Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Peribadi-i kepada Anggota Bank Rakyat
Terma Dan Syarat A. Syarat – Syarat Kelayakan Dan Kempen
1. Terbuka kepada Anggota Bank Rakyat dari sektor awam, swasta dan pesara kerajaan yang memohon Pembiayaan Peribadi-i Awam, Pembiayaan Peribadi-i Swasta dan Pembiayaan Peribadi-i Pesara.
2. Mekanisma penyertaan adalah seperti berikut: -
Pelanggan yang telah menjadi Anggota Bank Rakyat sebelum atau pada 30 Jun 2016 layak mendapat diskaun kadar keuntungan Pembiayaan Peribadi-i.
3. Kelayakan penyertaan adalah seperti berikut: -
Mempunyai sah am keanggotaan dengan Bank Rakyat minimum RM500.
4. Penyertaan kempen ini adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Bank Rakyat sepenuhnya dan juga Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
5. Bank Rakyat mempunyai hak mutlak dalam meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
6. Berikut adalah jenis produk dan kriteria yang TIDAK LAYAK untuk menyertai kempen ini: a) Permohonan pembiayaan sebelum atau selepas tempoh kempen. b) Pemohon pembiayaan yang tidak mempunyai saham keanggotaan Bank Rakyat. c) Pelanggan yang menjadi Anggota Bank Rakyat selepas 30 Jun 2016.
B. Tempoh Kempen
1. Tempoh sah Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Peribadi-i kepada Anggota Bank Rakyat Melalui Pembiayaan Peribadi-i 2016 bermula dari 26 Ogos 2016 hingga 26 November 2016 (3 bulan).
2. Pihak Bank berhak menukar atau meminda tarikh dan tempoh Kempen Kadar keuntungan Pembiayaan Peribadi-i kepada Anggota Bank Rakyat sekiranya perlu. C. Tawaran Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Peribadi-i kepada Anggota Bank Rakyat.
1. Diskaun kadar keuntungan 0.10% ke atas kadar keuntungan sedia ada untuk Produk Pembiayaan Peribadi-i Awam, Swasta dan Pesara.
2. Pelanggan layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i lebih dari sekali (1) sepanjang tempoh kempen.
3. Tawaran kepada Anggota Bank Rakyat yang masih aktif sahaja. D. Lain – Lain
1. Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, laman sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana saluran media yang ditentukan sesuai oleh Bank Rakyat.
2. Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 3 hari terlebih dahulu di laman web bank atau mana-mana medium komunikasi yang lain yang difikirkan sesuai dan apa-apa pindaan, pembatalan atau penambahan itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 3 hari selepas notis dikeluarkan.
3. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, kerosakan pada boring penyertaan, makluman atau apa-apa koresponden samaada melalui e-mel, surat atau mana-mana medium komunikasi.
4. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BANK RAKYAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PELANGGAN UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN
(TERMASUK
KEHILANGAN
PENGGUNAAN,
DATA,
PERNIAGAAN
ATAU
KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM KEMPEN INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APAAPA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.
5. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkiran yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan system atau apa-apa situasi diluar kemampuan Bank Rakyat. 6. Dengan menyertai kempen ini, pemohon di anggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung di sini, termasukkeputusan
yang
dibuatolehpihak
Bank
Rakyat
yang
dianggapmuktamad,
terikatdanmenyeluruh. 7. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari laman sesawang Bank www.bankrakyat.com.my
Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Kenderaan-i (An-Naqlu 2) kepada Anggota Bank Rakyat
Terma Dan Syarat E. Syarat – Syarat Kelayakan dan Kempen
7. Terbuka kepada semua Anggota Bank Rakyat yang memohon Pembiayaan Kenderaan-i (An-Naqlu 2) kecuali warga kerja dan ahli keluarga warga kerja Bank Rakyat.
8. Mekanisma penyertaan adalah seperti berikut:
Pelanggan yang telah menjadi Anggota Bank Rakyat sebelum atau pada 30 Jun 2016 layak menikmati diskaun sehingga 0.10% dari kadar keuntungan semasa Pembiayaan Kenderaan-i (An-Naqlu 2).
9. Kelayakan penyertaan adalah seperti berikut:
Mempunyai saham keanggotaan dengan Bank Rakyat minimum RM500.
10. Penyertaan kempen ini adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Bank Rakyat sepenuhnya dan juga Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
11. Bank Rakyat mempunyai hak mutlak dalam meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
12. Berikut adalah jenis produk dan kriteria yang TIDAK LAYAK untuk menyertai kempen ini: a) Permohonan pembiayaan sebelum atau selepas tempoh kempen. b) Pemohon pembiayaan yang tidak mempunyai saham keanggotaan Bank Rakyat. c) Pelanggan yang menjadi Anggota Bank Rakyat selepas 30 Jun 2016 .
F. Tempoh Kempen
3. Tempoh sah Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Kenderaan-i kepada Anggota Bank Rakyat bermula dari 26 Ogos 2016 hingga 26 November 2016 (3 bulan).
4. Pihak Bank berhak menukar atau meminda tarikh dan tempoh kempen sekiranya perlu. G. Tawaran Kempen Kadar Keuntungan Pembiayaan Kenderaan-i (An-Naqlu 2) kepada Anggota Bank Rakyat.
4. Diskaun sehingga 0.10% atas kadar keuntungan semasa Pembiayaan Kenderaan-i (AnNaqlu 2).
5. Tawaran kepada Anggota Bank Rakyat yang masih aktif sahaja. H. Lain – Lain
8. Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, laman sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana saluran media yang ditentukan sesuai oleh Bank Rakyat.
9. Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 3 hari terlebih dahulu di laman web Bank atau mana-mana medium komunikasi yang lain yang difikirkan sesuai dan apa-apa pindaan, pembatalan atau penambahan itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh 3 hari selepas notis dikeluarkan.
10. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, kerosakan pada borang penyertaan, makluman atau apa-apa koresponden sama ada melalui e-mel, surat atau mana-mana medium komunikasi.
11. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BANK RAKYAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PELANGGAN UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT
KEROSAKAN
(TERMASUK
KEHILANGAN
PENGGUNAAN,
DATA,
PERNIAGAAN
ATAU
KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM KEMPEN INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APAAPA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.
12. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkiran yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem atau apa-apa situasi diluar kemampuan Bank Rakyat. 13. Dengan menyertai kempen ini, pemohon dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Rakyat yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh. 14. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan di talian 1300-805454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari laman sesawang Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my