TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (“TERMA DAN SYARAT”) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD “SWIPE & WIN” ("Kempen") 1. Kempen 1.1
Kempen ini bermula pada 00:00 16 Mei 2016 sehingga 23:59 16 Ogos 2016, termasuk kedua-dua tarikh ("Tempoh Kempen").
1.2
Dengan menyertai Kempen ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.
2. Kelayakan 2.1
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad Prinsipal baru dan sedia ada dan pemegang kad Sampingan KFH Kad Debit-i yang dikeluarkan oleh Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad ("Bank" atau "KFH Malaysia") yang dikeluarkan di Malaysia ("Pemegang Kad yang Layak"). Ibu atau bapa atau penjaga yang sah akan dinamakan sebagai penjaga untuk pemegang kad di bawah umur 18 tahun yang memegang kad Sampingan, di mana semua perbelanjaan runcit akan dijumlahkan ke akaun pemegang Kad Prinsipal.
2.2
Pengarah, pegawai dan kakitangan KFH Malaysia dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd ("MyClear"), sama ada pekerja tetap atau kontrak, tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.
2.3
Pemegang Kad yang Layak menyertai Kempen ini perlu membuka dan mengkekalkan sama ada KFH Malaysia Akaun Simpanan-i atau KFH Malaysia Akaun Semasa-i ("CASA") sepanjang Tempoh Kempen, di mana akaun tersebut seharusnya sah, aktif dan mempunyai rekod yang baik.
2.4
Akaun “CASA” yang telah ditamatkan secara sukarela atau dengan pembatalan tidak sukarela semasa Tempoh Kempen, tidak layak untuk mengambil bahagian ataupun menerima hadiah di bawah Kempen ini.
3. Hadiah 3.1
Kempen ini menawarkan dua (2) kategori hadiah; Samsung Galaxy S7 Edge sebagai hadiah utama ("Hadiah Utama") dan kad Starbucks bernilai RM100.00 setiap satu sebagai ganjaran tambahan bagi pelanggan awal ( "Ganjaran Pelanggan Awal").
3.2
Sebanyak lapan (8) unit Hadiah Utama dan tiga puluh (30) unit Ganjaran Pelanggan Awal (secara kolektif dikenali sebagai "Hadiah" selepas ini) akan diberikan pada akhir Tempoh Kempen.
3.3
Hadiah akan diberikan kepada pemegang kad Prinsipal yang diisytiharkan sebagai pemenang. Setiap pemenang hanya layak menerima maksimum satu (1) Hadiah Utama dan satu (1) Ganjaran Pelanggan Awal, sekiranya memenuhi kriteria perbelanjaan individu dalam Jadual A. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan Hadiah tertakluk
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
1
kepada terma dan syarat dan / atau penggunaan garis panduan yang disediakan oleh Samsung dan Starbucks ("Pembekal"), tersebut. 3.4
Bank mempunyai hak untuk mengubah atau menggantikan Hadiah dengan barang yang sama nilai dengan memberi notis terlebih dahulu kepada peserta, jika Hadiah dihentikan atau kehabisan stok daripada Pembekal. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau sebarang barangan lain daripada Bank atau Pembekal.
3.5
Hadiah yang ditunjukkan dalam iklan Bank dan bahan-bahan pemasaran adalah untuk tujuan ilustrasi dan mungkin tidak menggambarkan reka bentuk atau warna sebenar Hadiah.
3.6
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan yang dialami daripada penebusan atau penggunaan Hadiah.
3.7
Pemenang hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang cukai dan / atau duti yang perlu dibayar berkaitan dengan penyertaan beliau dalam Kempen ini, memenangi, menebus, menerima atau menggunakan mana-mana Hadiah.
4. Kriteria Penyertaan 4.1
Bagi menyertai Kempen ini, Pemegang Kad yang layak dikehendaki melakukan transaksi di mana-mana cawangan runcit / kedai runcit yang mengambil bahagian sepanjang Tempoh Kempen menggunakan KFH Kad Debit-i mereka, seperti yang dinyatakan di bawah (selepas ini dirujuk sebagai "Kriteria Perbelanjaan Minimum"): Jadual A Kategori
Kelayakan
Penyertaan transaksi runcit
Hadiah Utama
4X (kali) transaski kad yang berjaya
Semua transaksi runcit (tandatangan / bukan-PIN dan berasaskan-PIN)
Ganjaran Tambahan Ganjaran Pelanggan Awal
3X (kali) transaksi kad yang berjaya
Transaksi runcit berasaskan-PIN sahaja
Contoh: Senario
Bilangan berjaya
Senario 1
3X (kali) transaksi berasaskantandatangan sahaja 3X (kali) transaksi runcit berasaskanPIN sahaja 4X (kali) transaksi runcit, dengan tiada urus niaga berasaskan-PIN 10X (kali) transaksi runcit berasaskan-
Senario 2 Senario 3 Senario 4
transasksi
runcit
yang
Kelayakan hadiah Hadiah Utama Ganjaran Pelanggan Awal Tidak Tidak
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
Tiada
Ya
Ya
Tidak
Ya
Ya 2
Senario
Senario 5 Senario 6
Bilangan berjaya
transasksi
runcit
yang
Kelayakan hadiah Hadiah Utama Ganjaran Pelanggan Awal
PIN 10X (kali) transaksi runcit berasaskantandatangan 5X (kali) transaksi runcit berdasarkantandatangan dan 5X (kali) transaski runcit berasaskan-PIN
Ya
Tidak
Ya
Ya
4.2
Transaksi runcit berasaskan-PIN merujuk kepada transaksi MyDebit domestik yang berjaya dilakukan di mana-mana terminal diperolehi oleh peserta MyDebit di seluruh negara, yang memerlukan pemegang kad memasukkan Kad PIN ATM KFH Malaysia mereka di terminal kedai untuk membuat pembayaran.
4.3
Bagi tujuan penjelasan, Pemegang Kad Layak yang telah melakukan transaksi runcit berasaskan PIN sebanyak tiga (3) kali minima semasa Tempoh Kempen berhak mendapat Ganjaran Pelanggan Awal. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa Ganjaran Pelanggan Awal adalah tertakluk kepada peserta yang terawal-layakmenerima, manakala pemenang Hadiah Utama akan dipilih melalui cabutan bertuah.
4.4
Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang transaksi yang tidak berjaya yang telah dilakukan di mana-mana domestik dan/atau rangkaian kedai runcit antarabangsa, atau kelewatan dalam posting untuk apa-apa alasan sekalipun.
4.5
Transaksi runcit yang DIKECUALIKAN dalam pengiraan pemilihan pemenang layak dan Kriteria Perbelanjaan Minimum adalah seperti berikut: a. Pengeluaran tunai, kembali tunai dan apa-apa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh Bank; b. Transaksi tidak sah; dan c. Transaksi yang dipertikaikan atau caj-balik yang dibuat.
4.6
Butir-butir rekod Bank dan tarikh transaksi adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan, dan apa-apa pertikaian atau aduan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
4.7
Mana-mana Pemegang Kad yang Layak yang melanggar Syarat dan Terma ini, mengganggu operasi Kempen, membuat penipuan atau penyalahgunaan, atau melibatkan diri dalam apa-apa kelakuan yang dianggap memudaratkan atau tidak adil kepada Bank, Kempen atau mana-mana peserta yang lain (dalam setiap kes telah dipilih mengikut budi bicara mutlak Bank) adalah subjek kepada kehilangan kelayakan daripada kemasukan atau penyertaan dalam Kempen ini. Bank mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana pelanggan yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini di mana kelayakan dipersoalkan atau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini atau menyertai Kempen ini, di mana hadiah yang diisytiharkan untuk Pemegang Kad Layak akan terlucut hak dengan serta-merta.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
3
5. Pemilihan Pemenang 5.1
Pemegang Kad yang Layak adalah subjek kepada Terma dan Syarat di sini, bagi peluang untuk memenangi Hadiah. Pendaftaran terlebih dahulu ke dalam Kempen ini tidak diperlukan.
5.2
Mekanisme yang berikut hendaklah di pakai bagi tujuan menyenarai pendek pemenang kempen pada akhir Tempoh Kempen: Jadual B Hadiah Hadiah Utama Ganjaran Pelanggan Awal
Asas pemilihan Pemenang Cabutan bertuah Peserta yang terawallayak-menerima
Jumlah Pemenang Lapan (8) pemenang Tiga puluh (30) pemenang
5.3
Pemenang yang disenarai pendek dikehendaki menjawab satu (1) soalan cabaran dengan betul, SEBELUM diisytiharkan sebagai pemenang kempen ("Pemenang Yang Disenarai Pendek").
5.4
Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak Bank atas dasar usaha terbaik, dengan nombor telefon terbaru mereka mengikut rekod Bank. Maksima tiga (3) percubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemenang yang disenarai pendek dalam masa 2 (dua) hari yang berbeza, dari hari Isnin hingga Jumaat antara jam 10 pagi hingga 6 petang.
5.5
Jawatankuasa pemilihan pemenang oleh Bank mempunyai hak mutlak untuk memilih pengganti Pemenang yang disenarai pendek lain apabila perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, senario berikut: a. Pemenang yang tersenarai pendek terus kekal gagal dihubungi b. Pemenang yang tersenarai pendek gagal menjawab soalan cabaran dengan betul c. Pemenang yang disenarai pendek telah melantik orang lain / wakil untuk menjawab soalan cabaran / bagi pihaknya d. Pemenang yang tersenarai pendek telah menawarkan untuk membatalkan hadiahnya e. Pemenang Kempen tidak menuntut hadiah / Hadiah dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk perkara 6.3)
5.6
Semua keputusan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang Bank disifatkan sebagai muktamad dan konklusif dan sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
6. Penebusan Hadiah 6.1
Pemenang kempen ("Pemenang") akan dimaklumkan melalui surat dan pemberitahuan juga akan dibuat di laman web Bank (kfh.com.my) atau SMS atau panggilan telefon atau apa-apa kaedah sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. Sebarang pertikaian atau aduan berkaitan dengan Hadiah hendaklah ditujukan dan diselesaikan dengan Pembekal secara langsung.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
4
6.2
Para pemenang dikehendaki mengemukakan kad pengenalan dan surat pemberitahuan kemenangan mereka untuk pengesahan bagi menuntut hadiah / Hadiah mereka di cawangan yang ditetapkan Bank atau lokasi penebusan. Pemenang adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tuntutan dan pengumpulan hadiah / Hadiah mereka di tempat penebusan yang ditentukan oleh Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab dan / atau bertanggungjawab bagi apa-apa tambahan kos / perbelanjaan yang berkaitan dengan tuntutan, penebusan dan / atau penyampaian hadiah / Hadiah.
6.3
Pemenang mesti menuntut hadiah mereka / Hadiah dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh pengumuman pemenang di laman web Bank di kfh.com.my, di mana Hadiah yang tidak dituntut, akan serta-merta dibatalkan. Tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang Hadiah yang tidak dituntut, termasuk penggantian, atau pengubahsuaian Hadiah seperti yang diminta oleh Pemenang.
6.4
Dengan menyertai Kempen ini, setiap pemenang memberi kuasa kepada Bank untuk menggunakan / namanya, gambar, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk tujuan Kempen ini tanpa sebarang pampasan.
6.5
Bank mempunyai hak untuk mengubah dan / atau menarik balik apa-apa Hadiah dari mana-mana Pemenang pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk dari mana-mana pemenang yang telah disyaki melanggar Terma dan Syarat Kempen ini, di mana acara, pemenang adalah wajib mengembalikan hadiah / Hadiah kepada Bank.
7. Pengisytiharan dan Kebenaran 7.1
Dengan menyertai Kempen ini, semua peserta hendaklah bersetuju dengan perkaraperkara yang berikut: a. Memberikan persetujuan kepada Bank untuk menyiarkan nama dan identiti mereka dalam mana-mana media, pengiklanan atau pemasaran bahan-bahan termasuk wawancara, pemberian hadiah atau acara publisiti lain yang diatur oleh Bank. b. Bank mempunyai hak mutlak dan tidak terhad untuk mengubah suai, menggunakan dan / atau menerbitkan imej peserta bagi apa-apa tujuan pemasaran atau komersial tanpa bayaran atau pampasan.
7.2
Pihak Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini keseluruhannya atau sebahagiannya dan boleh menamatkan atau melanjutkan Tempoh Kempen dengan memberikan sekurang-kurangnya minimum dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu. Bank boleh memberi notis atau komunikasi tersebut kepada Pemegang Kad yang Layak melalui apa-apa cara atau kaedah yang difikirkan sesuai termasuk tanpa had melalui pos, melalui pemberitahuan dalam media massa, dengan menyiarkan notis itu di cawangan-cawangan Bank, dengan memasukkan notis itu ke dalam penyata akaun berkala , melalui penghantaran elektronik (termasuk melalui faksimile, telefon bimbit, peranti lain atau internet) atau dengan memaparkan notis di laman web Bank atau di ATM atau terminal lain di bawah kawalan Bank. Terma dan Syarat ini boleh didapati di laman web Bank di kfh.com.my dan / atau disediakan atas permintaan dari cawangan Bank atau mana-mana saluran penyampaian lain Bank.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
5
7.3
Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi (termasuk tanpa had, poster dicetak atau risalah) atau iklan di Kempen ini.
7.4
Keputusan yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat semua Pemegang Kad Layak. Jika apa-apa perkara berbangkit yang tidak dilindungi di dalam Terma dan Syarat ini, mereka akan ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara mutlak Bank.
7.5
Kecuali untuk Terma dan Syarat tertentu yang dinyatakan di sini, semua terma dan syarat yang mengawal CASA lain hendaklah terus terpakai.
7.6
Bagi mengelakkan keraguan, perlaksanaan mana-mana hak tersebut di atas oleh Bank tidak melayakkan mana-mana Pemegang Kad Layak atau pemenang untuk menuntut sebarang Hadiah atau mendapatkan pampasan terhadap Bank atau mana-mana sekutunya.
7.7
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak menawarkan jaminan atau perwakilan sekalipun, ekspres, tersirat atau berkanun, berhubung dengan Kempen, Hadiah dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kualiti yang boleh diperdagangkan dan kesesuaian untuk tujuan berkenaan dengan kempen Hadiah dan tahap penjagaan dan kemahiran berkenaan dengan perkhidmatan yang berkaitan.
7.8
Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh Bank tidak akan memberikan hak kepada peserta untuk menuntut atau mendapatkan pampasan terhadap Bank atau mana-mana sekutunya terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
7.9
Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Malaysia Kad Debit-i Kad “Swipe & Win”
6