ANUGERAH PENA EMAS NAC 2015 Sayembara Cerpen dan Sajak Kebangsaan 1.
KELAYAKAN
1.1
Sayembera ini terbuka kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Singapura. Had umur tidak ditetapkan.
1.2 Sayembara ini hanya terbuka kepada penulis yang karya solonya dalam genre tertentu yang mereka sertai belum pernah diterbitkan. Karya solo atau perseorangan bermaksud hasil karya yang sepenuhnya oleh penulis itu sendiri dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan di Singapura atau antarabangsa, dijual atau diedarkan secara komersial. Penulis yang karyanya diterbitkan dalam bentuk jurnal atau antologi (sama ada secara dalam talian atau dicetak) layak untuk mengambil bahagian. 1.3
Pemenang hadiah pertama dalam Anugerah Pena Emas yang lalu tidak layak menyertai kategori yang sama.
1.4
Kakitangan Majlis Seni Kebangsaan dan Arts House Ltd tidak layak menyertai sayembara ini.
1.5
Penyertaan boleh dibuat dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu, atau Tamil.
1.6 Lebih daripada satu penyertaan boleh dibuat selagi setiap penyertaan mematuhi semua peraturan, terutamanya penyertaan itu adalah asli dan belum pernah diterbitkan sebelumnya. 1.7
Karya terjemahan tidak akan diterima.
1.8
Karya bersama penulis lain tidak akan diterima.
2.
KEASLIAN
2.1
Penyertaan mestilah asli.
2.2 Penyertaaan adalah karya yang belum diterbitkan sebelumnya (sama ada secara dalam talian atau telah dicetak), diterima untuk penerbitan, atau disiarkan melalui mana-mana media awam (seperti internet, radio, televisyen, surat khabar atau jurnal). 2.3
Karya yang telah memenangi hadiah dalam sayembara tempatan atau luar negara tidak akan diterima.
2.4 Karya yang dipertandingkan tidak boleh dikirimkan serentak untuk sayembara, penerbitan atau penyiaran yang lain sehinggalah keputusan sayembara ini diumumkan.
3.
KATEGORI
3.1 (i) (ii)
Sayembara ini dibahagikan kepada dua kategori untuk empat bahasa (Ingggeris, Cina, Melayu dan Tamil): Cerpen Sajak
3.2
Peserta boleh tulis mengenai sebarang subjek atau tema.
4.
PANDUAN PENYERTAAN
4.1
Peserta boleh mengirimkan sebuah cerpen atau sebuah kumpulan sajak.
4.2
Keperluan Had Perkataan mengikut genre:
Kategori Genre Cerpen Sajak
Had Perkataan* Setiap penyertaan mesti mengandungi hanya sebuah cerpen dengan maksimum 5000 perkataan (tiada minimum bilangan perkataan). Setiap penyertaan mesti mengandungi minimum 5 buah sajak dan maksimum 8 buah sajak. Tiada had bilangan perkataan.
*Judul dan tanda baca tidak termasuk dalam kiraan perkataan. Penyertaan yang melebihi had perkataan akan dibatalkan. 4.3
Senarai Semak Format Manuskrip yang Wajib: Format Penyertaan 1. Manuskrip bahasa Inggeris dan Melayu mestilah ditaip dalam tulisan jenis Arial dengan ukuran fon 11. 2. Manuskrip bahasa Inggeris, Melayu dan Cina mestilah yang bertaip. 3. Manuskrip Tamil mestilah ditaip dengan ukuran fon 10 jenis Unicode, atau ditulis dengan tangan yang mudah dibaca. 4. Semua manuskrip mestilah berlangkau dua, dengan ruang tepi satu inci bagi kedua-dua sisi muka surat. 5. Semua manuskrip mestilah ditaip pada sebelah muka surat; ditaip pada sebelah muka surat itu dengan menggunakan kertas saiz A-4. 6. Judul karya dan nombor kad pengenalan peserta mestilah ditunjukkan di sudut kanan bahagian atas setiap muka surat manuskrip. 7. Tiada nama, alamat atau tanda-tanda pengenalan selain daripada judul dan nombor kad pengenalan harus ditunjukkan dalam manuskrip. 8. Manuskrip cerpen harus menyatakan jumlah patah perkataan di akhir manuskrip. 9. Setiap muka surat mestilah bernombor. Penyertaan yang hilang muka suratnya akan dibatalkan.
5.
PENILAIAN PENYERTAAN
5.1 Suatu panel yang terdiri daripada dua orang pengadil dari Singapura dan seorang lagi pengadil antarabangsa akan mengadili setiap kategori genre dan bahasa. 5.2 Panel pengadil mempunyai hak untuk memberikan hadiah, atau tidak memberikan sebarang hadiah yang mereka fikirkan layak. 5.3
Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan tiada perbincangan atau surat-menyurat akan dilayan.
6.
ANUGERAH
6.1 Hadiah-hadiah berikut akan diberikan kepada setiap bahasa (Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil) untuk kategori Cerpen dan Sajak. Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga
: Wang tunai bernilai $4,000, sijil, piala dan geran pengayaan bernilai $6000. : Wang tunai bernilai $3,000 dan sijil. : Wang tunai bernilai $2,000 dan sijil.
6.2 Sehingga tiga penyertaan ‘Karya Yang Wajar Disebut’ boleh diberikan bagi setiap kategori genre setiap bahasa. 6.3 Sekiranya ada kedudukan seri, wang hadiah dan geran pengayaan (jika ada) bagi hadiah yang berkenaan dan hadiah yang berikutnya dalam urutan pemenang akan ditambah dan dibahagikan sama rata. Jika terdapat kedudukan seri bagi Hadiah ketiga, kedua-dua pemenang akan memerima hadiah seperti yang telah diumumkan.
6.4 Geran pengayaan bagi pemenang Hadiah Pertama akan merangkumi tiket penerbangan pergi balik, bayaran kehadiran, tambang kenderaan dan penginapan untuk mengambil bahagian dalam seminar penulisan, bengkel dan pesta kesenian sama ada di Singapura atau di luar negara. 6.5 Geran tersebut mesti digunakan dalam satu tahun bermula dari tarikh majlis penyampaian Anugerah. Jika tidak digunakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, geran itu akan ditarik balik. 6.6 Geran tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan tidak boleh dipindahkan kepada individu lain atau digunakan untuk acara/kegiatan yang kurang atau tiada nilai sasteranya. 6.7 Sekiranya tiada hadiah-hadiah yang disebutkan di atas diberikan, maka Hadiah Merit bernilai $500 akan diberikan.
7.
KEPUTUSAN DAN MAJLIS ANUGERAH BAGI PARA PEMENANG
7.1 Penyampaian Anugerah akan diadakan pada bulan November 2015 bersempena dengan Pesta Penulis Singapura 2015 (SWF). 7.2 Semua pemenang hadiah dikehendaki menghadiri penyampaian Anugerah. Para pemenang akan diberitahu akan butiran-butirannya apabila semakin hampir dengan tarikh penyampaian. 7.3 Senarai para pemenang hadiah akan dipamerkan di lelaman web Majlis Seni Kebangsaan selepas penyampaian Anugerah.
8.
PROSEDUR PENYERTAAN
8.1 Penyertaan mesti dibuat di dalam borang pendaftaran rasmi dan sampai di The Arts House pada hari Jumaat, 30 Jun 2015 pada jam 5.00 petang. Salinan borang pendaftaran boleh diterima. 8.2 Dokumen-dokumen berikut mestlahi dilampirkan bersama borang pendaftaran yang telah diisi dengan lengakap. i. Empat salinan manuskrip yang dicetak. ii. Suatu biografi yang mengandungi 100 perkataan dalam bahasa Inggeris, bertaip dalam saiz fon 11, Arial, berlangkau dua pada sebelah muka surat kertas saiz A-4. iii. Bayaran pendaftaran. 8.3 Penyertaan mestilah dikirimkan bersama borang pendaftaran dan set dokumen yang lengkap dalam sampul surat dan dialamatkan kepada: “Anugerah Pena Emas 2015 – Cerpen” atau “Anugerah Pena Emas 2015 – Sajak” The Arts House 1 Old Parliament Lane Singapura 179429 8.4 Bayaran sejumlah $16 (termasuk GST) mesti dikirimkan bersama setiap penyertaan. Sila sediakan cek yang boleh dibayar kepada “ARTS HOUSE LTD”, atau buat bayaran dalam bentuk wang tunai di The Arts House, Isnin hingga Jumaat antara jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. 8.5 Pelbagai penyertaan daripada penulis yang sama akan dikira sebagai penyertaan yang berasingan dan dikenakan bayaran dengan sepatutnya.
8.6 Manuskrip tidak akan dipulangkan kepada peserta. Oleh itu, peserta dinasihati supaya menyimpan satu salinan manuskrip mereka. Majlis Seni Kebangsaaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manuskrip yang hilang atau rosak dalam perjalanan. 8.7 Penyertaan yang lambat tiba, sukar dibaca atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan rayuan tidak akan dilayan. 8.8 Bayaran pendaftaran sejumlah $16 akan dikecualikan bagi penyertaan yang dikirimkan melalui bengkel penulisan kreatif yang dikenal pasti yang diadakan bersempena dengan sayembara oleh rakan kongsi pertubuhan kesusasteraan.
9.
HAK CIPTA/ ROYALTI
9.1 Semua hak termasuk hak pertama untuk penerbitan, akan dipegang oleh pemenang itu sendiri. Ini tidak termasuk arkib Majlis Seni Kebangsaan terhadap karya yang menang di lelaman web rasminya (http://www.nac.gov.sg). 9.2 Seandainya Majlis Seni Kebangsaan menerbitkan penyertaan yang menang dalam bentuk cetak, tiada royalti akan dibayar untuk penerbitan yang pertama. *9.3 Penerbitan pertama merujuk kepada penerbitan dan jualan bilangan pertama (sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Seni Kebangsaan) bagi sebarang buku, penerbitan berkala atau penerbitan dalam bentuk elektronik atau cetak. 9.4 Majlis Seni Kebangsaan berhak mengikat perjanjian dengan mana-mana penerbit yang bereputasi baik untuk menerbitkan karya-karya yang menang. 9.5 Para pemenang Anugerah Pena Emas akan memberitahu NAC jika karya yang menang akan diterbitkan oleh pihak lain. 9.6 Para pemenang akan memaklumkan NAC GPA dengan ungkapan, "[Judul sajak] oleh [Pengarang] adalah pemenang pertama/ kedua/ketiga Anugerah Pena Emas 2015 ". Pemberitahuan harus kelihatan pada muka surat kenyataan hak cipta penerbitan itu di samping nombor-nombor penghargaan dan nombor ISBN. 10.
SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN
Apabila peserta mengirim borang penyertaaan, bermakna peserta berkenaan bersetuju mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas serta segala syarat dan peraturan yang berikut: 10.1
Bayaran penyertaan tidak akan dibayar balik dan tidak boleh dipindah milik.
10.2 Pemenang hadiah dalam semua kategori mungkin dijemput untuk mempersembahkan karya yang dimenangi di hadapan orang ramai, dalam rancangan televisyen, di radio dan/atau menghadiri temu bual yang berkaitan dengan sayembara ini tanpa mendapat sebarang bayaran. 10.3 Majlis Seni Kebangsaan berhak merakamkan semua atau sebahagian daripada aktiviti berkaitan sayembara untuk tujuan siaran dan promosi tanpa memberikan sebarang bayaran kepada para peserta. Pihak Majlis tetap berhak ke atas bahan rakaman tersebut. 10.4 Mana-mana peserta yang sengaja memberikan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan akan dibatalkan penyertaannya. 10.5 Butiran peribadi semua peserta akan dirahsiakan sepenuhnya dan hanya diketahui oleh Majlis Seni Kebangsaan semasa sayembara berlangsung. Namun begitu, nama dan butiran hubungan peserta mungkin diberitahu kepada pengadil selepas sayembara berakhir.
10.6 Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, keputusan Majlis Seni Kebangsaan, atau keputusan pihak pengadil yang bertindak bagi pihak Majlis, adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 10.7
Majlis Seni Kebangsaan berhak meminda syarat dan peraturan sayembara ini.
TARIKH PENTING DALAM 2015 Tarikh Acara 1 Mei Permohonan dibuka 30 Jun, 5:00 petang Permohonan ditutup November Majlis Penganugerahan untuk Para Pemenang