kempen ini. 15. Hadiah akan dihantar ke alamat mel Pemohon berdasarkan rekod bank CIMB dalam 4 hingga 6 minggu selepas Pemohon memenuhi semua Kriteria Kelayakan yang ditetapkan di sini. 16. Pada titik penghantaran Hadiah kepada Pemohon, akaun kad kredit Pemohon MESTI berada dalam keadaan baik dan MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kad
kredit CIMB Bank atau delinkuen , dan/atau tidak sah atau dibatalkan kerana jika tidak, mereka akan hilang kelayakan daripada menerima Hadiah dan tidak akan layak untuk apa-apa pampasan. 17. Semua Pemohon bersetuju dan membenarkan CIMB untuk mendedahkan butiran mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat-alamat mel dan mel elektronik) kepada pengedar/ejen yang dilantik untuk penghantaran Hadiah. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am
18. Dengan menyertai Kempen ini, Pemohon dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dan bersetuju bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dilakukan oleh CIMB Bank adalah muktamad dan konklusif. Akaun kad kredit Pemohon MESTI sah dan/atau diaktifkan, MESTI berada dalam keadaan baik dan MESTI TIDAK memungkiri mana-mana termaterma dan syarat-syarat kad kredit CIMB atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan MESTI BUKAN tidak sah, ditamatkan atau dibatalkan dalam definisi CIMB pada masa pengedaran Ganjaran. 19. CIMB Bank menyimpan hak di bawah budi bicara tunggal untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pemohon yang ia tentukan sebagai mengganggu proses penyertaan atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 20. CIMB Bank tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab ke atas Hadiah yang dibekalkan di bawah Kempen ini. Hadiah yang ditawarkan dan/atau dibekalkan semata-mata oleh penjual dan pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual dan pembekal, dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort atau selainnya yang berkenaan dengan Kempen melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 21. CIMB Bank tidak akan melayan apa-apa aduan apa jua yang berkenaan dengan Hadiah. Hadiah tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak akan di bawah apa-apa keadaan bahawa kemasukan mana-mana Hadiah dalam Kempen ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan Hadiah oleh CIMB Bank. Sekiranya mana-mana Pemohon tidak berpuas hati dengan mana-mana Hadiah, Pemohon tersebut hendaklah mendapatkan bantuan daripada penjual/pembekal yang berkenaan secara langsung. 22. Dengan menyertai Kempen ini, Pemohon dengan ini secara muktamad dan tanpa syarat mengaku janji untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank ke atas kesemua liabiliti dan bersetuju untuk mengganti rugi CIMB Bank (atas dasar indemniti penuh) dan tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank daripada apa-apa tuntutan pihak ketiga, dan daripada apa-apa kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk fi dan kos peguamcara) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh CIMB Bank akibat daripada atau berkenaan dengan Kempen ini melainkan ianya dibangkit daripada dan adalah disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 23. CIMB Bank tidak menerima tanggungjawab ke atas apa-apa implikasi cukai termasuk cukai barang dan perkhidmatan ("GST"), kos sampingan dan/atau apa-apa caj dan/atau kerosakan lain akibat daripada mana-mana Hadiah dan/atau ketidak-penuhannya oleh mana-mana ejen/pengedar masing-masing. Apaapa obligasi pemfailan cukai atau apa-apa pembayaran cukai tertunggak kepada mana-mana pihak berkuasa atau apa-apa kos sampingan dan/atau apa-apa caj lain yang mungkin timbul akibat daripada penerimaan Hadiah kekal merupakan tanggungjawab Pemohon. Ia juga adalah tanggungjawab Pemohon untuk mendapatkan apa-apa nasihat bebas ke atas implikasi cukai berpotensi di bawah Kempen ini.
24. CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB Bank tidak akan melayakkan Pemohon atau mana-mana orang kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB Bank bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 25. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada melalui penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan atau walau apa jua selainnya) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat di sini. Pemberitahuan kepada Pemohon berkenaan dengan Pindaan, pembatalan, penamatan, penggantungan Kempen ini atau apa-apa notis lain yang akan diberikan oleh CIMB Bank kepada Pemohon di bawah Kempen ini akan dilaksanakan di atas budi bicara mutlak CIMB melalui salah satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, mengeposkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB atau melalui laman web CIMB atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat Pemohon dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Pemohon mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank secara berkala untuk melihat Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan memastikan beliau mengikuti perkembangan terkini apa-apa pertukaran atau perubahan Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 26. Terma-Terma dan Syarat-Syarat (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 24 di atas) akan dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa dalam kad kredit CIMB dan/atau perjanjian akaun dan/atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan akan mengatasi apaapa terma, syarat, peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi Kempen lain. 27. CIMB Bank tidak menjamin bahawa Kempen tidak akan terganggu dan / atau bebas ralat. Dengan menyertai Kempen, Pemohon dengan ini mengakui dan bersetuju secara muktamad bahawa CIMB Bank tidak akan dalam apa cara jua bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan teknikal atau sistem dalam apa jua bentuk, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau apa-apa kesilapan elektronik atau manusia yang timbul daripada dan di bawah Kempen. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Pemohon dalam apa cara sekalipun sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana obligasinya yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apa-apa bencana alam (“act of God”), pertikaian perindustrian, peperangan, mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 28. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Pemohon dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengawal operasi akaun kad kredit Pemohon, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat akan mengatasi yang lain. Untuk makluman balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Pemohon boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat-alamat mel dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile (atau mempunyai alamat-alamat mel dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Pemohon): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur; Tel: 03 6204 7788 / Faks: 603 2691 3248 / Emel Add:
[email protected].