TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (“Terma dan Syarat”) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i “SWIPE & WIN II” (Kempen”) 1. Kempen 1.1
Kempen ini bermula pada 00:00 1 September 2016 sehingga 23:59 1 Disember 2016, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).
1.2
Dengan menyertai Kempen ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.
2. Kelayakan 2.1
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad prinsipal baru dan sedia ada dan pemegang kad sampingan KFH Kad Debit-i yang dikeluarkan oleh Kuwait Finance House (Malaysa) Berhad (“Bank”) di Malaysia. Ibu atau bapa atau penjaga yang sah akan dinamakan sebagai penjaga untuk pemegang kad di bawah umur 18 tahun yang memegang kad sampingan, dimana semua perbelanjaan runcit akan dijumlahkan ke akaun pemegang kad prinsipal(“Pemegang Kad”).
2.2
Pengarah, pegawai dan kakitangan KFH Malaysia, sama ada pekerja tetap atau kontrak, tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.
2.3
Pemegang Kad yang layak menyertai Kempen ini perlu membuka dan mengkekalkan sama ada KFH Malaysia Akuan Simpanan-i atau KFH Malaysia Akaun Semasa-i (“CASA-i”) sepanjang Tempoh Kempen, di mana akaun tersebut seharusnya sah, aktif dan mempunyai rekod yang baik dan mematuhi Terma dan Syarat Kempen ini.
2.4
Akaun CASA-i yang telah ditamatkan secara sukarela atau dengan pembatalan tidak sukarela semasa Tempoh Kempen, tidak layak untuk mengambil bahagian ataupun menerima Hadiah di bawah Kempen ini.
3. Hadiah 3.1
Kempen ini menawarkan dua (2) kategori Hadiah (“Hadiah”) seperti yang dinyatakan di bawah: Kategori Hadiah Utama Ganjaran Bulanan
Hadiah iPad Pro Rebat RM100
Kuantiti Enam (6) Enam puluh (60)
Kekerapan Akhir Tempoh Kempen Bulanan
3.2
Hadiah akan diberikan kepada pemenang kad prinsipal yang diisytiharkan sebagai pemenang. Setiap pemenang hanya layak menerima maksimum satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Kempen, sekiranya memenuhi kriteria perbelanjaan individu dalam Klaus 4.1.
3.3
Bank mempunyai hak untuk mengubah atau menggantikan Hadiah dengan barang yang sama nilainya, jika Hadiah dihentikan atau kehabisan stok. Hadiah tidak boleh dipindah milik, atau tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau sebarang barangan lain.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Kad Debit-i Kad “Swipe & Win II”
1
3.4
Hadiah yang ditunjukkan dalam iklan Bank dan bahan-bahan pemasaran adalah untuk tujuan ilustrasi dan mungkin tidak menggambarkan reka bentuk atau warna sebenar Hadiah.
3.5
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan yang dialami daripada penebusan atau penggunaan Hadiah. Penggunaan Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan/atau manual yang diberikan oleh pembekal/pengilang/vendor.
3.6
Pemenang hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang cukai dan/ atau duti yang perlu dibayar berkaitan dengan penyertaan beliau dalam Kempen ini, memenangi, menebus, menerima atau menggunakan mana-mana Hadiah.
4. Kriteria Penyertaan 4.1
Bagi menyertai Kempen ini, Pemegang Kad yang layak dikehendaki melakukan transaksi di mana-mana cawangan runcit / kedai runcit yang mengambil bahagian sepanjang Tempoh Kempen menggunakan KFH Kad Debit-i mereka, seperti yang dinyatakan di bawah (selepas ini dirujuk sebagai “Kriteria Perbelanjaan Minimum”): Kategori Hadiah Utama
Kelayakan 10X (kali) transaksi kad yang berjaya
Ganjaran Bulanan
5X (kali) transaksi kad yang berjaya setiap bulan
4.2
Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang transaksi yang tidak berjaya yang telah dilakukan di mana-mana domestik dan/atau rangkaian kedai runcit antarabangsa atau kelewatan dalam posting untuk apa-apa alasan sekalipun.
4.3
Transaksi runcit yang DIKECUALIKAN dalam pengiraan pemilihan pemenang yang layak dan Kriteria Perbelanjaan Minimum adalah seperti berikut: a. Pengeluaran tunai, kembali tunai dan apa-apa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh Bank; b. Transaksi tidak sah; atau c. Transaksi yang dipertikaikan atau caj-balik yang dibuat
4.4
Butir-butir rekod Bank dan tarikh transaksi oleh Pemegang Kad adalah muktamad dan konklusif, terbukti untuk mengambil bahagian dan apa-apa pertikaian atau aduan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
4.5
Mana-mana Pemegang Kad yang layak yang melanggar Syarat dan Terma Kempen,mengganggu operasi Kempen, membuat penipuan atau penyalahgunaan, atau melibatkan diri dalam apa-apa kelakuan yang dianggap memudaratkan atau tidak adil kepada Bank, Kempen atau mana-mana peserta yang lain (dalam setiap kes telah dipilih mengikut budi bicara mutlak Bank) berkemungkinan kehilangan kelayakan daripada kemasukan atau penyertaan dalam Kempen ini. Bank mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana Pemegang Kad yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini di mana kelayakannya dipersoalkan atau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini atau menyertai Kempen ini, di mana Hadiah yang diisytiharkan untuk Pemegang Kad tersebut akan terlucut hak dengan serta-merta.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Kad Debit-i Kad “Swipe & Win II”
2
5. Pemilihan Pemenang 5.1
Pemenang Kad yang layak adalah subjek kepada Terma dan Syarat di sini, bagi peluang untuk memenangi satu (1) Hadiah. Pendaftaran terlebih dahulu ke dalam Kempen ini tidak diperlukan.
5.2
Pemegang Kad yang layak akan dipilih secara rawak dan disenarai pendek untuk pemilihan pemenang.
5.3
Pemenang yang disenarai pendek dikehendaki menjawab satu (1) soalan cabaran dengan betul, SEBELUM diisytiharkan sebagai pemenang kempen ("Pemenang Yang Disenarai Pendek").
5.4
Pemenang Yang Disenarai Pendek akan dihubungi oleh pihak Bank atas dasar usaha terbaik, dengan nombor telefon terbaru mereka mengikut rekod Bank. Maksima tiga (3) percubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemenang yang disenarai pendek dalam masa 2 (dua) hari yang berbeza, dari hari Isnin hingga Jumaat antara jam 10 pagi hingga 6 petang.
5.5
Jawatankuasa pemilihan pemenang pihak Bank mempunyai hak mutlak untuk memilih pengganti Pemenang yang disenarai pendek lain apabila perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, senario berikut: a. Pemenang yang tersenarai pendek terus kekal gagal dihubungi b. Pemenang yang tersenarai pendek gagal menjawab soalan cabaran dengan betul c. Pemenang yang disenarai pendek telah melantik orang lain / wakil untuk menjawab soalan cabaran / bagi pihaknya d. Pemenang yang tersenarai pendek telah menawarkan untuk membatalkan hadiahnya e. Pemenang Kempen tidak menuntut Hadiah dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk perkara 6.4)
5.6
Para Pemenang untuk Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama”) akan diumumkan pada akhir Tempoh Kempen manakala Pemenang untuk Ganjaran Bulanan (“Pemenang Ganjaran Bulanan”) akan diumumkan pada akhir setiap bulan dalam Tempoh Kempen.
5.7
Sekiranya jumlah Pemenang Ganjaran Bulanan tidak mencukupi, Hadiah akan di bawa ke bulan berikutnya atau sehingga enam puluh (60) pemenang dikenal pasti pada akhir Tempoh Kempen.
5.8
Pemenang Kad yang layak hanya berhak menerima satu (1) Hadiah sahaja sepanjang Kempen ini.
5.9
Semua keputusan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang disifatkan sebagai muktamad dan konklusif dan sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
6. Penebusan Hadiah 6.1
Pemenang kempen ("Pemenang") akan dimaklumkan melalui surat dan pemberitahuan juga akan dibuat di laman sewasangsesawang Bank (kfh.com.my) atau SMS atau panggilan telefon atau apa-apa kaedah sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Kad Debit-i Kad “Swipe & Win II”
3
Sebarang pertikaian atau aduan berkaitan dengan Hadiah hendaklah ditujukan dan diselesaikan dengan pembekal/pengilang/vendor secara langsung. 6.2
Para Pemenang Ganjaran Bulanan akan menerima rebat tunai dikreditkan terus ke dalam akaun Kad Debit-i dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengumuman pemenang di laman sesawang Bank di kfh.com.my.
6.3
Para Pemenang Hadiah Utama dikehendaki mengemukakan kad pengenalan dan surat pemberitahuan kemenangan mereka untuk pengesahan bagi menuntut Hadiah mereka di cawangan yang ditetapkan Bank. Pemenang adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tuntutan dan pengambilan Hadiah mereka di tempat penebusan yang ditentukan oleh Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa tambahan kos / perbelanjaan yang berkaitan dengan tuntutan, penebusan dan / atau penyampaian Hadiah.
6.4
Pemenang Hadiah Utama mesti menuntut Hadiah mereka dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh pengumuman Pemenang Hadiah Utama di laman sesawang Bank di kfh.com.my, di mana Hadiah yang tidak dituntut, akan serta-merta dibatalkan. Tiada bayaran balik akan diberikan untuk sebarang Hadiah yang tidak dituntut, termasuk penggantian, atau pengubahsuaian Hadiah seperti yang diminta oleh Pemenang.
6.5
Dengan menyertai Kempen ini, setiap pemenang memberi kuasa kepada Bank untuk menggunakan / namanya, gambar, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk tujuan Kempen ini tanpa sebarang pampasan.
6.6
Bank mempunyai hak untuk mengubah dan / atau menarik balik apa-apa Hadiah dari mana-mana Pemenang pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk dari mana-mana pemenang yang telah disyaki melanggar Terma dan Syarat Kempen ini, di mana acara, pemenang adalah wajib mengembalikan Hadiah kepada Bank.
7. Pengisytiharan dan Kebenaran 7.1
Dengan menyertai Kempen ini, semua peserta hendaklah bersetuju dengan perkaraperkara yang berikut: a. Memberikan persetujuan kepada Bank untuk menyiarkan nama dan identiti mereka dalam mana-mana media, pengiklanan atau pemasaran bahan-bahan termasuk wawancara, pemberian Hadiah atau acara publisiti lain yang diatur oleh Bank. b. Bank mempunyai hak mutlak dan tidak terhad untuk mengubah suai, menggunakan dan / atau menerbitkan imej peserta bagi apa-apa tujuan pemasaran atau komersial tanpa bayaran atau pampasan.
7.2
Pihak Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini keseluruhannya atau sebahagiannya dan boleh menamatkan atau melanjutkan Tempoh Kempen dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya minimum dua puluh satu (21) hari kalendar. Bank boleh memberi notis atau komunikasi tersebut kepada Pemegang Kad yang Layak melalui apa-apa cara atau kaedah yang difikirkan sesuai termasuk tanpa had melalui pos, melalui pemberitahuan dalam media massa, dengan menyiarkan notis itu di cawangan-cawangan Bank, dengan memasukkan notis itu ke dalam penyata akaun berkala , melalui penghantaran elektronik (termasuk melalui faksimile, telefon bimbit, peranti lain atau internet) atau dengan memaparkan notis di laman sesawang Bank atau di ATM atau terminal lain di bawah kawalan Bank. Terma dan Syarat ini boleh didapati di
Terma dan Syarat – Kempen KFH Kad Debit-i Kad “Swipe & Win II”
4
laman sesawang Bank di kfh.com.my dan / atau disediakan atas permintaan dari cawangan Bank atau mana-mana saluran penyampaian lain Bank. 7.3
Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi (termasuk tanpa had; poster dicetak atau risalah) atau iklan di Kempen ini.
7.4
Keputusan yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat semua Pemegang Kad yang layak. Jika ada apa-apa perkara berbangkit yang tidak termaktub di dalam Terma dan Syarat ini, mereka akan ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara mutlak Bank.
7.5
Kecuali untuk Terma dan Syarat tertentu yang dinyatakan di sini, semua terma dan syarat lain yang berkaitan CASA-i lain hendaklah terus digunapakai.
7.6
Bagi mengelakkan keraguan, perlaksanaan mana-mana hak tersebut di atas oleh Bank tidak melayakkan mana-mana Pemegang Kad atau Pemenang untuk menuntut sebarang Hadiah atau mendapatkan pampasan terhadap Bank atau mana-mana sekutunya.
7.7
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak menawarkan jaminan atau perwakilan sekalipun, secara nyata, tersirat atau berkanun, berhubung dengan Kempen, Hadiah dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kualiti yang boleh diperdagangkan dan kesesuaian untuk tujuan berkenaan dengan kempen Hadiah dan tahap penjagaan dan kemahiran berkenaan dengan perkhidmatan yang berkaitan.
7.8
Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh Bank tidak akan memberikan hak kepada peserta untuk menuntut atau mendapatkan pampasan terhadap Bank atau mana-mana sekutunya terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
7.9
Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Terma dan Syarat – Kempen KFH Kad Debit-i Kad “Swipe & Win II”
5