TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit” CIMB BANK
Tempoh Kempen
1.
Kempen “Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit” CIMB Bank (“Kempen ini”) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 16 Julai 2017 hingga 15 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
2.
CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen. Kelayakan
3.
Kempen ini adalah terbuka secara eksklusif kepada Pemohon yang Baru-kepada-Kad (“New-to-Card Applicants”) (pelanggan yang tidak memiliki kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank) yang memohon kad kredit utama CIMB Bank baru yang dikeluarkan oleh CIMB Bank, (melainkan Kad Perniagaan dan Kad Perkongsian CIMB Bank), melalui Laman Web CIMB Bank (“www.cimbbank.com.my/”), CIMB Clicks, Mesin Teler Automatik (“ATM”) dan Pusat Panggilan Pelanggan (“Inbound Contact Centre”) CIMB Bank semasa Tempoh Kempen (“Pemohon”); Kategori orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini:(i)
Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau
(ii)
Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, penjual pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan) CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) serta kakitangan atau pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau
(iii)
Entiti bukan-individu termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilik tunggal, perkongsian, organisasi/pertubuhan kebajikan/bukan keuntungan, pelanggan korporat dan komersial, syarikat-syarikat awam tersenarai dan sendirian berhad, kelab, pertubuhan dan koperasi; dan/atau
(iv)
Pemegang kad kredit utama CIMB Bank sedia ada; dan/atau
(v)
Pelanggan yang telah menamatkan kad kredit utama CIMB Bank beliau dalam enam (6) bulan yang lepas sebelum tarikh kelulusan kad kredit utama CIMB Bank yang baru dipohon oleh beliau semasa Tempoh Kempen;
(vi)
Individu di bawah umur 21 tahun pada masa permohonan.
4.
Hanya pemegang kad utama (dan bukannya pemegang kad tambahan) yang akan layak untuk menyertai Kempen ini.
5.
CIMB Bank menyimpan hak untuk melulus atau menolak mana-mana permohonan kad kredit dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan tambahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai. Bagi mengelakkan keraguan, CIMB Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen sokongan adalah mencukupi bagi tujuan memproses permohonan kad kredit yang dikemukakan kepada CIMB Bank. Mekanisme Kempen
6.
Pemohon akan layak kepada satu (1) Hadiah seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini sekiranya: (i) Pemohon mengemukakan suatu permohonan bagi mana-mana kad kredit utama CIMB Bank melalui mana-mana satu saluran yang berikut: Laman Web CIMB Bank, CIMB Clicks, ATM, Pusat Panggilan Pelanggan (“Inbound Contact Centre”) semasa Tempoh Kempen (“Permohonan”). (ii) Permohonan mestilah berjaya diluluskan oleh CIMB Bank dan kad kredit mestilah diaktifkan dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad; DAN (iii) Pemohon mencapai Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak minimum (seperti yang ditakrifkan di bawah Klausa 9 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini sebanyak RM500 (“Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum”) dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad. Bagi kejelasan “tarikh kelulusan kad” merujuk kepada tarikh seperti yang dinyatakan dalam surat pengaktifan yang dihantar bersama dengan kad kredit CIMB Bank kepada Pemohon. Selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "Kriteria Kelayakan".
7.
Hadiah yang akan diberikan kepada Pemohon adalah ditentukan berdasarkan saluran yang digunakan oleh Pemohon dalam permohonan kad kredit utama CIMB Bank beliau dan cara permohonan adalah seperti yang ditetapkan dalam jadual bawah (“Hadiah”): Saluran Digital
Tempoh Kempen
Penyampaian Sendiri
Bantuan RTC
Laman Web CIMB Bank
16 Julai hingga 15 Ogos 2017
1x Kamera Sukan
CIMB Clicks
16 Julai hingga 15 Ogos 2017
ATM
16 Julai hingga 15 Ogos 2017 16 Julai hingga 15 Ogos 2017
1x Kamera Sukan 1x Pembesar Suara Bluetooth 1x Kamera Sukan 1x Pembesar Suara Bluetooth -
Pusat Panggilan Pelanggan (“Inbound Contact Centre”)
(i)
-
Bantuan Pusat Panggilan -
1x Kamera Sukan
-
1x Kamera Sukan -
1x Pembesar Suara Bluetooth
Penyampaian Sendiri merujuk kepada penyerahanlengkap permohonan kad kredit utama CIMB Bank oleh Pemohon termasuk memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti yang ditetapkan dalam Laman Web CIMB Bank atau CIMB Clicks seperti dokumen pendapatan melalui Laman Web CIMB Bank atau CIMB Clicks.
(ii)
Bantuan RTC merujuk kepada panggilan susulan dari pekerja CIMB Bank dari Pusat Tele-Pemasaran Runcit untuk membantu Pemohon melengkapkan dan mengemukakan permohonan kad kredit utama CIMB Bank dan/atau memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Laman Web CIMB Bank atau CIMB Clicks.
(iii)
Bantuan Pusat Panggilan merujuk kepada Pemohon yang memanggil ke Pusat Panggilan CIMB Bank untuk memohon dan mengemukakan permohonan kad kredit utama CIMB Bank.
8.
“Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak” yang dinyatakan dalam Klausa 6 di atas termasuk transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak akan termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian;
9.
Bagi mengelakkan keraguan, transaksi-transaksi berikut juga dikecualikan secara nyata di sini dan tidak akan dianggap sebagai “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak”:(i) Transaksi Tunai Kuasi– (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); (ii) Ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank atau mana-mana institusi kewangan yang lain; (iii) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”), caj pertikaian, caj penipuan atau apa-apa fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau selainnya; (iv) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; (v) Transaksi yang dilakukan oleh Pemohon dengan mana-mana peniaga yang berkaitan dengan atau dikawal oleh beliau atau mana-mana ahli keluarga terdekat beliau (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah), iaitu transaksi oleh Pemohon dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan di mana beliau adalah dan/atau salah seorang ahli-ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan, atau bekerja dengan, atau mempunyai syer atau kepentingan dalam, atau sebagai seorang pengarah; dan (vi) Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, atau apa-apa transaksi yang dipertikaikan, tanpa kebenaran atau penipuan.
10. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank berkenaan dengan apa yang merupakan “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum” dan/atau “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak” adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun. Hadiah
11. Hadiah adalah disediakan atas dasar seadanya (“as is” basis) dan tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan tunai atau kredit dalam apa jua jenis. Di mana berkenaan, Hadiah hendaklah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pembekal, pengeluar dan/atau peniaga Hadiah berkenaan di mana termaterma dan syarat-syaratnya berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat CIMB Bank yang mengawal Kempen ini. 12. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Kempen ini, Hadiah yang akan diberi kepada Pemohon akan ditentukan berdasarkan saluran-saluran yang digunakan oleh Pemohon dalam permohonan kad kredit utama CIMB Bank dan cara permohonan beliau (Penyampaian Sendiri, Bantuan RTC atau Bantuan Pusat Panggilan) seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 13. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Hadiah seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan dihantar ke alamat surat-menyurat Pemohon melalui mel. CIMB
Bank tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada mana-mana Pemohon untuk menghantarkan Hadiah ke mana-mana alamat pihak ketiga. 14. Ia adalah tanggungjawab Pemohon untuk memastikan nombor telefon dan alamat surat-menyurat beliau yang dibekalkan adalah terkini dan dikemaskini dalam rekod CIMB Bank. Pemberitahuan dan penyampaian Hadiah oleh CIMB Bank adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat surat-menyurat Pemohon yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemohon ke atas kegagalan penghantaran Hadiah atau apa-apa kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang mengalir daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon dan/atau alamat surat-menyurat Pemohon dalam rekod CIMB Bank bukannya terkini atau tepat. 15. Bagi mengelakkan keraguan, pemegang kad kredit tambahan adalah tidak layak kepada Hadiah di bawah Kempen ini. 16. Hadiah akan dihantar ke alamat surat-menyurat Pemohon berdasarkan rekod CIMB Bank dalam 6 hingga 8 minggu selepas Pemohon memenuhi Kriteria Kelayakan yang ditetapkan dalam Klausa 6 terma-terma dan syarat-syarat ini. 17. Pemohon bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butirannya (termasuk berikut tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta alamat-alamat surat-menyurat dan mel elektroniknya) kepada pengedar/ejen yang dilantik untuk menghantarkan Hadiah. Semua Hadiah di bawah Kempen mungkin berbeza dan tertakluk kepada stok sedia ada. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggantikan mana-mana Hadiah di bawah Kempen ini dengan item lain yang mempunyai nilai setarasemasa Tempoh Kempen. 18. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank secara nyata mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, waranti, atau pengesahan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkenaan dengan Hadiah melainkan yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja oleh CIMB Bank. Segala risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan yang berkaitan dengan penggunaan Hadiah akan ditanggung oleh Pemohon. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am
19. Dengan menyertai Kempen ini, Pemohon dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dan bersetuju bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dilakukan oleh CIMB Bank hendaklah muktamad dan konklusif. Akaun kad kredit Pemohon MESTI sah dan/atau diaktifkan, MESTI berada dalam keadaan baik dan MESTI TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan MESTI BUKAN tidak sah, ditamatkan atau dibatalkan dalam definisi CIMB Bank pada masa pengedaran Hadiah, jika tidak Pemohon akan dilucutkan kelayakan daripada menerima Hadiah dan tidak akan berhak untuk menerima apa-apa pampasan. 20. CIMB Bank menyimpan hak di bawah budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Pemohon yang ia tentukan sebagai mengganggu proses penyertaan atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 21. CIMB Bank tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab ke atas Hadiah yang dibekalkan di bawah Kempen ini. Hadiah ditawarkan dan/atau dibekalkan semata-mata oleh penjual dan pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual dan pembekal, dan CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti
rugi khas mana-mana pihak) walau bagaimanapun ia timbul sama ada dalam kontrak, tort atau selainnya yang berkenaan dengan Kempen melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 22. CIMB Bank tidak akan melayan apa-apa aduan apa jua yang berkenaan dengan Hadiah. Hadiah tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak akan di bawah apa-apa keadaan bahawa kemasukan mana-mana Hadiah dalam Kempen ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan Hadiah oleh CIMB Bank. Sekiranya mana-mana Pemohon tidak berpuas hati dengan mana-mana Hadiah, Pemohon tersebut hendaklah mendapatkan bantuan daripada penjual/pembekal yang berkenaan secara langsung. 23. Dengan menyertai Kempen ini, Pemohon dengan ini secara muktamad dan tanpa syarat mengaku janji untuk melepaskan sepenuhnya CIMB Bank ke atas kesemua liabiliti dan bersetuju untuk menanggung rugi CIMB Bank (atas dasar indemniti penuh) dan tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank daripada apaapa tuntutan pihak ketiga, dan daripada apa-apa kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk fi dan kos peguamcara) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh CIMB Bank akibat daripada atau berkenaan dengan Kempen ini melainkan ianya dibangkit daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank. 24. CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB Bank tidak akan melayakkan Pemohon atau mana-mana orang kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB Bank bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 25. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada melalui penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan atau walau apa jua selainnya) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Pemohon berkenaan dengan Pindaan, pembatalan, penamatan, penggantungan Kempen ini atau apa-apa notis lain yang akan diberikan oleh CIMB Bank kepada Pemohon di bawah Kempen ini akan dilaksanakan di atas budi bicara mutlak CIMB Bank melalui salah satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, mengeposkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat Pemohon dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan. Pemohon mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank secara berkala untuk melihat Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan memastikan beliau mengikuti perkembangan terkini apa-apa pertukaran atau perubahan Terma-Terma dan SyaratSyarat di sini. 26. Terma-Terma dan Syarat-Syarat (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 25 di atas) akan dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB dan/atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan akan mengatasi apa-apa terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi Kempen lain. 27. CIMB Bank tidak menjamin bahawa Kempen akan bebas daripada gangguan dan/atau bebas ralat. Dengan menyertai Kempen, Pemohon dengan ini mengakui dan bersetuju secara muktamad bahawa CIMB Bank tidak akan dalam apa cara jua dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kegagalan teknikal atau sistem dalam apa jua bentuk, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau apa-apa kesilapan elektronik atau manusia yang timbul daripada dan di bawah Kempen. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Pemohon dalam apa cara sekalipun sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana obligasinya yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah
disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apa-apa bencana alam (“act of God”), pertikaian perindustrian, peperangan, mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 28. CIMB Bank berhak untuk menerbitkan dan/atau mempamerkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Pemohon di bawah Kempen ini untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang difikirkannya sesuai. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Pemohon dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk menerbitkan dan/atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman Pemohon untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. 29. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Pemohon dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengawal operasi akaun kad kredit Pemohon, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat akan mengatasi yang lain. Untuk makluman balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Pemohon boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat-alamat surat-menyurat dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile yang berikut (atau mempunyai alamat-alamat surat-menyurat dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Pemohon):
Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 17, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur; Tel: 03 6204 7788 Faks: 603 2691 3248 Emel :
[email protected].