TERMA & SYARAT KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai "RHB Bank". TEMPOH KEMPEN 2. Kempen “ASNB HB & DT” (“Kempen”) akan berlangsung dari 1 April 2017 sehingga 30 September 2017 (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 3. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan RHB Bank yang baharu dan sedia ada, tidak termasuk perdagangan, korporat, pemilik tunggal, perkongsian, organisasi amal/NGO, persatuan, sekolah, dan syarikat (“Peserta”). Kakitangan RHB Bank layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 4. Peserta mestilah adalah seorang warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan Malaysia (MyKad). 5. Kempen ini terdiri daripada pelaburan dan perletakan deposit yang dibuat oleh Peserta semasa Tempoh Kempen dalam gabungan produk Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (“ASNB HB”) dan Deposit Tetap ("DT") daripada RHB Bank, tidak termasuk akaun RHB Islamic Bank Berhad dan Easy by RHB. 6. Jumlah minimum pelaburan ASNB HB dan perletakan DT adalah RM10,000 masing-masing. Jumlah pelaburan ASNB HB yang sepadannya mestilah lebih atau sama dengan jumlah peletakan DT. Sila rujuk kepada penerangan di dalam jadual di bawah: Jumlah Minimum Pelaburan Perletakan ASNB HB DT RM10,000 RM8,000 RM10,000 RM20,000 RM20,000 RM10,000 RM20,000 RM20,000
Kelayakan
Tidak Tidak Ya Ya
GANJARAN DAN SYARAT PERLAKSANAAN 7. Semasa Tempoh Kempen, Para Peserta layak untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT berdasarkan pelaburan amaun ASNB HB (“ASNB HB Yang Mengambil Bahagian”) dan simpanan (“DT Yang Mengambil Bahagian”) dalam gabungan produk seperti berikut: Tempoh Kempen
Jenis Gabungan
Jumlah Minimum Pelaburan Perletakan ASNB HB DT
Kadar Promosi DT (Setahun)*
Caj penjualan Minimum
1 April 2017 Gabungan 1 RM10,000 RM10,000 1-bulan DT @ 28% sehingga 5% Gabungan 2 RM10,000 RM10,000 6-bulan DT @ 8% 31 Julai 2017 1 Julai 2017 Gabungan 3 RM10,000 RM10,000 11-bulan DT @ 5% sehingga 30 September 2017 *Kadar lazim DT 1 bulan dan 6 bulan mulai daripada 26 Julai 2016 ialah 3.00% setahun and 3.10% setahun. Kadar efektif DT 1 bulan, 6 bulan dan 11 bulan ialah 28% setahun, 8% setahun dan 5% setahun.
Terma dan Syarat | Kempen ASNB HB & DT
Page 1
8. Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai ASNB HB terpilih untuk Kempen ini. Senarai ASNB HB yang dipilih adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh RHB Bank mengikut budi bicaranya dengan memberikan notis yang mencukupi. 9. Lanjutan kepada Klausa 7, Peserta mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi perletakan DT untuk layak mendapat kadar promosi DT: 9.1. Jumlah simpanan minimum yang diperlukan mesti diletakkan ke dalam DT Yang Mengambil Bahagian dengan borang Pengakuan dan Kebenaran; dan 9.2. Pelaburan ASNB HB dan perletakan simpanan ke dalam DT mestilah dibuat pada hari yang sama. 10. Lanjutan kepada Klausa 9, RHB Bank berhak mengikut budi bicaranya, dengan memberi notis secara bertulis terlebih dahulu untuk menukar balik kadar promosi DT (jika ada) kepada kadar lazim DT 1 bulan, 6 bulan atau 11 bulan tanpa notis terlebih dahulu sekiranya mana-mana syarat di atas tidak dipenuhi sekiranya berlaku perkara-perkara berikut mengikut Klausa 7 hingga 9, tetapi tidak terhad kepada Peserta. 11. Pemegang akaun DT dan pemegang akaun ASNB HB mestilah pihak yang sama atau dalam kes akaun bersama, pemegang akaun utama DT dan ASNB HB mestilah pihak yang sama juga. 12. Lanjutan kepada Klausa 10, faedah DT tidak akan dibayar, sekiranya Peserta(-peserta) mencairkan atau mengeluarkan amaun DT sebelum tempoh matang. 13. Apabila tempoh promosi DT Yang Mengambil Bahagian matang, DT Yang Mengambil Bahagian akan diperbaharui secara automatik kepada kadar lazim DT 1 bulan, 6 bulan atau 11 bulan. 14. Penafian: Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2016 telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dan ejennya. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang disertakan bersama prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik. Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli. Prestasi masa lalu tabung unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan. Pelabur yang ingin mengetahui maklumat penting mana-mana tabung unit amanah ASNB boleh mendapatkan Halaman Serlahan Produk yang telah dikeluarkan oleh ASNB di pejabat ASNB dan ejennya. TERMA DAN SYARAT AM 15. RHB Bank berhak mengikut budi bicaranya, untuk menarik balik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menamatkan Kempen lebih awal secara keseluruhan atau sebahagian dan/atau untuk membuat perubahan, tambahan, menambah, memotong, mengubah atau meminda Terma dan Syarat ini secara keseluruhan atau sebahagian dengan cara menyiarkannya dalam www.rhbgroup.com atau dalam kaedah lain yang difikirkan praktikal oleh RHB Bank, dengan memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta tentang perubahan, tambahan, pengubahsuaian, pembatalan atau pindaan, mengikut mana-mana yang berkenaan kepada Terma dan Syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh RHB Bank, Kempen ini tidak melayakkan Peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap RHB Bank untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 16. Terma dan Syarat yang dipinda akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 17. Terma dan Syarat terkini boleh didapati di laman sesawang RHB Bank di www.rhbgroup.com dan/atau disediakan atas permintaan di Pusat Premier/Cawangan RHB Bank.
Terma dan Syarat | Kempen ASNB HB & DT
Page 2
18. Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat produk RHB Bank sedia ada. Sekiranya terdapat percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat produk, Terma dan Syarat ini akan mengatasi setakat mana ia dipakai bagi Kempen ini. 19. RHB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan disebabkan oleh mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, keganasan, wabak, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah RHB Bank. 20. RHB Bank hanya bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung akibat kecuaian RHB Bank dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan lain dalam apa jua bentuk seperti kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik atau secara tidak langsung, sampingan, teladan, punitif, kerugian atau kerosakan turutan atau walau macam mana pun yang timbul, sama ada atau tidak RHB Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan sedemikian. 21. Peserta hendaklah bertanggungjawab secara peribadi untuk semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada berhubung dengan Kempen ini. 22. Semua keputusan RHB Bank dalam semua hal-hal berkaitan dengan Kempen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan untuk mengambil bahagian, pemilihan penerima Kadar Promosi DT Kempen in adalah muktamad. Jika terdapat apa-apa pertikaian, keputusan adalah muktamad dan Peserta adalah terikat kepada yang mengambil bahagian di dalam Kepmpen ini dan sebarang suratmenyurat tidak akan dilayan. 23. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang terkandung di sini dan semua keputusan RHB Bank.
Terma dan Syarat | Kempen ASNB HB & DT
Page 3
Lampiran 1: Senarai ASNB HB terpilih untuk Kempen ini: No.
Nama Dana
1
Amanah Saham Nasional (ASN)
2
Amanah Saham Nasional 2 (ASN2)
3
Amanah Saham Nasional 3 (ASN3)
4
Amanah Saham Gemilang (ASG) - Pendidikan
5
Amanah Saham Gemilang (ASG) - Kesihatan
6
Amanah Saham Gemilang (ASG) - Persaraan
Terma dan Syarat | Kempen ASNB HB & DT
Page 4
TERMA & SYARAT Kempen “Unit Trust & Fixed Deposit Investment Bundles” RHB Bank 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai "RHB Bank". TEMPOH KEMPEN 2. Kempen “Unit Trust & Fixed Deposit Investment Bundles” (“Kempen”) akan berlangsung dari 1 Mei 2017 sehingga 30 September 2017 (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 3. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan RHB Bank yang baharu dan sedia ada, tidak termasuk perdagangan, korporat, pemilik tunggal, perkongsian, organisasi amal/NGO, persatuan, sekolah, dan syarikat (“Peserta”). Kakitangan RHB layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 4. Kempen ini terdiri daripada pelaburan dan perletakan deposit yang dibuat oleh Peserta semasa Tempoh Kempen dalam gabungan produk Unit Amanah (“UA”) yang dipilih dan Deposit Tetap ("DT") daripada RHB Bank, tidak termasuk akaun RHB Islamic Bank Berhad dan Easy by RHB. 5. Jumlah minimum pelaburan UA dan perletakan DT adalah RM10,000 masing-masing. Jumlah pelaburan UA yang sepadannya mestilah lebih atau sama dengan jumlah peletakan DT. Sila rujuk kepada penerangan di dalam jadual di bawah: Jumlah Minimum Pelaburan Perletakan UA DT RM10,000 RM8,000 RM10,000 RM20,000 RM20,000 RM10,000 RM20,000 RM20,000
Kelayakan
Tidak Tidak Ya Ya
GANJARAN DAN SYARAT PERLAKSANAAN 6. Semasa Tempoh Kempen, Para Peserta layak menikmati Kadar Faedah Promosi DT berdasarkan pelaburan UA (“UA Yang Mengambil Bahagian”) dan simpanan (“DT Yang Mengambil Bahagian”) dalam gabungan produk seperti berikut: Tempoh Kempen
Jenis Gabungan
Jumlah Minimum Pelaburan Perletakan UA DT
Kadar Promosi DT (Setahun)*
Caj penjualan Minimum yang dikenakan terhadap UA yang dipilih
1-bulan DT 1 Mei 2017 Gabungan 4 RM10,000 RM10,000 pada 15% sehingga 30 September 3-bulan DT Gabungan 5 RM10,000 RM10,000 2017 pada 8% 3% 7-bulan DT 1 Julai 2017 Gabungan 6 RM10,000 RM10,000 pada 5.5% sehingga 30 September 11-bulan DT Gabungan 7 RM10,000 RM10,000 2017 pada 4.5% * Kadar lazim DT 1 bulan dan 3 bulan mulai daripada 26 Julai 2016 ialah 3.00% setahun and 3.05% setahun. Kadar efektif DT 1 bulan ialah 15% setahun, DT 3 bulan ialah 8% setahun, DT 7 bulan ialah 5.5% setahun dan DT 11 bulan ialah 4.5% setahun. 7. UA yang dipilih adalah tertakluk kepada caj jualan sekurang-kurangnya 3%, tidak termasuk dana-dana bon. Terma dan Syarat | Kempen “Unit Trust & Fixed Deposit Investment Bundles”
Page 1
8. Lanjutan kepada Klausa 7, Peserta mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi perletakan deposit untuk layak mendapat kadar promosi DT: 8.1. Jumlah simpanan minimum yang diperlukan mesti diletakkan ke dalam DT Yang Mengambil Bahagian dengan borang Pengakuan dan Kebenaran yang ditandatangani; dan 8.2. Pelaburan UA dan perletakan simpanan ke dalam DT mestilah dibuat pada hari yang sama. 9. Lanjutan kepada Klausa 8 RHB Bank berhak mengikut budi bicaranya, dengan memberi notis secara bertulis terlebih dahulu untuk menukar balik kadar promosi DT kepada kadar lazim DT 1 bulan, 3 bulan, 7 bulan atau 11 bulan sekiranya mana-mana syarat di atas tidak dipenuhi sekiranya berlaku perkara-perkara berikut, tetapi tidak terhad kepada Peserta: 9.1. Menjalankan tempoh bertenang atau membatalkan UA Yang Mengambil Bahagian dalam Tempoh Promosi, Peserta tidak layak mendapat Kadar Promosi ST; dan/atau 9.2. Tidak memenuhi mana-mana syarat Kempen mengikut klausa 6 hingga 8. 10. Pemegang akaun DT dan pemegang akaun UA mestilah pihak yang sama dan dalam kes akaun gabungan, pemegang akaun utama DT dan UA mestilah pihak yang sama juga. Sila rujuk kepada penerangan dalam jadual di bawah: Pelaburan Perletakan Kelayakan Pemegang Akaun UA Pemegang Akaun DT UA DT (Ya atau Utama Kedua (RM) Utama Kedua (RM) Tidak) A 100,000 A 100,000 Ya A B 100,000 A B 100,000 Ya A B 100,000 A 100,000 Ya A 100,000 A B 100,000 Ya A 100,000 B 100,000 Tidak B 100,000 A B 100,000 Tidak A B 100,000 B 100,000 Tidak *Sekiranya pemegang utama akaun DT dan UA bukan pihak yang sama bagi akaun gabungan, RHB Bank di bawah keadaan berkecuali mengikut budi bicaranya, boleh memberi kelulusan untuk Kadar Promosi. 11. Lanjutan kepada Klausa 9, faedah DT tidak akan dibayar, sekiranya Peserta mencairkan atau mengeluarkan amaun DT sebelum tempoh matang. 12. Apabila tempoh promosi DT Yang Mengambil Bahagian matang, DT Yang Mengambil Bahagian akan diperbaharui secara automatik kepada kadar lazim DT 1 bulan, 3 bulan, 7 bulan atau 11 bulan. Faedah DT akan dibayar apabila tempoh matang tiba dan pelanggan perlu mengekalkan Akaun Simpanan/Semasa RHB (CASA) untuk tujuan pengkreditan. 13. DT adalah layak menerima perlindungan oleh Ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), manakala AU tidak layak menerima perlindungan oleh PIDM. TERMA DAN SYARAT AM 14. RHB Bank berhak mengikut budi bicaranya, untuk menarik balik, membatal, menangguh, melanjutkan atau menamatkan Kempen lebih awal secara keseluruhan atau sebahagian; dan/atau membuat perubahan, tambahan, menambah, memotong, mengubah atau meminda Terma dan Syarat ini secara keseluruhan atau sebahagiannya dengan cara menyiarkannya dalam www.rhbgroup.com atau melalui kaedah lain yang difikirkan praktikal oleh RHB Bank, dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar notis terlebih dahulu kepada Peserta tentang sebarang perubahan, tambahan, pengubahsuaian, pembatalan atau pindaan, mengikut mana-mana yang berkenaan kepada Terma dan Syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh RHB Bank, tidak melayakkan Peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap RHB Bank untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 15. Terma dan Syarat yang dipinda akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.
Terma dan Syarat | Kempen “Unit Trust & Fixed Deposit Investment Bundles”
Page 2
16. Terma dan Syarat terkini boleh didapati di laman sesawang RHB Bank di www.rhbgroup.com dan/atau disediakan atas permintaan di Pusat Premier/Cawangan RHB Bank. 17. Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat produk RHB Bank sedia ada. Sekiranya terdapat percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat produk, Terma dan Syarat ini akan mengatasi setakat mana ia dipakai bagi Kempen ini. 18. RHB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan disebabkan oleh mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, keganasan, wabak, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah RHB Bank. 19. RHB Bank hanya bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung akibat kecuaian RHB Bank dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan lain dalam apa jua bentuk seperti kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik atau secara tidak langsung, sampingan, teladan, punitif, kerugian atau kerosakan turutan atau walau macam mana pun yang timbul, sama ada atau tidak RHB Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan sedemikian. 20. Peserta hendaklah bertanggungjawab secara peribadi untuk semua cukai, kadar, fi kerajaan atau apaapa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada berhubung dengan Kempen ini. 21. Semua keputusan RHB Bank dalam semua hal-hal berkaitan dengan Kempen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan untuk mengambil bahagian, pemilihan penerima Kadar Promosi DT dan/atau ganjaran Kempen in adalah muktamad. Jika terdapat apa-apa pertikaian, keputusan adalah muktamad dan Peserta adalah terikat kepada yang mengambil bahagian di dalam Kempen ini dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 22. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta mengizinkan RHB Bank untuk memproses maklumat peribadi bagi tujuan mentadbir Kempen ini dan menghubungi Peserta berhubung dengan perkara yang sama (“Tujuan”). 23. Adalah perlu bagi RHB Bank untuk memproses maklumat peribadi Peserta untuk Tujuan tersebut, tanpanya Peserta tidak akan dapat menyertai Kempen ini. 24. Maklumat peribadi Peserta boleh didedahkan kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Perbankan RHB (termasuk syarikat induk, syarikat-syarikat subsidiari, dan mana-mana syarikat yang berkenaan, termasuk mana-mana syarikat yang terhasil daripada mana-mana penyusunan semula, penggabungan, jualan atau pengambilalihan), pembekal perkhidmatan, dan vendor dan mana-mana ejen, pekerja dan / atau orang mereka, sama ada bertempat di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut, jika berkenaan, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, piawaian, garis panduan dan / atau obligasi) yang terpakai kepada RHB Bank. 25. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang terkandung di sini dan semua keputusan RHB Bank.
Terma dan Syarat | Kempen “Unit Trust & Fixed Deposit Investment Bundles”
Page 3