Kempen Realizing Dream 2016 Akaun Deposit-i Berjangka Terma & Syarat
A.
Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen
1.
Terbuka kepada semua pendeposit individu Bank Rakyat yang baru dan sedia ada
2.
Warga kerja Bank Rakyat adalah tidak layak untuk menyertai kempen ini
3.
Dana baharu sahaja (fresh fund) yang bermaksud dana yang bukan diperoleh dari mana-mana Akaun Deposit-i Berjangka di Bank Rakyat
4.
Pendeposit boleh menyertai kempen ini berulang kali
5.
Sijil-sijil pendeposit yang menyertai kempen ini adalah tidak dibenarkan untuk dicagarkan bagi apa-apa kemudahan pembiayaan atau mahkamah
6.
Mekanisma penyertaan adalah seperti berikut: a)
Sepuluh (10) pemenang berpeluang memenangi salah satu daripada hadiah- hadiah yang ditawarkan, pecahan hadiah adalah 3 orang pemenang daripada Anggota Koperasi Bank Rakyat (Individu) dan 7 orang pemenang daripada Pelanggan Biasa
b)
Setiap pelanggan yang layak perlu menghantar penyertaan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) beserta dengan pilihan hadiah ke nombor 66300
c)
Kelayakan penyertaan adalah seperti berikut:
Pelanggan Biasa layak mendapat 1 penyertaan dan seterusnya bilangan penyertaan ditambah lagi satu bagi setiap RM10,000 tambahan yang didepositkan
Anggota Koperasi Bank Rakyat (Individu) layak mendapat 1 penyertaan dan seterusnya bilangan penyertaan digandakan menjadi 2 bagi setiap RM10,000 tambahan yang didepositkan
Contoh pemberian penyertaan adalah seperti berikut: Bilangan Penyertaan Pelanggan Biasa
Anggota Koperasi Bank Rakyat (Individu)
Minimum RM50,000
1
1
Setiap RM10,000 tambahan
1
2
Jumlah Deposit
7.
Kadar caj dan tempoh pengaktifan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) a)
Kos SMS yang bernilai RM0.11 akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bank Rakyat
b)
Tiada sebarang caj SMS akan dikenakan kepada pelanggan
c)
Tempoh pengaktifan SMS sempena kempen ini adalah dari 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016
8.
Mekanisma SMS adalah seperti berikut: Kod Produk : DREAMFD Nombor SMS : 66300 DREAMkod produk<jarak>No.KP<jarak>pilihan hadiah-tv/peti sejuk/baucar (Pilih satu sahaja) Contoh: DREAMFD 911102XXXXXX TV hantar ke 66300 Pelanggan akan menerima maklumbalas bagi setiap SMS yang dihantar seperti berikut: •
SMS penyertaan yang berjaya “ RM0.00 Terima kasih kerana menyertai peraduan RD-Akaun Deposit-i Berjangka” •
SMS penyertaan yang gagal “ RM0.00 Harap maaf. Sila masukkan kata laluan yang betul”
9.
Penyertaan kempen ini adalah tertakluk pada kelulusan daripada Bank Rakyat Sepenuhnya dan juga Terma dan Syarat yang terkandung di sini
10.
Bank Rakyat mempunyai hak mutlak dalam meluluskan atau menolak sebarang permohonan
11.
Semua keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat adalah muktamad dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan
B.
Tempoh Kempen
1.
Tempoh sah Kempen Realizing Dreams 2016 adalah dari 1 Januari 2016 Hingga 31 Mac 2016
2.
Pihak Bank berhak menukar atau meminda tarikh dan tempoh Kempen Realizing Dreams 2016 sekiranya perlu
C.
Tawaran Kempen Realizing Dreams 2016
1.
Hadiah-hadiah untuk dimenangi adalah seperti berikut:
RM50,000
2.
24 bulan
4.55% p.a.
Pelanggan hanya layak untuk menerima 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen
3.
Hadiah akan didaftarkan atas nama pemenang yang layak sahaja
4.
Hadiah tidak boleh ditukar ganti (kepada tunai atau kepada saiz yang berbeza, warna, atau model selain daripada hadiah ditentukan oleh Bank)
5.
Bank mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah yang lain melalui pemberian notis kepada
pelanggan
D.
Pemilihan Pemenang
1.
Jawatankuasa penentuan pemenang akan diwujudkan untuk kempen ini
2.
Sepuluh (10) orang pemenang akan dipilih secara undian yang akan dijalankan melalui sistem undian berkomputer (pilihan rawak)
3.
Pemilihan pemenang adalah muktamad, sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan
4.
Pemenang akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon atau lain-lain kaedah yang dirasakan bersesuaian
E.
Lain-lain
1.
Terma “Anggota Koperasi Bank Rakyat (Individu)” di dalam Kempen Realizing Dreams 2016 hanya digunapakai untuk tujuan pemasaran dimana terma tersebut mempunyai sama maksud dengan “Anggota Bank Rakyat (Perseorangan)“ / “Bank Rakyat’s Member (Individual)” seperti mana termaktub dalam Undang-Undang Kecil Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
2.
Informasi terperinci bagi Terma dan Syarat kempen ini, sila layari laman sesawang bank www.bankrakyat.com.my
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-80-5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari laman web Bank www.bankrakyat.com.my