Kempen “Isi, Leret & Menang” Terma dan Syarat Terma-terma dan syarat-syarat di sini (“Terma dan Syarat”) adalah tambahan kepada dan untuk dibaca bersama dengan perjanjian kad kredit yang berkaitan (“Perjanjian Ahli Kad”) AmBank (M) Berhad (8515-D) (“AmBank”) / AmBank Islamic Berhad (295576-U) (“AmBank Islamic”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Pihak Bank”) dan Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard AmBank yang masing-masing mentadbir ke atas penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh AmBank / AmBank Islamic dan kad debit yang dikeluarkan oleh AmBank (“Kad”). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman antara Terma dan Syarat ini dan Perjanjian Ahli Kad, Terma dan Syarat ini akan digunapakai setakat berkaitannya dengan Kempen ini. Definisi Kecuali di mana konteks memerlukan sebaliknya, atau melainkan jika Terma dan Syarat ini memperuntukkan selainnya, semua perkataan, nama dan ekspresi yang ditakrifkan di dalam Perjanjian Ahli Kad, apabila digunakan atau dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini, hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Ahli Kad. "Ahli Kad Yang Layak" bermaksud Pelanggan Bank yang telah memohon dan telah dikeluarkan dengan Kad Utama dan/atau Kad Tambahan dan/atau Kad Debit dalam Jangka Waktu Kempen seperti yang diterangkan di sini, dan berhak untuk menyertai secara bebas dengan pengecualian: a. Ahli Kad Prabayar, Kad Korporat, Kad Komersil dan Kad Insuran keluaran Pihak Bank; dan/atau b. Ahli Kad yang mempunyai akaun Kad yang telah digantung, dibatalkan atau ditamatkan atas apa jua sebab semasa Jangka Waktu Kempen atau semasa pemberian Pulangan Wang Tunai dan Hadiah. Kumpulan berikut adalah layak untuk menyertai dalam bahagian Promosi Pulangan Wang Tunai Harian tetapi tidak layak untuk memenangi mana-mana Hadiah Bulanan atau Utama: a. pekerja tetap, kontrak dan/atau kakitangan sementara atau pekerja AmBank dan Chevron Malaysia Limited (992309-U) (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami isteri); dan b. pekerja pengusaha stesen servis Caltex / peruncit / pemasar dan kakitangan dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami isteri). “Kad Bank” merujuk kepada Kad Kredit AmBank (M) Berhad (“Ambank”) / AmBank Islamic Berhad (“AmBank Islamic”) dan Kad Debit AmBank (M) Berhad (termasuk Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank). "Kempen" bermaksud "Isi, Leret dan Menang” yang dianjurkan oleh Pihak Bank selaras dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. Perkataan yang melambangkan orang termasuklah orang yang hidup dan, jika dan di mana berkenaan, badan atau orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang bererti tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter. Jangka Waktu Kempen 1. Kempen ini bermula pada 1 Jun 2016 dan berakhir pada 30 September 2016 (“Jangka Waktu Kempen”), termasuk kedua-dua tarikh tersebut atau mana-mana tarikh lain yang akan ditentukan mengikut budi bicara tunggal dan mutlak Pihak Bank dengan pemberian notis sekurang-kurangnya 21 hari kalendar terlebih dahulu.
Muka surat 1 daripada 6 FSW BM 31MEI2016
Kriteria Pendaftaran 2. Untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, Ahli Kad Yang Layak perlu mendaftar melalui perkhidmatan mesej pesanan ringkas (“SMS”) sekali sahaja semasa Jangka Waktu Kempen seperti berikut: G1<jarak>Y1 atau Y2 atau Y3 atau Y4 atau Y5 atau Y6<jarak>Nombor Kad Pengenalan 12digit ke 66399. Contoh: G1 Y1 880818081234 (SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil) Nota: Y1 / Y2 / Y3 / Y4 / Y5 / Y6 adalah untuk pengesanan dalaman Pihak Bank. Ahli Kad Yang Layak hanya perlu mendaftar dengan salah satu (1) kod sahaja kerana kesemua kod adalah sah. 3. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang layak untuk pendaftaran SMS: Maxis, Celcom, DiGi, dan UMobile sahaja. Caj telekomunikasi biasa oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing dikenakan ke atas setiap SMS pendaftaran yang dihantar. Pendaftaran dalam format yang lain akan terbatal secara automatik dan apa-apa pertikaian berkaitan pembatalan tersebut tidak akan dilayan oleh Pihak Bank. 4. Ahli Kad Yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan butiran pendaftaran dan maklumat perhubungan yang dikekalkan dalam sistem Pihak Bank adalah dikemaskini dan lengkap. 5. Setelah pendaftaran berjaya, SMS pengesahan penerimaan penyertaan akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad Yang Layak yang digunakan untuk pendaftaran. Bukti SMS yang dihantar oleh Ahli Kad bukan menandakan bukti yang SMS tersebut diterima oleh Pihak Bank. 6. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan oleh Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan berhak menggunakan budi bicara mutlak untuk membatalkan sebarang pendaftaran SMS di atas sebab-sebab termasuk, tetapi tidak terhad kepada, butiran pendaftaran SMS yang tidak lengkap atau tepat yang disimpan dalam sistem Pihak Bank, penyertaan lewat, kesalahan mesej, pendaftaran yang gagal disebabkan kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang dialami penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau apa jua sebab yang dianggap sesuai atas budi bicara mutlak Pihak Bank. 7. Sekiranya Ahli Kad tidak menerima pengesahan SMS kerana dianggap tidak sah, tidak berjaya atau kegagalan sistem nombor telefon bimbit termasuk, tetapi tidak terhad kepada sistem Pihak Bank atau sistem pihak ketiga, kegagalan elektronik, mekanikal, kegagalan atau kerosakan sistem, virus komputer, pepijat atau masalah berkaitan, kepincangan sistem operasi, rangkaian telekomunikasi atau kegagalan internet, kegagalan tenaga kuasa atau kegagalan penghantaran lain, Ahli Kad perlu menghubungi Pusat Panggilan Pihak Bank yang dinyatakan dalam klausa 35 untuk mendapatkan bantuan. 8. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan oleh Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan juga tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas apa jua trafik SMS, kegagalan rangkaian dan / atau gangguan di pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing atau vendor SMS Pihak Bank atau atas apa jua sebab sekalipun semasa proses pendaftaran SMS yang dihantar ke 66399 atau pengesahan pendaftaran SMS dihantar dari 66399 kepada Ahli Kad Yang Layak yang boleh menyebabkan kelewatan semasa pendaftaran SMS dalam Jangka Waktu Kempen.
Muka surat 2 daripada 6 FSW BM 31MEI2016
Penyertaan Kempen dan Kelayakan 9. Bulan Kempen didefinisikan seperti berikut: Tempoh 1 Jun 2016 – 30 Jun 2016 1 Julai 2016 – 31 Julai 2016 1 Ogos 2016 – 31 Ogos 2016 1 September 2016 – 30 September 2016
Bulan Kempen Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4
10. Pengesanan perbelanjaan Ahli Kad Yang Layak akan bermula dari Bulan Kempen (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9) di mana pendaftaran SMS diakui oleh Pihak Bank sehingga akhir Kempen. Contoh Tarikh Pendaftaran SMS Berjaya Bulan Kempen Yang Layak Ahli Kad 1 1 Jun 2016 Bulan 1, 2, 3 dan 4 Ahli Kad 2 15 Julai 2016 Bulan 2, 3 dan 4 Ahli Kad 3 15 Ogos 2016 Bulan 3 dan 4 Ahli Kad 4 30 September 2016 Bulan 4 sahaja Pulangan Wang Tunai Harian 11. Ahli Kad Yang Layak dikehendaki menggunakan Kad mereka untuk melaksanakan transaksi runcit minimum sebanyak RM50 dalam satu resit di cawangan-cawangan Caltex yang terletak dalam Malaysia seperti yang direkod dalam sistem Pihak Bank (“Transaksi Harian Yang Layak”) untuk mendapat satu (1) (“Penyertaan”). Penyertaan-penyertaan akan diberi berdasarkan masa transaksi seperti yang direkod dalam tarikh dan masa sistem Pihak Bank. 12. Setiap Penyertaan yang ke-6 dan gandaannya (contohnya: Penyertaan yang ke-12, ke-18, ke24 dan ke-30) setiap hari sepanjang Jangka Waktu Kempen juga akan menerima Pulangan Wang Tunai 10% pada amaun transaksinya berdasarkan “yang terdahulu didahulukan”, tertakluk kepada ketersediaan peruntukan wang tunai harian sebanyak RM1,000 (RM800 diperuntukkan bagi Kad Kredit dan RM200 diperuntukkan bagi Kad Debit) seperti yang dinyatakan di bawah: Jumlah Peruntukan Pulangan Wang Tunai Bulanan Kad Kredit Kad Debit Jumlah Bulan 1 RM24,000 RM6,000 RM30,000 Bulan 2 RM24,800 RM6,200 RM31,000 Bulan 3 RM24,800 RM6,200 RM31,000 Bulan 4 RM24,000 RM6,000 RM30,000 Jumlah Peruntukan RM97,600 RM24,400 RM122,000 Pulangan Wang Tunai 13. Baki pulangan wang tunai harian yang diperuntukkan pada hari yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke hari yang seterusnya. Baki pulangan wang tunai bulanan yang diperuntukkan pada bulan yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke bulan yang seterusnya. 14. Setiap Ahli Kad Yang Layak hanya berhak menerima pulangan wang tunai maksimum sebanyak RM30 untuk Kad Kredit dan RM30 untuk Kad Debit untuk setiap Bulan Kempen seperti yang dinyatakan dalam Klausa 9 di atas. Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama 15. Ahli Kad Yang Layak yang memenuhi transaksi runcit bulanan terkumpul minimum di cawangancawangan Caltex seperti yang direkod dalam sistem Pihak Bank seperti di bawah (“Transaksi Terkumpul Yang Layak”) akan mendapat Penyertaan tambahan:
Muka surat 3 daripada 6 FSW BM 31MEI2016
Tranksaksi Runcit Bulanan Terkumpul Minimum di Cawangan-Cawangan Caltex RM200 RM400
Penyertaan Tambahan (hanya untuk Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama) 25 50
16. Para pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama akan dipilih seperti yang dinyatakan di bawah: Hadiah Wang Tunai Pemilihan Pemenang Hadiah Bulanan RM5,000 Bilangan Penyertaan yang tertinggi dalam setiap Bulan Kempen Hadiah Utama RM50,000 Bilangan Penyertaan yang tertinggi sepanjang Jangka Waktu Kempen 17. Sekiranya berlaku keadaan seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan transaksi runcit terkumpul yang tertinggi di cawangan-cawangan Caltex sepanjang Bulan Kempen (untuk Hadiah Bulanan) atau Jangka Waktu Kempen (untuk Hadiah Utama), diikuti dengan masa transaksi yang terawal untuk Penyertaan yang terakhir untuk Bulan Kempen (untuk Hadiah Bulanan) atau Jangka Waktu Kempen (untuk Hadiah Utama). 18. Setiap Ahli Kad Yang Layak hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Bulanan/Utama sahaja sepanjang Jangka Waktu Kempen. Sekiranya berlaku keadaan di mana seorang Ahli Kad Yang Layak dipilih sebagai pemenang Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama, Ahli Kad Yang Layak hanya akan memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan akan dianugerahkan kepada Ahli Kad Yang Layak yang seterusnya. Sekiranya berlaku keadaan di mana seorang Ahli Kad Yang Layak dipilih sebagai pemenang untuk lebih daripada satu (1) Hadiah Bulanan, Ahli Kad Yang Layak hanya akan memenangi Hadiah Bulanan yang pertama dan Hadiah Bulanan yang lain akan dianugerahkan kepada Ahli Kad Yang Layak yang seterusnya. 19. Transaksi runcit bermaksud transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan MasterCard/Visa untuk kegunaan peribadi. Transaksi yang dikecualikan adalah semua Transaksi Yang Layak yang kemudiannya dibatalkan atau dikembalikan, dipertikaikan, transaksi tanpa kebenaran atau penipuan, atau transaksi di bawah pengaturan khas korporat yang layak untuk menerima rebat. 20. Semua Transaksi Yang Layak mesti dibilkan ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak semasa Jangka Waktu Kempen berdasarkan tarikh dan masa sistem Pihak Bank untuk layak mendapat Pulangan Wang Tunai dan peruntukan Penyertaan. Pihak Bank akan membenarkan lima (5) hari kalendar untuk Transaksi Yang Layak untuk dibilkan ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak. Pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk sebarang kelewatan bil yang dicaj ke akaun Ahli Kad Yang Layak oleh peniaga dan/atau pihak ketiga yang boleh menyebabkan transaksi ahli Kad dikecualikan daripada Kempen ini. 21. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan oleh Pihak Bank ke atas Kempen ini, Pihak Bank berhak dengan budi bicara mutlak untuk mengubah / meminda / menyemak mekanisma / proses pemilihan yang dianggap sesuai dengan pemberian notis sekurang-kurangnya 21 hari kalendar terlebih dahulu. Pulangan Wang Tunai dan Makluman kepada Pemenang Hadiah 22. Pulangan Wang Tunai akan dikreditkan ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak dalam tempoh 10 minggu selepas setiap Bulan Kempen dan akan dipaparkan pada penyata Kad pada bulan yang seterusnya. Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan akan diumumkan dalam tempoh 10 minggu selepas berakhirnya Jangka Waktu Kempen. Muka surat 4 daripada 6 FSW BM 31MEI2016
23. Pihak Bank akan menghubungi para pemenang Hadiah melalui SMS/telefon/mel elektronik/mel menerusi maklumat perhubungan mereka yang dikekalkan dalam sistem pihak Bank. Dengan tidak mengira perkara yang termaktub di atas, Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya dan tertakluk kepada budi bicaranya yang mutlak untuk menggunakan apa jua kaedah atau medium yang difikirkan sesuai untuk mengumumkan para pemenang. 24. Para pemenang Hadiah dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau Kempen publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki pada kos dan perbelanjaan mereka. Sekiranya pemenang Hadiah gagal untuk menghadiri majlis dan/atau Kempen publisiti lain tanpa alasan yang sah, Pihak Bank berhak untuk melucutkan Hadiah pemenang dan memilih pemenang Hadiah yang lain. Penyingkiran 25. Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya untuk menyingkir penyertaan Ahli Kad Yang Layak untuk tujuan Kempen ini tanpa mengeluarkan sebarang notis atau memaklumkan Ahli Kad berdasarkan faktor berikut: a. Semua Penyertaan yang diterima sebelum dan selepas Jangka Waktu Kempen yang ditetapkan. b. Butiran pendaftaran yang tidak tepat atau tidak lengkap. c. Akaun Ahli Kad Yang Layak yang mengalami sebarang kegagalan untuk kemudahan yang disediakan sepanjang Jangka Waktu Kempen, yang mana tertakluk kepada budi bicara Pihak Bank; dan/atau akaun pemegang Kad Bank yang telah ditutup sebelum pengumuman pemenang. Liabiliti 26. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan oleh Pihak Bank ke atas Kempen ini, kelayakan Ahli Kad untuk Pulangan Wang Tunai dan Hadiah adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat mempertikaikan keputusan Pihak Bank tidak akan dilayan. 27. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tiada sebarang kecuaian atau pelanggaran kewajipan oleh Pihak Bank ke atas Kempen ini, Ahli Kad akan membayar ganti rugi kepada Pihak Bank untuk apa-apa kerugian atau kerosakan, kos dan perbelanjaan, yuran dan caj yang mungkin ditanggung oleh Pihak Bank kerana pelanggaran oleh Ahli Kad terhadap terma dan syarat Kempen ini termasuk penguatkuasaan apa-apa terma dan syarat terhadap Ahli Kad.
28. Dengan menyertai Kempen ini dan hanya untuk tujuan Kempen ini, Ahli Kad memberi kebenaran kepada Pihak Bank untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka hanya setakat yang perlu kepada penyedia perkhidmatan Pihak Bank bagi tujuan menjalankan Kempen ini. Bahasa 29. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, kedua-dua Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan ditafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan akan membawa maksud yang sama.
Kepatuhan kepada Terma dan Syarat Kempen 30. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pemenang Hadiah dengan ini memberi kebenaran dan bersetuju bahawa Pihak Bank diberi kebebasan untuk menerbitkan atau memaparkan bahan material dan/atau informasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dan gambar tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai oleh Pihak Bank. Ketidakpatuhan boleh mengakibatkan pemenang Hadiah alternatif dipilih. Muka surat 5 daripada 6 FSW BM 31MEI2016
31. Semua Ahli Kad dikehendaki mematuhi Terma dan Syarat Kempen. Pihak Bank berhak menarik balik Pulangan Wang Tunai dan Hadiah jika mendapati Ahli Kad gagal mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung. 32. Segala Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan apa jua pertikaian mengenainya akan dibicarakan di mahkamah di Kuala Lumpur. 33. Ahli Kad telah membaca dan memahami segala Terma dan Syarat yang dinyatakan. Pihak Bank berhak untuk menukar, mengubah dan/atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan dengan pemberian notis sekurang-kurangnya dalam masa 21 hari kalendar terlebih dahulu menerusi laman web di www.ambank.com.my 34. Keputusan Pihak Bank untuk semua perkara berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. 35. Untuk sebarang bantuan, maklum balas dan / atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Ahli Kad boleh menghubungi Pusat Panggilan Pihak Bank 24 Jam di talian +603-2178 8888 atau e-mel kami di
[email protected] sebelum 31 Disember 2016.
Muka surat 6 daripada 6 FSW BM 31MEI2016