TERMA DAN SYARAT Kempen Migrasi Tunai dan Cek RHB 1. RHB Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai “RHB”. TEMPOH KEMPEN 2. “Kempen Migrasi Tunai dan Cek RHB (“Kempen”) akan berlangsung dari 19 September 2016 hingga 31 Disember 2016 (“Tempoh Kempen”). 3. RHB berhak pada bila-bila masa untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terlebih dahulu. KELAYAKAN 4. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan RHB yang baharu dan sedia ada, termasuk pemastautin dan bukan pemastautin, tidak termasuk syarikat komersial, korporat, empunya tunggal, perkongsian, organisasi kebajikan/pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, sekolah dan syarikat (“Peserta”). 5. RHB berhak untuk meluluskan atau menolak penyertaan dalam kempen menurut budi bicaranya sendiri Yang berikut tidak layak menyertai Kempen: a. Semua kakitangan tetap dan/atau kontrak RHB, termasuk anak syarikat dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan; b. Pelanggan bank yang akaun depositnya ditamatkan semasa Tempoh Kempen; c. Sebarang akaun deposit, pinjaman dan kad kredit RHB yang dianggap tertunggak atau dikendalikan secara tidak memuaskan menurut budi bicara RHB; d. Orang yang tidak waras, bawah umur dan/atau bankrap; e. Orang-orang lain yang ditentukan oleh RHB untuk tidak dilibatkan menurut budi bicara mutlaknya, tanpa apa-apa sebab sekalipun dan tanpa memberikan sebarang notis. GANJARAN DAN SYARAT 6. Untuk menyertai kempen ini, Peserta perlu memenuhi semua kriteria yang berikut: a. Mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun Semasa dan/atau Simpanan RHB b. Telah mendaftar untuk kemudahan perbankan dalam talian RHB Now dan/atau Arahan Tetap semasa Tempoh Kempen. c. Telah melengkapkan pendaftaran bagi perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) untuk Hadiah Utama (“Hadiah Utama”) dan rebat tunai (“Rebat Tunai”). d. Melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) transaksi e-bayaran bagi pinjaman RHB dan Kad Kredit RHB melalui RHB Now atau melalui Arahan Tetap untuk tiga (3) bulan berturut-turut selepas pendaftaran perkhidmatan SMS dilakukan. 7. Untuk mengelakkan keraguan, E-bayaran di bawah Kempen ini adalah bermaksud: a. Bayaran yang dibuat oleh Peserta untuk pinjaman RHB dan kad kredit RHB kepunyaannya, melalui RHB Now dari akaun Semasa atau Simpanan RHBnya sendiri. b. Bayaran yang dibuat oleh Peserta untuk pinjaman RHB dan kad kredit RHB kepunyaanya, melalui Arahan Tetap dari akaun Semasa atau Simpanannya sendiri. 8. Akaun Semasa atau Simpanan RHB yang turut digunakan bagi e-bayaran di bawah Kempen perlu konsisten sepanjang Tempoh Kempen. 9. Penyedia perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang didaftarkan dalam RHB Now dan bayaran tambah nilai prabayar tidak layak menyertai Kempen ini. 10. Peserta perlu melaksanakan e-bayaran melalui laman sesawang RHB Now dan/atau Perbankan Mobile RHB Now (“Urus Niaga yang Layak”). Untuk mengelakkan keraguan, Urus Niaga yang Layak adalah:
a. Ditakrifkan sebagai urus niaga e-bayaran yang dibuat dari 19 September 2016 hingga 31 Disember 2016. b. Termasuk urus niaga e-bayaran selama tiga (3) bulan berturut-turut selepas pendaftaran perkhidmatan SMS dilakukan semasa Tempoh Kempen. 11. Peserta yang telah menggunakan e-bayaran RHB menurut Klausa 7 dalam tempoh 3 bulan sebelum Kempen akan dibatalkan. 12. Terdapat pengecualian duti setem sebanyak RM10 bagi Peserta yang mendaftar untuk Arahan Tetap semasa Tempoh Kempen. 13. Peserta akan menanggung caj perbankan internet yang standard yang dikenakan bagi setiap urus niaga dalam talian. 14. Pendaftaran bagi Hadiah Utama boleh dilakukan menerusi SMS, dengan menaip kod pendek kempen ini dan menghantarkannya kepada 66300. Pendaftaran hendaklah dibuat semasa Tempoh Kempen menggunakan nombor telefon bimbit yang disimpan dalam rekod RHB. (Rujuk kepada apendiks untuk mendapatkan kod). 15. Peserta hendaklah menanggung caj telekomunikasi standard yang dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. 16. Peserta akan menerima SMS pengesahan daripada RHB apabila pendaftaran berjaya dilakukan menurut Klausa 6 Terma dan Syarat ini. 17. Sekiranya pendaftaran melalui SMS yang dilakukan tidak lengkap, satu SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit Peserta yang terdapat didalam rekod RHB tanpa sebarang kos untuk memaklumkan Peserta agar membuat pendaftaran semula melalui SMS. Peserta perlu memastikan Nombor Kad Pengenalan dimasukkan dengan betul. 18. Apabila pendaftaran Peserta berjaya dilakukan, semua akaun Semasa dan/atau Simpanan RHB Peserta yang terlibat akan dijejak secara automatik bagi penjadualan Hadiah Utama dan Rebat Tunai. 19. Rebat Tunai bernilai RM10 akan diberikan kepada setiap Seribu (1000) Peserta pertama yang melaksanakan pembayaran pinjaman dan kad kredit melalui e-bayaran RHB sebagaimana ditakrifkan dalam Klausa 7 di atas sepanjang bulan Kempen (“Bulan Kempen”). Jumlah ini akan dikreditkan ke dalam akaun Semasa atau Simpanan RHB Peserta bagi e-bayaran. Satu pemberitahuan melalui SMS akan dihantar kepada mereka yang layak mendapat rebat tunai. Bulan Kempen 19 Sept. 2016 – 18 Okt. 2016 19 Okt. 2016 – 18 Nov. 2016 19 Nov. 2016 – 31 Dis. 2016
20. RHB akan memilih mana-mana satu akaun, samada akaun semasa atau simpanan RHB di bawah nama Peserta untuk pengkreditan Ganjaran menurut budi bicaranya. 21. Sepanjang Tempoh Kempen, RHB akan memilih secara rawak Dua Puluh (20) orang Peserta yang telah memenuhi keperluan Klausa 6 di atas untuk satu Hadiah Utama (selepas ini disebut “Pemenang Hadiah Utama”). Jumlah Hadiah Utama, yang terdiri daripada Apple iPad Mini 4-16GB, bernilai maksimum sebanyak Empat Puluh Ribu Ringgit (RM40,000). 22. Pemenang Hadiah Utama akan dimaklumkan selepas Hadiah Utama dilakukan, iaitu pada 15 Mac 2017 dan 15 April 2017. Pemenang Hadiah Utama hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Kempen.
Tempoh Penyertaan Kempen 19 September 2016 hingga 31 Oktober 2016 1 November 2016 hingga 31 Disember 2016
Tarikh Pengumuman Keputusan 15 Mac 2017 15 April 2017
23. Sepuluh (10) orang pemenang Hadiah Utama yang dipilih secara rawak akan diumumkan pada setiap tarikh yang dinyatakan melalui panggilan telefon, ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan besama RHB atau menerusi e-mel atas dasar usaha terbaik RHB;pada waktu bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat, antara 9 pagi dengan 6 petang. 24. Hadiah Utama tidak boleh dipindah atau ditukarkan kepada wang tunai atau yang seumpamanya. RHB tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana-mana Peserta atau orang perseorangan yang lain untuk memberi Hadiah Utama tersebut kepada mana-mana pihak ketiga. 25. Pemenang Hadiah Utama yang tidak menjawab tiga (3) kali panggilan daripada RHB dan/atau bertindak balas terhadap pemberitahuan melalui e-mel dalam masa 7 hari dari tarikh pemberitahuan tersebut akan dianggap gagal untuk memiliki Hadiah Utama tersebut. RHB berhak menurut budi bicaranya, memilih Peserta lain yang berkelayakan sebagai pemenang. 26. Hadiah Utama akan diposkan kepada alamat yang diberikan oleh Pemenang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas nama Pemenang Hadiah Utama diumumkan. 27. Sekiranya mana-mana akaun Semasa dan/atau Simpanan RHB yang berkaitan dengan Kempen ditutup atau ditamatkan oleh Peserta atau pihak RHB sebelum Hadiah Utama diumumkan, Peserta akan dibatalkan daripada menyertai Kempen. 28. Sekiranya Hadiah Utama didapati rosak, Pemenang Hadiah Utama perlu merujukkan Hadiah Utama tersebut ke pusat perkhidmatan Apple yang sah, berhampiran dengan lokasi anda. TERMA DAN SYARAT UMUM 29. RHB berhak menarik balik/membatalkan, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini lebih awal dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, dan/atau untuk mengubah, menyokong, menambah, membuang, mengubah suai atau meminda Terma dan Syarat yang terkandung di dalam dokumen ini dengan sepenuhnya atau sebahagiannya menurut budi bicaranya, dengan cara memuat naik notis di www.rhbgroup.com atau dengan cara lain yang dianggap praktikal oleh RHB, dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu kepada Peserta berkaitan perubahan, penambahan, pembuangan, pengubahsuaian atau pindaan sedemikian, mengikut manamana yang berkaitan, bagi Terma dan Syarat ini. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh RHB akan Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada Peserta untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap RHB bagi apa-apa dan semua kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta sebagai kesan langsung atau tidak langsung tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 30. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi lain yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 31. Terma dan Syarat ini boleh diperolehi daripada laman sesawang RHB di www.rhbgroup.com dan/atau disediakan atas permintaan daripada Pusat/Cawangan Utama RHB. 32. Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat produk berkaitan bagi RHB. Sekiranya berlaku ketakseragaman antara Terma dan Syarat ini dengan Terma dan Syarat produk, Terma dan Syarat ini hendaklah mendahului selagi terpakai bagi Kempen ini. 33. RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelalaian dan/atau pengabaian yang disebabkan oleh Kuasa Tuhan, peperangan, rusuhan, tunjuk perasaan, keganasan, epidemik, sekat masuk,
tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau apa-apa kejadian yang di luar kawalan munasabah RHB. 34. RHB hanya akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau ganti rugi yang dialami atau ditanggung sebagai kesan langsung dari kecuaian RHB, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau ganti rugi lain seperti kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik; samada secara tidak langsung, bersampingan, berperingatan, punitif, berbangkit atau istimewa, bagaimana sekalipun timbul, samada RHB telah di nasihati mengenai kemungkinan kerugian atau ganti rugi sedemikian atau tidak. 35. Peserta adalah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang dilevikan terhadap mereka di bawah undang-undang terpakai, jika ada, berkaitan Kempen ini. 36. Keputusan RHB mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah termasuk tetapi tidak terhad pada kelayakan untuk menyertainya, pemilihan penerima Hadiah Utama bagi Kempen ini, dan sekiranya berlaku pertikaian, keputusan RHB adalah muktamad dan terikat ke atas semua Peserta yang menyertai Kempen ini. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 37. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju dan membenarkan data peribadinya dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh RHB menurut Notis Privasi RHB, yang boleh didapati melalui www.rhbgroup.com (Polisi Privasi). 38. RHB berhak menerbit atau memaparkan nama, gambar atau maklumat lain berkaitan Pemenang Hadiah Utama Kempen ini untuk tujuan pengiklanan atau publisiti. 39. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat serta keputusan yang dibuat oleh RHB.
Apendiks Kod Pendek SMS untuk cawangan Rantau Pantai Timur
Lembah Kelang
Utara Sabah
Sarawak
Selatan
Barat Daya Seluruh Negara
Nama Cawangan Cawangan Kubang Kerian K. Bharu Cawangan Kuantan Cawangan Bandar Baru Bangi Cawangan Bandar Baru Sungai Buloh Cawangan Bandar Bukit Tinggi Cawangan UEP Subang Jaya Cawangan Rawang Cawangan Kepong Cawangan Bayan Baru Cawangan Tawau Cawangan Jalan Gaya Kota Kinabalu Cawangan Jalan Masjid Bintulu Cawangan Boulevard Centre Miri Cawangan 31 Jalan Tuanku Osman Sibu Cawangan Siburan Cawangan Jalan Bandar Pasir Gudang Cawangan Kulai Cawangan Kota Tinggi Cawangan Jalan Dato' Rauf Kluang Cawangan Taman Nusa Bestari Cawangan Permas Jaya Cawangan Taipan Senawang Cawangan Bandar Baru Nilai Cawangan 9 Jalan Abdullah Muar Cawangan Batu Pahat Cawangan lain-lain RHB
Kod SMS RWIN
01nombor kad pengenalan RWIN02nombor kad pengenalan RWIN03nombor kad pengenalan RWIN04nombor kad pengenalan RWIN05nombor kad pengenalan RWIN06nombor kad pengenalan RWIN07nombor kad pengenalan RWIN08nombor kad pengenalan RWIN09nombor kad pengenalan RWIN10nombor kad pengenalan RWIN11nombor kad pengenalan RWIN12nombor kad pengenalan RWIN13nombor kad pengenalan RWIN14nombor kad pengenalan RWIN15nombor kad pengenalan RWIN16nombor kad pengenalan RWIN17nombor kad pengenalan RWIN18nombor kad pengenalan RWIN19nombor kad pengenalan RWIN20nombor kad pengenalan RWIN21nombor kad pengenalan RWIN22nombor kad pengenalan RWIN23nombor kad pengenalan RWIN24nombor kad pengenalan RWIN25nombor kad pengenalan RWIN26nombor kad pengenalan